Sunday 23 November 2008

Wanita Dan Sukan

Tahniah itu tepat untuk saya tujukan pada AJK Kejohanan Batch 06.Segala perancangan dan komitmen yang diberikan begitu terserlah dan mantap.Hasilnya hari ini,sukaneka batch begitu harmoni,warna warni,ceria…Saya seakan bersetuju dengan Yoyo bahawa tujuan sukan dibuat telah tercapai iaitu mengeratkan silaturahim.


Faktor yang tidak mampu kita nafikan juga adalah komitmen dari rakan-rakan batch itu sendiri. Kemeriahan wujud dari kalian,keharmonian terpancar dari kalian,ceria hadir jua dari kalian.Saya secara pribadi kagum dengan kehadiran sosok yang terkenal kurang terbabit dengan aktiviti semacam ini.Tetapi ia seakan berputar 360 darjah hari ini.Dialah yang datang awal,dialah hebat bersorak,dialah kukuh menjadi tunggul semasa tarik tali…


“Weh tok guru( nama panggilan saya yang dia seorang sahaja yang panggil),aku tidak tidur lagi tau dari malam tadi…semalam pergi clubbing.Ko tu datang Bandung pun sesat,aku ajak clubbing tidak nak pergi,” dengan selamba dia mengajak tok guru…Saya akui buta soal jalan di Bandung,natijahnya Extramural Activiti,saya tawaf CiWalk dua kali.Hospital tidak berkunjung tiba…


Saya ligat berfikir semacam mana nak jawap…


“Aku bukan tidak mahu pergi,tapi tidak reti menari…Mak Yong pun tidak lepas,nak clubbing guane matcha!,” saya menjawap.Ketawa kami pecah berderai….Hahaha.


Sukan dan Wanita


Langit dan Bumi

“Aku dok kisah sal sukaneka ini.Aku enjoy je…tapi ada hal yang aku tidak boleh terimalah!,” ucap kesal seorang sahabat.


“Apa Bende ye yang mung dok leh terima tu?,”saya menyoal dan lantas dia membuang pandangan kepada beberapa orang sahabat perempuan saya.Saya mengangguk paham.


Ia bukan soal sukan tetapi soal etika,akhlak,maruah dan apa yang patut seorang perempuan itu buat semasa bersukan.Yang ada didepan saya hari ini,ada segelintir sahabat yang berpakaian yang boleh saya kategorikan sebagai maut habis.Sendat bukan hanya baju bahkan seluar sampai benda yang menjadi rahsia wanita jelas berbekas.Perasaan sedih itu bahkan lebih perit dan sedih, keadaan muslimat itu menjadi omongan lelaki non-muslim.Saya sebagai seorang lelaki muslim amat terasa,tetapi tidak mampu berkata apa sebab apa yang dia cakapkan tepat dengan sosok didepan saya.Mahu nafi tidak mampu,Mahu marah tiada guna kerana kamu yang membuat kamu...


Saya masih ingat ada satu article yang sentuh pasal pakaian perempuan untuk bersukan sempena Kejohanan Futsal.Begitu ramai orang yang bersilat lidah dan bertomoi hujah.Yang menjadi sasaran kecaman adalah para Muslimat juga.Kenapa ia scenario ini terjadi?


Orang yang jahil tetapi mahu belajar dan diajar semacamana bersukan cara Islam cukup saya hargai,tetapi bila si jahil dan berhujah secara jahil dengan menolak untuk belajar dan diajar adalah jahil murakkab yang saya kira perkataan BANGANG cukup lunak bagi mereka.


“Kalu diam kita tidak tahu,bila bercakap,conferm bodoh,” ustaz Ismail Kamus.


Status Wanita dan Sukan Dalam Islam


Wanita boleh bermain apa-apa pun tetapi biar ia masih didalam landasan kebenaran Allah s.w.t. Kalian boleh berenang,boleh ber”futsal”,boleh berkuda bahkan bertinju sekali pun tetapi perlu sedar Allah telah tetapkan hukum dan batasnya.


Article tidak ada satu perkataan yang mengharamkan dan melarang wanita bersukan,Cuma yang disentuh adalah adap-adap seorang wanita muslimah untuk bersukan.Dan sekali lagi nafsu menguasai diri tanpa sedar mempertikai hukum Allah.


Bersukanlah,akhlak jaga

Bersukanlah,pakaian jaga

Bersukanlah,pergaulan jaga

Bersukanlah,suara jaga…


Banyak betul wanita perlu menjaga.Kerana apa?


Kerana Dirimu Itu Cukup Berharga…Sebuah permata yang berkilau indah bila dipelihara.


Dirimu Itu Cukup Berharga


Kredit buat Abang Ngah

Bicara soal wanita,tidak dapat tidak bicara sama soal lelaki.Saya boleh kategorikan lelaki kepada dua bila melihat perempuan yang berpakaian tetapi seperti bertelanjang ini.


“Cuba ko tengok tu…berbekas cantik ja,agak-agak ko saiz berapa,” suara-suara lelaki nakal.


Ketahuilah sahabat-sahabat wanita yang saya sayang kalian kerana Allah,imaginasi lelaki itu banyak menyesak,seakan mencapai infiniti.Dari bersembang kotor sehinggalah berimaginasikan soal diatas katil dengan modelnya adalah kalian.Sungguh saya cukup malu untuk menceritakan hal ini tetapi sayang saya pada kalian membuatkan hal ini perlu disedarkan,dikejutkan dari tidur. Menyapu dibawah karpet soal ini kerana ia taboo akan membunuh pengajaran.Ia perlu dan wajib disentuh tetapi sentuh dengan panduan IMAN.


Kucing tidak akan pernah lepaskan ikan


“Aku tidaklah baik sangat,tapi pasal apa mereka tidak boleh pakai seluar trek macam aku ni? Aku ni lelaki,pakai longgar,patut perempuan lagilah,” luah sahabat saya tadi.


Ketahuailah jua sahabat-sabahat wanita yang saya sayang kalian kerana Allah,lelaki yang tekad azam dengan memandang maruah wanita diletak disatu tempat yang tinggi itu ada.Kita masih belum tandus lelaki sebegitu.Memandang perempuan sebegitu bukan dilapikkan dengan ayat nakal tetapi istiqfar panjang dengan doa agar kalian berubah.


Perubahan vs Masa


“Aku tau,paham.Aku pun pakai macam tu.Sorilah sangat…tapi tiada kekuatan,” jawapan jujur seorang teman.


Untuk mengharap perubahan total sukar bagi sesetengah orang.Berusahalah kearah itu.Ia adalah cerminan hati dengan panduan Iman.Carilah Allah,insyallah kalian akan dapati Allah begitu hampir pada kalian.Kejarlah masa,khuatir menunggu masa,ajal yang datang menjemput


Dosa kita setinggi gunung,Kasih sayang pengampunan Allah tidak ada bertepi…. Kerana Dirimu Begitu Berharga


p/s: Sambil-sambil layan lagu rock kapak...Wings- Di Ambang Wati...



.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday 22 November 2008

Maruah Seorang Wanita

Muslimah Russia (kredit buat Angah)


“Salam,ko sibuk tak? Aku nak tanya sikit ni.Salah tak aku kalau nak pakai tudung kerana disebabkan orang lain?,” soal tulus dari seorang muslimat pada saya.


Fikiran melayang untuk menjawap jawapan yang sebaiknya…Bak menarik rambut didalam tepung,rambut tidak putus,tepung tidak berselerak.


Dia Berubah


Sebelum saya terjun kepada kesimpulan dan jawapan,suka saya ingin berkongsi sebuah satu reality hidup kehidupan seorang manusia yang pasti kita semua kenal


Ibu Arini aka Inneke Koesherawati


“Ibu,suke sangat tengok cite indon,ami duk indon tengok cite indon,balik rumah tengok cite indon.Bosan ye…Cuba try tengok cakap dengan Kak Tiah (bibik) lulus ke dok..Ni sokmo kalu nok beli barang kat Pasor Baru,ami jugok kene cakak,” ayat provokasi dilontar pada Ibu…


Sebelum saya menjawap dan huraikan persoalan ini,saya suka untuk berkongsi satu kisah seorang muslimah yang buat kaki-kaki “sinetro Indonesia” semestinya kenal dengan sosok ini,aktres Mutiara Hati.


Era 90-an,dia dikenali sebagai seorang artis wanita yang berani,panas dengan dengan aksi-aksi yang boleh mengugah iman para lelaki.Dia adalah artis wanita panas yang digelar bom seks yang sering muncul dalam filem-filem panas di Indonesia. Dia adalah Inneke Koesherawati


Sekarang usah dibayang gambaran dizaman jahiliah beliau,rtis cantik yang berdarah Belanda dan Jawa ini sekarang sudah bertukar 360 darjah penampilannya.Yang ada sekarang,hanyalah seraut wajah tenang dan sekujur tubuh yang ditutup sempurna dengan busana Muslimah.


Keputusannya untuk berhijrah sememangnya satu hal yang mengejutkan khususnya para peminat dan dunia hiburan Indonesia khususnya.Manakan tidak,pada waktu itu Inneke sedang berada dipuncak kegemilangan sebagai artis.Mewah,kemasyuran,perhatian ramai semuanya dia perolehi.


Menurutnya,keputusannya menutup aurat bukan disebabkan oleh kehendak fesyen atau sebab-seba lain,melainkan semata-mata kerana panggilan hati untuk mengikuti jalan Allah.Berbicara dengan zaman kelamnya dulu,Inneke menganggapkannya ia sudah berlalu dan bukan sesuatu yang perlu dikenang.


Artis manis yang berlesung pipi ini memutuskan untuk bertudung selamanya.Apapun yang terjadi,tetap teguh dengan azam dan menghargai hidayah yang telah Allah berikan.Dia berkeyakinan bahawa bertudung juga harus diikuti dengan perubahan tingkah laku dalam seharian.

(Sumber dan diolah dari: TokohIndonesia DotCom dan Majalah I)


Satu soalan mudah dari segi lafaz tetapi untuk menjawapnya menjadi beban pada saya.


Ia tanggungjawab…Ia amanah…Ia melibatkan maruah seorang Muslimah.



“ Ya,iyalah…pakai tudung tu kan wajib,ko tak pakai ni berdosa tau!,” sering sekali saya dengar jawapan sebegini.Betul hukumnya? Betul. Caranya penyampaian? Belum tentu.


Saya suka melihat isu bertudung dengan memperbesarkan skop soalan kepada bukan sekadar menutup rambut tetapi MENUTUP AURAT.


Bila saya berkata wanita itu wajib menutup aurat,saya berlepas diri dari


Wanita bertudung tetapi berpakaian sendat

Wanita bertudung tetapi selesa bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim

Wanita bertudung tetapi akhlak dibangkul sampahkan

Wanita bertudung tetapi ibadah tidak dijaga.


Soal kemahuan,keterpaksaan,mahupun ditengah-tengah ia perlu kembali kepada asas dasar aqidah kita. Dalam hadis Arbain Imam Nawawi,hadis pertama membahaskan persoalan niat.Jika pada permulaannya kita tidak perkemas dan perjelaskan untuk seterusnya seakan sukar.Dan untuk kembali kepada zaman Jahiliah cukup terbuka luas.


Untuk berubah kerana manusia,ia boleh dilakukan bahkan ramai yang telah buktikan.Suka saya ingatkan bahawa manusia hanya sementara.Bila faktor “manusia” ini hilang adakah kita akan kembali kepada zaman gelap kita dahulu? Ada yang kekal,tetapi ramai kecundang…Kecundang dek niat yang terpesong. Hati saya sangat-sangat terhiris melihat seorang artis bila sudah bercerai,rambut berwarna,bibir merah bergincu,muka tebal dimekap…Perubahan menuju KECELAKAAN!


Beramal kerana Allah.Seharusnya bahkan tidak dapat tidak dalam setiap langkah didunia ini diniat kepada Allah.Bila makan demi Allah,ia dikira ibadah,syurga ganjarannya.Bila belajar demi Allah,ia dikira ibadah,syurga ganjarannya.Bila menutup aurat kerana Allah,syurga ganjarannya.


Hati Dan Iman



Zaman sekarang berbicara soal perubahan ia berkait rapat dengan hidayah.Hidayah itu perlu dicari bukan ditunggu…


Tengah seronok menonton Gossip Girl atau Desperate Housewife….


Dommm( only sound effect)


“Wah,dah dapat hidayah la aku ini,” sungguh ia bukan begitu.Hidayah begitu mahal untuk dianugerahkan pada insan yang enak menonton Gossip Girl sambil-sambil tunggu turun hidayah dari Allah.


Ramai yang kenal dengan Cat Steven,nama Islamnya Yusuf Islam.Adakah tengah dia syok ber”jamming” hidayah datang menjengah?Melalui Al-Quran,dia masuk Islam…mencari dan bukan menunggu.


Masyarakat sekarang secara umumnya sudah sedia maklum tentang kewajipan menutup aurat.Oleh itu saya sedar medan sekarang bukan soal hukum halal haram,syurga neraka kerana itu sudah tersedia maklum.


“Aku tengok ramai je yang dulu sekolah agama,bertudung labuh tetapi habis sekolah….?,” scenario sering kita lihat.Kenapa? Kerana mereka hanya sekadar TAHU tetapi belum mampu menuju pada MAHU. Mahu itu terkait pada HATI.


Buat Muslimat


Bagi saya,perubahan itu perlu kesabitkan kepada berubah kepada Allah bukan kerana
manusia.Allah kekal abadi,manusia esok lusa mati.Bertudung bukan semestinya menutup aurat,tetapi menutup aurat pasti bertudung...


Bersihkan HATI,HIDAYAH itu hampir,Insyallah….


"Ketenangan dan kebahagian itu hembusan dari langit,diturunkan dalam hati orang beriman,mereka tetap teguh dikala orang lain mengalami kegoncangan" (As-Syahid Syed Qutb)


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Friday 14 November 2008

Warkah Cinta Buat Teman


Pagi itu suasana yang sejuk dan mendamaikan seakan tidak berbekas pada diri terutama pada hati. Bahang panas dan sakit hati begitu marak didalam hati. Sedar ia mainan dan jarum syaitan yang telah berazam akan menyesatkan umat manusia dengan segala cara dan keadaan sekalipun.


Saya beristiqfar dan cuba menguasai diri. Ia semua berpunca dari sikap manusia yang tidak amanah dengan MASA.Dari mesej yang dapat,saya dimaklumkan bahawa Liqa akan dilakukan pada jam 9 am.


“Insyallah Liqa akan diadakan dekat surau Permata,pada Jam 9 am,” begitulah kurang lebih bunyi SMS yang sampai


Selepas berjanji dengan Mr Max untuk pergi sama-sama ke Liqa tersebut .Kami berjanji bertolak jam 830am.Pagi itu saya agak kalut,untuk mandi,sarapan dan persiap apa-apa yang patut.Alhamdulillah kami tepat sampai jam 9am.


“Huh,aku royak doh…memang gini sokmo,” panas hati mula marak.Amat dukacitakan yang hadir setakat itu adalah kami.Kami itu adalah SAYA dan Mr Max.


“Kali ni memang aku doh dok leh tahan,kene ‘jack’ gok sekali ni.Lok lama-lama,tak dok orang tegur dok improve,” mengetap bibir,Mr Max mengangguk membenarkan


Selepas menunggu selama setengah jam,seorang demi seorang tersengih-sengih sampai,Saya ketepikan dahulu soal tadi,Liqa bermula walaupun kedatangan amat mendukacitakan walaupun keahlian 40 orang.Gah…gah pada bilangan.


Tanggungjawab Itu Amanah


Entah kenapa scenario diatas bukan sahaja berlaku dibumi Wali Songo ini,bahkan ia kelihatan ada kesinambungan dari zaman sekolah dahulu dan sehinggalah sekarang.Seakan payah,payah untuk amanah dengan MASA. Tidak kira organisasi itu yang ber”basis”kan kaum, berbilang kaum,akademik. Seakan Motto “Lambat itu Pilihan Kami”. Siap kadang-kadang mengalaskan sikap tidak tepati masa itu dengan


“Ala,beselah janji Melayu,” betul kenyataan itu kerana melayu itu adalah melayu KAMU bukan melayu SAYA.


Walaupun saya amat yakin sikap ini tidak ada kaitan dengan mana-mana bangsa,negara, fakulti, mahupun agama.Semua menganjurkan bahawa TEPATILAH MASA.


Dosa Madu’ berpunca Dari Maksiat Daie’


“Aku puas sudah nasihat.Tapi dia masih dengan perangai itu,” keluh seorang pembawa dakwah.


Kecederaan dan kecelakaan itu bertambah parah bila sikap ini diwarisi sama pada organisasi dakwah


Tanpa kita sedar kesalahan dan kemaksiatan sekeliling itu berpunca dari sikap dan diri pendakwah itu sendiri. Ingatlah keberhasilan dakwah itu berkait rapat dengan dosa pahala.Walaupun dimata kita itu hanya hal yang kecil.Ketahuilah bahawa dakwah itu amat sensitive.Sensitive dengan maksiat hatta walaupun maksiat itu sekadar tidak menepati masa.


AL-Quran mana kalian tadabbur membenarkan tindakan ini?

As-sunnah mana kalian pegang membenarkan tindakan ini?

Kitab mana kalian baca membenarkan tindakan ini?

Muwasafat tarbiah mana kalian teladani membenarkan tindakan ini?


Kita mahu komiti pelajar disini hadiri program-program yang diatur pada masa yang tepat dan berjalan lancar tetapi belakang tabir para pendakwah liqa pun lambat.Kita mahu mengharap lebih? Saya tidak mengharap. What you give,you get back!


Ada beberapa keadaan yang kita boleh terima keterlewatan bahkan ketidakhadiran tetapi sampaikanlah kepada Masul’ kita. Semua ada HP,YM, Email…Tidak guna kredit beribu-ribu untuk sekadar inform,meminta maaf juga tidak mampu.


“Ana tidak pastilah biro agama lain bila janji buat meeting jam sekian-sekian akan mula tepat pada waktunya.Jika benar,kita yang pegang title biro agama Islam patut malu!,” melepaskan apa yang terbuku dihati.


Futur




Selain scenario tidak menepati masa,saya dapat merasakan komitmen para daie pada tugas dakwah juga semakin berkurang.Jika dahulu, teruja dan bersemangat untuk melangkah dan perjuangkan Islam.Kini semakin dingin.Oleh sebab itu saya curiga bila alasan para daie’ muda untuk berkahwin awal menjadikan langkah dakwah mereka semakin kencang dan maju tanpa menoleh kebelakang. “Mendapat sayap baru,” katanya. Teorinya sebegitu,hakikatnya terpampang di reality mata terkadang terbabas dari silibus tarbiah. Jika bukan senarionya tidak semacam itu,saya yakin perbincangan saya dengan seorang Murabbi tidak sampai kepada kesimpulan “Nikah awal menjadikan diri LEMBAB!”


Silap teori atau silap diri kita?


Dahulu,dengan bilangan yang sedikit, kehadiran amat mengembirakan.Semangat melihat sahabat-sahabat merintis jalan menuju syurga,menjadikan diri termotivasi sama. Kini,dengan bilangan yang ramai,kehadiran menducitakan. Ada hal,kekangan,masalah...Ketua kita ada telepon bimbit,maklumlah kepada dia. Jangan diam membisu.


Adakah ia penyakit?


Bagi saya ia bersangkutan dengan penyakit hati.FUTUR atau dalam bahasa mudah putus asa. Ia mungkin tidak dilahirkan dengan menarik diri secara total dari tugas dakwah tetapi boleh dilihat dari priority “dakwah” itu bukan lagi matlamat utama.


“Ya Allah,perteguhkanlah aku dan sahabat-sahabat dijalanMu…Aku sedar usaha sedikit ini untuk mendapat imbalan syurga,tidak setimpal tetapi aku tidak mampu menanggung azab pedih nerakaMu.Masukkanlah aku,sahabat-sahabat,umat Islam seluruhnya kedalam syurgaMu tanpa Hisab”


Tet…tet…


“Ana nak mintak maaf datang lambat.Dahulu ana ingat anta garang,tapi sekarang ana sedar ketegasan itu perlu,” sms masuk ke HP saya.


“Ana tidak ada niat nak lukakan hati sesiapa,ana tegur itu secara umum dan lebih spesifik pada diri sendiri.Diri ini pun terkadang lalai dan mengulangi maksiat yang sama.Jadi ayuh kita saling tegur menegur.Garang? Ingatlah Islam itu ada Usman r.a,tetapi jangan lupa Islam juga ada Umar al-Khattab,”saya balas SMS sambil tersenyum. Berhikmah itu meletakkan sesuatu pada tempat dan kesesuaian.


Lembut menusuk, tegas berlapik.


.: Amad ingatkan kalian just in case kalian terlupa:.

Tuesday 11 November 2008

Bila Kita Beralasan Dengan Allah


“Exam dah dekat ni,perlu solat dan doa banyak-banyak,” akhirnya kita dapat tengok muka yang akan hadir ke masjid hanya bila peperiksaan hampir tiba.Perbuatan ini tanpa kita sedar membentuk satu sikap membuat sesuatu perkara dengan meletakkan syarat kepada Allah.


Membuat amal dengan syarat

Menolong orang dengan syarat

Menutup aurat dengan syarat

Menjaga pergaulan dengan syarat


Sikap Seorang Hamba


Adakah meletakkan syarat pada Allah dalam membuat sesuatu perkara itu bertepatan dengan sikap seorang HAMBA? Bahkan persoalan yang lebih besar yang perlu kita persoalkan,layakkan kita meletakkan syarat? Kita siapa dan Allah itu siapa?


Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya dapat beribadat kepadaku” (al-Zariyat:56)


Jelas didalam Al-Quran yang menyebut bahawa tujuan kita diciptakkan tidak lain tidak bukan hanya semata beribadat kepadaNYA.Bukan untuk memenuhi kehendak manusia,bukan memenuhi kehendak dunia,bukan memenuhi kehendak perut dan juga bukan memenuhi kehendak nafsu syahwat.Manusia tidak akan pernah ridha dengan amal soleh yang dibuat,akan ada umpat belakang,keji mengeji,ejek mengejek tetapi berusahalah mencari redha Allah


Kita siapa,Allah siapa?

Kita Hamba,Allah CEO Kita!


Kita menjadi hambanya adalah sepenuh masa bukan pada masa-masa tertentu sahaja.Tetapi ada segelintir insan hanya menjadi hamba pada masa-masa tertentu,lantaran itu kita akan dapat lihat scenario seperti sekarang…


Tudung hanya dipakai semasa menghadiri majlis perkebumian dan nikah cerai…

Solat dan doa hanya semasa mahu menduduki peperiksaan dan selepas selesai sejadah kemana,Al-Quran kemana…

Ingat Allah hanya selepas terima musibah,sedangkan sebelum itu hidup menongkat langit,angkuh,takbur…


Sedarlah bahawa setiap amal kita itu mahu atau tidak tidak terlepas dari hitungan pahala dan dosa, halal dan haramnya,ada syurga dan neraka.Ia meliputi segenap aspek kehidupan mula dari sebesar-besar perkara contoh pemerintahan,hukum-hakam,yang sederhana seperti akhlak,pergaulan seharian,menutup aurat sehinggalah kepada hal keluar masuk tandas.


Bagi sesetengah orang ia mengongkong,rumit dan menyekat kebebasan,tetapi itulah indah dan lengkapnya Islam.Setiap urusan ada boleh dan tidaknya.Sebagai contoh bergaul boleh tetapi tetap dengan batas-batasnya.Analoginya jika kita demam,doctor bagi paracetamol dengan 2kali makan setiap hari.Cuba makan 10 biji,Insyallah selepas itu sayakan dijemput ke majlis tahlil kalian.Ia akan mengakibatkan kemudaratan bila kita melampaui batas,bukan sahaja soal demam bahkan amal perbuatan kita.Melampau,dosa jawapannya!

Sejarah Mengajar Kita


Jika kita hayati dan perhatikan sebaiknya ayat-ayat Al-Quran,sikap selalu memberi alasan kepada Allah sebelum membuat sesuatu amal amat sinonim dengan sikap Bani Israel. Segar lagi dalam ingatan kupasan ustaz berkenaan sejarah Bani Israel,selepas diselamatkan oleh Allah dari bala tentera Firaun mereka masih ingkar dan tidak mahu melakukan amal soleh.Bahkan mereka tanpa segan silu meminta-minta nabi Allah Musa a.s menunjukkan mukzijatnya.Satu mukjizat ke satu mukzijat,yang kekal adalah kufur dalam diri mereka.


Sirah Nabawiyah juga mencatatkan semasa ayat turunnya pengharaman arak,sahabat-sahabat lantas bertukar dari kaki arak kepada orang yang paling membenci arak.Tiada persoalan dan bantahan.Tidak kedengaran…


“Ya Nabi Allah,lani simpanan arak aku masih banyak,sayang nak buang,” ini semua tiada,bahkan dilahirkan ketaatan perintah Allah itu dengan buang arak ke tanah.Tiada alasan diberikan pada Allah.Ini menifestasi kuatnya iman mereka.


“Alah mereka sahabat,dekat dengan nabi,memanglah macam tu,iman mantap,kita ni 1500 tahun jauh dari nabi”


Cuba guna tengok alasan tersebut dihadapan Allah di hari tiada sebarang kezaliman berlaku.Semuanya bersesuaian dengan amal.Disaat mulut terkunci dan tangan dan kaki berbicara.Berani?


Sirah mana yang kita mahu hayati dan ikuti?Bani Israel atau Sahabat-sahabat Nabi? Pilihan ditangan kita

Tidak Sampai Seru


Pernah saya jumpa seorang pak cik yang isterinya berangkat pergi menunaikan haji.Yang pergi hanya isteri bukan suaminya.Bila ditanya


“Erm…tidak sampai seru lagi.Nanti-nanti sudah sampai masa pergilah,” nasib baik pak cik tua,kalau tidak mau ku luku kepala.Hidayah itu perlu dicari bukan menunggu dan bercakap bebal.Bercakap soal ‘seru’ atau dalam bahasa mudah ‘hidayah’ dengan keadaan diri jahil bahkan tidak tahu apa itu hidayah.


“Nanti dah tua,dah bersuami,dah ada anak-anak,saya pakailah tudung,” ujar seorang artis. Persoalannya,adakah umurnya sempat sampai ke tua?adakah sempat bersuami?adakah sempat beranak-pinak? Jika sempat Alhamdulillah,jika tidak…Ingatlah kita tidak tahu ajal kita bila,mungkin udara yang kita hirup pada saat baca article ini adalah udara yang terakhir…Ia hadir tanpa pemberitahuan.Itu tidak termasuk yang menggunakan alasan “Tidak mahu hipokrit”. Ustaz Badrul Amin pernah berkata “Lebih baik dipaksa masuk syurga dari rela diri masuk neraka”.


Jika Allah Pula Beralasan


Apa yang ada dihadapan kita adalah si hamba yang selalu beralasan,tetapi terbayang tidak jika Allah pula beralasan pada kita…


“Aku boleh bagi kamu syurga,tetapi masuk neraka dahulu,”neraka itu tempat balasan dosa lanjutan dari alasan-alasan kita tadi.Mungkin bila disebut secara umum “neraka”.Tidak datang rasa gerun atau takut,tetapi ketahuailah seksa yang paling ringan adalah letakkan bara api ditapak kaki,dan otak bergelegak.


Lakukan perubahan dan amal soleh disaat nyawa dikandung badan bukan menunggu waktu kerana yang akan datang itu belum pasti milik kita.


Mahu lagi kita beralasan dengan DIA?


“Tuhanku,Aku tidak layak masuk syurgamu,namun tidak upaya menghadapi api seksa.Oleh itu kurniakanlah ampunan kepadaku,ampunkanlah dosa ku,sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa hambamu”


Jangan beralasan kerana DIA adalah CEO, kita HAMBA.




.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Saturday 8 November 2008

Seputar Satu Hari Di Kota Bandung

Hari ini sungguh memenatkan.Jadual yang di rancang sejak dua tiga hari lepas.Mulai dari pagi sehinggalah lewat malam.Sebelum ini saya tidak berkesempatan untuk membuat semua itu lantaran ujian pertengahan semester dan juga tugas-tugas lain yang tidak mampu dielakkan.


Mujahadah pagi itu saya bersama Mr Max (bukan nama sebenar).Dimulai dengan Liqa IMAN pada paginya.Dari yang saya maklum Liqanya mula jam 9am,tetapi amat dukacita hanya mampu dimulakan pada jam 945.Insyallah hal ini akan saya sentuh pada article yang akan datang.Segi ketepatan masa,komitmen dan amanah yang Allah bebankan pada bahu kita sebelum kita.


Liqa selesai jam 11am.Saya dengan Mr Max berkejar ke Bandung kerana jadual asalnya kami mahu pergi awal pagi untuk mengelakkan macet (kesesakan jalan raya) dan becek ( lecah) hujan. Jika sebelum-sebelumnya saya biasanya pergi dengan menunggang motorsikal tetapi sekarang musim hujan,motor baru basuh.Sayang pula rasanya…


Didalam perjalanan hujan lebat.


“Ya Allah permudahkanlah perjalananku hari ini,” doa saya didalam hati sambil melepaskan pandangan keluar tingkap.Kami perlu menyelesaikan segala urusan dengan masa yang terhad,dan hujan masih mahu bermain-main dengan kami.Alhamdulillah doa saya dimakbulkan.Masuk sahaja kota Bandung,hujan reda dan Allah gantikan mendung awan gelap dengan sinar matahari yang indah.


Lepas keluarkan wang dan mengisi perut yang tengah berdondang sayang pinta diisi. Selesai menyelesaikan tuntutan fizikal,rohani pula dipenuhi. Selepas itu kami pergi ke BEC (Bandung Electronic Center). Mr Max dengan handphone,saya pula sibuk dengan membeli payung dan shower. Penat tawaf kami perlu beralih tempat untukmenyelesaikan tugas yang lain.Jangkaan saya tepat,diluar hujan menyambung dendangan gerimis lebatnya. Alhamdulillah buat kali kedua,saya sudah mempunyai payung. Jadi ia tidak menganggu perjalanan kami.


“Orang kata hujan itu nikmat,bagi air pada semua,tapi selain dari itu ada nikmat lain,cuba tengok kat depan tu,” sambil saya menunjukkan pada sekumpulan kanak-kanak kecil yang memegang payung. Disini,bekerja walaupun masih umur yang muda bukan menjadi satu keganjilan.Mereka akan menghulurkan payung pada pengunjung yang mahu pergi ke kereta saat diluar hujan.Dengan itu mereka mendapat sedikit upah.Alhamdulillah buat kali ketiga,kerana saya tidak perlu bekerja seperti mereka untuk mencari sesuap nasi.


Tempat tujuan kami seterusnya adalah BIP (Bandung Indah Plaza).Selesai semua urusan,kami berkejar balik kerana bas terakhir ke Jatinangor jam 5 sedangkan pada waktu itu sudah jam 430pm. Alhamdulillah buat kali keempat buatkan kami tidak kebasahan.


"Bapok mana entah call aku tadi," luah Mr Max dengan muka kelat

"Dia suka ke mung kot,nak berkenalan," saya ketawa besar


Sampai di Dipati Ukur,bas masih belum sampai dan awan beransur-ansur gelap.Disana sahaja,sudah ramai yang menunggu bas dan kebanyakan mahasiswa UNPAD.


“Mampuh la,doh la rama…konpem berdirilah ni,” ujar Mr Max dalam keadaan pasrah.Saya tersenyum dan sedang berfikir macamana taktik nanti.


“Ni baru betul-betul mahasiswa Indonesia,” saya pun sudah tidak ingat umur berapa saya pergi ke Bandar dengar menggunakan bas sebagai alat pengangkutan.Sekarang saat itu hadir kembali.Lama juga kami menunggu sehinggalah bas muncul.


“Prepare for the battle,”saya tersenyum.Kami perlu berasak-asak,berhimpit-himpit dan tiada perasaan kasihan disaat itu.Ia adalah sebahagian rencah hidup dibumi Wali Songo ini. Bas sampai tepat dihadapan.Saya terus melompat ke dalam walaupun bas belum berhenti.Disaat ini anda akan dapat perhatikan,jika dia ada si dia.Si dia tertinggal dibelakang.Alhamdulillah untuk kali kelima,saya masih tempat duduk dalam keadaan bas seperti 10 ekor ikan sardine yang besar-besar disumbat dalam tin sardine yang kecil.


Terhimpit

Panas membahang

Padat


Lelaki mahupun perempuan,tersesak dan terhimpit didalam bas.Bersentuhan semacam amat-amat sukar dielakkan disaat itu.Syukur saya tidak berdiri,dan mengurangkan hal semacam itu.Saya terkenang pendekatan sebuah negara yang mengasingkan bas lelaki dan perempuan.Ia satu pendekatan yang bagus dan lebih melindungi wanita.Jika ada golongan feminine yang tidak setuju diatas hak sama rata.Meh siniku mau luku kepala.Disini dengan pendekatan itu,insyallah mungkin ada tetapi saya rasa bukan dalam waktu terdekat.


Sampai di Jatinangor dalam jam 615pm dan sudah masuk waktu maghrib.Kami menaiki angkut dan ojek,berkejar untuk solat.Selesai solat maghrib dan Isyak,saya dengan Mr Max menghadiri jemputan naik rumah Rozi,Tehah,Kak Ainul,Yam,Zubez,Sha dan Nad.Sedap dan pedas nasi lemak kalian.Alhamdulillah…


Pengajaran:


1.Datang meeting awal lain kali

2.Jika hujan bawa payung

3.Datang Bandung jangan bawa awek,payah nak naik bas

4.Buat wanita,nak elak sesak didalam bas,beli kereta

5.Jika ada panggilan yang tidak dikenal pasti,hati-hati,itu mungkin waria (wanita pria) yang ingin berkenalan.

5.Kita rancang,Allah rancang,tetapi Allah sebaik-baik perancang.Berdoalah

6.Bersyukur


Maaf telat,hujen,becek,enggak ada ojek...capek deh!!!

2

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.