Wednesday 31 December 2008

Gaza Bermandi Darah!

Gambar Menceritakan Segalanya

Saya mencari momentum untuk turut sama berbicara soal Palestine,soal Masjid Al-Aqsa,soal kedudukan Islam,soal kemanusian,soal kebinatangan Yahudi Laknatullah...Untuk pertamanya,ingin sama-sama saya mengajak sahabat-sahabat melihat foto-foto darah, airmata, kematian dan kebiadapan Yahudi laknatullah diambang Tahun Baru Hijrah mahupun Tahun Baru Masihi.Kita masih pening memikirkan dimana mahu kita sambut new year,sedangkan saudara kita di Palestine...














Masih terfikir lagi dimana mahu kita sambut new year???


Fakta Antara Palestine Dan Israel



1. Berkenaan soal pergaduhan Fatah dan Hamas.Saya ada melihat beberapa blog dan article yang mengupas soal ini.Ada diantara mereka menyatakan bahawa,dengan bergaduh dan sikap tidak bersatunya Hamas dan Fatah,menyebabkan Israel mengambil kesempatan menyembelih rakyat Palestine khususnya di Tebing Gaza.Kenyataan itu ada betul dan salah.Betulnya apa apabila kita tidak bersatu,musuh akan mengambil kesempatan.Tetapi kita patut melihat ini secara keseluruhan dan kepada punca,dan jika soal Palestine ini hanya diselesaikan peringkat ranting,ia gagal memberi impak dan mengsia-siakan usaha.Faktanya,Hamas telah mengusir Fatah dan merampas kuasa ketenteraan di Tebing Gaza.Dan amat mengejutkan bahawa apabila pasukan bersenjata Hamas memasuki pejabat keselamatan Fatah, terdapat dokumen-dokumen mengenai perancangan pembunuhan rakyat Palestine dan pemimpin Hamas yang diatur dan dirancang secara rahsia oleh Fatah dan Israel.Fatah talibarut Israel.Dan jika rakyat Palestine mahu menyelesaikan Israel,mereka sepatutnya menyelesaikan Fatah yang khianat pada agama,masjid Al-Aqsa,dan rakyat Palestine. Baca ini,kalian akan mengetahui kebenaran yang sebenar.


2. Masalah Palestine lanjutan dari soal pengkhianatan Negara-negara Arab dan negara-negara Islam.Ini berpunca asasnya dari para pimpinan yang memerintah negara-negara Islam yang bacul,tiada iman dan nilai persaudaraan Islam. Contohnya Mesir.Mesir adalah satu-satunya negara Arab Islam yang bersempadan dengan Tebing Gaza.Selepas Gaza diluluh-lantak oleh bom-bom Israel yang beratnya 1 tan setiap satu dan setakat ini sudah 500 tan bom digugurkan,rakyat Palestine berkejar menyelamatkan diri dengan menyeberang sempadan ke Mesir,bantuan yang dihulurkan adalah dengan menutup sempadan dan menembak rakyat Palestine dengan mengakibatkan seorang rakyat Palestine dan saudara seaqidah terbunuh.Sila baca 1, 2 Ingatlah wahai negara-negara Islam,wahai pemimpin negara-negara Islam,kuasa itu amanah,dan jika amanah itu tidak ditunaikan,kami akan menuntutnya diakhirat kelak. Kami tidak akan membiarkan darah dan air mata gugur secara sia-sia tanpa pengtanggungjawaban


3. Isu Palestine telah menjadi satu isu sejagat.Saya amat tertarik dan tersentuh dengan melihat rakyat Venezuela berdemo menunjukkan bantahan kepada Israel Yahudi Laknatullah tanpa dihalang oleh kerajaan mereka.Mereka kafir,mereka bukan orang Arab tetapi mereka ada hati dan perasaan.Sedangkan hakikat dunia Islam, Arab Saudi telah mengharam,menyurai dan menangkap rakyatnya yang berdemo menunjukkan bantahan kepada Israel.Ini negara Islam,ini negara Sunni.Dimana Islamnya?Dimana Sunnah yang dianjurkan oleh Nabi Junjugan Kita,Muhammad s.a.w.? Usah bicara soal kelantangan negara syiah Iran yang vokal dan lantang soal ini.


4. Ulama telah berfatwa bahawa bom berani mati di Palestine adalah dibenarkan syarak tanpa pengeculian tempat.Tanpa menolak yang terbunuh itu samaada tentera,orang awan dan kanak-kanak Israel Yahudi.Ini kerana telah menjadi dasar kerajaan Israel bahawa setiap rakyat yahudi Israel adalah tentera tidak terlepas kanak-kanak mereka.Menjadi pertimbangan ini ulama-ulama muktabar Islam seperti Syeikh Yusuf Qadrawi menyatakan dibenarkan syarak pengebom berani mati di Palestine ini.


Mengenai serangan berani mati rakyat Palestin dengan memasang bom di
badan mereka, al-Qaradawi berpendapat perbuatan yang dilakukan itu adalah bagi mempertahankan negara dan maruah agama Islam adalah dikira melakukan antara sebesar-besar jihad. Dengan demikian, anggapan terhadap perbuatan ini sebagai membunuh diri adalah salah sama sekali. Mereka yang mati kerana melakukan serangan ini dikira sebagai mati syahid selagi mana niat mereka adalah kerana Allah (s.w.t.) dan menentang musuh Allah (s.w.t.). Fatwa ini disiarkan Pandangan Yusuf al-Qaradawi Terhadap Fiqh Semasa 79 pada 22 April 2001 dalam akhbar al-Watan al-Qatariyyah. Berkenaan dengan fatwa ini, ada pendapat yang mengatakan bahawa serangan tersebut adalah dibolehkan dengan syarat hendaklah dijauhi daripada orang awam. Dalam hal ini, al-Qaradawi menjawab bahawa serangan mereka itu bukan ditujukan kepada orang awam. Walau bagaimanapun, ia merupakan sesuatu yang dimaafkan. Walau bagaimanapun, al-Qaradawi dalam satu wawancara pada 14 September 2002, dalam akhbar al-Syarq al-Qatariyyah menegaskan bahawa masyarakat Israel adalah masyarakat tentera. Mereka yang tidak menjadi tentera pada hari ini adalah tentera pada masa yang akan datang, sama ada lelaki atau wanita. Umat Islam diwajibkan berjihad dan menolong saudara mereka. Haram bagi umat Islam menolong dan menyokong pencabulan mana-mana pihak terhadap negara umat Islam. Al-Qaradawi mewajibkan umat Islam untuk memboikot semua barangan buatan Amerika dan Israel. Lebih tegas lagi, beliau menggolongkan perbuatan membeli produk Amerika Syarikat dan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar. Dalam hal ini, kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut. Menurut al-Qaradawi lagi, tindakan ini adalah termasuk dalam jihad dalam bidang ekonomi. Ini adalah kerana Amerika adalah menjadi penaung kepada kegiatan Israel yang menindas Palestin. Fatwa al- Qaradawi ini disiarkan dalam khutbah Jumaat pada 12 April 2002 (Lihat bahagian Fatawa wa Ahkam dan Khutab wa Muhadarat dalam http://www. qaradawi.net. 13 Mac 2003).


"That the right action,takes by our goverment.Their should start killing terrorist at Gaza early than this!," pandangan seorang rakyat Israel bila BBC menemuramah


5. Serahlah bantuan kewangan pada pihak yang sepatutnya yang kita yakin sumbangan itu sampai kepada orang yang sepatutnya.Ini kerana,ada segelintir NGO yang kita ragui kemana arah sumbangan itu dan jika sampai,mereka salurkan pada puak pengkhianat Fatah. Ketahuilah bahawa Hamas telah menang majoriti dalam pilihanraya Palestine.Rakyat telah memilih mereka,percaya pada mereka dan Hamas adalah Kerajaan Palestine yang SAH!


6. Masih teringat kata-kata wakil Hamas semasa datang ke Malaysia dalam memohon sumbagan kewangan untuk rakyat Palestine yang saya dengar secara live...


"Wahai saudara-saudaraku sekalian,kami tidak perlukan saudara untuk pergi ke Palestine untuk membunuh Yahudi,pemuda-pemuda kami masih cukup untuk menghadapi Yahudi.Kami hanya perlukan sokongan,doa,wang dari kalian.Biar diakhirat nanti,dihadapan Allah...Kami akan mengakui bahawa,kalian rakyat Malaysia telah menolong kami,berdoa untuk kami,bersedih bersama kami,syahid bersama kami.Katahuilah sumbangan kalian tidak sia-sia,darah dan air mata yang tumpah tidak sia-sia.Semuanya ada nilai disisi Allah," laungan Allahukabar bergema memecah kesunyian malam...


Kempen Sedarkan Kawan



Ingin saya mengajak dan menyeru sahabat-sahabat saya meletakkan isu Palestine,Al-Aqsa didalam segenap kehidupan kita.Buat sahabat-sahabat yang belum sedar,buat endah tidak endah,masih berada di zon selesa,ayuh kita bangunkan mereka dari lena.Saya ingin melihat...

Si lelaki memakai serban dan kopiah berbicara soal Palestine

Si gadis bertudung litup berbicara soal Palestine

Si lelaki berseluar pendek dan berambut warna berbicara soal Palestine

Si gadis berseluar ketat dan berbaju singkat berbicara soal Palestine

Si non-muslim berbicara soal Palestine.


Kerana ia bukan isu DIA,mereka tetapi KITA.


"Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka.Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka.
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka. Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.."


Ia hanya gerhana...bukan terbenamnya matahari...Yakinlah bumi Palestine milik KITA


p/s: Ayuh sama-sama kempen nyatakan sokongan kita pada saudara Palestine.kita dermakan wang kepada saudara kita di Palestine,adakan munajat,doa,solat hajat semoga Allah memberi mereka kekuatan,ketabahan dan syahid...


Kalian boleh copy gambar dan wallpaper ini...




















.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday 27 December 2008

Demi Sebuah Pengalaman




Malam telah melabuh tirainya,diluar gelap pekat keadaannya,jam ditangan telah menunjukkan jam 1 pagi.Itu tandanya pada malam itu saya pulang lewat ke rumah.


“Akh,jom pegi minum-minum dulu.Banyak hal nak sembang dengan anta,” ajak seorang teman yang saya amat syukuri keberadaan dia.


Malam itu usai ceramah berkenaan Kristianisasi yang saya hadiri bersama sahabat,Ustaz Mahadi.Secara kebetulan,yang memberi talk itu adalah senior Ustaz Mahadi.Meraikan dan memahami mereka banyak hal yang dicakapkan,dibualkan,dingomongkan ,saya menurut sama minum di warung.Malam itu saya “meronggeng” bersama ustaz-ustaz.


“Mie,anta sekarang belajar dimana?,” tanya Ustaz Rashidy dengan nada ingin tahu dan taaruf serba sedikit.


“Ana sekarang belajar kat Indonesia,akh…,”jawap saya tersenyum sambil meneguk air kopi yang berasap enak.


“Subhanallah,anta belajar sana rupanya. Nasihat ana lah kan,anta cari dan belajar dengan ustaz,masyarakat disana.Insyallah,keadaan disana akan membuat anta akan lebih solid dalam tindakan dan tambah pengalaman,” ungkap Ustaz Rashidy dengan penuh makna.


Ada Apa dengan Indonesia?


Kawasan sekitar rumah


“Aku dulu frust jugak,kawan dapat sama bahkan lagi rendah result dari aku tapi dapat pergi tempat yang selama ini aku ingin sangat nak sambung belajar,”curhat ( curahan hati) seorang teman.


“Saya dahulu belajar kat university kat Malaysia dah,dah best pun.Tapi ayah suruh datang Indon jugak,”berbaur nadanya.


“Insyallah ada hikmahnya tu,” jawap saya sambil tersenyum.


Ada apa dengan Indonesia sampai sahabat saya menyampaikan nasihat itu dengan bersungguh?


Anda tertanya-tanya bukan,bahkan saya pun turut sama memutar ligat kepala memikir sama.Yang tergambar di benak fikiran kita hanya filem dan sinetron yang dihiasi cewek yang cantik dan cowok yang kacak.Hanya di fikiran kita tergambar berduyun-duyun rakyat negara seberang memasuki negara untuk mencari sesuap nasi.Sejarah mahasiswa yang mampu meruntuhkan regim kuku besi pada zaman Refomasinya.


Pertama sekali menjejak kaki disini,saya dikejutkan dengan kehidupan masyarakat setempat yang boleh dikatakan kurang lebih sama dengan kita di Malaysia tetapi menidakkan kita berbeza satu penafian kepalsuan.Terkejut dengan masyarakat Sunda disini,ditambahkan kejutan itu dengan kehidupan sosial pelajar Malaysia di bumi Wali Songo ini..


“Ya Allah…,”tepuk dahi saya dibuatnya.


Seribu Ragam


Negara Indonesia bagi saya adalah sebuah negara yang ekstrim,ekstrim dari sosiobudaya,pengamalan agama,keterbukaan demokrasi,dan sebagainya.


Disini kita boleh melihat orang membuang duit makan di tempah yang “maha” mahal,disini juga kita dapat melihat insan yang selongkar tong sampah demi mencari wang.


Disini kita boleh melihat manusia yang membelakangkan dosa pahala,syurga neraka,disini juga kita dapat jumpa insan yang amal dan akhlaknya mantap.


Disini dahulu,ramai orang yang hilang tanpa bernesan lantaran regim dictator yang kuat mendekam,sini juga sekarang kita dapat melihat ruang demokrasi itu dibuat seluasnya seolah tanpa bertepi.


Seolah-olah disini untuk mencari yang pertengahan itu sukar ibarat mencari kutu tunggal pada satu kepala yang penuh rambut.


Medan Untuk Kita Belajar



Masih ingat pertama saya solat jamaah.Sudah solatnya tiada wirid dan banyak lagi hal yang sedikit berbeza dari amalan saya seharian.Jika selama ini saya hanya lunak dengan satu pendekatan dalam beribadah,tercengang,kepelikan,termanggu-manggu bila hal ini timbul.Hal ini saya tidak biarkan lama mengusik fikiran,saya mencari dengan bertanya ustaz-ustaz,orang yang alim dalam bidang agama.


Kehidupan kami disini


“Apa yang nta buat tu dah betul,tetapi ada juga pendapat lain dalam amalan ini,” saya mendapat ilmu baru dan belajar menerima “perbezaan” dengan penuh ke”cool”an.Tiada sebab untuk bersilat lidah,membangkul sampahkan akhlak.


Di Indonesia,sudah lama masyarakatnya menerima pandangan bukan sahaja dari mazhab Syafie’ tetapi pandangan-pandangan imam yang lain.Tidak dilupa,bukan hanya mazhab,berbeza corak pemikiran begitu bercambah biak,manusia dengan demokrasinya,manusia dengan liberalismenya,manusia dengan komunismenya…


Ia pengalaman…guru terbaik kita.


Menjadi pengurus bagi sesuatu program juga menjadi tempat saya mendapat ilmu terutama bila bukan hanya melibat masyarakat kampung dengan pelajar Malaysia.Kisah semasa qurban masih segar diingatan saya.


“Mie bagi tau la ke Pak tu,simbah air sikit ke lembu…bagi dia cool down skit.Lagipun itu sunnah,” pesan seorang sahabat.


“Syeikh,asal sembelih lembu yang seekor lagi tu dekat dengan lembu ni…bukan tidak baik ke?,” soal seorang teman.


“Akh,bakpe ek…kalau kat tempat kita lepas sembelih kita buka ikatan kaki…bagi lembu tu mengelumpur bebas…Ikat tu ,sakit ke lembu je,”prihatin berkenaan “ihsan” semasa qurban.


Saya mengetahui dan mengiakan semua pandangan sahabat-sahabat berkenaan hal itu.Betul dan itulah sunatnya semasa sembelih.Tetapi ia bukan sekadar itu.Kita bukan berhubungaan dengan haiwan tetapi manusia,masyarakat disini.Mereka telah berqurban bukan baru satu tahun ini sahaja,tetapi sudah lama.Apa yang mereka rasa,bila kita tegur berkenaan hal ini semua semasa keadaan kalut lembu mahu ditumbangkan?Mengajar bukan.Semua itu sunat untuk dibuat,menjaga hubungan sesama manusia itu wajib.Untuk akan datang,kita boleh menyuarakan hal ini awal-awal lagi.Untuk tahun ini,sunnah itu tidak mampu ditegakkan,tahun depan dan seterusnya,Insyallah…


Ia pengalaman….guru terbaik kita


“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.” (Surah al-Hujarat: 13)


salah satu program dengan masyarakat disini


“Akh,apa pandangan ikhwan pada partai-partai yang lain,yang ana kira berbeza dari fikrah dan matlamat perjuangan?,”soal saya pada seorang sahabat yang amat saya cintai kerana Allah.


“Kami melihat mereka bukan sebagai musuh tetapi madu’ yang perlu kita dekati dan didik mereka,” jawap yang membuat saya terkenang scenario di Malaysia.


Ia pengalaman...guru terbaik kita


Untuk menceritakan satu persatu sukar,dari majlis tahlil yang diedarnya sama rokok untuk kita hisap sampailah berhubungan dengan kawan-kawan satu kampus yang pelbagai ragam yang menuntut saya belajar dan belajar dan masih belajar.Melihat semua itu, bagi sesetengah orang,hanya satu hal yang tiada luarbiasa yang mampu kita belajar darinya.Itu tiada apa mampu dikaitkan pada article ini.


Jadi…Shift Our Paradigms.


Bumi ini bumi yang berbagai ragam yang mampu mengajar kita sesuatu apa itu erti kehidupan,ilmu dan pengalaman.


Kerana ia mematangkan kita!


p/s: -Amad ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah bagi semua muslimin muslimat


-Sahabat-sahabat lain boleh berkongsi sama pengalaman yang dapat ditempat kalian. Insyallah ada manfaat buat sahabat lain umumnya dan bagi saya khususnya


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Tuesday 23 December 2008

The Battle Of DSLR

“Saya ada beli gincu dan alat solek ke bini..tapi dia masa kat rumoh dok paka’.Kalu keluar uamah baru nok pakai.Ape hukumnya ustaz?,” itulah antara soalan-soalan yang dilontar pada Ustaz Azhar padaa malam itu.Saya cuti yang sementara ini berpeluang untuk menghadiri dan memanfaatkan masa yang ada dengan menghadiri mana-mana kuliah di masjid biasanya mengikut sahabat, Ustaz Mahadi.


“Orang puang ni pun se hal jugok,haram solek-solek untuk bawak ke luar.Nok tunjok ke sape?Mung seme paka dumoh la.Ni dumoh,muke penoh tepek masker.Ning nok makan nasi,tengok bini lu’ga(nak termuntah) wase!,” ketawa pecah oleh ahli jamaah suray.Jawap Ustaz Azhar dengan nada bergurau tetapi penuh dengan ketegasan syarak disitu.


Selesai kuliah,Ustaz Mahadi kenalkan saya kepada Ustaz Azhar.Kami makan bersama-sama sambil sembang-sembang.Dia salah seorang yang bagus dan kemas dari segi ilmu fiqh bahkan lebih dari itu…


Persoalan Aneh


“Ustaz,ning saye nok tanya satu bende ni…boleh dok?,”saya meminta izin.Nada semacam orang lain bertanya soalan agama.


“Owh,bereh…silakan,” jawapan dia sambil tersenyum.


“Kalu modal dalam RM 4000,saye nok angkat camera DSLR kire hok mana se yang bagus?.Leni hok saya try tanya kawang-kawang kalu canon 450D,kalu Nikon D80,guane gamok tow ustaz,” kali ini bukan persoalan agama tetapi bertanya tentang camera.Ustaz Mahadi tersenyum.Dia sudah sedia maklum,saya dan ustaz memiliki channel yang sama.


“Pelik sangat,orang lain kalut tanya persoalan agama,Amad ni pulak tanya pasal camera,” ini mesti yang bermain difikiran sahabat-sahabat sekalian bukan.


Sebenarnya,dia bukan sahaja alim dalam bidang agama,tetapi juga “alim” dan boleh dikatakan sifu bagi para photographer di sekitar Kuala Terengganu.Web photonya adalah digitalmukmin .Dan ini adalah sebahagian gambar-gambar yang diambil oleh dia sendiri.









The Battle of DSLR


Saya lebih berminat untuk memiliki samaada Nikon atau canon berbanding camera lainnya.Selepas meminta dan bertukar pandangan dengan beberapa teman dan sifu-sifu didalam bidang ini.Saya menyenarai pendek dua camera DSLR yang berkemungkinan akan dibeli.Nikon D90 dan Canon 450D.Diharap kawan-kawan memberi komen dan cadangan camera mana yang terbaik walaupun bertimbangan anda sekadar…


“Saya rasa camera ….. lagi cantik dari camera….,” saya hargai semua cadangan,insyAllah.



Nikon D90

Nikon D90 Key Features

  • 12.9 megapixel DX-format CMOS sensor (effective pixels: 12.3 million)
  • 3.0-inch 920,000 pixel (VGA x 3 colors) TFT-LCD (same as D3 and D300)
  • Live View with contrast-detect AF, face detection
  • Image sensor cleaning (sensor shake)
  • Illuminated focus points
  • Movie capture at up to 1280 x 720 (720p) 24 fps with mono sound
  • IS0 200-3200 range (100-6400 expanded)
  • 4.5 frames per second continuous shooting (buffer: 7 RAW, 25 JPEG fine, 100 JPEG Normal)
  • Expeed image processing engine
  • 3D tracking AF (11 point)
  • Short startup time, viewfinder blackout and shutter lag
  • Slightly improved viewfinder (96% frame coverage)
  • Extensive in-camera retouching including raw development and straightening
  • Improved user interface
  • New optional compact GPS unit (fits on hot shoe)
  • Same battery and vertical grip as D80
  • Vignetting control in-camera


Canon EOS 450D

The EOS 450D features:

  • 12.2 Megapixel CMOS sensor
  • Canon’s EOS Integrated Cleaning System
  • 3.5 frames per second
  • 3.0” LCD with Live View shooting
  • 9-point wide-area AF system with f/2.8 cross-type centre point
  • Picture Style image processing parameters
  • DIGIC III image processor
  • Digital Photo Professional RAW processing software1
  • Compact and Lightweight body
  • Fully compatible with all Canon EF and EF-S lenses and EX-series Speedlite


"Saye rase awak,amik Nikon D90 la comey skit...," jawap Ustaz Azhar



.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Sunday 21 December 2008

Berikan Sesuatu

Perjalanan 3 jam dari Bandung ke Jakarta cukup memenatkan.Alhamdulillah saya bersama sahabat-sahabat sampai ke Bandara Sukarno-Hatta,Jakarta pada Jam 350am,agak awal memandangkan penerbangan saya pada jam 630am.


Perut berkeroncong indah,saya alas dengan burger McDonald.Makan dipercepatkan lantaran perlu check-in awal dan subuh pun masih belum tertunai.Kalut saya bersama teman habiskan makanan.


Tiada Maaf Bagi Mu


“Maaf ya,jadualnya ditunda kepada jam 850am,kapalnya lagi ada masalah,”tetiba merasa merah telinga.Luka lama terpaksa mengeluarkan lebih kurang sebanyak RM 400 masih berbekas.




“Aku tidak akan lepaskan Airasia kali ini ,” azam dalam hati.


“Kenapa delay?saya ada connecting flight jam 2 pm.Jika ada masalah kamu mahu tanggung???,”soal saya tanpa berbasa-basi.


“Ya,kami akan tanggung,”jawap pramugari lemah.


“Btw,my connecting flight is not Airasia but MAS ,”diam pramugari Airasia tidak terjawap.


Pueh Hati!


Ini bukan kali pertama delay dan delay.Boleh dikatakan setiap kali penerbangan melibatkan Airasia mesti terselit sama peristiwa delay penerbangan.Kami bagi itu hanya dibekalkan Roti Boy dan air kosong.Alhamdulillah.


Saya selamat sampai di LCCT jam 12 tengahari dan berkejar ke KLIA untuk penerbangan ke Terengganu.Alhamdulillah masih awal,berbaki dalam 2 jam dan sempat untuk check-in. Keletihan dan kepenatan mula sirna dimuka Wang dan saya.Saya melangkah ke surau dan solat jamak qasar Zuhur dan Asar.


“Ya Allah,aku merasa sungguh penat dan letih.Aku bermohon pada-Mu biar perjalanan kali ini bermakna dan dapat menambah imanku,” doaku didalam hati.


Selepas solat,saya pergi ke tandas untuk menunai hajat.Kasih sayang dan rahmat Allah itu tidak pernah lekang dari sifatnya.Saya melihat,seorang pakcik menunggu diluar tandas dengan kepala ditutup dengan tuala kecil.


Teringat kembali kisah saya kecil-kecil di TASKI.


“Ok murid-murid,selain kita masuk tandas dengan kaki kiri,apa lagi yang Rasul kita suruh?,”tanya Ustazah pada kami.


“Menutup kepala semasa menunaikan hajat,” spontan kami menjawap dengan intonasi jawapan yang sama ala-ala kanak-kanak kecil.


Saya akui hal sekecil ini sudah ramai yang kita lupa bahkan tidak diamalkan dalam kehidupan seharian walaupun ia adalah satu sunnah nabi.Kita sayang pada nabi,kita buat sunnahnya.Senang dan berbaloi.Doa saya dibayar tunai oleh Allah.Pengajaran yang membuat saya terfikir panjang.


Selepas solat,giliran Wang pula solat.Kami membuat giliran kerana menjaga barang-barang. Saya tiba dikerusi,Wang sudah terlentok tidur.


Ish,buruk bebenor.


Selesai semua,kami hanya ada masa selama 10minit untuk makan.Saya tiada masalah,yang menjadi masalah adalah Wang kerana makannya sungguh ayu,perlahan dan ala-ala awek gitu loh!.


“Aku bagi mase ke mung 10minit.Mung kekoh la guane-guane pong burger ni biar habis.Dok abis bye-bye la boh,” gurau saya.


Penerbangan Pulang Ke Negeri Mat Said


Saya masuk ruang menunggu.Kelihatan dari jauh sosok seorang yang saya terkenal didalam bidang politik.Ralit bermain dengan dengan telefon bimbit.Sambil Wang dan saya habiskan makanan yang berbaki,kami bersembang kosong.


“Semua penumpang boleh beratur dan masuk kedalam pesawat sekarang,”pengumuman dibuat oleh MAS dan yang penting tepat pada masanya.Tidak macam syarikat yang satu lagi tu.


Saya melilau mencari kerusi.Sungguh mengujakan.Saya duduk sebelah ahli parlimen itu.Hanya saya dan dia dibarisan itu.Dia tersenyum sambil meneruskan membaca surat khabar The Sun.Saya dapat mengagak kedatangan dia ke Terengganu kerana sekarang hangat pemilihan calon untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu P36.


“Ni saya nak panggil dato atau macamana,”soal saya sejujurnya.Saya kekok ber”dato” dengan orang yang saya tahu tidak mementingkan pangkat itu.


“Pakcik je cukup”


Selepas bersua,penerbangan kami larut dan hangat dengan sesi bertukar-tukar pandangan dan pendapat.Saya sejujurnya merasakan kerdil untuk memberi cadangan,pandangan dan saranan,tetapi keterbukaan dia amat saya hargai.Hargai pandangan orang muda,orang luar dari parti dia.


Mula dari anaknya berminat untuk mengambil bidang perubatan sampailah kepada masalah sikap orang melayu,scenario di parlimen,tahaluf siasah,tarbiah dikalangan ahli,cara membina pengundi akar umbi dan sebagainya.Banyak point yang saya bincangkan,dia turut sama bersetuju.


“Bagi saya,remaja,belia dan mahasiswa tidak patut membuang dan tidak ambil peduli tentang politik.Untuk menjadi aktivis mana-mana parti politik,itu hak masing-masing,ada pertimbangannya.Tetapi setiap belia patut celik politik.Ambil tahu hal dalam dan luar negara,kerana ia sebahagian dari ilmu dan mahu tidak mahu apa yang terjadi pada kita mahasiswa samaada baik atau buruk ,kita terkait sama.Menjahilkan dari dengan tidak mengambil tahu soal ini,satu kerugian,” ungkap saya.


“Begitulah yang sepatutnya,pakcik setuju dengan pandangan adik,”jawap dia.


Kali ini Allah telah membayar tunai lagi permohonan saya.Bertukar-tukar pandangan,bertanya soalan terus dan sikap dia,amat saya hargai dan satu saat yang indah.


Bau bayu Laut Cina Selatan menyapa.Saya sudah sampai ke Terengganu.Negeri Mat Said.


“Pakcik ada luggage ke nak ambil?,”tanya saya pada dia.


“Erm,tidak ada.Yang ini je.Ok lah,jumpa laginya,”jawap dia.


“Ok,semoga berjaya di P36 nanti ,insyallah,”


Biar Bermakna.


Saya berazam cuti singkat kali ini biar bermakna.Tidak hanya diiisi dengan tidur,menonton television,makan.Sekurang-kurangnya,aktiviti mengemas rumah pun jadi.


Pagi ini,saya meneman abang sepupu ke hospital kerana appendicitis dan appendicnya telah pecah dan dia pada jangkaan saya mendapat infected wound bekas dari pembedahan itu.Demam dan nanah yang keluar menguatkan diagnose saya.Tepat sekali jangkaan saya,dan dia terpaksa ditahan di wad.


“Salam syeikh,malam ini ada ngaji mane?,” saya sms pada seorang sahabat,Ustaz Mahadi.


“Malam ni kat Surau Gelong Bilal,ada Ustaz Azhar Idrus yang ngajo,”



Imam Ghazali dan Imam Syafie

Saya hadir ke surau itu bersama Ustaz Mahadi.Sungguh mengujakan.Surau yang besar penuh sesak dengan hadirin.Saya jangka dalam seribu orang.Bab yang dikupas malam itu adalah “Taharah dalam solat”.Saya pergi makan dan bersembang dengan sahabat itu dan seterusnya pulang ke rumah.


Rumah Kemalingan( Kecurian )


Buzz…


housemate saya di Indonesia menyapa.


“Weh,mung tahu dok lagi rumah kita kemalingan?,” soal housemate saya yang asal orang negeri Sembilan tetapi telah dilatih bercakap Ganu.


“Hoh,nape pulok yang hilang tu boh,”tanya saya,terkejut.Berdoa agar musibah itu tidak seteruk mana.


“Dia baham kasut aku,naqi,afif...”dia menjawap.Dia bagi tahu ada merancang untuk membuat perangkap untuk menangkap pencuri itu.




“Mung jangan guna kasut aku wat umpan tau.Mahal tow.Cuba mung letak Naqi kat luar.Kot-kot ada orang nak ambil dia,” hahahahaha.


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday 19 December 2008

Celoteh Sebelum Pulang

Seminggu meninggalkan amadanaksoleh berhabuk lantaran perbagai kekangan.Minggu ini saya ada ujian akhir bagi blok DMS (Dermatomasculoskeletal),BHP,PHOP,CRP. Sejujurnya meninggalkan blog tanpa update cukup menyeksakan perasaan,kerana hadir saya didunia blogger dengan matlamat yang tersendiri.


Microscope dan Dunia Kedokteran Yang Aneh

Alhamdulillah,tepat jam 130 petang,ujian terakhir saya tamat.Tetapi entah kenapa,idea untuk menulis masih kosong.Tidak mampu saya untuk memaksa diri untuk menulis tanpa idea dan matlamat sesuatu article itu.


“Banyak masa awak ek,sempat tulis article,”itu yang sering saya terima feedback dari sahabat-sahabat mengenai amadanaksoleh.Sebenarnya,masa itu perkara kedua dan mungkin ketiga,tetapi kemampuan menulis itu lebih kepada bagaimana kita bina idea dan lontarkan pada masyarakat.


Saya,suka menganalisis trend sahabat-sahabat di blog ini.Dan menariknya,article yang mendapat feedback yang tertinggi dan memberi kesan adalah article yang ditaip tidak sampai satu jam.Ini semua bertitik tolak dari idea dan semangat menulis yang hadir.Tetapi penah saya menulis


Berhenti

Sambung lagi

Berhenti

Sampailah 3 hari.


Tetapi feedback kurang dan saya sendiri merasakan tiada nilai hati didalam article itu.Membacanya kosong dan kurang membekas kerana ia dalam terpaksa.Saya teringat kata-kata Tok dikampung

“Tu kalau masok,”mecok” (dalam keadaan marah) biasanya tidak sedap.Kalu hati tenang,wa’se sedak walaupun sekadar ikan singgang”


Itu saja celoteh Amad untuk kali ini.Bagi saya article ini sekadar booster untuk jana article-article lain.


Pulang Ke Asal


Insyallah esok saya akan pulang ke Malaysia,jadi jumpa di P 36 Kuala Terengganu.Opss!!!


Buat Naqi dan Afif,jaga adik Nazi baik-baik.Jika nakal,jangan lupa rotan abah ada kat atas pintu tu.


Buat siapa yang baca article Saifulislam ,ingin saya pesan bahawa yang saya akui ada bincang soal perkahwinan semasa belajar,tetapi bukan saya yang mahu berkahwin.Jenuh nak dengar buzz kawan-kawan dan bertanya


“Amboi dah nak kahwin rupanya,” haishh!!!


“Ala balik lagi,bestnya!,”kata kawan.Bagi kawan-kawan yang ingin selalu pulang,jangan belajar jauh-jauh.Jangan ke Rusia,jangan ke Mesir,jangan ke Jordan,jangan ke Jepun.Mai belajar kat Indonesia.Senang balik,senang juga duit keluar kerana fakulti gemar amat tukar tarikh….


Amuk- Aku Mahu Pulang


Welcome To Indonesia,Never Ending Asia


p/s: Doakan agar saya selamat sampai dan agar perasaan mahu lempang pramugari Airasia tidak ada.(Mereka suka charge luggage mahal-mahal,ingat ayah kita kerja cop duit ke apa)


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Tuesday 9 December 2008

Sekitar Qurban Demi CINTA

Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar…Wa lilla ilham


Alhamdulillah,Ucap cinta dan puji bagi Allah untuk sekian kalinya dengan sifat rahmat dan penyayang,pelajar UNPAD buat kali kedua berjaya mengajurkan program qurban bertema “Qurban Demi Cinta”.Selawat dan salam buat Rasulullah kerana tidak penat lelah Baginda,kami mendapat nikmat yang paling terbesar iaitu Iman. Saya cukup pasti,bila kami tidak diberi nikmat iman dan Islam,kami tidak akan berkumpul di Puri Alpina,memuji dan mengagungkan kebesaran Allah.Doa dipanjatkan para sahabat,tabiin,tabit’tabiin dan semua penerus mata rantai dakwah Rasulullah,dengan air mata dan darah kalian,kami masih mendapat merasakan nikmat iman.


Saya selaku pengarah program qurban tahun ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap insane yang sudi mengeluarkan wang untuk masuk bahagian qurban tahun ini.Suntikan sifat persaudaraan,membuatkan kita tergerak untuk sama-sama untuk berkongsi nikmat Allah dengan sahabat-sahabat seagama kita diseberang laut ini.Semoga qurban kalian diterima Allah.


Kepada PKPMI,KUBI dan IMAN ucap terima kasih juga kerana sudi meringankan dan melicinkan perjalanan majlis.


Buat semua ahli komiti qurban,mula dari MT sampailah ke AJK,saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluang masa,wang,tenaga dan memberi komitmen yang penuh untuk memastikan program lancar.Insyallah,jika kita ikhlas,masa yang habis,wang yang dikeluarkan,tenaga yang dijana akan digantikan oleh dengan syurganya.Ikhlaskan diri kerana ia salah satu syarat amal kita diterima Allah.Sungguh saya kagum dengan kesungguhan kalian.Saya sayang kamu semua kerana Allah.


Buat sahabat-sahabat yang sudi datang menjengah bahkan sudi membantu kami,saya doakan ia diterima sebagai amal soleh oleh Allah.


Semoga untuk tahun kehadapan program ini bukan sahaja menjadi tradisi pelajar Malaysia di UNPAD tetapi lebih dari itu. Kita perlukan TAKWA..Hayati firman Allah ini:


“ Daging (haiwan qurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah,tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu” (al-Hajj:37)


Saya juga ingin memohon maaf jika ada kiranya ada terkasar bahasa dan tersalah tutur bicara semasa menjadi pengarah program qurban kali ini.Jika ada sebarang teguran,kritikan,penambahbaikan boleh diajukan terus kepada saya.Saya yakin jika hal ini hanya dibincang dikamar-kamar kost,didalam tandas,dipinggir jalan tidak mengubah apa-apa bahkan menjadi dosa.


Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar…Wa lilla ilham


Gambar-gambar Sekitar Majlis Qurban


Merenung masa depan


Menunggu giliran


Besar-besar!!!


Pak cik wakilkan kepada Amad


Bismillahi Allahuakbar


Biro Logistik


Potong bawang


Terik ekor molek-molek


Biro paling horor...Pemotongan


Qurban demi CINTA


Muslimat


Baju biru...eee geli khaleyyy


Biro Kebersihan...Terima Kasih


p/s: Sesiapa yang berminat memiliki gambar-gambar sekitar majlis qurban boleh dapatkan Complete Series boleh dapatkan dari saya.Pastikan pendrive anda bebas dari dihuni VIRUS>


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday 5 December 2008

Generasi Yang Dicorak

Bila bercakap soal dunia hiburan,dunia secara umumnya diceruk mana pun diterjah dan dilambakkan dengan satu genre hiburan dipanggil program reality tv.Dengan membawa pelbagai tema mula dari bidang masakan,nyanyian,pekerjaan bahkan jodoh.Dan ia meliputi juga dari mula orang tua reta sampailah ke kanak-kanak kecil comel.


Siapa tidak kenal dengan Akademi Fantasia yang mengundang tangisan bila satu persatu dari mereka terpaksa keluar.Program itu juga mengambarkan satu tahap baru nilai hiburan masyarakat melayu khususnya,membelanjakan berjuta-juta untuk mengundi pelajar AF.Sikap hedonism yang melampau,merasuk minda,membuatkan orang melayu tanpa sedar mengeluarkan wang dengan begitu banyak semata untuk hiburan.


“Nak tahu,kawan abah sampai habiskan RM1000 masa malam final AF,”ternganga mulut saya dibuatnya.


“Baik bagi ke aku buat beli camera baru berbaloi jugak,”terdetik didalam hati.


Tsunami AF dengan orang tua sampai ke kanak-kanak.Ini tidak masuk lagi program Malaysia Idol,Mencari Jodoh yang jodohnya tiada langsung.


Itu program reality tv di Malaysia,jika yang diluar negara juga banyak. Dari yang berbasiskan fizikal macam survivor sampailah ke hal yang tidak bermoral.


“She got whole package!,” ujar mak seorang peserta American Idol dengan yakin. Walaupun tidak pernah tidak saya melihat mana-mana orang sekalipun melihat video anak dia membuat persembahan tidak ketawa terbahak-bahak. Begitu pede (percaya diri) mereka itu.


Nasib Kanak-Kanak



“Ikut suka hati aku la,ko mana tau”kata si kecil comel pada Uncle Aznil dalam Tom Tom Bak.Dialog itu disambut gelak ketawa penonton dan tepuk tangan girang oleh ibu bapa si kecil di bangku duduk dibawah pentas.


Kelakar?

Menarik?

Seronok?

Kurang Ajar?


Sikap dan perbuatan dikala kecil adalah cerminan asuhan dan akhlak ibubapa.Kanak-kanak itu putih bersih,jika direndam kedalam dakwat hitam,hitamlah ia.Jika dijaga rapi,putih bersihlah ia.


Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Setiap anak yang dilahirkan adalah putih bersih, maka terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." - (Riwayat Bukhari).


Itu yang bercakap tiada alas,tidak termasuk lagi kanak-kanak kecil yang dipakaikan baju ketat,berkain jarang,rambut berwarna warni. Inikah generasi yang diharap menjadi mujahid dan mujahidah untuk masa depan?Paling singkat ibubapa patut fikir,agaknya mereka meninggal anak-anak inikan yang sentiasa berdoa memohon rahmat Allah pada ibubapa? Jangan sampai baca al-fatihah pun tidak mampu,mayat terbujur kaku diruang tamu,anak-anak enak menonton tv…Terlahir generasi bangsat kerana didikan ibubapa yang berkiblatkan nafsu.


Didikan Abah Ibu



Saya masih teringat semasa kecil dahulu.Saya,Kak Long dan Abang Ngah boleh dikatakan hidup dizaman sukar dan penuh kepedihan.Selalu badan ini tidur dalam berbirat terkena penangan rotan.Rotan diganti bukan sekali tetapi banyak.Baca Al-Quran salah,rotan.Balik main lambat,rotan.Dapat nombor lebih dari 10,rotan.Abah Ibu amat bertegas terutama soal agama.Itu yang menjadi rutin pun dirotan teruk,saya tidak dapat gambar jika mengucapkan


“Ikut suka hati aku la”


Dahulu cukup terseksa,takut,geram.Sekarang saya cukup bersyukur bahkan semakin mengerti kenapa tindakan itu perlu.Lain keluarga,lain pendekatan.Bagi saya,tindakan ibubapa cukup tepat dengan mengambil semua keadaan.Dengan tujuan untuk membentuk membentuk agama,akhlak dan menyediakan anak-anak menjadi mujahid mujahidah, dan penerus pahala mereka dikala mereka telah tiada.


Rotan Abah,rotan sayang.

Cubit Ibu,cubit sayang.


Sayang dan cinta mereka tanpa alasan mahupun mahukan balasan.


Realiti TV di Indonesia


Kebetulannya saya hanya mempunyai TV selepas pindah ke rumah dari kost.Itupun TV akan bersuara dan bercahaya semasa makan malam dan menonton Extravangaza.


Dibumi seberang ini juga tidak terlepas dari program reality TV.Yang mengajak ke neraka mahupun ke syurga.Untuk sekarang saya mahu menceritakan yang membawa ke syurga,yang semestinya di Malaysia tiada.


Nun si kecil cantik berada dipentas.Memegang mikrofon,melawan gemuruh dalam usaha menyambung mata rantai dakwah yang Nabi Muhammad tinggalkan.Dengan lunak membaca Al-Quran,menghurai ayat demi ayat,berbicara soal islam kufur,syurga neraka,dosa pahala.Tanpa sedar ia mampu menitiskan air mata para juri,penonton bahkan saya.Itu adalah program Pemilihan Daie Kecil (PILDACIL) yang dibuat oleh Lativi.


Putih akan kekal putih bila dijaga dan diasuh.Sesungguhnya Indonesia itu penuh segala suka dan duka,pelbagai ragam dan sikap.Ketahuai Indonesia adalah gergasi yang sedang tidur.Dunia Islam menunggu kalian bangkit mengegar dunia.Lihatlah video ini,kalian dapat menilai kata-kata saya…



Masih Awal

“Syeikh,amboi cakap pasal kahwin,didik anak-anak.Kita ini muda lagilah,”provokasi nakal sahabat-sahabat.


Saya yakin segala sesuatu itu perlu dirancang dan diketahuai segalanya,sebelum melangkah.Setiap langkah larian laju,bermula dari satu langkah awal.Sebelum berumahtangga,sebelum beranak pinak itu masa kritikal untuk mendapat mainframe mengenai soal ini semua.Jangan bila sudah perut Isteri buncit menboyot baru gelabah badak si suami dan bakal ayah cari buku bagaimana didik anak-anak.


Buat si gadis,dalam-dalam ber”dating” pegang tangan di taman boleh menayakan soalan ini pada si arjuna


“Sayang,sayang…nantikan kita nak kahwin,pastu ada anak.Sayang sudah fikir belum macamana nak TARBIAH anak-anak kita?,”agak-agak biru ke tidak muka mamat tu…


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.