Wednesday, 10 June 2009

Jumpa Di Syurga Sahabatku Ammar

Buzz...

"Salam, enta lani ada mana? ana dah balik dari Mesir ni.Ingat nak round satu Malaysia,nak jumpa pakcik-pakcik.InsyAllah, minggu depan ana ke Ganu. Enta ada kat rumah tak?," tanya seorang sahabat.

" Waalaikumusalam syeikh, ana lani dah duk Indon daa...dah start kelas pun. Tak dan nak jumpa dengan enta la...Takpelah,pi jalan-jalan tu sampaikan salam ana ke pakcik-pakcik etek deh," jawap saya dalam bahasa bercampur-campur KL dan Ganu.

" Owh takpalah macam itu,insyAllah kita jumpa lain kali la," jawap dia.

" Bereh bos, ada rezeki,kita jumpa."ayat terakhir saya.

Sahabat itu adalah Ammar bin Zulkifli


Sejujurnya saya bukanlah sahabat yang selalu berurusan dengan dia. Jumpa pun tidak pernah, muka langsung tidak pernah bersua. Tetapi kami dekat dari segi tautan ukhuwah Islam, mempunya cita-cita yang sama dan minat yang sama iaitu camera. Sering bersembang dan bergurau berkaitan camera dengan beliau.

Tetapi pada pagi itu...

Usai solat subuh, saya membuka lembar-lembar note untuk dibaca sebagai persediaan ujian. Muncul pesanan dari YM dari teman,jua dari bumi kinanah itu, bumi para nabi.

" Salam akh, Ammar dan beberapa sahabat lainya telah mengalami kemalangan. Ammar sekarang khabarnya koma," bunyi pesanan itu.

Saya menjadi kaget dan terdiam. Fikiran pada masa itu kosong dan yang terucap dibibir

Allah

Allah

Saya terus beristiqfar dan mendoakan yang terbaik buat beliau dan teman. Nota diatas meja ditatap tetapi tembus dibawa perasaan. Segala kenangan walaupun tidak banyak tetapi berbekas.

" Afwan la akh, ana ni macam ini la. Suka bergurau,kalu enta tak berkenan maafla," pernah saya ungkapkan.

" Eh, ana ok je...ana pun kuat berguraukan. Tiada masalah la," lembut bahasanya.

Buzz...

" Innalillah, Ammar telah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan," pesanan yang muncul di YM terus menyentak hati dan perasaan.Perasaan tidak tertahan.

Dengan emosi yang kacau,saya cuba menelefon sahabat-sahabat di Mesir untuk memastikan berita yang saya dapat itu benar. Panggilan tidak dijawap. Sibuk menguruskan sang mujahid.

Allah

Allah

"Ammar,anta pernah cakap nak jumpa ana. Tetapi segalanya sekarang adalah mustahil.Kita dipisahkan dengan dua alam yang berbeza. Kita tidak dapat lagi berhubung dan bersembang tentang camera,tetapi InsyAllah anta tetap dekat dengan ana dengan DOA. Didunia kita tidak bertemu, Allah telah siapkan tempat kita bertemu disatu tempat yang paling indah dan mulia"

KITA JUMPA DI SYURGA FIRDAUS...Insyallah

Kata-kata Ammar di tapak semaian pahalanya Kalam Puncak

"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat"

Airmata ku tidak dapat tertampung lagi apabila mendapat mesej melalui dari Ummu Ammar melalui YM dengan mengunakan ID Ammar...

"Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah. maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau makcik."

Insan hebat lahir jadi rahim wanita hebat...



Kenyataan dari Pihak Wakil Pelajar Mesir


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)
-dalam keadaan stabil

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)
-masih kurang stabil

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)
-masih kurang stabil

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)
-dalam keadaan stabil

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)
- telah pulang ke Rahmatullah

Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.

Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada' di atas jalanMu ya ALLAH!. Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH!

Setakat itu maklumat yang diterima daripada presiden PERUBATAN, Ahmad Wafi Arshad dan beberapa wakil yang masih berada di sana. Maklumat terkini insyaAllah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Wassalam.

Al Faqir ilAllah,

Mohamad Ashraf Mohamad Isa
Timbalan Presiden I
PERUBATAN

SUMBER: http://perubatan.org/


Nota 1
: Al-Fatihah buat arwah Ammar bin Zulfkifli

Nota 2 : Menurut maklumat, jenazah akan bertolak pulang dari Mesir pada pagi esok. Doakan semoga dipermudah.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

12 comments:

muniri edogawa said...

inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun..
sahabat sy pun terlibat sama(fitri a.k.a otai)
alhamdulillah beliau dlm keaadaan stabil..
mudah2an Allah melindungi mereka semua...amin

Dr Amad said...

Muniri- Owh cmtu...salam takziah jua buat yang terlibat.

miss susi said...

salam takziah..
Allah telah mengambil kembali hakNya..
smoga arwah ditempatkn bersma org2 yg soleh..
sedih dgn berita nie walaupn sya xknal Ammar nie..


p/s=hargailah org disekeliling anda selagi mereka masih hidup...

Dr Amad said...

Miss Susi- saya yang kenal gitu-gitu berada mesra dan ketiadaan dia dirasai...apatah lagi shbt yg rapat,mak ayah...

Mati itu pasti,menghitung hari

Iman Aisyah said...

Salam,
kematian itu pasti dan peringatan buat yg hidup..

sedih bace..Innalillah..Al-Fatihah buat arwah..takziah buat keluarga Ammar.

Dr Amad said...

Iman Aisyah- Amin...

sinar_islami said...

May Allah bless his soul
moga duta Islam ini terus bersinar di akhirat sana..
yang terbaik untuk arwah dan untuk kita..
Beliau pasti mahu kita terus tabah dan konsisten di atas jalan D&T ini..
Dan pastinya beliau juga mahu kita memghargai dan menjadi shbt yang baik...

ps::ramai ikhwh yg tgk mengatakan arwah seolah2 tersenyum dan ketika pulang sempat mengucp kalimah syahadah..subhanallah..moga ruh beliau dicucuri rahmat..

As said...

Sesungguhnya dia disayangiNya

Dr Amad said...

Sinar- Wajah orang beriman,gembira dijemput bidadari ke syurga.

Insan baik,dipuji oleh ramai makhluk bumi,ana doakan makhluk langit mendoakan sama kesejahteraan dia...

Dr Amad said...

As- Jom jadi insan disayangi manusia dan Allah

Anonymous said...

walaupun saya tak mengenali langsung arwah,air mata tetap mengalir..
salam takziah.

Dr Amad said...

Anonymous- Sama-sama...doakan agar ditempatkan bersama org2 soleh