Tuesday 31 March 2009

FI : Adakah Hadiah Futsal Itu "Judi"?



Apakah hukumnya masuk sesuatu pertandingan dengan membayar sejumlah wang seperti futsal,bola sepak?Adakah ini dikira seperti judi kerana menang atau kalah itu belum dapat dipastikan?Jika bukan judi,apa pertimbangan hukum disitu?


Jawapan:

salam...

Akan berlaku judi jika, duit yang dikumpulkan dr peserta @ kumpulan digunakan untuk membeli hadiah kepada pemenang....


Jika setiap kumpulan mendapatkan hadiah yang sama, seperti pertandingan yg dibuat untuk suka-suka sahaja dan tujuan untuk merapatkan persahabatan, tanpa membezakan hadiah anatara pemenang dan yang lain, dengan erti kata semua dapat hadiah yg sama....maka tidak mengapa...

Alternatif:

1. Dalam kitab-kitab feqh menyebutkan, akan menjadi halal pertandingan seperti ini dgn syarat dimasukkan satu pemain @ atau kumpulan lagi yang tidak perlu membayar apa-apa pun... Jika dia menang, akan dapat hadiah...kalau kalah, tak dapat apa-apa...


2. Cari sumber hadiah dari pihak lain....duit yang dikutip dari peserta hanya digunakan utk tujuan pengurusan sahaja...cara ini lebih fleksibel...


Wallahua'lam

Mahadi Bin Mohammad
Syariah,Universiti Mu'tah,Jordan


Nota 1: Itu gambar team futsal semasa 1st year. Athletico Cikuda dan di naik taraf kepada Cikuda D'Orange.

Nota 2: Buat sahabat-sahabat yang masuk futsal,jangan risau KUBI mahupun PKPMI telah sediamaklum hukum ini.Jadi releks sudey....


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday 27 March 2009

Partai Keren Sekali

Esok adalah penamaan calon tiga tempat di Malaysia iaitu Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai. Disana ada pilihanraya,disini juga hangat dengan pemilu. Disini saya ingin berkongsi video iklan Partai Keren Sekali.

Semua sediamaklum,dengan penerbitan akhbar di pihak oposisi telah digantung. Biarkan mereka,kerana mereka tidak mahu belajar dan berubah dari sejarah yang sediada.Jadi mungkin ini adalah satu cara lain untuk menyentuh hati sanubari setiap pengundi di ketiga-tiga tempat itu. Jika TV3 tidak berminat untuk siarkan,gunalah kuasa dunia maya,Internet. Ia telah terbukti pada PRU-12 baru-baru ini.

Tidak salah untuk kita belajar dengan negara jiran kita ini...Dari dakwah dan tarbiah mahupun cara membuat iklan. Selamat berjuang buat semua di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai. Kita telah menang sebelum berjuang wahai pencinta agama sekalian,kemenangan hakiki kita adalah syurga kelak.





























"Berpolitik bagi PKS itu tidak dilihat sebagai sarana balas dendam dan saling menjatuhkan,tetapi sebagai sarana untuk amar ma'ruf nahi mungkar. Oleh kerana itu PKS berkomitmen menghadirkan dan lebih mengedepankan nurani dan moral dalam berpolitik.Motivasinya bukan kekuasaan, tetapi pelayanan," Dr. H. M. Hidayat Nurwahid


P
alestine Kita Sayangi


Nota 1
: Seorang kader pernah berpesan "Lihat mereka sebagai madu' bukan musuh yang perlu kita perangi."

Nota 2: A picture speaks thousand words

Nota 3: Tertarik dengan satu slogan yang diubah dari peringatan amaran kotak ROKOK. Peringatan PKS: Memilih PKS dapat mengakibatkan rakyat sejahtera,Indonesia maju, musnahnya praktek korupsi dan meningkatnya martabat bangsa dan negara.(hahaha... keren)


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Thursday 26 March 2009

Ar-Ruhul Jadid

Pok Mang merenung masa depan ( Gambar Hiasan)


"Rileks la bai, masa muda ni la kita nak cuba segala benda.Muda ini la nak enjoy...orang tua kata malam masih muda," ungkap orang muda yang menjelaskan keberadaan dia sekarang.


Ruang lingkupnya hanyalah untuk memenuhi tuntutan nafsu.Langkah sehari-hari,langkah yang hanya untuk mengisi kehidupan muda dengan gelak tawa dan berhibur.Inilah corak ukiran belia negara kita.


Pewaris bangsa,penegak agama.


Desawarsa ini, ia lebih membarah pada belia melayu muslim. Tiada nilai adat sopan melayu,terhakis identiti wahyu Ilahi.


Saat Yang Pasti Menjelang



" Ami,nanti kalau dah kerja ada duit,baik pergi buat haji awal-awal sebabnya ibu tengok orang tua buat haji,kesian. Nak pergi melontar orang kena papah,nak saie orang kene pimpin," pengalaman yang dikongsi sama oleh ibu.


Itulah zaman rambut mula memutih,mata sudah tidak seterang dahulu,lutut mula melemah,langkah mula longlai.Ia adalah zaman senja kita,zaman tua.


Dengan pelbagai keuzuran itulah zaman insan yang berusaha mendekati Allah.Si nenek menopause ,baru mahu belajar haid dan nifas.Si pula atok baru tersedar muqqadam tidak lagi khatam.Benar ia masih belum terlambat,tetapi segalanya seakan tidak kena.
Kesihatan,kudrat tenaga,daya ingat,ia menjadi satu penyesalan panjang kemudian hari.


"Dah tua-tua ini,eloklah ke masjid.Rumah pun kata pergi,kubur pun kata mari.Taubat la banyak-banyak," dialog yang sering kita dengar.Ungkapan yang ada benar sekelumit, batilnya sebaldi.


Bagaimana masa muda? Adakah masa muda untuk enjoy? Dapatkan kita pastikan usia kita sampai pada umur 70 tahun,atau pun dipinggir selekoh jalan sana sahaja?


Yang lepas tidak mampu kita dapatkan kembali, Yang akan datang belum tentu milik kita,jadi sekarang adalah milik kita.Untung rugi kita diSana,pangkalnya adalah sekarang.


Kisah Syurga,Kisah Kita


Nabi apabila ditanya oleh seorang wanita tua,bagaimana usia penghuni syurga,Baginda menjawap semua disyurga itu muda dan sihat semuanya.Mereka hidup disana riang dan gembira.


Melihat pola hidup seorang manusia yang awalnya bayi kecil yang perlukan asuhan dan didikan,tumbuh besar sebagai insan yang sihat fizikal dan mental,menurun prestasinya apabila rambut mula memutih,gigi mula hilang satu persatu,mata mula tidak kelihatan garisnya.


Dengan mengandaikan kita tiada khilaf soal ini,sudah semestinya zaman kemuncak dalam hidup seseorang itu adalah di zaman belia.Disaat rambut hitam berkilat,langkahnya kuat dan kencang,ingatannya tajam menusuk.Dizaman inilah kita dapat lihat pemuda itu maju dengan penuh semangat di medan perjuangan,dan dizaman inilah kita lihat minah berani bertenggek diatas motor membuat aksi superman.


Zaman muda adalah kemuncak prestasi seseorang insan.


Prestasi ke syurga,prestasi ke neraka.


Kerugian Yang Fatal


Melihat senario mahasiswa di Malaysia,saya sebenarnya merasa sedih dan kecewa. AUKU diperkenalkan dengan bertujuan memandulkan mahasiswa.Ia terbukti apabila dasar AUKU disalahgunakan untuk menekan mahasiswa melontarkan idea dan melahirkan pandangan masing-masing.Tanpa sedar,penguasa telah membunuh satu ciri penting orang muda iaitu IDEALISME.


"Untuk mewujudkan sebuah negara yang ada integriti tinggi,kita perlukan pimpinan yang bersih,hamba kepada rakyat dan tiada kepentingan pribadi dalam sesuatu tindakan," bersemangat seorang pemimpin muda berucap.


Lihatlah apa sahaja acaranya,yang berlandaskan agama ataupun tidak,tenaga pengeraknya adalah orang muda.Gerak kerja mereka dipandu dengan idealisme yang tinggi. Tidak menafikan sesetengah idealisme itu ada yang salah arah,pada masa ini orang yang berpengalamanlah yang boleh membetulkannya.Biasanya,orang muda memandu laju,orang tua menekan brek.


Jangan disekat,bagilah arah yang perlu mereka tuju.


Iman Dan Idealisme


" Kita perlu mengunakan segala cara untuk menarik orang muda ke konsert kita.Cuba kita bawa artis luar masuk,mesti boom punya," idea bernas tapi salah arah


Idealisme tanpa iman boleh menyebabkan orang muda bergerak merealisasikan idealisme yang songsang.Ibarat kapal yang laju berlayar,tetapi salah arah.


Package seorang pemuda yang mantap adalah yang mempunyai idealisme yang tinggi ditaut rapat oleh keimanan yang mantap.


Setiap langkah,adalah langkah pejuang.

Setiap masa,masa berjihad.

Setiap jalan,jalan menuju Allah.

Setiap helaan nafas,adalah zikir.


Selak kembali sirah Baginda dan para sahabat. Rasulullah itu menerima wahyu pada umur 25 tahun dan membangkitkan izzah Islam pada usia yang muda.Baginda dibantu oleh ramai barisan sahabat-sahabat yang muda belia.Lihatlah pahlawan Uhud, Musab bin Umair. Jejaka yang kaya raya,menjadi kegilaan ramai anak gadis,gugur dimedan Uhud dengan kain yang tidak mencukupi menutup jenazah. Maju meninggal kesenangan dunia lantaran terpesona kesenangan Syurga.Beliau mulia dipandangan Allah,beliau mulia dimata Nabi. Nilai kita?


Lima posen ( Gambar Hiasan)

Berpada-pada


"Abis tu kena selalu duk masjidlah,kene menadah kitab dengan ustaz jela ek, Linkin Park takleh layan,my chemical romance tak leh layan,gossip girl tak leh nengok la ek...hambar ye idup," mulut memuncung 4 inci serta merta terukir.


Ibaratnya bukan sahaja terpaksa membuang baju lama,tetapi baju itu perlu dibakar,abu dibuang ke laut,agar tiada kesan.Jahiliah katanya. Tanpa menafikan orang muda cenderung kepada aktiviti bercorak itu,saya lebih berpandangan "berpada-padalah". Bimbang banyak gelak tawa didunia akan mengakibatkan tangisan panjang di akhirat sana.


Makan 1 biji paracetamol untuk mengubat demam,insyAllah sihat. Makan 10 biji,mati keracunan jawapnya. Mahu berhibur silakan,tetapi perlu letak itu pada tempatnya. Masih memetik gitar kapok saat azan maghrib berkumandang adalah kebodohan.Saya sendiri masih suka mendengar Wings,XPDC, mahupun Amuk.Terasa lagu Akar dan Bumi itu lebih menyentuh hati dari lagu kasih-kekasih.


Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.


Gunalah masa muda ini sebaiknya kerana "Antum ar-Ruhul Jadid fi Jasadiummah"



Mars Kepanduan,Shoutul Harakah

Nota 1
: Milik Siapa Gadis Ini? Sudirman dan Amy Search sama-sama best.

Nota 2: Nasyid Indonesia dan Arab lebih menarik hati mengingat Allah dari Nasyid Malaysia.Kenapa?

Nota 3: Gambar adalah sumbangan dari Ustaz Azhar, Digital Mukmin

.: Amad ingatkan just in case terlupa :.

Friday 20 March 2009

Aku Budak SESTER

Biro Majalah Sekolah (Autentik)


Saya ada jalan-jalan blog sesawang dan tertarik dengan satu article yang memaparkan keputusan terbaik SPM di Malaysia. Dengan ini,dengan bangga saya sebagai bekas pelajar x-Sesterian mengumumkan bahawa SESTER berapa dikolompok 10 sekolah terbaik Malaysia.


Syabas dan tahniah buat pelajar dan mak cik dewan makan kerana menyediakan makanan berkhasiat buat kami dulu,kini dan selamanya.

  1. MRSM Langkawi (1.4041)
  2. MRSM Taiping (1.5391)
  3. MRSM Pengkalan Chepa (1.5439)
  4. SASER (1.612)
  5. KISAS (1.68)
  6. MRSM Tun Ghafar Baba (1.6865)
  7. ASIS (1.754)
  8. SAMURA (1.83)
  9. SESTER (1.841)
  10. SBPI GOMBAK (1.883)
  11. SAINS JOHOR (1.906)
  12. MRSM Alor Gajah (1.9326)



Nota 1
: SESTER itu singkatan bagi Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu


Nota 2
: SAMURA no 8...cis bedebah Jebat!!!


Nota 3
: Kelihatan top 3 adalah dari MSRM. Ayuh SBP hancurkan dominasi ini tahun depan.


Nota 4
: Buat adik-adik,tahniah diatas kecemerlangan SPM. Sedikit pesanan,kita sebagai orang Islam bukan sahaja perlukan orang bijak pandai tetapi juga beriman.Jika belajar luar negara,jangan tinggal usrah tau.


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Thursday 19 March 2009

Ganu's Next Top Model : Pok Mang

Siapa kata tiada orang yang boleh jadi model populer.Pok Mang datang untuk meninggalkan legasi yang mantap didunia permodelan ini. Aksi yang mantap dan profesional dan juga menutup aurat.

Awas!Ada unsur-unsur bahasa Ganu yang amat pekat.Jadi " Beware Of Dog"


Pok Mang versi munajat kat air terjun. Tak dok bulu kaki tow...


Pok Mang versi Hari Pekerja. Pekerjaan sambilan, penari Mok Yong


Pok Mang versi Kete Sport.Tak dok aweks ke sebelah tow?


Pok Mang versi pejuang Hamas.Takbir!!!


Pok Mang versi tok wali.Merenung nasib duit ehsang dok dapat-dapat


Pok Mang versi amoi cina.


Pok Mang versi Ghost Rider.Antu tengok pun cuak,janggut mana boleh lawan boh


Pok Mang versi Hero Pedang Setiawan.Bini nok siang ikang takdok pisau setaram


Pok Mang versi mat rempit beriman. Kite dok kelek porong tau


Pok Mang versi Anoksusohnokeje ( Arnold Schwarzenegger).." Lu wase nok makang kot woya,mari la dekat...berat 6 6 sungguh"


Pok Mang versi bertapa.Lari masuk hutan lepas kaloh PRK KT baru nims


Pok Mang versi sek awek.SMS aweks tow...

Pok Mang versi Undertaker.Baru aloh kat The Rock


Pok Mang versi pelancong orang puteh. I can't go la wheather hot-hot gini seme


Semua gambar ini boleh dilihat pada Digital Mukmin dan pada yang berminat untuk belajar dan mengetahui dunia photografer dengan lebih dekat boleh masuk pada forum ini Forum Digital Mukmin. Terima kasih kepada Ustaz Azhar Idrus dan semua warga Digital Mukmin.Mung seme memang rock( batu).


Nota 1: Ikhwah Indonesia berada disaat genting jihad siyasi ( Jihad Politik). Mohon doa sahabat-sahabat semua. "Islam itu akan bangkit diufuk Timur".Mungkin Malaysia,mungkin Indonesia... Allah knows.


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Terima Kasih Semua

Tanpa sedar pengunjung Amadanaksoleh telah melebihi angka 10ribu. Satu penghormatan besar buat saya.Disini saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua pengunjung diatas lawatan singgah,sudi membaca, memberi komen,kritikan membina,sumbangsaran yang bermakna bagi blog ini.


Saya harap kalian terus bersama blog ini membaca dengan cermat,komen yang bermutu,kritikan yang bermakna,sumbangsaran yang terbaik.


Saya juga ingin menghulurkan sepuluh jari memohon ampun jika ada terkasar bahasa,tersalah tutur bicara dalam perkongsian ini.Doakan agar Amad terus istiqamah dalam MEMBERI.


Tiada insan yang terbaik melainkan insan yang bermanfaat pada insan sekitarnya.


Ada hadiah istimewa buat kalian...



Kredit buat Amad Besar


.: Amad Sayang Kalian :.

Wednesday 18 March 2009

Hapuskan PSSMI

Berbahasan hangat tentang PSSMI banyak telah diadakan.Ada yang menyokong PSSMI dan ada juga menentang dengan sekerasnya PSSMI. Jika yang menyokong,dibawa dalil adiknya score dan menjawap peperiksaan dalam BI,buku teks semuanya dalam BI, di universiti semuanya dalam BI.

Amad ingin mengajak pembaca membaca laporan kajian PSSMI ini dan buatlah keputusan yang muktamat tentang dasar ini.Pilihan ditangan anda:

Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut.

"Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.

Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

"PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."

Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).

Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.

"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.

"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.

Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.

Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.

Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Pejabat Daerah dan sekolah tertentu.

Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

(Sumber: Malaysiakini)

Dengan ini,saya istiharkan bahawa diri ini menentang sekeras-kerasnya PSSMI. Ayuh selamatkan generasi anak bangsa.Demi Islam dan Negara.


Kalian???

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Tuesday 17 March 2009

Senjata Kasih Sayang

" Apa pandangan kalau saya pakai tudung ini kerana manusia,tetapi bukan kerana kesedaran diri sendiri?," tanya seorang gadis.


Itulah persoalan-persoalan yang pernah saya dapat apabila bersahabat dengan ramai orang. Menjawapnya bukan sesenang yang kita fikirkan kerana ia bersangkutan dengan hukum hakam agama,cara berdakwah dan berurusan dengan manusia. Diri ini berusaha untuk memberi jawapan dengan memenuhi prinsip hablunminallah dan hablunminnas.


Jika boleh saya analogikan bertudung itu dengan sebatang pokok. Ada akar, batang, dahan,
ranting, daun mahupun buah. Boleh saya samakan persoalan bertudung dengan perumpamaan ranting. Dalam keadaan sedar bahawa diri ini tidak langsung bermaksud meremehkan seruan agama ini tetapi ingin mengajak kita lihat hal ini lebih dari sekadar bertudung. Asas dan akar yang kuat menunjang.


Jika akar itu kuat,bukan sahaja ranting merimbun hijau bahkan bakal menghadiahkan buah yang mekar lazat. Perkemaskan peringat asas ini bukan sahaja mampu menyelesaikan bukan persoalan tudung bahkan masalah negara yang cacarmerba sekarang.


Mengubah Cara Pandang




Berjiwa Hamba


" Sebenarnya,bertudung itu sudah bagus bahkan cantik sangat tu. Tetapi lebih kuat asasnya jika dibuat kerana Allah,"menjawap dengan jelas tanpa ber"dondang sayang".


Saya sebenarnya cukup bersimpati dan menyokong insan yang ingin berubah secara hakiki disebabkan desakan iman dan hidayah dari Allah s.w.t. Tidak sukar mencari contoh insan yang berubah kerana manusia,dan akhirnya kecewa dengan manusia. Kerana si jejaka dia bertudung,dan kerana kehilangan insan itu juga tudung itu hilang.Ini bertitik tolak dari akar yang tidak kuat.


Niat dan matlamat yang jelas.


Dari Amirul Mu’minin Abu Hafs ‘Umar ibnu Al-Khathab radhiyalallahu ta’ala ’anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Sesungguhnya setiap amalan tergantung niatnya, dan setiap orang akan mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia niatkan’” (HR. Bukhari dan Muslim)


Saya sebenarnya cukup bersimpati dan menyokong insan yang ingin berubah secara hakiki disebabkan desakan iman dan hidayah dari Allah s.w.t..Berubahlah kerana Allah kerana pasti Dia tidak pernah meninggalkan kita. Jika kita datang kepadaNya berjalan,Dia datang dengan berlari.Dia Yang Maha Pengampun. Dosa kita menggunung,pengampuan Dia tidak bertepi.Tiada insan didunia ini rugi apabila berubah kerana Allah.


Hadiah Terbaik


" Saya sekarang pakai tudung bidang 60,agaknya tidak sama dan sempurna lagikah dengan bertudung bulat?," tanya muslimat pada si penjual kain solat dan tudung...Amad



Gambar Hiasan


Diberi pilihan antara pointer 3.7 dengan 4.o,yang mana satu kalian pilih? Saya andaikan kita tiada khilaf soal ini.Semestinya 4.o pilihan kalbu.


Jika kalian selesa dan tenang dengan pakaian yang sedia ada bahkan yakin ia telah memenuhi segala syarat-syarat menutup aurat,itu kejayaan yang besar bagimu,insan bernama wanita. Bagaimana dengan tudung bulat?


Itu lebih baik.Kita adalah hamba,ingin menyembahkan amalan yang terbaik buat Al-Khaliq kita. Bertudung bidang 60 itu cantik,bertudung bulat lagi cantik.Gunalah fatwa hati,kerana kemaksiatan itu hadirkan kegelisahan pada hati.Terasa masih banyak mata memandang dengan penampilan itu,tidak salah memilih untuk baiki penampilan.


Pesanan Buat Para Daie'



" Enti ini gila ke apa! Ada ke patut budak rambut kuning itu dimasukkan dalam usrah," getus seorang teman menyatakan ketidakpuasan hati.


" Betul,lain kali pastikan ia bertudung dulu barulah bawa dia masuk usrah.Nanti orang kata kita apa pulak.Aib tau!," sokong teman sebelah.


" Biar betik,syeikh...anta bergaul dengan mat rempit tu.Tahu di anak buah,jatuh saham tu," nasihat teman.


Melihat gadis tidak bertudung seakan malignant cancer yang perlu di chemotherapy sampai ke sel terakhir. Perlu dibuang tanpa bersisa lantaran bimbang merebak pada sel sihat yang lain. Saya boleh kata ia adalah satu kecelakaan.


Daie' kecelakaan memandu dijalan dakwah


Disaat ada insan yang berminat dan mencari sentuhan iman Illahi,kitalah menjadi sebab mereka terus hanyut ditimpa badai.Bukan tangan dihulur tetapi kejian yang diberi. Mereka membina tembok halangan mengabaikan jambatan hati.Islam mana yang kalian belajar wahai daie? Uslub dakwah mana kalian wahai daie? Hukum Islam mana yang kalian pegang wahai daie?


Dalam berurusan dengan manusia ada dua hukum berjalan serentak. Fiqh Al-Hikam dan Fiqh Dakwah. Fiqh Al-Hikam kita sebagai muslim lagi mukmin perlu taat tanpa bantahan.Ia datang dari TUAN kita,Allah. Dalam pada masa yang sama,kita juga perlu kuasai skill Fiqh Dakwah.


Perlukan perubahan itu sekarang? Disinilah peranan Fiqh Dakwah memain peranan. Seorang
gadis yang berlatar belakang keluarga yang jauh dari Islam,pendidikan yang jauh dari nilai Islam dalam pada masa yang sama kita mahu mereka bertalaqqi kitab,bertudung labuh. Saya tidak mengharap langsung itu berlaku sekarang.


" Jika kemaksiatan itu ana boleh analogikan 100%,dengan kehadiran kita ia berkurang menjadi 92%,sesungguhnya ia adalah kejayaan besar dakwah dan Islam," kata-kata Murabbi yang kuat tersimpan.


Al-Hikam menjernihkan perjalanan yang kusut dengan Dakwah itu berperanan mengatur rentak langkah perjalanan.Memang mengikut hukum,menutup aurat itu wajib,tetapi perlukan perubahan itu sekarang? atau pun secara beransur-ansur? Pada saat ini,fiqh dakwah memain peranan.Itu hal perlu diamati secara bijak oleh para daie'.


" Salam syeikh,saya nak tanya sikit.Sebenarnya saya nak sangat pakai tudung. Tapi untuk terus bertudung,saya seganla. Saya nak mula dengan pakai topi ok tak?," pertanyaan tulus.


" Alhamdulillah,ok dah tu untuk langkah pertama.Teruskan pencarian agama dan berdoalah kekuatan itu cepat hadirnya.Bukan apa,bimbang takut nyawa diambil sebelum sempat berubah," jawap saya menyokong.


" Oh,Insyallah...doakan saya juga," saranan disambut dengan hati terbuka. Disaat insan bertudung labuh ingin singkatkan tudungnya,ada insan yang bergerak kepada seruan Ilahi. Sungguh saya percaya dengan kuasa hidayah Allah.


Si baju ketat,si seluar pendek,si rambut kuning itu adalah MUSUH kita yang wajib perangi tetapi dengan...


" Kita akan perangi manusia dengan senjata kasih sayang!," As-syahid Imam Hassan Al-Banna


Nota 1: Oleh kerana tiada kerja sangat cuti ini,tiga dara pingitan( teruna sebenarnya) memasak nasi ayam.Komennya positif,sedap.Sendiri buat,sendiri puji. Terima kasih buat pemberi resepi. Peringatan: Dilarang Mintak...hehehe


Nota 2
: Siapa mahu ikut serta XPDC Pemuda ke Kolam Air Panas,Garut...Pengisian Akh Zaenal dengan tajuk " Peranan Pemuda Dalam Kebangkitan Ummah". Ikut serta? ASAP


Nota 3: Siapa ada buku cerita bahasa Inggeris nak pinjam(ini Nody punya pasal...hahaha)... Udah dipass'in... ahaks


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Monday 16 March 2009

Cinta Plastik

Cinta Monyet


"Amad,kamu enggak punya pacar (couple)?," tanya penduduk tempatan disini.


Saya hanya menggeleng kepala menandakan tiada dan tidak berpacaran (couple).


"Ish,masa sih kamu enggak pacaran.Ayuh dong cari ceweknya," lagak seakan penjual barang direct selling.


" Oh,enggak apa-apa ibu.Belum masanya lagi sih," jawap endah tidak endah.Malas layan dan lapar sebenarnya.


Itulah situasi bukan sekali bahkan banyak kali terjadi pada saya.Dari saudara mara,sahabat-sahabat bahkan jiran tetangga disini,bertanya kenapa tidak bercouple? Kenapa tidak keluar bersama kawan perempuan.


Jika awal boleh saya sambut dengan senyuman tanpa jawapan,sekarang seakan naik meluat.


Cinta atau Nafsu


Tenang sambil minum kopi susu panas disaat mentari malu-malu untuk memacar sinar.Dingin berkabus diluar sana.Serius memang mendamaikan.Layan blues habis.


" Salam,Fahmi apa khabar?," sapa seorang teman di YM


"Wslm,baik alhamdulillah sihat je," jawap santai.


Bertanya dan berkongsi serba sedikit perkembangan terkini yang masing-masing hadapi. Dari masalah negara sampailah dia menceritakan dan meminta pandangan tentang pasangan yang bercinta ini.


Jalan ceritanya tetap sama.Sama seperti yang sudah-sudah saya dengar. Si lelaki bercouple dengan dua orang gadis serentak,dan salah seorang si gadis itu mengikut usrah.Keluar malam bersama,pulang sampai lewat malam.Sampai ke rumah,dibebel pula dek teman serumah.


Kisah yang selalu kita dengar bukan.


" Ko ini perlu bercouple tau.Kalau tidak bercouple macamana nak kenal si dia,nak tahu hati budi dia.Ni masa nikah baru nak bercinta...euwwww!," seorang kawan me"motivasi" teman untuk berjinak ke alam itu. Alam dimana si lelaki menjadi ulat bulu,si perempuan gatal tidak tergaru.


Adakah betul penyataan itu?


Bila tidak bercinta,kita tandus kasih sayang dialam pernikahan? Adakah dengan bercinta bagai nak rak,kehulur kehilir,sms secara marathon tanpa henti dapat memastikan jodoh itu kekal sampai mati?


" Main tukar pasangan itu bukan cinta,itu nafsu.Yang seronok si lelaki,si perempuan bodoh tidak menjejak tanah.Al-maklumlah kepala masuk air.Kadang-kadang tu si perempuan lak yang duk tukar-tukarnya...dasar tak sunat time kecik!," jawap saya seloroh.


Sebagai seorang insan yang mengaku Allah sebagai Al-Khaliq dan Nabi Muhammad sebagai us'wahtunhasanah,kita perlu membuang sikap ini dalam diri.Itu bukan cinta tetapi nafsu serakah. Nafsu lelaki ibarat seperti manusia yang dahaga,meneguk air laut.Makin diteguk,makin dahaga.


Men,always men...nothing change



Buat si lelaki,kalian sememangnya bertuah diSINI tetapi DISANA belum pasti wahai saudara!


Walaupun ia kedengaran keras tetapi sejujurnya,perempuan yang menyerah segalanya kepada insan yang tidak berhak diatas dasar CINTA itu lebih teruk dari pelacur. Lelaki perlu membayar pelacur diatas khidmatnya. Manakala, pihak sini bagi percuma kononnya kerana cinta.


Si pelacur,dunia dapat,akhirat belum tentu.

Si gatal miang,dunia tidak tahu tengah ketepi,akhirat lagi-lagi samar.


Bina Atas Takwa



Sering sekali saya mendengar pencintaan yang sebegitu lama tidak berakhir dijinjang pelamin bahkan ada yang sempat ke pelamin bertahan 12 hari.Itukah cinta yang kita mahu? Itukah pengakhiran yang kita dambakan?Jangan terkejut,ada isteri meminta cerai kerana si suami picit tiup ubat gigi diatas,bukan dari bawah seperti yang sepatutnya


Jika dahulu sayang,hubby,baby,honey,abang,adik...kenapa tidak dapat kekalkan semua itu dialam perkahwinan?Bila berpisah,semuanya hal yang buruk semuanya keluar.Benarlah kata Allah menerusi firmanNya

43_67

Pada hari itu teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang perhubungannya berdasarkan Taqwa

[al-Dzukhruf 43: 67]


Pengakhiran yang baik,perlu bermula dengan langkah yang baik.Jika hubungan dibina atas dasar nafsu semata,itulah yang kita dapat.Puas nafsu,ia berakhir.Mencari yang lain. Jadilah rumahtangga yang dibina atas dasar prejudis dan sikap syak was sangka.Si suami curiga bila isteri keluar rumah.Si isteri bimbang kegiatan suami bila pulang lewat malam.Semuanya berpunca dari kisah silam yang penuh kemaksiatan.


Benih yang rosak,mana mungkin menghadiahkan pokok yang rendang


"Abis tu ada je perempuan baik,tetapi laki hisap dadah," pintas seorang teman. Potong stim sungguh.


Saya bercakap pada keadaan yang umum.Tidak menolak,ada juga diuji Allah dengan kegagalan tetapi sekurang-kurangnya maksiat dan dosa awal telah mereka elakkan.


Jika perempuan kaki shopping,jodohnya mungkin pada penjaga kaunter bayaran.Jika perempuan kaki bola,jodohnya mungkin pada pengadil futsal.Mungkin...


Semuanya perlu dibina atas dasar takwa.Benihnya elok disemai,percayalah pokok yang rendang muncul. Kasih sayang,perasaan cinta,romantik, caring itu hadir pada hati yang sentiasa takutkan Allah.


Buat sahibah,jangan risau jika sekarang tiada jejaka sms setiap masa,makan pakai tidak ditanya.

Buat sahabat,jangan berduka,demam tiada yang menghulur ubat,hari jadi tidak dihadiahkan teedy bear.


Harga Cinta



Ini harga yang perlu kita bayar untuk CINTA TAKWA itu. Jangan bimbang,perempuan yang baik dan solehah itu masih ramai.Jangan bimbang syabab soleh itu tidak berkunjung surut. Serius saya cakap...


Ayuh buktikan nanti,kitalah yang paling harmoni rumahtangganya, anak-anak yang soleh solehah, penuh dengan kasih sayang,si lelaki romantik pada isteri,isteri indah dimata suami.


Malu itu pakaian wanita,jika dilucut pakaian itu,tiada malunya lebih dari lelaki.Semuanya perlu bermula dengan TAKWA.


Lebihkan MENJADI dari MENCARI


Nota 1: Peperiksaan sudah habis dan sekarang cuti seminggu.Ada cadang untuk isi masa lapang?


Nota 2: Belum membeli dan membaca buku " Dijalan Dakwah Aku Bernikah" tulisan Ustaz Cahyadi Takariawan.Perempuan mesti suka buku ini "Bahagiakan dirimu dengan Satu Isteri"... ahaks!!!


Nota 3: Muslimat yang belum berpunya,jangan gelabah.Percaya cakap saya,ramai lelaki yang bagus diluar tu.


Nota 4: Ingat mahu jadi pengurus Baitulmuslim,tetapi Mohsien dan Gapo tidak bagi.Dengan alasan " Mung tu dok nikoh lagi!." Sekali lagi potong stim.Padahal boleh je kan...


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.



Saturday 14 March 2009

FI: Muamalat Non-Muslim

Islam Agama Kasih-Sayang


Salam Ustaz...


Ana mahu bertanya tentang soalan berkenaan mualamat dengan sahabat non-muslim.Untuk pengetahuan ustaz,ditempat ana ada satu program kebajikan untuk anak-anak yatim sekitar tempat ana belajar.


Tetapi banyak persoalan timbul lantaran ia dianjurkan oleh sahabat non-muslim.Banyak sahabat-sahabat seaqidah Muslim bertanya berkenaan hukum menyumbang wang bahkan tenaga untuk menjayakan aktiviti ini.


Pandangan ana,sebagai seorang muslim bukan sahaja patut menyumbang bahkan menyokong program ini berdasarkan beberapa faktor:


1. Tujuan program ini diadakan adalah baik bahkan amat-amat dianjurkan oleh Islam.Islam itu agama kebajikan bahkan agama kasih sayang hatta dengan non-muslim sekali pun.


2. Duit yang dikumpulkan 100% akan disumbangkan kepada anak-anak yatim disekitar tempat belajar yang boleh dikatakan majoriti Islam bahkan jika kanak-kanak non-muslim,Islam tidak menegahnya.


3. Duit itu tidak digunakan untuk tujuan agama mereka.


Apa pandangan Ustaz tentang hal ini?


Jawapan



Assalamualaikum...



Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah datang dengan membawa rahmat kepada seluruh alam. Baginda Rasulullah disifatkan oleh Allah sebagai rahmat kepada sekalian alam. Ajaran yang dibawa baginda tidak tertentu hanya kepada umat Islam sahaja, bahkan melingkupi seluruh manusia hatta makhluk-makhluk lain.



Islam mengajar perhubungan antara muslin dan nonmuslim dengan mensyariatkan hukum Ahli Zimmah. Islam menjaga alam dan makhluk-makhluk yang hidup dengan mensyariatkan hukum-hukum yang berkaitan penggunaan sumber alam dan mengharamkan pembaziran sumber alam.



Dalam masalah yang dikemukakan oleh saudara, sememangnya kita digalakkan untuk bekerjasama dalam isu-isu kemanusiaan, apatah lagi kepada umat Islam sendiri. Apabila kita telah yakin bahawa segala sumber itu digunakan untuk menolong anak-anak yatim yang memerlukan, kita perlu menghulurkan tangan untuk membantu, walaupun pihak yang menganjurkan bukan beragama Islam.



Sebagai cadangan, sepatutnya umat Islam lah yang terlebih dahulu kehadapan dalam isu ini. Ini setelah kita yakin bahawa tujuan mereka hanya lah utk kepentingan anak-anak yatim.Bahkan kadang2 menjadi wajib kepada umat Islam agar mendahului agama2 lain dalam memberi bantuan2 kemanusiaan



Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "pada setiap hati yang basah (makhluk bernyawa) itu pahala". (Bukhari & Muslim).



Hadis ini menceritakan bahawa setiap budi baik yang dilakukan akan mendapat pahala hatta kepada haiwan umpama anjing.



Oleh itu, jelas bahawa bersatu dalam membantu perkara kemanusiaan amat digalakkan.Apatah
lagi ia dapat menunjukkan keindahan Islam dan keprihatinannya kepada mereka yang memerlukan.



Wallahu a'lam...


Mahadi bin Mohammad
Syariah,Universiti Mu'tah Jordan


Nota 1
: Amad harap sahabat-sahabat jelas berkenaan hal ini.Setiap tindakan kita perlu selektif, spesifik dan terarah.Jangan pukul rata semua aktiviti.


Nota 2
: Program ini berbeza dengan Valentine Day's mahupun perayaan agama mereka.


Nota 3
: Amad terpaksa menjawap persoalan ini kerana banyak sahabat yang bertanya.


Nota 4
: Jika ada lagi persoalan tambahan,sila sampaikan melalui komen dibawah article ini.


.: Amad ingatkan kalian just in case kalian terlupa :.

Monday 9 March 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Senario di Sekolah


Sejarah negara terpahat kembali dengan gegak gempita pejuang bahasa Malayu,mengulangi sejarah pejuang bahasa dahulu,atuk nenek kita.Pada 7 Mac, satu perarakan untuk menghantar memorandum membantah PSSMI ( Pembelajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa English).Ia dibuat untuk menyatakan sikap membantah dasar ini kepada Yang Dipertuan Agong. Disebalik demonstrasi itu terselit seribu macam cerita. Dari permit hanya dibenarkan untuk berhimpun di Masjid Negara sahaja sampailah tembakan peluru pemedih mata (tear gas) ke dalam masjid.Ini adalah jalan terakhir bagi mereka selepas pelbagai usaha dibuat tetapi hanya dipandang seperti lalat hinggap dihidung.Tidak dilayan oleh pemerintah.


Sejarah diimbau enam tahun dahulu,apabila dasar ini dicadang dan dilaksanakan di zaman perdana menteri ke-4,Tun Mahathir dengan tujuan membaiki dan memperbanyakkan rakyat Malaysia dapat menguasai bahasa dunia,Bahasa English.Ia diperkenalkan kepada para pelajar samaada bandar atau luar bandar,dari sekolah rendah sampailah peringkat universiti.


Pelbagai kaedah digunakan untuk menjayakan dasar ini,setiap guru sains dan matematik diwajibkan menjalani kursus kilat untuk membolehkan mereka menguasai bahasa English.Dengan peralatan bantuan belajar,ia melengkapkan lagi dasar ini.


Cerita Ibu,Cerita Amad,Cerita Orang Kampung



"Ibu macamana ibu mengajar budak-budak sains dalam bahasa English ni?Budak-budak itu paham ke tidak?," tanya saya.


"Bagi ibu,dah arahan atasan suruh macam itu,ibu ikut je.Kalau nak tahu payah ke tidak,sememangnya payah la.Budak-budak sukar nak faham.BI mereka tidak pun improve apa-apa," jawap ibu saya.


Ibu saya adalah seorang guru sains.Dia pernah mengajar telah mengajar saya dan abang di sekolah menengah untuk matapelajaran sains.Pengalaman sudah berpuluh tahun.Itu luahan jujur seorang pendidik yang mengajar di kawasan luar bandar.Sememangnya berbeza pelajar luar bandar dan bandar,suasana yang berbeza,penguasaan juga berbeza. Majoriti pelajar luar bandar adalah Melayu dan Islam.Percayalah,jika pelajar sudah tidak berminat dengan belajar,tiada apa mampu kita buat.Disuruh mengira,yang mereka buat terjun paya.


Saya berkesempatan mengajar Amad Kecik,semasa cuti baru-baru ini.Saat dan tika itu,sedar bahawa menjadi seorang pendidik ini bukan mudah,tambahan disampaikan dalam bahasa yang dia sendiri tidak tahu tengah dan tepinya.


" Hundred divide by two....Ni faham ke idak ni?," tanya saya,dijawap Amad kecik dengan muka blurr.


"Ish...gini la...Amad ada seratus,lepas itu Amad bagi dua seratus tu...dapat berapa?," saya jelaskan dalam bahasa Ibunda Amad Kecik.


"Eleh,yang tu tahu la...mestilah 50!," jawap Amad Kecik dengan spontan. Saya menarik nafas lega,lega kerana Amad faham.Pada masa sama,ia menyesakkan fikiran.Memikirkan masa depan kelam,bahasa Ibunda dan bagaimanalah penguasaan Matematik dan Sains mereka nanti.


" Payoh jugok ni,anok-anok mokcik dok pahang setarang habuk nape yang duk belajor kat sekoloh.Orang patutnya darjoh 3,boleh main pecahan...ni yang tolok bagi dok tahu mende apa," luah ketidakpuasaan hati seorang ketua wanita UMNO cawangan.


"Makin-lama makin tak faham.Begitu jugak CD interaktif yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran yang tidak dapat digunakan kerana kekangan bekalan elektrik yang bergantung sepenuhnya kepada generator.Bekalan minyak tiada, LCD terbakar kerana elektrik tidak stabil arusnya," komentar guru yang mengajar di pedalaman
.


Ini semua pengalaman saya,yang perlu dan wajib diceritakan dalam mengungkai masalah ini.Ini kerana,cerita ini adalah cerita KITA,cerita ADIK-ADIK KITA,Cerita MASYARAKAT KITA.


Zaman Sekolah


Sejarah saya juga dari sekolah yang boleh dikategorikan luar bandar dengan 100% bangsa Melayu.Pada awalnya,sukar untuk saya menguasai Bahasa English,tetapi semangat itu hadir dengan pelbagai faktor.Dari guru,keluarga dan keinginan diri yang kuat,Allhamdulillah keputusannya bagus.Dahulu,saya boleh menulis dengan baik tetapi jika bercakap...


"I cannot go (ambe dok leh gie)," bak kata orang kampung


Dari seorang pelajar luar bandar kepada pelajar perubatan dengan segala cara pembelajaran dalam Bahasa English,pada saya tidaklah sesukar mana.Tidak bermasalah dengan term dan bahasa.Boleh diatasi dengan cara belajar secara berterusan dan sahabat-sahabat yang cukup mendukung.


Semuanya Dengan Package


Generasi Penerus Bangsa


"Eh,adik saya bolehlah belajar elok je," cerita seorang gadis dengan kehebatan adik dia belajar PSSMI ini.


"Tolonglah jangan ubah,saya dan cukup seronok dengan PSSMI ini.Enjoy je saya belajar," seorang pelajar berpuas hati.


"Orang melayu ini malas,padahal kalau mahu...boleh sahaja belajar dalam BI ni.Ni sikit-sikit bangkang,sikit-sikit demo...ni jenis tak mahu tengok orang Melayu majulah ni," tegas seorang pakcik di kedai kopi sambil main dam haji.Contoh orang melayu yang maju.


"Can i speak in BI,i can't speak Melayu," pinta seorang bukan Melayu,rakyat Malaysia yang tidak boleh langsung bercakap Bahasa Melayu.Ia melukakan hati saya sebagai rakyat Malaysia.Masakan rakyat Malaysia tidak boleh berbahasa Melayu.


Ia Kecelakaan Bahasa!


Ramai bila berbicara apa pun,dari tajuk agama sampailah kepada politik semuanya hendak dikupas dengan package dan serangkai.Ada yang berkait tetapi tidak semuanya betul pada tempat.Betul tapi kabur. Mahu membicara soal bahasa,dimasuk sama soal sikap.


Jika malas berakar didalam badan,yakinlah apa-apa bahasa pun tidak kuasai.Usahkan bahasa Englis,Ibunda juga akan dilongkangkan jika malas,membebalkan diri. Jika rajin,kita boleh belajar Matematik dalam bahasa German sekali pun. Tetapi ia bukan soal sikap,ia soal masa depan para pelajar,generasi penerus bangsa,masa depan bahasa Melayu.


Adakah dengan adik yang berjaya,kita boleh ketepikan 50ribu pelajar tercicir dengan dasar ini?

Adakah pelajar itu seronok menjawap soalan dalam BI,kita boleh ketepikan pelajar yang menghantar jawapan kosong kepada guru?


Pak Samad


Saya ada telusuri sejarah Sasterawan Negara kita ini,A Samad Said.Dengan berwatak lembut,pendiam dan penampilan yang berlainan.Ia cukup cocok untuk mengenali beliau.Awal mengenalkan dasar ini,beliau hanya berdiam.


Selepas pulang umrah,beliau tidak mampu lagi menahan gelodak dijiwa melihat bahasa Melayu dipinggirkan.Dia bingkas bangun sampai memimpin demonstrasi besar-besaran ini.


Sedangkan,beliau boleh memilih bertindak seperti sikap sesetengah pada kita.Enak tidur dikatil empuk,makan cukup,duit tidak berkunjung surut.Ia berbeza dengan Pak Samad,dengan usia yang masuk senja,badan yang lemah,beliau memilih jalan sukar ini.Tidur lewat malam,siangnya mengirup asap pemedih mata.Beliau tidak mahu bahasa Melayu ini mengalami nasib yang sama seperti tulisan jawi.Boleh bilang dengan jari insan yang mampu menguasai jawi.





"Rupa-rupanya begini cara menyelamatkan bahasa," A Samad Said


Sejarah Islam dan Bahasa


Saya adalah Islam,tetapi yang tidak menganut fahaman ultramelayu.Prinsip asasnya,kita sebagai orang Islam dalam sesuatu tindakan perlulah tidak lari dari landasan ini.


Sejarah membuktikan,Islam pernah muncul sebagai kuasa dunia dengan menguasai dan pelopor dalam segala disiplin ilmu.Semuanya dalam bahasa arab,bahasa Ibunda kaum Arab.Mereka kuasai dunia dengan bahasa mereka,bahasa Arab.Disaat orang Islam mencipta peta pertama dunia,orang eropah masih membuang air didalam sungai.Institusi gereja yang mengongkong,menyebabkan kemunduran itu membarah.


Diatas kesedaran itu,mereka memisahkan gereja dengan dunia,dan akhirnya mereka dapat keluar dari kegelapan itu.Mereka mengembara,belajar dan menterjemah kitab-kitab arab kedalam bahasa mereka.Ia dilakukan dengan penuh kesungguhan menyebabkan mampu muncul kuasa dunia dengan menghantar dunia Islam ke tempat hina.

Laa Izzata illa Bil Islam!


Jadi,untuk maju kembali ia perlulah dalam bahasa Ibunda.Ia pernah dibuktikan oleh bangsa Abar,Bangsa Rom,Negara Jepun,Perancis mahupun German.Jangan kita memilih jalan mengundur kebelakang dalam soal bahasa ini.


Solusi




PSSMI ini perlu dihentikan dan dikembalikan kepada asal,bahasa Ibunda.Bahasa Melayu.Dengan mengekalkan tujuan asal Tun,bahasa English perlu diperkasakan secara maksimum.Cara dan corak pembelajaran Bahasa English perlu difikirkan kembali dan diubah jika ia kurang memberikan impak yang maksimum.


Bahasa Melayu perlu diletakkan pada tempatnya.Semua pemegang kad pengenalan Malaysia,wajib menguasai bahasa Melayu.Tidak kira dia pelajar ataupun ahli parlimen.Dewan Bahasa Pustaka hendaklah mengambil tindakan drastik dan pelopor perubahan ini.

Saya cukup optimis jika semuanya diletakkan pada tempatnya,Insyallah ketamadunan Islam akan kembali.Saya beragama Islam,bangsa Melayu,bertutur fasih dalam bahasa Melayu, Bahasa English sebagai bahasa kedua,ingin belajar bahasa Arab dan bertatih dalam bahasa Sunda.



Yang Kurik Itu Kundi,
Yang Merah Itu Saga,
Yang Elok Itu Budi,
Yang Indah Itu Bahasa.


Bahasa itu cerminan Budi.Jadi berbahasalah dengan budiman.


Nota 1: Amad harap setiap komentar,hendaklah dalam menyatakan sikap.Menyokong PSSMI dibenarkan,menolak PSSMI juga dipersilakan.Yang penting jangan tergantung.


Nota 2
: Untuk mendapat situasi sebenar warga pendidik dan pelajar berkenaan PSSMI ini,ayuh kita lawat blog ini... Klinik Ummi


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday 7 March 2009

Satu Rindu

Tekan untuk detail program


Salam Maulidurrasul pada semua pembaca.Sekadar makluman kepada semua pelajar Islam UNPAD,Bandung.Sempena maulidurrasul ini,IMAN akan mengadakan Minggu Sunnah. Program ini akan berlangsung selama satu minggu bermula pada malam ini.


Pelbagai program telah diatur dan disusun.Jadi saya menyeru kepada semua pelajar Muslim UNPAD,agar sudi apa kiranya sama-sama menjayakan program ini.Ini tidak lain tidak bukan untuk menambahkan kecintaan dan kerinduan kita kepada insan yang paling agung, Muhammad bin Abdullah.


Semoga sedikit usaha dan sumbangan kita pada kali ini dan seterusnya dikira oleh Allah sebagai amal soleh dan diganjarkan syurga kelak.Dan kita sama-sama berdoa agar,ini menjadi asbab kita dikira sebagai umat Nabi Muhammad dan dibenarkan meminum air telaga Kautsar nabi diakhirat sana.


Salam Maulidurrasul...Salam Kerinduan...Salam Kecintaan


Nota 1
: Seiring dengan era globalisasi,dua orang tua aka kakak telah terjun ke medan blog. Sudilah melawat ke blog mereka... Kak Tasha dan Power Rangers Pink aka Kak Aimi


Nota 2
: Saudara Ahmad Zulhazwan aka Awang telah disahkan menghidapi penyakit Hepatitis A.Pohon doa semua sahabat-sahabat agar beliau cepat sembuh.


Nota 3
: Ini article pendek,sebabnya Abang Ngah marah buat article panjang.Tapi kali ini sahaja.Lain kali nak buat panjang-panjang lagi.


Nota 4
: Tahniah Amad ucapkan kepada semua rakyat Malaysia diatas usaha menyatakan sikap menolak PSSMI.Amad ini Islam,Melayu,Berbahasa Melayu,suka belajar Bahasa English dan Berusaha mengenal bahasa Arab.


Nota 5
: Berusaha menghabiskan buku Muhammad: As If You Can See Him.Syukran pada yang memberi.


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Wednesday 4 March 2009

Apabila Ia Datang

Penat masih tersisa.Kelas habis lewat petang, sempat juga merebahkan badan diatas katil. Cuba meredakan kepenatan dan keletihan yang mencengkam diri. Sedar diri ini belum menunaikan lagi solat Asar.Cuba mencari kekuatan melawan nafsu malas,melawan syaitan yang cuba menyesatkan anak Adam.Dengan melengah-lengahkan solat.


Saya bingkas bangun dari katil,mencabut kacamata dan berjalan pergi ke bilik air.Mahu berwuduk. Kaki seluar disingsing dan pili air dibuka.Merasakan satu kenikmatan yang tidak terhingga usai air mengalir dingin di tangan.

Bismillah…

Dari satu anggota wuduk kepada anggota wuduk yang lain.Semasa membasahkan lengan…

Tingg!!!...Tingg!!...Tingg!!!

Bunyi kuat dari cermin tandas,menganggu ketenangan itu.Cermin bilik air dilontar batu oleh seseorang.Sertamerta darah menyirap naik. Penyakit lama saya datang kembali. Penyakit lama yang cuba saya buang dan tinggalkan.

“Ingat rumah anak dara ke nak ganggu-ganggu.Ni semua anak teruna yang nak jadi bapak orang la.Dok reti base sungguh!,”hati panas tidak tertahan.

Tanpa menutup pili air,air dibiar mengalir laju.Saya membuka pintu tandas,dan meluru keluar rumah.




“Hah,siapa lempar batu tadi cakap!!!,” jerkah saya.

Dihadapan saya sekumpulan kanak-kanak.Saya merasakan mereka amat-amat kecil semasa itu.Ada yang lelaki,ada juga yang perempuan.Kami bertembung tepat-tepat dihadapan cermin kaca bilik air.

Erm…erm…bukan saya kang(abang)…

Erm…erm…bukan saya kang…

Erm…erm…bukan saya kang…

Terkejut dan tergagap-gagap mahu menjawap.Tidak sangka,saya sanggup keluar dan jerkah mereka.Tambahan pula,tidak memakai cermin mata.Jadi saya kelihatan berlainan dari yang selalu mereka lihat.Hati masih panas…Masih belum habis amarah saya dihamburkan.Saya diam sejenak.

Asta’firullah…Asta’firullah…Asta’firullah

Syukur,saya masih sempat menekan butang pause didalam hati.Cuba mengambil alih kawalan diri dari hasutan syaitan.Secara spontan saya lantas teringat satu hadis Rasulullah s.a.w

Dari Mu’adz bin Anas r.a. Nabi s.a.w bersabda: “Siapa saja yang menahan marah padahal sebenarnya ia boleh untuk melampiaskannya,maka pada hari kiamat Allah akan memanggilnya dihadapan makhluk,kemudian ia disuruh untuk memilih bidadari yang cantik jelita sesuai dengan yang diinginkannya.” [ HR Abu Daud & Tarmidzi]

Saya meninggalkan mereka tanpa berkata apa-apa.Kembali masuk ke rumah,berwuduk dan bersolat Asar.

Syukur pada-Mu,pemilik segala hati.Pemilik hati yang boleh memberi nafsu amarah laksana api menjulang tinggi,dan juga Pemilik hati yang boleh memberikan seribu ketenangan laksana salju dimusim dingin.

Engkaulah Al-Jabbar

Engkaulah Ar-Rahim

Nota 1: Mahu bidadari? Jadi jangan marah-marah.Chill…chill

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Sunday 1 March 2009

Sunnah Orang Berjuang



Melihat beberapa teman dan masalah yang dihadapi umumnya berkaitan perasaan dan hubungan lelaki dan wanita khususnya,menjadikan saya secara tidak langsung banyak berfikir soal ini.Dan juga lebih tepat apabila soal nikah semasa belajar.


Ada dua titik ekstrim yang wujud dikalangan pelajar,mahasiswa khususnya.Di belah pihaknya sana,juga melibatkan hubungan “cinta” tetapi seakan nikah itu belum difikirkan,belum dirancang dan yang ada hanyalah enjoy.Keluar berdating seakan pasangan yang sah nikahnya,menunjuk bahawa merekalah pasangan yang paling ideal,secocok,secubit,sepelempang dan seterajang. Ungkapan sayang itu begitu murah diungkapkan,dari satu pasangan kepada pasangan yang lain.Tetapi bila melihat kembali,itu sesuai dengan mereka, CINTA MURAHAN.


Si lelaki enak memperbodoh si perempuan yang tanpa segan ingin dan tahu sedang diperbodohkan.


Si perempuan enak mempermain si lelaki yang tahu sedang dipermainkan.


Tiada pertimbangan agama,tiada menjaga nama baik keluarga,tiada dan tiada.Yang ada enjoy!


“ So far,pakwe yang aku ada sebanyak 5 orang.Yang paling romatik yang no 2.Dia banyak bagi aku teddy bear yang besar-besar,” bangga menerang si gadis.Di sambut dengan mulut terlopong si teman.


Berbeza


Di pihak sini pula berbeza.Amat berhati-hati dalam berbicara soal hati.Mereka tahu dan faham apabila dalam hal ini bukan sesuatu yang main-main.Sampai ada sahabat yang berazam tidak akan sekali-kali membiarkan perasaan itu hadir.Itu azamnya,tetapi hakikatnya perasaan itu hadir tanpa mampu ditolak dan dipaksa pergi.Itu adalah fitrah setiap insan. Banyak sekali melihat sahabat-sahabat yang begitu terseksa dengan hal ini.Dibuang tidak terdaya,disimpan menyeksakan.


Oleh itu mereka melihat jalan keluar bagi semua itu adalah dengan pernikahan. Walaupun masih sibuk bergelumang dengan tugasan yang bertimbun,tanggungjawap mengislah ummah yang mengunung, kekangan masa yang menghambat.Ini semua sanggup dipikul walaupun sedar ia sememangnya tidak mudah.


Banyak disebabkan dakwah yang dipikul

Banyak disebabkan terprovokasi dengan teman sebelah

Banyak disebabkan termotivasi dengan sahabat yang melangkah laju.


“ Aku yakin,bila dapat sayap kiri ini.Insyallah langkahku akan semakin laju,” dia yakin,saya menggaru kepala.Kenapa? Sabar….




Dihayati dan Difikirkan dengan Waras


Saya mahu spesifikkan untuk membicara soal keadaan yang kedua.Keberadaan blog amadanaksoleh ini banyak menemukan sahabat-sahabat dunia maya.Banyak diantara mereka bagus dan proaktif orangnya.Sering bertukar-tukar pandangan dari sebesar-besar perkara seperti pemerintahan sampailah kepada sekecil-kecilnya,antivirus yang bagus.


“ Syeikh,nak tanya sikit ini.Apa pandangan,jika mendapat isteri yang tidak bertudung?,”
pertanyaan tulus dari teman.


“Ada kawan ni,dia jatuh hati dengan jejaka yang suka tersenyum.Cute katanya.Macamana saya nak nasihatkan dia?,” rasa mahu ketawa dan tepuk dahi pun ada.


“Target aku,apa-apa pun.Sampai je umur 23…nak tak nak,aku kena kawin,” bersungguh azamnya.


Itulah sedikit sebanyak persoalan dan pengalaman yang pernah saya hadapi. Saya akui,perkahwinan itu sunnah dan menjaga perhubungan itu dengan ikatan yang pernikahan,satu tindakan yang mulia.Itu dari satu segi,tetapi bagaimana dengan pernikahan semasa belajar?


Silap langkah,sunnah yang menjanjikan pahala,diganti neraka oleh Allah lantaran silap langkah si hambanya.Teringat perbincangan saya dengan Ustaz Jiwa,Ustaz Cinta…Abu Saif.


“Apa pandangan ustaz dengan bernikah semasa belajar ni?,” soal saya pada satu malam.


“ Bagi ana,mereka yang mahu menikah diusia muda akan menjadikan mereke LEMBAB!,” terkejut saya mendengarnya.Diungkap oleh seorang ustaz,yang berbeza dengan ustaz-ustaz lain.


“ Lembab macamana tu ustaz,” saya seakan masih belum berpuas hati dengan jawapan tergantung itu.


“ Ana bercakap soal reality,sebab sememangnya reality mengalahkan fantasi. Ana sering lihat pelajar semasa bujang cukup mantap dalam langkah dakwah khususnya.Itu semasa dia bujang.Dan apabila dia memilih bernikah semasa belajar,ia seakan terbalik dari dirinya dahulu.Lambat dan lembab!Tetapi idea ini kontroversi la,” panjang lebar ustaz menerangkan.Kalian boleh baca soal ini di article kahwin semasa belajar.


Saya cepat menangkap maksud disebalik apa yang ustaz ungkapkan.Disebabkan kontroversinya masing-masing menyuruh menaqalkan idea ini di blog.Akhirnya ustaz dahulu yang menyentuhnya.Dan itulah yang sering saya nasihatkan kepada teman-teman yang mahu menikah awal.Perlu sedar dan maklum semuanya,dari segi kesan pada gerak kerja dakwah sampailah cara pengurusan keluarga,tarbiah anak isteri,termasuklah makan pakai dan lampin anak-anak.Terlepas pandang hal ini apa awal perbincangan sebelum melangkah,menyebabkan tindakan tepuk dahi yang tidak sudah.


Bujang itu Kesempatan


Ketepikan bicara soal orang yang lembab sebelum nikah,dan nikah pun entah kemana.Saya sering nasihatkan teman-teman,sedang kita laju melangkah semasa bujang,jangan sekali-kali pandang belakang.Nikmatilah hidup sebagai orang bujang.


Gunakan kesempatan yang ada ini,dengan baiknya.

Kaut pengalaman dengan sebanyaknya.

Berdakwah dan menyeru manusia dengan kalimah tauhid dengan semaksimumnya.


Ini kerana,yang akan datang belum menjanjikan keadaan seideal yang kita alami sekarang.Jika mahu juga melangkah ke alam sana,silakan.Tetapi fikirkan,pertimbangankan dengan sebaiknya.Musuh kita,bukan yang menikah awal,bukan yang tidak mahu bernikah awal,tetapi musuh kita insan yang membuat tindakan tanpa berfikir.Kecelakaan pada martabat insan.Ingat bahawa satu masa nanti,kita akan ditanya soalan ini


"Abah,apa beza darah haid,darah nifas,darah istihadhah dan darah fasad," ditanya oleh "anak perempuan" kita.Sudah lengkapkah kita wahai lelaki dengan hal fiqh wanita?


Menjanji Yang Indah


Sebenarnya,ramai juga yang sebelum berkahwinnya laju bahkan bila mendapat “madam” lagi bertambah laju.Jika dahulu bujang “berjoging”,sekarang berkahwin “pecut 100 meter”. Saya sendiri kagum dengan insane seperti ini.


“Hello…Hello,” ringtone telephone saya berbunyi.


“Akh,dimana rumahnya? Ana sekarang dihadapan rumah ijo.Itu rumah anta?,” saya mendapat kunjungan seorang insan yang amat saya sayangi,bekas naqib.Diluar hujan dengan lebat,saya berkejar keluar untuk menjemputnya masuk.Ada urusan yang perlu kami selesaikan.Sambil-sambil itu,kami bersembang dan bertukar-tukar pandangan.


Orangnya amat sibuk,lantaran Indonesia sekarang sedang demam piliharaya.Dan dia salah seorang calonnya.Mula dari masalah-masalah umat sampailah kepada strategi-strategi berdakwah.Orangnya cukup berpengalaman soal ini.Perbincangan berlarutan sampai satu jam.Sedang bersembang ada panggilan masuk pada telephone dia.


“ Salam,ya ukhti…akang (abang) lagi dirumah akh Amad ni. Biasalah,bila sudah jumpa sama ikhwah,banyak yang mahu dibicarakan.Insyallah nanti akang langsung pulangnya.Ukhti jangan risau,” jawap dia dengan lembut dan ketawa kecil.Saya yang melihatnya,tersenyum.


“ Akh,zaujahnya? Kenapa?,” jawapannya saya sediamaklum tetapi gatal mulut ingin bertanya.


“ Aah,isteri ana.Tadi ana udah nelpon dia sejam yang lepas udah ada disekitar Jatinangor tetapi belum juga sampai ke rumah.Dia bimbang kayaknya,” ujar beliau.


“ Ana mahu nanya,ana lihat akh sibuk dengan tugas-tugas dakwah ini.Gimana keluarganya? Mesti zaujahnya melihat akh selalu tiada dirumah,” ingin mengorek pengalaman dari dia.


“ Anta pernah dengar lagu Nadamurni…Sudah sunnah orang berjuang,mengembara dan berkelana, miskin dan papa jadi tradisi,berenggang dengan anak dan isteri,” dia menyanyikan rangkap nasyid itu sambil tersenyum.Dia berpamitan pulang.Kami saling bersalaman dan
berpelukan,sempat saya berbisik


"Akh,nanti langsung pulangnya,kasian sama teteh( kakak) dirumah tu," senyum saya bermakna


Teringat kata orang tua“ Sayang anak,tangan-tangankan,sayang isteri,tinggal-tinggalkan”




Dari Ibnu Abbas r.a ia berkata:"Rasulullah s.a.w bersabda: "Kami tidak melihat jalan bagi dua orang yang saling mencintai,sebagaimana baiknya pernikahan" ( HR Ibnu Majah)


Nota 1: Saya tidak semak article ini,ada kesalahan ejaan boleh dibagitau.


Nota 2
: Sekarang dalam keadaan tidak sihat,doakan agar cepat sembuh.


Nota 3: Dengan ada article ini,jangan kata Amad mahu nikah pula.Ini article perkongsian idea dan pengalaman.Sapa kata saya jiwang,saya “Ong Bak” kalian!!!



.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.