Thursday 20 August 2009

Studio Amad : Eksplorasi Du'at dan CGC Kenyir Trip

Eksplorasi Du'at

Burning Desire : Ustaz Ridwan

Ketibaannya agak lewat tetapi telah dimaklumkan oleh Ustaz terlebih awal. Kami sediamaklum bahawa jadual ustaz agak padat.

Sampai tanpa bertangguh, terus tentatif sulong program Eksplorasi Du'at dimulakan. Tajuk diberi adalah "burning desire" tepat pada penerima dan pemberi. Bagi Ustaz Ridwan, tajuk sebegini bukan asing bagi dia. Mengupas tajuk ini dari segi sejarah Islam, terus memancing perhatian para sahabat lain.

Kisah-kisah heroic pemuda pemudi Islam yang tercatat dengan tinta kegemilangan diungkai dengan kemas oleh Ustaz Ridwan. Mata rantai perjuangan Rasulullah telah dipertegaskan oleh ustaz bahawa didukung oleh golongan muda dan mehnah dan penentangan biasanya diketuai oleh golongan orang-orang tua.

Tanpa melupakan perjuangan darah dan airmata saudara kita di Palestine, pengalaman beliau semasa menjayakan misi kemanusian ke Palestine juga dikongsi bersama buat kami.

Nama pun tajuk ceramah Burning Desire, memang dibakar habis oleh Ustaz

Amad dan Ustaz Ridwan

Shift of Paradigm : Ustaz Hasrizal

Siapa tidak kenal dengan Ustaz Hasrizal, yang lebih sinonim dengan gelaran Ustaz Cinta yang terkenal dengan blognya Saifulislam juga antara insan yang sudi meluangkan masa buat kami dalam terus menghayati tagline "Erti Hidup Pada Memberi".

Dengan masa yang diberikan sebanyak tiga slot, ustaz selesa untuk mengupas tajuk Shift of Paradigm. Hadir dengan tiga tajuk utama iaitu Dakwah itu Fitrah, Dakwah itu Hikmah dan Dakwah dengan Ibrah, dikupas dengan baik oleh ustaz.

Ustaz Hasrizal dan Dakwah

Tumpuan penuh

Dakwah itu Hikmah

Bersama sifu

Akhwat IMAN dengan Ustaz Hasrizal...Ingat pesan ustaz jangan nasihat dengan "Sabarlah ustaz"

Dakwah dengan Ibrah...meneladani Pembukaan Kota Konstantinopel

Majlis Walimah Kak Kem

Selepas berkejar menghantar ustaz, saya dan kawan terus kembali ke Gombak untuk menyertai sahabat yang lain untuk menghadirkan diri majlis perkahwinan senior UNPAD, senior IMAN dan senior paling comey. Beliau telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka sedaerah. Orang nogori juga.

Kami sampai ke rumah Kak Kem dalam jam 9 malam. Dan kami telah dijamu dengan lauk tradisi orang negeri iaitu daging masak lomak, gulai daging dan sambal udang.

Kami kembali pulang ke Gombak dalam semua tidur keletihan dan juga kenyang.

Mengambil "berkat"

Jejaka IMAN dengan pengantin

Akhwat IMAN dengan pengantin

Perkongsian Pengalaman : Abang Ammar dan Kak Anfal

Mereka telah melaluinya dan mengabdikan diri dengan dakwah. Jadi kami telah menjemput mereka untuk berkongsi cerita dan pengalaman untuk bekalan masa depan.

Suka duka, melengkapkan sunnahtullah perjuangan bahawa jalan yang kita pilih adalah jalan yang tidak dihamparkan dengan permaidani merah.

Jalan para pejuang.

Abang Ammar dan Kak Anfal
RumahTitian Kaseh

Ini adalah tentatif terakhir kami dalam program Eksplorasi Du'at. Dengan sedikit nikmat yang Allah berikan kepada kami, kami cuba untuk berkongsi rasa dengan penghuni rumah titian kaseh.

IMAN dan penghuni Rumah Titian Kaseh

CGC Trip

Anggota CGC telah berkampung di Terengganu dalam usaha mengisi masa libur dan mengeratkan tali silaturahim antara kami.

Destinasi pertama adalah Pulau Kapas. Seronok CGC bersahabat dengan alam dengan aktiviti kanu, snokeling dan mandi laut. Saya tidak menyertai mereka ke Pulau kerana badan yang masih kurang sihat.

Dari pinggiran pantai memutih Terengganu, kami meneruskan agenda ke hulu Terengganu. Tasik Kenyir menjadi destinasi pilihan kami. Dengan menyewa bot besar yang lengkap segala kelengkapan, ia menjadi rumah untuk kami selama dua hari satu malam.

Memancing, barbeque, mandi air terjun menjadi aktiviti utama kami ditengah-tengah tasik dan hutan tua ini.

CGC memasak

Amad dengan Mr President of CGC

Cahaya didalam hutan tebal

Pancing dan Tasik

Dawn at Tasik Kenyir

Penat itu bersangatan tetapi hati ini puas apabila diluruskan niat kerana Dia. Semoga usaha, penat dan lelah dibalas oleh Allah dengan syurgaNya.

Amad juga ingin mengucapkan selamat datang bulan Ramadhan. Dengan memasuki Madrasah Ramadhan ini, iman kita terus subur dan mekar.

Marhaban Ya Ramadhan

Nota 1 : Selamat berpuasa buat semua.

Nota 2 : Amad secara rasmi activated Flickr... check it out

Nota 3 : When I make a photograph, I make love. - Anonymous

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Wednesday 12 August 2009

Studio Amad : Pulau Kapas

Semalam saya diberi Allah kesempatan untuk berkunjung ke pulau yang paling dekat dengan kampung halaman, Pulau Kapas. Masa yang diambil dari rumah ke jeti hanya 10minit dan perjalanan ke pulau kapas dengan menaiki bot laju hanya mengambil masa 20 minit.

Dekat dan cepat.

Sebenarnya kali terakhir ke Pulau tersebut sudah 20 tahun lepas. Mak Cik Gemok (bukan nama mengejek) pada waktu itu baru sahaja membuka chalet disana dan menjadi perintis bidang perhotelan disana. Apabila sampai kesana semalam, tidak banyak yang berubah.

Chaletnya masih sama seperti dulu

Indahnya masih sama seperti dulu

Bagaimana indahnya semua itu, pasti ada yang mengatur dan menciptanya.

Allah...

Menjejak kaki di pasir nan memutih tepat jam 9.45am, tetapi angah sudah pun keluar untuk memenuhi jadual dive. Penantian tidak membosankan, lantaran menjaga chalet adalah sahabat sekolah lama. Banyak yang dibualkan. Dari sedara mara sampailah kena berjalan itik oleh cikgu Fatimah, guru disiplin sekolah lama dan merangkap ibu kepada saya.

Check in chalet dan menukar seluar, tanpa berlengah keluar menembak keliling pulau. Dari satu batu ke batu yang lain. Semuanya mahu dirakam mengambarkan keindahan ciptaan-Nya.

Penat pusing pulau, saya merebahkan diri ke kerusi malas yang disediakan sambil menanti geng-geng scuba balik. Bertuahnya untuk kunjungan kali ini, Pulau Kapas sedang dalam acara membersih pulau yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Marang, Jabatan Taman Laut dan Maritim. Jadi penginapan dan makanan sudah termasuk sekali. Saya pun turut serta "melihat" awok-awok ini dive dan mengambil TOC aka tapak sulaiman yang memusnahkan terumbu karang.

Berada ditengah laut terbawa-bawa kedalam solat. Solat pun terasa dilambung-lambung ombak. Ini mungkin dikatakan MABUK LAUT.

Petang itu usai solat asar, mengambil kanu yang boleh memuatkan dua orang, saya dengan angah berdayung. Hasratnya hanya mahu bermain didepan pulau, akhirnya berdayung hinggalah ke pinggir pulau. Hampir dengan Pulau Gemia. Dibawah kanu, tersusun indah coral yang cantik dan terpelihara cantik. Mat salleh tidak begitu ramai, mengakibatkan iman lebih terjaga.

Penat berkanu, kami bermain bola tampar pantai. Dengan matahari terbenam dikaki langit, membuatkan suasana cukup mendamaikan.

Tiada aktiviti malam di Pulau Kapas, menandakan masih "suci" berbanding tempat wisata yang lain yang agak ternoda.

Keesokan hari tiada aktiviti selain snorkeling dan akhirnya bersiap untuk pulang.

Memerhati Ciptaan-Nya cukup menyedarkan bahawa diri ini adalah HAMBA.

Gambar Berbicara

Alatan Snorkeling

Kanu

Crystal clear

Indah

Damai

Geng-geng scuba

Dive

Gogle

Sunset,manusia dan bola

Sunset

Nota 1 : Capet dehhh...


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Monday 10 August 2009

Studio Amad : Pantai Rusila

Kiranya tahap berhabuk blog ini. Faktor kekangan masa dan juga faktor terpenting adalah kemalasan membuatkan banyak article hanya sekadar di"pending". Jika sudah lama tidak menulis, mahu memulakan kembali, ibarat membawa kambing mandi. Peribahasa apakah ini? hehe.

Jadi hanya sekadar perkongsian santai, saya berkongsi sedikit gambar kehidupan gambar kanak-kanak Terengganu dikala petang terutama yang tinggal di pesisir pantai.

Tempat "menembak" kali ini adalah Pantai Rusila. Rusila lebih sinonim dengan pengajian kitab pada hari Jumaat di Masjid Rusila yang rutinnya akan disampaikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi.

Saya malas berceloteh, malas menulis, dan segalanya malas. Jadi biarkan gambar ini berbicara....


Pantai yang menyimpan banyak kenangan. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat cari remis...

Benteng pemecah ombak. Adanya lembaga ini membuatkan arus ombak agak sedikit besar

Sunset dibelah darat

Black and white

Harapkan pagar, pagar makan GIGI

Awalnya malu kucing comot...last-last hah, amik mung...Geng Bas Sekolah

Every sunset is beautyfull but if the camera in your hand it more than that- Anonymous

Nota 1 : Esok mahu pergi ke Pulau Kapas, teman abang yang mengambil lesen scuba yang tiada kena mengena dengan kerbau or kuba... Mahu snorkeling dan menembak.

Nota 2 : Mungkin akan tergendala lagi blog ini kerana masuk hujung minggu ini akan tiada dirumah.

Nota 3 : Saya dah dapat "aweks" baru. Jadi slot Studio Amad akan menjadi article rutin dikala malas menulis...

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Sunday 2 August 2009

Referendum Marhaen

Tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyuh berlari

Sempena musim H1N1

Musim Memburu

Gottcha...

Peace no war... Free Palestine

Dari Pentas Ceramah Ehwal Islam ke Jalan Raya- Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Allahuakbar!!!

Kelongsong calester pemedih mata

Counter-strike

Waaa...sale...sale

Takbir

Suasana Panas di dinginkan dengan air asid

Satu...dua...tiga

Walking

Yeeeehaaa

Saya masih teringat dengan satu temuramah satu stesen TV Indonesia dengan bekas presiden Indonesia, Amin Rais.

Dalam satu komentarnya selepas ditanya tentang perkara pertama sekali dia lakukan sebaik sahaja menjawat jawatan presiden:

" Usai sahaja saya menjawat jawatan presiden, saya telah membebaskan semua tahanan tanpa bicara berkuat kuasa serta-merta. Saya tidak mampu untuk berehat malam selagi belum membebaskan mereka. Saya takut disaat mereka terpenjara kerana dizalimi, saya enak tidur dikasur. Bimbang pada saat itu nyawa saya akan dicabut. Apa yang saya mampu jawap dihadapan Allah ?."

Melihat beberapa komen atau propaganda yang dimainkan seperti peniaga rugi segala, saya teringat perjuangan darah dan airmata saudara kita di Palestine. Mungkin sahaja boleh mereka enak tinggal dirumah atau pun berhijrah ke negara jiran mencari damai. Enak memakan kebab dan menonton "astro" arab. Tetapi kenapa?

Kenapa mereka memilih jalan sukar?

Kerana itulah jalan para pejuang. Palestine tidak akan sekali-kali terbebas dan ummat Islam tidak akan dapat kembali bersolat di Masjid Al-Aqsa dengan perjanjian. Kerana bangsa Yahudi Laknatullah hanya kenal bahasa batu, bahasa darah, dan bahasa peluru.

"Habis itu, terbebas ke Palestine dengan batu?"

Seaakannya kita patut malu untuk bertanyakan soalan itu. Kerana soalan itu soalan direct kepada Allah. Nabi Nuh a.s berdakwah selama 950 tahun.

Kita?

Semalam shopping mall

Hari ini futsal

Lusa tom tom bak

Tulat konsert

Untuk Islamnya entah kapan masanya. Tetapi tebal muka bertanyakan kapan kemenangan itu patut datang. Di akhirat Allah tidak tanya Palestine bebas atau tidak, yang ditanya apa adalah apa yang telah kita buat untuk membebaskan Palestine.

Semalam referedum rakyat, yang InsyAllah jika niat dan matlamat yang jelas akan dikira amal kebaikan. Pilihan jalan raya di Malaysia, Palestine terbebas. Siapa sangka ada kaitannya?

Amal Islam itu ibarat rantaian besi yang menghubungkan semua umat Islam. Disana batu dan kayu, disini peluh dan airmata. Rantai itu bersambung dan terkait.

Mahu bertanya lagikah wahai manusia dengan soalan?

"Habis itu, terbebas ke Palestine dengan batu?"

" Deme tu tabur pasir dalam tong air makcik!"

"Tak da kerja lain ke deme tuh. Dem0...demo...jem lah weh. Tensionnnn!"

Lu pikirlah sendiri... Terima Kaseyyyy!

Nota 1 : TV3 kata, peniaga marah kepada peserta demo...Jom kita check video ini. TV3 tak da tau...



.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday 1 August 2009

Allah Pun Menentang ISA



"Assalamuaikum....Assalamuaikum...Assalamuaikum"

Jamal memberi salam. Sudah menapak kedalam laman rumah Amran. Jamal adalah teman lama Amran yang datang berkunjung ke rumah beliau untuk ziarah.

"Waalaikumusalam....Oh, meh masuk meh," ujar Amran. Pada masa yang sama Amran mematikan television untuk meraikan tetamu, sahabat lama. Didapur isteri Amran menyediakan kudapan untuk sahabat baik suaminya.

Selepas saling bersalaman, Jamal dibawa memasuki rumah. Selepas sahaja duduk diruang tamu, Jamal mengambil remote control TV langsung dinyalakan. Amran hanya tersenyum melihat.

Tetapi bukan sekadar itu

Dikuatkan suara peti kotak suara bersegi empat itu. Amran merasa kehairanan, tetapi masih menyembunyikan disebalik ketenangan wajah. Kelatah Jamal tidak berhenti sekadar itu, dia bingkas bangun menuju ke dapur.

"Aik apekejadah Jamal ini. Pelik semacam je. Kena H1n1 ke?," bisik Amran dalam hati. Dia turut bingkas bangun mengikuti Jamal ke dapur. Sampai ke dapur, disangka mahu ke tandas tetapi si Jamal meluru ke peti sejuk dan terus membukanya. Diambil makanan didalam peti sejuk dan terus dimakan.

Muka Amran sudah merah padam. Merasakan tetamunya tidak menghormati tuan rumah. Tangannya digenggam erat.

Geram

Tidak cukup itu, Jamal tidak mempedulikan reaksi Amran, dia kembali ke ruangtamu. Dilabuhkan punggung ke sofa sambil meletakkan kaki ke meja. Dilayan siaran yang ada di TV sampai menghabiskan makanan yang diambil.

Amran sudah tidak mampu membendung kemarahan.

" Oii...ko datang rumah aku. Pi mari sesuka hati. Ko nak makan kot tiub ke hah!," jerkah Amran.

Itu mungkin cerekarama yang saya cipta, tetapi sedar tidak sedar ia banyak mewakili peranan dan karekter manusia didunia ini. Dunia yang Allah ciptakan.

ISA Jika Hanya di Pandang Isu Politik


" Salam Abang Amad. Ni mesti sokong pembangkang," tetiba saya disapa oleh teman selepas saya berkongsi satu link berkenaan ISA. Disini

" Aik bakpe pulop gitu ye? ada cop kat dahi saya ke simbol bulan, mata atau roket?," tanya saya berseloroh.

" Hehehe...takdalah, cumanya itu ISA. Kan sinonim dengan deme tu," jujur jawapan dia.

" Owh gitu rupanya. Sebelum saya pergi kepada jawapan itu. Boleh kita sama-sama kongsi kerangka besar tentang soal ISA ini. Boleh?," tanya saya.

"Oh...boleh,boleh."

" Saya nak bagi sedikit gambaran. Awak ada ayah. Hari itu, enak duk makan tengahari dengan semua keluarga, pastu tetiba pintu rumah ditendang kuat. Masuk berpuluh polis dengan senjata lengkap, terus meluru menggari ayah. Deme kata ayah awak itu penjenayah. Tapi setahu awak, dia kerja ternak ayam jah. Pergi balik kerja, life hanya sekitar keluarga dan orang kampung. Agaknya apa yang awak rasa?," tanya saya, cuba membetulkan cara pandang.

" Mestilah sedih kalau jadi macam itu. Lagipun saya tahu ayah saya orang baik," jawap sahabat saya.

" Kalau ayah awak dibuktikan bersalah dengan segala bukti yang menyakinkan, awak redha tak ayah ditahan?."

" Jika sudah dibuktikan bersalah dengan pembicaraan yang adil. InsyAllah saya redha," jawap beliau.

" Tetapi itu tidak terjadi dengan akta ISA. Ayah awak dituduh penjenayah dengan tidak bawa ke mahkamah, tanpa bukti dan tidak diizinkan membela diri. Agaknya itu adil atau tidak?," saya terus bertanya.

" Wah, mana boleh macam itu. Perogol segala pun dibawa ke mahkamah dan dibicarakan, takkan ayah saya tak boleh. Ayah saya bukan perogol, bukan penyamun. Jika kata dia salah,perlu buktikan. Itu zalim namanya!," dia meluahkan perasaan dia.

" Agaknya zalim ataupun akta itu ada ke tidak dalam Islam?," saya terus membuka ruang bicara.

" Ish, manalah ada. Allah larang bahkan laknat orang buat zalim. Bahkan ustaz saya ajar dulu kat sekolah, bukan sahaja orang membuat zalim yang kena bakar api neraka, tapi juga orang yang menyokong orang membuat zalim. Dua-dua sama kena bakar kekgi."

" Benarlah kata awak tu. Saya tidak kisah langsung dengan apa bulan, mata, roket bahkan dacing berkeris kata. Saya kisah apa yang agama Islam. Itu prinsip yang abah ibu terapkan dari kecil, itu prinsip ustaz-ustaz saya ajar di bangku sekolah, dan prinsip itu nabi saya Muhammad s.a.w tinggalkan untuk saya amalkan. Jika Islam kata itu haram, haram juga dimata saya. Apa orang kata jika salah dengan Islam saya akan sanggah walaupun orang bercakap itu didahi ada tanda bulan!," jawap saya memasuki kesimpulan.

Saya tidak suka satu-satu isu disempitkan kepada politik semata, ini kerana bila dipandang dari sudut politik sahaja, banyak orang menyangka ia hanya isu terpencil sebilangan orang ditambah sikap "akutidakpedulisme" dijiwa masyarakat cukup membarah.

Kita perlu lihat dari sudut pandang

Apa yang Allah kata?

Apa yang Nabi Muhammad tinggalkan?

Jika ia selari dengan Allah dan Nabi Muhammad, kita wajib ikuti lantaran kita tetamu dibumi yang Allah pinjamkan ini. Sesuka hati membuka "television" Allah, sesuka hati membuka "peti sejuk" Allah, sesuka hati memakan " makanan" Allah. Orang yang SESUKA HATI ini, insyAllah sampai masa akan diberi pelempang oleh Allah!

Jadi apa yang Islam katakan tentang ISA?

ISA dari kacamata Islam

Sayyid Abul Al-Mawdudi

Sayyid Abul Al-Mawdudi dan ulamak seangkatan dengan beliau yang menentang digubal undang-undang penahanan tanpa bicara semasa penubuhan Pakistan pada tahun 1940an telah menegaskan bahawa mana-mana negara muslim yang melaksanakan undang-undang tanpa bicara maka negara itu adalah negara munafik!

Kegigihan Al-Mawdudi menentang undang-undang zalim itu berkesudahan dengan beliau sendiri empat kali keluar masuk penjara. Dua di antaranya, Al-Mawdudi ditahan tanpa dibicarakan.
Al-Mawdudi menegaskan bahawa penahanan tanpa bicara diharamkan oleh Islam dengan nas yang qat'ie.

Penahanan tanpa bicara bukan persoalan ijtihadi demi menjaga kemaslahatan awam.

Jika berminat tentang sejarah Islam kita akan dapat lihat ada dua jenis ulama yang mewarnai dunia Islam sejak berkurun lamanya. Ada yang tegas dengan prinsip yang Nabi Muhammad tinggalkan, ada yang hanya mengeluarkan "fatwa" yang hanya mahu didengar oleh pemerintah.

"Habis itu, ada ulama yang kata ISA dibenarkan dalam Islam?."

Sayyid Abu A'la Al-Mawdudi mengeluarkan hujah yang jelas menyatakan bahawa penahanan tanpa bicara adalah amat bertentangan dengan prinsip yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Al-Mawdudi berhujjah dengan peristiwa Hatib bin Abi Balta'a. Peristiwa ini berlaku sebelum penaklukan kota Makkah oleh tentera Islam.

Rasulullah s.a.w sedang membuat persediaan untuk menyerang Makkah apabila salah seorang sahabahnya yang bernama Hatib bin Abi Balta'a mengirim surat melalui seorang wanita memberitahu pemimpin-pemimpin Quraisy tentang rancangan Rasulullah s.a.w tersebut.

Baginda memerintahkan Ali bi Abi Talib dan Zubair bi Al-Awwam dengan arahan: "Pergi segera ke arah Makkah, di satu tempat tertentu kamu akan menemui seorang wanita membawa sepucuk surat. Ambil surat itu dan bawa surat itu kepadaku".

Dua orang sahabah tersebut telah pergi ke tempat yang diarahkan oleh Rasulullah s.a.w dan dengan tepat menemui wanita tersebut di situ. Mereka mengambil surat tersebut daripada wanita itu dan membawa surat itu kepada Rasulullah s.a.w.

Perbuatan Hatib adalah satu pengkhianatan. Memberi maklumat rahsia tentang tentera Islam kepada musuh pada saat-saat genting peperangan adalah satu perbuatan khianat.

Sepatutnya tidak ada tindakan yang lebih wajar terhadap Hatib selain daripada dibawa ke tribunal tertutup!

Tetapi perkara ini tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sebaliknya Hatib dibawa ke mahkamah terbuka di Masjid Nabawi di hadapan ratusan para sahabah meminta Hatib menjelaskan tindakannya mengutus surat kepada pemimpin-pemimpin Quraisy.

Hatib menjelaskan: "Ya Rasulullah, aku memang tidak menentang Islam dan tidak perlu aku lakukan perkara ini untuk mendedahkan rahsia tentera Islam. Sebenarnya anak-anak dan isteriku masih berada di Makkah dan aku tidak mempunyai anggota kabilahku untuk melindungi mereka di sana. Aku menulis surat tersebut dengan harapan pemimpin-pemimpin Quraisy terhutang budi kepadaku dan melindungi anak-anak dan isteriku sebagai membalas budiku."

Umar bi Al-Khattab bangkit dan dengan hormat mengesyorkan: "Ya Rasulullah, izinkan aku memenggal kepala pengkhianat ini dengan pedangku."

Rasulullah s.a.w menjawab: "Hatib adalah salah seorang pejuang dalam Perang Badar dan penjelasannya untuk membela diri adalah benar."

Walaupun perbuatan Hatib merupakan satu pengkhianatan yang melibatkan rahsia ketenteraan, Rasulullah s.a.w membebaskannya di atas dua sebab.

Pertama, rekod sumbangan dan perjuangan Hatib untuk Islam adalah amat cemerlang dan menjadi satu perkara yang amat mustahil beliau bertindak dengan niat untuk mengkhianati Islam dan negara. Hatib adalah pejuang dalam Perang Badar dan terbukti telah menyabung nyawanya untuk mempertahankan Islam.

Kedua, keluarganya memang benar-benar diancam bahaya di Makkah. Oleh kerana itu, jika Hatib mempamerkan sifat-sifat kelemahan di atas kedudukan anak-anaknya yang dalam bahaya, dan untuk itu telah menulis surat kepada pemimpin-pemimpin Quraisy, maka menghukumnya dengan mendedahkan tindakannya itu di hadapan kaum muslimin sudah memadai buatnya.

Allah telah menyebut bahawa keadaan Hatib dalam Al-Quran, tetapi tidak mengenakan hukuman selain daripada kecaman dan nasihat.

Al-Mawdudi menegaskan bahawa Rasululalh s.a.w tidak menggunakan tribunal tertutup kerana hanya melalui perbicaraan terbuka sahaja kebenaran dan hak dapat ditegakkan.
Islam menegaskan bahawa pemerintah bukan sahaja dituntut untuk menegakkan keadilan, tetapi usaha pemerintah untuk menegakkan keadilan juga mesti dapat dilihat secara jelas oleh rakyat.

Tiada siapa yang mempertikai keadilan Rasulullah s.a.w. Tidak mungkin ada seorang sahabatnya yang akan mempersoalkan sedikit pun keputusannya terhadap Hatib jika baginda membuat keputusan itu bersendirian.

Bahkan, Rasulullah s.a.w boleh bermusyawarah dengan beberapa orang sahaja di kalangan sahabatnya seperti peristiwa fitnah terhadap Aisyah. Dalam peristiwa tersebut baginda meminta pendapat Usamah bin Zaid dan Ali bin Abi Talib secara berasingan.

Tiada seorang pun sahabatnya yang mempertikaikan perbuatan baginda hanya merujuk kepada Usamah dan Ali dalam kes Aisyah.

Demikian juga, tidak mungkin ada seorang sahabah pun yang akan protes mahupun mempertikai jika kes Hatib diputuskan secara tertutup di kalangan beberapa orang sahabah pilihan baginda.

Kenapa ini tidak berlaku?

Jelas bahawa prinsip Rasululalh s.a.w dalam menegakkan keadilan adalah Islam menegaskan bahawa pemerintah bukan hanya dituntut untuk menegakkan keadilan, tetapi usaha pemerintah untuk menegakkan keadilan juga mesti dapat dilihat secara jelas, telus dan terbuka oleh rakyat.

Dengan itu, dalam hal-hal yang bertujuan untuk membela hak dan menegakkan keadilan, tidak wujud perbicaraan tertutup dalam Islam. Dengan itu, pastinya tidak ada penahanan tanpa bicara dalam Islam!

Islam mentakrifkan zalim sebagai tidak meletakkan sesuatu ditempatnya. Oleh itu jelas ISA adalah zalim kerana ia tidak memberikan keadilan kepada seseorang untuk mendapatkan pengadilan. Berdepan dengan penangkapan dan alasan pertuduhan, tanpa proses pengadilan tidak mungkin seseorang itu mendapatkan keadilan

Kesimpulannya didalam Islam ada satu prinsip asas keadilan adalah

"Innocent until proven guilty"

Sekitar Demostrasi Anti-ISA











Oleh kerana itu, saya berpendirian bahawa akta ISA wajib dihapuskan kerana ia dilarang dan diharamkan oleh Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w. Al-maklumlah kita pun menumpang dibumi ini. Saya tidak mahu kena PELEMPANG Allah.

America sudah mahu menutup Guantanamo Bay

Malaysia bila lagi?

Kita mampu mengubahnya!

Nota 1 : Ada satu article menarik tentang ISA yang dikupas dari sudut sejarah nabi Yusuf. Disini

Nota 2 : Anti-ISA tidak dapat menghantar memorandum, tetapi penyokong ISA siap diiring polis ke istana negara...sungguh 1Malaysia.

Nota 3 : Prinsip asas article ini adalah Islam. Selain dari itu, kita tidak tidak akan sekali-kali jumpa titik temunya.

Nota 4
: No tel mungkin akan diganti lagi....ahaks


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.