Monday 28 September 2009

Puasa 6 atau Puasa Ganti? Anda Pening


Gambar Hiasan


Selesai sahaja Ramadhan menjelma, tetapi kita sering menjadi tertanya-tanya terutama bagi wanita tentang kedudukan puasa 6 dan puasa ganti. Jadi ini sekadar perkongsian

Salam Ustaz, ana nak bertanya berkenaan puasa 6 dan puasa ganti yang sering menjadi persoalan bagi kaum wanita. Sebabnya jika buat puasa ganti, ralitnya dengan datang haid, memang tidak sempat nak habiskan juga puasa 6. Jadi yang mana satu perlu dilakukan dahulu?

Jawapan Ustaz Mahadi : Buatlah puasa 6 dahulu sebab puasa ganti boleh dibuat dibulan lain. Puasa 6 hanya boleh dilakukan dibulan Syawal sahaja”

Tapi ustaz, takut ajal datang sebelum sempat ganti puasa Ramadhan tu, sedangkan puasa 6 sudah dilakukan terlebih dahulu. Tidak berdosa ke?

Jawapan Ustaz Mahadi : Yang hal itu, kena bayar fidyah dari harta si mati. Tidak berdosa dengan syarat mesti ada niat mahu ganti. Sebab ganti puasa Ramadhan bagi perempuan haid adalah wajib “muassa” yang dilapangkan”


Berikut adalah perbincangan saya dengan Ustaz Mahadi Mohammad berkenaan puasa 6 dan puasa ganti. Tiada dalil dibawa bukan kerana tiada akan tetapi ini sekadar jawapan ringkas, cepat dan insyAllah tepat lagi pun berhubungan melalui SMS. Untuk jimat kredit terus langsung kepada solusi.

Sebenarnya, saya amat terganggu untuk memberi penjelasan itu disetiap article berkaitan hukum. Jika tidak dijelaskan, nescaya ramai yang "bersilat" di blog ini, tiada dalil apa semua. Tetapi ingin saya tegaskan, sebarang perkongsian yang diberikan adalah yang TERBAIK dapat saya kumpulkan, dan ia sekadar cetusan awal untuk kita mencari lebih TAHU. Ada dalil, saya kongsi sama,tiada masalah.

InsyAllah saya mengambil dan berkongsi dari sumber terpercaya dan bukan dari majalah lucah Malaysia seperti Mangga! Jadi ia mungkin penjelasan terakhir saya untuk article seperti ini. Boleh? mesti boleh sebab blog saya =)

Mungkin ada pandangan lain tentang hal ini. Tiada masalah, kerana Amad telah bersetuju untuk tidak bersetuju.Selamat menunaikan ibadah puasa 6 dan puasa ganti.


Yang Menjawap,
Mahadi Mohammad
Pelajar Master Syariah
Universiti Yarmouk, Jordan


Nota 1 : Perempuan duk kalut pening nak puasa 6, takkan kita lelaki duk saje...Jom puasa 6.

Nota 2 : Selamat datang kembali kepada semua. Cuti sudah selesai, raya sudah selesai, sekarang masa untuk berjuang!


Nota 3 : Blog baru PERMAI 10. Setiap pelajar Malaysia di Indonesia harus melihatnya...




: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Tuesday 22 September 2009

Studio Amad : Gambar Ihram 09

Seperti tahun yang sudah, IMAN seperti biasa membuat beberapa program dalam rangka mengisi dan meng"ihya" kan Ramadhan. Dibuka dengan Qiam, iftar dan terakhir adalah program Cry No More.

Saya malas cakap panjang, jadi biar saya biarkan gambar-gambar berbicara...

Allah tidak pernah lupa hambaNya, hambaNya pula?


Akhwat penuh tumpuan


Ketawa semasa iftar kerana mungkin menangis di pagi raya...(tak dapat balik...hehe)


Ada orang anggap tazkirah, ada orang anggap bebelan, ada orang anggap lelucon(gambar hiasan)


Ahli CGC sedang merangka strategi yang tidak berkesudahan sambil makan ondey-ondey


Kelab penyokong CGC...


Membahagi ondey-ondey untuk program Cry No More


Emang, demo ita gapo dio tow?

Nota 1 : Buat IMAN masih banyak hal yang perlu kita buat, terus bersemangat!

Nota 2 : Sebarang feedback program IMAN, jika segan boleh langsung kepada saya.

Nota 3 : Tidak sangka, masih mampu mengutip duit raya... Muda lagi daku rupanya. Ahaks!

Nota 4 : Sudah lewat malam...Mengantuk

Gambar Hiasan

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Thursday 17 September 2009

Jangan Celaka, Kembalilah Kepada Fitrah

Sehari sebelum pulang, dapur rumah saya sudah tidak berasap. Tukang masak hatinya sudah di Malaysia. Jadi selepas selesai tutorial di fakulti, saya terus ke kedai makan. Hasratnya mahu membeli juadan berbuka puasa. Saya mungkin berbuka puasa berseorangan. Natijah bercouple dengan Cik Canon dan bukan manusia.

Sampai dihadapan kedai, gambaran ikan patin masak pedas dan begedil sudah rancak menari didalam fikiran. Kedai itu ditutup dengan kain langsir, mungkin belum sampai waktu lagi untuk dibuka untuk menjual juadah berbuka. Saya parkir (parking) motor dan melangkah masuk kedalam kedai.

" Ya Allah, celaka sungguh," itu yang terpacul dalam hati tanpa mampu terbendung-bendung.

Satu kedai, penuh dengan jantan yang sedang enak menyantap juadan buka puasa saya. Ikan patin sudah tinggal tulang, begedil sudah lama habis.

"Celaka sungguh," kali kedua ungkapan ini dituturkan.

" Mas, makan apa? bungkus atau disini?," tanpa budak perempuan yang menjadi pelayan kedai.

" Erm, bungkus teteh. Nasi sama ikan patin tu," jawap saya dengan mendatar.

Dengan hati berkata...

" Wat apa makan kat sini dengan orang celaka ni! Baik adik jiran aku yang umur 6 tahun puasa habis. Ni misai boleh sangkut baju, tidak puasa, celaka."

Menyusut pahala puasa saya hari itu. Dengan hadirnya ungkapan "celaka" kali ke 4. Pantas terkenang negara itu sering dirundung malang dan bencana setiap saat. Lantaran maksiat yang merebak dikalangan masyarakat dia. Saya cuba bersangka baik dengan setiap manusia yang makan disitu,mungkin ada kekangan atau kelonggaran dari segi syarie'.

Jadi...

" Disini semuanya jantan, jadi mungkin darah haid keluar ikut hidung kot. Celaka sungguh," datang lagi celakanya.

Usah dibangga dengan Malaysia, sini masih ramai adik-adik lelaki yang berumur 50 tahun yang ponteng puasa. Tetapi masih dibanggakan kerana penguatkuasaan masih berkuatkuasa. Tetapi tidak dibumi saya belajar itu. Selamba "badak" makan ditempat umum tanpa ada kemaluan. Masih berat tugas ikhwah-ikhwah disana untuk membetulkan senario ini.

Siapa sangka di bumi Jatinangor diselamatkan dari gempa yang kuat, kerana puasa budak 6 tahun jiran sebelah itu walaupun asbab untuk Allah datangkan bencana sudah tidak terkira.

Sungguh, Allah maha pengasih dan penyayang.

" Manusia ini ada 4 golongan, salah satunya Celaka didunia,dan Celaka diakhirat. Didunia hidup merempat, miskin, muflis semuanya, dan di akhirat juga mereka juga miskin, merempat dan muflis. Dicampakkan oleh Allah ke api neraka!," Ustaz Ismail Kamus.

Syawal itu bulan Fitrah

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bulan tarbiah, bulan jihad, bulan kebajikan dan bulan rahmat semakin ke penghujung. Tiap yang mula ada akhirnya. Berakhir Ramadhan, datangnya Syawal. Kedatangan dirai, pemergian ditangisi

Sudah menjadi adat dan tradisi masyarakat kita umumnya, Syawal disambut dengan airmata da ditambah pula dengan takbir yang penuh syahdu, menuntun hati setiap orang.

Haruskah begitu?

Bulan syawal adalah bulan kemenangan, bulan yang disambut dengan penuh syukur. Dan seharusnya takbir yang diungkap adalah dengan penuh semangat dan gembira. Semoga Ramadhan yang berlalu ini mendekatkan kita dengan TAKWA dan dapat mengembalikan diri kita seperti bayi kecil, suci dari noda dosa.

Kembali fitrah

Selamat Hari Raya

Saya Ahmad Fahmi Bin Sulaiman dengan ini ingin mengucapkan selamat Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung amadanaksoleh ini. Jika ada salah dan silap disepanjang menulis disini yang membuat hati tersinggung dan terkasar bahasa, sepuluh jari saya hulurkan dengan berjuta kemaafan.

Baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu jua dari Dia tetapi disandarkan pada batang tubuh saya sendiri.

Sulaiman Bin Mohd
Fatimah Bt Chek
Dr Nur Suriati binti Sulaiman
Dr Ahmad Fardi bin Sulaiman
Ahmad Fahmi bin Sulaiman
Ahmad Fakhri bin Sulaiman
Nur Shamilah binti Sulaiman
Nur Sakinah binti Sulaiman
Ahmad Fakhruddin bin Sulaiman

Dengan ini, ingin mengajak semua muslimin dan muslimat datang berkunjung ke open house pada hari raya ke-2 nanti.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Nota 1 : Mengikut data, article ini mempunyai 7 kali celaka. Jadi jom jangan jadi manusia celaka dihadapan Allah.. ( Opss, kali ke-8).

Nota 2 : 7 tahun beraya tanpa anak dan isteri. Kali ini beliau mendapatkannya... Tahniah! Sini

Nota 3 : Kepada pelajar UNPAD yang pulang, jaga kesihatan baik-baik. Di Bandung sejuk dan di Malaysia panas, terutama yang mengambil flight sebelum ayam berkokok itu. Badan anda mungkin terkena "terkejut beruk" dan mengakibatkan DEMAM seperti saya. Khifarah dosa mungin.

Nota 4 : Ya Allah, andai kata ini Ramadhan terakhirku, terimalah amal ku, dan ampunkanlah segala dosaku. Berikanlah kesempatan untuk ku bersua dengan Ramadhan akan datang.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Tuesday 15 September 2009

Studio Amad : 7 Checklist Sebelum Menembak


Kali ini saya mahu kongsi beberapa tips yang amat penting untuk seorang "penembak" kuasai. Alat robotik ditangan kita sama ada Cik Nikon atau Cik Canon jika dibanding mempunyai potensi yang sama sahaja, ada pun kelebihan dan kekurangan adalah pada juzuk perbezaan yang kecil. Senjata itu hanya sia-sia jika kita tidak belajar mengendalikan dan takut membuat kesilapan.

Orang yang sudah pro dalam bidang ini dari 1000 tembakan, hanya dipilih sebanyak 5. Inikan pula penembak cap ayam seperti kita. Jangan serik untuk menembak walaupun hasilnya buruk 5 petala langit.

Bagi penembak macam saya ini, sering terjadi tembakan itu buruk dan tidak menarik kerana kesalahan setting dan betapa tidak berpengalaman mencari angle yang sesuai. Jadi saya akan kongsi 7 checklist penting buat semua penembak cap ayam untuk diambil perhatian.

InsyAllah kita akan merasakan satu perubahan bermakna dari yang sudah-sudah. Itu tandanya keprofesionalan (maaf dewan bahasa dan pustaka) kita semakin bertambah.

Antara tips-tipsnya:

1. Kualiti: Set kepada RAW. dengan setting RAW anda masih boleh membetulkan beberapa kesalahan berbanding gambar format JPEG. Ini baru saya tahu. Benar kata orang tua, tidak belajar pangkalnya bodoh.

2. ISO:
ISO bukan gred untuk syarikat tetapi ISO ini adalah juzuk terpenting pada senjata kita itu. Jadi ini bergantung kepada keadaan. sebagai peraturan umum, gambar aksi pada ISO 400, subjek umum ISO 200, dalam studio atau high quality pada ISO 100. Keadaan cuaca dan cahaya juga mempengaruhi setting ISO ni. dalam rumah (siang) pada ISO 400 atau kurang, dalam rumah (malam) pada ISO 500 ke 800. Elakkan ISO 1600 atau lebih tinggi kerana noise (bintik-bintik yang timbul apabila kita menembak pada waktu malam) akan timbul lebih banyak kecuali senjata yang high-end seperti D3 yg dapat mengawal noise dengan lebih baik.

3. White Balance: Kalau keadaan cahaya berubah-ubah, contohnya ada lampu kuning dan lampu putih, set WB kepada Auto, kalo tak, set pada White balance daylight, cloudy, flash dan lain-lain mengikut keadaan. Kalau keadaan cahaya terkawal, macam dalam studio, set kepada custom value dengan menggunakan sekeping kad target white balance.

4. Exposure Mode: Aperture Priority/Shutter Priority/Manual. Aperture Priority adalah lebih berkesan pada subjek statik (tak bergerak), manakala Shutter Priority adalah lebih berkesan pada aksi. Tukar kepada mode manual sekiranya inginkan kelainan dan kreativiti pada exposure mengikut penilaian kita sendiri. Pada Cik Canon biasanya Aperture Priority adalah ditanda dengan Av, Shutter Priority dengan Tv, dan manual dengan M. Untuk Cik Nikon, saya tidak pasti. Al-maklum belum pernah bercouple dengan Cik Nikon.

5. Exposure Compensation: Tutup atau 0. Sesetengah situasi memerlukan over atau under exposure. Nilaikan keadaan cahaya betul-betul. cuba satu gambar sebelum menukar setting dan adjust mengikut kehendak anda. Jika anda menembak melawan matahari, exposure perlu dinegativekan.

6. Focus: Ini bergantung pada beberapa setting, dan berubah-ubah bergantung pada pembuat lens dan model. saya biasanya set pada AF C-Continuous (lens sentiasa try untuk fokus pada subjek yang bergerak semasa shutter release ditekan separuh), kadang2 AF S-Single (fokus dan lock bila shutter ditekan separuh) atau AF M-Manual untuk makro shot. Auto focus area pon memainkan peranan penting. pilih single atau dynamic menurut keperluan anda.

7. Lens Aperture:
Mula dengan setkan lens pada 2 stop turun dari bukaan penuh. contoh: bagi lens f 2.8 set pada f5.6, bagi lens f4 set pada f8. seterusnya, ubah setting mengikut kehendak anda pada imej.

Cik Canon

Jadi buat semua menembak cap ayam, luanglah masa untuk check semua ini. Ia berbaloi dari anda terpaksa menghabiskan masa di photoshop untuk membaiki hasil tembakan yang huduh itu.

Canon itu hanya alat, manusia hanya merakam, Allah Yang Menciptakan... Maha suci Allah yang berkuasa diatas segala ciptaan.

Nota 1 : Dah nak balik raya...Ya Allah selamatkan pergi dan pulang ku.

Nota 2 : Buat Abu Ubaidah di Syria, article ini ana nak selesaikan hutang ana. Nah, ambil tengok gambar walimah Abu Bakr. Ana hadir dengan satu soalan, Abu Bakr udah, enta bila lagi...ekekeke ( Jangan tanya ana balik, ana sekeh kepala)


Nota 3 : Article ini dikreditkan untuk Digital Mukmin forum

Nota 4 : Kemana menghilangnya pengomen tegar amadanaksoleh. Sikit-sikit dah la merajuk..=)

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday 11 September 2009

Mencipta Ikhlas


"Assalamuaikum...sibuk ke ni bang Amad? kalau tak sibuk nak tanya sikit ni?," seorang sahabat menegur. Meminta izin untuk berkongsi masalah.

Perkara lumrah sejak dua mejak ini.

" Waalaikumusalam... Taklah sibuk mana pun. Nak tanya apa ke benda? silakan la," saya kebetulan mempunyai waktu santai.

" Saya ada masalah sikit ini. Saya tidak boleh tengok orang alim la?," satu penyakit yang aneh saya kira. Penyakit umat akhir zaman barangkali.

" Aik...kenapa jadi macam itu? tolong jernihkan sikit soalan tu?

" Saya tidak suka melihat orang yang baik-baik sebab pada saya semua itu hanya topeng dan dibuat-buat. Amal dan akhlak yang ditunjukkan hanya untuk ditunjukkan pada manusia, tiada ikhlas disitu!," jelas beliau dengan sejelasnya.

Saya pantas mendapat keypoint beliau iaitu sekitar dengan permasalah hati. IKHLAS.

Tetapi jujur, pada diri saya tidak mempunyai jawapan yang konkrit. Jawapan yang boleh menghadirkan 100% ikhlas itu. Ia berkisar dengan permasalahan hati, seharusnya pemilik segala hati yang boleh memberikan solusinya.

" Sejujurnya saya tidak mempunyai jawapan yang konkrit, tetapi saya ingin berkongsi satu kisah tentang ikhlas ini. Mungkin ia setidak-tidaknya membantu cara pandang kita tentang permasalahan ini. Boleh?," jelas saya.

" Boleh-boleh...ceritalah."

Mencari Ikhlas Pada Amal Yang Kecil

Siapa yang tidak kenal dengan satu sosok revolusioner Islam yang bernama Imam Hassan Al-Banna. Disaat umat Islam diratah dengan rakus oleh golongan kuffar selepas umat Islam telah kehilangan tempat bergantungnya, Daulah Turki Utmahiah. Hadir sosok ini yang berusaha membangkitkan kembali umat Islam dari lena dan berjaya membuat satu jamaah yang cukup fenominal didunia Islam.

As-syahid Imam Hassan Al-Banna

Ikhwanul Muslimin. Diikat dengan tali ikatan yang amat kukuh iaitu persaudaraan Islam, beliau berjaya mengumpulkan lebih dari satu juta ahli yang cukup komited dengan Islam. Bukan satu tugas yang senang untuk membangkitkan kesedaran ummat dari keterpurukan.

" Wahai Imam...kenapa kamu membuat tugas ini. Sedangkan hal ini biar kami sahaja yang lakukan. Imam hanya perlu berdakwah dan laksanakan tugas-tugas yang lagi penting dari ini," tegur seorang kader Ikhwanul Muslimin.

As-syahid Imam Hassan Al-Banna pada masa itu tengah khusyuk menyusun kerusi didalam dewan sebagai persediaan untuk kegiatan jemaah IM. Logik dan telusnya, seorang pemimpin yang cukup disanjungi oleh umat Islam, tidak perlu turun dan bersama menyusun kerusi. Beliau boleh sahaja datang dan memberi ceramah dan menumpukan kepada masalah umat yang lebih membarah.

Tetapi, itu tidak pada sosok ini yang hayatnya berakhir dimuncung pistol

" Aku harus melakukan kerja ini kerana aku tidak pasti yang mana satu amal yang aku lakukan diterima oleh Allah. Mungkin aku boleh berpidato dan segalanya tetapi bagaimana hati ini riak dan tidak ikhlas dalam melakukannya , segalanya tertolak oleh Allah. Jadi dengan hal sekecil ini cuba mencari ikhlas dengan berharap ia menjadi asbab diterima amal soleh oleh Allah s.w.t," jelas As-syahid Imam Hassan Al-Banna dengan cukup merendah diri.

Segala amal yang dikira sebagai baik dan soleh akan dilakukan tidak kira satu tugas besar atau kecil. Tiada yang dipilih-pilih lantaran tidak pastinya kita saat mana ikhlas itu hadir. Syarat untuk amal diterima oleh Allah.

Kesimpulan Dua Golongan

Seperti saya katakan tadi, tiada jawapan "wow" yang saya dapat berikan tetapi saya cuba membuat kesimpulan yang boleh mewakili dua golongan.

Untuk golongan yang sudah lunak dan mesra dengan amal soleh, cubalah cari Ikhlas dalam amal. Kita tidak pasti bagaimana keadaan amal kita didunia ini. Boleh jadi kita hebat dalam beragama tetapi dihadapan Allah kelak, bekal kita adalah kosong. Tiada tersisa dan dibawa lantaran tiada unsur IKHLAS didalam amalnya. Amal pada zahir adalah untuk Allah, pada hakikat hatinya adalah untuk dibangga-banggakan. Jangan kita menjadi insan yang "syok seekor" didunia dan muflis tanpa disangka-sangka di Sana.

Wahai pejuang agama, carilah IKHLAS!

Buat golongan yang mencari IKHLAS baru mahu mengamalkan Islam, ketahuailah bahawa kita tidak pasti kapan datangnya ajal. Biarlah tidak ikhlas tetapi apa sahaja yang Islam suruh dibuat dan apa sahaja yang dilarang kita tinggalkan.




Terdetik untuk membaca Al-Quran, lakukanlah.

Terlintas untuk menutup aurat dengan sempurna, laksanakan.

Terfikir untuk bersama berjuang dijalannya, jangan tertangguh-tangguh.

Ini kerana, umur kita bukan diukur dengan hari atau bulan. Nafas yang kita hirup sekarang adalah milik kita. Nafas yang selepas itu belum tentu milik kita. Ia hadir tanpa dijangka. Jadi setiap apa amal yang baik walaupun tidak hadirnya Ikhlas, lakukanlah. Dalam 10 amal baik, mungkin ada satu yang kita ikhlaskan kepada Allah. Lebih baik buat, dari tidak langsung. Bahkan boleh jadi kerana amal yang satu itu, menjadi sebab syurga dijanjikan buat kita di Sana. Segalanya tidak mustahil apabila berurusan dengan Allah. Pemilik segala hati.

" Saya tidak mahu hipokrit!," ungkapan sering yang didengar. Jadi satu pesan saya.

Lebih baik dipaksa masuk syurga dari rela masuk neraka!

Nota 1 : Jika bercakap soal Ikhlas, sayalah kiranya insan yang paling tidak layak bercakap soal ini. Tetapi diharapkan, hadirnya article ini menjadi booster buat diri sendiri untuk mencari IKHLAS.

Nota 2 : Dah 10 malam terakhir,bagaimana Ramadhan kita?

Nota 3 : Berikut adalah sedutan tazkirah ramadhan saya untuk geng-geng CGC. Sorile kalau dah dengor.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday 5 September 2009

Akhlak Bunga Iman : Membedah Isu Kuil Shah Alam

Tenghari itu perut saya suka mendendangkan irama keroncong. Lapar. Tetiba masuk satu sms ke inbox telefon.

" Salam Amad, dah balik ke? Ana sekarang ada kat Ganu neh. Jom keluar jumpa kat mana-mana. Banyak benda yang ana nak cerita," itu sms dari seorang sahabat yang saya kagumi akhlak dan budi bicaranya. Tua dari saya lebih dalam 10 tahun,tetapi cukup menghormati dan terjaga tingkah lakunya.

"Waalaikumusalam...Ana sudah sampai Ganu, Ustaz. Bereh jugak tu. Boleh sembang-sembang," balas saya ringkas.

Dikala perut berkeroncong, tempat pertemuan terbaik disaat itu semestinya kedai makan. Boleh bersilaturahim dan bersilatperut.

Tempat ditetapkan

Masa dinyatakan

Makanan dipesankan

Banyak yang saya dan dia bincang dan bertukar-tukar pandangan dari soal ummat sehinggalah soal perangai manusia. Cuma saya agak tertarik dan terkesan dengan satu dialog bukan dengan saya,tetapi dialog ustaz itu dengan seorang mungkin pelajarnya. Tengah kami seronok berbincang ada panggilan masuk...


" Kita tidak boleh buat macam itu. Kita ini, walaupun dia kafir bahkan sebangsat-bangsat manusia, satu ilmu yang wajib adalah akhlak. Orang kafir wajib ada akhlak, apatah lagi kita sebagai muslim. Islam itu didik kita berakhlak dari sebesar-besar perkara seperti dalam pemerintahan, hatta nak masuk tandas pun Islam mengajar adab-adabnya," itu sedikit perbualan yang dapat saya tangkap antara ustaz dengan pelajarnya.

Cukup membuatkan hati bergetar.

Kita dan akhlak

" Man, jangan duduk atas bantal tu. Nanti ada bisul," Mak Timah menasihati anaknya.

" Walaupun dalam kelas ini ada yang hidung kembang, ada mata sepet, ada hidung tajam, kita jangan sekali-kali gaduh atau bermasam muka. Ingat kita semua ini asal dari tok nenek yang satu, Adam Hawa," pesan Cikgu Milah pada anak-anak murid di sekolah tadikanya.

"Abuuuuu.... Hah, naik lagi tinggi...Biar kalau jatuh, banyak sikit patahnya," juga nasihat dari mak abah kita yang mengunakan reverse psychology

Sedar atau tidak sedar, dari kecil kita telah diasuh dan didik dengan cara bersikap, berakhlak dan bergaul. Bermula dari guru pertama manusia iaitu ibu dan bapa sehinggalah ke peringkat pensyarah di universiti.

Manusia yang tanpa adap dan akhlak adalah manusia yang tertolak. Tertolak segalanya walaupun yang dicanang adalah mutiara indah. Itu yang mak ayah kita ajar bahkan yang lagi penting, itu yang disuruh dan diwajibkan oleh Sang Pencipta kita, Allah swt.

Sebodoh-bodoh manusia, ilmu wajib yang patut ada adalah akhlak.

Nabi Muhammad dan Islam Dihina

Saya masih ingat disaat dunia Islam memanas dengan gambar pelecehan Nabi Muhammad oleh kartunis dan Kerajaan Denmark, umat Islam bangkit membantah dan demonstrasi pecah di mana sahaja. Walaupun, ada segelintir "ulama jadian" menghukum demonstrasi sebagai mungkar dan berdosa, tetapi isu pelecehan Nabi Muhammad, demonstrasi menjadi salah satu cara menyuarakan bantahan.

Ikhwanul Muslimin di Mesir

PKS di Indonesia

Jamiat Islami di Pakistan

Begitu juga di Malaysia

Bantahan di Pakistan

Bahkan senario yang amat menarik yang kita dapat lihat, terutama demostrasi di negara atas angin, bantahan turut disuarakan oleh masyarakat non-muslim. Penyertaan mereka menyuarakan bantahan kerana mereka melihat isu perlecehan itu lebih dari isu agama tetapi isu sejagat. Setiap kebiadapan dan sikap tidak menghormati insan lain perlu ditentang walaupun yang menghina itu adalah sama kulit dan sama agama.

Satu sikap persis yang Islam anjurkan.

Saya sendiri tidak akan dan tidak pernah kompromi dengan sesiapa yang mempermain dan menghina agama Islam. Satu-satunya cara hidup yang menentukan nasib baik buruk kita diakhirat nanti.

Bahkan dalam satu dialog saya dengan seorang sahabat non-muslim saya pernah menyebut

" Jika Islam itu wajibkan penganutnya membunuh non-muslim, saya akan lakukan kerana itu yang saya percaya. Tetapi ketahuilah itu tidak pernah diajurkan oleh Islam bahkan Nabi Muhammad sendiri cukup sayang dan santun dengan non-muslim. Kami datang kepada kamu dengan penuh hormat dan kasih sayang."

Menghina Islam itu melukakan hati saya

Menghina Agama orang lain juga melukakan hati saya

Golongan Oppurtunistic

Disaat Perdana Menteri kita, mencanangkan satu gagasan 1 Malaysia, masih ada manusia yang bersikap biadap dan cukup terkeluar dari semangat itu. Satu contoh yang masih hangat dibicarakan adalah isu memindahkan kuil di Shah Alam.

Bermula dengan perarakan kepala lembu di depan Bangunan SUK Selangor sampailah semalam satu program yang dianjurkan Kerajaan Selangor dengan semua masyarakat Seksyen 23 Shah Alam. Saya hadir untuk menyatakan sokongan penuh kepada Kerajaan Selangor. Sokongan itu bukan pada aspek teknikal memindahkan kuil tetapi kesediaan pemerintah untuk membuka ruang rakyat marhaen untuk menyatakan bantahan mahupun sokongan. Satu revolusi pendekatan yang tidak dibuat oleh legasi terdahulu.

Masyarakat membantah

Kerajaan sudi ditegur

Seharusnya ia berjalan dengan aman dan damai, penuh profesional dan semangat muhibbah. Tetapi semudah itu apabila ada segelintir insan yang mahu menangguk di air yang keruh. Dengan demostrasi membawa kepala lembu, cukup menguriskan hati penganut Hindu. Haiwan suci mereka diperlecehkan.





Satu tindakan bodoh dan terkeluar dari akhlak Islam. Untuk membela Islam, tidak memerlukan kita untuk menghina agama lain. Sebarang hasrat yang ingin disuarakan perlu dinyatakan dengan cara yang betul dan benar.

Apa perasaan kita jika penganut lain memijak Al-Quran?

Begitu juga apa yang mereka rasakan.

Cukuplah dengan peringatan tegas dari Allah

"And insult not those whom they (disbelievers) worship besides Allah, lest they insult Allah wrongfully without knowledge. Thus We have made fairseeming to each people its own doings; then to their Lord is their return and He shall then inform them of all that they used to do" (Surah Al-Anaam : 108)

Wahai perjuang agama, jaga akhlakmu agar kebiadapan itu tidak disandarkan pada buruknya didikan mak ayah.

Kita boleh khilaf pelbagai hal tetapi tiada khilaf soal akhlak!

Nota 1 : Saya rasa yang pakai baju hitam bertopi itu adalah imam surau seksyen 23 sebab marah benar berkenaan pemindahan kuil dekat dengan masjid.

Nota 2 : Dimana mereka disaat Masjid dan Surau ini ditutup dan dirobohkan

• Surau Ar Rahmah, Sekyen 8/A, Shah Alam
• Surau di Berembang, Ampang
• Surau Jubli Perak, Hulu Langat
• Surau Al-Ikhwan, Puchong Perdana
• Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas;
• Masjid Al Hidayah Kelana Jaya,
• Masjid Al Munawwarah Shah Alam,
• Surau Ar Rasyidin Gombak dan

Nota 3 : Saya amat bersetuju dengan pandangan Prof Teo. Masakkan rakyat Malaysia tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia.

Nota 4 : Sudah masuk separuh masa kedua Piala Ramadhan. Berapa gol sudah kita jaringkan?

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Wednesday 2 September 2009

Sejarah Malaysia Memandulkan Patriotisme


Entah kenapa sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 terasa amat-amat hambar. Bahkan ada segelintir insan yang tidak mengetahui dan tidak mengambil pusing tibanya tanggal tersebut.

Apabila saya menjejakkan kaki kembali ke bumi Indonesia, mereka yang menyambut kemerdekaan lebih awal dari kita, kelihatan sungguh meriah. Di bandara (airport) terlihat bendera-bendera bergantung dan dihias cukup meriah. Bahkan jiran didepan rumah saya masih tergantung bendera Merah Putih.

Masih hangat

Masih terasa

Masih berkobar

Tetapi tidak pada negara kita Malaysia. Sambutannya dingin, rakyat marhean tidak peduli, propaganda kemerdekaan Malaysia tidak disambut.

Jika dahulu sumber sejarah kita hanya dapat melalui TV, buku teks yang boleh menjadi terapi tidur, dan juga cerita penglipurlara orang-orang tua kita. Itu menjadi sumber utama pada generasi kita mendapatkan sumber.

Mahu atau tidak itulah yang menyumbang kepada dingin,tidak peduli dan kurang sambutan kerana sejarah yang kita dapat adalah tidak telus dan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Keberadaan blog dan buku-buku sejarah yang telus sedikit sebanyak mengubah pandangan masyarakat tentang sejarah sebenar Malaysia. Jadi ia banyak menjawap soalan-soalan yang sering dilontarkan oleh masyarakat berfikir

" Benarkah, Dato Bahaman itu pengkhianat?"

" Orang melayu yang menyertai PKM itu adalah berideologi komunis, tidak Islam! Mereka patut mendapat balasan setimpal"

" Kenapa Tok Janggut membunuh polis melayu. Ish, melayu bunuh melayu"

" Kemerdekaan hanya dicapai atas usaha kami sahaja!"

" Ini tanah air orang Melayu sahaja. Jangan bermain api!," jerit pejuang melayu berkulit gelap. Melayu celup.


Satu dokumentari yang wajib dilihat untuk memahami sejarah

Memahami Kerangka Sejarah

Banyak saya perhatikan watak dalam sejarah Malaysia banyak diulang tayang dan dilakonkan kembali bersumber dari watak dari sejarah sebelum itu. Tidak kira samaada dari sejarah Islam, jatuh bangun tamadun manusia ataupun sejarah peperangan manusia moden.

Disitu wujudkan watak pejuang, pengkhianat dan pemerhati. Jatuhnya kota Islam semasa peperangan Salib adalah kerana khianatnya segelintir tentera Islam. Hasil perjuangan darah dan airmata pejuang kemerdekaan biasanya dikecapi oleh puak sekular yang lunak pada pemerintah penjajah. Sumbangan kemerdekaan yang digerakkan oleh golongan berhaluan kiri sering dinafikan oleh anak didik penjajah.

Sejarah manusia mengajar dan memperingatkan kita tentang watak itu. Saya tidak hadir untuk meluruskan dan menceritakan tentang sejarah Malaysia lantaran terasa masih banyak yang perlu dilihat dan diselidiki.

Carilah watak-watak itu dalam memahami sejarah.

Jadi ia boleh dikira sebagai penanda aras awal dalam kita semak dan melihat kembali sejarah kita. Amad hadir dengan satu gesaan...

Semak kembali sejarah Malaysia agar senario menjadikan buku text sejarah ubat yang paling mujarab untuk mengatasi Insomia.

Anda pernah mengalaminya?

Saya pernah, dan memang mujarab.

Salam 1 Malaysia

Nota 1
: Teringat menjadi Sultan Melayu dizaman sekolah dahulu.

Nota 2 : Pengalaman pertama hadapi gempa bumi. Blurr dan "seronok". Ya Allah...

Nota 3 : Dikala kerajaan Malaysia mencanangkan 1 Malaysia, masih ada golongan yang menentang hasrat itu. Bukan caranya membela Islam dengan cara menghina agama orang lain.


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.