Saturday 27 February 2010

Potret IMAN Dulu dan Sekarang

Saya bersiar-siar ke dalam folder gambar, hati tertarik dengan himpunan gambar-gambar IMAN yang dikumpul oleh saya sejak dari tahun pertama disini.

Nama pun pada saat itu masih Biro Agama Islam PKPMI, masih belum di rebranding kepada IMAN. Tugas biro agama Islam pada saat itu hanya sebatas menjadi pembaca doa untuk majlis-majlis rasmi persatuan, menguruskan maal hijrah atau maulid dan juga mengumpulkan orang untuk membaca yasin apabila ujian menjelang. Hanya sebatas itu.

Taalim?

Usrah?

Tamrin?

Jaulah?

Mabit?

Program besar seperti PERMAI?

Usah mimpi. Jauh panggang dari api. Tidak pernah dengar pun.


Meeting. Inilah antara meeting awal IMAN selepas baru bertapak. Masih muat diruang tamu yang sempit rumah Kak Tasha. Ahli kurang lebih dalam 20 orang. Bergerak, dan membangunkan pelajar Unpad dengan Islam. Saya masih ingat senior-senior terkejut dengan ledakan baru biro agama pada masa itu. Dari satu program ke satu program yang dijalankan. Yang sebelum ini lesu. Fathy yang selalu diusik dan Papa dengan underground nya. Rambut pun belah tengah lagi. Hehehehe

Menyediakan video. Jika dahulu, usah dibanding dengan sekarang. Video hanya sekadar tulisan dan lagu. Itu cukup pada masa itu. Sekarang video yang dihasilkan canggih manggih. Ada orang terpaksa shooting untuk hasilkan video. Semua orang dalam gambar ini sudah tiada di Jatinangor, dua sudah pulang ke Malaysia, yang tua-tua lain ke Bandung, KOAS ( Clinical)

Nikah Conneting People. Ini antara aktiviti BOOOM kali pada awal penubuhan biro agama. Menyedari keperluan menjelaskan apa itu cinta dengan hadirnya pasangan yang sudah menikah pada tahun pertama lagi, terhasil program ini. Feedback?. Pelbagai, ramai yang menyokong dan meminta diperhebatkan lagi misi dakwah dan ada juga suara sinis yang menyindir. Kita? tetap santai. Bos dengan bekas tunang dia. Serba hijau tow!

Sepinggan Pengalaman Berulam Kenangan. Bersama Dr Hizul antara alumni UNPAD. Beliau datang tidak bercakap tentang ilmu kedokteran, tetapi ilmu dakwah kedokteran. Antara orang hebat yang dihasilkan oleh UNPAD. Saya sebagai MC, dan disakat dengan dialek Ganu. Saya orang KL tau! =)

PERMAI Jogja. Bukan lagi didalam circle kami, jalinan mahabbah diperluaskan dengan sahabat handai di Jogja jua. Dijemput oleh wakil dakwah disana untuk menghadiri program bersama Ustaz Hasrizal. Gambar ini diambil semasa mahu bertolak ke Jojga selama 8 jam dengan keretapi merentas pulau jawa.

PERMAI Jojga. Sudah mahu berlepas ke Jojga. Bye-bye semua. (seorang dari mereka sudah kahwin, jangan nak ngorat. Cik Abang dia garang tau!) =)


PERMAI Jojga. Selepas selesai majlis, berjalan-jalan sambil bergambar di Kaliwurang. Tempat gunung berapi di Jojga. PERMAI....happy! Ingat pi program berstatus agama, stress...tapi kali ini santai.

Huk..huk...no komen

Cry No More. Ini antara kebajikan yang IMAN lakukan untuk menyantuni masyrakat disekitar tempat kediaman pelajar di Jatinangor. Tidaklah besar pemberiannya, tetapi cukup untuk mengentuk hati-hati masyarakat disini. Gapo "aneh" apabila dipeluk dengan Mohsein menunjukkan isyarat bagus.

Cry No More. Antara tulang belakang menjayakan program ini. Dengan bergambar dengan wakil kedai yang Haikal amat suka berurusan dengan beliau. =P

Post mortem Iftar. Selepas program, seperti biasa bedah siasat program akan dilakukan. Setiap kelemahan diberitahu, dan setiap kekurang iltizam untuk diperbaiki dalam usaha memastikan ada penambahbaikan setiap aktiviti.

Jualan Biro Ekonomi IMAN. Pada masa ini masih memegang ketua biro ekonomi dengan dibantu oleh ahli yang cukup dedikasi. Nasi lemak licin dihabiskan dalam masa 15 minit sahaja. Cukup dengan menggunakan "Nasi Lemak Fathy", menjadi booster jualan kami. Dan menang gerai terbaik.

Kempen derma darah. Kali pertama menderma sejak dilahirkan. Darah laju je keluar mengisi pack darah. Letih, tetapi seronok. Boleh lagi derma selepas ini....Ooo, lambang berkeris itu. Sila abaikan ya...keh..keh.

Jualan Biro Ekonomi. Kali ini dibawah pimpinan Haikal. Seperti biasa, gerai terbaik!

Program panas. Gapo dengan muka serius berbincang dengan Mohsein tentang program. Dan gue, santai menyusun kunci. Kesian Nimy pula kena marah...ekekeke.

Program panas. Walaupun program panas, beg-beg peserta masih perlu disusun dan dijaga rapi. (Tidak nyambung)

XPDC Ar-Ruhul Jadid. Dengan peace cara Aiza, dengan memendekkan leher dan PEACE! Dan seperti biasa. Happy! Semoga lekas sembuh ye Aiza.

Ar-Ruhul Jadid. Perut berkeroncong meronta-ronta pinta diisi dengan menu yang terhad. Kami layan je.

Open House IMAN. Dari atas, budak kalah 6 pin bowling, insan yang boleh dijumpai banyak di majlis-majlis, mamat berseluar tiga suku, dan insan yang tiada account FB.

Tengah kiri : Orang paling tua, Amad Macho, Mamat oren, dan Along Momo.

Bawah : Hijau stabilo dan Awang Selamat.

Open House IMAN. Berkerumun dari segenap usia ingin melihat filem terbaru yang baru habis shooting.

Open House IMAN. Dari hanya sekelompok kecil manusia, dari meeting yang boleh dilakukan diruang tamu yang kecil, inilah sekarang keluarga IMAN. Sudah tidak muat dibuat rumah Kak Tasha, hanya pilihan di masjid.

Sekarang sudah besar keluarga ini. Dari dahulu ada jatuh bangun yang tersendiri. Ada yang keluar mencari tempat meneruskan pejuangan ada yang jatuh tersungkur. Itu asam garam kehidupan. Kita bersama atau keluar dari saff, Islam tetap akan mara.

Buat adik-adik 1st year, selamat datang ke keluarga besar IMAN. Kedatangan anda, kami menyambutnya dengan syukur dan peluk cium yang hangat. Semoga kedatangan anda dapat membaiki, silap cela kami yang ada, memperlaju yang perlahan dan mempertahan yang sudah baik.

Nasihat dari saya untuk adik-adik IMAN, "Jangan pernah letih dengan subjek bernama manusia"

Ikhwan, seperti biasa...sedikit =)

Muslimat seperti biasa mengikut tradisi kak-kak deme...malu-malu kucing!

Nota 1 : Ini sebahagian kecil photo dari sejarah IMAN. Setiap gambar, ada kisah-kisah yang tersendiri. Boleh menangis bila dikenang, boleh tersenyum bila dilihat.

Nota 2 : Kami bukanlah insan yang TERBAIK yang ada disini, tetapi komitmen kami adalah berusaha memberikan yang TERBAIK dalam rangka melahirkan generasi-generasi TERBAIK dan akhirnya menghasilkan suasana yang TERBAIK. Laskar pelangi harus berani bermimpi!

Nota 3 : Ini ramai yang tidak tahu. Nama IMAN itu muncul didalam kepala saya dalam bulan Ramadhan on the way pulang ke kampung halaman di Malaysia. Diatas awan biru. Terus bahu Awang Selamat ( dia Amir semasa itu) dicuit. Dan lahirlah IMAN.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Wednesday 24 February 2010

Pada Mu Ada Suri Tauladan...Ya Rasulullah


“Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t," tanya Baginda.

“Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu,” jawap Jibril a.s

“Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti," tanya lagi Baginda, Rasulullah.

Berkata Jibril a.s.: “Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.”

“Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku," kata Baginda dengan tenang.

Dan kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku.”

Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.”

Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu.

Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?”

“Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?," jawap Jibril a.s.

Apabila roh Rasulullah s.a.w telah sampai ke dada beliau, beliau mewasiat...

“Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.”

Dan disaat akhir hayat Baginda, beliau masih berkata

"Ummatku...ummatku"

Sirah Rasulullah

" Mengikut sejarah yang masyhur, perayaan maulid ini diadakan pada zaman Salahuddin Al-Ayubi dalam usaha membebaskan Palestine. Dan kita sekarang, sudah berapa tahun menyambut maulid? 10 tahun mungkin, bagaimana nasib Palestin sekarang?," fikiran dijentik halus oleh Kang Indra.

Palestine memanggil muslim pulang

" Sudah terbebaskah Palestine sedangkan kita saban tahun menyambut maulid? Ini persoalan yang kita perlu perhalusi. Gagal perayaannya atau diri kita gagal? Gagal untuk menghadirkan Rasulullah dalam segenap gerak kerja, sehingga Palestine sampai sekarang belum terbebas!," penyampaian santai tetapi membawa maksud yang penting untuk kita hadam.

Sultan Salahuddin menghadirkan maulid, Palestine bebas.

Kita saban tahu menyambut maulid, Palestine?

Ya muslimin, Allah memanggil kamu pulang. Pulang dalam erti kata muslim yang sebenar. Kata Allah " Jika kamu pulang, aku pulang"

Pulanglah kepada Islam!

The Chosen One




In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One

Nota 1 : Ini antara lagu nasyid kegemaran saya. Dengarkanlah, dan perhatikan liriknya. Mendamaikan. Rindu

Nota 2
: Tahniah dan takziah kepada Haikal dan Duha diatas tanggungjawap yang diamanahkan. Tanggung didunia, jawap diakhirat.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday 20 February 2010

Berpolitik Cara Orang Muda

Warna Warni Politik Malaysia

Masih segar dalam ingatan saya, ketika angin perubahan bertiup kuat pada piliharaya ke-12. Semua merasa hembusannya. Saya sudah menjadi pengamat politik dalam diam sejak berumur 12 tahun lagi. Didikan abah ibu mengajarnya. Jika beribadat perlu ada hitam dan putih sumbernya dari Al-Quran dan Sunnah, begitu juga berkaitan dengan hal lain termasuklah politik. Landasannya fakta bukan emosi melulu.

Dan abah dan ibu bukanlah anggota parti mana-mana. Mereka adalah muslim yang berusaha mengamalkan Islam dengan sepenuhnya.

Apa kaitan Islam dan politik?

Ada bezakah Islam dan politik?

Anda tidak perlu menjawap, teruskan membaca.

Politik

" Ini mesti sokong parti A ," kata teman saya selepas saya berkongsi beberapa article yang menarik kupasannya dan juga sihat untuk aqal menilainya.

" Sudah-sudahlah tu...kitakan masih belajar. Ko duk bising-bising tu, bukan boleh ubah apa-apa pun. Belajar dululah!," kata seorang lagi teman.

" Wah, boleh jadi ahli politik ni," satu lagi memberi cadangan.

Panas mendengar, panas memikir dan panas memendam.

Saya dilahirkan dan membesar ditempat yang agak unik pejalanan proses politiknya. Siapa tidak kenal dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Sejak kecil, dialah YB ditempat tinggal saya. Samaada diperingkat Dun mahupun Parlimen. Sedara-mara saya pelbagai warna platform politiknya. Ada menjadi ketua bahagian, ada yang menjadi pemuda ada yang menjadi atas pagar. Tiada masalah berbangkit diantara kami. Santai.

Insan berserban (gambar hiasan)

Walaupun YB saya adalah orang besar didalam arena politik Malaysia, tidak pernah pula terfikir didalam benak fikiran untuk menjadi seorang ahli politik. Mahu berceramah diatas pentas A ataupun B, jauh panggang dari api.

Takboh aku eh!

Amad Bukan Ahli Politik

" Kata tak nak jadi ahli politik, habis tu kenapa cakap politik?."

Yup, saya bukan ahli politik ataupun saya sendiri tidak pernah lagi setakat ini mendaftar dengan mana-mana pertubuhan politik walaupun umur sudah memungkinkan kearah itu. Tetapi, tidak menjadi ahli politik tidak seharusnya membantut dan menghalang saya mengambil tahu tentang politik, menjadi insan yang buta segalanya tentang politik, bahkan tidak pernah sama sekali menganggap politik itu tiada kaitan sama sekali dengan diri ini.

Keputusan harga gula naik, kesannya harga makanan dan minum. Terasanya KITA

Keputusan harga minyak naik, kesannya meningkat semua. Terasanya KITA

Keputusan melaksanakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, kesannya pada pelajar. Terasanya KITA

Keputusan melongggarkan sedikit akta AUKU di Universiti, kesannya pada mahasiswa. Terasanya KITA.

Keputusan harga tol, kesannnya pada pemandu. Terasanya KITA.

Geng Songkok Tinggi (gambar hiasan)

Tutup mata sebelah, ketepikan parti mana-mana. Isu ini tetap menjadi isu kita.

Aneh saya melihat sikap sesetengah sahabat yang hidup didalam dunia sendiri aka "aku hidup dalam blues" ini mengatakan politik itu tiada kaitan dengan kita. Bahkan menjadi kecelaruan minda dan fikrah lagi, apabila orang yang tahu tentang Islam menolak belakang aspek politik dalam gerak kerja mereka.

Soal terlibat atau tidak dengan politik secara serius seperti berceramah diatas pentas, menampal poster ataupun menganggotai pertubuhan politik itu adalah soal kedua. Sementelah, kita masih memegang title pelajar. Terserah kepada diri masing-masing menguruskan hal itu. Tetapi menutup mata dan tidak mengambil tahu tentang apa yang terjadi pada negara dan masyarakat itu adalah satu kesilapan.

Kita pelajar, tetapi tidak semestinya kita tidak boleh belajar, mengambil tahu dan mencetus mahu didalam hal ini. Mahu atau tidak, kita termasuk didalam tindakan dan percaturan-percaturan politik. Kita menjadi mangsa kepada ahli politik yang tiada amanah didalam tindakan mereka ataupun kita yang menjadi penentu siapa yang harus diberikan amanah.

Islam Dan Politik

" Ada dua aspek penting didalam Islam. Ia tidak lengkap jika kita mengamalkan salah satu. Wajib kedua-duanya. Satu amal, satu tidak...Pincang!," pesan murabbi.

Amar makruf, nahi mungkar!

Bicara tentang politik, adalah kita bicara tentang agama Islam. Agama yang menentukan pengakhiran hidup kita. Dua hubungan yang perlu kita jaga adalah hablun minnanallah dan hablun minannas.

Menjaga dan memelihara urusan dengan hablun minannas dengan bertujuan memperkuat hubungan dengan hablun minannallah. Dan politik adalah urusan sesama manusia, tanggungjawap sesama manusia, amanah sesama manusia untuk memudahkan menjawap didepan Allah s.w.t.

Amar makruf, nahi mungkar menjadi tiang kepada hablun minannas. Persoalannya, sudah kita melaksanakan tugas itu sedangkan didalam munajat kita memohon syurga firdausi?

Amadanaksoleh dan Politik

Orang sering melihat saya banyak mendedahkan, menghentam dan cenderung kepada pembangkang. Benarkah?

Bersama ikhwah, Abu Syauqi yang menjadi calon Wakil Walikota Bandung

Anda lihatlah kembali article-article saya yang berkaitan dengan politik, yang mencatat komen tertinggi adalah article yang mendedahkan dan "menghentam" pembangkang.

Adakah fikrah ataupun prinsip saya tidak jelas?

Landasannya adalah fakta wahai saudaraku...

Saya dikatakan cenderung ke belah kiri, insyAllah berdasarkan fakta. Dan jika ke belah kanan, adalah jua dengan fakta.

Memudahkan Urusan diSana


“ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. maka kecelakaan besar bagi ahli sembahyang (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri terhadap amalannya), dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)” (Al-Ma’oon 107 : 1-7)

Orang yang mendustakan agama, kata Allah, adalah orang yang lalai dan tidak melaksanakan amanahnya diperingkat sosial. Menindas orang miskin, anak-anak yatim itu adalah urusan diperingkat sosial yang kita sebagai orang beriman harus memerhati dengan serius. Perbaiki dengan khidmat sosial dan juga perbaiki dengan keadaan masyarakat dengan memastikan pemerintahan yang lunak dan adil terhadap masyarakat marhean.

Mahukah kita menjadi pendusta agama?

Saya tidak mahu.

Oleh kerana itu, saya tidak terfikir dan tidak mahu menjadi ahli politik. Tetapi cukuplah saya mengambil tahu dan mencetus mahu untuk berkongsi, supaya ia memudahkan urusan saya menjawap dihadapan Rabb diakhirat nanti.

Itu hasrat saya, dan kamu?

Nota 1 : Proposal Thesis sudah selesai, alhamdulillah.

Nota 2 : Satu article tentang politik, tetapi isunya sikap...Hilal Asyraf

Nota 3 : Untuk PAS, saya ada pesanan. " Orang PAS kata " Apa UMNO untuk Islam?".Kali ini aku nak tanya " Apa PAS buat untuk Islam?"...Hasil evaluasi Tok Guru Nik Aziz membuktikan ramai peringkat pimpinan PAS yang tidak bersolat subuh berjamaah, lompong solat jemaah yang lain, dan tidak bertahajut...Syariatullah sudah tidak dijaga, sunnahtullah lagilah...Patutlah Allah takdirkan PAS belum mampu runtuhkan tembok "Konstantinople" itu...

Nota 4 : Saya suka fakta...jadi saya nak kongsi video ini. Wahai orang muda, nilailah.



.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.


Friday 12 February 2010

Ibrah Cubitan

Gambar Hiasan

Jalal adalah seorang bapa kepada anaknya yang bernama Hashim. Sahabat baik beliau adalah Dollah. Pada masa sekarang, beliau bekerja di sebuah firma yang bermajikan seorang yang tegas, Tuan Fadhil. Tanpa melupakan tanggungjawapnya sebagai rakyat yang berdedikasi, beliau teguh dibelakang pemimpin utama negara Dato Seri Taufik dan menghormati dan patuh kepada Yang Dipertuan Agong. ( Nama didalam cerita ini hanya rekaan)

Satu Hari Jalal ingin mengukur sejauh mana kesan CUBITAN kepada insan-insan ini. Dengan dimalarkan kuasa cubitan, bilangan cubitan, dan tempat cubitan. Beliau hanya ingin melihat kesan manipulasi terhadap insan-insan yang berlainan dan kesan selepas itu.

Orang pertama yang dicubit adalah anaknya sendiri, Hashim.

" Piaaattt!," perut Hashim dicubit.

Bagi anaknya, sudah semestinya pasrah dan tidak bertindak balas. Orang sekitar juga melihat wajar-wajar saja seorang ayah mencubit anaknya. Mungkin kerana nakal atau pun keputusan peperiksaan yang teruk. Wajar.

Gambar Hiasan

Orang kedua yang dicubit adalah kawan baiknya, iaitu Dollah.

" Piaaattt!," perut Dollah dicubit.

Sebagai teman seperjuangan bahkan sahabat baik, mesti terkejut dengan tindakan tiba-tiba Jalal ini. Riaksinya hanya terkejut dan terdiam memikirkan natijah perbuatan cubit perut ini. Bagi menyedapkan hati bagi Dollah mungkin Jalal hanya bergurau atau stress dengan bini dirumah. Pelik.

Orang ketiga yang dicubit adalah majikannya sendiri, iaitu Tuan Fadhil.

" Piaaattt!," perut Tuan Fadhil dicubit.

Sudah semestinya gempar dipejabat, majikan sendiri dicubit perut oleh pekerja. Biasanya tindakan yang dikenakan terhadap pekerja seperti ini adalah amaran keras atau paling otai dibuang kerja. Gempar.

Orang keempat yang dicubit perutnya adalah Perdana Menteri, Jalal sendiri, iaitu Dato Seri Taufik.

" Piaaattt!," perut Dato Seri Taufik dicubit.

Kebetulan pada hari itu, Dato Seri Taufik datang ke kampung Jalal untuk merasmikan satu pili bomba yang baru. Orang kampung berpusu-pusu keluar, beratur untuk bersalaman dengan pemimpin berjiwa rakyat ini. Jika yang lain hanya bersalaman, tidak bagi Jalal. Dia seperti biasa, mencubit perut Dato Seri. Akibat yang diterima, beliau dibawa oleh Man In Black PM ke balai dan disoal siasat kenapa mencubit perut PM. Menjadi berita utama negara.

Orang terakhir yang cuba dicubit adalah Yang Dipertuan Agong.

Walaupun Jalal perangainya pelik, tetapi dedikasi yang ditunjukkan beliau terhadap kerja dan pembangunan negara amat mengujakan. Jadi Agong berkenan untuk mengurniakan pingat kepada Jalal. Inilah peluang Jalal. Selepas sahaja sembah hormat, terus beliau mahu mencubit Raja. Tetapi alangkah malang nasib Jalal, sebelum sempat beliau mencubit, peluru telah hingga ke badan.

Ada Apa denga Cerita Cubit?

Sebelum saya menerangkan maksud tersirat dari cerita rekaan ini, jom kita fahami apa yang yang tersurat dahulu.

Perbuatanya tetap sama, cubitan.

Kuasa cubitannya tetap sama.

Tempat cubitannya tetap sama.

Bilangan cubitannya juga sama, sekali.

Yang berbezanya adalah

Insannya yang berbeza...dan akibatnya juga berbeza-beza.

Dosa

" Alah, aku bukan buat salah kat ko. Ko jangan menyibuk nasihat. Nanti kalau mati, aku jawap sendiri okeh! Kubur masing-masing..."

Masyarakat sekarang hanya melihat satu dosa itu hanya seperti lalat hinggap diatas hidung. Ditepis, ia terbang dan selesai. Tanpa berbekas dihati mahu mengubah dan membaiki. Sering disandarkan kepada alasan dosa kecil.

" Alah, couple ini dosa kecil je pun. Nanti-nanti aku taubatlah."

" Awak tidak belajar agama ke? Tidak menutup aurat itu hanya dosa kecil sahaja tau. Tuhan pun state dosa kecil, yang awak nak bising-bising kenapa?."

" Ye ye, aku tahu hisap rokok ni dosa. Tapi dosa kecil je pun, itupun masih lagi khilaf ulama yang kata makruh."

Mungkin bagi manusia biasa, anak, sahabat, majikan, pemimpin bahkan Agong sekali pun boleh sahaja memandang sepi dan mengabaikan kesalahan dan maksiat kita. Tetapi tidak Bagi Sang Pencipta anak, sahabat, majikan, pemimpin bahkan Agong itu sendiri.

Didalam ranking dunia mencubit Agong sudah dikira kesalahan yang amat besar didunia, apatah lagi bila kita membuat kesalahan "mencubit" Allah s.w.t.

Tahukah kita apa itu dosa kecil? Yang dikatakan kecil itu, sekecil mana dosanya dan apa balasan kepada dosa kecil itu?

Gambar Hiasan

Ingin saya kongsikan bahawa, seringan-ringan azab di akhirat kelak adalah diletakkan bara api dibawah kaki, gelegak otaknya. Itu seringan-ringan azab dan mungkin disamakan balasan kepada sekecil-kecil dosa.

Jadi...

Agaknya sekecil mana dosa kita? Apa agaknya balasan yang paling ringan kita dapat diatas kesalahan yang paling kecil kita buat?

" Saya tahu itu salah, tapi tidak kuat."

Ambil pemetik api, nyalanya. Letaklah dibawah lubang hidung, tidak perlu lama. 2 minit cukup. Jika anda dapat menahan dengan jayanya, silakan meneruskan kesalahan itu. Jika tidak, renung kembali cerita seringan-ringan azab itu. Kekuatan perlu dicari, taubat perlu diusahakan. Bukan seperti menunggu bulan jatuh ke riba.

Tetapi ketahuilah...

Taubat hambanya bergunung tinggi, kasih sayang Allah tiada bertepi.

Kembalilah!

Nota 1 : Bersiap sedialah doktor Forensik untuk 3 bulan akan datang, banyak mayat baby perlu diautopsi dan buat doktor Gyne untuk 9 bulan akan datang, banyak baby akan lahir. Valentine's Day beb!

Nota 2 : Pemerintah sedia maklum kesan sambutan ini, tetapi kenapa masih tiada usaha menghalang bahkan banyak syarikat mempromosikan.

Nota 3 : Tidak pernah lagi saya merasakan negara kita seBANGGANG ini. Kempen tidak memakai "panties" dari sang kekasih kepada BF. Komen salah seorang wanita Muslim,

" It is a new world now!," said Ummi. Hurm pity you, did not realized now this is a end of the world...

Nota 5 : Saya ingin mengucapkan Happy Chinese New Year kepada sahabat yang berbangsa Cina.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (QS. 49:13)

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Monday 8 February 2010

Pengembala Doktrin Bersama Ternakan Mad'u

Gambar Hiasan

Dihadapan kami sudah terhidang roti canai dan teh tarik. Masih berasap panas. Minum petang ditepi pantai memang menenangkan. Zikir alam sememangnya dekat dengan fitrah.

Sebenarnya saya tidak berseorangan. Petang itu, saya keluar berjumpa teman yang amat dikagumi dari segi ilmu agama dan akhlaknya. Orang soleh. Kesempatan petang itu, saya ambil kerana beliau akan berangkat ke Jazirah Arab untuk meneruskan pengajian Master dalam bidang fiqh.

Sembang punya sembang. Dari perkongsian hal pribadi masing-masing, ke isu negara dan ummah sampailah kepada isu gerakan-gerakan Islam di Malaysia.

" Akh, macamana enta kat sana? ada ikut mana-mana ke tidak?," saya bertanya.

" Erm...untuk sekarang ana suka dulu untuk seperti ini. Maksudnya tidak terikat lagi kerana ruang dakwah itu mengikut waqie' (keadaan) ana itulah yang terbaik. Akan datang itu, insyAllah mana-mana...Tunggu dan lihat," soalan yang diberikan sunggup santai tapi bermakna.

" Anta mahir dalam bidang fiqh, alang-alang sudah kita buka bab jemaah ini, ana nak tanya sikit. Ada orang kata, matlamat kita sama tetapi cara sahaja yang berbeza. Itu yang mereka kata, tapi hakikat kita lihat, masing-masing nak cantas sama sendiri...apa pandangan anta?," soalan provokasi dilontar.

" Itu ucapan dusta. Bukan salah dari segi ayat itu, tapi tindakan implimentasi ucapan itu adalah dusta. Matlamat mereka adalah berbeza, oleh kerana itu diterjemahkan oleh tindakan mencantas dan menjatuhkan," jawap beliau.

" Aik...matlamat berbeza. Biar betul syeikh... Kebanyakan dari mereka guna silibus dari IM (Ikhwanul Muslimin). Jemaah lain-lain tapi sumber silibus biasanya tidak jauh beza," terang saya. Pening sikit.

" Oklah...mereka berjuang itu mahu meninggikan JEMAAH atau meninggikan ISLAM? Memang jemaah dan Islam itu berkait, tetapi ada masa kita perlu clearkan ini menjadi dua entiti yang berbeza yang diadili dengan case by case," beliau menjawap dengan soalan.

Saya terdiam. Usaha untuk memproses ayat beliau. Terfikir...

" Mereka ini berjuang untuk Islam atau jemaah. Nak LEBIHnya pada jemaah dari Islam," terdetik dalam hati.

Akhirnya ia terjawap. Terjawap bukan dengan jawapan beliau, tetapi dengan tool yang diberikan. Tool yang boleh saya lekatkan pada semua situasi untuk diproses mengeluarkan jawapan.

Islam first!

Kisah PERMAI

Untuk sebelum-sebelum ini saya masih menganggap ia sekadar angin lalu. Walaupun terserempak dan diserempakkan dengan kisah yang sama persis, cuma yang berbeza adalah pelakonnya sahaja. Jemaah juga berbeza-beza. Kisahnya tetap sama. Oleh kerana itu, saya lebih suka menumpukan hala tuju article ini kepada pelakon-pelakon bukan kepada jemaah mana-mana.

" Kenapa tidak datang ke PERMAI, best tau datang sini ," cerita dibuka.

" Erm...ada kak naqibah tidak bagi datang."

" Kenapa kak naqibah tidak bagi datang...inikan program yang bercakap soal Islam."

" Erm, kak naqibah takut apa yang kami faham bila datang PERMAI jadi pening balik."

" Huh...itu bukan faham..itu bodoh namanya!," hati saya panas.

" Kak kata, silibus kita berbeza. Jadi tidak boleh pergilah."

" Aik, bila masa pula yang PERMAI ada silibus ini."

" Entah. Apa yang berbeza pun saya tidak tahu, tapi berbeza."

" Apa yang bezanya?!!!."

" Ala...jangan tanya saya banyak-banyak, saya tidak tahu. Tanya kak naqibah la."

Perbualan terhenti setakat ini. Datang didalam minda...

DOKTRIN!

PERMAI yang permai

Bukan itu kali pertama saya mengalami pengalaman seperti ini. Sepanjang belajar di Indonesia, sudah beberapa kali hadapi kisah sama dari kelompok insan yang sama, dari jemaah yang sama. Salah tarbiah? Salah Jemaah? Salah individu? Saya masih mencari jawapan. Rupanya kisah itu persis dengan pengalaman speaker PERMAI, Ustaz Hasrizal.

" Ana terkilan sungguh dengan mereka. Bukan ini kali pertama ana di"pulau"kan oleh oleh jemaah yang sama dan modus operandi juga sama. Ana pernah kena di Ireland, Australia dan beberapa tempat lagi...Terkilan ana," luah Abu Saif.

Sentiasa berkongsi cerita

Kita mungkin mempunyai satu perbezaan, tetapi pada masa yang sama kita mempunyai ribuan persamaan. Kenapa perlu lihat yang perbezaan nan satu sedangkan persamaan saujana mata memandang banyaknya. Seolah-olah, terlibatnya kita didalam dunia dakwah dan tarbiah ini dengan satu tujuan itu MENGEKALKAN perbezaan itu walau apa juga yang terjadi sekali pun.

Yang penting...berbeza!

Demi Allah, ia adalah satu kemalangan dalam menentukan halatuju dakwah dan juga merencatkan usaha merobohkan temboh jahiliah "Konstantinople" yang semakin membarah didalam masyarakat.

Walaupun pengalaman pribadi, ia datang dari kelompok yang sama. Saya perlu adil dalam menilai. Dan nilaian itu, penyakitnya ada pada kebanyakan jemaah.

" Ini jemaah tertua...jadi ini lagi syarie'!"

" Politik...politik...tarbiah ye idak. Ingat kalau abaikan tarbiah hancur semuanya. Aku lebih tumpukan tarbiah!."

" Owh, dia tidak datang sebab takut menjadi perhatian pula," anak buah merasakan naqibnya sehebat-hebat makhluk. Sombong!

Sini terajang sana, sana terajang sini.

Sini lempang sana, sana lempang sini.

Sini peteh sana, sana peteh sini.

Kawan sebelah bermaksiat...

Doktrin Dalam Beragama

Perlu kita sedar, agama Islam itu tidak perlu kepada doktrin. Itu tidak betul, ini salah, ini pening, itu seleweng, itu dan itu.

" Kamu perlu terima ini dan ini...jangan dengar yang lain sebab yang lain itu salah!"

Satu kerugian bagi ummah jika daie' sendiri mengamalkan doktrinisasi. Jika saya berada dalam satu jemaah, dan didoktrin cara fikir, percayalah tidak sampai seminggu saya akan keluar. Saya tidak dapat menerima mana-mana insan yang cuba mencetak insan yang mencari agama dengan cara doktrin.

Contohnya, kita mengajar semua dalam buku. Jadi mereka cukup mahir dalam mengupas buku itu. Tetapi kita lupa mengajar cara membaca buku, jadi bila diserahkan buku yang lain. Mereka terpinga-pinga untuk membaca dan mengambil nilai dari buku itu. Jadilah...

" Ala...jangan tanya saya banyak-banyak, saya tidak tahu. Tanya kak naqibah la."

Berilah mereka kebebasan berfikir, memilih dan mencari agama. Kerana itu lebih bermanfaat di kemudian hari. Jika salah, kita nasihat perbetulkan. Mereka memerlukan alat membuat keputusan bukan membuat keputusan bagi mereka.

Sejarah Eropah, pernah mencatat. Apabila doktrinisasi ini diamalkan meluas oleh golongan gereja, masyarakat pada masa itu kecewa dengan senario itu yang menolak belakang kebebasan cara berfikir. Mereka bangkit bukan sahaja menolak paderi bahkan akibatnya lebih buruk dari itu. Agama Kristian ditolak sama sekali dalam penentuan hidup mereka.

Memang ia sejarah mereka, tetapi anda cukup pasti ia tidak akan berulang kepada agama Islam jika kita memandang enteng dan remeh sisi hitam ini.

Muslim lari dari Islam kerana daie'...

Kecelakaan bagi ummah!

Merdeka Minda, itu Islam

" Apabila kita lafazkan ungkapan La Ilah… ia menjadi teras kepada sebuah pembebasan. Membebaskan diri dari diperhambakan oleh diri yang lain. Jangan lagi ada manusia yang cuba menindas manusia lain.. La Ilah menyuntik pembebasan.

Akan tetapi seorang Muslim melaungkan La Ilah demi keluar dari penindasan dan perhambaan, lalu diikat kepada IllaLlaah! Bahawa kita keluar dari perhambaan bukan kepada menjadi Tuan. Kita keluar dari perhambaan sesama manusia, kepada pulang menjadi hamba kepada Dia, Allah Tuhan yang Maha Mencipta. "

( Petikan article Abu Saif : Beragama Tanpa Tuhan)

Kudis Orang Tua

Jika kita cermat mengamati kisah-kisah jemaah orang dulu-dulu, kita akan mudah dapat mengesan mereka mempunyai sejarah luka sesama sendiri yang mendalam. Itu sejarah mereka dan kita hari ini bukan sebahagian dari luka itu.

Tanpa menyalahkan orang tua, kita sepatutnya membiarkan kisah sejarah mereka meredam sejuk dengan perginya mereka ke alam fanaa. Kita buka sejarah baru, sejarah damai bagi ummah.

" Orang tua-tua biasanya banyak penyakit. Kencing manislah, darah tinggi la, rabun matalah...biasalah tu. Yang boleh ubat, kita ubat. Yang tidak boleh ubat, kita mengambil iktibar."

Kita adalah generasi baru, generasi yang tidak mengalami dan terjangkit luka itu. Jadi kelebihan kita untuk membuka satu lembaran baru dalam perjuangan ummah. Perjuangan bila dimasukkan agenda pribadi akan rosak binasa. Hilang matlamat, akhirnya hilang momentum ummah. Jadi amat rugi potensi yang kita ada ini, apabila kita memanggil-manggil parut itu supaya lekat pada badan. Akhirnya putaran sejarah kelam 70-an dan 80-an generasi atas kita diulang oleh kita. Generasi muda!

Kembali ia masuk kepada persoalan sikap.

Saya menginsafi hal ini, dan sekarang sinar itu wujud di Bandung. Kami bukan terbaik, tetapi sekurang-kurangnya kami tengah cuba. Kerana kami percaya...

Harapan itu ada masih ada


Berubahlah!

Nota 1 : Mahu menulis pengalaman -ve menjadi sesuatu yang sebaliknya, itu mujahadah.

Nota 2 : Mad'u itu dalam bahasa laymannya, ialah target dakwah kita.

Nota 3 : Terbuka untuk melontarkan pandangan tetapi elakkan spesifik kepada mana-mana insan.

Nota 4 : Mungkin ini bukan article solusi kepada masalah yang kita hadapi, tetapi izinkan ia menjentik minda.

Nota 5 : Komen Isu Perak ~Tembok Konstantinople bukan dirobohkan dalam 50 tahun, tetapi 800 tahun. Jadi terlepasnya Perak, menjadi satu peringatan keras dari Allah supaya lebih pejuang memperkasakan Syariatullah dan juga menambah Sunnahtullah...Jika dua syarat ini dipenuhi, bukan sahaja Perak atau Malaysia bahkan satu dunia damai dibawah panji...Islam. "Kamu pulang, aku pulang," kata Allah~ Kes Perak, memanggil muslim pulang~

Nota 6 : Untuk memastikan article ini on track. Ingin saya tegaskan, ini bukan article menolak jemaah, bukan article penyatuan jemaah. Ini article sikap, kerana tidak ramai mahu sentuh dari sudut ini.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.