Wednesday, 15 October 2008

MASIH 08

Article ini adalah article hutang. Bila berhutang jadi perlu dilunaskan. Alhamdulillah MASIH 08 akhirnya melabuhkan tirainya.MASIH adalah singkatan pada Majlis Haluan Siswa bagi pelajar angkatan baru. Jika sebelum ini ia dikenali sebagai MAHASI. Terlantiknya Pengarah Saudara Zulfahmi aka Gapo yang baru,Majlis haluan siswa diberi nafas baru dengan bertemakan Ikhlas,Mesra dan Maufakat.( Tidak nyambung bukan..hik3)


MASIH 08


Saya buat kali kedua bersedia untuk menyumbang bakti dalam MASIH.Jika pada tahun 07,sebagai AJK acara dibawah selian Aimi aka Kak Aimi,sekarang telah beralih profesion sebagai photographer dalam biro dokumentasi dan publisiti dibawah seorang ketua yang komited dengan tugas Aishah.


Penat


Seronok


Kekadang rasa nak Marah


Itulah saya rasa selama menjalankan tugas ini. Penat itu kerana kehulu kehilir dengan Camera dan Videocamera dan seronok itu hadir bila dapat tangkap gambar yang baik.Nak marah,biar ia menjadi rahsia…" Korang tau makan je!!!", popular bukan dialog ini yang diungkap oleh seseorang dalam rasa penuh kasih sayang..Hik3...


“Aishah,saya nak merajuk boleh.Dalam banyak-banyak pic yang ada kenapa gambar saya tidak ada,” luahan dalam nada bergurau.Itulah nasib si photographer.Snap gambar bagai nak rak dan naik muak,gambar empunya diri tiada.Nasib le…


Gambar-gambar Terbaik dari Amad


Kesibukan dan ke"tension"an sebagai Pengarah MASIH...(kereta belakang itu bukan dia punya)


Snap,snap dan terus snap sampai naik muak



Mencatat


Tekun dan penuh tumpuan mendengar "bebelan" fasilitator


Pengenalan IMAN



"Korang tau ketawa je!!!", luah seorang lembaga itu..hik3


Maaf mereka bukan kembar...Jangan salah sangka kemesraan mereka



Masukkan kerusi dalam getah...Bijak,bijak

Malam Dinner


Biro Publisiti Dan Dokumentasi


AJK MASIH 08...Kalian superb


Eee...geli khaleyy..


Sekalung tahniah kepada semua AJK MASIH dan juga terutama "new family member" angkatan 08 kerana sudi menjayakan program ini umumnya dan berkerjasama untuk memberi pose-pose menarik untuk Amad snap...Semoga ia diterima sebagai amal soleh dan diberikan pahala oleh Allah s.w.t. Amin


Insyallah segala gambar yang maha banyak dan juga video akan dikeluarkan sedikit masa lagi.Jangan lupa dapatkannya...Beli yang Ori deh...


p/s: Esok keluar hasil ujian X-ray saya.Diharap dan doakan semuanya ok...(Apa sakitnya,nantikan entry akan datang)


.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa


Friday, 10 October 2008

Kemana Mahu Kita Bawa Mereka



“Mie,aku nak tanya sikit ni.Dalam Islam ada ke tidak bertunang ni.Bertunang ini sunnah atau hanya adat melayu je?”, pertanyaan tulus dari seorang sahabat kepada saya semasa chatting.


“Erm,aku sebenarnya tidak pasti tetapi aku pernah dengar Nabi Muhammad s.a.w melarang seseorang lelaki itu meminang diatas pinangan dengan bahasa mudah tidak boleh masuk line kalau sudah perempuan itu tunang orang. Jadi kalau sudah Nabi larang mesti pada zaman Nabi itu sudah ada amalan bertunang ini,” jawap saya dengan sifir yang mudah berkenaan persoalan ini. Saya sebenarnya tidak begitu yakin 100% berkenaan jawapan itu lantaran,saya bukan berautoriti menjawapnya.


“Ginilah,aku check balik la nanti dengan ustaz deh pasal bertunang ni.Kita cari hukumnya,” solusi saya dengan mengambil jalan selamat terutama berkaitan soal agama.


Saya pun cuba cari dalil-dalil berkaitan hal ini di internet.Dalam pencarian itu saya menjumpai satu hadis Rasulullah s.a.w

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


Saya pun forward hadis tersebut kepada sahabat saya itu.


“Itu hadis disahihkan oleh al-Albani,jadi aku rasa bertunang itu adalah dalam Islam ni,” komentar saya berbasa-basi.


“Ooo,ok terima kasih tau.Cuma satu lagi Nabi bertunang ke tidak?Sunnah ke tidak bertunang ni,sunnah itu kana pa yang nabi buat,” lanjutan pertanyaan sahabat saya.


Erkkk…

“Mung jelas dok lagi apa itu sunnah dan apa itu bertunang? ,” tanya saya

“Dok tahu…,”jawapan yang tulus

“Kita dok leh terus ke kesimpulan bab-bab ini. Kalu kita masing-masing pun dok jelas soal sunnah dan bertunang ini,kena belajar secara berasingan apa itu sunnah,apa itu hukum bertunang lepas paham molek-molek hok ni,baru kita boleh ke kesimpulannya,” jawap saya


Menepuk dahi


Menggeleng kepala


Kemana Mahu Membawa Madu’


Saya menceritakan pengalaman diatas bukan mahu membincangkan berkaitan hukum hakam bertunang,bukan juga untuk mengutarakan tentang fikrah Salafi tetapi article ini ditulis untuk menyampaikan apa yang saya alami,rasa dan perhatikan selama ini.


Polimik ini sudah lama berlarutan dan saya juga tidak mahu memanjangkan isu ini.Kerana itu saya tidak berminat mengulas dari segi hukum dan fikrah,cuma ingin membawa para pembaca sama-sama merenung dan memikirkan apa sebenarnya yang telah berlaku pada masyarakat dan sahabat-sahabat saya khususnya dari segi pendekatan dan sisi yang kita terlepas pandang.


“Kita patut check balik apa yang ustaz kita kata. Jangan main terima je. Entah betul,entah tidak.Balik check balik kitab-kitab hadis tu.Kang apa yang ustaz kata itu hadis daif!,” saran seorang pencinta sunnah pada seorang madu’ yang baru ‘berkenalan’ dengan Islam




Ucapan itu betul tetapi tidak jelas.


Ada sisi yang benar dan ada juga sisi yang mereka terlepas pandang.Saya sememangnya bersetuju setiap apa yang kita dengar,kita perlu periksa kesahihan dan selok belok hal tersebut. Persoalannya adakah dengan kita sekadar buka kitab hadis sendiri,sudah mampukan kita kata itu halal,itu haram,itu bidaah,itu dan ini…


Saya rasa ia bukan satu tindakan yang tepat bahkan salah dari disiplin ilmu itu sendiri. Kita tidak mampu bahkan tidak berhak kata itu halal dan haram berdasarkan buka kitab terjemahaan hadis dan terus mahu memberi hukum.


Saya sebagai pelajar perubatan perlu mengikuti 6 tahun pengajian dan terpaksa mengikuti disiplin-disiplin ilmu yang pihak universitas tetapkan.Jika hal ini diikuti secara patuh barulah saya mempunyai autoriti mengatakan itu boleh dan tidak tetapi masih dalam skop hal perubatan.


Begitu juga berkaitan agama.Ada disiplin-disiplin ilmunya untuk membolehkan kita “competence” mengeluarkan hukum tentang sesuatu. Jika hanya membuka kitab terjemahaan,baca article dua tiga terus kita berpencak silat mengeluarkan hukum,bagi saya kasihan.Kasihan pada ustaz-ustaz yang pergi belajar jauh-jauh ke Mesir,Jordan dan lain, bertalaqqi kitab-kitab dengan syeikh-syeikh sedangkan ada insan yang mampu mengeluarkan hukum dengan bertalaqqi dengan “syeikh google”. Tidak semudah itu bukan.


Saya cukup bersetuju dengan ayat Abu Saif,dalam memahami agama masukkanlah melalui pintu bukan melalui tingkap.Melalui tingkap,terjadi seperti scenario diatas.Bertanya hukum bertunang adakah sunnah tetapi apa itu sunnah masih belum kemas tapaknya.


Daie’ Oh Daie’


Kita perlu bijak dalam pendekatan dakwah.Kita menganggap huraian dalil yang kita pegang adalah sesahih dalil yang kita dengar dan pelajari.Hakikat yang kita dengar bukan maksud sebenar pengertian dalil tetapi yang dipegang adalah kalam si anu dan si anu.


Secara tidak sedar bukan!


Jangan kita menghapuskan satu kebatilan dengan mengantikan dengan kebatilan yang lain.Saya takuti kebatilan yang para daie’ secara tidak sengaja dicipta lebih buruk kesannya dari kebatilan yang cuba dihapuskan dahulu.


Yang ada Para Daie’:

Bincang dan terus bincang

Bertekak dan terus bertekak

Bergaduh dan terus bergaduh…


Sedangkan sahabat-sahabat kita diluar:

Berzina

Minum arak

Dan bermacam lagi kemungkaran


Penegakan sunnah itu penting dan wajib bahkan saya mencintai sunnah kerana ia sebagai tanda saya kita pada Rasul junjungan mulia Muhammad s.a.w.


Ambil yang paling penting dari hal yang penting-penting.Jangan madu’ tolak Islam yang Nabi wariskan ,bukan kerana Islam itu sendiri,tetapi kelojohan dan tidak bijaksananya kita menyampaikan Islam itu sendiri. Ciri daie’ tidak cukup hanya ALIM tetapi perlu dipaketkan sekali dengan HAKIM.

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pengajaran yang baik,dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.Sesungguhnya Tuhan-mu, Dia-lah lebih mengetahui siapa sesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui siapa yang dapat petunjuk.” (an-Nahl 16:125)


Paket kita sudah lengkap?


Kalam amad boleh diterima dan ditolak bahkan dikritik ,melainkan kalam Insan mulia yang jasadnya bersemadi dibawah Kubah Hijau,Masjid Nabawi, Rasullulah s.a.w.

.:Amad pesan just in case kalian terlupa:.

Friday, 3 October 2008

Cerita Ceriti Hari Raya

Raya Pertama.


Pada malam raya,kami pergi ikut abah ke masjid untuk solat dan bayar zakat fitrah.


“Eh,kita patut kena bayar zakat ke?”, tanya kawan ‘bujang’ saya.

“Mung tu dok nikoh lagi,dok tanggung anak orang,lagipun biasiswa bukan dikira pendapatan,jadi dok payoh bayor la”,jawap saya dengan ‘lorat’ bahasa Ganu yang fasih.


Selepas selesai semua urusan,di pojok belakang masjid,ahli kariah tengah sibuk menjamu selera dengan juadah ketupat pulut dengan air kopi panas,tambah-tambah hujan renyai…waaa.


“Bakpe abah bayar yang harga RM 8 zakat fitrah tu?Kan ada yang 6 dan 7 RM?”,tanya Ayie.

“Nak dapat pahala banyak…”,jawap abah bersahaja.


Pagi itu saya bangun terlewat sedikit,jadi terkejar-kejar solat sunat Aidilfitri.Sempat minum air sejuk,kilas sampin pun lebih kurang je.Dan telah diserang dengan Sakit tekak(Melayu), Radang Tenggorokan(Indon),Pharygitis(Medic).


“Israel itu tidak dapat dikalahkan oleh 13 negara Islam Arab! Kerana apa? Kerana kita tiada kesefahaman,tiada persaudaraan.Izzah Islam itu dicabut dari jiwa orang Islam kerana kita tidak lagi mengamalkan Islam..”, khutbah yang bermakna dari Imam yang memetik kata-kata Syeikh Ramadan al-Bouti.Bagi saya,isi yang bagus dan mengubati kemandulan khutbah-khutbah sebelum ini.Orang sedang tangisi saudara kita di Palestine,khutbah kita berbicara dengan megah, Makanlah Buah-Buahan Tempatan. Orang Indonesia kata “Sebel”…


Usai solat,seperti tahun-tahun yang sudah,bersalaman dan bermaafan bersama ahli keluarga.Jika sebelum ini,Kak Long yang “lead” kali ini saya sebagai anak tertua menjadi galang ganti. Selesai bersalam dan bermaafan,sesi fotografi tiba.


Sakinah tiada dalam gambar


Sakinah ada,Ayie yang tiada...tarak stand cam la



Gambar di luar rumah,Sekali lagi Sakinah tiada


Amat kena 'basuh'


Kereta awakla Kak Long,tetapi telah ternoda oleh saya...hehe


Angah,nak kereta ni?Juga telah ternoda di saya

Selesai acara dirumah,kami sekeluarga pergi rumah mak sedara,Mama untuk ziarah Tok Marang.Tengah-tengah makan,ada satu keluarga datang.Di pangkuan Mak Cik itu ada baby kecil.Saya ambil dukung untuk bagi peluang pada Makcik itu makan.


“Dah ada anak berapa?”,tanya suami makcik dengan muka serius pada saya.Ya pada saya!!!


Glupp…


“Err,saya pun kahwin pun belum bang,anak ye lagi la takdok”,jawap saya terkulat-kulat.Melihat saya mesra bermain dengan baby menyebabkan soalan itu terpacul.Nasib baik tanya anak dah berapa.Kalau tanya isteri sudah berapa. Jenuh nak menjawap ye..


Selepas itu,kami pergi ke kampung belah ibu,Tok Mude.Disana seperti biasa meriah, Meriah dengan sedar-sedaranya dan juga meriah dengan juadahnya.Beraya kami sampai Asar.


Raya Kedua


“Mie,esok pergi ambil nasi dagang dengan nasi minyak yang abah tempah”,pinta abah.Pada hari raya kedua,kami membuat rumah terbuka dengan juadahnya nasi minyak,nasi dagang dan satey.Sedara semua dijemput,kawan-kawan dan paling saya terkejut pengumuman jemputan Open House dibuat oleh Imam dicorong speaker masjid selesai solat sunat raya.


“Habis la…kena serbu nanti disemua orang kampung”,itu bermain di kepala saya.Tambahan pula,sakit tekak telah bertukar kepada selsema.


Jam 8 am…Tiada orang.

Jam 9 am…Tiada orang.

Jam 10 am…Satu keluarga datang.

Jam 10.15am…Dua buah kereta sampai.

Jam 10.18am…Satu Divisi datang

Jam 10.30am…Satu battalion datang.


Natijahnya jam 11 nasi minyak,nasi dagang dan satey sudah kehabisan stok.Peluh dingin mula mengalir kerana ini baru jam 11belum tengahari lagi.Awok-awok Rhu Muda yang datang untuk beraya telah bertukar tugas.Menjadi tukang masak.Yaa…nasi minyak dimasak lagi.Walaupun dimasak untuk kali kedua,juga tidak dapat bertahan lama.Yang datang jam 2 ptg,makan karipap sahaja.Nasib kome la.


“Macamana open house?”, tanya seorang sahabat.

“Entah la,rasa bukan lagi satu kampung datang,semacam satu Ganu!”,ungkap saya yang berada dalam keadaan trauma kehabisan stok makanan yang maha hebat.


Badan ini semakin panas,mahu demam dan kepala lutut rasa mau tercabut…Capek dong…Majlis mula pagi sampailah kunjungan terakhir pada Isyak. Malam itu kami anak beranak hanya berlaukkan ikan sardin.Ibu sudah tidak berdaya memasak.Alhamdulillah sedap.Lauk open house tidak bersisa,hanya periuk belanga berselerakan didapur.


Letih tetapi amat-amat gembira apabila dapat bersilaturahim dengan sedara-sedara,sahabat-sahabat-sahabat lama…


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua terutama Kak Long dan Angah


.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Monday, 29 September 2008

Pemergian Ditangisi,Kedatangan Disyukuri


Salam buat semua…


Kita buat sekian kali akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Pemergian Ramadan ditangisi dan Ketibaan Syawal disambut dengan kesyukuran.Keluarga saya buat sekian kali juga beraya tidak lengkap.Jika sebelum-sebelum ini yang tiada disisi hanya Abang Ngah,untuk tahun ini Kak Long juga tiada.Ketiadaan mereka dalam erti mujahadah pada jalanNYA..insyAllah.


Berakhirnya madrasah Ramadan,meninggalkan satu soalan yang perlu kita jawap.Adakah keputusan kita selepas keluar dari madrasah Ramadan adalah tarafnya TAKWA? Jika ia,Alhamdulillah.Jika keputusannya biasa-biasa aje,kita patut istiqfar memohon ampun pada DIA.


Dapatkan kita pastikan udara yang kita hirup pada Ramadan kali ini adalah udara yang sama kita dapat hirup untuk Ramadan akan datang?

Dapatkan kita pastikan masa yang kita ada pada Ramadan kali ini adalah masa yang sama kita ada untuk Ramadan akan datang?

Dapatkan kita pastikan rezeki yang kita nikmati pada Ramadan kali ini adalah rezeki yang sama kita dapat makan pada Ramadan akan datang?

Dapakan kita pastikan NYAWA yang kita ada pada Ramadan kali ini adalah NYAWA yang sama kita ada untuk Ramadan akan datang?


Segalanya tidak pasti…


Tahniah buat para pelajar “Madrasah Ramadan” yang Berjaya mendapat keputusan TAKWA. Semoga Allah s.w.t membenarkan kita semua untuk memasuki Madrasah Ramadan pada tahun hadapan..Amin


Buat Kak Long dan Angah, Ami nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfiti dan Maaf Zahir dan Batin.Jangan nangis deh dipagi raya terutama Kak Long.


Buat Pengunjung Amadanaksoleh..saya menyusun sepuluh jari dengan jiwa penuh kasih sayang memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tersalah tutur bicara.Salam Aidilfitri juga buat semua.


Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin


p/s: Mai la datang ke rumah pada raya ke-2.


.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Wednesday, 24 September 2008

Cry No More

Jangan Menangis Adikku


Pada hari Selasa 23.09.08 kami IMAN bersama-sama sahabat-sahabat yang lain telah Berjaya menganjurkan program Cry No More… Cry No More adalah satu program yang berasaskan kebajikan dengan menjadikan golongan yang kurang berkemampuan sebagai golongan sasaran.


Dengan berpaksikan sumbangan oleh pelajar-pelajar Malaysia seperti berbentuk duit,pakaian dan makanan,Alhamdulilah program ini berjalan lancar dengan sokongan kalian.


Sebelum ini Cry No More telah mengadakan program kebajikan yang sama dengan anak-anak yatim di sekitar Cikuda…dengan penyampian bantuan makanan dan bantuan alat tulis pada mereka.


Dan pada hari Selasa kami IMAN menjadi wakil pelajar-pelajar Malaysia berkunjung ke Panti Asuhan Anak Riyaadlul-Jannah.Disana majority kanak-kanak yang kurang berkemampuan dan anak-anak yatim.


Kedatangan rombongan kami disambut mesra oleh pengurus panti asuhan ini, Bapak Haji Tatang Ratjam.Didalam kelas,adik-adik tersayang telah menunggu kami.Kehadiran kami disambut dengan penuh ceria oleh adik-adik dipanti asuhan itu.


Aturcaranya adalah ucapan oleh Presiden IMAN,Ahmad Zulhazwan aka Awang dan Haji Tatang,selepas itu penyampaian sumbangan ,berbuka bareng( Iftar Jamaie’) bersama warga Panti Asuhan ini..


Sumbangan disampaikan oleh Naib Presiden PKPMI


Muslimin dengan warga panti



Kegembiran dan kemesraan terpancar


Persiapan Iftar


Kalian gembira makan,kami tersenyum puas



“Asep nanti pulang lebaran?bapak mau nitip pesan buat orang tua dikampung,jika boleh hulurkanlah sumbangan buat anak-anak disini….”,pinta Haji Tatang dengan mata berkaca..


Saya kematian ayat….


“Erm,bapak…insyAllah kami akan sampaikan pesan bapak ini pada orang dikampung.Kami harap ini bukan kunjungan pertama dan terakhir kami,tetapi kami menganggap kunjungan ini sebagai langkah permulaan untuk langkah seterusnya dalam menunaikan tuntutan hak kalian sebagai saudara kami”, ujar saya.


Sebak menyesak dada…



Muslimin dengan Haji Tatang


Muslimat


Muslimat dengan Haji Tatang



Ucap syabas dan ribuan terima kasih buat semua pelajar Malaysia dan khususnya AJK IHRAM IMAN kerana Berjaya menganjurkan program ini dengan jaya.


Disini saya juga menyampaikan sedikit teguran pada sahabat-sahabat yang telah menulis nama tetapi tidak menghadiri program ini.Saya tidak kisah kalian sememangnya tidak berhasrat pergi program ini,tetapi tolonglah jangan menulis nama kerana tempat adalah terhad dan ketahuailah ramai yang mahu menyertai program ini.Dan kerana tindakan kalian,mereka tidak berpeluang….Sikap ini perlu saya tegur kerana ia semakin membarah dan menyusahkan pihak pengurusan program.


“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang harus mereka infakkan.Katakanlah, “Harta apa saja yang kamu infakkan,hendaknya diperuntukkan bagi kedua orang tua,kerabat,ANAK YATIM,orang miskin dan orang yang dalam perjalanan.” (Al-Baqarah:215)

Budak kecil yang berumur 21 tahun...lalala


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Thursday, 18 September 2008

Jalan Cinta Para Pejuang

“Semua kawan-kawan adik dah berteman…adik nak juga rasa camtu”,luah seorang adik kecil belia…


Cinta…


Perkataan lima huruf…


Dua huruf vocal…


Satu perkataan dan ungkapan yang mempunyai pelbagai maksud dan diterjemahkan dengan pelbagai tindakan. Hal ini tidak hanya mengganggu si adik kecil yang berumur 17 tahun tetapi juga terkadang si kecil yang berumur 80 tahun masih terganggu dengan persoalan ini…Ya CINTA


Saya tidak menolak ada segelintir dari kita menghadapi persoalan dan luahan seperti ini dengan menjawap…


“Ish,itu tidak boleh HARAM…nak masuk NERAKA ke!!!”, bentak seorang insan dalam menyampaikan “Mesej Dakwahnya”. Statement ini tepat tetapi kurang jelas dan lebih tepat lagi kurang nilai “manusiawi” didalam mesejnya…


Saya Alhamdulillah berpeluang untuk membeli dan ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang buku terbaru Salim A.Fillah yang bertajuk JALAN CINTA PARA PEJUANG… Isinya mungkin sama tetapi sini saya ingin mengupas dari sudut “Bahasa Amad”…



Amor Vincit Omnia


“Wahai kematian datanglah cepat kemari!
Hisap dan peluk tubuhku yang penuh cinta ini,kerana
Tidak ada sesuatu di hadapan matahari yang mampu
Memulihkan kesedihanku…”

(William Shakespeare,Romeo Juliet)


Love conquers all itulah Amor Vincit Omnia. Satu kalimat yang “Cambest” dan mengasikkan jika dibisik kepada para pemburu cinta,segala rintangan dan lautan api neraka mau direnangi…(mampu ke?). Disini menjadi titik tolak kenapa cinta itu satu hal yang kompleks dan untuk mencamtumnya ibarat berjuta kepingan puzzle dicamtum menjadi satu…


“Mereka bersama dan bahagia hingga ke akhir hayat…. THE END”, itulah yang selalu kit abaca masa kecil dan masa besor pun. Hikayat sang puteri dengan putera raja…adalalah rintangan skit-skit…


Lawan penjahat itu…


Lawan raksaksa Gordon ini…


Tetapi kesimpulan akhirnya disetiap akhir hikayat yang secara tidak sedar di “tarbiah” dari kecil adalah


Cinta itu mengasikan


Cinta itu mengkhayalkan


Cinta menguasi semuanya. Manusia menjadi hamba bila adanya cinta. Ramai yang Berjaya kerana cinta tetapi gagalnya orang kerana cinta,kita tidak mampu menyapu kes semacam ini dibawah karpet…Banyak dan pelbagai kisah. Diantara kisah sensaranya insan kerana cinta adalah itu diatas…Romeo dan Juliet, Laila dan Majnun


“Gangguan jiwa tidak datang secara tiba-tiba.Ia merupakan hasil dari proses yang panjang.” Dinukilkan oleh Ustaz Mohammad Fauzil ‘Adhim dalam buku Disebabkan Oleh Cinta.Apa yang terpampang dan dihidang didepan mata berkenaan kes-kes cinta sebagai penyebab biasanya hanyalah merupakan peristiwa pendorong …TRIGGER.


“Aku break kerana dia ni emo lah”,ungkap si pemburu cinta


“Malaslah,kita orang tiada kesefahaman”,jawap si arjuna.


Jadi tidak ada sebenarnya orang yang gila kerana putus gila.Yang ada adalah orang yang dirinya berkeadaan rapuh,jiwa yang retak dan bila tiba satu asbab yang menyentak butang merah..Jiwa yang rapuh itu adalah jiwa yang ditakluk oleh cinta.


Jiwa yang menjadi hamba kepada cinta menjadikan cinta sebagai asas dalam semua tindakannya. Melewati batas-batas tertentu ia akan menukarkan insan menjadi….Raksaksa Gordon?...... Bukan. Menjadi penyembah cinta.Cinta sebagai tuhan,sebagai Rabb,sebagai Ilah…


“Cinta itukan berhala yang lu sembah-sembah”, “sabda” Dedy Mizwar pada para pendewa cinta dalam filem Kiamat Sudah Dekat


Jalan Cinta Para Pejuang


“Andaikata orang yang jatuh cinta itu boleh memilih.Ia pasti akan memilih untuk selamanya tidak jatuh cinta”, Ibnu Qayyim Al Jauziyah…bak kata teman orang perak..Keras bebenor dengor yeee.


Statement Ibnu Qayyim ini tepat bila dilontarkan ke muka para pencinta dia..tetapi ia menjadi tidak tepat bila diletakkan dalam konteks cinta pada DIA..Cinta Para Pejuang.


Cinta untuk para pejuang ialah komitmen .Komitmen adalah ikrar kerelaan berkorban,memberi bukan meminta,proaktif tanpa menunggu,memahami dan bukan menuntut.Di jalan cinta para pejuang,komitmen yang menjadi langkah pertama cinta kita…


Islam itu sendiri menyediakan langkah yang konkrit dalam menghadapi hal semacam ini…Kalian mahu jatuh cinta berjuta-juta kali…silakan.Ia jiwa,ia fitrah…ketahuailah kita tidak mampu menolak bila ia hadir. Persoalan yang sering kita terlepas pandang adalah “Management of Love”.


“Erkkk,cinta pun kena manage jugak ke?”, terkejut si adik atau bahasa orang muda terkejut berok.


Yang dihidang pada kita,cinta itu couple dan nak manage perasaan cinta itu adalah couple bahkan meletakkan taraf cinta adalah couple.Jadi macamana mahu manage cinta ini mengikut aturan Islam?


Dari Ibnu Abbas r.a ia berkata: ‘Rasulullah s.a.w bersabda: “ Kami tidak melihat jalan lain bagi dua orang yang saling mencintai sebagaimana sebaiknya pernikahan”. (Riwayat Ibnu Majah)



Tidak perlu saya syarah hadis ini kerana saya bukan pakar dan rasanya sudah cukup jelas solusi yang Rasul kita bagi…lagipun malas nak taip lagi…

Satu syair Qais si Majnun seperti

Cinta bagai ilham dari langit yang menerobos dada dan bersemayam dalam jiwa
Dan kini kami akan mati kerana asmara yang telah melilit seluruh nurani
Katakanlah padaku: pemuda mana yang bebas dari penyakit CINTA?


Wahai Qais,siapa kata tiada pemuda bebas dari penyakit cinta.Ada berjuta pemuda yang akan menjawap dengan lantang dan jiwa yang penuh izzah


“Kamilah adalah pemuda yang bebas dari penyakit itu.Kami adalah tuannya bukan budak suruhan CINTA!!!”


Dan jika Qais bertanya pada saya dimana pemuda-pemuda itu…


Saya akan menjawap “Mereka adalah pemuda-pemuda yang sedang membaca article ini kerana mereka adalah pejuang,pemuda yang meletakkan cinta itu pada tempat yang sepatutnya.Pemuda yang menagih dan meniti jalan cinta para pejuang!!!”.


Kata di Jalan Cinta

Satu kata cinta Bilal:
“Ahad!”

Dua kata cinta Sang Nabi:
“Selimuti aku…!”

Tiga kata cinta Ummu Sulaim:
“Islammu,itulah maharku!”

Empat kata cinta Abu Bakr
“Ya Rasulallah,saya percaya…!”

Lima kata cinta Umar
“Ya Rasulallah,Izinkan kupenggal lehernya!”


Selamat datang ke dunia CINTA PARA PEJUANG…


Kredit: Buat penulis buku Jalan Cinta Para Pejuang, Salim A.Fillah…Baru bedah 3 chapter…banyak lagi..Nak dengar lagi? lani amad cakap sal cinta..hua3


.:Amad ingatkan kalian just in case kalian terlupa:.

Tuesday, 9 September 2008

Satu Petang di Bulan Ramadan

“Apa yang penting,kerjasamaa…ini seriyess”,suara dialun dengan merdu mengikut rentak lagu Wonderpet.

Maskot kami didapur


Gamat dan entah hape-hape.


Begitulah gamaknya bila 4 orang jejaka bujang turun ke medan tempur yang asing bagi mereka…DAPUR. Kami sejak duduk rumah baru,Alhamdulillah setakat ini maintain boleh kata setiap kali berbuka dengan juadah dengan air tangan sendiri.Hari ini saya sebagi yang incharge bahagian terpenting adalah memasak Ayam Masak Kicap. Yang lain sibuk memotong bawang,sayur dan menyibuk pun ada.


Bawang dibuang kulit,


Halia dihiris kecil,


Serai diketuk dengan pisau,


Tomato dipotong empat.


Juadah yang simple untuk disediakan,dengan mencampakkan semua bahan-bahan akhirnya sampai kepada part paling susah…letak GARAM. Alhamdulillah saya sekali lagi sebagai orang yang ada “front line” lulus denga jaya meletakkan garam dengan secukup rasa. Pernah seorang mamat tu( housemate) membuat nasi goreng,dengan rasa yang Subhanallah….masin.


Goreng punya goreng,ketuk punya ketuk,kacau punya kacau…tepat jam 5 pm juadah siap dimasak.


Menunggu Ngabuburit.


Ngabuburit dalam bahasa Indonesia adalah menunggu berbuka puasa.Kami masih berbaki 1 jam lagi.


“Meh pergi meronggeng dulu boh”, ajak Si N( Nama dirahsiakan)


Saya pun mengangguk dan ke dalam bilik mengambil kunci motor.


Brommm….


Kali ini pemandunya bukan saya tetapi Si N bahkan dengan uniknya dia memandu dengan memakai kain pelikat.


“Kite gie jalan-jalan ke dalam kampung lah”,cadang saya.Saya personally sungguh sangsi dengan bakat Si N menunggang motor nak-nak dengan kain pelikat pulak tu.Dah dia nak sangat,amik le.


Suasana di kampung disekitar rumah sungguh mendamaikan.




Sawah padi yang menghijau..


Sinergi antara dua makhluk Allah s.w.t



Golongan belia sibuk dengan pancing sementara menunggu waktu berbuka..


Kanak-kanak ketawa riang bermain.


Sritt….dumm.


Dua insan tergolek kedalam sawah kering.Yaa…itulah kami.Entah macamana Si N dengan cekap memandu motor saya kedalam jurang sawah dengan saya dengan jayanya bergolek-golek kedalam jurang sawah.Jalan itu sebenarya kecil,jadi Si N tidak dapat kawal motor…


"Mangsa" kekejaman dua insan


“Ha..ha..ha..”, saya bingkas bangun sambil ketawa berjemaah dengan Si N.Sebenarnya sakit pinggang ,al maklumlah tergolek sampai kena batas sawah.Pak Imam berlari meluru kearah kami..


“Amad,gimana?kamu baik?”, bertubi-tubi dia bertanya.Saya tersenyum dan meminta beberapa lagi orang kampung menolong kami angkat motor dari jurang sawah…Dan seperti biasa,ketawa masih berterusan.Ceria sungguh geng Wonderpet ni.Motor Alhamdulillah selamat cuma side mirror sahaja yang patah.


“Aku dakpe pakai suar..mung tu dah la bawak motor pakai kain.Jatuh kurang-kurang aku selamat lagi.Kalu mung tergolek…terselak…ada je budak-budak tu tak selera nak berbuka”, saya berseloroh.Perjalanan balik kali ini,saya yang bawak.Singgah sebentar di rumah Gapo. Dan seperti biasa,cerita kami dicanang…


“Sep amad,gimana pinggangnya?kalau sakit nanti pergi menurut”,cadang Ibu Popon.Mengambil berat pada saya.


“Enggak apa-apa kok ibu…sawahnya masih ok kok”, saya bercanda lagi. Pinggang berdenyut dan rasa tidak selesa sebenarnya.


Adeh…sakit.


Unprepared Taalim


Entah macamana saya terlupa malam ini adalah giliran saya memberi taalim.Selesai solat Witir,saya melangkah kedepan.


Topik taalim saya pada malam ini adalah berkenaan persiapan dan muhasabah diri sejauh mana kita memperguna dengan sebaiknya Ramadan kali ini.Dan untuk membawa semangat Ramadan saya juga kongsi dengan kawan berkenaan Sirah Nabi berkenaan Perang Badar yang berlaku dibulan Ramadan.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji? (29:2)


Sakit pinggang itu adalah ujian..samaada menaikkan darjat atau menghapus dosa….adehhh



.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.