Thursday, 5 November 2009

Satu Menjadi Dua : Majlis Perkahwinan

Gambar Hiasan

Setelah dipujuk dan digesa oleh beberapa insan, akhirnya saya mengambil sedikit masa untuk memberi coretan berkenaan majlis walimah kakak sulong saya. Tahniah kepada Abah dan Ibu kerana sudah mendapat menantu pertama dalam keluarga kita.

Dari kecil didik, asuh dan jaga kak long, sampai masa sesuai dengan marhalah kehidupan. Tanggungjawap itu diserahkan kepada seorang lelaki lain yang bernama suami. Bukan senang, bukan mudah untuk melepaskan dan hanya mampu diterjemahkan oleh sebak sang Abah dan tangisan si ibu. Berat dihati, tapi itulah yang seharusnya dilakukan oleh Abah. Menyediakan seorang penjaga yang terbaik untuk anak gadisnya.

Buat Kak long, jika dahulu kita bicara tentang hal diri sendiri, sekarang telah berdua. Bukan lagi "saya" tetapi "kita". Berumahtangga bukan satu keseronokan yang hakiki apabila kita memikirkan dengan semasaknya. Ia adalah satu amanah dan tanggungjawap yang besar digalas oleh insan bernama Isteri. Setiap tindakan dan perbuatan haruslah dilakukan dalam redha suami.

Fasa pertama pernikahan adalah fasa cinta mendominasi. Setiap masalah, cinta yang menuntun untuk segera kepada penyelesaian. Mungkin jadi, mudah bagi pasangan baru untuk mencari solusi kerana masalah itu perlu diselesaikan untuk terus menyuburkan cinta.

Fasa seterusnya tanggungjawab mengambil alih tempat cinta. Pada saat ini, kekuatan mengawal diri, kematangan diri dan tawakal memandu diri dalam melayari bantera rumahtangga hingga ke destinasi. Pada masa yang sama, samaada suami dan isteri haruslah terus berusaha membakar api kasih sayang dan cinta agar ia turut sama tersulam sama tanggungjawab.

"Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang" ( Ar-Rum : 21)

Gambar Majlis Walimah


Antara dua Ibu

Bukan senang mahu lepaskan

Menembak dan ditembak..Gotcha!

Dijari manis terselit cincin pertunangan

Tulang belakang majlis walimah ini...2 ekor lembu, bukan senang!

Ketua komander (berserban dan mask H1N1) dengan anak buah

Pengantin lelaki...ahaks

" Haji, check dulu mahar," kata tok kadi

Diijab qabulkan sendiri oleh Abah...Alhamdulillah sekali nafas

Manik-manik mutiara

Rantai tangan

Dua mempelai

Dari satu jadi dua...Dua keluarga dihubungkan

Makan beradab

Dekat dan jauh

Lambung jangan tak lambung

Selamat Pengantin Baru


Nota 1 : Kak long bertuah ada dua adik yang menjadi jurugambar untuk majlis dia. Jika ambil yang berbayar, RM 1000 terbang.

Nota 2 : Amarah Keras, jangan sesiapa usik saya dengan pertanyaan bila mahu nikah. Aku sibuk KKN la...tesis la..keh3.

Nota 3 : Terima kasih buat semua yang menolong secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis ini.

Nota 4 : Dibawah ada filem pendek yang diarahkan oleh Radzi dengan bantuan sahabat-sahabatnya. Saya cameraman..LOL. Terimalah Aku dan Kamu








.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Tuesday, 27 October 2009

Saya Orang Bekeng


Dusssshh...

Saya melepaskan satu pukulan tepat ke muka musuh didepan lantaran terlampau marah dengan provokasi melampau. Pada masa itu, tiada apa yang saya ingat melainkan untuk melepaskan nafsu amarah dan memberhentikannya dari bercakap balas.

Darah mengalir dari bibir dan hidung. Pekat dan merah.

Bukan sedikit ia mengalir, melaju seperti pili air. Saya merasa berpuas hati, pada awalnya. Tetapi melihat darah berciciran keluar, saya menjadi gelabah dan serba salah. Terus berkejar mendapatkan kain dan kapas untuk mengelap darah yang keluar. Perbuatan yang tidak difikirkan apa sebab dan akibat pada awal, ia menyebabkan penyesalan pada diri.

Itulah peristiwa 15 tahun lepas, pada masa itu, saya anak muda yang amat panas baran. Pantang dicabar, darah muda cepat mendidih.

Peristiwa disekolah asrama juga tidak kurang sisi gelapnya. Saya cukup allergic dengan insan bernama wanita. Pantang mereka melakukan silap, saya tidak teragak-agak "sound" walaupun didepan orang. Oleh kerana itu, jika ditanya sahabat-sahabat perempuan sama sekolah dengan saya, mesti mereka mengatakan dahulu agak kurang selesa berurusan dengan saya.

Takut kena "sembur"

Manusia sering berkata "masa dan pengalaman diri itu akan mengubah segalanya."

Itu adalah kisah sejarah dulu yang amat saya syukuri dan banyak membentuk diri saya sekarang.

Berkenalan dan bergaul dengan ramai orang yang diluar Terengganu khususnya, banyak mengajar diri ini tentang pendekatan itu. Lain padang, lain belalang, itu pepatah orang tua kita. Kita tidak boleh "treat" semua orang dengan pendekatan yang sama. Itu point penting yang saya baru belajar apabila keluar dari Terengganu.

Jika dahulu, berkaitan dengan prinsip, saya akan mendahulukan pendekatan tegas walaupun manusia dihadapan kita boleh dibentuk dengan lembut, ia berubah sekarang. Saya agak lebih banyak "menghulurkan tali" berbanding menyentapnya.

Saya menjadi lembut dalam pendekatan.

Tetapi tergantung dengan siapa saya berhadapan.

" Dakwah itu perlu berhikmah dan berlemah lembut," tegur teman kepada saya.

Persoalannya apa itu hikmah? Dan sejauh mana kita harus secara adil kita letakkan hikmah dan lemah lembut itu?

Sosok Dua Ikon Agung Islam

" Penggal sahaja kepala tahanan ini," saranan dari Saidina Umar kepada Nabi Muhammad s.a.w selepas Baginda memanggil dan meminta pandangan dari dua insan yang amat berjasa diatas kelangsungan agama suci Islam. Peristiwa di tanah gersang yang bersimbah darah, Badar Al-Kubra.

Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar.

Dua sahabat yang Nabi Muhammad s.a.w sayangi dan mewakili dua pembawaan pribadi yang berbeza.

Dalam peperangan agung Badar Al-Kubra itu, pihak Islam mengenggam kemenangan yang amat penting dan vital untuk masa depan Islam. Bahkan tentera Islam berjaya membunuh 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain. Nabi Muhammad s.a.w tidak tahu menentukan nasib tawanan perang lantas meminta masukan pendapat dari dua sosok pejuang ini.

Jika Saidina Umar, jawapannya penggal kepala.

Saidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.

Kisah itu tidak berhenti sekadar itu, bahkan diceritakan oleh Allah didalam surah Al-Anfal: 67

"Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Saya berkongsi cerita ini bukan untuk membahaskan yang mana satu pandangan yang lebih bagus, tetapi ingin sama berkongsi apa yang tersirat didalam kisah ini. Jika kita amati secara teliti Allah s.w.t menurunkan ayat Al-Quran dengan pelbagai nada. Disitu ada ayat indah khabar gembira, disitu juga ada ayat memberi khabar buruk. Lengkap dua sisi, yang datang satu pakej. Tidak boleh terpisah.

Islam itu ada Abu Bakar, dan juga Umar.

Kenapa dibawa kisah dua sahabat ini?

Bukan niat dan taraf saya untuk menyamakan dua tokoh besar ummat ini dengan diri. Bahkan tali kasut mereka, saya tidak layak bandingkan. Siapa saya berbanding mereka yang mencetuskan satu gerakan fikrah agung yang amat fenominal di Jazirah Arab itu. Cuma tidak lain tidak bukan saya ingin mengajak sama kita renung kembali yang tersirat disebalik pribadi mereka.

Islam itu ada Abu Bakar, dan juga Umar.

Lembut dan tegas.

Saya Berubah

Baru saya benar-benar mengerti perkongsian Ustaz Hasrizal dua tiga tahun lepas.

" Ana penat...ana penat bukan dengan tugas ana dalam berdakwah dan berkhidmat untuk masyarakat. Tetapi ana penat berurusan dengan manusia, bila ana penat...ana really mean it!."

Dan sekarang barulah saya mengerti maksud sebenar kata-kata itu, kerana saya sendiri merasakan perasaan penat itu.

Penat itu menyebabkan saya mundur? Tidak sama sekali. Ia bukan pilihan saya bahkan tidak masuk dalam pilihan. Pilihan saya, diajak cara lembut tidak jalan, saya akan REMPUH.

Oleh kerana letih berurusan dengan manusia, menyebabkan kembalinya sikap panas baran saya yang dulu. Tetapi dalam dose yang berkurangan pada pandangan saya dan berbeza subjeknya.

Jika dahulu saya amat panas melihat dan berurusan dengan manusia "biasa", sekarang ia berubah. Saya begitu lembut dengan mereka. Tetapi tidak pada yang berstatus daie'.

Saya amat kecewa dan terlebih menaruh harapan kepada manusia "luar biasa" yang berstatus daie'. Mereka seolah hilang "common sense" dan tanpa sedar lupa pada tanggungjawap pada Allah, pada Agama. Kerja sambil lewa, akhlak tidak mencirikan pejuang agama melengkapkan ciri tepat tanda khianat pada jalan perjuangan suci ini. Orang tua-tua kata " Naik lemak!."

Gambar Hiasan

Kenapa saya berubah dan memilih pendekatan keras kepada daie?

Dosa disetiap pada kita berstatus daie' bukan lagi berstatus dosa pribadi, melainka turut sama meruntuhkan tanzim dan fikrah yang kita dukung ini. Masyarakat diluar tidak lagi bercakap dengan dosa si anu dan si anu, tetapi membawa sama title yang digalas.

" Eh, mamat IMAN tu keluar dengan perempuan la"

" Bukan ke tu budak IMAN, elok je bertepuk tampar"

" Cakap berdegar-degar dalam usrah, wallpaper laptop gambar awek juga"

Tidak lagi dibawa nama si pelaku, tetapi sekali jawatan disandang. Mahu salahkan mereka? Tidak boleh! Kerana mereka berhak untuk menyatakan itu. Kita yang faham patut salahkan diri sendiri.

" Ala semua orang tidak sempurna, releks la"

Sampai bila kita mahu gunakan alasan seperti ini. Tidak dinafikan sememangnya fitrah manusia itu lemah dan selalu buat silap. Tetapi kita haruslah sekurang-kurangnya berusaha dahulu untuk mengurangkan silap dan usaha mencapai tahap "sempurna" walaupun hakikatnya mustahil.

Key point adalah usaha. Barulah boleh gunakan alasan itu. Jika tiada usaha mengubah, saya memberi amaran, jangan sekali-kali gunakan alasan itu. Ia lafaz yang bersifat khianat pada agama.

Masa Yang Cukup


Saya merasa memberi cukup masa yang bukan sedikit untuk para daie' ini berubah. Saya menggunakan segala lenggok bahasa dan tindakan yang dikategorikan lembut untuk mereka, tetapi tiada respon. Di pandang sepi. Sampailah satu masa tidak mampu terbendung didalam hati ini. Dan ia adalah pilihan terbaik pada pandangan saya buat masa sekarang.

Gambar Hiasan

" Maaflah...maaf sangat-sangat. Saya tidak sedar hal ini," satu sms yang saya dapat dari seorang Muslimat. Melengkapkan laporan yang sampai kepada saya iaitu AMAD INI GARANG!

" Hah, kenapa pulak tidak sedarnya?," saya membalas sms itu.

Dia semakin tidak tentu arah. Jauh dilubuk hati saya, tidak mengharapkan maaf itu kerana ia bukan silap pada saya, tetapi maaf itu harus dipinta kepada Allah dan Ummah. Kita dibarisan depan perjuangan, membuat silap sendiri akan mengakibatkan benteng yang kita bina musnah. Tambahan pula jika masalah itu dicipta dengan sengaja.

Perubahan pendekatan ini saya cukup alert dan responsive kepada kesan sampingnya. Jika dahulu, maaf itu lunak dimulut muslimat, sekarang muslimin turut sama melafazkannya. Pada pandangan saya ia ada pro dan kontra. Bukan senang untuk melafazkan MAAF kerana ia memerlukan sikap dan momentum mujahadah yang tinggi. Tambahan pula yang melafaz itu mempunyai kromosom X Y. Bukan senang, yop!

Pada masa yang sama saya cukup menginsafi sesuatu itu haruslah berpada-pada dan meletakkan pada posisi dan tempat yang betul. Panas baran tidak tentu pasal akan menyebabkan manusia menjauh dan begitu juga rahmat Allah s.w.t.

Hikmah dalam berdakwah perlu kita letak pada tempatnya. Jika berdondang sayang sentiasa,lembut tidak bertulang,orang disekeliling tidak akan pernah hormati kita. Jika panas baran sentiasa, manusia menjauh. Jadi berpada-padalah!

Gurauan Abu Saif

"Berdasarkan apa ana perhati dan berdasarkan simptom-simptom ana lihat, enta mengalami kekurangan Vitamin K(ahwin)," gurau Ustaz Hasrizal dalam sesi bertukar-tukar pandangan itu.

" Ya Allah, itulah hal yang paling ana tidak fikir untuk sekarang," jawap saya. Terasa jauh lagi untuk diri ini.

Ada benarnya jua dalam canda ustaz,panas baran saya mungkin boleh disejukkan dengan ehem-ehem. Jadi esok saya akan pulang ke Malaysia untuk nikah. Kepada kawan-kawan maaf kerana tidak sempat menyebarkan khabar baik ini kerana nikah itu adalah....

Dr Nur Suriati Binti Sulaiman vs Mohd Ruzmi Khairi bin Hj Rusli

Bak kata Abu Saif

" Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan muslimat garang-garangkan". Jika tidak puas hati, antum pergi cari dia...bukan saya.

Nota 1 : Amad tidak garangkan...saya masih terasa diri ini caring dan romantik..keh3

Nota 2 : Nak senior yang tidak suka marah? pi ke abang senior sorang tuh. Dia bukan sahaja tidak suka marah, marah pun tak jadi..ekeke.

Nota 3 : Jangan siapa-siapa sakat saya suruh nikah. Aku sekeh nanti. Casa Pelangi, jangan kuat gosip, pi study tuh.

Nota 3 : Selamat Pengantin baru untuk Kak Long dan...ape ek nak panggil. Abang Long kot..hu3

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday, 24 October 2009

Gambar Keluarga IMAN

Seperti yang dijanjikan oleh saya, berikut adalah gambar-gambar setiap ahli IMAN mengikut biro masing-masing. Dengan satu pesanan, tugas itu tanggungjawap, dan setiap tanggungjawap akan dipersoalkan depan Allah kelak. Buat kerja dengan sehabis baik.

Tanggung atas dunia,
Jawap diakhirat.

Semangat!!!








Nota 1 : Terima kasih daun keladi buat designer kita, Awang dan penyumbang idea...Dr Amad.

Nota 2 : Dalam banyak-banyak biro, Biro Ekonomi paling smart...huhu.

Nota 3 : Kepada sesiapa yang muka tidak jadi dalam gambar ini, lain kali antum kena pandai beza apa itu gambar formal, dan gambar abnormal. Tension gue!

Nota 4 : Kenapa ada biro berbunga, ada yang tidak? Awang dah malas nak buat. Tak tido malam tau nak buat ke benda ni. Siapa yang tidak puas hati, pergi kejar Awang lepas ni..ekeke

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday, 23 October 2009

Hukum Mencukur Bulu Kening

Gambar Hiasan

Saya mendapat satu soalan berkaitan hukum yang agak bagus, kerana ada melibatkan sebilangan wanita khususnya iaitu berkaitan membuang sedikit bulu kening yang bercantum ditengah. Jom sama-sama kita telusuri hukum berkaitan hal ini.

Dr Amad : Salam Akh, ana mahu tanya satu soalan yang selalu "girl" hadapi. Berkaitan dengan bulu kening. Kisahnya, ada segelintir dari kita khususnya wanita mempunyai kening yang bersambung ditengah. Apa hukumnya dia membuang sedikit kening dibahagian tengah, diatas alasan kurang selesa dan mengelakkan aib dipandang orang?

Ustaz Mahadi : Salam, boleh tetapi dengan syarat kening yang dibuang adalah dibahagian tengah sahaja. Jangan duk "trim" yang lain pula. Hanya untuk mengembalikan kepada rupa yang asal.

Dr Amad : Sejauh mana ukuran buruk dan aib itu?

Ustaz Mahadi : Ingat, ukuran buruk atau aib itu pada mata orang ramai. Bukan pada mata sendiri. Ini perlu diingatkan kerana ramai wanita yang tidak berpuas hati dengan kecantikan mereka.

Mahadi bin Mohammad
Pelajar Master Syariah
Universiti Yarmouk, Jordan

Tambahan : Hukum mencukur bulu kening adalah haram dan perbuatan itu amat dilaknat oleh Allah swt, walauapa jua alasan sekalipun. Kita sering lihat hal ini berlaku semasa majlis persandingan berlangsung. Dilaknat Allah pada awal perkahwinan, boleh jamin rumahtangga direstui Allah hingga keseterusnnya? Mak andam kena, si terkena andam pun kena... Berhati-hati!

“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya

1. Kening tengah boleh dicukur untuk mengelakkan aib dan kadar cukur itu berpada-pada.

2. Hukum mencukur bulu kening dengan menipiskannya adalah Haram dan perbuatan itu Dilaknat Allah.

3. Orang yang dicukur dan mencukur bulu kening adalah berdosa.

Nota 1 : Pengakuan jujur Amad, perempuan yang cukur bulu kening, serius tak lawa. Allah dah buat comey manusia neh.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday, 17 October 2009

Lensa Amad : Open House CGC

Salam kepada semua. Didoakan agar semua dipelihara oleh Allah IMAN. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit gambar-gambar program Open House CGC ( Cikuda Gentleman Club) yang didukung sama oleh Kelab Penyokong CGC. Bukan Pas sahaja ada kelab penyokong, kami pun ada. Hehehehe...

Haikal, Adi, Reza Ganjaguru, Izhar, Hang Hanep

Mak Ngah!!! Pengantin dah sampai

Hairina Si Penunggu Satey

Bosan sungguh dengan Bos, tak romantik. Tidak pandai buat love. Itulah time bercinta cintun dengan Mimi tak belajo buat benda-benda ni...Guane neh!! ekeke

Orang kuat makan...eh salah. Orang kuat CGC

Sayap baru CGC, Kelab Penyokong CGC (Ekekeke)

Farid naik "syeikh" sebab lapar, dan Gapo tersepit antara dua punggung

Kelab Penyokong yang obses not obes pada Komera

Allah is the One GOD; the Creator, the Initiator, the Designer. To Him belong the most beautiful names. Glorifying Him is everything in the heavens and the earth. He is the Almighty, Most Wise. [59:24]

Nota 1 : Sudah menjejak kaki ke desa Sumbersari untuk KKN dengan Hajar dan Botak. Komen? nanti yaa...

Nota 2 : Positifkan diri dan menerima seadaaya, amat membantu diri untuk BERTENANG.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Wednesday, 14 October 2009

Studio Amad : Apa itu ISO?

ISO button

Kali ini saya akan kongsi sedikit sebanyak satu aspek penting dalam Camera DSLR...iaitu ISO. Tetapi lantaran kerinduan amat sangat pada kampung, saya akan kongsi dalam bahasa Ganu. Dua dalam satu, dapat belajar apa itu ISO dan juga bahasa Ganu. Siapa tahu calon suami atau isteri adalah seorang photografer dari Terengganu...

Bersedialah...

Soalang : Untok awal-awal ni, nape gok ISO neh royak gok jelah sikit...sebak orang hok orang biasa ingat bende ini supe dengan ISO yang internasional standard ape ke bende tu?

Jawapang : Berat 6 6 sungguh mung ni. ISO bukang benda alah tu. ISO ikut kitab photo adalah tahak sejauh mane komera tu sensitif ke cahaya. Bukang orang je pandai sensitif, komera jugok panda awang weh!

Soalang : Doh muge gitu, ape guna komera jadi sensitif ye...wat rohok kite noh ngejas je. Gambor saloh selih sikit, huduh sepang koooong lalu.

Jawapang : Mung ni, sapa gitu seme...kuat kekoh semut ni. Ginilah senang cite. Kite boleh ibaratkang macang sumber bantuan cahaya ke komera. Let say, aperture kamera kite doh bukok bapok, tapi shutter still rendoh. Dalang keadaan neh, kita perlu bantuang cahaya yang boleh up shutter tuh. Itu satu keadaan, tapi jika time kite nok snap tu, gelap gelemak. Jadi ISO lah dapat bantu kite dapat shot tuh.

Soalang : Doh gitu, guane kite nok gune ISO ni?

Jawapang :

1. Gune ISO yang rendoh untuk dapatkang aperture dan shutter speed yang kite nok.

2. Kita perlu tamboh ISO ni, kalu gune aperture kecik dan shutter speed laju. Hok skill ini akan bagi cahaya lebih ke imej.

3. ISO rendoh biasanya kite guna kes nok kurangkan "noise" atau "grain" di imej.

4. Contohlah, kalu bacaan dimeter komera tunjuk shutter speed yang slow macam 1/15 sec sedangkan ISO 100, imej akan gegor dan blur kalu guna hand held sebab bukaan shutter tu perlahang. Muge gitu, kita wat naik ISO tu ke 400 dan shutter akan naik jadi 1/60 sec.
Soalang : Nape hok kite kene consider kalu nok cakak sal ISO neh?

Jawapang :

1. Cahaya - Subjek dah cukup cahaya ke?

2. Grain - Nak shot yang 'grainy' ke nak gambor bersih dari 'noise'


3. Trepok - Pakai trepok ke dok?

4. Subjek - Bergerak ke pengun.

Disini saya nak kongsi satu gambar yang menggunakan ISO yang tinggi dalam keadaan gelap

Kenyir (Tekan pada gambar untuk besarkan)

EXIF Data:

Aperture- f8.0
Exposure- 1.6
ISO- 3200 ( Ini ISO yang paling tinggi)

Oleh itu, jika anda besarkan gambar ini dan hendap muka dekat skrin, anda akan menjumpai titik-titik bising (noise)

Nota 1 : KKN sudah mahu mulai...Kesibukkan melanda.

Nota 2 : Buat ahli IMAN, buat kerja bebaik time kami sibuk ini. Nak tanya apa-apa silakan, nak mintak tolong, saya malas...haha

Nota 3 : Dok pahang sutey habuk article ni? wat-wat la belakong pahang...

Nota 4 : Photography is a medium to capture memories, when memory grows into sublime, photography becomes art. -Anonymous

.: Amad pesang muge ade banyok orang dok ingat :.

Sunday, 11 October 2009

Perut Kenyang, Hati Senang, Akhirat Celaka

Gambar Hiasan

Hari mengundi adalah hari dimana rakyat menjadi raja. Pada saat itu calon-calon akan merendahkan diri dimata rakyat dalam merebut apa yang dinamakan sebagai UNDI. Ia juga sinonim digelar pesta demokrasi.

Rakyat baik mewakili satu undi

Rakyat yang rosak mewakili satu undi

Orang tua mewakili satu undi

Orang muda mewakili satu undi

Setiap insan berhak menentukan siapa yang patut mereka naikkan sebagai pemimpin mereka selama satu penggal. Satu orang satu undi. Ini seterusnya dapat memberikan impak pro dan kontra bagi kedua-dua belah pihak.

Mungkin jadi ramai rakyat adalah orang yang bijak dan berintegriti, jadi calon yang rosak dan tiada integriti akan tersungkur ditangan mereka.

Tetapi tidak harus kita lupakan juga rakyat yang rosak kaki maksiat juga berhak memilih. Jika mereka majoriti, calon yang baik harus menerima hakikat bahawa batang tubuh bahkan idea mereka tidak diperlukan disana.

“Ketika para pemimpin kamu adalah orang-orang baik di antara kamu, dan orang kaya kamu adalah orang-orang dermawan di antara kamu dan urusan kamu diselesaikan secara musyawarah, maka berada di muka bumi lebih baik bagi kamu daripada di liang kubur. Tetapi bila pemimpin-pemimpin kamu orang yang jahat di antara kamu dan orang-orang kaya kamu adalah orang-orang yang bersifat kikir di kalangan kamu dan persoalan kamu tergantung penyelesaiannya kepada kaum perempuan kamu. Maka liang kubur lebih baik bagi kamu daripada tinggal di permukaan bumi.” (HR Tarmidzi).

Pemimpin yang buruk dan zalim berpunca dari rakyat yang rosak akhlaknya, buruk budi pekertinya, tiada integriti dan prinsip.

Semuanya akan dijadikan kayu bakar api neraka dari pemimpin yang zalim hinggalah kepada rakyat yang rosak. Insan yang saling bergantung harap dalam meneruskan agenda jahiliah mereka.

Materalistik, Individualistik

Saya ada melihat video yang dirakam oleh Malaysiakini sempena piliharaya kecil Bagan Pinang. Saya cukup terkejut tidak terkata mendengar seorang pakcik bertaraf HAJI memberi komen. Tentang parti mana ia pilih adalah satu hal yang berbeza yang saya kira cukuplah blog-blog lain sudah menyentuh tentang isu itu.

Ia pesta demokrasi, terserah kepada individu itu sendiri untuk memilih siapakan calon pilihan hati. Saya bersedia bersetuju untuk tidak bersetuju. Sudah namanya manusia, ada keinginan dan pilihan sendiri. Itu satu bab, tetapi apabila pakcik itu berkata



"Rasuah itu dia punya pasal..saya tahu PERUT saya kenyang, anak cucu cicitku SENANG, kereta ku SENANG pakai,"
Haji Mokhtar Sulong Kaya, seorang pengundi Bagan Pinang yang anda semua lihat diakhir video.

Ia menyentap lamunan saya melihat video itu. Adakah ini yang sepatutnya terucap dari mulut seorang muslim berstatus HAJI? Ia bukan lagi melibatkan parti itu dan ini, ia telah melibatkan agama kita, Islam. Ia bukan lagi perhitungan pribadi melainkan saya ingin mengajak para pembaca semua kembali muhasabah tentang apa khabar IMAN kita berdasarkan apa yang terucap dibibir kita.

Adakah hidup kita didunia ini sekarang memikirkan perut kenyang, senang, kenderaan, anak isteri kita sendiri. Demi nama Allah, ia adalah satu perkara mungkar yang Allah benci.

Kepada pejuang agama, kalian mempunyai tugas berat dizaman ini. Dengan segala penyakit ummat terdahulu, ia datang secara pakej dan keseluruhan berjangkit kepada umat akhir zaman ini.

Nabi Nuh dan ummatnya, kita punyai penyakit itu.

Nabi Luth dan ummatnya, kita punyai penyakit itu.

Nabi Isa dan ummatnya, kita punyai penyakit itu.

Nabi Musa dan ummatnya, kita punyai penyakit itu.

Suka saya cuba membaca contoh yang sama kepada ucapan pakcik itu dengan mengantikannya dengan satu yang setaraf dengan RASUAH, untuk kita sama-sama nilai.

" Rogol itu dia punya pasal, yang penting anak isteri saya tidak dirogol oleh dia. Dia nak rogol orang lain, dia punya pasal, ia bukan urusan saya."

" Haji pun cakap macam itu juga Amad, peliklah," kata seorang teman.

" Jepun pun lagi ramai haji...haji yang tu lagi buat kita darah tinggi," saya menjawap.

" Haji jepun? biar betul. Ada ke haji jepun? selama ini haji kat Mekah la," kata beliau.

" Hajinomoto...sekali makan, benak tak sudah," ketawa kami pecah.

Rasuah itu mungkar, begitu juga juga rogol dan segala macam lagi masalah ummah sekarang. Adakah selayakknya bagi kita hanya memikirkan diri sendiri sahaja dengan membiarkan saudara kita dan ummat Islam khususnya terus dihina?

Itu hanyalah presenting problem ummat, penyakit yang lebih parah real problem adalah KETIDAKPEDULISME

" Tidak beriman sesorang diantara kamu sehingga ia mencintai milik saudaranya (sesama muslim) seperti ia mencintai miliknya sendiri" ( HR. Bukhari dan Muslim)

Sungguh saya berlepas diri dari insan seperti itu. Hadir saya menegur kerana KASIH SAYANG bukan KEBENCIAN.

Ummah ini semakin parah penyakitnya

Kembalilah kepada Allah!

Dinegara bukan Islam,dan dinegara Islam...(saya suka gambar ini)

Nota 1 : Tahniah kepada Tan Sri Isa Samad atas kemenangan di Bagan Pinang.

Nota 2 : SIBUK itu semakin menghantui saya selepas masuk tahun ke-4. KKN yang entah ceruk mana kampung. Tetap bersemangat ya teman-teman!

Nota 3 : Kemenangan ikon rasuah menandakan umat sekarang mengalami krisis nilai. Diharap selepas ini tiada lagi insan memandang enteng usaha dakwah berbanding usaha siasah. Kedua-duanya perlu hebat. ( Menyampaikan maksud dari Abu Saif dan saya amat bersetuju!)

Nota 4 : Adakah panas baran saya kembali? saya perlukan nasihat.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.