Tuesday, 23 December 2008

The Battle Of DSLR

“Saya ada beli gincu dan alat solek ke bini..tapi dia masa kat rumoh dok paka’.Kalu keluar uamah baru nok pakai.Ape hukumnya ustaz?,” itulah antara soalan-soalan yang dilontar pada Ustaz Azhar padaa malam itu.Saya cuti yang sementara ini berpeluang untuk menghadiri dan memanfaatkan masa yang ada dengan menghadiri mana-mana kuliah di masjid biasanya mengikut sahabat, Ustaz Mahadi.


“Orang puang ni pun se hal jugok,haram solek-solek untuk bawak ke luar.Nok tunjok ke sape?Mung seme paka dumoh la.Ni dumoh,muke penoh tepek masker.Ning nok makan nasi,tengok bini lu’ga(nak termuntah) wase!,” ketawa pecah oleh ahli jamaah suray.Jawap Ustaz Azhar dengan nada bergurau tetapi penuh dengan ketegasan syarak disitu.


Selesai kuliah,Ustaz Mahadi kenalkan saya kepada Ustaz Azhar.Kami makan bersama-sama sambil sembang-sembang.Dia salah seorang yang bagus dan kemas dari segi ilmu fiqh bahkan lebih dari itu…


Persoalan Aneh


“Ustaz,ning saye nok tanya satu bende ni…boleh dok?,”saya meminta izin.Nada semacam orang lain bertanya soalan agama.


“Owh,bereh…silakan,” jawapan dia sambil tersenyum.


“Kalu modal dalam RM 4000,saye nok angkat camera DSLR kire hok mana se yang bagus?.Leni hok saya try tanya kawang-kawang kalu canon 450D,kalu Nikon D80,guane gamok tow ustaz,” kali ini bukan persoalan agama tetapi bertanya tentang camera.Ustaz Mahadi tersenyum.Dia sudah sedia maklum,saya dan ustaz memiliki channel yang sama.


“Pelik sangat,orang lain kalut tanya persoalan agama,Amad ni pulak tanya pasal camera,” ini mesti yang bermain difikiran sahabat-sahabat sekalian bukan.


Sebenarnya,dia bukan sahaja alim dalam bidang agama,tetapi juga “alim” dan boleh dikatakan sifu bagi para photographer di sekitar Kuala Terengganu.Web photonya adalah digitalmukmin .Dan ini adalah sebahagian gambar-gambar yang diambil oleh dia sendiri.









The Battle of DSLR


Saya lebih berminat untuk memiliki samaada Nikon atau canon berbanding camera lainnya.Selepas meminta dan bertukar pandangan dengan beberapa teman dan sifu-sifu didalam bidang ini.Saya menyenarai pendek dua camera DSLR yang berkemungkinan akan dibeli.Nikon D90 dan Canon 450D.Diharap kawan-kawan memberi komen dan cadangan camera mana yang terbaik walaupun bertimbangan anda sekadar…


“Saya rasa camera ….. lagi cantik dari camera….,” saya hargai semua cadangan,insyAllah.



Nikon D90

Nikon D90 Key Features

  • 12.9 megapixel DX-format CMOS sensor (effective pixels: 12.3 million)
  • 3.0-inch 920,000 pixel (VGA x 3 colors) TFT-LCD (same as D3 and D300)
  • Live View with contrast-detect AF, face detection
  • Image sensor cleaning (sensor shake)
  • Illuminated focus points
  • Movie capture at up to 1280 x 720 (720p) 24 fps with mono sound
  • IS0 200-3200 range (100-6400 expanded)
  • 4.5 frames per second continuous shooting (buffer: 7 RAW, 25 JPEG fine, 100 JPEG Normal)
  • Expeed image processing engine
  • 3D tracking AF (11 point)
  • Short startup time, viewfinder blackout and shutter lag
  • Slightly improved viewfinder (96% frame coverage)
  • Extensive in-camera retouching including raw development and straightening
  • Improved user interface
  • New optional compact GPS unit (fits on hot shoe)
  • Same battery and vertical grip as D80
  • Vignetting control in-camera


Canon EOS 450D

The EOS 450D features:

  • 12.2 Megapixel CMOS sensor
  • Canon’s EOS Integrated Cleaning System
  • 3.5 frames per second
  • 3.0” LCD with Live View shooting
  • 9-point wide-area AF system with f/2.8 cross-type centre point
  • Picture Style image processing parameters
  • DIGIC III image processor
  • Digital Photo Professional RAW processing software1
  • Compact and Lightweight body
  • Fully compatible with all Canon EF and EF-S lenses and EX-series Speedlite


"Saye rase awak,amik Nikon D90 la comey skit...," jawap Ustaz Azhar



.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Sunday, 21 December 2008

Berikan Sesuatu

Perjalanan 3 jam dari Bandung ke Jakarta cukup memenatkan.Alhamdulillah saya bersama sahabat-sahabat sampai ke Bandara Sukarno-Hatta,Jakarta pada Jam 350am,agak awal memandangkan penerbangan saya pada jam 630am.


Perut berkeroncong indah,saya alas dengan burger McDonald.Makan dipercepatkan lantaran perlu check-in awal dan subuh pun masih belum tertunai.Kalut saya bersama teman habiskan makanan.


Tiada Maaf Bagi Mu


“Maaf ya,jadualnya ditunda kepada jam 850am,kapalnya lagi ada masalah,”tetiba merasa merah telinga.Luka lama terpaksa mengeluarkan lebih kurang sebanyak RM 400 masih berbekas.




“Aku tidak akan lepaskan Airasia kali ini ,” azam dalam hati.


“Kenapa delay?saya ada connecting flight jam 2 pm.Jika ada masalah kamu mahu tanggung???,”soal saya tanpa berbasa-basi.


“Ya,kami akan tanggung,”jawap pramugari lemah.


“Btw,my connecting flight is not Airasia but MAS ,”diam pramugari Airasia tidak terjawap.


Pueh Hati!


Ini bukan kali pertama delay dan delay.Boleh dikatakan setiap kali penerbangan melibatkan Airasia mesti terselit sama peristiwa delay penerbangan.Kami bagi itu hanya dibekalkan Roti Boy dan air kosong.Alhamdulillah.


Saya selamat sampai di LCCT jam 12 tengahari dan berkejar ke KLIA untuk penerbangan ke Terengganu.Alhamdulillah masih awal,berbaki dalam 2 jam dan sempat untuk check-in. Keletihan dan kepenatan mula sirna dimuka Wang dan saya.Saya melangkah ke surau dan solat jamak qasar Zuhur dan Asar.


“Ya Allah,aku merasa sungguh penat dan letih.Aku bermohon pada-Mu biar perjalanan kali ini bermakna dan dapat menambah imanku,” doaku didalam hati.


Selepas solat,saya pergi ke tandas untuk menunai hajat.Kasih sayang dan rahmat Allah itu tidak pernah lekang dari sifatnya.Saya melihat,seorang pakcik menunggu diluar tandas dengan kepala ditutup dengan tuala kecil.


Teringat kembali kisah saya kecil-kecil di TASKI.


“Ok murid-murid,selain kita masuk tandas dengan kaki kiri,apa lagi yang Rasul kita suruh?,”tanya Ustazah pada kami.


“Menutup kepala semasa menunaikan hajat,” spontan kami menjawap dengan intonasi jawapan yang sama ala-ala kanak-kanak kecil.


Saya akui hal sekecil ini sudah ramai yang kita lupa bahkan tidak diamalkan dalam kehidupan seharian walaupun ia adalah satu sunnah nabi.Kita sayang pada nabi,kita buat sunnahnya.Senang dan berbaloi.Doa saya dibayar tunai oleh Allah.Pengajaran yang membuat saya terfikir panjang.


Selepas solat,giliran Wang pula solat.Kami membuat giliran kerana menjaga barang-barang. Saya tiba dikerusi,Wang sudah terlentok tidur.


Ish,buruk bebenor.


Selesai semua,kami hanya ada masa selama 10minit untuk makan.Saya tiada masalah,yang menjadi masalah adalah Wang kerana makannya sungguh ayu,perlahan dan ala-ala awek gitu loh!.


“Aku bagi mase ke mung 10minit.Mung kekoh la guane-guane pong burger ni biar habis.Dok abis bye-bye la boh,” gurau saya.


Penerbangan Pulang Ke Negeri Mat Said


Saya masuk ruang menunggu.Kelihatan dari jauh sosok seorang yang saya terkenal didalam bidang politik.Ralit bermain dengan dengan telefon bimbit.Sambil Wang dan saya habiskan makanan yang berbaki,kami bersembang kosong.


“Semua penumpang boleh beratur dan masuk kedalam pesawat sekarang,”pengumuman dibuat oleh MAS dan yang penting tepat pada masanya.Tidak macam syarikat yang satu lagi tu.


Saya melilau mencari kerusi.Sungguh mengujakan.Saya duduk sebelah ahli parlimen itu.Hanya saya dan dia dibarisan itu.Dia tersenyum sambil meneruskan membaca surat khabar The Sun.Saya dapat mengagak kedatangan dia ke Terengganu kerana sekarang hangat pemilihan calon untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu P36.


“Ni saya nak panggil dato atau macamana,”soal saya sejujurnya.Saya kekok ber”dato” dengan orang yang saya tahu tidak mementingkan pangkat itu.


“Pakcik je cukup”


Selepas bersua,penerbangan kami larut dan hangat dengan sesi bertukar-tukar pandangan dan pendapat.Saya sejujurnya merasakan kerdil untuk memberi cadangan,pandangan dan saranan,tetapi keterbukaan dia amat saya hargai.Hargai pandangan orang muda,orang luar dari parti dia.


Mula dari anaknya berminat untuk mengambil bidang perubatan sampailah kepada masalah sikap orang melayu,scenario di parlimen,tahaluf siasah,tarbiah dikalangan ahli,cara membina pengundi akar umbi dan sebagainya.Banyak point yang saya bincangkan,dia turut sama bersetuju.


“Bagi saya,remaja,belia dan mahasiswa tidak patut membuang dan tidak ambil peduli tentang politik.Untuk menjadi aktivis mana-mana parti politik,itu hak masing-masing,ada pertimbangannya.Tetapi setiap belia patut celik politik.Ambil tahu hal dalam dan luar negara,kerana ia sebahagian dari ilmu dan mahu tidak mahu apa yang terjadi pada kita mahasiswa samaada baik atau buruk ,kita terkait sama.Menjahilkan dari dengan tidak mengambil tahu soal ini,satu kerugian,” ungkap saya.


“Begitulah yang sepatutnya,pakcik setuju dengan pandangan adik,”jawap dia.


Kali ini Allah telah membayar tunai lagi permohonan saya.Bertukar-tukar pandangan,bertanya soalan terus dan sikap dia,amat saya hargai dan satu saat yang indah.


Bau bayu Laut Cina Selatan menyapa.Saya sudah sampai ke Terengganu.Negeri Mat Said.


“Pakcik ada luggage ke nak ambil?,”tanya saya pada dia.


“Erm,tidak ada.Yang ini je.Ok lah,jumpa laginya,”jawap dia.


“Ok,semoga berjaya di P36 nanti ,insyallah,”


Biar Bermakna.


Saya berazam cuti singkat kali ini biar bermakna.Tidak hanya diiisi dengan tidur,menonton television,makan.Sekurang-kurangnya,aktiviti mengemas rumah pun jadi.


Pagi ini,saya meneman abang sepupu ke hospital kerana appendicitis dan appendicnya telah pecah dan dia pada jangkaan saya mendapat infected wound bekas dari pembedahan itu.Demam dan nanah yang keluar menguatkan diagnose saya.Tepat sekali jangkaan saya,dan dia terpaksa ditahan di wad.


“Salam syeikh,malam ini ada ngaji mane?,” saya sms pada seorang sahabat,Ustaz Mahadi.


“Malam ni kat Surau Gelong Bilal,ada Ustaz Azhar Idrus yang ngajo,”



Imam Ghazali dan Imam Syafie

Saya hadir ke surau itu bersama Ustaz Mahadi.Sungguh mengujakan.Surau yang besar penuh sesak dengan hadirin.Saya jangka dalam seribu orang.Bab yang dikupas malam itu adalah “Taharah dalam solat”.Saya pergi makan dan bersembang dengan sahabat itu dan seterusnya pulang ke rumah.


Rumah Kemalingan( Kecurian )


Buzz…


housemate saya di Indonesia menyapa.


“Weh,mung tahu dok lagi rumah kita kemalingan?,” soal housemate saya yang asal orang negeri Sembilan tetapi telah dilatih bercakap Ganu.


“Hoh,nape pulok yang hilang tu boh,”tanya saya,terkejut.Berdoa agar musibah itu tidak seteruk mana.


“Dia baham kasut aku,naqi,afif...”dia menjawap.Dia bagi tahu ada merancang untuk membuat perangkap untuk menangkap pencuri itu.




“Mung jangan guna kasut aku wat umpan tau.Mahal tow.Cuba mung letak Naqi kat luar.Kot-kot ada orang nak ambil dia,” hahahahaha.


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday, 19 December 2008

Celoteh Sebelum Pulang

Seminggu meninggalkan amadanaksoleh berhabuk lantaran perbagai kekangan.Minggu ini saya ada ujian akhir bagi blok DMS (Dermatomasculoskeletal),BHP,PHOP,CRP. Sejujurnya meninggalkan blog tanpa update cukup menyeksakan perasaan,kerana hadir saya didunia blogger dengan matlamat yang tersendiri.


Microscope dan Dunia Kedokteran Yang Aneh

Alhamdulillah,tepat jam 130 petang,ujian terakhir saya tamat.Tetapi entah kenapa,idea untuk menulis masih kosong.Tidak mampu saya untuk memaksa diri untuk menulis tanpa idea dan matlamat sesuatu article itu.


“Banyak masa awak ek,sempat tulis article,”itu yang sering saya terima feedback dari sahabat-sahabat mengenai amadanaksoleh.Sebenarnya,masa itu perkara kedua dan mungkin ketiga,tetapi kemampuan menulis itu lebih kepada bagaimana kita bina idea dan lontarkan pada masyarakat.


Saya,suka menganalisis trend sahabat-sahabat di blog ini.Dan menariknya,article yang mendapat feedback yang tertinggi dan memberi kesan adalah article yang ditaip tidak sampai satu jam.Ini semua bertitik tolak dari idea dan semangat menulis yang hadir.Tetapi penah saya menulis


Berhenti

Sambung lagi

Berhenti

Sampailah 3 hari.


Tetapi feedback kurang dan saya sendiri merasakan tiada nilai hati didalam article itu.Membacanya kosong dan kurang membekas kerana ia dalam terpaksa.Saya teringat kata-kata Tok dikampung

“Tu kalau masok,”mecok” (dalam keadaan marah) biasanya tidak sedap.Kalu hati tenang,wa’se sedak walaupun sekadar ikan singgang”


Itu saja celoteh Amad untuk kali ini.Bagi saya article ini sekadar booster untuk jana article-article lain.


Pulang Ke Asal


Insyallah esok saya akan pulang ke Malaysia,jadi jumpa di P 36 Kuala Terengganu.Opss!!!


Buat Naqi dan Afif,jaga adik Nazi baik-baik.Jika nakal,jangan lupa rotan abah ada kat atas pintu tu.


Buat siapa yang baca article Saifulislam ,ingin saya pesan bahawa yang saya akui ada bincang soal perkahwinan semasa belajar,tetapi bukan saya yang mahu berkahwin.Jenuh nak dengar buzz kawan-kawan dan bertanya


“Amboi dah nak kahwin rupanya,” haishh!!!


“Ala balik lagi,bestnya!,”kata kawan.Bagi kawan-kawan yang ingin selalu pulang,jangan belajar jauh-jauh.Jangan ke Rusia,jangan ke Mesir,jangan ke Jordan,jangan ke Jepun.Mai belajar kat Indonesia.Senang balik,senang juga duit keluar kerana fakulti gemar amat tukar tarikh….


Amuk- Aku Mahu Pulang


Welcome To Indonesia,Never Ending Asia


p/s: Doakan agar saya selamat sampai dan agar perasaan mahu lempang pramugari Airasia tidak ada.(Mereka suka charge luggage mahal-mahal,ingat ayah kita kerja cop duit ke apa)


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Tuesday, 9 December 2008

Sekitar Qurban Demi CINTA

Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar…Wa lilla ilham


Alhamdulillah,Ucap cinta dan puji bagi Allah untuk sekian kalinya dengan sifat rahmat dan penyayang,pelajar UNPAD buat kali kedua berjaya mengajurkan program qurban bertema “Qurban Demi Cinta”.Selawat dan salam buat Rasulullah kerana tidak penat lelah Baginda,kami mendapat nikmat yang paling terbesar iaitu Iman. Saya cukup pasti,bila kami tidak diberi nikmat iman dan Islam,kami tidak akan berkumpul di Puri Alpina,memuji dan mengagungkan kebesaran Allah.Doa dipanjatkan para sahabat,tabiin,tabit’tabiin dan semua penerus mata rantai dakwah Rasulullah,dengan air mata dan darah kalian,kami masih mendapat merasakan nikmat iman.


Saya selaku pengarah program qurban tahun ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap insane yang sudi mengeluarkan wang untuk masuk bahagian qurban tahun ini.Suntikan sifat persaudaraan,membuatkan kita tergerak untuk sama-sama untuk berkongsi nikmat Allah dengan sahabat-sahabat seagama kita diseberang laut ini.Semoga qurban kalian diterima Allah.


Kepada PKPMI,KUBI dan IMAN ucap terima kasih juga kerana sudi meringankan dan melicinkan perjalanan majlis.


Buat semua ahli komiti qurban,mula dari MT sampailah ke AJK,saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluang masa,wang,tenaga dan memberi komitmen yang penuh untuk memastikan program lancar.Insyallah,jika kita ikhlas,masa yang habis,wang yang dikeluarkan,tenaga yang dijana akan digantikan oleh dengan syurganya.Ikhlaskan diri kerana ia salah satu syarat amal kita diterima Allah.Sungguh saya kagum dengan kesungguhan kalian.Saya sayang kamu semua kerana Allah.


Buat sahabat-sahabat yang sudi datang menjengah bahkan sudi membantu kami,saya doakan ia diterima sebagai amal soleh oleh Allah.


Semoga untuk tahun kehadapan program ini bukan sahaja menjadi tradisi pelajar Malaysia di UNPAD tetapi lebih dari itu. Kita perlukan TAKWA..Hayati firman Allah ini:


“ Daging (haiwan qurban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah,tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu” (al-Hajj:37)


Saya juga ingin memohon maaf jika ada kiranya ada terkasar bahasa dan tersalah tutur bicara semasa menjadi pengarah program qurban kali ini.Jika ada sebarang teguran,kritikan,penambahbaikan boleh diajukan terus kepada saya.Saya yakin jika hal ini hanya dibincang dikamar-kamar kost,didalam tandas,dipinggir jalan tidak mengubah apa-apa bahkan menjadi dosa.


Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar…Wa lilla ilham


Gambar-gambar Sekitar Majlis Qurban


Merenung masa depan


Menunggu giliran


Besar-besar!!!


Pak cik wakilkan kepada Amad


Bismillahi Allahuakbar


Biro Logistik


Potong bawang


Terik ekor molek-molek


Biro paling horor...Pemotongan


Qurban demi CINTA


Muslimat


Baju biru...eee geli khaleyyy


Biro Kebersihan...Terima Kasih


p/s: Sesiapa yang berminat memiliki gambar-gambar sekitar majlis qurban boleh dapatkan Complete Series boleh dapatkan dari saya.Pastikan pendrive anda bebas dari dihuni VIRUS>


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday, 5 December 2008

Generasi Yang Dicorak

Bila bercakap soal dunia hiburan,dunia secara umumnya diceruk mana pun diterjah dan dilambakkan dengan satu genre hiburan dipanggil program reality tv.Dengan membawa pelbagai tema mula dari bidang masakan,nyanyian,pekerjaan bahkan jodoh.Dan ia meliputi juga dari mula orang tua reta sampailah ke kanak-kanak kecil comel.


Siapa tidak kenal dengan Akademi Fantasia yang mengundang tangisan bila satu persatu dari mereka terpaksa keluar.Program itu juga mengambarkan satu tahap baru nilai hiburan masyarakat melayu khususnya,membelanjakan berjuta-juta untuk mengundi pelajar AF.Sikap hedonism yang melampau,merasuk minda,membuatkan orang melayu tanpa sedar mengeluarkan wang dengan begitu banyak semata untuk hiburan.


“Nak tahu,kawan abah sampai habiskan RM1000 masa malam final AF,”ternganga mulut saya dibuatnya.


“Baik bagi ke aku buat beli camera baru berbaloi jugak,”terdetik didalam hati.


Tsunami AF dengan orang tua sampai ke kanak-kanak.Ini tidak masuk lagi program Malaysia Idol,Mencari Jodoh yang jodohnya tiada langsung.


Itu program reality tv di Malaysia,jika yang diluar negara juga banyak. Dari yang berbasiskan fizikal macam survivor sampailah ke hal yang tidak bermoral.


“She got whole package!,” ujar mak seorang peserta American Idol dengan yakin. Walaupun tidak pernah tidak saya melihat mana-mana orang sekalipun melihat video anak dia membuat persembahan tidak ketawa terbahak-bahak. Begitu pede (percaya diri) mereka itu.


Nasib Kanak-Kanak



“Ikut suka hati aku la,ko mana tau”kata si kecil comel pada Uncle Aznil dalam Tom Tom Bak.Dialog itu disambut gelak ketawa penonton dan tepuk tangan girang oleh ibu bapa si kecil di bangku duduk dibawah pentas.


Kelakar?

Menarik?

Seronok?

Kurang Ajar?


Sikap dan perbuatan dikala kecil adalah cerminan asuhan dan akhlak ibubapa.Kanak-kanak itu putih bersih,jika direndam kedalam dakwat hitam,hitamlah ia.Jika dijaga rapi,putih bersihlah ia.


Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Setiap anak yang dilahirkan adalah putih bersih, maka terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." - (Riwayat Bukhari).


Itu yang bercakap tiada alas,tidak termasuk lagi kanak-kanak kecil yang dipakaikan baju ketat,berkain jarang,rambut berwarna warni. Inikah generasi yang diharap menjadi mujahid dan mujahidah untuk masa depan?Paling singkat ibubapa patut fikir,agaknya mereka meninggal anak-anak inikan yang sentiasa berdoa memohon rahmat Allah pada ibubapa? Jangan sampai baca al-fatihah pun tidak mampu,mayat terbujur kaku diruang tamu,anak-anak enak menonton tv…Terlahir generasi bangsat kerana didikan ibubapa yang berkiblatkan nafsu.


Didikan Abah Ibu



Saya masih teringat semasa kecil dahulu.Saya,Kak Long dan Abang Ngah boleh dikatakan hidup dizaman sukar dan penuh kepedihan.Selalu badan ini tidur dalam berbirat terkena penangan rotan.Rotan diganti bukan sekali tetapi banyak.Baca Al-Quran salah,rotan.Balik main lambat,rotan.Dapat nombor lebih dari 10,rotan.Abah Ibu amat bertegas terutama soal agama.Itu yang menjadi rutin pun dirotan teruk,saya tidak dapat gambar jika mengucapkan


“Ikut suka hati aku la”


Dahulu cukup terseksa,takut,geram.Sekarang saya cukup bersyukur bahkan semakin mengerti kenapa tindakan itu perlu.Lain keluarga,lain pendekatan.Bagi saya,tindakan ibubapa cukup tepat dengan mengambil semua keadaan.Dengan tujuan untuk membentuk membentuk agama,akhlak dan menyediakan anak-anak menjadi mujahid mujahidah, dan penerus pahala mereka dikala mereka telah tiada.


Rotan Abah,rotan sayang.

Cubit Ibu,cubit sayang.


Sayang dan cinta mereka tanpa alasan mahupun mahukan balasan.


Realiti TV di Indonesia


Kebetulannya saya hanya mempunyai TV selepas pindah ke rumah dari kost.Itupun TV akan bersuara dan bercahaya semasa makan malam dan menonton Extravangaza.


Dibumi seberang ini juga tidak terlepas dari program reality TV.Yang mengajak ke neraka mahupun ke syurga.Untuk sekarang saya mahu menceritakan yang membawa ke syurga,yang semestinya di Malaysia tiada.


Nun si kecil cantik berada dipentas.Memegang mikrofon,melawan gemuruh dalam usaha menyambung mata rantai dakwah yang Nabi Muhammad tinggalkan.Dengan lunak membaca Al-Quran,menghurai ayat demi ayat,berbicara soal islam kufur,syurga neraka,dosa pahala.Tanpa sedar ia mampu menitiskan air mata para juri,penonton bahkan saya.Itu adalah program Pemilihan Daie Kecil (PILDACIL) yang dibuat oleh Lativi.


Putih akan kekal putih bila dijaga dan diasuh.Sesungguhnya Indonesia itu penuh segala suka dan duka,pelbagai ragam dan sikap.Ketahuai Indonesia adalah gergasi yang sedang tidur.Dunia Islam menunggu kalian bangkit mengegar dunia.Lihatlah video ini,kalian dapat menilai kata-kata saya…



Masih Awal

“Syeikh,amboi cakap pasal kahwin,didik anak-anak.Kita ini muda lagilah,”provokasi nakal sahabat-sahabat.


Saya yakin segala sesuatu itu perlu dirancang dan diketahuai segalanya,sebelum melangkah.Setiap langkah larian laju,bermula dari satu langkah awal.Sebelum berumahtangga,sebelum beranak pinak itu masa kritikal untuk mendapat mainframe mengenai soal ini semua.Jangan bila sudah perut Isteri buncit menboyot baru gelabah badak si suami dan bakal ayah cari buku bagaimana didik anak-anak.


Buat si gadis,dalam-dalam ber”dating” pegang tangan di taman boleh menayakan soalan ini pada si arjuna


“Sayang,sayang…nantikan kita nak kahwin,pastu ada anak.Sayang sudah fikir belum macamana nak TARBIAH anak-anak kita?,”agak-agak biru ke tidak muka mamat tu…


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Wednesday, 3 December 2008

Lihatlah Ia Sebagai Ibadah


“Adakah kehidupan sebagai pelajar perubatan sesibuk ini?”


Dengan kuliah dan tutor yang lama dan panjang berderet ditambah pula dengan aktiviti luar.Kerana itukah saya bahkan kawan-kawan sibuk?


Sejak dari masuk tahun ke-3,ia kesibukan itu seakan tidak pernah surut bahkan tiada tanda mahu surut.


“Rasa-rasanya orang lain lagi sibuk,lagi banyak komitmennya pada sesuatu hal,” antara monolog dalaman yang sering saya berbisik pada hati.Ingin benar memujuk diri.


Waktu Santai Itu Membunuh


Jika orang yang banyak komitmen,pengurusan masanya bagus,ibadahnya terjaga,belajarnya terurus bahkan tanggungjawap tidak pernah terabai.Tetapi disatu sisi lain,sering saya bertemu insan yang waktu lapangnya banyak,tetapi kehidupannya tidak tenang,ibadah tidak terjaga,belajarnya cukup-cukup makan.Ia berputar 360 darjah.Kenapa ia terjadi?


Waktu lapang itu membunuh.Ia membunuh jiwa seorang pelajar,ia membunuh jiwa seorang daie,ia membunuh jiwa seorang yang bergelar HAMBA kepada Allah.


Tidak perlu pergi jauh dan tidak perlu lihat orang lain,amatilah diri sendiri.Contohya,selesai habis peperiksaan


“Jom keluar tengok wayang,main pool,meronggeng kat mana-mana,release tension sikit la,” ajakkan yang sinonim yang diungkap selepas habis peperiksaan.Bagi saya secara pribadi,kita bahkan saya berhak untuk itu(walaupun tidak pernah main pool).Dengan waktu peperiksaan yang menegangkan,penuh dengan tekanan,jiwa dan badan kita ada haknya.Tetapi yang menjadi persoalannya,kelangsungan masa santai itu…


Satu hari,berlanjutan

Dua hari,berlanjutan

Seminggu,berlanjutan

Bahkan ia kelihatan tiada hentinya.


Berhibur sampai melupakan hak kita pada Allah,pada agama,pada tujuan sebenar kita diciptakan.Mendapat sedikit masa untuk release tension itu bonus,bahkan amat saya dambakan,tetapi cara berfikir berhibur dan release tension yang berterusan tanpa henti adalah “AJARAN SESAT".Bukan sesatnya aqidah tetapi sesatnya pemikiran.Ubatnya kekadang tidak berkesan melalui ORAL,patut diberi secara RECTAL.


Sibuk Itu Satu Beban?


Adakah sibuk satu beban? Satu persoalan yang sukar dijawap.


Benar pun ada

Salah pun ada.


Ia tergantung pada cara pandang kita terhadap tugas itu sendiri.Menjadi beban,jika dibuat secara separuh hati,dipaksa.Mungkin kerja yang mudah dan senang,tetapi kerana hati dipaksa melakukanya,jiwa menjerit kemurungan,tugas itu boleh sampai dilihat seolah-oleh mengangkat satu bongkah batu besar menggunakan kudrat badan.Menyeksakan,letih bahkan bosan.


Bila masa tidak ditepati,janji hanya tinggal janji,tanggunjawap dibangkul sampahkan,kita perlu tanya diri kita kembali kerana apa perlu kita buat semua itu?


Kerana Allah?Allah tidak mengajar kita khianat pada masa.

Kerana Persatuan? Persatuan tidak berminat ada AJK yang khianat pada tanggungjawap

Kerana Kawan? Kawan pun tidak suka berjanji hanya tinggal janji.


Kerja Itu Ibadah


Rasullullah s.a.w sering berpesan kepada kita setiap apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawapkan.Tugas sebagai HAMBA,tugas sebagai anak,tugas sebagai rakyat dan sebagainya.Bahkan soalan dikubur ada ditanya berkaitan masa dan tanggungjawap.Tidak mampu akan kita jawap


“Lu pikirla sendiri,Assalamuaikum!,” berani jawap macam itu?.Ngeri akibatnya…


Perkuburan di Damascus,Syria (kredit Abang Ngah)


Bila ia berkaitan dengan dengan syurga neraka,dosa pahala,kita perlu melihat setiap yang kita lakukan adalah sebagai ibadah.Ibadah ada niatnya,ada syarat sahnya,ada rukunnya.Runtuh salah satu,fatal akibatnya.


Seorang daie yang teruk pengurusannya masanya,perlu bertanya kembali kepada perlu ia buat semua itu?Kenapa perlu berdakwah?Sudah benar tindakan itu disisi syarak?Adakah me”longkang”kan hal-hal ini dikira sebagai ibadah?


Hanya solat,berpuasa,baca Al-quran hanya diiktiraf sebagai ibadah?Tepati masa,janji dan tanggungjawap itu bukan ibadah?


Bila kita membuat sesuatu kerana ibadah,sibuk sudah semestinya,tetapi hati kita puas.Masa yang sedikit buat diri,umpatan dari orang bebal,tidak berbekas,fitnah yang tiada henti,seolah irama lagu yang asyik bagi kita.Kita yakin,apa yang dibuat kerana DIA, dikejar bukan sekarang yang ada hentiannya,tetapi akan DATANG yang kekal abadi.PAHALA dan SYURGA…Ia sudah mendamaikan.Cukup meredakan rentan hati.


“Semua kroni yang dia amik,” ingatlah bila ia menjadi fitnah dan umpatan,tanpa sedar telah merintis jalan dan menempah bilik di NERAKA.


Luruskan niat dan terimalah ia sebagai ibadah kepada-Mu


Berbeza


Secara jujur,ada segelintir insan yang saya begitu kagum.Mereka itu biasa-biasa, “huha-huha” tetapi mahu pada agama tiada bertepi.


“Aku mahu berubah,tapi first step awal ini nak pakai topi dulu,boleh tak?,” tanya teman. Saya yakin,kalian mahu berubah kerana Allah,berusaha untuk berubah,ia didalam usaha mujahadah,ia diniatkan sebagai ibadah,insyallah ada ganjaran pahala walaupun sekadar bertopi sudu.


Jauh dilubuk hati,saya berdoa agar hidayah Allah dipercepat,dan juga jangan dihadirkan ajal disaat kalian perlukan masa untuk berubah.Berinteraksi,berkongsi bahkan menegur insan semacam kalian lebih saya kira menyenangkan dari insan yang hadisnya hafal,al-quran usah ditanya.Tidak semua tetapi ada segelintir keras membatu jiwanya.


Disaat,para orang yang paham agama enak tidur,yang biasa-biasa,melawan nafsu tidur,membasahi anggota badan mengambil wuduk,cuba mendekatkan diri kepada DIA.


“Biar betik,ada orang macam itu,”seakan tidak percaya.Saya yakin ada,bahkan kenal siapa gerangannya.



“Lebih mendamaikan menasihati orang yang ‘huha-huha’ tetapi mahu pada agama,dari orang tau agama tetapi mahu lari darinya,” luah seorang insan yang cukup saya kagumi.


Buat saya dan teman mari kita hayati dan renungi peringatan Allah ini


“Ingatlah,kamu adalah orang yang diajak untuk menginfakkan (hartamu) dijalan Allah.Lalu diantara kamu ada orang yang kikir,dan barangsiapa kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri.Dan Allah-lah Yang Maha Kaya,dan kamulah yang memerlukan.Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar)Dia akan Mengantikan (kamu) dengan kaum yang lain,dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu” (Surah Muhammad: 38)


Kita mahu yang DIGANTI atau yang MENGANTI?


“Lu pikirlah sendiri,Assalamuaikum!!!”


.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Monday, 1 December 2008

Qurban Demi CINTA

Bersama Pak Imam,Qurban 07

Istilah rehat untuk dua minggu terakhir ini seakan luput lantaran acara yang saya sendiri sebagai pengarah program.Program qurban oleh anak-anak muslim Malaysia buat saudara tercinta dibumi seberang ini.


Tidurnya tepat masa tetapi semua hal itu terbawa ke dalam mimpi.Mula dari hal haiwan qurban sampailah kepada persiapan qurban.Sejujurnya yang mengganggu saya akhir ini bukan hal yang berkaitan dengan qurban tetapi subjek yang bernama “manusia” yang membuat saya penat.

Penat menahan sabar

Penat meredakan marah didalam jiwa

Penat memikirkan subjek yang bernama “manusia”

Penat bagi sahabat untuk menasihatkan saya untuk terus sabar dan cool


Manusia yang yang berbagai ragam,perangai dan akhlak membuatkan saya penat.Saya tidak pasti dengan berjaya saya tidak sound itu tanda ia adalah tanda kematangan.Saya ada penilaian lain untuk hal seumpama itu.


Sekalung Penghargaan


Entri kali ini saya ingin memberi penghargaan pada tulang belakang majlis qurban kali ini.

1.Zulfahmi aka Gapo sebagai penolong pengarah program.Sumbang saran,idea dan komitmen yang ditunjukkan membuat saya termotivasi sama dan bersemangat untuk acara ini.


2.Nadia Izzaty aka Nimy sebagai sayap kanan saya.Dialah orang yang bertanggunjawap penyiapkan proposal dan surat menyurat sampai demam ke diri.Ketenangan dia dalam tekanan membuatkan saya belajar sama.

“Sian nimy,lepas siap proposal ni rehat la,” ujar saya melihat muka dia pucat.


3.Badihah aka Bad sebagai sayap kiri saya.Dialaha orang yang bertanggunjawap diatas keluar masuk duit untuk majlis ini,bendahari. Cermat dan dedikasi yang ditunjukkan amat saya hargai.

“Loni dah berapo ado duit?,” soalan yang selalu saya tanya pada Bad sampai naik “cemuh”


4.Rubiyatun Adawiyah aka Ada adalah ketua catering untuk majlis kali ini.Dia bukan sahaja berbakat di bidang politik (KUBI) tetapi didapur dialah nakhodanya.Anak murid Fathy barangkali.Untuk kali ini dia dipertanggunjawab untuk memasak untuk 500orang. Jika bosan jadi doctor nanti boleh buka kedai makan.


5.Mohsein adalah orang yang paling tua didalam AJK qurban kali ini.Dia adalah pelajar tahun ke 4 dan untuk qurban kali ini menjawat jawatan dengan terpaksa sebagai biro acara. Dengan pengalaman tahun lepas,saya tidak akan sekali-kali lepaskan dia begitu sahaja walaupun sibuk dengan KKN.Saya peduli apa….hehehe.


6.Farid (maaf tiada kaitan dengan Si Farid arnab saya),dia adalah ketua bahagian potong memotong.Dengan berbekalkan muka yang agak bengis,jawatan itu sesuai dengan dia.

“Nak potong bentuk macamana nanti? Bentuk love boleh tak?,” walaupun muka brutal tetapi hati lembut.


7. Faiz adalah junior saya di sini.Dengan adanya sifat berani mati dalam jiwa dia,saya memilih sebagai AJK Logistik.

“Abisla mung kekgi,kena buli di Kak Ada wat angkat beras,” kata saya sambil melihat mukanya pasrah.


8.Haikal merupakan adik kelas yang terbaru saya.Saya tidak taaruf lebih mendalam lagi.Tetapi melihat kesungguhan beliau,saya yakin tidak salah meletakkannya sebagai AJK Kebersihan.


9.Nurul Aiman ada Emang( dalam bahasa Ganu) adalah biro informasi.Dengan video dan publikasi yang diberikan,sangat mengujakan saya.

“Ni wat aku semangat,” ucap Gapo selepas melihat video yang menarik dihasilkan oleh Emang and The Gang.


Tidak lupa juga saya mengucapkan kepada IMAN,PKPMI dan KUBI diatas sumbangan yang diberikan.Jua pada insan yang membantu secara langsung dan tidak langsung.Semoga diganjarkan pahala oleh Allah pada kalian.


Qurban Demi Cinta


Kanak-kanak disini

Sambil-sambil mengoreng ayam didapur,saya ligat memikir tema apa yang sesuai untuk majlis kali ini.Saya cuba mengali sirah Nabi Ibrahim sampai sanggup untuk sembelih anak kesayangannya.Jika sekarang hal ini terjadi,


“Mung ni gilo ke apa”


Bagi kita mungkin gila,tetapi kenapa Nabi Ibrahim sanggup nekad tanpa soal bertanya itu dan ini. Sambil berfikir,tangan ligat membalikkan ayam didalam kuali…


Ia adalah kerana CINTA.


Itulah kesimpulan yang saya buat bila merenung kembali sirah.Manusia akan menbuat apa sahaja bila cinta itu hadir dalam jiwa.Cinta ibu pada anak,sanggup berlapar asalkan anaknya kenyang.Cinta insane pada sahabat,sanggup menangis dan bersusah bersama.Cinta si makwe,sampai sanggup meredah dan berenang lautan api neraka demi kekasih yang dicintai.


Cinta Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pada Allah sampai hal yang semacam itu dibuat secara rela dan penuh sikap penerimaan.Tiada persoalan,tiada syarat,tiada penangguhan masa.Mereka berqurban demi CINTA.


Atas kesedaran itu pada tahun ini saya memilih tema itu sebagai pemangkin semangat,pembakar semangat,penghidup iman dan menyuburkan kembali sikap selayaknya seorang hamba.Buat sahabat umumnya dan khususnya saya,suka saya menyeru untuk kita berhenti sejenak dan merenung kembali tema itu.


Kenapa Di Indonesia?


Satu soalan yang menarik untuk saya kupas.Indonesia adalah antara negara yang mempunyai umat Islam yang teramai.Indonesia juga boleh saya kategorikan sebagai negara ektrim.Kalian boleh menjumpai manusia yang menjadi hamba pada syaitan,hidup penuh maksiat dan mungkar.Kalian jua boleh jumpa insan yang meletakkan Allah sebagai matlamat.Hamba pada Allah.


Jika itu ektrim dari perbandingan iman dan amal,Indonesia jua ektrim dari jurang pendapatan.Kaya itu terlampau kaya,miskin hidup merempat.Terjadi bila mereka meneladani prinsip kapilatalis.


“Menurut kamu,corak ekonomi mana perlu Indonesia pilih untuk terus maju?,”soalan cepumas saya.

“Bagi saya,untuk maju perlu system kapitalis kayak Amerika!,” jawapan yang membuat saya mati kata,diam membatu.


Segar lagi dalam ingatan sambutan hari raya qurban pertama saya disini,pelajar tahun pertama masa itu.Jika lelaki segak dengan berbaju melayu dan bersampin,tatkalamana si gadisnya inda cantik berbaju kurung menyertai solat aiduladha bersama masyarakat setempat.Usai solat kami menunggu-nunggu untuk melihat orang kampung menyembelih lembu.Tetapi keadaan sepi seolah-olah tiada sambut hari raya pada hari itu.Saya terkulat-kulat…tiada aktiviti


“Lembunya mahal asep,orang kampung tidak mampu,kami mengharap merasa daging pun hanya pada raya qurban.Itupun daging seketul tiga jari untuk dikongsi bersama keluarga,”jawapan luhur menjawap segalanya.


Oleh kerana itu,saya bersama sahabat-sahabat mengusahakan peluang buat pelajar-pelajar dan insan dermawan di Malaysia untuk menanam ladang pahala dibumi Indonesia ini.


Buat kalian,jutaan terima kasih dan saya sejujurnya mendoakan agar qurban kalian diterima Allah.


Ranking Lagu


Untuk minggu ini, kumpulan Arrow dengan lagu Sendu Dihati Rindu telah merampas carta lagu “rock kapak” Amad dengan disaingi rapat Bob Marley dengan lagu berhantunya “No women,no cry”


“Apa,Amad pun layan Bob Marley?!!”


“Anta mempunyai kehidupan social yang menarik,”ujar seorang teman…Gulppp!!!



Selamat Hari Raya Aiduladha


“Qurban Demi CINTA”


.:
Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.