Senario di SekolahSejarah negara terpahat kembali dengan gegak gempita pejuang bahasa Malayu,mengulangi sejarah pejuang bahasa dahulu,atuk nenek kita.Pada 7 Mac, satu perarakan untuk menghantar memorandum membantah PSSMI ( Pembelajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa English).Ia dibuat untuk menyatakan sikap membantah dasar ini kepada Yang Dipertuan Agong. Disebalik demonstrasi itu terselit seribu macam cerita. Dari permit hanya dibenarkan untuk berhimpun di Masjid Negara sahaja sampailah tembakan peluru pemedih mata (tear gas) ke dalam masjid.Ini adalah jalan terakhir bagi mereka selepas pelbagai usaha dibuat tetapi hanya dipandang seperti lalat hinggap dihidung.Tidak dilayan oleh pemerintah.
Sejarah diimbau enam tahun dahulu,apabila dasar ini dicadang dan dilaksanakan di zaman perdana menteri ke-4,Tun Mahathir dengan tujuan membaiki dan memperbanyakkan rakyat Malaysia dapat menguasai bahasa dunia,Bahasa English.Ia diperkenalkan kepada para pelajar samaada bandar atau luar bandar,dari sekolah rendah sampailah peringkat universiti.
Pelbagai kaedah digunakan untuk menjayakan dasar ini,setiap guru sains dan matematik diwajibkan menjalani kursus kilat untuk membolehkan mereka menguasai bahasa English.Dengan peralatan bantuan belajar,ia melengkapkan lagi dasar ini.
Cerita Ibu,Cerita Amad,Cerita Orang Kampung"Ibu macamana ibu mengajar budak-budak sains dalam bahasa English ni?Budak-budak itu paham ke tidak?," tanya saya.
"Bagi ibu,dah arahan atasan suruh macam itu,ibu ikut je.Kalau nak tahu payah ke tidak,sememangnya payah la.Budak-budak sukar nak faham.BI mereka tidak pun
improve apa-apa," jawap ibu saya.
Ibu saya adalah seorang guru sains.Dia pernah mengajar telah mengajar saya dan abang di sekolah menengah untuk matapelajaran sains.Pengalaman sudah berpuluh tahun.Itu luahan jujur seorang pendidik yang mengajar di kawasan luar bandar.Sememangnya berbeza pelajar luar bandar dan bandar,suasana yang berbeza,penguasaan juga berbeza. Majoriti pelajar luar bandar adalah Melayu dan Islam.Percayalah,jika pelajar sudah tidak berminat dengan belajar,tiada apa mampu kita buat.Disuruh mengira,yang mereka buat terjun paya.
Saya berkesempatan mengajar Amad Kecik,semasa cuti baru-baru ini.Saat dan tika itu,sedar bahawa menjadi seorang pendidik ini bukan mudah,tambahan disampaikan dalam bahasa yang dia sendiri tidak tahu tengah dan tepinya.
" Hundred divide by two....Ni faham ke idak ni?," tanya saya,dijawap Amad kecik dengan muka
blurr.
"Ish...gini la...Amad ada seratus,lepas itu Amad bagi dua seratus tu...dapat berapa?," saya jelaskan dalam bahasa Ibunda Amad Kecik.
"Eleh,yang tu tahu la...mestilah 50!," jawap Amad Kecik dengan spontan. Saya menarik nafas lega,lega kerana Amad faham.Pada masa sama,ia menyesakkan fikiran.Memikirkan masa depan kelam,bahasa Ibunda dan bagaimanalah penguasaan Matematik dan Sains mereka nanti.
" Payoh jugok ni,anok-anok mokcik dok pahang setarang habuk nape yang duk belajor kat sekoloh.Orang patutnya darjoh 3,boleh main pecahan...ni yang tolok bagi dok tahu mende apa," luah ketidakpuasaan hati seorang ketua wanita UMNO cawangan.
"Makin-lama makin tak faham.Begitu jugak CD interaktif yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran yang tidak dapat digunakan kerana kekangan bekalan elektrik yang bergantung sepenuhnya kepada generator.Bekalan minyak tiada, LCD terbakar kerana elektrik tidak stabil arusnya," komentar guru yang mengajar di pedalaman.
Ini semua pengalaman saya,yang perlu dan wajib diceritakan dalam mengungkai masalah ini.Ini kerana,cerita ini adalah cerita KITA,cerita ADIK-ADIK KITA,Cerita MASYARAKAT KITA.
Zaman SekolahSejarah saya juga dari sekolah yang boleh dikategorikan luar bandar dengan 100% bangsa Melayu.Pada awalnya,sukar untuk saya menguasai Bahasa English,tetapi semangat itu hadir dengan pelbagai faktor.Dari guru,keluarga dan keinginan diri yang kuat,Allhamdulillah keputusannya bagus.Dahulu,saya boleh menulis dengan baik tetapi jika bercakap...
"I cannot go (ambe dok leh gie)," bak kata orang kampung
Dari seorang pelajar luar bandar kepada pelajar perubatan dengan segala cara pembelajaran dalam Bahasa English,pada saya tidaklah sesukar mana.Tidak bermasalah dengan term dan bahasa.Boleh diatasi dengan cara belajar secara berterusan dan sahabat-sahabat yang cukup mendukung.
Semuanya Dengan Package
Generasi Penerus Bangsa"Eh,adik saya bolehlah belajar elok je," cerita seorang gadis dengan kehebatan adik dia belajar PSSMI ini.
"Tolonglah jangan ubah,saya dan cukup seronok dengan PSSMI ini.Enjoy je saya belajar," seorang pelajar berpuas hati.
"Orang melayu ini malas,padahal kalau mahu...boleh sahaja belajar dalam BI ni.Ni sikit-sikit bangkang,sikit-sikit demo...ni jenis tak mahu tengok orang Melayu majulah ni," tegas seorang pakcik di kedai kopi sambil main dam haji.Contoh orang melayu yang maju.
"Can i speak in BI,i can't speak Melayu," pinta seorang bukan Melayu,rakyat Malaysia yang tidak boleh langsung bercakap Bahasa Melayu.Ia melukakan hati saya sebagai rakyat Malaysia.Masakan rakyat Malaysia tidak boleh berbahasa Melayu.
Ia Kecelakaan Bahasa!
Ramai bila berbicara apa pun,dari tajuk agama sampailah kepada politik semuanya hendak dikupas dengan package dan serangkai.Ada yang berkait tetapi tidak semuanya betul pada tempat.Betul tapi kabur. Mahu membicara soal bahasa,dimasuk sama soal sikap.
Jika malas berakar didalam badan,yakinlah apa-apa bahasa pun tidak kuasai.Usahkan bahasa Englis,Ibunda juga akan dilongkangkan jika malas,membebalkan diri. Jika rajin,kita boleh belajar Matematik dalam bahasa German sekali pun. Tetapi ia bukan soal sikap,ia soal masa depan para pelajar,generasi penerus bangsa,masa depan bahasa Melayu.
Adakah dengan adik yang berjaya,kita boleh ketepikan 50ribu pelajar tercicir dengan dasar ini?
Adakah pelajar itu seronok menjawap soalan dalam BI,kita boleh ketepikan pelajar yang menghantar jawapan kosong kepada guru?Pak SamadSaya ada telusuri sejarah Sasterawan Negara kita ini,A Samad Said.Dengan berwatak lembut,pendiam dan penampilan yang berlainan.Ia cukup cocok untuk mengenali beliau.Awal mengenalkan dasar ini,beliau hanya berdiam.
Selepas pulang umrah,beliau tidak mampu lagi menahan gelodak dijiwa melihat bahasa Melayu dipinggirkan.Dia bingkas bangun sampai memimpin demonstrasi besar-besaran ini.
Sedangkan,beliau boleh memilih bertindak seperti sikap sesetengah pada kita.Enak tidur dikatil empuk,makan cukup,duit tidak berkunjung surut.Ia berbeza dengan Pak Samad,dengan usia yang masuk senja,badan yang lemah,beliau memilih jalan sukar ini.Tidur lewat malam,siangnya mengirup asap pemedih mata.Beliau tidak mahu bahasa Melayu ini mengalami nasib yang sama seperti tulisan jawi.Boleh bilang dengan jari insan yang mampu menguasai jawi.

"Rupa-rupanya begini cara menyelamatkan bahasa," A Samad Said
Sejarah Islam dan BahasaSaya adalah Islam,tetapi yang tidak menganut fahaman ultramelayu.Prinsip asasnya,kita sebagai orang Islam dalam sesuatu tindakan perlulah tidak lari dari landasan ini.
Sejarah membuktikan,Islam pernah muncul sebagai kuasa dunia dengan menguasai dan pelopor dalam segala disiplin ilmu.Semuanya dalam bahasa arab,bahasa Ibunda kaum Arab.Mereka kuasai dunia dengan bahasa mereka,bahasa Arab.Disaat orang Islam mencipta peta pertama dunia,orang eropah masih membuang air didalam sungai.Institusi gereja yang mengongkong,menyebabkan kemunduran itu membarah.
Diatas kesedaran itu,mereka memisahkan gereja dengan dunia,dan akhirnya mereka dapat keluar dari kegelapan itu.Mereka mengembara,belajar dan menterjemah kitab-kitab arab kedalam bahasa mereka.Ia dilakukan dengan penuh kesungguhan menyebabkan mampu muncul kuasa dunia dengan menghantar dunia Islam ke tempat hina.
Laa Izzata illa Bil Islam!Jadi,untuk maju kembali ia perlulah dalam bahasa Ibunda.Ia pernah dibuktikan oleh bangsa Abar,Bangsa Rom,Negara Jepun,Perancis mahupun German.Jangan kita memilih jalan mengundur kebelakang dalam soal bahasa ini.
Solusi
PSSMI ini perlu dihentikan dan dikembalikan kepada asal,bahasa Ibunda.Bahasa Melayu.Dengan mengekalkan tujuan asal Tun,bahasa English perlu diperkasakan secara maksimum.Cara dan corak pembelajaran Bahasa English perlu difikirkan kembali dan diubah jika ia kurang memberikan impak yang maksimum.
Bahasa Melayu perlu diletakkan pada tempatnya.Semua pemegang kad pengenalan Malaysia,wajib menguasai bahasa Melayu.Tidak kira dia pelajar ataupun ahli parlimen.Dewan Bahasa Pustaka hendaklah mengambil tindakan drastik dan pelopor perubahan ini.
Saya cukup optimis jika semuanya diletakkan pada tempatnya,Insyallah ketamadunan Islam akan kembali.Saya beragama Islam,bangsa Melayu,bertutur fasih dalam bahasa Melayu, Bahasa English sebagai bahasa kedua,ingin belajar bahasa Arab dan bertatih dalam bahasa Sunda.
Yang Kurik Itu Kundi,
Yang Merah Itu Saga,
Yang Elok Itu Budi,
Yang Indah Itu Bahasa.
Bahasa itu cerminan Budi.Jadi berbahasalah dengan budiman.
Nota 1: Amad harap setiap komentar,hendaklah dalam menyatakan sikap.Menyokong PSSMI dibenarkan,menolak PSSMI juga dipersilakan.Yang penting jangan tergantung.
Nota 2: Untuk mendapat situasi sebenar warga pendidik dan pelajar berkenaan PSSMI ini,ayuh kita lawat blog ini...
Klinik Ummi.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.