Tuesday, 31 March 2009

FI : Adakah Hadiah Futsal Itu "Judi"?



Apakah hukumnya masuk sesuatu pertandingan dengan membayar sejumlah wang seperti futsal,bola sepak?Adakah ini dikira seperti judi kerana menang atau kalah itu belum dapat dipastikan?Jika bukan judi,apa pertimbangan hukum disitu?


Jawapan:

salam...

Akan berlaku judi jika, duit yang dikumpulkan dr peserta @ kumpulan digunakan untuk membeli hadiah kepada pemenang....


Jika setiap kumpulan mendapatkan hadiah yang sama, seperti pertandingan yg dibuat untuk suka-suka sahaja dan tujuan untuk merapatkan persahabatan, tanpa membezakan hadiah anatara pemenang dan yang lain, dengan erti kata semua dapat hadiah yg sama....maka tidak mengapa...

Alternatif:

1. Dalam kitab-kitab feqh menyebutkan, akan menjadi halal pertandingan seperti ini dgn syarat dimasukkan satu pemain @ atau kumpulan lagi yang tidak perlu membayar apa-apa pun... Jika dia menang, akan dapat hadiah...kalau kalah, tak dapat apa-apa...


2. Cari sumber hadiah dari pihak lain....duit yang dikutip dari peserta hanya digunakan utk tujuan pengurusan sahaja...cara ini lebih fleksibel...


Wallahua'lam

Mahadi Bin Mohammad
Syariah,Universiti Mu'tah,Jordan


Nota 1: Itu gambar team futsal semasa 1st year. Athletico Cikuda dan di naik taraf kepada Cikuda D'Orange.

Nota 2: Buat sahabat-sahabat yang masuk futsal,jangan risau KUBI mahupun PKPMI telah sediamaklum hukum ini.Jadi releks sudey....


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday, 27 March 2009

Partai Keren Sekali

Esok adalah penamaan calon tiga tempat di Malaysia iaitu Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai. Disana ada pilihanraya,disini juga hangat dengan pemilu. Disini saya ingin berkongsi video iklan Partai Keren Sekali.

Semua sediamaklum,dengan penerbitan akhbar di pihak oposisi telah digantung. Biarkan mereka,kerana mereka tidak mahu belajar dan berubah dari sejarah yang sediada.Jadi mungkin ini adalah satu cara lain untuk menyentuh hati sanubari setiap pengundi di ketiga-tiga tempat itu. Jika TV3 tidak berminat untuk siarkan,gunalah kuasa dunia maya,Internet. Ia telah terbukti pada PRU-12 baru-baru ini.

Tidak salah untuk kita belajar dengan negara jiran kita ini...Dari dakwah dan tarbiah mahupun cara membuat iklan. Selamat berjuang buat semua di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai. Kita telah menang sebelum berjuang wahai pencinta agama sekalian,kemenangan hakiki kita adalah syurga kelak.





























"Berpolitik bagi PKS itu tidak dilihat sebagai sarana balas dendam dan saling menjatuhkan,tetapi sebagai sarana untuk amar ma'ruf nahi mungkar. Oleh kerana itu PKS berkomitmen menghadirkan dan lebih mengedepankan nurani dan moral dalam berpolitik.Motivasinya bukan kekuasaan, tetapi pelayanan," Dr. H. M. Hidayat Nurwahid


P
alestine Kita Sayangi


Nota 1
: Seorang kader pernah berpesan "Lihat mereka sebagai madu' bukan musuh yang perlu kita perangi."

Nota 2: A picture speaks thousand words

Nota 3: Tertarik dengan satu slogan yang diubah dari peringatan amaran kotak ROKOK. Peringatan PKS: Memilih PKS dapat mengakibatkan rakyat sejahtera,Indonesia maju, musnahnya praktek korupsi dan meningkatnya martabat bangsa dan negara.(hahaha... keren)


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Thursday, 26 March 2009

Ar-Ruhul Jadid

Pok Mang merenung masa depan ( Gambar Hiasan)


"Rileks la bai, masa muda ni la kita nak cuba segala benda.Muda ini la nak enjoy...orang tua kata malam masih muda," ungkap orang muda yang menjelaskan keberadaan dia sekarang.


Ruang lingkupnya hanyalah untuk memenuhi tuntutan nafsu.Langkah sehari-hari,langkah yang hanya untuk mengisi kehidupan muda dengan gelak tawa dan berhibur.Inilah corak ukiran belia negara kita.


Pewaris bangsa,penegak agama.


Desawarsa ini, ia lebih membarah pada belia melayu muslim. Tiada nilai adat sopan melayu,terhakis identiti wahyu Ilahi.


Saat Yang Pasti Menjelang



" Ami,nanti kalau dah kerja ada duit,baik pergi buat haji awal-awal sebabnya ibu tengok orang tua buat haji,kesian. Nak pergi melontar orang kena papah,nak saie orang kene pimpin," pengalaman yang dikongsi sama oleh ibu.


Itulah zaman rambut mula memutih,mata sudah tidak seterang dahulu,lutut mula melemah,langkah mula longlai.Ia adalah zaman senja kita,zaman tua.


Dengan pelbagai keuzuran itulah zaman insan yang berusaha mendekati Allah.Si nenek menopause ,baru mahu belajar haid dan nifas.Si pula atok baru tersedar muqqadam tidak lagi khatam.Benar ia masih belum terlambat,tetapi segalanya seakan tidak kena.
Kesihatan,kudrat tenaga,daya ingat,ia menjadi satu penyesalan panjang kemudian hari.


"Dah tua-tua ini,eloklah ke masjid.Rumah pun kata pergi,kubur pun kata mari.Taubat la banyak-banyak," dialog yang sering kita dengar.Ungkapan yang ada benar sekelumit, batilnya sebaldi.


Bagaimana masa muda? Adakah masa muda untuk enjoy? Dapatkan kita pastikan usia kita sampai pada umur 70 tahun,atau pun dipinggir selekoh jalan sana sahaja?


Yang lepas tidak mampu kita dapatkan kembali, Yang akan datang belum tentu milik kita,jadi sekarang adalah milik kita.Untung rugi kita diSana,pangkalnya adalah sekarang.


Kisah Syurga,Kisah Kita


Nabi apabila ditanya oleh seorang wanita tua,bagaimana usia penghuni syurga,Baginda menjawap semua disyurga itu muda dan sihat semuanya.Mereka hidup disana riang dan gembira.


Melihat pola hidup seorang manusia yang awalnya bayi kecil yang perlukan asuhan dan didikan,tumbuh besar sebagai insan yang sihat fizikal dan mental,menurun prestasinya apabila rambut mula memutih,gigi mula hilang satu persatu,mata mula tidak kelihatan garisnya.


Dengan mengandaikan kita tiada khilaf soal ini,sudah semestinya zaman kemuncak dalam hidup seseorang itu adalah di zaman belia.Disaat rambut hitam berkilat,langkahnya kuat dan kencang,ingatannya tajam menusuk.Dizaman inilah kita dapat lihat pemuda itu maju dengan penuh semangat di medan perjuangan,dan dizaman inilah kita lihat minah berani bertenggek diatas motor membuat aksi superman.


Zaman muda adalah kemuncak prestasi seseorang insan.


Prestasi ke syurga,prestasi ke neraka.


Kerugian Yang Fatal


Melihat senario mahasiswa di Malaysia,saya sebenarnya merasa sedih dan kecewa. AUKU diperkenalkan dengan bertujuan memandulkan mahasiswa.Ia terbukti apabila dasar AUKU disalahgunakan untuk menekan mahasiswa melontarkan idea dan melahirkan pandangan masing-masing.Tanpa sedar,penguasa telah membunuh satu ciri penting orang muda iaitu IDEALISME.


"Untuk mewujudkan sebuah negara yang ada integriti tinggi,kita perlukan pimpinan yang bersih,hamba kepada rakyat dan tiada kepentingan pribadi dalam sesuatu tindakan," bersemangat seorang pemimpin muda berucap.


Lihatlah apa sahaja acaranya,yang berlandaskan agama ataupun tidak,tenaga pengeraknya adalah orang muda.Gerak kerja mereka dipandu dengan idealisme yang tinggi. Tidak menafikan sesetengah idealisme itu ada yang salah arah,pada masa ini orang yang berpengalamanlah yang boleh membetulkannya.Biasanya,orang muda memandu laju,orang tua menekan brek.


Jangan disekat,bagilah arah yang perlu mereka tuju.


Iman Dan Idealisme


" Kita perlu mengunakan segala cara untuk menarik orang muda ke konsert kita.Cuba kita bawa artis luar masuk,mesti boom punya," idea bernas tapi salah arah


Idealisme tanpa iman boleh menyebabkan orang muda bergerak merealisasikan idealisme yang songsang.Ibarat kapal yang laju berlayar,tetapi salah arah.


Package seorang pemuda yang mantap adalah yang mempunyai idealisme yang tinggi ditaut rapat oleh keimanan yang mantap.


Setiap langkah,adalah langkah pejuang.

Setiap masa,masa berjihad.

Setiap jalan,jalan menuju Allah.

Setiap helaan nafas,adalah zikir.


Selak kembali sirah Baginda dan para sahabat. Rasulullah itu menerima wahyu pada umur 25 tahun dan membangkitkan izzah Islam pada usia yang muda.Baginda dibantu oleh ramai barisan sahabat-sahabat yang muda belia.Lihatlah pahlawan Uhud, Musab bin Umair. Jejaka yang kaya raya,menjadi kegilaan ramai anak gadis,gugur dimedan Uhud dengan kain yang tidak mencukupi menutup jenazah. Maju meninggal kesenangan dunia lantaran terpesona kesenangan Syurga.Beliau mulia dipandangan Allah,beliau mulia dimata Nabi. Nilai kita?


Lima posen ( Gambar Hiasan)

Berpada-pada


"Abis tu kena selalu duk masjidlah,kene menadah kitab dengan ustaz jela ek, Linkin Park takleh layan,my chemical romance tak leh layan,gossip girl tak leh nengok la ek...hambar ye idup," mulut memuncung 4 inci serta merta terukir.


Ibaratnya bukan sahaja terpaksa membuang baju lama,tetapi baju itu perlu dibakar,abu dibuang ke laut,agar tiada kesan.Jahiliah katanya. Tanpa menafikan orang muda cenderung kepada aktiviti bercorak itu,saya lebih berpandangan "berpada-padalah". Bimbang banyak gelak tawa didunia akan mengakibatkan tangisan panjang di akhirat sana.


Makan 1 biji paracetamol untuk mengubat demam,insyAllah sihat. Makan 10 biji,mati keracunan jawapnya. Mahu berhibur silakan,tetapi perlu letak itu pada tempatnya. Masih memetik gitar kapok saat azan maghrib berkumandang adalah kebodohan.Saya sendiri masih suka mendengar Wings,XPDC, mahupun Amuk.Terasa lagu Akar dan Bumi itu lebih menyentuh hati dari lagu kasih-kekasih.


Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.


Gunalah masa muda ini sebaiknya kerana "Antum ar-Ruhul Jadid fi Jasadiummah"



Mars Kepanduan,Shoutul Harakah

Nota 1
: Milik Siapa Gadis Ini? Sudirman dan Amy Search sama-sama best.

Nota 2: Nasyid Indonesia dan Arab lebih menarik hati mengingat Allah dari Nasyid Malaysia.Kenapa?

Nota 3: Gambar adalah sumbangan dari Ustaz Azhar, Digital Mukmin

.: Amad ingatkan just in case terlupa :.

Friday, 20 March 2009

Aku Budak SESTER

Biro Majalah Sekolah (Autentik)


Saya ada jalan-jalan blog sesawang dan tertarik dengan satu article yang memaparkan keputusan terbaik SPM di Malaysia. Dengan ini,dengan bangga saya sebagai bekas pelajar x-Sesterian mengumumkan bahawa SESTER berapa dikolompok 10 sekolah terbaik Malaysia.


Syabas dan tahniah buat pelajar dan mak cik dewan makan kerana menyediakan makanan berkhasiat buat kami dulu,kini dan selamanya.

  1. MRSM Langkawi (1.4041)
  2. MRSM Taiping (1.5391)
  3. MRSM Pengkalan Chepa (1.5439)
  4. SASER (1.612)
  5. KISAS (1.68)
  6. MRSM Tun Ghafar Baba (1.6865)
  7. ASIS (1.754)
  8. SAMURA (1.83)
  9. SESTER (1.841)
  10. SBPI GOMBAK (1.883)
  11. SAINS JOHOR (1.906)
  12. MRSM Alor Gajah (1.9326)



Nota 1
: SESTER itu singkatan bagi Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu


Nota 2
: SAMURA no 8...cis bedebah Jebat!!!


Nota 3
: Kelihatan top 3 adalah dari MSRM. Ayuh SBP hancurkan dominasi ini tahun depan.


Nota 4
: Buat adik-adik,tahniah diatas kecemerlangan SPM. Sedikit pesanan,kita sebagai orang Islam bukan sahaja perlukan orang bijak pandai tetapi juga beriman.Jika belajar luar negara,jangan tinggal usrah tau.


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Thursday, 19 March 2009

Ganu's Next Top Model : Pok Mang

Siapa kata tiada orang yang boleh jadi model populer.Pok Mang datang untuk meninggalkan legasi yang mantap didunia permodelan ini. Aksi yang mantap dan profesional dan juga menutup aurat.

Awas!Ada unsur-unsur bahasa Ganu yang amat pekat.Jadi " Beware Of Dog"


Pok Mang versi munajat kat air terjun. Tak dok bulu kaki tow...


Pok Mang versi Hari Pekerja. Pekerjaan sambilan, penari Mok Yong


Pok Mang versi Kete Sport.Tak dok aweks ke sebelah tow?


Pok Mang versi pejuang Hamas.Takbir!!!


Pok Mang versi tok wali.Merenung nasib duit ehsang dok dapat-dapat


Pok Mang versi amoi cina.


Pok Mang versi Ghost Rider.Antu tengok pun cuak,janggut mana boleh lawan boh


Pok Mang versi Hero Pedang Setiawan.Bini nok siang ikang takdok pisau setaram


Pok Mang versi mat rempit beriman. Kite dok kelek porong tau


Pok Mang versi Anoksusohnokeje ( Arnold Schwarzenegger).." Lu wase nok makang kot woya,mari la dekat...berat 6 6 sungguh"


Pok Mang versi bertapa.Lari masuk hutan lepas kaloh PRK KT baru nims


Pok Mang versi sek awek.SMS aweks tow...

Pok Mang versi Undertaker.Baru aloh kat The Rock


Pok Mang versi pelancong orang puteh. I can't go la wheather hot-hot gini seme


Semua gambar ini boleh dilihat pada Digital Mukmin dan pada yang berminat untuk belajar dan mengetahui dunia photografer dengan lebih dekat boleh masuk pada forum ini Forum Digital Mukmin. Terima kasih kepada Ustaz Azhar Idrus dan semua warga Digital Mukmin.Mung seme memang rock( batu).


Nota 1: Ikhwah Indonesia berada disaat genting jihad siyasi ( Jihad Politik). Mohon doa sahabat-sahabat semua. "Islam itu akan bangkit diufuk Timur".Mungkin Malaysia,mungkin Indonesia... Allah knows.


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Terima Kasih Semua

Tanpa sedar pengunjung Amadanaksoleh telah melebihi angka 10ribu. Satu penghormatan besar buat saya.Disini saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua pengunjung diatas lawatan singgah,sudi membaca, memberi komen,kritikan membina,sumbangsaran yang bermakna bagi blog ini.


Saya harap kalian terus bersama blog ini membaca dengan cermat,komen yang bermutu,kritikan yang bermakna,sumbangsaran yang terbaik.


Saya juga ingin menghulurkan sepuluh jari memohon ampun jika ada terkasar bahasa,tersalah tutur bicara dalam perkongsian ini.Doakan agar Amad terus istiqamah dalam MEMBERI.


Tiada insan yang terbaik melainkan insan yang bermanfaat pada insan sekitarnya.


Ada hadiah istimewa buat kalian...



Kredit buat Amad Besar


.: Amad Sayang Kalian :.

Wednesday, 18 March 2009

Hapuskan PSSMI

Berbahasan hangat tentang PSSMI banyak telah diadakan.Ada yang menyokong PSSMI dan ada juga menentang dengan sekerasnya PSSMI. Jika yang menyokong,dibawa dalil adiknya score dan menjawap peperiksaan dalam BI,buku teks semuanya dalam BI, di universiti semuanya dalam BI.

Amad ingin mengajak pembaca membaca laporan kajian PSSMI ini dan buatlah keputusan yang muktamat tentang dasar ini.Pilihan ditangan anda:

Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut.

"Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.

Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

"PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."

Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).

Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.

"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.

"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.

Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.

Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.

Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Pejabat Daerah dan sekolah tertentu.

Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

(Sumber: Malaysiakini)

Dengan ini,saya istiharkan bahawa diri ini menentang sekeras-kerasnya PSSMI. Ayuh selamatkan generasi anak bangsa.Demi Islam dan Negara.


Kalian???

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.