Thursday, 7 May 2009
Anak Ibu,Anak Abah
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku,dosa ibubapa ku, dan rahmatilah mereka dengan rahmat kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu ku masih kecil"
Doa yang tidak pernah saya lupakan didalam setiap munajat kepada-Nya. Senang atau sibuk tetap menjadi isi rayuan kepada Rabb,pemilik setiap jiwa.
Entah kenapa,dalam satu dua minggu ini,hati ini rasa tidak tenteram. Terasa ada sesuatu yang tidak selesai yang saya sendiri tidak tahu pokok pangkalnya. Yang pasti dalam dua minggu sudah saya tidak mendengar suara yang mendamaikan jiwa,suara yang menghilangkan lelah dijiwa,suara mengubat lara.
Suara Ibu
Suara Abah
Terasa bersalah tidak berkesempatan untuk bercakap dan bertanya khabar dengan ibu abah walaupun bagi sesetengah orang baru dua minggu.Benar tidak layak rasanya bagi seorang anak mencari alasan untuk Ibu Abah,tetapi ketahuailah ia bukan disengajakan wahai permata hatiku.
Mengubat Kerinduan
Semalam sedang ralit bermain futsal bersama teman-teman,seorang sahabat pergi kearah saya dan menghulurkan telefon.Tanpa sedar ia berbunyi
"Syeikh,ni abah mung call," sambil disua telefon kepada saya.
"Assalamuaikum,abah. Abah sihat?," tanpa sempat dia bertanya,saya terlebih dahulu menyapa.
Sambil itu kaki melangkah keluar untuk mencari tempat yang damai dan sunyi jauh dengan gelak ketawa sahabat bermain futsal.
"Waalaikumussalam...Alhamdulillah abah sihat. Ini abah call,sebab ibu kata dia rindu sangat ke Ami ," usai abah mengatakan itu, hati saya cukup hiba dan amat tersentuh. Kelu tanpa bicara,melainkan hanya berkata didalam hati
"Ya Allah,ampunkan dosaku lantaran sibuk dengan urusan duniawi dan membuatkan ibu abah kerinduan dirumah."
Selepas bercakap dengan abah beberapa ketika telefon diberikan kepada Ibu
"Salam Ami,bila nak balik," tanya ibu.Dan pertanyaan itu menambah berat didada. Saya kenal ibu, jarang dia bertanyakan soalan itu lantaran kekerapan saya pulang ke rumah. Jika sampai tahap itu,tandanya dia rindu pada anaknya.
"Ya Allah,ampunkan dosaku lantaran sibuk dengan urusan duniawi dan membuatkan ibu abah kerinduan dirumah."
Kesunyian Mereka,Kesibukan Kita
Saya dilahirkan dalam keluarga yang boleh dikatakan sederhana besar. Adik beradik semuanya berjumlah 7 orang.Yang sulong bertugas di Hospital,yang kedua di Rusia,ketiga di Indonesia, ke empat di Perlis, dan kelima kursus persediaan ke Mesir di UPM.
Jika dulu,keluarga cukup meriah dengan hirup pikuk suka dan tangis anak-anak.Sekarang, seorang demi seorang pergi berjuang meninggalkan rumah dan ibuabah di kampung. Peranan dan tanggungjawap mereka membesarkan kami tiada tara dan imbalan yang setimpal buat mereka melainkan syurga firdaus-Mu.
Sering juga saya pada waktu malam bertanya khabar,dan biasanya mereka akan berada diluar rumah.Ke pantai,ke kedai makan.Itu tandanya mereka sunyi dirumah. Kesunyian mereka tidak dapat tertampung dengan kesibukan anak-anak.
Maafkan Ami...
Peranan Ibu Abah
Masih segar dalam ingatan,pada waktu itu saya tingkatan 3. Saya pulang lewat petang kerana ada kelas tambahan disekolah.Usai kelas,saya pergi ke telefon awam dan meminta ibu mengambil saya disekolah. Sebenarnya ibu pun baru sampai ke rumah,keluar ada urusan.
"Ami naiklah van sapu,ibu baru je sampai rumah," kata ibu.
"Lani dah petang ibu,van sapu rasanya tak dok doh ni.Ala ibu mari la amik Ami ini," saya cuba memujuk.
"Ada lagi tu van ye,tunggu jela sekejap," jawap ibu.
"Tak pe lah ,tak boh amik pung,ami balik sendiri la.Oklah salam," dengan muka masam saya meletakkan telefon.
Semasa itu dan sekarang,saya cukup berlainan.Dari segi perangai dan perwatakan. Abah ibu cukup paham dengan anak dia seorang ini.Mempunyai sifat panas baran. Saya sendiri dengan wanita khususnya mempunyai perwatakan keras.Berapa ramai sahabat-sahabat perempuan yang saya lukakan.Mereka kurang berurusan dengan saya lantaran sifat itu. Ego yang tinggi terhadap wanita.
Pulang ke rumah,saya tidak hanya berdiam diri dan membuat hal sendiri sahaja.Abah cepat mengesan ada pergolakan antara ibu dan anaknya ini.Lantas,pada malamnya tidak semena-mena diajak abah ke kedai makan berdua sahaja.
Didalam kereta,bermulalah sesi kaunseling.
"Abah tahu,ami marah ke ibu.Ami penat balik dari study,ibu pun sama.Abah tahu ami balik lambat tu bukan pegi main-main.Walau marah mana pun ami pada ibu,ingat dia itu masih ibu. Syurga anak dibawah tapak kaki ibu," dengan kata-kata ringkas dan padat membuatkan saya dia membatu didalam kereta.
Lepas pulang ke rumah,sebelum sempat keluar dari kereta...
"Ami pi mintak maaf ke ibu tu,tak rugi apa jika kita mintak maaf," pinta Abah.
Lantas saya masuk kerumah dan terus mencari ibu. Tangannya dipegang, maaf dipinta,airmata keluar tanpa dapat ditahan.Ibu juga serupa.Itulah satu-satunya wanita yang saya pertama meminta maaf selama hidup 15 tahun diatas muka bumi.Dan itulah titik meruntuhkan ego dan sikap panas baran saya selama ini.
Ibu tidak marah bahkan cukup tenang memaafkan silap anaknya.
Peranan abah dan sikap pemaaf ibu membuktikan cinta mereka pada anak,adalah CINTA TANPA SYARAT.
Benci Anak diatas Silap Mak Ayah
"Aku malaslah balik rumah,mak aku dah tak sayang aku.Nak berleter je keje.Wat itu salah, wat ini salah...pot,pet,pot,pet!," luah gadis pada temannya.
"Alah,mak ayah aku bukan mak ayah ko.Family ko,mintaklah ape saje,semua dia bagi.Aku ni jangan haraplah nak bagi.Silap-silap kene flying kick adalah," keluarga dibanding-bandingkan.
"Aku benci ayah...sebab dia nikah lain la,keluarga jadi kacau bilau.Makan minum anak bukan dia nak jaga," sejarah yang terjadi menyemai dendam.
Satu nasihat saya,seburuk mana pun mak ayah kita,mereka tetap keluarga kita.Jika dahulu mereka silap dalam melayari kehidupan,berlapang dadalah untuk memaafkan mereka.Tanpa mereka,tiada kita didunia.
Benar, ia sukar dipadamkan.Tetapi persoalannya sampai bila kita mahu hidup dalam kebenciaan dan dendam kepada mereka.Mereka tidak termaafkan,jika sakit hati menyimpan dendam.
Lost-lost situation.
Maafkan mereka,dan bagi kita yang perjalanan masih jauh ambillah kesilapan mereka sebagai dinding agar tidak mengulangi silap mereka.
Satu ibu beranak 7 vs 7 anak ibu satu
"Ibu nanti-nanti tua tak tahu la.Time tu mata dah tak nampak,ingatan dah kurang...siapalah nak jaga.Ibu boleh membesarkan anak 7 orang,tapi anak-anak yang 7 ini belum tentu dapat menjaga ibu yang seorang ini,"kata ibu yang ada benarnya apabila disamakan dengan senario keluarga muslim sekarang.
"Insyallah,anak-anak ibu akan jaga ibu abah sebaiknya,"jawap saya sayu.
Menjaga itu Insyallah tiada masalah,membalas jasa ibu abah....
Allahlah yang dapat membalasnya.
Sering saya pesan pada sahabat,jangan kita malu menunjukkan kasih sayang dan rindu kita kepada ibu abah disaat mereka hidup. Jangan sampai,saat kita mahu menunjukkan rasa sayang dan rindu dihadapan kita badan yang terbujur kaku.Airmata darah tiada guna. Dengan makwe boleh bersayang-sayang,dengan ibu beralasan dan agar dilihat orang macho...Kononnya
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)
Ya Allah sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi sewaktu ku masih kecil. Ampunlah dosaku terhadap mereka,sesungguhnya aku insan yang lemah dan zalim pada diri sendiri.
Amad mahu jadi anak soleh.
Nota 1 : Saksikan kedatangan Abu Saif dan Ummu Saif di Permai 2010. Alhamdulillah
Nota 2 :Sidang Dun Perak? H1N1.
Nota 3 : Persidangan ahli tingkap hari ini memutuskan speaker digantung.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Monday, 4 May 2009
Islam Tanpa Muslim,Muslim Tanpa Islam
" Ish,betullah Islam ini zalim. Tengok tu,lelaki boleh nikah 4,perempuan hanya seorang sahaja.Zalim sungguh!," dialog sering kita dengar dimasa ini. Satu ayat yang hanya dapat menerangkan keadaan ini...
Islam itu tidak zalim,tapi kamu itu yang bodoh soal Islam.
Bila datang kepada kita persoalan berkenaan agama kita,bahkan lebih parah dalam persoalan provokasi,jangan kita mudah emosi.Bahkan gelabah dan sangsi apabila soalan-soalan itu tidak dapat dijawap.
"Betul juga ek,Islam ni zalim la."
Ketahuailah,ketidakupayaan kita menjawap bukan kerana Islam itu tiada jawapan,tetapi kerana kita jahil agama kita sendiri.Haq mana mungkin tidak dapat mengalahkan yang Batil dengan syarat Haq yang tersusun cantik.Tidak salah kita menglafazkan
"Maaf ye,soalan awak itu saya kurang pasti jawapannya.Nanti saya check balik,dan saya kongsi dengan awak," tidak tahu,jangan digoreng jawapannya.
Mengambil Pendekatan Defensif
Tidak mampu saya berkata melainkan bersetuju dengan buah fikiran Bro Shah Kirit.
" Kenapa la,si mubaligh Kristian tu..nak murtadkan orang Islam.Kurang hajar betul!!!," bentak si pembela agama.
"Itu buat baik ke orang-orang miskin mesti nak dakyah mereka murtad,huh!," luah penuh kebencian seorang insan.
Tanpa kita sedar,kita memarahi mereka kerana mereka melakukan tanggungjawap mereka kepada agama mereka.
Mereka Kristian,sudah semestinya bertugas menyebarkan agama Kristien.
Mereka Hindu,sudah semestinya bertugas menyebarkan agama Hindu.
Mereka Buddha,sudah semestunya bertugas menyebarkan agama Buddha.
Mereka adalah pembela agama mereka yang sebenar,sedangkan kita hanya muslim ilusi.Bukan bertindak untuk membeli agama,menerangkan salah tanggapan terhadap Islam jauh sekali bahkan lebih memburukkan muslim itu sendiri yang menyumbang kepada "fitnah" itu terpalit pada Islam.
Benar kata-kata Muhammad Abduh
“Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam!”
Cuba kita bayangkan,kerana kotor dan jijiknya perlakuan muslim menyebabkan John,Saravanan, dan Lim diluar itu seakan tawar hati untuk mengenal Islam.Penerusan kekufuran mereka kerana kelakuan kita.Didunia kita boleh elak,di Sana belum tentu tanpa penanggungjawaban.
"Kenapalah orang Amerika suka sangat labelkan Islam itu terroris.Islam tu baiklah," pak haji membetulkan kopiah sambil mulut menyalakan rokok Dunhill.
Ketidakkefahaman dan salahtanggap atau lebih terkenal dengan ungkapan ISLAMOPHOBIA bukan sahaja melanda kepada non-muslim bahkan ia juga samar buat muslim yang bebal terhadap agama sendiri.
Merintih dan mengeluh lantaran mehnah demi mehnah tertimpa terhadap umat Islam tanpa kita sebagai muslim mengambil pendekatan proaktif untuk menjernihkan salah tanggap itu. Ada insan yang suka berbahas agama dengan emosi,saya lebih lunak dan damai dengan pendekatan akhlak dan perbuatan.
"Action speak louder than speech"
Proactive dalam Penerangan
Bila sampai ke peringkat penerangan ataupun promosikan Islam adalah satu wadah yang baik dan bukan seperti disalahanggap selama ini,ramai muslim menolak dan tidak mahu lakukannya.
"Ala,saya ni bukan alim pun...mana competence nak sampaikan Islam ini," jawap seorang teman bila diminta sama "berjuang"
"Dosa aku banyaklah,nak sampaikan Islam? malulah aku.Nak-nak bukan sekolah agama,usrah-usrah tu semua mana pernah aku masuk.Seganlah.Ko la yang bagitau dia..," luah seorang teman usai "muhasabah" diri.
Itu antara halangan atau boleh saya katakan alasan yang diguna dalam erti untuk menolak tugas yang diberikan.Tugas yang Sang Pencipta kita berikan.Bukan Amad,bukan itu dan ini.Menolak tugas,akhirat mahu masuk syurga firdaus...
Banyak cantik muke mung! Pelempang nak???
Dialog Damai
Dalam article ini saya ingin berkongsi satu dialog antara beberapa dialog yang pernah saya lakukan bersama sahabat non-muslim dalam menjernihkan beberapa isu agama.Ingin saya kongsi bersama juga,salah satu sikap yang perlu ada dalam dialog-dialog sebegini adalah berlapang dada,tidak berhujah secara emosi dan juga menjadi pendengar yang baik.
Datang secara prejudis,telah membina tembok sebelum perbincangan.Bahkan menolak untuk menerima dan menimbangkan sendiri penerangan yang disampaikan, perkataan BANGANG lunak buat spesies ini.Tidak terlepas samaada muslim atau non-muslim.
Perbincangan ini terjadi secara tidak sengaja pada satu petang.Negara kita pada masa itu,gempar dengan pembunuhan seorang pemuda India didalam lokap polis.Dia meluahkan ketidakpuasaan dengan tindakan itu.
"Bro,not only u disagree to that action,I also, " saya turut sama sependapat dengan dia.
Dia terdiam...
"Let say,police yang pukul tu kita andaikan muslim.Saya berani katakan,their action not come from Islam.Dalam Islam,seseorang tidak dikatakan bersalah,selagi tidak buktikan bersalah.Menahan,memukul bahkan sampai tahap mati itu bukan dari ajaran Islam."
"Dalam agama Islam,sesiapa yang muslim yang mencuri da dibuktikan bersalah hukumnya adalah hudud!," tegas saya.
"Hudud yang cut-cut hand? Owh,can't-can't...so scary,so cruel la," dia mencelah.
Saya masih tersenyum melihat jawapan itu.Samarnya dia,tidak merungsingkan saya.Samarnya muslim soal hudud tidak mampu saya formula yang tepat.
" Yes,itulah yang Islam nak.Takut kepada hukuman.U are medical student,i also as medical student.In medical we always said "prevent better than cure"...That Islam. Nowdays,orang mencuri dan melakukan kesalahan kerana mereka tidak takut terhadap hukuman. Jadi pendekatan preventive itu tiada,"jelas saya.
"Actually,this stigma not only came from non-muslim.Stigma to hudud,muslim also have.Sering kita ingat,dapat tangkap pencuri.Terus dipotong tangannya...Zappp!."
"Ayoyo,"spontan terkeluar dari mulut dia.
"If you rajin belajar dan mengambil tahu soal hukum Islam,untuk menjatuhkan hukuman hudud ini perlu syarat dan tapisan yang amat-amat ketat.Bukan sebarangan hukuman itu boleh dijatuhkan. Saksi itu perlu 4 orang, bahkan si saksi itu sendiri perlu adil dan baik akhlaknya... dan ada beberapa step lagi.Dan jika telah lengkap semuanya,dan dibuktikan bersalah,perlu ditengok keadaan orang itu,poor or rich.Banyak step-stepnyabro, until it come to hudud," naik lenguh saya terangkan.
"Owh,if that...ok la.Not as i as aspected."
"U jangan terkejut,baru-baru ini seorang ahli Parlimen British mencadangkan untuk implement Syariah Law in UK becauce the present Civil Law,does't solve crime," saya bagi bonus pada dia.
Perbincangan itu berlangsung santai dengan saya juga bertanyakan beberapa soalan terhadap agama dia.Dia menerangkan juga dengan baik.Siapa kata dialog antara agama perlu dilakukan dengan ketegangan?!
Comparative Religion
Alhamdulillah,itulah ungkapan yang layak dihamburkan buat Allah kerana diatas marfirahnya dapat pihak BAIK menjayakan satu program yang amat bagus dan bermanfaat.Ia memberi peluang yang bemakna bukan sahaja kepada muslim bahkan keterlibatan non-muslim juga turut mengujakan.Majlis ini berlangsung baik dengan kehadiran tokoh yang cukup berpengalaman dalam comparative Religion iaitu Brother Syah Kirit bersama adiknya Divesh Kumar Danial
Dialog berlangsung terbuka bahkan penuh keadaan harmoni dan santai. Non-muslim yang banyak menanyakan soalan.Saya ingin berkongsi satu soalan,bukan jawapan.
"It's fair,ada orang dilahirkan dalam family muslim and also non-muslim family.Because Islam said that, if mati in Islam goes to syurga. If mati in kafir,goes to neraka. Why Allah takdirkan lahirnya seseorang itu in non-muslim family," pertanyaan yang datang dari sahabat non-muslim.
Ingin saya kongsi khabar baik dari Nabi Muhammad s.a.w kepada sahabat non-muslim dan khabar berat untuk sahabat muslim dalam satu hadis futuristik
Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang
kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?"
"Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."
Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?
Hidup keluarga muslim belum tentu matinya sebagai muslim.
Untuk menambah hangat lagi perbincangan saya turut melontarkan dua persoalan.
"Jika benar Islam itu adil, kenapa orang Islam yang keluar Islam yakni murtad hukumannya bunuh,tetapi bila masuk Islam,sesenang cmtu sahaja?," soalan pertama saya.
"Apa pandangan Brother,tentang pengunaan nama Allah oleh non-muslim.Jika dilihat antara ulama-ulama sendiri berselisih pandangan tentang perkara ini," soalan kedua saya.
Sejujurnya,dua soalan ini sudah saya tahu jawapannya.Tetapi mahu juga saya kemukakan kepada Bro Shah Kirit kerana persoalan ini banyak ditanya oleh sahabat-sahabat.Jadi serampang dua mata,untuk muslim tahu jawapan sebenar dan menjernihkan salah tanggap non-muslim terhadap Islam.
Tidak sucinya Islam dengan kotornya Muslim
Nota 1 : Untuk bulan Mei dan June, Amad dan Dr Radzi adalah moderator blog IMAN
Nota 2 : Buat pelajar-pelajar Islam Malaysia di Indonesia,ada khabar baik yang saya bocorkan dahulu buat kalian.Nantikan kedatangan PERMAI di bumi Bandung. Jadi pelajar Makassar atau pun Medan,simpan duit tiket siap-siap tau...
Nota 3 : Malam Seni Budaya sekarang dalam perancangan,jadi ada article yang menarik ini saya kongsi. Ini Sahajakah Imej Malaysia by Abu Saif.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Wednesday, 29 April 2009
Enterpreneur Day dan Kempen Derma Darah
Penat
Mengantuk
Letih
Puas
Segala macam perasaan pada malam Isnin,berbalas indah dengan melihat satu demi satu jualan kami terbeli.Lebih indah melihat kepuasan sahabat-sahabat menjamu juadah kami. Untuk sekian kalinya,IMAN telah terlibat sama dalam Interpreneur Day 09 anjuran Kelab UMNO Luar Negara cawangan Bandung (KUBI). Dan buat kali kedua berturut-turut IMAN memenangi gerai terbaik.
Syabas dan terima kasih Amad ucapkan diatas kesungguhan dan komitmen yang diberikan. Saya doakan usaha memasak dan pulang sampai jam 2 pagi diterima oleh Allah sebagai amal soleh.Amin
Tidak lupa juga yang bertungkus lumus untuk menyiapkan gerai dan pameran Perubatan Islam.
Sungguh, Demi Allah Amad sungguh sayang pada kalian.
Buat AJK derma darah,juga Amad mengucapkan tahniah diatas usaha tanpa penat lelah dalam memastikan acara itu berjalan dengan lancar. Mengikut laporan trafik, sebanyak 60 lebih bag darah yang berjaya dikumpulkan dan sebanyak 3o lebih terpaksa ditolak kerana beberapa alasan seperti underweight,anemia dan tidur lambat.
Buat pengetahuan,usai menderma darah saya sempat bersembang dengan anggota Palang Merah Indonesia,dia mengatakan dalam satu hari sebanyak 600 beg darah diperlukan dan dibekalkan kepada banyak rumah sakit (hospital) disekitar Bandung. Banyak bukan...
"Bang Amad,asal tak derma...takut ek," tanya seorang junior dengan muka penuh sarcastic. Ciskek sungguh.
"Bukan tak nak derma,tapi berat badan saya tak cukup," pueh ati aku..hehe.
Dan buat kali pertama selepas banyak kali mengelak dari menderma darah,saya akhirnya melangkah bendul...Ingat orang takut ke.
Selamat berbakti wahai Sang Darah...
Liputan Gambar Sekitar Hari Interpreneur dan Kempen Derma Darah
"Guano bendo lain pulop tubik ni...guane ninggg(nada Anept)," Bos si pembekam dan Taufik si terbekam.Demo wat gapo tu Papa weh?
Nota 1: Sekali lagi syabas dan tahniah buat semua ahli IMAN yang membantu secara langsung mahupun tidak.
Nota 2: Hari Jumaat dan Sabtu ini,Biro Agama Islam KUBI( BAIK) akan mengadakan Seminar Comparative Religion,yang akan diberikan oleh Brother Shah Kirit.Ayuh,kita cari Agama Islam. Islam Dicari vs Islam Tradisi...
Nota 3: Saya baik dengan Kelab UMNO,UMNO kah saya? ahaks
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Mengantuk
Letih
Puas
Segala macam perasaan pada malam Isnin,berbalas indah dengan melihat satu demi satu jualan kami terbeli.Lebih indah melihat kepuasan sahabat-sahabat menjamu juadah kami. Untuk sekian kalinya,IMAN telah terlibat sama dalam Interpreneur Day 09 anjuran Kelab UMNO Luar Negara cawangan Bandung (KUBI). Dan buat kali kedua berturut-turut IMAN memenangi gerai terbaik.
Syabas dan terima kasih Amad ucapkan diatas kesungguhan dan komitmen yang diberikan. Saya doakan usaha memasak dan pulang sampai jam 2 pagi diterima oleh Allah sebagai amal soleh.Amin
Tidak lupa juga yang bertungkus lumus untuk menyiapkan gerai dan pameran Perubatan Islam.
Sungguh, Demi Allah Amad sungguh sayang pada kalian.
Buat AJK derma darah,juga Amad mengucapkan tahniah diatas usaha tanpa penat lelah dalam memastikan acara itu berjalan dengan lancar. Mengikut laporan trafik, sebanyak 60 lebih bag darah yang berjaya dikumpulkan dan sebanyak 3o lebih terpaksa ditolak kerana beberapa alasan seperti underweight,anemia dan tidur lambat.
Buat pengetahuan,usai menderma darah saya sempat bersembang dengan anggota Palang Merah Indonesia,dia mengatakan dalam satu hari sebanyak 600 beg darah diperlukan dan dibekalkan kepada banyak rumah sakit (hospital) disekitar Bandung. Banyak bukan...
"Bang Amad,asal tak derma...takut ek," tanya seorang junior dengan muka penuh sarcastic. Ciskek sungguh.
"Bukan tak nak derma,tapi berat badan saya tak cukup," pueh ati aku..hehe.
Dan buat kali pertama selepas banyak kali mengelak dari menderma darah,saya akhirnya melangkah bendul...Ingat orang takut ke.
Selamat berbakti wahai Sang Darah...
Liputan Gambar Sekitar Hari Interpreneur dan Kempen Derma Darah
Alhamdulillah siap...(Lihat beg darah,abaikan logo berkeris tu..hehe)
Faizah,Badihah dan Big Bos kempen,Hadi

Vertebral Bone of IMAN
Nota 1: Sekali lagi syabas dan tahniah buat semua ahli IMAN yang membantu secara langsung mahupun tidak.
Nota 2: Hari Jumaat dan Sabtu ini,Biro Agama Islam KUBI( BAIK) akan mengadakan Seminar Comparative Religion,yang akan diberikan oleh Brother Shah Kirit.Ayuh,kita cari Agama Islam. Islam Dicari vs Islam Tradisi...
Nota 3: Saya baik dengan Kelab UMNO,UMNO kah saya? ahaks
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Friday, 24 April 2009
Bangang dan Membangangkan
Digantung kerana tegur iktiraf Israel
KULIM, 24 April: Kerana menegur aktiviti pelajar yang mengiktiraf negara haram Israel dan menggayakan pakaian sami, tujuh pensyarah dan kakitangan UniKL cawangan Kulim telah digantung tugas mereka.
Menurut sumber, pergantungan mereka berkuatkuasa 21 April hingga 4 Mei dan besar kemungkinan tiga dari mereka akan dibuang kerja.
Teguran itu mereka buat terhadap pelajar yang menyertai program menggayakan tarian keagamaan 20 negara di bawah naungan PBB.
Di antara negara yang dipilih adalah Amerika syarikat, United Kingdom, Thailand, Cambodia dan ISRAEL.
Teguran itu dibuat berdasarkan Israel adalah negara haram dan tidak diiktiraf Malaysia.
(Sumber: Akhbar Siasah)
Ini jawapannya!!!Nota 1: Saya amat terhiris dengan perbuatan itu.Disini pelajar berdoa dan menangis melihat saudara di Palestine dibunuh,kamu mengibar bendera negara haram Israel!!! Buta perut...
Nota 2: Ya Allah,jangan Kau turunkan bala kepada kami lantaran tindakan maksiat dan mungkar segelintir dari kami.Katahuilah masih ada berdoa dan bermunajat untuk saudara Palestine kita.,
Nota 3: Tahukah,tindakan kalian yang menyerupai sami itu boleh menyebabkan aqidah terbatal? Tidak tahu,belajar!!!
Nota 4 : Apa saja alasan yang diberikan,saya hanya judge yang zahir.Yang zahir kalian mengibar bendera Israel dan memakai pakaian sami.
Nota 5: Tetiba hati menjadi PANAS
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Nota 2: Ya Allah,jangan Kau turunkan bala kepada kami lantaran tindakan maksiat dan mungkar segelintir dari kami.Katahuilah masih ada berdoa dan bermunajat untuk saudara Palestine kita.,
Nota 3: Tahukah,tindakan kalian yang menyerupai sami itu boleh menyebabkan aqidah terbatal? Tidak tahu,belajar!!!
Nota 4 : Apa saja alasan yang diberikan,saya hanya judge yang zahir.Yang zahir kalian mengibar bendera Israel dan memakai pakaian sami.
Nota 5: Tetiba hati menjadi PANAS
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Thursday, 23 April 2009
Slam With Angle
Ini adalah gambar-gambar yang diambil sempena Karnival Sukan PKPMI.Diambil dari dua camera yang pertama adalah Canon Power Shot S3 IS dan dua gambar terakhir diambil dari camera pinjam Dewi,EOS 450D.
Dua gambar ini ingin dikongsi yang disnap pada Karnival Sukan baru-baru ini
Dari : EOS 450D
AV mode.
Nota 1: Best provoke junior-junior semasa karnival.Maaf la ye,kitakan kawan.Anggap sebagai gurauan je.Tahun depan lagi best,boleh provoke 4 team.Mati...matiiiiii
Nota 2: Untuk menjadi seorang photografer yang baik,disamping keperluan camera yang bagus,skill yang amat penting adalah pandai mencari ANGLE.
Nota 3: Masih menghitung masa dan pulang ke Malaysia untuk memiliki si dia... Nikon D90. Hantaran RM 5 ribu,serba satu.Botak le ambe...
Nota 4: Terima kasih daun keladi buat Pratiwie Dewi Putri( Betul ke eja macam ni) atas cameranya..
Nota 5: Gambar lari dalam guni tiada dalam simpanan.Kalau tidak,nak upload gambar Kak Aimi.Ahaks...(Boleh cari,siapla nanti)
.: Amad ingatkab just in case kalian terlupa :.
Dua gambar ini ingin dikongsi yang disnap pada Karnival Sukan baru-baru ini
Dari : EOS 450D
AV mode.
Nota 1: Best provoke junior-junior semasa karnival.Maaf la ye,kitakan kawan.Anggap sebagai gurauan je.Tahun depan lagi best,boleh provoke 4 team.Mati...matiiiiii
Nota 2: Untuk menjadi seorang photografer yang baik,disamping keperluan camera yang bagus,skill yang amat penting adalah pandai mencari ANGLE.
Nota 3: Masih menghitung masa dan pulang ke Malaysia untuk memiliki si dia... Nikon D90. Hantaran RM 5 ribu,serba satu.Botak le ambe...
Nota 4: Terima kasih daun keladi buat Pratiwie Dewi Putri( Betul ke eja macam ni) atas cameranya..
Nota 5: Gambar lari dalam guni tiada dalam simpanan.Kalau tidak,nak upload gambar Kak Aimi.Ahaks...(Boleh cari,siapla nanti)
.: Amad ingatkab just in case kalian terlupa :.
Sunday, 19 April 2009
Iman Mutiara
"Dia itu takpelah,dari keluarga baik-baik.Saya ni bukan dari keluarga yang bagus agamanya.Segan saya nak bawa title Islam,saya takut akan malukan Islam nanti," jawapan dari satu sisi.
"Anta tengoklah dia tu.Mak ayah Ustaz,pergi hantar siap sekolah agama lagi.Dulu masa sekolah bukan main dakwahnya,ketua naqib tu. Sekarang, macam haram je perangai...beza amat dengan ayah dia,"dari sisi yang lain pula
Diatas dialog-dialog yang sering kita dengar.Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang lagi berkenaan hal ini.Cukup saya tinggalkan satu lagu yang cukup memberi kesan. Dengarlah secara santai dan tumpukan pada bait-bait lirik.
Satu pesanan ringkas,kita bertanggunjawap atas diri kita sendiri.Jika mak ayah tidak mampu bawa Islam, kita anaknya yang harus berusaha membawanya.Dan jangan rasa selesa dengan title keluarga Islamic tanpa mahu untuk mencari agama.Saya lebih selesa agama yang DICARI dari agama TRADISI.
Masihkah kita ingat sirah Nabi Musa yang dibesarkan di Istana Firaun?
Masihkah kita ingat sirah Nabi Nuh yang anak dan isteri tenggelam dek air banjir?
Kerana Iman itu tidak dapat diwarisi...
Iman Mutiara
Artist: Raihan
Song Category: Nasyid
Song Category: Nasyid
Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa
Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
Nasyid yang ada Allah dalamnya.
Nota 1: Imtihan just around the corner,yuk study.
Nota 2: Selamat berimtihan pada sahabat-sahabat yang lain.
Nota 3: Lempar kelapa,tidak kena sutey habuk botol.Salah kelapa,salah botol atau salah penganjur? Mungkin juga salah maskot.Pelempar dah ok...ahaks
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Friday, 17 April 2009
Bahaya Aids Al Haraki Dalam IMAN

" Nasib,anta dan sahabat-sahabat lain datang,syeikh.Ana dengan sahabat kita lain mati kutu nak buat kerja dakwah kat sini," luah kelegaan seorang sahabat perjuangan.
Tidak mampu saya untuk tidak menganguk benar kata saudara saya itu. Awal menjejak kaki di bumi Bandung ini,membawa 1000 macam kejutan.
Terkejut dengan masyarakatnya bahkan banyak kali terkejut dengan tradisi dan akhlak songsang pelajar-pelajarnya. Mengeluh tanpa membuat sebarang perubahan adalah sia-sia.Buang masa dan buang air liur. Dengan ikatan iman dan mempunyai kesamaan visi,saya dan sahabat-sahabat lain merapatkan saff.
Awalnya,ia hanya dikenali sebagai biro Agama PKPMI.Sedar bahawa gerakan dakwah perlukan nafas yang segar dan muda,ia telah di "rebranding" kepada IMAN.Saya yang kiranya masih hijau dalam arena ini,banyak termotivasi dengan komitmen sahabat yang lain. Bergerak dengan satu matlamat iaitu membuat perubahan dari tradisi pelajar yang dahulu kepada yang lebih baik.
Sekali lagi,memang indah bicara soal semalam.Jika dahulu ahli IMAN kurang lebih 20 orang sekarang mencapai 60 orang lebih.
"Wah ramainya,bestlah IMAN senang nak wat program," kata teman.
Sememangnya dari kuantiti itu melambung tinggi,tetapi ada beberapa hal yang hadir merunsingkan saya lantaran semakin bertambah usia IMAN disini,semakin banyak hal yang perlu terus kita muhasabah dan baiki.
"Orang tua biasanya banyak penyakit," itu selalu kiaskan bila bicara soal gerakan Islam. Takut melihat,ia dijangkiti sama oleh IMAN yang baru mahu bertatih.Belum sempat berlari,telah tersungkur ke bumi lantaran langkah sumbang semasa menghayun kaki.
Dalam menyemak kembali peringatan demi peringatan yang ditinggalkan oleh ramai ulama haraki,saya cukup tertarik dengan mutiara kata seorang ulama terkenal di bumi Lubnan sana. Fathi Yakan. Cukup fenomenal dengan buku tulisannya Apa Ertinya Aku Menganut Islam? Manis dalam ingatan apabila saya sendiri pernah berkesempatan mendengar secara terus untaian kata beliau pada bila datang bertandang ke Terengganu.Lautan manusia mendengar!
Saya tidak mahu mengupas berkenaan buku itu,tetapi ingin berkongsi sama dengan satu tulisan beliau dalam buku hzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki). Wa Zakkir !! Fa inna az-Zikra tanfa`ul mu’minin.Ini peringatan yang wajib semua aktivis dakwah.Saya akan cuba kupas dan sesuaikan dengan waqie( keadaan) disini.
Kurang Daya Tahan Jamaah
AIDS,boleh saya kata bahawa kita semua pelajar disini sedia maklum tentang syndrome ini.Tahu puncanya,faham pathopysiology dan pathogenesisnya dan juga clinical symptom kita maklum.Kurang daya tahan badan sehingga mengakibatkan badan tidak berdaya melawan jangkitan.Menjadi satu peringatan fatal berkenaan hal ini,sampai sekarang belum temui penawar.
Ustaz Fathi Yakan,memberi peringatan ini lantaran rundung hati melihat gerakan-gerakan Islam di Lubnan tumbang menyembah bumi. Banyak kali bila diselidiki,ia berpunca dari kurang daya tahan diri,Jamaah itu sendiri.
Etiology Kemusnahan Gerakan
Persoalan yang timbul ialah bagaimana virus ini boleh berjangkit dan menjadi penyebab kehancuran kepada harakah? Dalam analisa dan tajribah Ustaz Fathi Yakan, terdapat 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi :
Sering kita bergerak kerana dipaksa kawan,mak ayah menyuruh dan mahu kelihatan macho apabila memakai baju gerakan dakwah.Apabila sahabat pulang ke Malaysia,penyakit futur itu mudah menjangkiti.
Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.
Ingatlah peringatan Allah yang menyukai hamba-hambanya bergerak didalam satu saff yang kukuh laksana sebuah batu-bata di dinding.Jangan biarkan kerana rapuh batu-bata dipihak kita,runtuh dinding tersebut.
Ayuh buktikan,kita berdakwah bukan kerana keluarga,kawan dan sebagainya.Dan jika 1000 sahabat pergi meninggalkan kita kerana dakwah,kita tetap kokoh berdiri disini.
2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan.
Ini menjadi titik kekuatan bahkan juga titik kelemahan yang fatal buat IMAN.Gah dari segi kuantiti.Sudah pasti jika meninggalkan aspek kualiti,IMAN tiada nilai.Melangkah longlai. Bahkan boleh menjadi senjata sulit untuk menikam balik gerakan Islam itu sendiri.
Wahai ahli IMAN,adakah senjata sulit itu adalah anda???
3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemengan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan.
Dalam membuat menjalankan dakwah,ingin cepat melihat hasilnya.Seakan jika menegur seorang gadis tidak bertudung,dengan harapan wajib esok dia bertudung litup.Sungguh realiti di medan bukan seperti itu.
"Akh,Dakwah itu jalan yang panjang,"pesan seorang Murabbi.
4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.
5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.
6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik
7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangai peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan dakwah setempat berdasarkan situasi.
Treatment AIDS Haraki
Jika AIDS yang menjangkiti batang tubuh manusia,sampai sekarang belum temui penawarnya. Tetapi AIDS pada haraki,penawarnya adalah TARBIAH.
Dengan kegelinciran dari satu langkah,ia akan menyebabkan kegelinciran yang lebih besar dan membarah.
Memelihara Asholah Dakwah bererti meletakkan kepentingan kepada tarbiyah. Kerana itu, tarbiyah dalam jemaah tidak boleh dikesampingkan atau diabaikan demi memenuhi tuntutan kegiatan pribadi, publisiti bahkan jihad sekalipun. Perencanaan takhtit dan tanzim semata-mata tidak mencukupi tanpa tarbiyah untuk membina izzah harakah di mata musuh Islam.
Secret Weapon Islam adalah Usrah.Usrah merupakan tulang belakang tarbiyah dalam jamaah, yang berperanan sebagai wasilah yang mendidik ahli dan membentuk rijal. Semua anggota di manapun peringkat jamaah, samada ahli hinggalah pimpinan tertinggi wajib mengikuti peringkat-peringkat tarbiyah sehingga sampai ajalnya.
Buktikan bahawa kita adalah generasi "HALAQAHOLIC"
Kesimpulan
Ternyata, kewajipan itu lebih banyak dari batas waktu yang kita miliki. Kerana itu, dakwah kita tidak dibina atas dasar rukhshah (keringanan), tetapi dibangun atas dasar `azhimah dan tekad yang teguh. Jika hal ini diperhatikan dengan sewajarnya, dari peringkat ahli sehinggalah pimpinan jamaah, segala permasalahan yang sering melanda harakah dan dakwah, nescaya virus bahaya yang menular dalam tanzim binaan jamaah dapat diatasi.
Wahai Ahli Dakwah
Kita adalah daie yang diwajibkan berdakwah bukan kerana kita bersekolah agama,bukan kerana kita naqib usrah sekolah.Beban dakwah dan menyampaikan Islam terbeban dibahu kita usai kita awal bersyahadah.Setiap kita adalah pendakwah tidak kira seluar koyak dilutut,rambut kuning bersinar,beban itu tidak sekali-kali lepas dari bahu kita.Dan ingat ia akan dipertanggujawapkan tidak kira bagaimana rupa kita semasa hidup dibumi.
Jadi adakah masih senang kita mengungkap "Ko la pergi nasihat dia,ko kan IMAN,aku ni bukan IMAN."
Ingatlah,kesalahan para daie itu lebih membarah kesannya dari orang biasa.
Ayuh wahai jiwa perindu syahid,kita gegarkan bumi Jatinangor ini dengan ISLAM!!!
Nota 1: Article ini ditulis dan diolah dari penulisan ulama Ustaz Fathi Yakan.
Nota 2: Sesiapa yang ingin berusrah,sila sampaikan kepada ahli IMAN,insyAllah kami akan memudahkan caranya.
Nota 3: Selamat pulang ke Malaysia buat sahabat-sahabat Twinning 06 terutama buat Faris(Papa),Syahrul( Senyum menawan) ,Suhaijah( prototype Kak Ijah) dan Alia( no komen).
Nota 4: PKPMI ada membuat blog contest,jadi jom kita singgah dan baca blog-blog sahabat kita.
Nota 5: Kepada sesiapa yang ingin mengambil article dan menyesuaikan mengikut gerakan dakwah ditempat anda,saya mempersilakan.
Nota 6: Amad mengucapkan tahniah kerana dapat habis baca article panjang ini.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Subscribe to:
Posts (Atom)





