Friday, 12 June 2009

Ammar, Anta Menyusahkan Sahabat Kemudian [UPDATE]

Bermesra dengan adik-adiknya semasa cuti tahun lepas

" Salam syeikh, sahabat kita dah tiada," lafaz tersekat dan masih terkejut dengan apa yang berlaku.

" Waalaikumusalam, ya akh. Ana dan sahabat-sahabat Syria tahu semalam. Sahabat Mesir yang informkan. Ana rapat dengan dia,akh. Dan anggap macam adik ana," perasaan yang sama dikongsi oleh sahabat di Syria. Sahabat rapat dengan saya,juga rapat dengan Ammar,Sang Mujahid.

" Tahun lepas baru je dia mai jalan-jalan ke Syria. Ada sahabat yang masih terkejut. Ada sahabat yang jumpa dia kali pertama dan terakhir masa dia datang ziarahke Syria tahun lepas," terus sahabat itu.



" Anta tahu tak, Ammar ni sebenarnya tengah menyusahkan sahabat-sahabat kemudiannya," saya memberitahu sahabat itu dengan berterus terang.

" Hah,kenapa pulak macam tu akh?," sahabat meminta penjelasan.

" Ana rasa,nta pun tahu macamana dia pergikan. Dia pergi dalam untuk menguruskan jaulah(XPDC) pelajar lelaki sana.Dengan tujuan mengeratkan silaturahim. Ammar bercita-cita mati syahid dijalanNya,dan sekarang itu yang dia telah dapatkan."

"Perginya Ammar dengan cara macam itu telah menyusahkan sahabat dia yang terkemudian. Ammar telah tinggal benchmark yang tinggi buat kita. Jika kita mahu pergi,paling minimum dengan cara seperti Ammar. Pergi dalam keadaan untuk mengentarkan hati manusia dengan kalimah Allah,pergi dalam keadaan menegakkan risalah dan seruan Islam," tegas saya pada sahabat yang belajar di Syria itu.

" Benar akh, benar," masing-masing naik sebak mengenangkan sentuhan hangat kasih-sayang Ammar.


Buzz...

Saya mendapat mesej YM dari Ummu Ammar lagi pagi ini:

"Bangunlah wahai mujahid dan mujahidah, teruskan perjuangan Ammar mudah-mudahan Allah menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada Islam dalam rangka mendidik dan berbakti."

Ummu Ammar memujuk sahabat-sahabat yang masih trauma dengan pemergiannya. Yang sepatutnya, insan lain yang memujuk Ummu Ammar lantaran ditimpa ujian. Satu sikap yang aneh ditengah masyarakat, tetapi lumrah bagi keluarga-keluarga mujahid.

"Bang Amad, tabah sungguh mak Ammar tu. Keadaan macam itu pun,masih ingin terus berbakti kepada agama. Tiada rasa sesal dan sedih teramat sangat. Ammar pun saya tengok blog kawan-kawan, semua puji dan mengatakan dia baik," respon yang saya dapat dari article yang sebelum ini.

"Ukhti nak anak macam Ammar, enti perlu jadi dulu macam Ummu Ammar. Insyallah, generasi itu akan lahir," ulas saya ringkas.

Ammar, semua insan dibumi memperkatakan kelembutan tutur kata mu, kemantapan fikrah mu, kesolehan akhlak mu, kesungguhan azam mu. Ana berdoa agar berita baik insan didunia perkatakan, diaminkan jua oleh para malaikat dan makhluk dilangit.

Ammar, sungguh anta telah menyusahkan ana dalam mencari Syurga!

Sekitar Solat Jenazah Ammar di Cairo

Subhanallah, bertuah nta.Ramai yang datang mendoakan

Terus mendoakan

Tidak lepas peluang akhwat juga

Selamat tinggal dunia

Untuk dibawa pulang ke Malaysia

Kredit untuk Muhammad Abdullah

[UPDATE]- *Assalammualaikum anak-anak semua, Ini Ummu Ammar untuk latest information, jenazah Allahyarham telah dimasukan kedalam kenderaan jenazah dan dalam proses untuk mendapatkan surat kebenaran membawa jenazah dibalai polis KLIA. Doakan beliau selamat sampai seperti yg dirancangkan kebumikan selepas subuh. Sudah ramai sahabat yang telah hadir, cukup meriah. Makcik bangga dan bersyukur pada Illahi.*

[LATEST UPDATE]-*updated from msia:: 14 june 2009

Selesai proses pengkebumian lebih kurang jam 7 pagi ..sebaik sahaja kambus tanah,hujan renyai turun,langit tidak berawan kecuali dikatakn di atas kubur arwah..hujan rahmat..yg dtg dlm 500 org dan mungkin lbih..jenzah smpi penang 4.45 pagi dari klia

(subhanallah,Allah muliakn arwah semasa hidup dan sesudah tiada,kita doa dan terus doa)*

-*salam, arwah selamat dikebumikan selepas solat subuh, jam 645pg, semua yang hadir diberi peluang melihat wajah arwah buat kali terakhir, dianggar lebih 1000 orang datang untuk memberi penghormatan..*

Gambar Sekitar Majlis Pengebumian Akh Ammar

Sampai ke destinasi, selepas Subuh

Ramai sampaikan solat jenazah tidak cukup tempat...1 ribu dikhabarkan buat sang mujahid berumur 21 tahun

Jumpa di Syurga Akh Muhammad Ammar bin Zulkifli

Kredit buat TintaUtara
Tambahan Gambar

Melihat dari Jendela Akhirat


Tabah



Penuh dan padat

Dilihat untuk kali terakhir


Penuh dengan manusia


Ummu Ammar


Langit menangisi pemergian mu

Kredit buat lurv4Allah

*Ummu ammar berkata ‘ makcik bersyukur ammar meninggal ketika hendak membuat program untuk mengeratkan perhubungan sahabat2 gen 6 yang dikatakan semakin renggang.. amar mahu sahabat2 beliau kembali sedar dan bersatu semula.. ammar ambil medik tetapi kalau ammar tidak melakukan semua perjuangan dakwah apa yang ammar akan bawa ke kubur? Ammar tak boleh bawak medik ke kubur tetapi ammar membawa dakwah dan ammar mati syahid makcik yakin ammar meninggal ketika sedang berjuang fisabilillah ketika belajar..

dan satu ayat lagi yang amat menyentuh hati kami apabila ummu ammar berkata “ALLAH mengambil ammar daripada makcik tetapi ALLAH menggantikan makcik dengan berpuluh-puluh lg anak yang akan meneruskan perjuangan ammar”

Cerita lengkap sekitar majlis pengebumian...Ya Allah mengalir lagi airmata

Lagu Terbaru...( Jangan dikisah suaranya...=)



Nota 1 : Buat sahabat-sahabat, semoga tabah dengan ujian ini. Ayuh bangkit, sapu air matamu, kita sambung perjuangan beliau,kita gegarkan dunia dengan Islam.

Nota 2 : Wahai orang-orang beriman,cukuplah kematian itu peringatan bagi mu.

Nota 3 : Buat Gen6 , ana mahu menyampaikan pesan. Ammar sayang kalian,jangan sekali-kali lupa itu.Jangan sekali-kali sia-siakan...

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Wednesday, 10 June 2009

Rehlah Mahabbah 09 IMAM Rusia


Untuk hebahan kepada semua,buat sekian kalinya IMAM Rusia akan mengadakan program sempena cuti nanti. Jika sebelum ini ada Sunathon dan Homestay di Perkampungan Orang Asli Perak, pada tahun ini Rehlah Mahabbah pula bakal menjelma.

Buat pengetahuan semua, program ini terbuka kepada SEMUA pelajar perubatan Malaysia di seluruh dunia. Jadi dengan pelbagai macam muka kalian,kalian dijemput menyertainya.

Program ini:

Anjuran : PPIM-RSC

Lokasi : Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, selangor

Tarikh : 31 Julai - 3 Ogos 2009

Penyertaan : 150 pelajar perubatan Malaysia di seluruh dunia (Ya, terbuka kepada semua!)

Yuran : RM150 @1500rubles

Blog : http://thesummercamp09.blogspot.com/

Untuk keterangan lanjut boleh layari blog terbabit.








Perhatian : Untuk pelajar UNPAD tempat yang diperuntukan hanyalah 15 tempat. Jadi pelajar FK,FKG dan Pharmacy,dipersilakan. Sesiapa yang berminat, sila bagi email didalam ruangan komen dibawah. Dengan mengunakan system siapa cepat,dia dapat..Jadi apa tunggu lagi. Jom eratkan silaturahim dengan para pelajar perubatan Malaysia di seluruh dunia.

Nggak ada loe,nggak rame.

Nota 1 : Saya bukan wakil IMAM Rusia,saya hanya permudah cara. Untuk kehadapan boleh terus hubungi wakil-wakil IMAM...Mesra kok,tidak pernah lagi gigit orang.

Nota 2 : Saya pernah pergi program IMAM, serius best.

Nota 3 : Pelajar 2nd year,boleh tanya Husna,dia pernah pergi program ini.

Nota 4 : Lepas ini jangan ada pahat berbunyi yang saya tidak ajak orang pergi program IMAM. Aku sekeh kang...hihihi

Nota 5 : Jomlah, duduk rumah buat perut je...ahaks

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday, 6 June 2009

Musim Tengkujuh


Alhamdulillah, akhirnya sampai juga saat yang ditunggu-tunggu oleh semua mahasiswa khususnya pelajar UNPAD. Saat itulah saat Final Examination. Stress, rungsing, pening, tidak cukup tidur... tetapi ayuh nikmatilah saat-saat ini.

Disini saya sertakan jadual peperiksaan untuk 3rd year

09.06.09- Soca, Jam 830am

11.06.09- BHP VI

12.06.09- CRP II

15.06.09- PHOP II

16.06.09- Compre BHP VI

17.o6.09- Compre CRP II

18.06.09- Compre PHOP II

19.06.09- MDE Cardiovascular System

OSCE belum pasti

Dan dengan lafaz bismillah saya mengumumkan blog amadanaksoleh akan digantung operasi kerana musim tengkujuh. Tidak dapat kelaut tangkap ikan.

Jangan sekali-kali lupa Allah dalam belajar, takut nanti Allah lupa kita semasa ujian. Biru-haru...


Nota 1: Dua gambar itu adalah wallpaper yang Amad ingin kongsi dengan sahabat-sahabat sempena musim exam ini. Untuk save tekan pada gambar untuk papar yang lebih besar.

Nota 2: Amad ingin meminta maaf jika ada salah tutur bicara dan perbuatan dengan semua.

Nota 3: Pesan buat sahabat-sahabat dalam doa itu,doakan sekali sahabat yang lain. Ada kebarangkalian doa sahabat kita itu diterima Allah.

Nota 4: Maan najah fii imtihan

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Monday, 25 May 2009

Untukmu Si Kecilku Sayang

Gambar Hiasan

“Mama…mama,ini adik nak tanya sikit ini,” pinta si kecil.

“Owh,sayang…ye tanya la sayang,” sambil digosok rambut si kecil.

“ Adik ada tengok tv semalam.Ada cerita pasal cinta la mama. Adik nak tanya, macamana mama dan daddy dulu masa muda-muda bercinta ,”soal tulus dari si kecil.Tulus dari hati yang belum terhinggap noda.

“Kenapa adik sayang ni tanya soal inj?,” tanya mama.Ditatap mata si kecil yang bugar bersinar.

“ Cerita yang adik tengok tu kan mama,mereka bercinta tapi tapi belum la lagi sampai nikah.Tapikan mama,adik tengok mereka pegang-pegang. Adik pelik la mama,ustazah kat Taski cakap dosa pegang kulit lelaki yang tak kahwin,” adik berkongsi apa yang dia belajar di sekolah.

Mama terdiam…

Fikirannya terimbau kepada 8 tahun yang lampau.Terbayang sekali asam garam percintaan mereka. Tetapi untuk memberitahu kepada si kecil seakan dirinya tidak berdaya. Tida berdaya lantaran sejarah hitam percintaan mereka.

“ Siti (bukan nama sebenar), awak jangan la keluar lagi malam-malam ni dengan Kamarul (bukan nama sebenar) tu. Keluarga awak duk jauh,kalau jadi apa-apa saya akan dipersalahkan…tolonglah jangan keluar,” rayu Ilya seorang sahabat yang BERSAHABAT.

“ Ala Ilya,releks la…aku keluar dengan pakwe aku bukan dengan orang lain. Jangan duk bimbang sal aku la…aku dah besar.Ko jaga hal ko,aku hal aku. Dah la tak laku,so jangan jeles ok.Btw,lupa nak pesan Kubur lain-lain tau,” madu dibalas tuba.Rayuan sahabat yang tulus dibalas cemuhan yang melukakan jiwa.

Siti terus bermekap tebal,berpakaian yang selayak dipakai oleh adik dan menyembur wangian yang bisa meluluhkan hati lelaki.

Dammm….

Gambar Hiasan

Pintu bilik asrama ditutup.Tanpa sedar mutiara jernih mengalir dipelupuk mata IIya. Hatinya hiba bukan kerana disindir oleh teman. Bila berkaitan dengan dirinya,Ilya masih boleh berdiam dan memujuk hati. Tetapi apabila nasihat yang baik itu ditolak,hatinya mudah luluh membenihkan mutiara jernih yang tidak tertanggung-tanggung.

“ Ya Allah, aku berdoa kepada Mu.Aku sedar diri ini adalah insan yang lemah.Untuk menasihat seorang sahabat yang paling ku cintai pun tidak berdaya,bagaimana dugaan lain. Ya Allah, aku tahu dosa sahabat ku ini mungkin berpunca dari maksiatnya aku kepada Mu…Maafkan aku Ya Allah,Maafkan…,”

Gambar Hiasan

Tangis sendu Ilya seakan tidak mampu lagi tertahan.Esakkan munajat dan doa seorang sahabat ditikar sembahyang. Sedar kekurangan diri,sedar kesilapan sahabat, sedar ketidakberdayaan diri untuk mencegah.

Kebajetan Siti dan Kamarul bukan lagi rahsia.Kemaksiatan mereka dibuat secara terbuka. Menaiki motorsikal bersama itu lumrah,berpegangan tangan itu tidak pernah tidak, bertepuk tampar itu usah dikira. Dunia ini mereka yang punya. Agama dilipat sama semasa terlipatnya sejadah, mak ayah hanya sekadar dalam phonebook telefon.

“ Assalamuaikum...Ini kalian berdua ni sudah nikah? minta IC boleh,” pinta pakcik berkopiah.Dibelakangnya ada beberapa pemuda yang berbadan sasa. Kehadiran yang mengejutkan mereka.

Mengejutkan mereka dari dunia indah ciptaan mereka sendiri. Cuba membaiki dan perkemaskan diri yang serabai dirasuk nafsu.

“ Pakcik,saya ini tak buat apa-apa pakcik…tolong la pakcik jangan bagi tahu keluarga saya…tolong la pakcik ,” sekarang masa belangkas ini pula merayu.Kamarul melutut meminta belas, Siti hanya mampu menangis.

“ Mama…mama…Kenapa diam pulak ini? Tension la adik macam ni…,” muncung 4 inci segera terukir di bibir si kecil comel.

“ Aah…erm,maafkan mama ye adik.Mama lost sekejap…penat mungkin. Apa kata mama jawap esok soalan adik ni.Sekarang adik tidur dulu..boleh?,” mama mencari helah dengan harapan esok si kecil akan melupakan persoalannya.

“ Owh mama letih ye…tak pe,takpe.Mama rehat la…soalan adik ini pun esok boleh jawap,” mengerti si kecil.

“ Mama….”

“ Ya,sayang?.”

“ Adik sayang sangat mama tau,” terus si kecil menerpa memeluk diri sang ibu.

Untuk menceritakan pengalaman mereka bercinta,tidak mungkin untuk si kecil. Tiada apa yang boleh si kecil ambil iktibar,bahkan sejarah mereka penuh titik noda.

“ Ya Allah,maafkan hamba Mu ini.Diriku dahulu penuh noda dosa. Aku bermohon agar Engkau maafkan aku…Jangan Engkau menghukum kemaksiatan diri aku dan suami kepada anak-anak aku…Maafkan ku Ya Allah,” hati merintih berdosa sambil tangan menepuk belakang badan si kecil.

Si kecil terlelap…

Untukmu Si Kecilku Sayang

Jika pendirian pembaca bahawa cinta itu couple, huraian dibawah ini bagai tiada erti. Kita berbeza pada garis mula lagi.

Untuk pembinaan keluarga dan generasi yang soleh dan solehah,ia bermula dari unit asas keluarga, mak dan ayah. Murni dan baik mereka menjaga perhubungan,untuk kehadapan dalam membina ia mudah kerana kita tidak membawa beban. Menceritakan kisah cinta kita kepada si kecil tanpa perlu diselindung bahkan si kecil boleh mengambil pengajaran dari kisah cinta kita.

Generasi yang dilahirkan dengan hubungan yang penuh berkat dan terjaga,insyAllah generasi yang lahir adalah mujahid mujahidah. Ini semua untuk generasi terkemudian. Biarlah kisah cinta sekarang boleh kita banggakan untuk generasi akan datang. Diceritakan dengan bangga.

Jika sekarang,kita bebas laku.Adakah boleh kita bangga dengan sejarah cinta kita dahulu? Bolehkah si kecil mengambil iktibar dari kisah cinta 18SX kita? Jika akarnya sudah goyah,boleh kita jamin pokoknya tidak tumbang bila dilawan badai? Dibina dari celah kemungkaran Allah, mana mungkin Allah menitiskan rahmat mawaddah didalamnya.

Jawap wahai pencinta cinta sekalian…

Bingkas bangun selepas jatuh dalam lubang itu baik,bahkan lebih baik kita sedar itu lubang sebelum terjatuh.

Kita menjaga sekarang adalah tidak lain tidak bukan hanyalah

Gambar Hiasan

Untukmu Si Kecilku Sayang

Nota 1 : Yakin je kubur lain-lain. Kalau mati secara berjamaah macamana? Orang tua-tua kata,cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar.

Nota 2 : Apa pandangan tentang cerpen ini? Agak-agak boleh buat novel tak? Cadangan tajuknya “Tautan Hati II” boleh?…ahaks

Nota 3 : Jadi perempuan itu perlulah jadi betul-betul perempuan,jangan jadi BETINA. Amad sembelih time qurban nanti kang…eee,gerammmmmmm

Nota 4 : Buat si jantan buaya dan betina bodoh,silakan lihat cerita Termehek-mehek. Kot-kotlah kisah deme sama dengan kalian…

Nota 5 : Hah,jangan siapa-siapa kata masa saya dah nak dekat.Tiada kaitan dengar article ok!

Nota 6 : Kisah yang tiada kaitan dengan sesiapa tetapi saya tahu ramai yang sudah mengalaminya

Nota 7 : “ Adik sayang, daddy dan mama ini bercinta itu lepas daddy shake hand dengan atok. Ini ada adik ,tu tanda cinta kami la sayang.”

Gambar Hiasan

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Thursday, 21 May 2009

Penawar Penyakit Aktivis Dakwah

Program Cry No More (Gambar Hiasan)

“ Apalah gerakan Islam disini…Buat kerja slow. Jika ada program,kucar-kacir.Baik majlis yang hiburan, management tersusun dan menarik minat,” bibit kebosanan mulai muncul.

“ Tarbiah disini lembab! Mana pernah sekali buat daurah.Ini ke jamaah yang ingin kita gerakkan. Baik antum semua ikut ana,kita buat gerakan baru yang lebih elok dari ini,” berkobar semangatnya mengajak mencuba kereta baru.

Saya masih berkira-kira mencari solusi yang tepat berkenaan scenario ini.

Angka dan cara hitungnya sudah lama dibincangkan,tetapi ia masih diulang dan diulang oleh generasi terbaru bahkan termuda.Dibahas adalah angka dan cara tanpa tidak MAHU bergerak kearah keputusan muktamad.

1+2 diulang generasi terdahulu

1+2 jua masih diulang oleh generasi sekarang.

Tetapi jawapannya 3 tidak ramai untuk kita menyebutnya.

Dalam terfikir-fikir kenapa ia terjadi,saya masih teringat kata-kata murabbi semasa berkesempatan bermabit di Bandung.

“Kita sering melihat perpecahan dikalangan kita kerana berbeza fikrah,tetapi hakikat sebenarnya adalah kerana berbezanya sikap.”

Sikap yang harmoni membawa kepada adap yang indah.

Sikap yang songsang membawa kepada adap yang melukakan.

Erti Hidup Pada Memberi

Jika menyebut slogan ini sudah semestinya ramai yang sudah sebatinya.Disini saya tidak mahu berbicara soal beliau tetapi slogan beliau.

“ Tensionlah,tidak bermaya je IMAN sekarang. Program seolah hanya ingin mengisi jadual. Interesting? Jauh panggang dari api,huh,” cakap seorang sahabat. Natijah dari program syok sendiri dan tiada nilai manusia.

Membuka sejarah kekadang tidak enak,tetapi ia perlu untuk menyedarkan kita hakikat diri kita yang sebenar.

Dengan sejarah gerakan dakwah disini baru masuk umur 3 tahun,apa yang kalian harapkan? Jika dahulu senior yang berjuang hanya 5 orang,ditambah dengan kedatangan 10 orang sampailah sekarang 50 orang,apa yang ingin kalian harapkan dan mahukan?

Kuantiti menambah,kualiti belum tentu.

Jika terlibat dengan gerakan dakwah untuk menerima,tunggulah sampai bulan jatuh ke riba. Jika bulan tidak jatuh riba,kalian yang jatuh dahulu ke lubang kubur. Menunggu untuk menerima samalah seperti insan diluar itu. Adakah kita diperingkat didakwah atau ditarbiah?

Jika diperingkat didakwah,silakan menunggu :

Tunggu untuk disembangkan soal Islam

Tunggu untuk diceritakan soal sirah

Tunggu untuk didondangkan soal dakwah

Jika kita ingin berbeza dengan orang diluar itu,kita perlu membetulkan cara pandang dan tindakan dengan terlibatnya kita disebabkan kita mahu MEMBERI. Terlibatnya kita dalam usaha dakwah disini kerana ingin mengubah manusia diluar dan jua manusi didalam.
Kerana kecewanya kita dengan gerakan Islam disini,ingin kita keluar. Ketahuilah,jika benar dan syarie’ nya tidakan itu,sayalah orang yang pertama keluar.

Kecewa? Pernah

Marah? Pernah

Tertekan? Pernah

Keluar? Tidak sekali-kali!

Dalam mencari-cari tindakan yang tepat dan betul,pencarian itu terhenti dengan pesanan ini.

“ Akh,jika anta tahu gerakan jamaah anta ada masalah,dan mahu keluar bahkan ingin membina satu yang lain.Ia adalah tindakan yang tidak tepat.Sudah namanya manusia,membina diatas kekurangan jamaah lain sampai satu masa jamaah baru yang kita bina ada kekurangan.Dan ada pula satu jamaah muncul.Sampai bila kitaran ini mahu kita lakukan?,” tanya ustaz itu.

“Kenderaan” yang dipandunya berbeza dengan saya untuk sekarang.

Saya terdiam mencari jawapan.

“Akh,kita tahu dimana kelemahan jemaah. Masuk kita untuk MEMBERI bukan MENERIMA.Hadirnya kita untuk memperbaiki kelemahan itu,” jelas Ustaz Hasrizal

Berbahas soal bahagian yang sepatutnya kita terima,tanpa memikirkan apa yang patut kita berikan,satu perbahasan tiada kesudahan. Jadi buat sesiapa yang merasa kekurangan dan kelemahan gerakan jamaah disini,ayuh kemukan idea pembaharuan anda. Jika pihak atas tidak mahu mendengarnya dan bergerak, Amad mahu!. Kita berubah sama-sama.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka” (QS 13:11)

Allah telah berkata, masih mahu berpeluk tubuh wahai daie?

Ilmu Itu Malapetaka?!

Resmi pada mengatakan “ Semakin berisi,semakin tunduk ke bumi “. Benarkah?

Hadirnya orang TAHU banyak didalam gerakan,ia adalah satu rahmat.Tetapi untuk menyelesaikan masalah gerakan Islam dengan TAHUnya itu belum tentu.

Pisau boleh memotong ayam didapur,pisau jua boleh menikam orang. Insan berIlmu itu rahmat,tetapi kekadang membawa MALAPETAKA. Resmi padi hilang ditelan kesombongan insan berilmu.

Hakikat insan berilmu itu akan memudahkan dia mencari jalan kebenaran dan kebaikan . Jangan pula kita lupa ilmu juga punca kesombongan manusia.Merasakan dirinya terbaik,dan itulah sikap SYAITAN. Tanpa sedar banyak melukan hati insan lain dalam kapasiti sebagai insan berilmu.

“Apa yang aku bawa dan kata ni adalah paling betul,orang nak terima atau tidak, Aku peduli apa!,” dia tidak peduli, Allah peduli.

Ingatlah dalam berjuang dan menegakkan pendirian masing-masing, jangan melampau.Selagi bernama manusia yang ada aqal dan berfikir,segala itu wujudkan cara fikir yang berbeza-beza. Jadi bersatulah kita diatas dasar sikap yang satu.Kita boleh khilaf dari segenap segi,tiada khilaf soal akhlak dan adap. Belajar untuk menerima perbezaan.


“Kita hendaklah berpadu dan bersatu dalam bab akar dan pokok , soal banyak dan rimbunnya ranting itu petanda suburnya pohonnya,” Prof Dr Hamka

Kuasai Medan Pertempuran

Muhammad Al-Fateh

Sejarah telah membuktikan kejayaan Muhammad Al-Fateh dalam memecahkan tembok Konstantinopel dan membuka kota itu dengan beliau dan tenteranya telah memenuhi beberapa syarat.

Antaranya pemimpin terbaik dan tentera terbaik ini telah mengetahui dan menguasai medan pertempuran di kota itu.Ketebalan tembok, kedalaman air, cuaca disitu, kekuatan tentera lawan semuanya dikuasai. Jadi beliau telah menggunakan strategi peperangan bersesuaian dengan dengan entity musuh dihadapannya. Akhirnya, kemenangan menjadi milik Islam.

Fikirkan,jika beliau tidak menguasainya bahkan dengan “bijak” menggunakan perang dipadang pasir?

Kekalahan

Begitulah juga dengan gerak kerja dakwah. Jika kalian mendapat tarbiah dari Mexico sebagai contoh ia berbeza dengan keadaan tarbiah di Bandung.Bergeraknya kita disini dengan mengikut medan pertempuran di Bandung,usah diguna strategi di Mexico. Barulah kejayaan dan keberkesanan dakwah dan tarbiah itu dalam dimaksimumkan.

Deme makan pasta, kita makan nasi.

Wahai saudaraku, Dunia telah berubah,kita bila lagi?

Dok pahang-pahang jugok dok au la nok kate bende lagi…

Nota 1 : Muhasabah ini saya mulakan dari diri sendiri

Nota 2 : Article berat. Jika tidak faham,baca perlahan-lahan.

Nota 3 : Menghitung hari untuk peperiksaan.Doakan ya...

Nota 4 : IMAN semangat-semangat.Proaktif...Keluar dari zon selesa

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Sunday, 17 May 2009

Gerak Langkah Parti Dakwah

Selepas dingin beberapa ketika iklim politik Indonesia selepas selesai Pemilu Legislatif, ia kembali memanas dengan dua hari lepas 16.05.09 penamaan calon secara rasmi dibuka dan dibuat.Berikut adalah keputusan rasmi dari KPU (Komisi Pemilihan Umum)

1. Partai Demokrat 20.85%
2. Golongan Karya (GOLKAR) 14.45%

3. Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan 14.03%
4. Partai Keadilan Sejahtera (PKS) 7.88%
5. Partai Amanat Nasional (PAN) 6.01%
6. Partai Persatuan Pembangunan (PPP) 5.32%
7. Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) 4.94%
8. Partai Gerakan Indonesia Raya (GERINDRA) 4.46%
9. Partai Hati Nurani Rakyat (HANURA) 3.77%

Umumnya Negara Indonesia adalah Negara republik. Untuk mana-mana parti mengajukan calon presiden dan wakil presiden dari partinya sendiri,parti itu haruslah memiliki sekuran-kurangnya 20% dari pungutan suara pemilu legislative. Jika sesuatu parti itu mendapat kurang dari itu,tetapi masih mahu mengajukan calon,ia perlu koalisi (bergabung) dengan parti-parti lain untuk mencukupkan kouta 20%.

Melihat dari itu,satu-satunya parti yang boleh mengajukan calon dengan mandiri tanpa bergabung adalah Demokrat.Tetapi menjadi risiko besar baginya jika tidak bergabung dengan parti lain kerana parti-parti kecil akan membentuk bloknya sendiri.Sudahnya parti kecil ini pula memegang majority.

Melihat scenario dua hari lepas, ada tiga blok muncul iaitu Demokrat yang dipimpin oleh Susilo Bambang Yudhoyono(SBY), GOLKAR oleh Jusuf Kalla(JK) dan PDI-P oleh Megawati. Partai Keadilan Sejahtera (PKS) berbasis Islam mendapat tempat ke 4 telah memilih untuk bergabung dengan Demokrat. Mereka telah mengajukan calon wakil presiden kepada Demokrat untuk dipilih.

Yang amat mengejutkan adalah Demokrat bukan sahaja tidak memilih calon PKS yang mewakili suara ke 4 terbesar bahkan calon wakil presidennya adalah non-partisan iaitu bekas gabenor Bank Indonesia,Boediono. Terbentuklah dia koalisi SBY-Boediono,Mega-Prabowo, JK-Wiranto.

Sikap Sahabat Seperjuangan

Uniknya Indonesia selepas era reformasi,muncul pelbagai gerak kerja dan sebagainya diatas landasan kebebesan hak asasi. Ia bukan sahaja member kesan yang baik tetapi juga sebaliknya. Jika yang songsang gah dengan nentang undang-undang anti-porno,ditebing gerakan Islam juga kelihatan berbeza. Khususnya dalam politik masing-masing ada pendiriannya.

Golongan orang-orang tua banyak berpendapat boleh menyertai plihanraya dan corak kempen mereka juga masih tradisional.Norma-norma Islam masih banyak diukur dengan adat setempat.Oleh itu kita boleh lihat kempen mereka masih terikat dengan konsert-konsert dangdut yang rata-rata masyarakat kelas bawahan menyukainya.



Hizbut Tahrir pula menolak demokrasi dan piliharaya secara total,tanpa berbasa basi. Membaca majalah dan makalah keluaran mereka,kita dapat melihat betapa tidak setujunya mereka kepada system ini. Sistem kafir katanya. Semestinya peluru mereka bukan sahaja buat parti bukan berbasis Islam bahkan terkena sama ulasan keras mereka adalah parti-parti Islam.


Salafi jalur keras juga mewakili gerakan Islam disini. Walaupun ada berpendapat masih boleh ”menelan” system demokrasi tetapi banyak menentang cara kempen piliharaya.Menolak secara total konsert walaupun yang bernyanyi di pentas adalah kumpulan nasyid.Bersahabatnya parti Islam dengan parti bukan berbasis Islam juga tidak lepas dari kecaman mereka.

Hala Tuju Parti Islam

Saya sendiri walaupun tidak terlibat dengan politik disini tetapi mengikuti rapat perubahan, tindakan dan cara politik disini.Sumbernya adalah TV,surat khabar dan pergaulan dengan masyarakat setempat. Jika bercakap berkenaan PKS,yang tergambar adalah parti dakwah yang mengambil method Ikhwanul Muslimin sebagai asas tarbiah ahlinya,terdiri dari orang-orang yang muda sebagai tunjang. Memegang rekod yang bersih dalam melawan rasuah. Skop tugas mereka adalah kepada pelayanan ummat. Siapa tidak kenal dengan kekentalan dan semangat membantu di Tsunami Acheh.

Tetapi melihat scenario sekarang,saya sendiri turut tertanya-tanya. Kenapa PKS diketepikan dari calon wakil presiden? Adakah kerana mereka dari Parti Islam? Kenapakah PKS masih bersama Demokrat walaupun diketepikan calon mereka? Adakah itu tandanya PKS tunduk kepada mereka? Bukankah Islam itu perlu mendapat jawatan dalam keadaan izzah bukan sisa baki jawatan?

Itu yang persoalan yang banyak bermain difikiran. Lantas saya ada membuat beberapa dialog dengan kader-kader PKS.

“Akh,ana mau nanya berkenaan pemilu nanti.Kenapa PKS memilih bersama Demokrat walaupun mereka bukan berbasis Islam?,” soalan pertama saya.

“Akh, dari ketiga-tiga blok,kita analisis mana yang paling besar mashlahat (kebaikan) dan paling kecil mudaratnya. Dan itu masih ada di SBY.Walaupun bukan berbasis Islam,kami bergabung dengan mereka diatas kesamaan platform besar dalam pembangunan bangsa,” jawap dia.

“Walaupun diketepikan tetapi PKS masih bersama SBY.Melihat sirah ya akh,Nabi Yusuf memegang jawatan dalam kerajaan kufur pada Allah,tetapi datangnya dia dalam keadaan izzah bukan yang baki-baki?,” soalan kedua saya yang agak provokasi.

“ Yup,itu juga pendirian kami.Majlis syura PKS selepas bermusyawarah menetapkan adalah berkoalisi dengan SBY. Demokrat sendiri telah menyetujui kontrak politik kita.Kontrak politik telah disepakati dan ditandatangani.Bahkan SBY sendiri sudah meminta maaf ke PKS karena komunikasinya kuran bagus ke PKS,” dia menjawap dengan tenang.

“ Akh,apa kontrak politiknya,” akhirnya sampai kepada soalan cepumas dari saya.

“ Ana pun masih mendapat taklimat. Tapi tidak silap ana adalah Menteri Pendidikan,” jawap ringkas.

“Aik,kenapa mahu menteri pendidikan,kenapa tidak mintak menteri yang lebih gah kewangan sebagai contoh?,” saya memberi saranan.


“ Akh,ini adalah antara strategi kita.Kuasa itu penting,tetapi lebih penting sumber manusia dalam politik itu.Tiada guna kuasa politik kita pegang tetapi insane yang dibawah krisis nilai.Dengan memegang menteri pendidikan,tarbiah dan system pendidikan Islam akan diterapkan,Islam akan digencarkan. Akarnya kukuh,untuk kehadapan mudah,” jawapa yang membuat saya kagum dengan bacaan politik dan prinsip yang jelas.

“ SBY menolak calon dari kita,peringatan jua buat kita dari Allah. Allah memberitahu kita bahawa perjuangan dakwah itu berliku dan panjang.Bukan sesingkat itu Dia mahu memberi kemenangan. Dia mahu kita perkuatkan sumber manusia dibawah dengan Islam. Sampai masa bukan calon presiden,bahkan presiden pun bisa kita pegang,” beliau menyambung.

“ Syukran akh,afwannya jika ana bertanya dalam nada provokasi,” ujar saya meminta maaf.

“Gak apa-apa akh… Kader-kader PKS juga masih ada yang mempertanyakan keputusan musyarokah dengan SBY…Itulah dinamika jamaah,” jawapan insan berjiwa besar.

Saya meminta diri untuk pulang…

“Akh,anta lihat satpam itu(pak guard)…dia pun masuk halaqah kita,”sambil menunjuk kearah satpam.

“Erkk,sampai satpam pung mung seme halaqahkan…mantop,meletop!,” kata saya dalam hati jela.

Satpam dibangunan tujuh tingkat di Jalan Raja Laut itu ada ikut halaqah? Sekadar bertanya...

Nota 1
: Terasa yang menulis article ini bukan saya.Article berfakta dan keluar dari genre sebelum ini,romantic...ahaks.

Nota 2 : Amad nak mintak maaf pada semua kerana untuk kehadapan, updatenya blog akan berkurang...Exam daaa

Nota 3 : Salam takziah buat Ustaz Dahlan diatas pemergian Ummi Halimaton. Berpisahnya kita disini, ia menjadi asbab bertemunya kita disyurga firdaus-Mu.

Nota 4 : Buat sahabat,memang bumi kita belajar ini adalah Indonesia. Ketahuailah disini banyak mutiara yang dikutip bagi yang mencari. Belajarlah dari bumi ini...

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday, 8 May 2009

Pabila Namanya Manusia

"Amad,apa pandangan berkaitan dengan Sidang Dun Perak hari tu?," ada sahabat bertanya meminta pandangan.



"Entah,time sidang tu saya duk kat bilik di Jatinangor ni," jawap nada bergurau dan hakikat sebenarnya bosan.Bukan bosan dengan soalan teman,tetapi bosan dengan karenah dan sikap manusia.Lagipun, sudah banyak saya kira yang berkomentar berkaitan hal ini. Ada yang menyokong tidak menjejak bumi, ada yang menolak tanpa tahu hujung pangkal.

"Bila sudah namanya manusia, itulah jadinya,"sambung saya.

"Ape kaitan dengan manusia pulak?Ish,duk berkias-kias pulak,"dia pulak tidak puas hati.

Manusia itu fitrah sikapnya adalah LEMAH.

Lemah diuji Wanita

Lemah diuji Jawatan

Lemah diuji Kekayaan

Spesies manusia ini,kebanyakan tahu kelemahan mereka tapi sering kali tidak lepas dari terjebak dengan hal ini. Mereka tahu apa itu tanggungjawap,tetapi mereka sering lupa tanggungjawap itu akan disoal oleh Sang Raja segala Raja diSana kelak.

Saat itu,disaat Sang Raja segala Raja duduk di Arasy, jangan harap spesies manusia ini dapat membuat usul untuk memecat Sang Raja segala Raja. Bahkan mahu memanggil pihak keselamatan supaya datang mengheret jatuh Sang Raja segala Raja dari Arasy yang agung, jauh panggang dari api.

Sebabnya saat itu adalah saat AKHIRAT!!!

Saat yang ada hanyalah keadilan haq, tiada sekelumit kezaliman hatta sebesar zarah. Allah yang membuat undang-undang, yang ada ialah hitam dan putih. Spesies manusia mengikut suruhan Allah,syurga tempatnya.Lakukan larangan tidak dapat tidak, Go To Hell!

Spesies manusia banyak tertawa dengan Wanita

Spesies manusia banyak tertawa dengan Takhta

Spesies manusia banyak tertawa dengan Kekayaan

Disini saya ingin berkongsi wahyu Allah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang kalamnya tiada dusta melainkan benar segalanya.

"Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)." ( Surah At-Taubah: 82)

Manusia sendiri mencipta sendiri undang-undang, manusia sendiri mengubah undang-undang, manusia sendiri menegak undang-undang dan jua manusia sendiri bisa merogol undang-undang.

Sampai masa wanita,takhta dan kekayaan ditinggalkan,berhadapan dengan Allah dengan jasad dimamah bumi.Mahu beralasan,bertapi,ber dan ber.Itupun kalaulah boleh wahai makhluk Allah yang bernama manusia


"Wahai sahabat yang ku sayangi,Pabila sudah namanya manusia."

Nota 1 : Letih berurusan dengan spesies manusia. Ya Allah,berilah kekuatan.

Nota 2 : Jika masih ada orang kedua,ketiga mahu bertanya soal Perak ini kepada saya, sila rujuk article ini. Jimat masa dan air liur.

Nota 3 : Buat sahabat-sahabat Twinning Unpad-UKM, selamat pulang ke Malaysia dan selamat berjuang disana. Khusus buat Faris(papa), Shahrul, Alia, Suhaijah, Aishah (ketua biro masa MASIH) dan kepada semua. (malas nak tulis dah)


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.