Friday, 10 July 2009

Bantuan Yang Membinasakan

Gambar Hiasan

Pak Abu bangun awal , rutin harian dia seperti hari-hari yang lain. Dia bangun membersihkan diri, solat dan seterusnya menyiapkan barang-barang kerjanya. Dari periksa satu persatu jaring sampailah bekal makan. Di hadapannya adalah satu lautan yang luas. Lautan yang membakti selama ini untuk dia dan keluarga. Di sebelahnya ada satu perahu kecil yang dimamah usai dan kecil untuk membelah perut lautan. Pak Abu adalah nelayan perahu kecil.

Tambahan pula, sekarang adalah bulan Disember, musim tengkujuh. Tetapi untuk mengundurkan diri, menjadi pilihan terakhir lantaran ada 10 mulut yang menanti untuk disuapkan.

Laut menggila

Tangkapan belum pasti

Risiko tergadai nyawa

Kebajikan keluarga

Nasib Si Perahu Kecil

Saya sempat meluangkan masa bersama beberapa sahabat yang boleh dikira adik-adik ataupun junior.

“ Nak tanya sikit boleh tak ,” salah seorang sahabat mencelah untu bertanya.

“Tak boleh tanya! Ala, kamu ni macam tak kenal saya. Tiada lagi yang masuk hospital pasal tanya soalan ke saya. Silakan la,” saya menjawap dalam nada bergurau.

“ Macam ini Amad. Saya nak tanya ini, sebenar-benarnya ada ke tidak bida’ah hasanah ni. Saya belajar daripada ustaz kat sekolah,dia kata ada. Tapi saya masuk university ini, ada seorang kawan tegur kata bida’ah hasanah ini tiada dalam Islam. Aahhh peningnya,” tanya dia sambil melakonkan emoticon YM yang stress sambil menarik rambut itu.

“ Sebelum saya menjawap soalan itu, saya nak bertanya. Dulu awak pernah membaca Yasin malam Jumaat?,” saya bertanya.

“Ada.”

“Sekarang apa jadi pada bacaan Yasin tu?,” history taking yang perlu saya buat sebelum membuat diagnosis.

“Orang kata itu Nabi tak buat,bida’ah. So saya stop la baca yasin. Jika dulu malam jumaat saya baca Yasin sekarang tidak ada apa-apa aktiviti saya buat,” jujur dijawapnya.

Tepat sangkaan saya, daripada bertanya soal bida’ah dan diuji dengan bacaan Yasin. Masalah yang dia alami bukan adalah presenting problem dan bukan real problem, laksana tip of iceberg.

Kecil diatas, besar dibawah.

Bahaya buat kapal besar seperti Titanic, si perahu kecil apatah lagi.

Fenominal ini telah saya amati dan sedari. Bahkan tidak segan untuk saya akui, saya juga mengalami situasi yang sama seperti sahabat tadi. Saya adalah si perahu kecil,mahu membelah lautan luas. “Dibantu” oleh teman-teman yang ingin meringankan beban.

Pak Abu “Dibantu”


Gambar Hiasan

Melihat Pak Abu mengalami kesusahan untuk mencari sesuap nasi, Pak Samad telah menawarkan pertolongan. Diambilnya paku,tukul dan kayu. Tanpa berbasa-basi dan juga tidak bertanya kepada Pak Abu di mana rosaknya sampan, Pak Samad telah menampal dan mengetuk-ngetuk sampan itu. Akhirnya siap. Niat murni untuk menolong, akhirnya mengakibatkan sampan itu compang camping dan tertebuk sana dan sini.

Pak Kamal tidak berdiam diri melihat Pak Samad seorang berbakti. Dia juga mahu menabur bakti dengan menolong Pak Samad. Dia pergi ke kedai membeli pukat tarik,dan pergi ke rumah Pak Abu dengan mengantikan jala kecilnya Pak Abu dengan pukat tarik. Tidak dimaklumkan, bimbang ikhlas itu berkurang. Akhirnya, Pak Abu mengaru kepala,bagaimana mahu ditarik pukat besar ini dengan kudrat tulang empat kerat ini.

Mana mungkin sikap tolong menolong ini hanya dibuat oleh Pak Samad dan Pak Kamal. Jamal si pekedai runcit juga tidak mahu melepaskan peluang membuat “amal”. Mahu membantu Pak Abu,dia mati kutu bagaimana. Dibantunya keluarga Pak Abu dengan menghantar barang-barang keperluan yang banyak tidak terkira. Ditolak oleh Mek Milah,I steri Pak Abu pada awalnya lantaran ketiadaan wang, tetapi dipaksa juga untuk menerimanya. Jamal kata dia tidak kisah bila pun bayarnya, yang penting “ikhlas” dalam beramal.

“Bantuan” Yang Membinasakan

Cerita tiga watak itu, mungkin tiada dalam dalam kehidupan seharian kita. Tetapi tidak extreme untuk dibawa dan diceritakan sebagai analogi permasalahan sahabat tadi.

Sahabat saya adalah perahu kecil

Saya juga adalah perahu kecil

“ Akh, setakat saya belajar dari Ustaz-ustaz lepasan dalam Negara ataupun luar seperti Mesir dan Jordan dan juga tok-tok guru, ramai mengatakan bahawa Bida’ah hasanah itu ada. Tidak silap saya, ulama’ besar kita Imam Nawawi mengatakan ini ada. InsyAllah, saya akan check balik dengan yang alim bab ini, kamu pun cuba check balik dengan ustaz-ustaz. Tetapi nanti jangan terkejut, ada orang bahkan ustaz mengatakan sebaliknya. Tiada masalah, dan kamu peganglah yang mana lebih menyakinkan dan selesa,” jawap saya seorang si perahu kecil kepada teman seperlautan.

“Tentang bacaan Yasin itu, bacalah dan amalkan. Yang kawan kamu bagitahu itu pasal dia takut kamu mengatakan itu ada dalil dan spesifik untuk malam Jumaat sahaja. Tak buat, berdosa sebagai contoh. Itu yang dia ingin banteras,dan itu ada benarnya. Mendustakan kata-kata Nabi,” jelas saya lagi

“Aik, saya tak kata wajib pun. Cuma amalan saya sahaja tiap-tiap malam Jumaat. Saya tidak sandarkan pada mana-mana dalil khusus pun,” dia memberikan komentar.

“ Jika begitu, tiada salahlah kamu nak membaca Yasin. Cuma baru ini saya belajar, ada sebenarnya dalil dan hadis yang mengatakan ada surah spesifik dalam Al-Quran yang boleh kita amalkan baca, dan yang paling penting, Rasul kita anjurkan untuk malam Jumaat tu,”saya menambah.

“Owh ada ke…surah apa tu Amad?.”

“Surah Al-Kahfi dan ada beberapa surah lain juga. Nanti ana akan check balik deh. Kalau baca dapat “dua” pahala tau. Pahala baca Al-Quran satu, satu lagi pahala ikut sunnah Rasul yang anjurkan baca surah itu pada malam Jumaat,”saya membetulkan pemahaman.

Dia dan sahabat-sahabat lain mengganguk faham. Didalam hati saya berdoa,agar bantuan yang saya berikan meredakan gelora dijiwa bukan menambahkan runsingnya hati. Agar tidak terjadi bantuan yang dihulur menjadi tragedy beragama buat mereka.

Daripada elok membaca surah Yasin dimalam Jumaat menjadi membaca sarikata filem Korea.

Daripada elok bersalaman dan wirid selepas solat menjadi tempat gossip dan bertempuk tampar diatas sejadah.

Mahu membanteras “kebatilan” digantikan dengan kebatilan.

Nasihat Buat Si Perahu Kecil

Saya pernah alami dan pernah duduk dalam “kasut” anda. Awalnya gelora dihati hampir-hampir membinasakan. Saya cuba meningkatkan self-control dan menguruskan hal itu dengan sebaiknya. Tempat rujukan terbaik saya bila runsing itu menjelma adalah orang yang arif dan alim dalam bidang agama itu sendiri.

Ustaz-ustaz kita,

Ustazah-ustazah kita,

Tok-tok guru kita


Mereka telah mengikuti disiplin ilmu agama dengan sebaiknya. Jadi menjadi pilihan terbaik apabila kita mengalami penyakit, terus kepada Doctor dari meminta pandangan Harun si penjual ubat kaki lima.

Ada tapinya, semaklah penyakit itu dengan ramai “doctor”. Dapatkan pandangan dan maklumat sebanyak mungkin,ditakuti jika hanya satu doctor dan doctor nan satu yang tidak kisah siapa pesakitnya,yang penting fulus mahu didapatkan. Doctor itu tidak sedar bahawa kita ini adalah si perahu kecil.

Lautan tetap harus dibelah, khazanahnya perlu kita gali...Tetapi berhati-hatilah.

Rescue Team

Buat Pak Samad, Pak Kamal dan Jamal berpadalah dalam menolong. Dalam memberikan pertolongan pelajari sama apa itu jiwa da’ie otak faqih. Agar bantuan yang dihulurkan tidak membinasakan. Binasa dalam kerja seharian boleh lagi diubah dan tolak tambah, binasa dalam beragama antara jurang syurga dan neraka.

Ketahuilah bahawa jika ada insan yang menolak pandangan dan hujah anda bukan kerana apa yang anda bawa. Itu murni daripada Nabi,kita muslim dan ummatnya beriman dengan itu. Tetapi penolakan mereka adalah kerana keburukan akhlak dan pendekatan anda dalam membawa “kalimah” Rasulullah s.a.w.

Jangan jadi seperti penyakit yang pernah dinaqalkan Abu Saif

“Oleh kerana alasan idea saya adalah al-Quran, maka idea saya sahih sesahih al-Quran. Oleh kerana rujukan saya adalah hadith yang sahih, maka apa yang saya faham tentang hadith itu, juga merupakan idea yang sahih”

Hulurkan pelampung kepada Pak-pak Abu

Bukan melubangkan sampan Pak-pak Abu

Itu penyakit wahai dai’e

Nota 1: Ini bukan article fiqh, jadi tidak dilambakkan dalil.

Nota 2 : Baca secara perlahan-lahan. Saya menulis mengambil masa satu jam lebih, orang yang membaca perlu lebih dari itu.

Nota 3 : Akan ditambah kemudian.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Monday, 6 July 2009

Harga Sebuah Maneuver Perubahan Diri


"Salam Abang Amad, saya nak tanya sikit boleh tak?," sapa seorang adik.

"Walaikumussalam... aah,tanya la," jawap saya

" Family Abang Amad macam mana? mereka didik anak-anak macam mana ek?," soalan dilontarkan kepada saya.

" Erm, ibu abah saya didik anak-anak dengan tegas. Mereka amat menitik beratkan soal agama, akademik, akhlak dan sebagainya," terang saya. Cuba merangkumkan corak asuhan ibu dan abah.

" Ooo...patutlah Abang Amad macam ini sekarang," kesimpulan awal dia keatas saya.

Sekian ramai saya bersahabat dan berkenalan, syukur Allah telah menemukan saya sendiri dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang soleh dan solehah, ada jua yang bertindik dipusat. Syukur dalam erti kata, saya dapat mengenali dan belajar tentang manusia. Antara ciri penting insan itu berjaya membina hubungan hati dengan insan lain, dia harus pandai dan pakar dengan subjek bernama manusia.

Sejarah Diri


Saya sendiri sebelum bercakap dan berkongsi dengan adik itu, secara kasar telah mengetahui serba sedikit latar belakang beliau. Ia amat penting untuk pandu cara dan pendekatan dalam berhubungan dengan dia. Jangan sampai sebelum dibina jambatan,kita runtuhkan tapaknya sekali dek kerana jahil tentang sasaran kita.

" Saya tidak boleh nafi peranan keluarga dalam mendidik saya sampai menjadi saya sekarang. Guru pertama saya adalah ibu dan abah. Tetapi jadinya saya sekarang adalah kerana saya yang mahukan jadi begini. Islam dicari lebih kuat dan kukuh dari Islam tradisi," saya menyambung.

"Benar,saya setuju tu."

Jika mengimbau kembali sejarah dahulu, saya tidak segan mengatakan saya adalah seorang yang tidak suka usrah dan segalanya berkaitan dengan agama. Disekolah bukan seorang naqib,bahkan anggota Badar sekolah pun tidak.

Sesal?

Tidak pernah.

Ketidakterlibatan saya dalam hal itu bukan tanda saya bermasalah dalam aspek beragama. Saya masih suka hadiri ceramah-ceramah agama dan banyak bersahabat dengan insan-insan yang terpuji akhlaknya.

Islam Dicari

Tahun pertama dicampakkan ke bumi Indonesia banyak mengubah segalanya. Sebelum datang ke sini, dengan transaksi keadaan belajar dari sekolah kepada universiti memberi seakan memberi satu mindset bahawa semua keadaan dan corak hidup pelajar penuh ideal. Dari cara belajar sampailah gerakan dakwah,pada pandangan saya sudah mantap dan hanya perlu saya bersusah payah. Cuci kaki.

Tetapi

Langit bukan selalunya cerah

Bunga bukan selalunya mekar

Air bukan selalunya tenang

Keadaan disini pada awalnya bukan seindah yang disangka. Ada yang masih kuat menahan arus secara individual, dan ada jua hanyut dihempas badai gelora nafsu. Apa title yang dipegang masa sekolah seakan tidak lagi lekat dan dibawa sama. Budak sekolah agama yang dulu alim, dan budak itu juga yang raja maksiat. Tiada nada sinikal, cuma tiada yang pasti jika kita berada disini bagaimana kita harus jadi. Ia amat bergantung dengan diri sendiri.

Melihat suasana yang bagus dan soleh tidak wujud ditambah pula dengan gerakan dakwah yang mandul bahkan boleh dikira tiada, tiada lain terdetik dihati hanyalah PERUBAHAN.

Terasa manis dan lebih menghargai Islam apabila hidup dalam lingkungan yang tidak sihat. Iman lebih sihat apabila diuji ketahanannya. Untuk membawa perubahan dalam skala yang lebih besar, tidak dapat tidak patut dimula dengan skala dan unit terkecil. DIRI SENDIRI.

Ibu abah tidak membebel atau memaksa saya mengikuti usrah atau segalanya berkata dakwah dan tarbiah, ia hadir dengan kesedaran sendiri. Sedar kelemahan diri sendiri, ia menyebabkan saya cuba meningkatkan kualiti diri. Dan sejujurnya saya banyak belajar dari MANUSIA. Itu dipanggil pengalaman.

Semua itu kita akan dapat apabila wujud KEMAHUAN. Oleh kerana itu, saya tidak menerima bahkan prejudis kepada orang hanya TAHU. Betapa ramai insan yang TAHU tetapi tidak memandu mereka untuk bergerak dalam merubah suasana masyarakat yang kacau. Saya tidak mampu untuk tidak bersetuju dengan kata seorang Ikhwah

"Jika kita hanya mengharap ustaz semata dalam untuk kenal agama, nescaya kita tidak akan kenal Islam. Ada diantara mereka hanya selesai belajar, bernikah, ada anak, beli rumah kereta tanpa memberi kesan baik pada masyarakat. Islam itu harus dicari sendiri, walau apa jua keadaan kita."

Pandangan Orang Pada Kita

Kita sebenarnya tidak ketandusan aktivis dakwah,banyak bilangannya. Tetapi tidak ramai aktivis dakwah yang memasukkan nilai manusia dalam seruannya.

"Weh, ko couple...masuk nerakalah ko!."

"Aku dah bagitahu, nak terima atau tidak itu bukan aku punya pasal," ungkap aktivis selesai "menyembur" sasarannya.

"Puas hati aku...hambik ko 40 ayat quran aku bagi.Kalau tak insaf juga tak tahulah,"ungkap puas seorang naqib.

Selalu terjadi? mungkin tidak, tetapi ada.

Tidak pernah kita selidiki, renung dan evaluasi cara dan pendekatan dakwah kita kepada mereka. Dilonggok banyak dalil dan hadis, tetapi tidak berbekas sedikit pun pada jiwa mereka. Salah mereka? atau bodoh kita? Kita lupa memasukkan nilai manusia dalam pendekatan kita. Jadi tidak pelik mereka mempunyai tanggapan awal kepada kita. Nasihat dilihat bebelan

Suka menghukum

Sombong

Berlagak alim

Hipokrit

" Apa pandangan awak semua, tentang saya?," cuba mencairkan keadaan.

" Dulu saya ingat Abang Amad garang, tetapi lepas kenal sebenarnya amat berbeza sekali."

" Itulah, saya tahu kalian tidak suka orang menghukum dan judge kamu begitu jugalah saya. Jangan menilai itu dan ini sebelum kenal. So adil bukan untuk kedua-dua pihakkan,"jawap saya.

"Sebenarnya saya ini tidak garang sangat, lebih banyak suka melawak, caring dan romantic. Itulah Amad," kami ketawa.

Saya teringat satu sajak di dalam buku Chicken Soup for the Teenage Soul on Love and Friendship (Chicken Soup for the Teenage Soul)

"If I had My Child to Raise Over Again”
By Diane Lemons
(From Chicken Soup for the Soul)

If I had my child to raise all over again :
I’d build self-esteem first, and the house later.
I’d finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.

I would care to know less and know to care more.
I’d take more hikes and fly more kites.
I’d stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields & gaze at more stars.


" Saya suka pendekatan beberapa orang abang dan kakak dalam guide kami. Kami tak sangka, kalian begitu cool. Nak sangat belajar dan jadi macam abang-abang dan kakak-kakak ni," luahan tulus dari dia.

" Nak ajar boleh, tapi Pizza Paparon 4 ye.big size...hahahaha," saya mendapat kembali sentuhan 'menyakat' 4 petala langit saya yang hilang.


Wahai aktivis dakwah, bina jambatan bukan halangan.

Membayar Dengan Harga Yang Mahal

"Tapi jika saya berubah, nanti apa kata mak dan ayah saya?,"tanya beliau.

Seperti konsep domino, setiap berubah itu mesti ada yang turut sama bergerak. Respon yang diberikan kepada kita samaada baik ataupun buruk itu telah termaktub dalam sunnahtullah. Harga yang perlu dibayar diatas nama sebuah ISLAH ataupun PERUBAHAN DIRI.

Insan yang sangan responsive diatas perubahan anak-anak tentunya mak dan ayah. Jika baik dan menyokong, alhamdulillah. Bagaimana jika sebaliknya? Kita tidak dipaksa oleh Allah untuk mencintai dan saya kepada kedua ibu bapa. Kerana itu semua lahir dalam hati tanpa perlu dipaksa.

Yang dituntut adalah melakukan dan menunaikan segala hak-hak ibu bapa kita. Kita berubah, memang. Tetapi jangan kita melupakan mak ayah walau sebagaimana busuk dan buruknya mereka. Jangan dibalas "kejahatan" mereka dengan "kejahatan" kita. Sampai bila pusingan itu harus berlaku. Perlu kita sedar, satu masa nanti kita akan mempunyai anak-anak.

Melakukan dan melaksanakan tuntutan dan hak-hak ibu bapa tanpa hadirnya kasih sayang dan perasaan cinta itu menjadi beban kepada perasaan kita. Berusahalah memupuk kasih sayang dan wujudkan cinta.

Kerja menjadi ibadah, amal dilihat indah.

"Subhanallah, tidak ramai orang yang Allah bagi kesempatan macam awak ni. Keluarga awak macam itu, itu tanda Allah siapkan ladang pahala didepan mata. Tuailah pahala itu dengan berusaha membawa Islam kepada mereka ," penuh optimis.

"Tapi saya tinggal jauh dari mereka, Abang Amad," saya nadanya.

" Allah tidak bebankan seseorang dengan beban yang tidak dapat dipikulnya. Kejayaan Islam dan keberhasilan dakwah itu tetap ada walaupun ia berkurang 1% dari 100%... Jadi ceriakan diri kamu dengan Islam."

Manusia Tetap Manusia


Baru sekarang saya mengerti kata-kata Ustaz Hasrizal kepada saya satu tahun yang lepas.

"Ana letih akh...." adu ustaz.

" Takpe ustaz, letih kerana ceramah dan dakwah berbaloi," jawap saya.

" Tapi ana letih bukan kerana ceramah dan dakwah. Ana letih kerana berurusan dengan manusia yang beribu ragam," itu luahan setahun dahulu,yang baru sekarang saya dapat hayatinya.

Insan yang lain pula...

"Salam,boleh saya nak mintak nasihat dan pandangan?,"sapa seorang teman.

"Salam,boleh-boleh," saya memenuhi hasrat.

"Macam mana la cara nak fokus dalam buat kerja? Ni saya buat sikit,ada orang kata itu dan ini. Semuanya tidak puas hati. Itu menjadi beban kepada saya,"cerita dia.

" Nta tahu pun masalah nta sebenarnya. Jangan dikisah sangat apa orang kata. Nak dapat redha orang amat-amat payah, yang penting tumpu untuk dapat redha Allah," saya memberi pandangan.

"Tapi... kalau tak kisah tak boleh juga," ada pula tapinya.

" Tadi mintak pandangan, tapi bila bagi solusi banyak duk pusing-pusing pulak. Dan tahu apa silap dan kusut kat mana, ubahlah. Banyak fikir tapi tak gerak tak guna jugak," saya sudah naik angin.

Banyak yang datang meminta pandangan tetapi bila diberikan jawapan tidak mahu melaksanakanya. Tiada guna, membazir masa, keringkan tekak dan perabis ke beras. Saya boleh bertolak ansur jika benar-benar mahu berubah. Tetapi jika sekadar suka-suka, jangan cari saya.

Hari ini saya penat dengan manusia!

Sebab saya manusia

Kuda boleh dibawa ke sungai tetapi kita tidak mampu paksa meminum air.

Bahawasanya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri” ( Surah AI-Ra'ad, ayat 11)

Jika sampai satu seruan Allah kepada kita, lakukan dan amalkan. Itu lebih baik dari hanya menunggu menanti hidayah turun dari langit sambil memicit jerawat dipipi.

Kamu mampu mengubahnya

Nota 1 : Sesiapa mahu harta rampasan perang XPDC Ar-Ruhul Jadid, boleh mintak kat ketua kaum, Aiza. Pastikan folder yang benar =P

Nota 2 : Berbaki sebulan lagi tinggal di bumi bertuah ini. Adehlaa...

Nota 3 : Sekarang ramai terkena selsema yang entah datang mana puncanya. Jadi hati-hatilah

Nota 4 : Aku Terima Nikahnya sudah, sekarang saya Bercinta Sampai ke Syurga pula. Wardah pepagi ni...

Nota 5 : Doakan semoga Kak Aimi sihat

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday, 3 July 2009

Pertimbangan Iman dan Nafsu


" Assalamuaikum akh, kumaha damang ( apa khabar)?,"sapa saya.

"Waalaikumusalam, alhamdulillah bil khair," senyum dan salam disambut mesra.

Hangat muhibbahnya

"Nta kumaha?," disoal balas oleh beliau.

"Pangestu (baik-baik saja) akh."

Pagi itu ujian semester tidaklah menyesakkan fikiran ditambah pula dengan bilangan soalan hanya sedikit. Melihat jam pagi masih diawal waktu,untuk pulang ke rumah seakan belum terdetik dihati. Saya mengambil keputusan untuk "meronggeng" dahulu ke kedai buku-buku agama dengan tujuan mencari buku-buku yang menarik dan juga selalunya hanya sekadar bersembang dengan ikhwah penjaga kedai buku itu.

Semasa saya masuk ke kedainya, ada juga beberapa akhwat Indonesia yang kelihatan terintai-intai majalah terbaru, Majalah Tarbawi. Bagi dikalangan aktivis dakwah kampus, membaca buku dan menghadamnya menjadi satu trend bahkan menjadi mutabaah ibadah yang wajib dipenuhi.

Untuk menjual "barang" kepada orang kita perlu ada "modal". Jika masa kita sendiri diisi dengan hal sia-sia, mana mungkin "barang jualan" kita mahu dibeli oleh madu'.

Modal sekupang, mahu untung segantang...mana mungkin

Bahkan lebih mengujakan dan termotivasi sama apabila mendengar khabar, pimpinan ikhwah disini mewajibkan dirinya khatam apa sahaja jenis buku sebanyak 3 buah satu hari.

Kita Serumpun

Sementara penjaga kedai melayan pelanggan yang mencari-cari buku, saya duduk dimeja sambil membelik-belik buku yang baru sampai. Tiada yang menarik hati saya,mungkin juga tidak terdetik lagi untuk membeli kerana dikamar sahaja masih berbaki 3 buah buku yang meronta untuk dihabiskan.

Masa memain peranan, ungkapan sesuai adalah SIBUK.

Selesai dia menguruskan pelanggan, kami bersembang dan bertukar-tukar pandangan terutama perkembangan terbaru ikhwah disini. Pemilu sudah semakin hampir, dan juga beberapa isu-isu sensitive yang memerlukan cara bincang yang harmoni dan berlapang dada.

"Akh,ana mahu tanya. Mak ana ada bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Majikannya adalah Cina. Dia nelpon ana,menangis...Majikannya enggak benarkan dia solat.Bahkan semasa solat disimbah air dingin ke badannya. Pakaian solat dirampas dan dibuang. Emak ana terpaksa mengambil alas meja untuk menutup aurat semasa solat," dia menarik nafas panjang.

Gambar Hiasan

" Bahkan untuk solat pun terpaksa curi-curi masanya. Emangnya orang Malaysia begitu?," soalan tulus dari seorang anak yang terhiris maruah seorang mak dan muslimah diijak-ijak.

Jawapan yang ditagih bukan sebarangan. Ia melibatkan maruah dan nilai diri. Ia kelihatan agak provocative kerana dipanas sama dengan isu-isu bilateral dua negara yang banyak diwayangkan oleh media yang khianat pada amanah.

"Akh, sebelum ana menjawap soalan,nta izinkan ana ceritakan tentang bibik ana."

Dia mengangguk

"Ana masih ingat semasa dia menjejak kaki kali pertama ke rumah. Didalam beg pakaiannya hanyalah dua helai baju, dan badan kurus kering. Kami sekeluarga dia berasal dari keluarga miskin. Tugas dia hanyalah menjaga neneknya saya untuk mengurus diri. Dia kerja selama dua tahun dengan kami, sampailah pulang tahun lepas ke Indonesia"

"Terus gimana dia?," dia kelihatan teruja.

"Jika datang dengan dua helai pakaian,pulangnya dia dengan 2 beg besar yang penuh dengan pakaian. Sampai terpaksa membayar lebih untuk Airasia. Jika datangnya kurus, pulangnya badan berisi. Apa yang kami makan,itulah kami makan. Bahkan ana sendiri cukup menghormati dia dengan memanggil kakak,bukan bibik," saya meneruskan cerita.

"Tentang persoalan nta tadi, ana tidak menafikan wujud majikan yang bersikap binatang yang membelakangkan hak pembantu rumah. Jika nta terasa maruah emak diijak-ijak, ketahuailah ana turut bersama nta," berbalik kepada soalan.

" Ana memegang prinsip, sebarang kebatilan dan kezaliman adalah dilarang.Dan itu diajar oleh Islam. Ana tidak double standard dan memilih-milih. Jika dia zalim, hukumlah kerana kezaliman itu perlu dihapuskan walaupun kezaliman itu terjadi pada non-muslim. Disitu letaknya Izzahnya Islam."

" Akh, jangan kita terpancing dengan emosi berkenaan hal ini. Setiap isu,kita patut adili dengan saksama melihatkan fakta dan bukti. Jangan kita lupa pesan Allah, setiap khabar dari orang munafik, kita patut selidiki...Tabayun akh."

Isu Dua Negara

Isu dua negara ini cukup memanas dengan kontroversi pernikahan bekas model dengan orang kenamaan di Malaysia dan juga tentang adu kuasa di perairan. Media disini bukan mengambil sikap air dengan menyejukkan isu, tetapi lagak seperti minyak petrol.

Api yang sedia marak,disimpah dengan minyak.

Kuat Membakar

Kedutaan bertindak dengan menasihatkan pelajar tidak menghampiri tempat-tempat panas dan dilarang mengulas tentang hal ini. Ia bagaimanapun tidak meredakan panas hati sebahagian saudara kita disini.

"Bagi ana,kita perlu berhati-hati dengan isu yang dimainkan. Ingat banyak musuh Islam yang enggak mahu lihat dua negara Islam ini berpadu. Setiap isu,kita perlu adili kepada fakta dan setiap apa jua kezaliman patut ditentang," jawapan dari murabbi yang melegakan jiwa.

Keadilan Itu Islam, Islam Itu Keadilan

Dengan terjahan pelbagai isu,kita sebagai muslim perlu amati dan selidiki dengan cermat. Amat celaka jika kesilapan kita menghukum lantaran kegopohan dan dirasuk oleh nafsu amarah. Orang dibawah bergolok berparang, orang diatas enak menghirup teh petang.

Rasulullah telah meletakkan petanda aras yang cukup-cukup tegas dalam soal ini

"Seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, niscaya telah aku potong tangannya."

Tiada terpilih dan memilih,semuanya berbalik kepada keadilan.

"Dato Seri, isu yang dibawa Pas sekarang adalah keadilan. Adakah Pas telah melupakan prinsip utama Pas, menegakkan negara Islam?," soalan perangkap wartawan pada Ir Nizar.

" Adakah menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman itu bukan dari Islam?," soal balas Ir.

Wartawan membisu, dipulang balik buah paku keras

"Jika itu pun kamu tidak tahu, kamu tidak layak untuk tanyakan soalan itu," lengkapkan bola tanggung yang diberikan dengan smach mematikan.

Saya menyokong cadangan untuk mewajibkan pembantu rumah musliam hanya diletakkan bersama keluarga muslim. Banyak kes kekejaman terjadi apabila pembantu rumah diletakkan bersama non-muslim.

Muslim mendamaikan

Kita bersaudara didunia, Insyallah jua berjiran disyurga

Nota 1 : Ulasan tentang judicium II kepada kawan-kawan. Bersabarlah... Doakan agar Allah lembutkan hati depa.

Nota 2 : Saya ingin sekali lagi mengulangi kata tokoh ulama terkenal nusantara Prof HAMKA, Jika nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya. Terimalah saranan baik walaupun dari pelajar.

Nota 3 : Alhamdulillah sem baru ini saya akan melangkah ke tahun-4

Nota 4 : Lambat lagi untuk pulang ke Malaysia. Ibu sudah merindui

Nota 5 : Bagi memenuhi permintaan Hawa dan Ketua Kaum. Tag jela...layan-layan

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Sunday, 28 June 2009

XPDC Ar-Ruhul Jadid


Alhamdulillah, ucap cinta dan syukurnya kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya selesai sudah program XPDC Ar-Ruhul Jadid bagi pelajar Islam di Indonesia khususnya pelajar UNPAD.

Program yang berlangsung dua hari, dimulai dengan daurah dan keesokkan harinya ditamatkan dengan jaulah ke Garut.

Bagi hari pertama, Akh Indra Kusumah telah banyak menyentuh tentang eksitensi dakwah dan ciri daie' merangkap pendakwah yang perlu ada oleh setiap orang yang bersyahadah.

Hari kedua, pengembaraan dilangsungkan ke Garut. Garut tempat wisata (percutian) yang amat kaya dengan sumber alam yang menarik untuk dilihat dan diterokai.

Tempat pertama ditujui adalah Candi Cangkuang. Amat mengejutkan tentang keberadaan candi ini ditengah-tengah masyarakat Sunda yang majoriti muslim. Lebih unik, candi ini berada ditengah-tengah tasik, yang mengikut cerita masyarakat sekitar satu-satunya cara pergi ke candi tersebut adalah dengan menyeberangi tasik itu. Kejutan tidak berakhir disitu, disebelah candi tersebut terdapat satu makam purba yang menurut rekod adalah makam Arif Muhammad.

Beliau adalah seorang panglima Islam dari Mataram yang keluar berperang dengan Belanda. Tetapi dapat dikalahkan oleh Belanda. Beliau tidak pulang ke Mataram, akhirnya pergi ke Pulau itu dan menetap disana. Disana jua, dia telah menyampaikan dakwah dan mengIslamkan masyarakat sekitar. Sebelum itu masyarakat disitu menganut agama Hindu Kuno.

Selepas itu, kami terus ke Danau dan acara kemuncak adalah di Kolam Air Panas, Cipanas. Sungguh mengujakan, melihat begitu ramai pengunjung disana. Semua kolam penuh. Setelah berbincang, untuk Muslimat, kami telah menyewa bilik mandi yang seakan tempat sauna atau lebih tepat seakan kolah masjid. Itu lebih selamat dan selesa buat mereka.

Usai mandi manda, mengisi perut yang berkorongcong dan pulang ke Jatinangor. Alhamdulillah dalam jam 11 sampailah ke "kampung halaman".

Semoga program ini dapat menambahkan Iman, mengeratkan silaturahim antara senior dan junior, kpbi twinning dan lebih penting diterima sebagai amal soleh oleh Allah.

Maaf dipinta jika ada kekurangan semasa program ini berlangsung.

Gambar XPDC Ar-Ruhul Jadid

1.Daurah

Ikhwah Indonesia, Akh Indra Kusumah

Daurah

Khusyuk

2. Jaulah

Ikhwan

Akhwat

Trio

Aku tembok mung, mung tembok aku

Ajie sedang memilih

Lambai dan lambai... Hawa, Duha, Nimy

Rombongan sambil belajar ke Taiwan

Kak Jah serius membaca

Penerangan dari Ketua Kampung

Pertandingan Joran

Hah Wang, dok baik meniru...pancing sendiri la

Stail Aiza, pendekkan tengkuk dan PEACE!!!

Lapar menunggu nasi

Nota 1 : Tahun depan kita pergi XPDC ke Papua pulak. Kebetulan ada ketua kaum deme kat sini...Aiza

Nota 2 : Gambar kome semua harus dituntut dalam masa seminggu, kalau idak saya delete. Wat penuh memory laptop ambe je =P

Nota 3 : Dilarang sesiapa memanggil kak tadi tu Kak Jah. Dia marah, dan amat dia garang. Hanya saya seorang sahaja boleh panggil kerana saya memang tidak takut dia.

Nota 4 : Wado menyesal tak tengok candi macam Jiha, Jiha mak dah call tu... =)

Nota 5 : Di Malaysia nanti insyAllah IMAN akan mengadakan program baik punya. So far, ustaz yang sudah ON adalah Ustaz Hasrizal dan Ustaz Ridwan Mohd Nor

Nota 6 : Kak Kem nak kawin cuti ni...!!!

APA???!!! sori kak bocor rahsia...ahaks.
(mahu tahu tips pikat hati suami? meh nanti saya cite ke kak)

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.



Friday, 26 June 2009

Erti Kejayaan Anak Buat Ibu Abah

Waaa...waaa...waaa

"Ibu dah tak sayang angah...sokmo rotan angah," air mata keluar laju dari kelopak mata.

Ibu depan, mukanya tiada reaksi. Tangan masih menggengam erat rotan. Badan angah masih berbirat-birat, kesan rotan. Rotan dari seorang ibu jua merangkap guru disiplin di sekolah.

" Takpelah...kalu dok sayang ke angah pun, angah nak lari dari rumah la," terus angah lari masuk ke bilik sambil mengesat air mata yang tanpa dapat ditahan tahan terus keluar.

Masuk ke bilik dan memasukkan baju ke dalam beg, tikar mengkuang yang tersandar dinding disentap. Lantas tanpa berpaling, berlari keluar dari rumah. Ibu hanya melihat jauh dari dapur. Sambung tugasnya yang tergendala.

Mahu memujuk?

Jauh sekali

Jangan mengharap

Itu yang sepatutnya

Petang itu...

Assalamuaikum....Assalamuaikum

"Cikgu, tu ada budak kecik duk tengah baring dibawah pokok tu anak cikgu ke? ," seorang pemuda belasan tahun datang ke rumah. Kelihatan dari pakaiannya seakan mahu bermain bola sepak.

"Owh,itu...aah.Tu anak saya," ibu mengiakan.

Larinya angah dari rumah, hanyalah sekadar sebelah pagar rumah. Dihamparnya tikar dibawah pokok, dan itulah erti lari dari rumah buat angah.

"Angah,meh balik meh," ibu pergi mengajak angah balik ke rumah sambil tersenyum. Lucu barangkali melihat kelatah anaknya.

"Ibu, ibu...orang yang main bola tadi tu bagi angah duit. Dia kesian ke angah masa angah lari dari rumah tadi," sudah sejuk hati angah.

"Untung sunggah angah, kalau ibu tak rotan, tak dapat duit," kata ibu sambil ketawa.

Itulah cerita keluarga saya yang kurang lebih berusia 20 tahun dahulu. Asuhan ibu abah itulah menyebabkan anak-anaknya menjadi manusia apabila dewasa.


Rotan berganti rotan, hilang birat diganti birat yang lain

Angah Sekarang

Alhamdulillah, pada hari ini selesai sudah final exam saya untuk tahun ketiga. Sungguh melegakan. Selesai sahaja ujian, telefon saya bergetar.

Ada pesanan ringkas masuk...

" Salam, sekarang majlis konvo angah sedang berlangsung"

Itu pesanan dari ibu...

Belum sempat saya membalas, tidak lama kemudian telefon bergetar lagi. Jua menandakan ada pesanan ringkas masuk

" Salam...abah dalam majlis graduasi abang ngah...Tahniah abang ngah...Abang ngah anak abah dan ibu...Abah harap dia menjadi contoh kepada adik-adik yang lain...Abah boleh sediakan apa sahaja buat anak-anak,tetapi anak-anaklah yang perlu berusaha kearah kejayaan"

Itu pesanan dari abah.

Sekarang keduanya sedang berada di Rusia,dalam rangka menghadiri majlis graduasi angah.

Sekarang angah bukan lagi seorang budak hingusan yang selalu dirotan abah ibu,sekarang dia adalah Dr Ahmad Fardi Bin Sulaiman. Ia lebih manis sebenarnya buat keluarga kerana tidak lama sebelum ini Kak Long juga baru sahaja selesai pengajiannya di Universitas Gadjah Mada, juga dalam bidang perubatan. Mendapat gelar Dr Nur Suriati Binti Sulaiman.

Majlis Wisuda (Graduasi) Kak Long

Hari Graduasi Angah

Tiada apa yang mampu saya ucapkan mendengar khabar itu melainkan memuji dan memuja Allah s.w.t dengan nikmat yang tiada henti buat hambanya. Nikmat iman, dan jua nikmat keluarga bahagia.

" Waalaikumusalam...pertamanya tahniah buat angah dan terutamanya tahniah buat ibu abah diatas kejayaan anak-anak. Syukur mendapat ibu dan abah yang cukup sayang anak-anak. Kejayaan didunia itu lebih manis apabila dikecap sama dengan kejayaan diakhirat sana. Semoga keharmonian didunia ini,kita kecapi bersama diakhirat sana," saya membalas pesanan dengan mengucapkan tahniah kepada mereka.

Kami membesar dengan didikan tegas dari ibu dan abah. Keputusan diatas nombor 10, berbiratlah jawapnya ditangan. Tegas soal agama, tegas soal akademik, tegas mendidik anak-anak. Yang aneh, semakin membesar, semakin rapat dan manja anak-anaknya dengan ibu abah. Tiada perasaan dendam,bahkan menebal perasaan bersyukur dengan asuhan itu.

"Ustaz, ana lani dah makin tua-tua ni,makin kuat duk bermanja dengan ibu," sembang-sembang saya dengan Ustaz Hasrizal.

"Hehe...better than never akh," jawapan simple dari sifu.

Anak-Anak Sekarang

"Oi...aku lapar ni. Orang dah la penat balik sekolah,nasi pun tak masak-masak lagi," dihempasnya pintu bilik kuat-kuat.

"Tension ye...eeeee. Mak ayah aku tak bagi aku nikah dengan lelaki aku suka tu. Deme tu bukan nak tengok aku bahagia.Suka tengok aku duk merana macam ini," luah seorang gadis pada teman apabila hasrat untuk berkahwin dengan pilihan hati mendapat tentangan keluarga.

"Orang tua gayut tu mana tau hati orang muda...itu tak boleh,ini tak boleh...membebel je. Rimas aku duduk kat rumah," remaja mencari ketenangan diluar.

Benarkah tidakkan ibu dan ayah itu manifestasi dari hilangnya kasih sayang?

Dimanakah benarnya kata pepatah "Sayang anak tangan-tangankan"?

Tepatkah firman Allah dalam surah Al-Isra: 24 ?

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Maha Suci Allah yang kalamnya tiada yang tidak benar. Kalam yang tiada dusta didalamnya.

Tepat dan jitu ungkapanNya, tetapi yang sering salah dan tersasar adalah hambanya.

Kedua ibu dan abah membesarkan kita dari kecil, dari kita kosong dan bukan siapa-siapa. Makannya dahulukan buat anak-anak, tanpa memikirkan perut yang berkeroncong. Sakit demam anak menyebabkan ibu abah yang seolah memikul beban sakit yang sama. Perangai nakal anak, tidak lepas dari fikiran ibu abah pening sama memikirkannya.

Ia tidak lain kerana,kasih sayang ibu dan abah itu tiada syaratnya. Apa yang mereka mahukan hanyalah kejayaan anak-anaknya didunia dan diakhirat. Tanpa sedikit mengharap balasan material selepas anak berjaya.

Sungguh ia berbeza dengan kasih sayang yang lain. Sayangnya suami pada isteri, sering diluahkan ikhlas,tetapi jarang sekali tidak mengharap balasan. Kasih sayang sahabat, indah dikala senang, tetapi sukar dicari dikata susah. Kasih sayang sepasang kekasih bermadu asmara, fanaa didunia dan sering kali mengambil kesempatan satu sama lain.

Ikhlas? mungkin ada tetapi sering tiada.

Kasih sayang ibu abah sering kali dibalas dengan hempasan pintu bilik, memperlekehkan tindakan ibu abah tidak merestui hubungan, nasihat ibu dilihat sebagai bebelan. Lantas ramai dari anak muda sekarang mengambil jalan keluar dengan derhaka kepada mak ayah.

Ketahuailah, tiada emak mahupun ayah yang mengimpikan sesuatu yang tidak baik kepada anaknya. Larangan mereka mesti bersebab. Tidak selari dengan hasrat kita, bukalah pintu ruang komunikasi, dan taatilah mereka.

Ujian Allah Dengan Keluarga

" Emak saya ni tak sembahyang,macamana dengan mak tak sembahyang saya sebagai anak mahu baik?"

" Ayah aku tu pantang tengok dahi licin, mesti nak menggatal je kerjanya"

"Mak ayah saya asik gaduh je kerjanya,bosanlah nak tinggal kat rumah"

Itulah kisah manusia yang semakin hari semakin banyak berlaku didalam masyarakat kita pada hari ini. Anak-anak diuji dengan mak ayah yang kufur dan ingkar kepada Allah. Lantas bebanan itu tertanggung dibahu anak-anak. Terkadang hasrat anak-anak mahu kembali kepada Allah, kepada fitrah, kepada Islam terbantut kerana dibawa sama kisah keluarga mereka.

Pesan saya, lihatlah kembali sirah Nabi-nabi dan para sahabat. Ada diantara mereka mak ayah bukan sahaja jahil bahkan kufur,tetapi mereka tetap istiqamah dijalanNya. Tidak terbeban dengan kisah keluarga. Jangan pula ada segelintir kita enak dengan buaian perasaan seakan syurga itu milik dia lantaran tiket "anak ustaz" atau "anak ustazah". Tanpa mereka lupa untuk mencari Islam itu sendiri. Ingatkah kisah Nabi Nuh...

Fikir-fikirkan...

Perubahan Perbualan

" Salam ami, ini ada akhwat Rusia yang baru masuk Islam nak kahwin," angah memulakan bicara.

"Jadi apa awak buat?," tanya saya balik.

"Hehe...saya saja cerita ke ibu. Ibu marah...Ibu kata jangan mengada-ngada. Dulu gatai sangat mulut suruh ibu cari, dari mulut duk saje. Lani orang dah cari, jangan mengada-ngada," separa bercanda angah.

"By the way....," sahaja saya tidak meneruskan perbualan.

"Hah ape ye?,"angah bertanya dan menandakan dia telah masuk perangkap.

" Btw, padan muka...hahahaha. Sape suruh gatal sangat," saya melengkapkan ayat tergantung tadi.

Candi Borobudur

Terasa benar perubahan cara perbualan kami. Jika dahulu semasa kecil, erat berbincang soal Ultraman siapa yang paling kuat, sekarang masuk bab lain. Bab orang dewasa.

"Ustaz, ana ada terbaca satu buku ni. Macam menarik buat ustaz untuk menambah idea dalam menulis terutama bab kekeluargaan.InsyAllah ada rezeki ana hadiahkan pada ustaz," saya ceritakan pada Ustaz Hasrizal

" Buku apa tu Amad?," berbincang soal buku sentiasa menarik minat ustaz.

" Pendidikan Seks buat Anak-Anak...tapi ana kena bagi ke ustaz sorok-sorok la."

" Wah bagus tu...tapi kenapa nak bagi sorok-sorok pulak?," tanya ustaz.

"Masyarakat kita taboo bab-bab ni ustaz."

"Huh,kalu ana la kan...siapa-siapa yang bila ana bercakap soal ini tetapi malu-malu tu tandanya deme tu tidak layak lagi bernikah. Walaupun deme tu sudah berjanggut," jawapan yang agak kelakar tetapi ada benarnya.

Anak "gadis" Haji Sulaiman

Nota 1 : Tahniah buat Ibu dan Abah, Dr Nur Suriati dan juga Dr Ahmad Fardi

Nota 2 : Dengan ini, secara rasmi saya membuka kembali blog ini. Exam sudah selesai.

Nota 3 : Sorry angah, saya bocor rahsia awak. Nanti saya bocor rahsia Kak Long pulop. Hik..hik

Nota 4 : Sayangi dan bermanjalah dengan mak ayah selagi mereka masih hidup.

Nota 5 : Ada satu article yang menarik tentang pendidikan seks. Disini

Nota 6 : Sekarang dua orang sudah menjadi Dr, saya dalam proses, adik Shamilah bakal memasuki dunia pelajar perubatan. Welcome to the club my little sister

Nota 7 : Esok daurah, lusa jaulah...terbaik!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday, 20 June 2009

Hits 20000

Hitung punya hitung, pengunjung Amadanaksoleh akhirnya telah mencapai 20000 orang. Dengan ulang tahun pertama blog ini,pada bulan Ogos ini.

Ada dua perasaan yang bermain dibenak fikiran. Gembira dan terharu dengan sokongan pengunjung semua. Namun ia tidak lepas jua dari perasaan terbeban dan seharusnya terbeban itu kerana memikirkan tanggungjawap yang tinggi untuk memberikan yang terbaik,Insyallah.

Tanggungjawap bagi saya,

Tanggung didunia,

Jawap diakhirat.

Satu penghormatan besar buat saya dan dengan ini saya berharap kalian terus bersama dengan memberi input yang terbaik, teguran yang mendamaikan, sumbang saran yang bagus untuk Amadanaksoleh. Menulis disini bukan sekadar mengisi masa atau pun membuang masa melainkan dengan satu "misi"

Saya juga ingin menghulurkan sepuluh jari memohon ampun jika ada terkasar bahasa,tersalah tutur bicara dalam perkongsian ini.Doakan agar Amad terus istiqamah dalam MEMBERI.

Jika nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya (Hamka)

Sebelum terlupa, ada hadiah buat kalian


.: Amad Sayang Kalian :.

Friday, 19 June 2009

Art Of Photografer

Celoh Semok,U are my hero Pok Mang

Kelihatan disini semakin banyak insan-insan yang berminat dengan bidang photografer ni. Jadi saya mahu berkongsi sedikit basic dan tips yang perlu ada pada seorang "penangkap gambar" sejati. Apa-apa pun mula dari basic:

Always bring your camera
The number one reason why people miss good pictures is because they don't have a camera. Make it a habit to always carry a camera with you, because you never know what you could miss.

Kembali ke fitrah

Shoot more

If you think you shoot enough - you don't. Especially if you have a digital camera, because there is no added cost to taking more photographs. Why take just one picture if you can take several? Are you in a place you may never visit again? Take a picture, because even the most boring day to day scenes can become historical in just a few years of time.

Trust your eye
Studying laws of composition is fine, but when it comes down to you must trust your eye. When you frame the shot, move the camera and explore the scene. When you find an angle or composition that FEELS good to you, take the picture immediately.

You can (and should) get several more shots.

Picture Can't Lies

train your eye
Look at the pictures you have taken and critique your own work. Did the image turn out like you planned? Do you like the composition? This self-review stage is essential for you to improve your photographic "spider-sense".

know your camera
You don't need to memorize every feature right away, but over time you should be comfortable enough so that operating your camera becomes second nature. It's like learning to shift gears or ride a bicycle - only when the machine becomes transparent are you really driving.

Sayang Walid

always work on a copy

This essential guide is new for the era of digital photography. Remember that until you make a backup copy your digital photo is a one of a kind original. Make it a habit to make copies immediately after loading them from your camera, even before looking at them! Back up your images onto removable media as often as you can.

Untuk skill, kita belajar macamana nak buat LIGHT RAY...

Awas: Dalam bahasa ganu


kalu nok pakai mode (A) appature priority wat gining:

1.Set kam appature no paling besor
2.Nescaye shutter dia akan slow...lagi slow lagi bagus...
3.Kene pakai trepok r, fardu ain Ustaz Azhar royak. Kalu handheld ada handshake udoh lalu la gambo...
4.Pastu tembok r...
5.Dok jadi jugok,tanya balik ambe


kalu guna mode (S) shutter priority wat gining plop:

1.Set kam shutter 30 sec dakpe....komang-komang 2,3 sec tapi klu nak chomey lagi lama r chomey...
2.Pastu pukol je lah...
3.Pakai trepok... mcm beselah,fardu ain.
4.Pastu wak seperti di atas lah jgk...wakaka

*cuma ade sikik syarat.Syarat ye gining:

1. Pasti kam tempat yang kite nak shoot tu di penuhi lalu-lalang oleh kenderaan dop kire muto ke kete ke,kete giling pun bereh gok..klu xdop mende lalu idup 4 kali agi dop jadi...wakakaka
2. Kalu nak chomey time kete byk lalu...klu sutey je dop brape chomey r oram kate...wakakaka
3. Kalu nak kemah paka trepok...wakakaka
4. Try 2,3, kali jgn wat skali puah hati dh...pukol sapa puah,bukang paka filem pong...wakakaka

Nota 1 : Wakaka

Nota 2 : Tripok fardu ain

Nota 3 : Sape nok join Usrah Photografer aka Keluarga Photografer? Hok ade lani, Reza Ganjaguru, Syeikh Amad, Editor Adi Gunawan Sasmitaadmadja..Syaratnya satu je,kene ikut usrah

Nota 4 : Sumber Digital Mukmin dan Forum Digital Mukmin

Nota 5 : Dok pahang? dok pahang sudoh..hahaha

From Zargus Planet

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.