Tuesday, 26 January 2010

Sorotan PERMAI Dari Lensa Amad

Sedikit sorotan gambar sepanjang PERMAI 10

1st shot in PERMAI

Sementara menunggu air teh "pinangan ditolak" ~ Teh tawar~

Abu Saif membuka tirai PERMAI 10

Trainer dari ProCAD consultancy

Serius dan kegembiraan

Karate dan dikarate

Sayap kiri PERMAI 10

Aiza, Al-Quran dan catatan PERMAI 10

Abu Saif menjawap soalan

Kang Herry bersama slot senyumnya

Muslimat di Cloud 9

Nody minta upload gambar terbaik Tyco...tetapi

Eleh...dia pun sama!

PERMAI, Islam dan Muslim

Abu Saif, Awang, En Azman dan Kang Herry

Sahabat seperjuangan dari Makassar

PERMAI bersama Bingkai Kehidupan

Ustaz Hasrizal sedang shooting

Group Kuda bersama kuda-kudanya

PERMAI itu ENJOY!!!

Geng Gigi Besi =p

PERMAI yang permai

PERMAI hijau dan PERMAI biru

Peserta PERMAI 10 Bandung!

2nd shot peserta PERMAI

Kontinjen dari Jakarta

Terbang jauh dari Makassar

Golongan orang tua-tua (KOAS)

Dua jejaka lone ranger dari Surabaya

Gadis-gadis ITB

Indramayu

Ustok bersama konco-konconya, Jogjakarta

Si Hujjah dan GMInya

UNPAD Jatinangor dan Jonas fotonya

Tulang belakang PERMAI 10

Dua dari tiga insan ini sudah berpunya...lalala ustok!

Ish...ish...time-time PERMAI duk dating!

Dr Maza pun sudah, sekarang Abu Saif...CGC mengorak langkah

Izinkan meminjam bahumu...AJK PERMAI kepenatan

5 jejaka terpanas...wahahaha

Hantar Ustaz Hasrizal ke Bandara

Dr Amad bersama Sifu, Abu Saif

Nota 1 : Akan menyusul article "Pengembala Doktrin bersama ternakan mad'u".... Refleks selepas segelintir pejuang agama menghalang anak buahnya menghadiri PERMAI

Nota 2 : Penat tetapi seronok

Nota 3 : Tahniah dan terima kasih kepada semua. Ustaz Hasrizal, AJK dan juga peserta. Hal baik, sebarkan pada teman. Yang buruk, meh bisik ke telinga kami. Kami mahu membaikinya.

Nota 4 : Anda boleh copy gambar dengan tekan right click pada tetikus

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Sunday, 17 January 2010

Mencari Hikmah Diam

Muaahh...Muaahh...Muaahh

Gambar Hiasan

Si kecil, dicium bertalu-talu oleh saya. Entah kenapa ditakdirkan Allah, saya memang suka bahkan mungkin sudah tahap obses dengan budak kecil. Jika pulang ke kampung, dengan anak buah yang ramai, saya boleh dukung dua orang sekali gus.

Dan sekarang bukan soal budak kecil. Saya mahu berkongsi tentang hikmah diam.

Pulang ke kampung cuti kelmarin, saya seperti biasa wajib akan bertandang ke rumah tok. Mahu mencium tangan tok, mahu memeluk tok, mahu bertanya khabar tok dan mahu bergurau senda dengan tok.

" Bakpe Nik Aziz doa sapa nok bagi pecah perut orang. Tu ke ulama. Orang tahu agama dok wat gitu seme," soalan terjah tok.
(Kenapa Nik Aziz doa sampai mahu bagi orang pecah perut? itu ke ulama. Oran tahu agama tidak buat macam itu)

Dan saya, hanya DIAM. Sambil buat-buat main dengan anak buah.

" Patutnya dia dok wat gitu. Abendelah sapa doa gitu seme," tok masih meneruskan soalan provokasinya. Masih tidak berpuas hati tiada sambutan.
(Sepatutnya dia tidak buat macam tu. Kenapalah sampai nak doa macam tu)

" Erm...dok auw gok toki weh. Ami dok dang nok dego doa Nik Aziz. Jadi dok comey nok ulas," jawap saya.
( Erm...tak tahu pulak tok. Ami tidak sempat nak dengar doa Nik Aziz tu. Jadi tidak elok kalau nak komen)

Tok masih mengomel-ngomel.

" Tok dengo dari mana doa tu?," tanya saya.
(Tok dengar doa tu dari mana?)

" Doa dok dengo, tapi duk dengo ulasan dari tv lah,"jawap tok.
(Tak dengar doa, tapi dengar ulasan doa dari tv)

" Owh gitu...tv steseng ape hok tok dengo tuh?,"tanya saya lagi.
(Owh macam tu...stesen tv apa yang tok dengar?)

" TV1 lah," jawap tok sambil ngomel dan ngomel.

" TV1....hehehe...patutlah!," kata dan ketawa saya dalam hati. Mulut masih memilih diam.

Mencari Hikmah Dengan Diam

Jika diikutkan perangai biasa saya, hal seperti ini biasanya akan saya balas dan balas. Berbalas hujah sampailah salah seorang menarik diri.


Tetapi kali ini saya cuba mengubah sikap itu dengan memilih diam.

Kenapa memilih diam sedangkan ada hujah untuk mematahkan soalan itu?

Disini terletaknya hikmah diam.

Melihat keadaan tok yang menyokong tegar kapal layar, pengundi saluran 1 dan pertimbangan akhlak. Saya memilih diam. Buat apa kita mahu bertegang leher, dan melukakan silaturahim yang terbina dengan hal yang kita tidak pasti ketengah ketepinya. Boleh jadi, jika balas dan berbalas hujah akan ada insan yang akan terluka hatinya.

Jadi saya diam.

Dan hubungan saya dengan tok...seperti biasa. Penuh kemesraan dan kasih sayang.

Jika mahu membalas soalan-soalan tok itu, bisa-bisa saja. Saya tahu dan mengambil tahu tentang hal itu. Tetapi bukan untuk kali ini.

Menjawap soalan tok itu bagi saya bukan lagi sampai tahap wajib disisi agama. Tetapi menjaga silaturahim, mengawal akhlak dan menghormati orang tua itu sudah pasti amat dituntut oleh agama. Tiada khilaf bab itu.

Islam dan Hujah

Sebelum saya pergi lebih mendalam, saya mahu ber"mufaraqah" (berpisah) dahulu dengan kes yang tiada hujah tetapi masih mahu menjawap. Itu semacam memperbodoh-bodohkan diri sendiri tanpa sedar. Dikatakan badut pun boleh.

" Islam itu terletak pada hujah!," itu adalah ungkapan seorang pemidato hebat dari satu sosok pejuang Islam.

Benarkah begitu?

Benar!

Ada penambahan?

Ada!

Islam memang tertegak dengan hujah. Tiada keraguan yang dihadapkan terhadap Islam yang tidak mampu dijawap. Satu persatu keraguan dan persoalan akan dijawap semuanya dengan hujah yang kukuh oleh Islam. Itu yang berjaya dikekalkan sejak 1000 tahun lampau.

Tetapi...

Bukan semua persoalan yang ditimbulkan, jawapnya adalah hujah. Ada masa dibenarkan kita berbalas hujah demi menegakkan kebenaran. Ada kalanya, apabila perbincangan itu sudah terkeluar dari batas akhlak yang dibenarkan.

Amarah

Maki hamun

Caci maki

Jika sudah itu keadaannya, memilih jalan diam itu seharusnya menjadi pilihan. Haq yang ditegakkan cara yang batil, tiada nilai disisi Allah. Dimata orang dipandang najis.

Jiwa Daie Otak Faqih

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras.Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, "apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?" Kata mereka, solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat islam adalah wajib.

Lantas Hasan al-Banna menjawab, "apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat?! Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian".

Itulah sikap dan letaknya pendekatan matang yang seharusnya yang daie ada. Boleh sahaja, dibebelkan tentang hujah dan dalil tetapi itu bukanlah cara yang bijak.

Jadi, kekadang jika sudah malas melayan dan mencari hikmah diam saya akan tutup dengan

"Apa-apa jelah labu..."

Nota 1 : Terpaksa translate Bahasa Ganu sebab ada orang mengadu tidak faham. Tidak diceritakan dalam bahasa ganu, nuansa ganu hilang.

Nota 2 : Cerita Jiwa Daie Otak Faqih diambil dari article Ustaz Hasrizal. Tidak boleh 'linkkan'.

Nota 3 : Kali ini article pendek. Yey!!!

Nota 4 : Bukan lagi article cinta. Kali kedua Yey!!!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Thursday, 14 January 2010

Mulakan Dengan Melihat Pasangan Anda


Terganggu...

Itu yang tepat mengambarkan perasaan saya sekarang. Dalam usaha membuang sifat tidakpedulism dengan mengambil tahu khabar dari tanahair tercinta, sebenarnya memerlukan mujahadah yang besar.

Saya dibesarkan dan didik dengan tidak menerima dan melihat itu semata-mata isu, dan dibiarkan berlalu tanpa difikirkan kesan dan akibatnya. Dan itulah sebenarnya yang banyak menyesakkan minda. Yang paling menarik perhatian ialah tentang runtuhnya sistem sosial dan beragama oleh orang Islam.

Dan lihat dan diam itu bukan lagi satu pilihan yang tepat buat saya.

Saya singgah ke satu blog ke sukaan iaitu blog Ustaz Zaharuddin. Tertarik membaca ulasan dan jawapan beliau berkenaan hubungan antara lelaki dan perempuan. Kisahnya berkenaan lelaki dan wanita berzina dan ingin bertaubat. Itu satu hal. Yang mengejutkan dari dekat 100 komen dibawa article itu, boleh saya rumuskan 50% dari komen itu menceritakan dan memohon Ustaz Zaharuddin menyelesaikan masalah zina masing-masing.

Ini bukan lagi isu terpencil!

"Saya dan dia sudah kenal lama...kami mahu berkahwin tetapi keluarga pihak lelaki tidak bersetuju. Dan sekarang kami sudah terlanjur dan ingin bertaubat."

"Kami sudah bertunang...dia sebenarnya seorang lelaki yang baik. Tetapi akhirnya kami tewas dengan desakan nafsu masing-masing."

" Pada awal jumpa dengan saya dia seorang lelaki yang baik dan hormati saya. Pertemuaan kami yang pertama di Shopping Mall. Selepas dua tiga kali bertemu kami tidak melakukan hal terlarang melainkan hanya berpegangan tangan. Selepas itu, dia minta lebih. Awalnya saya bertegas, tetapi layu dalam pujukan dia."

Itu komen-komen di blog seorang ustaz. Dan sekarang pula cerita di akhbar tabloid negara.

Seorang mangsa, Rozie, 20, dari Ampang tidak menyangka perkenalan dengan seorang jejaka melalui laman sosial Facebook bakal menjadi titik hitam dalam hidupnya.

Katanya, menerusi laman sosial itu, Boy dilihat seolah-olah tidak mempunyai ramai rakan perempuan berikutan tiada kenalan wanita dalam senarai sahabatnya.

“Ini menyebabkan saya menganggap Boy bukan kaki perempuan dan boleh dipercayai.

“Kami bertemu buat kali pertama apabila dia mengajak saya ke majlis hari jadi rakannya,” kata Rozie yang jatuh cinta dengan Boy yang bersopan santun dan pandai menjaga hatinya.

“Di tempat kerja, saya kerap diganggu lelaki, tetapi Boy pula sering mengambil berat dengan menjaga saya daripada diganggu mereka,” katanya yang bertugas sebagai pakar kecantikan di ibu kota.

Akibat terlalu percayakan lelaki itu, Rozie mengandung hasil hubungan terlarang mereka selepas setahun menjalin cinta.


Itulaha dari ribuan cerita liku kehidupan masyarakat pada masa sekarang. Denga hanya internet penyambung hubungan. Allah, Rasul, keluarga dan maruh ditolak ketepi. Semuanya atas nama CINTA.

Sungguh mereka tidak mengerti untuk membezakan apa itu CINTA dan apa itu NAFSU.

Kasih Rasul Terhadap Wanita

Didalam sejarah ummat, insan yang paling kasih dan cinta kepada wanita ialah Rasulullah s.a.w. Tidak sedikit usaha, teguran dan tindakan yang dibuat dalam menterjemahkan perasaan cinta Baginda terhadap kaum hawa ini. Tetapi sering kali kita mengabaikan bahkan memperlekeh nasihat Baginda.

"Islam ini kuno lah...itu tak boleh, ini tak boleh. Tension tahu!!!"

" Mak ayah, aku pun tak bising...yang ko duk bawak Al-Quran dan hadis segala ini buat apa. Sikit-sikit Islam, nak cakap Islam pergi masjid la beb?"

Bagi yang mengatakan Islam yang Rasulullah s.a.w itu kuno, mengongkong, dan segala nista. Saya ingin mengajak kita sama-sama renung satu kisah sirah nabawi yang pada masa itu Baginda menunaikan Haji Wida', haji yang terakhir Baginda. Baginda memberikan satu khutbah umum yang terakhir dalam hidupnya. Salah satu aspek yang Baginda sentuh adalah berkenaan kaum Hawa.

" Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."


Inilah insan yang mempertegaskan haq wanita, inilah jua insan yang anda katakan kolot...

Inilah insan yang menyuruh melayani wanita dengan kasih sayang, inilah jua insan yang anda katakan mengongkong...

Gambar Hiasan

Inilah insan yang melayani wanita dengan lemah-lembut, inilah jua insan yang anda katakan out of date...

Skrip Berulang


Jika kita melihat senario diatas, modus operandi hingga terjadinya zina dan sama waktu dengannya adalah mudah dan berulang-ulang kisahnya.

Berkenalan

Lelaki berlakon baik atau memang baik pada awalnya

Perempuan terkesima dengan baik budi dan ayat si lelaki

Keluar bersama untuk kali pertama dan lelaki itu kelihatan sungguh baik dan sopan

Hubungan semakin rapat dan lelaki meminta berpegangan tangan.

Perempuan bertegas menolak, dipujuk dan dipujuk.

Akhirnya layu...dan pergilah ke babak yang seterusnya.

Mudah sahaja skrip cinta cintun masyarakat sekarang. Dan skrip inilah yang membawa kecelakaan kepada masyarakat.

Menjadi tanda soal, haruskah hubungan lelaki dan wanita berakhir seperti itu? Adakah semudah itu untuk "mencairkan" hati seorang wanita. Cukup sekadar ayat power, muka kacak, dan belanja makan yang tidak seberapa. Dan siap untuk menyerah diri untuk disembelih sang lelaki. Kambing yang abah jual pun harga RM400 seekor, takkan belanja makan yang tidak sampai RM50 sudah layu.

Kelebihan lelaki ialah pandai memujuk dan berlakon, dan kelemahan wanita adalah mudah dipujuk rayu dan ditipu.

Oleh kerana itu, Islam melihat isu hubungan lelaki dan wanita ini cukup penting untuk disentuh. Kerana disini letak titik jatuh bangun ummah. Mahu lihat masa depan Islam, lihatlah pada pemuda pemudinya. Jika pemuda pemudinya kaki rempit, masa depan Islam 'rempit' jugalah jawapnya.

Sunnah dalam Hubungan Lelaki dan Wanita


" Kenapa dia duk naik motor dengan perempuan tu? Tengok macam ok je..Ada apa-apa urusan mendesak ke sampai perlu macam itu?," saya bertanya kepada adik kelas (junior).

" Entah tak pasti pulak kenapa. Tapi ada orang bagi tahu mungkin salah satu cara dakwah kot," jawap dia bersahaja.

" Dakwah apa??? Apa yang dia tahu dengan dakwah seperti itu? Mengangkat perempuan itu dari satu lubang neraka dengan meletakkan kedalam lubang neraka yang lain. Kali ini dengan lelaki itu masuk lubang sekali. Dakwah itu luas, tetapi masih tidak berkompromi dengan bersalut kemaksiatan," saya menjawap. Mengaitkan tindakan itu dengan Islam dan dakwah pulak tu.

Panas!!!

Seperti pernah saya sentuh dalam article Manual Bercinta, Islam itu meraikan fitrah. Jika anda suka kepada perempuan, bersyukurlah kerana anda normal dan bukan gay. Jika si gadis tertawan dengan sang lelaki, itu juga normal dan tidaklah berdosa didalam Islam.

Tetapi ada aturannya...

1. Ramai pasangan keluar berdua-duaan tidak kiralah samaada pergi shopping, dating, ataupun ke masjid sekalipun. Ketahuilah itu dilarang sama sekali. Bagi yang sudah bertunang sekalipun aturannya tetap ketat. Keluar dibolehkan tetapi dengan syarat ditemani oleh mahram yang tsiqah(terpercaya dari segi agama dan matang dalam tindakan). Kerana ada yang mengajak teman, sedangkan teman yang diajak itu merapu dan tidak tahu hukum hakam.

2. Kurangkan komunikasi yang tidak berkenaan. Isi perbincangan seharusnya dikawal. Isi pun dikawal, gantiaan nama seperti ayang itik, abang, ucuk dan segala hal lagilah bersalahan dengan syarak.

3. Tidak boleh bersentuhan sama sekali. Jadi diharap tiadalah dialog " Saya dan dia cukup menjaga...kami tidak melakukan larangan. Paling tidak pun hanya sekadar berpegangan tangan je." ~ Pegang tangan SAHAJA...hurm~

4. Elakkan fitnah dari masyarakat sekeliling. Mahu elakkan fitnah, jangan kita sendiri cipta fitnah itu. Jangan salahkan masyarakat mengata, sedangkan diri dengan pasangan kelakuan sumbang.

5. Berkaitan gambar. Melihat aurat sudah semestinya sudah salah. Sekarang trend menjadikan gambar pasangan sebagai wallpaper telefon bimbit, laptop bahkan menjadi primary picture di Facebook dan Friendster. Dua kali salah! Dilarang bertukar gambar tanpa sebab yang syarie'.

6. Jika semua ini kita tidak mampu lakukan dan penyelesaian pernikahan itu masih jauh pejalanannya. Putuslah hubungan itu dengan serta-merta. Pedih...sedih. Memang! Tetapi itulah mujahadah. Rintangan dihadapan lagi besar dan memerlukan lebih tinggi mujahadahnya berbanding putuskan hubungan itu. Percayalah, jika niat semua itu kerana Allah s.w.t. Dia akan gantikan duka lara hati dengan kegembiraan lebih besar dari itu.

Keluarga Muslim

Gambar Hiasan

Selepas melihat semakin rosaknya ummah sekarang. Bagi saya, keperluan untuk membina satu keluarga contoh, sakinah dan mawadah sudah menjadi kewajipan setiap insan yang mengaku beriman. Melahir dan mendidik generasi baru sebagai penyambung mata rantai perjuangan Baginda sudah menjadi tuntutan yang vital.

Kepada lelaki, hormatilah wanita seperti Baginda menghormati mereka.

Kepada wanita, lebihkan menjadi dari mencari dan kuatlah dalam berprinsip.

Tetapi sebelum kita mahu bina keluarga muslim lagi mukmin, mulakan dengan melihat dan memilih calon ibu kepada anak-anak kita. Dan lihat dan pilihlah calon bapa kepada anak-anak kita. Itu tapaknya, jika mahu kukuh bangunannya!

Anda mencari, saya mendoakan...

Nota 1 : Saya mengubah tajuk bagi mengumumkan lagi tajuk article.

Nota 2 : Sudah boleh tukar nama dari Dr Amad kepada Dr Cinta...Ahaks!

Nota 3 : Tidak sabar ke Permai. Saya doakan kepada sesiapa yang imtihan tetapi masih pergi Permai, agar mendapat keputusan yang cemerlang nanti.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Monday, 11 January 2010

Hati Kembali Kepada Nasyid

Saya adalah antara ribuan bahkan mungkin jutaan peminat nasyid. Dibesarkan dengan himpunan lagu nasyid kumpulan Nada Murni pada zaman Tadika, dan ledakan fenominal kumpulan Raihan, Hijjaz dan Rabbani selepas itu, amat menarik minat. Abah pula sememangnya menjaga dan menapis lagu-lagu apa yang sepatutnya didengar oleh anak-anaknya.

Dan itu dulu, selepas datangnya kumpulan-kumpulan nasyid selepas lagenda 3 kumpulan nasyid diatas. Industri nasyid kita semakin suram. Suram bukan kerana kita ketandusan bakat, tetapi kita nasyid kita gersang dari sentuhan hidayah Allah s.w.t.

Dengan lagu yang memuja wanita secara keterlaluan, boleh saya katakan jika saya ini bukan peminat nasyid tegar. Mendengar lirik dan lagu tanpa mengenal siapa penyanyinya, InsyAllah akan saya kelaskan lagu itu setaraf dengan lagu pop cintan masa kini.

Saya bosan

Saya geram

Saya sedih

Oleh kerana itu, saya mengisi kekosongan ruang halwa telinga dengan lagu-lagu nasyid dari Indonesia. Shoutul Harakah, Izzatul Islam dan juga penyanyi solo nasyid dari luar negara seperti Sami Yusuf dan Zain Bhikha. Itu juga kadang-kadang menuntun bosan, dan sesekali ku dengar juga Hail Amir, Amuk, XPDC, M Nasir, Sudirman, Papa Rock kita Ramli Sarip dan Saleem.

"Lagu Amuk jika diketepikan musik berat mereka, lirik lagu lebih mendekatkan diri kepada Allah berbanding lagu nasyid 1Malaysia kita," pernah saya berbisik dalam hati selepas mendengar lagu Aku Mahu Pulang.

Nasyid saya mengalami zaman tepu...

Dan hari itu, didalam inbox saya ada satu message. Seorang sahabat menghantarnya dengan disisip sama satu lagu nasyid. Saya pun muat turun. Melihat hanya sekilas dan masih belum terbuka hati untuk mendengarnya.

Selepas pulang dari kuliah, dalam penat. Di"godek-godeknya" laptop, dan dipasanglah lagu nasyid itu. Maher Zain- Always Be There. Dan selepas itu...

Dan dia tidak memakai songkok seperti nasyid Malaysia =)

Diulang...

Diulang...

Dan diulang...

"Adakah aku sudah jatuh cinta?," jangan risau, saya tidak berbisik itu dalam hati..ekeke

Menarik. Terus ke Youtube cuba mencari lagi lagu-lagu nasyid yang lain. Menarik dan tertarik itu yang boleh saya simpulkan. Dan sekarang, Allahamdulillah saya telah mempunyai semua lagu beliau tetapi saya masih mahu beli cd yang original.

Anda patut dengar lagu beliau dan hayatilah lirik-lirik lagu Maher Zain. Memang lain dari yang lain. Sudah ramai yang saya "racuni" supaya mendengar dan sekarang mereka sekarang "kipas susah mati" Maher Zain seperti saya.

Sekarang hatiku kembali kepada nasyid...Alhamdulillah...Allahamdulillah...Alhamdulillah..

Dengar dan Hayatilah... Maher Zain!


InsyAllah ( Lagu killer Maher Zain)



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Thank You Allah



I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Nota 1 : Sesiapa yang mahu lagu beliau, boleh dapatkan pada Amad.

Nota 2 : Oleh kerana ramai yan nak nikah tahun ini, saya dedikasikan satu lagu kepada anda... Barakallahulakuma.



Orang tidak nikah tahun ini pun minat lagu ini, takkan orang nikah tak minat..ekeke

Nota 3 : Alhamdulillah selesai imtihan, sekarang THESIS...Vitamin C oh Vitamin C...

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday, 9 January 2010

Manual Bercinta : Menguruskan Cinta

Banyak insan berubah kerana cinta. Ini kerana apabila disapa badai cinta, kita merelakan diri menjadi HAMBA. Itu fitrahnya cinta.

Cinta Ilahi, bersedia menjadi Hamba TuhanNya

Cinta Nabi, bersedia mengikuti segala suruhan Baginda

Cinta Manusia, bersedia diperhambakan oleh hamba

Jika dahulu pada awal datang ke Bandung, hubungan sesama sahabat kuat dan sering bersama dalam apa jua keadaan. Makan, bersukan, dan juga solat berjamaah di masjid. Dan itu dulu, sekarang bila ada si dia disisi, semuanya berbalik 180 darjah.

Sedih

Terkilan

Senario Orang Bercinta

Saya dikelilingi oleh ramai yang terlibat dengan cinta. Usahkan cinta lelaki dan wanita, ditanya soalan tentang bagaimana untuk menguruskan perasaan rasa suka antara lelaki dengan lelaki pun ada. Poning!

" Mana aku tau...so far aku suka ke perempuan je," jawap saya. Empathy dan bosan berlawan dalam diri.

Pulang saya ke Malaysia baru ini menemukan diri kepada satu konflik masyarakat yang amat parah. Hubungan lelaki dan wanita ini sebenarnya banyak memakan korban diri, maruah dan agama. Boleh dikatakan setiap hari, disetiap surat khabar ada isu rogol, zina dan buang anak.

Ada diantara kita membaca, mendengar dan melihat isu ini sekadar angin lalu, tidak mengambil pusing dengan apa yang berlaku. Dan ini dikatakan oleh Rasulullah lebih 1000 tahun yang lampau sebagai FITNAH AKHIR ZAMAN.

Dan saya terasa, tanda ada rasa.

Anda?

Cinta itu Couple? Couple itu Cinta?


" Tengok tu, berkepit je...al-maklumlah tengah dilamun cinta."

" Kalau sayang betul cintakan abang, jomlah keluar petang ni."

" Abang cintakan ayang...suruhlah apa sahaja, abang akan buat."

Itulah senario apabila tengah fanaanya cinta. Persoalannya adakah cinta itu couple? Disini izinkan saya meletakkan satu benchmark iaitu cinta itu bukan couple. Perasan cinta itu murni dan tidak layak diletakkan dengan couple.

Sekarang mari saya menjawap soalan.

Jadi couple itu ada ke tidak dalam Islam?

Tidak ada. Tidak dibenarkan oleh Islam.

Cinta pulak bagaimana?

Itu ada dalam Islam. Dan diraikan fitrah itu.

Aik...couple tak ada, cinta pula ada. Pelik tuh!

Cinta dan couple adalah dua benda yang berbeza. Tidak pelik jika kita dapat bezakan dua itu. Tetapi...

Tetapi apa,tension la ni main sekerat-sekerat

Tetapi perlu ikut aturan yang Islam tetapkan...uruslah rasa cinta itu sebaiknya.

Islam Meraikan Cinta

Cinta ini lawan pun jangan, layan pun jangan. Dan ia fitrah bagi manusia. Tolak ketepi isu fitrah songsang suka sesama lelaki. Memang, hakikat lelaki suka pada wanita, dan wanita suka pada lelaki. Tidak kita bagaimana rupa insan itu, itulah fitrahnya. Dan Islam datang untuk meraikan fitrah itu dan pada masa yang sama mengawalnya.

Didalam fiqh Islam, ada satu kaedah yang disebut " apabila sesuatu yang menyempit itu, ia akan melebar. Dan apabila melebar ia akan menyempit"

Gambar Hiasan

"Ish...apa ke benda sempit-sempit dan lebar-lebar ni...pening la."

Satu contoh semua orang suka, iaitu makan. Makan itu pada dasarkan ialah wajib kepada manusia. Dan Islam membenarkan. Islam membenarkan makan segala makanan yang ada didalam dunia ini melainkan beberapa contohnya babi dan bangkai. Disitu kaedah fiqhnya dari melebar ia menyempit.

Satu contohnya biasa bagi musafir iaitu solat. Kita diwajibkan solat dalam apa jua keadaan. Dan apabila kita bermusafir sudah tentu untuk menunaikan solat akan ada sedikit kekangan. Oleh kerana itu, Allah s.w.t telah mengsyariatkan solat jamak dan qasar untuk memudahkan urusan solat kita. Disitu kaedah fiqhnya dari menyempit ia melebar.

Itu adalah contoh mudah bagaimana kita nak fahami bagaimana Islam meraikan fitrah manusia.

Islam meletakkan satu aturan yang ketat dalam hubungan antara lelaki dan wanita. Tidak seperti lelaki bergaul dengan lelaki dan wanita bergaul dengan wanita. Ia perlu dipertegaskan kerana banyak masalah dan konflik hari ini berlaku didalam masyarakat kerana kita membelakangkan aturan Allah ini.

Oleh kerana itu Islam melarang hubungan antara lelaki dan wanita tanpa sebab yang dibenarkan syarak. Keluar berdua, makan berdua, balik rumah berdua, sms bersayang-sayang, itu semua dilarang oleh agama.

"Jadi kami perlu breaklah macam tu...sedih ye"

"Siapa suruh break? Kalau dah sayang baguslah...cuma perlu betul ialah MENGURUSKAN sayang"

Macamana?

Halakan kepada Nikah

Kepada wanita, jika hubungan itu dimulakan dengan lelaki itu tanpa sedikit pun berfikir mahupun berhasrat melanjutkan kepada perkahwinan, jujur saya katakan...Anda dipermain-mainkan.

Usah diimpikan hubungan seperti Fahri dalam Ayat-Ayat Cinta mahupun Khairul Azzam dalam Ketika Cinta Bertasbih kerana itu fatamorgana dalam kehidupan kita.

Tiada cara lain jika hati sudah suka sama suka, halakan kepada perkahwinan.

Lelaki perlu mengambil tanggungjawap ini secara serius. Hubungilah keluarga perempuan itu, dan uruskan untuk pertunangan dan seterusnya perkahwinan.

"Tapi pakwe saya tidak mahu hubungi mak ayah saya untuk uruskan hal ini"

Paksa!

"Dia berkeras tak nak"

Putus!

Tanggung dan jawap...

Lelaki, jangan sekali-kali mengajak si dia keluar berdua walaupun ke Jatos

Lelaki, jangan sekali-kali memanggil si dia sayang,ucuk atau sama waktu dengannya

Semua itu ada akan boleh buat apabila anda melafazkan

"Aku Terima Nikahnya"

Gambar Hiasan

Nota 1 : Pening sikit nak buat article ini. Idea ada, tapi kepala dengan ekor tidak tahu mana nak letak.

Nota 2 : Ramai sahabat nak nikah, saya ucapkan semoga mendapat keluarga yang sakinah dan bercintalah hingga ke syurga.

Nota 3 : Isnin last paper, pray for me...


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Tuesday, 5 January 2010

Gambar Bercerita


Pulang baru-baru ini membawa diri ke negeri Kelantan. Pada pagi itu selepas solat subuh, diajak oleh ibu abah untuk Pasar Siti Khadijah. Target utama saya ialah untuk merasa semua kueh tradisional Kelate. Jadi jumpalah dengan jala mas, bunga tanjung dan tahi itik. Sempat "bergaduh" dengan ibu tentang nama kueh. Yang menarik saya salah, dan dia pun salah... Muahahaha...yang betulnya Abah. Melihat kebanyakan penjual di pasar ialah wanita dengan gelang emas sampai ke lengan. Orang Kelate sememangnya berjiwa usahawan sejati dengan majoriti kedai di Bandar Kota Bharu bernama Ismail, Osman, Mek Siti, Wan Selamah... Tempat lain bagaimana? Kesimpulannya, mahu lihat peniaga melayu yang betul berjaya tanpa sebarang bantuan bawah karpet, lihatlah rakyat kelate.

"Nak tengok orang jurus, kelate la...Nak tengok orang gedebe kelate jugak juaranya," kata ibu

Ini pun saya tembak semasa "lawatan sambil makan" ke Pasar Siti Khadijah. Segala senjata ada, melainkan senjata api dan juga enjin jet pejuang tidak jual disini.

Keluar hantar adik pulang ke tempat pengajian, satu keluarga pusing-pusing satu Bandar Raya Pesisir Air (Buasir). Ada terserempak dengan produk pembangunan yang tidak pernah dilihat diantaranya kumpulan mat dan minah punk. Mata hitam, rambut berwarna traffik light dan gadisnya berseluar pukat.

" Anak buluh betung ke budak-budak ni...mak bapak tak bimbang ke deme ni keluar malam-malam"

Selepas itu pergi ke Pantai Batu Buruk melihat suasana disana. Agak mendamaikan dengan hanya ada mat-mat kereta buat 'free show' kereta mereka. Menarik dan stylo (maaf DBP).

Selepas subuh, saya nekad melaksanakan misi untuk makan Nasi Dagang Mak Ngah yang popular itu dan menembak isra . SMS saya ke Awang tidak berbalas. Baru nak belanja makan. Jadi saya "terpaksa" makan seorang diri.

"Best juga ada teman makan pepagi ini," hatiku berbisik...hehehe. XOXO

Mahu menembak isra tetapi awan tebal dikaki langit, jadi terjadilah kejadian kejar mengejar dengan matahari untuk mendapatkan tembakan yang menarik. Tempat kejadian adalah di Pantai Rusila.

Ini adalah di Pulau Kekabu. Dahulu inilah tempat permainan saya ada sepupu. Meriah. Sekarang diatas dasar pembangunan yang tidak pernah dilihat itu, mereka dipindahkan ke satu penempatan yang lain. Tetapi tempat ini masih dijadikan tempat "menambat" kapal-kapal nelayan. Suasana kampung nelayan habislah kalau disini. Menarik! Budak kecik itu ialah Amad Kecik. Diajak keluar menembak sama. Dia baru menjadi 'lelaki' cuti sekolah baru ini.

Ilmu tanpa amal seperti beli DSLR tapi tidak guna untuk menembak. Itu peribahasa baru saya. Selepas menadah kitab dengan Hafiz, tentang cara membuat BINTANG dan light ray, keluar solat Isyak digalas sama dengan trepok dan senjata.

" Amboi, ni nak keluar solat ke nak kemana ? Dengan stand-stand segala," ibu menegur.

"Hehehe...insyAllah tak pergi nikah ye"

Tengok gambar mesti teringat ke kuaci. Ini ditembak selepas mandi air terjun di Tasik Kenyir. Hujan lebat pada awalnya, membangkitkan pacat-pacat yang didalam lena untuk bangun. Usai mandi, kami bersiap juadah makan malam. Ayam dan sotong bakar!. Tetapi dukacita, kuaci kami telah di"paw" oleh mamat pemandu bot. Ciskes sungguh!. Ikutkan hati, tobat tidakku bagi ayam bakar tetapi ada sahabat yang baik hati...

"Kesian ke brader tu...bagi jela," kata Farid dengan penuh hiba.

"Betul jugak, kang mati brader tu. Siapa yang nak bawa bot ni balik"

Nostalgia...hehehe.

Nota 1 : Buanglah kotoran hitam dijiwa mu seperti kita membuang kotoran di lens camera -Dr Amad-

Nota 2 : Entah kenap sekarang seronok dengar lagu BarakahAllahuLakuma dan For The Rest of My Life... nakal,nakal...hehehe.

Nota 3 : Permai semakin dekat. Tidak sabar..

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.