Monday, 29 September 2008

Pemergian Ditangisi,Kedatangan Disyukuri


Salam buat semua…


Kita buat sekian kali akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Pemergian Ramadan ditangisi dan Ketibaan Syawal disambut dengan kesyukuran.Keluarga saya buat sekian kali juga beraya tidak lengkap.Jika sebelum-sebelum ini yang tiada disisi hanya Abang Ngah,untuk tahun ini Kak Long juga tiada.Ketiadaan mereka dalam erti mujahadah pada jalanNYA..insyAllah.


Berakhirnya madrasah Ramadan,meninggalkan satu soalan yang perlu kita jawap.Adakah keputusan kita selepas keluar dari madrasah Ramadan adalah tarafnya TAKWA? Jika ia,Alhamdulillah.Jika keputusannya biasa-biasa aje,kita patut istiqfar memohon ampun pada DIA.


Dapatkan kita pastikan udara yang kita hirup pada Ramadan kali ini adalah udara yang sama kita dapat hirup untuk Ramadan akan datang?

Dapatkan kita pastikan masa yang kita ada pada Ramadan kali ini adalah masa yang sama kita ada untuk Ramadan akan datang?

Dapatkan kita pastikan rezeki yang kita nikmati pada Ramadan kali ini adalah rezeki yang sama kita dapat makan pada Ramadan akan datang?

Dapakan kita pastikan NYAWA yang kita ada pada Ramadan kali ini adalah NYAWA yang sama kita ada untuk Ramadan akan datang?


Segalanya tidak pasti…


Tahniah buat para pelajar “Madrasah Ramadan” yang Berjaya mendapat keputusan TAKWA. Semoga Allah s.w.t membenarkan kita semua untuk memasuki Madrasah Ramadan pada tahun hadapan..Amin


Buat Kak Long dan Angah, Ami nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfiti dan Maaf Zahir dan Batin.Jangan nangis deh dipagi raya terutama Kak Long.


Buat Pengunjung Amadanaksoleh..saya menyusun sepuluh jari dengan jiwa penuh kasih sayang memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tersalah tutur bicara.Salam Aidilfitri juga buat semua.


Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin


p/s: Mai la datang ke rumah pada raya ke-2.


.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Wednesday, 24 September 2008

Cry No More

Jangan Menangis Adikku


Pada hari Selasa 23.09.08 kami IMAN bersama-sama sahabat-sahabat yang lain telah Berjaya menganjurkan program Cry No More… Cry No More adalah satu program yang berasaskan kebajikan dengan menjadikan golongan yang kurang berkemampuan sebagai golongan sasaran.


Dengan berpaksikan sumbangan oleh pelajar-pelajar Malaysia seperti berbentuk duit,pakaian dan makanan,Alhamdulilah program ini berjalan lancar dengan sokongan kalian.


Sebelum ini Cry No More telah mengadakan program kebajikan yang sama dengan anak-anak yatim di sekitar Cikuda…dengan penyampian bantuan makanan dan bantuan alat tulis pada mereka.


Dan pada hari Selasa kami IMAN menjadi wakil pelajar-pelajar Malaysia berkunjung ke Panti Asuhan Anak Riyaadlul-Jannah.Disana majority kanak-kanak yang kurang berkemampuan dan anak-anak yatim.


Kedatangan rombongan kami disambut mesra oleh pengurus panti asuhan ini, Bapak Haji Tatang Ratjam.Didalam kelas,adik-adik tersayang telah menunggu kami.Kehadiran kami disambut dengan penuh ceria oleh adik-adik dipanti asuhan itu.


Aturcaranya adalah ucapan oleh Presiden IMAN,Ahmad Zulhazwan aka Awang dan Haji Tatang,selepas itu penyampaian sumbangan ,berbuka bareng( Iftar Jamaie’) bersama warga Panti Asuhan ini..


Sumbangan disampaikan oleh Naib Presiden PKPMI


Muslimin dengan warga panti



Kegembiran dan kemesraan terpancar


Persiapan Iftar


Kalian gembira makan,kami tersenyum puas



“Asep nanti pulang lebaran?bapak mau nitip pesan buat orang tua dikampung,jika boleh hulurkanlah sumbangan buat anak-anak disini….”,pinta Haji Tatang dengan mata berkaca..


Saya kematian ayat….


“Erm,bapak…insyAllah kami akan sampaikan pesan bapak ini pada orang dikampung.Kami harap ini bukan kunjungan pertama dan terakhir kami,tetapi kami menganggap kunjungan ini sebagai langkah permulaan untuk langkah seterusnya dalam menunaikan tuntutan hak kalian sebagai saudara kami”, ujar saya.


Sebak menyesak dada…



Muslimin dengan Haji Tatang


Muslimat


Muslimat dengan Haji Tatang



Ucap syabas dan ribuan terima kasih buat semua pelajar Malaysia dan khususnya AJK IHRAM IMAN kerana Berjaya menganjurkan program ini dengan jaya.


Disini saya juga menyampaikan sedikit teguran pada sahabat-sahabat yang telah menulis nama tetapi tidak menghadiri program ini.Saya tidak kisah kalian sememangnya tidak berhasrat pergi program ini,tetapi tolonglah jangan menulis nama kerana tempat adalah terhad dan ketahuailah ramai yang mahu menyertai program ini.Dan kerana tindakan kalian,mereka tidak berpeluang….Sikap ini perlu saya tegur kerana ia semakin membarah dan menyusahkan pihak pengurusan program.


“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang harus mereka infakkan.Katakanlah, “Harta apa saja yang kamu infakkan,hendaknya diperuntukkan bagi kedua orang tua,kerabat,ANAK YATIM,orang miskin dan orang yang dalam perjalanan.” (Al-Baqarah:215)

Budak kecil yang berumur 21 tahun...lalala


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Thursday, 18 September 2008

Jalan Cinta Para Pejuang

“Semua kawan-kawan adik dah berteman…adik nak juga rasa camtu”,luah seorang adik kecil belia…


Cinta…


Perkataan lima huruf…


Dua huruf vocal…


Satu perkataan dan ungkapan yang mempunyai pelbagai maksud dan diterjemahkan dengan pelbagai tindakan. Hal ini tidak hanya mengganggu si adik kecil yang berumur 17 tahun tetapi juga terkadang si kecil yang berumur 80 tahun masih terganggu dengan persoalan ini…Ya CINTA


Saya tidak menolak ada segelintir dari kita menghadapi persoalan dan luahan seperti ini dengan menjawap…


“Ish,itu tidak boleh HARAM…nak masuk NERAKA ke!!!”, bentak seorang insan dalam menyampaikan “Mesej Dakwahnya”. Statement ini tepat tetapi kurang jelas dan lebih tepat lagi kurang nilai “manusiawi” didalam mesejnya…


Saya Alhamdulillah berpeluang untuk membeli dan ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang buku terbaru Salim A.Fillah yang bertajuk JALAN CINTA PARA PEJUANG… Isinya mungkin sama tetapi sini saya ingin mengupas dari sudut “Bahasa Amad”…



Amor Vincit Omnia


“Wahai kematian datanglah cepat kemari!
Hisap dan peluk tubuhku yang penuh cinta ini,kerana
Tidak ada sesuatu di hadapan matahari yang mampu
Memulihkan kesedihanku…”

(William Shakespeare,Romeo Juliet)


Love conquers all itulah Amor Vincit Omnia. Satu kalimat yang “Cambest” dan mengasikkan jika dibisik kepada para pemburu cinta,segala rintangan dan lautan api neraka mau direnangi…(mampu ke?). Disini menjadi titik tolak kenapa cinta itu satu hal yang kompleks dan untuk mencamtumnya ibarat berjuta kepingan puzzle dicamtum menjadi satu…


“Mereka bersama dan bahagia hingga ke akhir hayat…. THE END”, itulah yang selalu kit abaca masa kecil dan masa besor pun. Hikayat sang puteri dengan putera raja…adalalah rintangan skit-skit…


Lawan penjahat itu…


Lawan raksaksa Gordon ini…


Tetapi kesimpulan akhirnya disetiap akhir hikayat yang secara tidak sedar di “tarbiah” dari kecil adalah


Cinta itu mengasikan


Cinta itu mengkhayalkan


Cinta menguasi semuanya. Manusia menjadi hamba bila adanya cinta. Ramai yang Berjaya kerana cinta tetapi gagalnya orang kerana cinta,kita tidak mampu menyapu kes semacam ini dibawah karpet…Banyak dan pelbagai kisah. Diantara kisah sensaranya insan kerana cinta adalah itu diatas…Romeo dan Juliet, Laila dan Majnun


“Gangguan jiwa tidak datang secara tiba-tiba.Ia merupakan hasil dari proses yang panjang.” Dinukilkan oleh Ustaz Mohammad Fauzil ‘Adhim dalam buku Disebabkan Oleh Cinta.Apa yang terpampang dan dihidang didepan mata berkenaan kes-kes cinta sebagai penyebab biasanya hanyalah merupakan peristiwa pendorong …TRIGGER.


“Aku break kerana dia ni emo lah”,ungkap si pemburu cinta


“Malaslah,kita orang tiada kesefahaman”,jawap si arjuna.


Jadi tidak ada sebenarnya orang yang gila kerana putus gila.Yang ada adalah orang yang dirinya berkeadaan rapuh,jiwa yang retak dan bila tiba satu asbab yang menyentak butang merah..Jiwa yang rapuh itu adalah jiwa yang ditakluk oleh cinta.


Jiwa yang menjadi hamba kepada cinta menjadikan cinta sebagai asas dalam semua tindakannya. Melewati batas-batas tertentu ia akan menukarkan insan menjadi….Raksaksa Gordon?...... Bukan. Menjadi penyembah cinta.Cinta sebagai tuhan,sebagai Rabb,sebagai Ilah…


“Cinta itukan berhala yang lu sembah-sembah”, “sabda” Dedy Mizwar pada para pendewa cinta dalam filem Kiamat Sudah Dekat


Jalan Cinta Para Pejuang


“Andaikata orang yang jatuh cinta itu boleh memilih.Ia pasti akan memilih untuk selamanya tidak jatuh cinta”, Ibnu Qayyim Al Jauziyah…bak kata teman orang perak..Keras bebenor dengor yeee.


Statement Ibnu Qayyim ini tepat bila dilontarkan ke muka para pencinta dia..tetapi ia menjadi tidak tepat bila diletakkan dalam konteks cinta pada DIA..Cinta Para Pejuang.


Cinta untuk para pejuang ialah komitmen .Komitmen adalah ikrar kerelaan berkorban,memberi bukan meminta,proaktif tanpa menunggu,memahami dan bukan menuntut.Di jalan cinta para pejuang,komitmen yang menjadi langkah pertama cinta kita…


Islam itu sendiri menyediakan langkah yang konkrit dalam menghadapi hal semacam ini…Kalian mahu jatuh cinta berjuta-juta kali…silakan.Ia jiwa,ia fitrah…ketahuailah kita tidak mampu menolak bila ia hadir. Persoalan yang sering kita terlepas pandang adalah “Management of Love”.


“Erkkk,cinta pun kena manage jugak ke?”, terkejut si adik atau bahasa orang muda terkejut berok.


Yang dihidang pada kita,cinta itu couple dan nak manage perasaan cinta itu adalah couple bahkan meletakkan taraf cinta adalah couple.Jadi macamana mahu manage cinta ini mengikut aturan Islam?


Dari Ibnu Abbas r.a ia berkata: ‘Rasulullah s.a.w bersabda: “ Kami tidak melihat jalan lain bagi dua orang yang saling mencintai sebagaimana sebaiknya pernikahan”. (Riwayat Ibnu Majah)



Tidak perlu saya syarah hadis ini kerana saya bukan pakar dan rasanya sudah cukup jelas solusi yang Rasul kita bagi…lagipun malas nak taip lagi…

Satu syair Qais si Majnun seperti

Cinta bagai ilham dari langit yang menerobos dada dan bersemayam dalam jiwa
Dan kini kami akan mati kerana asmara yang telah melilit seluruh nurani
Katakanlah padaku: pemuda mana yang bebas dari penyakit CINTA?


Wahai Qais,siapa kata tiada pemuda bebas dari penyakit cinta.Ada berjuta pemuda yang akan menjawap dengan lantang dan jiwa yang penuh izzah


“Kamilah adalah pemuda yang bebas dari penyakit itu.Kami adalah tuannya bukan budak suruhan CINTA!!!”


Dan jika Qais bertanya pada saya dimana pemuda-pemuda itu…


Saya akan menjawap “Mereka adalah pemuda-pemuda yang sedang membaca article ini kerana mereka adalah pejuang,pemuda yang meletakkan cinta itu pada tempat yang sepatutnya.Pemuda yang menagih dan meniti jalan cinta para pejuang!!!”.


Kata di Jalan Cinta

Satu kata cinta Bilal:
“Ahad!”

Dua kata cinta Sang Nabi:
“Selimuti aku…!”

Tiga kata cinta Ummu Sulaim:
“Islammu,itulah maharku!”

Empat kata cinta Abu Bakr
“Ya Rasulallah,saya percaya…!”

Lima kata cinta Umar
“Ya Rasulallah,Izinkan kupenggal lehernya!”


Selamat datang ke dunia CINTA PARA PEJUANG…


Kredit: Buat penulis buku Jalan Cinta Para Pejuang, Salim A.Fillah…Baru bedah 3 chapter…banyak lagi..Nak dengar lagi? lani amad cakap sal cinta..hua3


.:Amad ingatkan kalian just in case kalian terlupa:.

Tuesday, 9 September 2008

Satu Petang di Bulan Ramadan

“Apa yang penting,kerjasamaa…ini seriyess”,suara dialun dengan merdu mengikut rentak lagu Wonderpet.

Maskot kami didapur


Gamat dan entah hape-hape.


Begitulah gamaknya bila 4 orang jejaka bujang turun ke medan tempur yang asing bagi mereka…DAPUR. Kami sejak duduk rumah baru,Alhamdulillah setakat ini maintain boleh kata setiap kali berbuka dengan juadah dengan air tangan sendiri.Hari ini saya sebagi yang incharge bahagian terpenting adalah memasak Ayam Masak Kicap. Yang lain sibuk memotong bawang,sayur dan menyibuk pun ada.


Bawang dibuang kulit,


Halia dihiris kecil,


Serai diketuk dengan pisau,


Tomato dipotong empat.


Juadah yang simple untuk disediakan,dengan mencampakkan semua bahan-bahan akhirnya sampai kepada part paling susah…letak GARAM. Alhamdulillah saya sekali lagi sebagai orang yang ada “front line” lulus denga jaya meletakkan garam dengan secukup rasa. Pernah seorang mamat tu( housemate) membuat nasi goreng,dengan rasa yang Subhanallah….masin.


Goreng punya goreng,ketuk punya ketuk,kacau punya kacau…tepat jam 5 pm juadah siap dimasak.


Menunggu Ngabuburit.


Ngabuburit dalam bahasa Indonesia adalah menunggu berbuka puasa.Kami masih berbaki 1 jam lagi.


“Meh pergi meronggeng dulu boh”, ajak Si N( Nama dirahsiakan)


Saya pun mengangguk dan ke dalam bilik mengambil kunci motor.


Brommm….


Kali ini pemandunya bukan saya tetapi Si N bahkan dengan uniknya dia memandu dengan memakai kain pelikat.


“Kite gie jalan-jalan ke dalam kampung lah”,cadang saya.Saya personally sungguh sangsi dengan bakat Si N menunggang motor nak-nak dengan kain pelikat pulak tu.Dah dia nak sangat,amik le.


Suasana di kampung disekitar rumah sungguh mendamaikan.




Sawah padi yang menghijau..


Sinergi antara dua makhluk Allah s.w.t



Golongan belia sibuk dengan pancing sementara menunggu waktu berbuka..


Kanak-kanak ketawa riang bermain.


Sritt….dumm.


Dua insan tergolek kedalam sawah kering.Yaa…itulah kami.Entah macamana Si N dengan cekap memandu motor saya kedalam jurang sawah dengan saya dengan jayanya bergolek-golek kedalam jurang sawah.Jalan itu sebenarya kecil,jadi Si N tidak dapat kawal motor…


"Mangsa" kekejaman dua insan


“Ha..ha..ha..”, saya bingkas bangun sambil ketawa berjemaah dengan Si N.Sebenarnya sakit pinggang ,al maklumlah tergolek sampai kena batas sawah.Pak Imam berlari meluru kearah kami..


“Amad,gimana?kamu baik?”, bertubi-tubi dia bertanya.Saya tersenyum dan meminta beberapa lagi orang kampung menolong kami angkat motor dari jurang sawah…Dan seperti biasa,ketawa masih berterusan.Ceria sungguh geng Wonderpet ni.Motor Alhamdulillah selamat cuma side mirror sahaja yang patah.


“Aku dakpe pakai suar..mung tu dah la bawak motor pakai kain.Jatuh kurang-kurang aku selamat lagi.Kalu mung tergolek…terselak…ada je budak-budak tu tak selera nak berbuka”, saya berseloroh.Perjalanan balik kali ini,saya yang bawak.Singgah sebentar di rumah Gapo. Dan seperti biasa,cerita kami dicanang…


“Sep amad,gimana pinggangnya?kalau sakit nanti pergi menurut”,cadang Ibu Popon.Mengambil berat pada saya.


“Enggak apa-apa kok ibu…sawahnya masih ok kok”, saya bercanda lagi. Pinggang berdenyut dan rasa tidak selesa sebenarnya.


Adeh…sakit.


Unprepared Taalim


Entah macamana saya terlupa malam ini adalah giliran saya memberi taalim.Selesai solat Witir,saya melangkah kedepan.


Topik taalim saya pada malam ini adalah berkenaan persiapan dan muhasabah diri sejauh mana kita memperguna dengan sebaiknya Ramadan kali ini.Dan untuk membawa semangat Ramadan saya juga kongsi dengan kawan berkenaan Sirah Nabi berkenaan Perang Badar yang berlaku dibulan Ramadan.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji? (29:2)


Sakit pinggang itu adalah ujian..samaada menaikkan darjat atau menghapus dosa….adehhh



.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Saturday, 6 September 2008

Sang Murabbi

Penat dan “blurr”


Itu mungkin perkataan yang tepat untuk mengambarkan keadaan diri minggu ini.Berdasarkan beberapa asbab terjadi semacam itu terutama kelemahan diri ini sendiri.


Alhamdulillah tutor pertama dan semestinya dilalui dengan agak ringan.Bukan kerana topik yang dibincang itu enteng tetapi sekali faktor diri sendiri menjadi faktor terpenting. Untuk blok 1st untuk 2nd year,kami memasuki system Dermatomascularskeletal (DMS) dengan kes pertama Burn Injury.


Itu berkenaan kuliah,bagaimana dengan Ramadhannya?


Semacam biasa cuba sibukkan diri dengan Terawih,Tadabur Al-Quran dan amalan-amalan sunat yang lain.


Selepas seminggu berpuasa dan berkuliah akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba,cuti hujung minggu.Usai solat tarawih sahabat memberitahu malam itu dia ada cd “baik punya”.Orang lelaki semestinya suka…Sang Murabbi.



Mencari Spirit Yang Hilang


Bioskop Indonesia semakin hari semakin maju.Maju dengan bilangan filem yang dihasilkan,maju dengan genre-genre yang pelbagai mula dari filem-filem sampah hinggalah kepada satu cabang lagi filem…”Filem Islamik”


Dalam mencoretkan berkenaan filem Islamik ini,sebelum kehadiran Sang Murabbi, telah hadir filem seperti Ayat-Ayat Cinta dan Kiamat Sudah Dekat.Saya tidak terkejut nanti kisah As-syahid Imam Hasan Al-Banna difilemkan di Indonesia.Di Malaysia?


Sang Murabbi mengisahkan seorang sosok pemuda,anak,suami,daie’ dan Anggota DPR. Beliau adalah Ustaz Rahmat Abdullah. Dikalangan aktivis dakwah Indonesia,beliau dikenali sebagai “Syeikh at-Tarbiah”. Langkah menuju syurga dimula dengan sahabat sekampung dan keluarga.Dengan keadaan sekeliling yang tidak menjanjikan ‘bi’ah islam” yang sempurna,Ustaz Rahmat bingkas bangun berusaha mengubah masyarat sekeliling.


Bahasa Dakwah


Lantaran masyarakat pada ketika itu sememangnya suka pada hiburan,Ustaz Rahmat telah meneroka cabang baru cara dakwah iaitu TEATER.Dengan pelbagaikan dakwah,dia telah dapat mengerakkan masyarkat sekeliling untuk menonton dan yang lebih penting kesedaran islam.


“Jika kalian ada orang atasan,Rahmat juga ada orang atasan”, ungkap ibu Ustaz Rahmat sambil melihat pada bingkai tulisan khat yang tertulis nama “ALLAH” dan “MUHAMMAD” bila seorang Aparat (Polis) datang untuk membawa dia ke Balai lantaran kegiatan dakwahnya yang berbeza dibandingkan dengan cara Tradisional.


Langkah dakwah yang banyak dipengaruhi oleh As-syahid Imam Hasan Al-Banna,dia maju tanpa lelah dalam menyampaikan firman Allah.


Dakwahnya dari adik yang panas baran sehinggalah ke “mat kaki botol”…berdakwah terus sehingga mereka menjadi “mat dakwah”


Mula dari seorang pemuda kampung akhirnya diangkat oleh Allah menjadi Anggota DPR (Dewan Perwakilan Rakyat).Beliau semakin sibuk mencari benih,tanah dan menuai hasil dakwah yang terbaik.Sedar tidak sedar rambut memutih,langkah semakin perlahan….




“Abang mikirin masalah Negara ya”, ungkap isteri tersayang Ustaz Rahmat bila melihat Ustaz Rahmat memicit-micit tengkuk..


“Masalah ummat,nai’”,ungkap Ustaz Rahmat seraya melihat muka mulus isterinya sambil tersenyum.


Harinya Telah Tiba


Allahuakbar,Allahuakbar….


Azan berkumandang megah dan penuh izzah.Ustaz Rahmad melangkah perlahan ke tempat wuduk.


Pili air dibuka,disapu air ke muka…


Kaki semakin lemah,tenaga berkurangan,sakit menggigit urat saraf…Ustaz Rahmad terjatuh longlai disambut oleh seorang Ikhwah.Dia kembali,kembali menghadap Rabbnya. Pemergian ditangisi oleh ribuan pencinta Allah,disolatkan dengan ribuan orang,jenazah dihantar juga dengan ribuan orang.Dengan hujan lebat seolah menangisi sama pemergian pencinta negeri akhirat…


“Perginya dia bukan perpisahan hakiki tetapi dalam persiapkan pertemuan yang kekal abadi DISANA”, Presiden PKS Tufatul Sembiring.


Nasyid: Sang Murabbi,Izzis

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..


p/s: Kepada sesiapa mahu memesan CD dan DVD original Sang Murabbi boleh emailkan kepada fahmieman@yahoo.com selewat-lewatnya 20hb Sept. Harga akan akan diberitahu kemudian.


.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Friday, 29 August 2008

Madrasah Ramadan

Alhamdulillah


Ucap puji dan syukur diatas rahmat Allah kita tidak lama lagi memasuki Madrasah Ramadan. Setelah setahun kita meninggalkan Madrasah ini,akhirnya ia datang menjemput kita kembali. Madrasah yang melatih penghuninya berlapar dahaga mula terbit fajar hingga terbenam matahari. Kerapkali penghuni madrasah Ramadan akan menglipatgandakan lagi amalan bukan sekadar berlapar dahaga tetapi dengan membaca buku panduan hidup( Al-Quran), bersolat sunat Tarawih,bersedekah dan macam-macam lagi.



Saya melihat ada dua jenis ragam penghuni Madrasah Ramadan.Yang girang gembira dan yang bermuram durja.


Yang girang gembira bila melangkah ke madrasah biasanya mereka sudah ada bekalan sedikit “iman”.Gembira mendengar dan melihat balasan dan imbuhan yang dijanjikan oleh Mudir Madrasah Ramadan.Ganjaran yang kita tidak akan dapat dimana-mana.DIA telah menjanjikan pada penghuni madrasah Ramadan yang menanti dan mengikut segala peraturan dengan imbuhan PAHALA dan percutian ke SYURGA.


Yang terpaksa masuk madrasah Ramadan,menerima takdir itu dengan muram dan tidak bersedia bahkan ada yang sudah berkira-kira nak “mengelat” atau melanggar peraturan madrasah. Hakikatnya,semua penghuni sedia maklum tentang hukuman yang akan dikenakan pada penghuni yang “nakal”…


Disini saya berpesan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat,ayuhlah kita menerima dengan masuknya kita ke madrasah Ramadan diterima dengan hati yang penuh syukur.Ketahuailah bahawa,ada insan yang Allah telah tarik nyawanya sebelum dia memasuki madrasah idaman kalbu ini.Bersyukurlah,kita sekali lagi diberi peluang oleh mudir madrasah ini.Berbesar hatilah wahai penghuni madrasah Ramadan,kita bakal mendapat tarbiah “direct” dari Allah.Bahkan dengan Allah telah bagi bonus dengan tidak membenarkan budak nakal masuk sama madrasah Ramadan…Si Syaitan


Allah tidak membenarkan Si syaitan memasuki sama madrasah Ramadan. Sekarang keputusan ditangan kita.Masa terus berlalu,ia bukan tanda kita semakin hampir “next burfday” tetapi semakin hampir kepada tarikh MATI…Mahu tunggu apa lagi???


Ayuh pulun Ramadan cukup-cukup!!!


Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]


Selamat Datang Bulan Ramadan,saya ingin mengucapkan kepada semua umat Islam, Selamat berpuasa dan semoga kehadiran bulan penuh barakah ini,dikira amal dan menambahkan lagi "aset" kita untuk DISANA nanti.



.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Wednesday, 27 August 2008

Politik Orang Kampung

Alhamdulillah kita baru selesai mengharungi pilihanraya umum Permatang Pauh. Saya mengguna ganti nama KITA bukan pengundi Permatang Pauh sahaja kerana bagi pandangan saya pertembungan bukan sahaja antara dua parti tetapi lebih kepada pertembungan HAK dan BATIL. Jentera yang digunakan adalah parti melawan kerajaan bukan lagi parti lawan parti. Tidak jantan la bro!!!


Saban hari kita disuap oleh media massa tentang cerita liwat,sumpah,pembunuhan altantuya, kekerasan semasa kempen dan macam-macam lagi 1001 kisah. Cuma hanya tinggal pada pemdengar,pembaca dan penengok itu sendiri menilainya.Sungguh mereka tidak peka terhadap isyarat jelas yang diberikan oleh pengundi pada PRU baru-baru ini,terutama pengundi muda.


Adakah nilai diri kita seperti haiwan dipadang rumput,terima sahaja makan dari tuannya tanpa memikir kelak dijadikan lauk gulai untuk orang kahwin. Kita mewakafkan aqal fikiran untuk diprogramkan tanpa perlu dinilai dan ditapis.



Kelu


Jumud


Terkongkong


Tetapi saya tidak berminat nak kupas tentang semua itu kerana sudah banyak dikupas dan dijelaskan…


Bak kata orang ganu “Mung seme bace la diri,dok kang nok royak sutey-sutey.Nok kene orang
suak sokmo,tekang la gini”. Tidak paham?paham-pahamkan la..


Saya lebih berminat untuk menceritakan scenario diluar Permatang Pauh sebelum keluar keputusan pilihanraya umum.


Rumah.


Entah kenapa sejak balik dari Indonesia,saya perasaan tv kita banyak bebenor cerita ceriti Indonesia atau populernya sinetron Indonesia.


Geram.


Muak


Bosan


Mana idaknya,duk Indonesia hari-hari tengok cerita mereka.Balik Malaysia cerita mereka lagi.Asik duk berebut dengan adik.Dia dengan AnakKu AnakMu (Anakku bukan Anakku) dan Intan,saya pula dengan laporan berita.


Pada petangnya,abah sememangnya tiap hari beli surat khabar.Dalam satu-satu hari itu bukan satu,tetapi 3 jibik. Tetapi entah kenapa saya seakan malas dan tidak berminat membaca suratkhabar terutama suratkhabar berbahasa Melayu. Masuk bab laporan PRK laju je baca.Tidak amik pot…


Meloyakan


Tiada kredibiliti


Diperkudakan


Dengan berita yang 98% yang berat sebelah. Saya sememangnya menolak apa-apa laporan yang dibawa oleh surat khabar. Yang dibacanya kartun Mamak Cyber. Dalam berbicara tentang kredibiliti dan profesionalisme , teringat dialog pelakon Senario dalam filemnya “Dalam surat khabar mana boleh percaya.Semua bohong.Yang betul no ekor”.


Ibu dengan kisahnya sendiri.Ibu entah macamana terlepas janji mahu belanja kami semua jika Anwar menang. Jadi memang rezeki kami malam tu.


Saya memang sibuk dengan internet terutama pada hari pengundian. Internet adalah pilihan saya untuk “topup” atau dalam bahasa Indonesianya ” Isi pulsa” berkenaan perkembangan terbaru di Permatang Pauh.Laman web sesawang yang selalu saya singgah adalah Tranungkite,Malaysiakini dan Harakahdaily.


Surau


Saya pergi solat dalam jam 8:40 ke masjid.Dan seperti biasa perbincangan berkaitan politik memang menjadi pilihan tidak lepas dari omongan pakcik-pakcik disurau.Usai solat Isyak,jemaah dah gamat berbincang tentang PRK.


“Tadi TV3 royak undi dok rasmi Anwar menang”, ucap pakcik tersenyum sambil tangan mengulung rokok daun…Biasanya saya turut join mereka.Join duk sembang bukan join duk gulung rokok daun. Tapi malam itu saya tidak berminat nak join,maklumlah perut berkeroncong berdongdang sayang pinta diisi dan mahu cepat-cepat balik untuk mengetahui perkembangan terbaru


Kedai.


“Guane dik,Anwar menang dok?”, tanya seorang pakcik bila saya baru sahaja sampai.


Oleh kerana ibu terjanji untuk belanja roti canai.Ia menjadi tugas berat untuk saya kerana perlu beli dan makan.Kononnya lah


“Kalu ikut keputusang dok rasmi,Anwar menang lebih majoriti 10ribu”,jawap saya. Saya tengok pakcik itu mengurut dada dan tersenyum lebar.


Lega gamaknya.


Markaz Pas


Dalam perjalanan balik,di Markaz Pas penuh orang.Bebanding sebelum ini, markaz sekarang
sudah moden. Siap pasang Astro lagi. Saya sekali lagi tidak berminat untuk singgah kerana orang-orang dirumah belum makan lagi.


Berdebar


Tertunggu-tunggu


Penuh Pengharapan


Keputusan rasmi:
PKR:
31,195 undi
BN: 15,524 undi
AKIM: 92 undi
Jumlah keluar mengundi: 47,528
Peratus keluar mengundi: 81%
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi.
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,388


Keputusan rasmi SPR dalam jam 9:45 malam meredakan kebimbangan dan debar.Terukir senyum oeleh sebahagian besar warga Malaysia.Yang menarik sekali lagi media telah menjadi kuda tunggangan kerana tidak membuat lintas langsung pada acara SPR umumkan keputusan. Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan takbir dan tahmid bukan sahaja di sana tetapi warga Malaysia keseluruhannya.




Allahuakbar


Alhamdulillah


Kemenangan ini adalah amanah dan ujian dan bukan untuk bermegah-megah. Usaha kita hanya sedikit berbanding pertolongan Allah. Sesungguhnya mencari kemenangan itu tidak sesukar mengisi kemenangan. Saya harap dengan kemenangan Anwar ini, Islam itu diletakkan pada tempatnya.Kita sering katakan pihak belah sana tidak betul itu dan ini.Sekarang Allah sudah anugerahkan kemenangan,jadi laksanakan amanah itu sebaiknya.Kearah Malaysia Yang Lebih Baik.


(Kita bukan gila kuasa,tetapi kita mahu ambil kuasa dari orang gila)- Ustaz Ismail Kamus