Usai sudah membedah buku Rindu Bau Pohon Tin, antara karya terbaik Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dengan menghimpun kisah suka dan duka beliau semasa berkelana mencari erti kehidupan ke tempat penuh cabaran.
Dugaan itu bukan untuk insan yang lemah merintih dan patah semangat selepas menerima ujian. Islam tertegak oleh pemuda-pemuda yang sanggup menerima segala cabaran dan dugaan dengan tanpa mengalirkan air mata kesedihan melainkan airmata itu hanya menjadi hak mutlak Allah!
“Ustaz, nanti program berkenaan sejarah Islam, janganlah ustaz cakap yang indah-indah sahaja macam sesetengah penceramah. Lebih penting sentuh sisi gelap tamadun Islam, punca kehancuran tamadun Islam perlu dihebahkan menjadi tonik buat umat,” pinta saya semasa berbincang tentang PERMAI 10.
“ Amad, jika pendengar mahu dengar yang indah-indah…dengar sahaja lagu Andalusia, M. Nasir. Sisi gelap ummat pasti ana akan selak , mana mungkin boleh disapu kebawah karpet…Layu ummat!,” nada bergurau tetapi penuh ketegasan.
Rangka Awal Pembacaan
Terima kasih tidak terhingga buat Cik Hawa dan Haikal yang bantuan dan usaha mereka memungkinkan saya memiliki buku travelog tarbiah ini. Lebih manis pada jiwa, apabila mendapat tanda tangan dari sang penulis semasa beliau sudi meluangkan masa dengan ahli-ahli IMAN dalam program Eksplorasi Du’at.
Dengan kekangan masa yang amat iri pada saya, tidak mampu untuk saya habiskan membaca buku ini semasa cuti akhir sem baru-baru ini. Bahkan buk yang menunggu untuk dihabiskan buka satu, bahkan berpuluh, menuntut dibedah dan diambil mutiaranya.
Saya sudah berazam kepada diri sendiri,setiap buku yang dibeli walau sebesar mana pun, wajib untuk diri saya membacana dari kulit ke kulit. Keadah membaca saya amat perlahan kerana bukan sahaja mencari apa yang ditulis, tetapi cuba melihat cara bagaimana ia ditulis.
Menulis itu seni, seni itu halus!
“ Amad, senang sahaja nak lihat orang tu kuat membaca atau pura-pura membaca. Nta lihat dirak bukunya,jika bermacam-macam jenis buku…itulah ulat buku yang sebenar. Jika hanya dirak buku sederet kitab tebal dengan genre yang sama, ia ulat buku jadian,” kongsi pengalaman oleh Ustaz.
Membedah Buku Diawan Biru
Sudah namanya travelog tarbiah, saya memilih untuk membedah buku ini didalam kapal terbang menuju ke bumi Negara yang terkenal tarian pendet ini.
Untuk mendapatkan moodnya.
Perjalanan yang mengambil masa 2 jam cukup untuk saya berkelana didunia sendiri bersama-sama buku bergambar keldai ini. Entah kenapa, sama masih mempunyai keinginan membaca buku ini sedangkan saya sudah membaca article-article beliau diblog. Seperti disihir, jiwa terkait…
“ Jalan is you do the walking with the reason, and jalan-jalan is just a waste of time!,” dari buku Rindu Bau Pohon Tin.
Mulanya meletakkan target hanya beberapa article, tetapi diri ini tidak mampu berhenti untuk sekadar itu. Akhirnya, ia dibedah sehingga lebih dari separuh.
Dan pada hari ini, saya selesai membedah buku ini. Saya tidak bercadang untuk mengulas lanjut tentang apa isi yang ada terbentang didalam buku ini, melainkan dengan satu saranan
Dapatkan sendiri, bacalah sendiri, bedahlah sendiri, untuk manfaat diri sendiri!
Ia sesuai buat lelaki yang berjiwa mujahid, perempuan yang berazam menggoncang dunia, insan yang mencari Ilahi dengan berkelana.
Saya mahu akhiri dengan satu soalan
Jika Ustaz Hasrizal merindui bau pohon tin, mampukan aku merindui sama tauhu Sumedang? Hanya masa yang menentukan… Sekarang hati saya terguris dengan sikap mereka.
“ Tangis jiwa meratap kenangan,
Sirna janjiku pada Rabbul Aalamin,
Sirih pulang ke gagang perjuangan”
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Nota 1 : Adik sudah mahu bertolak ke Mesir. Hati-hati, itu tanah para nabi dan juga tanah tumpah darah firaun.
Nota 2 : Komen untuk Bagan Pinang. Boleh menang, tetapi moral tiada.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
4 comments:
assalamualaikum..
buku ni pn su habiskan mse cuti sem..
memng best..skrg hawa tgh bce..hehe..same2 mengembara ke bumi anbia bersma ustaz has..
pelbagai pengalaman dari yg gembira kpada sedih..trut berduka cita dengan kehilangan salah seorang sahabat beliau yang meninggal akibat kemalangan..
yang phrase `jalan is u do the walking n jln2......` tu jwpan drpda peserta yg ikut talk ustaz hasrizal kan??huhu..
p/s=sape2 nk pnjam buku nie,bole la pnjam dri sya or abe amad(bole ke a.amad??hehe)
Miss Susi- Waalaikumusalam...
Kita sering kagum dengan seseorang itu,itu yang lahiriah. Tetapi sering kita lupa, bagaimana beliau dibentuk. "Dibina" bukan dengan keselesaan tetapi penuh dugaan yang mendewasakan.
Pengalaman insan lain, bisa jua menjadi pengalaman dengan syarat dia point-point penting dari pengalaman insan lain.
Phrase tu ada dari peserta.
Jawapan p/s: Saya suka orang yang suka membaca dan bersedia meminjamkannya. Tetapi diri ini kurang selesa meminjamkan buku kepada insan yang tidak menghargai buku. Diberi pinjam elok keadaannya, dipulangkan lain rupanya.
Hargai buku seperti mana kita hargai insan tersayang.
Nak pinjam boleh-boleh saja
sudah ada tapi blm habis dibedah..
kalau yg berada di msia seronok membca...pastinya lebih 'kusyuk' membca buku ini andai berada di bumi anbiya..
yg pasti dimana shj kita berada, dimana shj bumi kita lgkh disitu akan terukir cerita dan tercantum puzzle2 kehidupan..pelbagai rencah dan perisa...
mgkn blh buat kembara nusantara pula =)
Cik Sinar- Dibumi gersang sana mungkin lagi syok kot...
Kembara nusantara? aiseh...
masalahnya tidak mengembara nih...=)
Post a Comment