Friday, 23 December 2011

Metropolitan Jakarta dan PERMAI

"Apa harapan enta?," tanya saya kepada seorang teman. Orang kuat PERMAI, yang pertama kali diadakan di Jogja.

"Ana harap ia bukan PERMAI yang terakhir, dan jika boleh. Kita rotasi giliran PERMAI. Antum dari Bandung siap tak nak buat PERMAI?," jawap teman itu. Mahu melepaskan baton dari Jogja ke Bandung.

"InsyAllah, tiada masalah untuk itu. Sekarang kami bertandang ke Jogja, nanti kalian pula ke Bandung. Tidak hanya pengisian yang dapat, dapat juga berjalan-jalan mengenal tempat orang lain.

Jika di Jogja, Ustaz Hasrizal membahas tajuk 7 Habits of Highly Effective Muslim, di Bandung pula mengupas Maza Ya'ni Intima'i lil al-Islam.

Hari ini, sahabat-sahabat di Jakarta pula meneruskan legasi itu. Legasi bukan sekadar pelengkap jadual, penerus tradisi melainkan bertujuan memberi impak kepada ummat menerusi tenaga-tenaga muda di perantauan. Pilihan tajuk kali ini agak provokasi buat sesetengah orang.

Baitul Muslim.

Saya? saya senyum je. (^_^)

Selamat berprogram buat semua!


3 comments:

Sis Effa said...

selamat berprogram untuk semua peserta PERMAI 2011..bestnya..jangan lupa share isi2 menarik dari PERMAI..:)

Dr Amad said...

Cik Effa- Sudah pulang ke Msia ke? InsyAllah akan dikongsi nanti.

Sis Effa said...

yupp..alhamdulillah da abis dan dah di msia..tak sabar nak tggu updates dri PERMAI..:)