Tuesday, 14 April 2009
FI : Hukum Berinai Di Tangan
Salam...
Ana nak bertanya berkenaan hukum inai di tangan. Sekarang semakin banyak trend yang membuat inai ditangan atau ditempat-tempat lain di badan. Jika dahulu,merahnya inai di hujung jari,sekarang seakan dibuat corak-corak tertentu di badan. Apa kedudukan hukum bagi perbuatan ini?
Jawapan:
Hukum berinai....
Bagi lelaki: Haram berinai bagi lelaki kerana tidak sesuai dengan fitrah kelelakian, bahkan menyerupai wanita...Hanya dibenarkan untuk tujuan berubat, pada anggota badan seperti ibu jari kaki kerana utk rawat penyakit "cengkang kuku", adapun menginai rambut, ana dah buat artikel sebelum ini... Hukum inai rambut
Bagi wanita: Boleh menginai jari dan tangan bagi wanita yang telah berkahwin untuk tujuan berhias bagi suami...adapun wanita yang masing bujang, tidak dibenarkan kerana tidak ada tujuan yang syarie bagi berhias...untuk ditunjuk kepada siapa? kepada org ramai.. tentu sekali haram...trend masakini yang menginai tangan dengan corak2 dan bunga2an, tidak dibenarkan kerana ia akan mendatang fitnah kepada lelaki yang bukan mahram. Bagi tujuan berubat, hukumnya harus seperti laki-laki.
Wallahu a'lam
Mahadi Bin Mohammad
Syariah, Universiti Mu'tah
Ulasan Amad: Banyak hal yang kita buat sehari-hari tanpa kita selidiki halal dan haramnya. Saya berkongsi hukum ini,kerana banyak ditanya oleh sahabat-sahabat terutama sahabat perempuan.Hati saya juga terdetik untuk bertanya berkenaan hal ini disebabkan melihat ramai gadis-gadis membuat inai di Jatos.
Bagi yang telah membuat perbuatan ini,yang berlalu biarlah berlalu. Sekarang kita sudah jelas kedudukan hal ini dalam Islam.Untuk kehadapan,saya berharap tidaklah ia berulang kembali.
Kita mahu Allah sayang kita,jadi kita ikut perintah Dia.Bila Allah sayang kita,kita pun gembira. Tegur menegur itu tanda sayang Amad pada kalian.
Nota 1: IMAN will organize Health and Hygiene Campaign.Check it out....
Nota 2: Kepada semua bloggers IMAN,kalian diwajibkan perpanjangkan kempen ini di blog kalian.Untuk sahabat-sahabat lain, turut serta kempen juga amat-amat dialukan.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Saturday, 11 April 2009
Menjual "Allah" dengan Nasyid

"Anta tahu tak,antara lagu Kasih Kekasih dengan Akar dan Bumi,Amuk.Ana lebih refer dengar Amuk," melontar provokasi untuk teman berfikir.
Terkulat-kulat muka teman.
"Aik,biar betul syeikh.Takkan kot nta layan lagu rock banding lagu nasyid.Duk luar baju gamis,rupanya mat rock," dia meminta kepastian.
"Kenapa? tidak boleh ke?Kurang Islamic ke ana jika layan lagu rock kapak banding nasyid jiwang?," saya terus memancu untuk dia berfikir.
"Nta perlu selektif,syeikh. Jika nta letak nasyid jiwang dan rock kapak dalam satu pinggan yang berasingan,ana akan pilih rock kapak.Terasa diri ini tidak berpura-pura," saya cuba untuk menjelaskan.
"Berpura-pura?," dia masih bertanya.
Nasyid Zaman awal 90an
Saya umumnya dibesarkan dengan kumpulan-kumpulan nasyid yang jika disebut ramai yang tidak mengetahuinya. Keluarga saya juga adalah pengemar nasyid. Nada murni adalah salah satu kumpulan yang selalu mendapat tempat didalam kereta untuk didengar semasa pulang ke kampung. Ketepikan persoalan dari mana asal kumpulan ini,yang penting disini adalah nasyid mereka adalah nasyid perjuangan. Semangat berjuang itu berkobar-kobar selepas mendengarnya.
Disaat itu masih begitu kurang nasyid yang mengunakan alat musik moden.Yang ada hanyalah kompang dan dua tiga alat muzik yang minimum. Kualiti bunyinya tidaklah setanding sekarang.
Selepas Kerajaan mengharamkan gerakan Al-Arqam,ia memberi impak pada industri nasyid tanahair juga. Nada murni berkubur,lantas bangkit kumpulan baru dengan wajah dan penampilan yang baru.Nasyid yang begitu fenominal pada saat itu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dunia.Siapa tidak kenal Raihan.
Rekod jualan album terbanyak adalah dari Raihan,bukan Siti Nurhaliza dan bukan juga Faizal Tahir,Felix jauh sekali.Anak-anak kecil begitu lunak dengan zikir-zikir dan lagu Raihan. Pasti atau Taska,gurunya mengunakan lagu nasyid Raihan sebagai salah satu alat bantuan belajar. Jika mahu diajar 99 nama Allah tanpa berlagu,sukar kanak-kanak untuk memberi tumpuan dan ingat.
Pecahan dari kumpulan Nada Murni juga menghasilkan Rabbani dan Hijjaz.Hadir dengan lagu ketuhanan yang masih dikira dapat mengisi halwa telinga pendengar muzik alternatif.
Komersial Faktor Utama
Melihat cerah dan berjayanya bidang nasyid,banyaklah syarikat rakaman menawar diri untuk turut sama membantu memeriahkan bidang ini.
Hadir mereka bukan diatas kapasiti dakwah dan mendidik masyarakat. Hanya menjadi penanda aras berjaya atau tidak kumpulan itu adalah bilangan album dijual bukan Islam yang berjaya diperkenalkan.
Nasyid telah ditransformasi dari nasyid jihad dan perjuangan kepada nasyid bercorak cinta dan wanita. Umpan yang ditabur,cepat dan banyak dimakan oleh masyarakat. Kumpulan nasyid bercorak ini mendapat tempat menganti nasyid-nasyid yang lama. Jika dahulu si kopiah putih senang dengan lagu Sunnah Orang Berjuang,sekarang diganti dengan Kasih-Kekasih di Winampnya.
" Ini adalah untuk mendidik masyarakat dan remaja untuk memilih cinta yang sebenarnya," ulas seorang vokalis nasyid.
Adakah itu didikan yang Islam mahukan?
Masakan tidak,jika satu lagu dalam satu album ia masih boleh ditelan.Ini dalam satu album,dua tiga lagu jiwang.Album seterusnya, berbakul-bakul lagi. Matlamat sudah tersasar,dan perkataan yang layak hanyalah PENGKHIANATAN! Memakai sesuatu yang kabur dengan baju Islam.
Menjual "Allah" dengan nasyid
Nasyid adalah satu wadah,wasilah dan jalan untuk perkenalkan Islam pada target audience. Dalam bahasa yang senang,menjual Allah.Kita dengar,kita mahu membeli Allah selepas itu.
Tetapi satu soalan kritikal untuk kita jawap,adakah Allah terjual selepas mendengar nasyid itu? Jika jawapannya Ya,itu tandanya matlamat nasyid itu tercapai.Dan jika jawapannya TIDAK,ia adalah satu jenayah diatas nama Islam. Mendengar nasyid,yang jadi adalah si jejaka lebih terawang-awang dengan lirik yang mendayu memuji wanita.
"Allah" tidak terjual,"terbang" sahaja yang dapat.
Contoh mudah,kita boleh pasang lagu Shoutul Amal dengan In-Team pada mujahiddin Palestine.Agaknya,yang mana satu yang mahu mereka dengar? Selepas dengar Kasih-kekasih?
Nasyid Luar Malaysia
Selepas nasyid negara kita dimandulkan,banyak pengemar nasyid jihad beralih kepada kumpulan-kumpulan nasyid diluar negara.Ada yang bergerak solo dan berkumpulan.Tetapi mereka dilihat lebih konsisten untuk menjaga dan memperjuangkan nasyid sebenar.
Bagi pengemar nasyid English sebut sahaja Sami Yusuf,Zain Bhikha,Yusuf Islam,mereka adalah pelopor. Muhammmad al-Husayn pula salah seorang penasyid yang berbahasa arab,popular dengan lagu Maulai.
Di negara seberang juga tidak berkecuali. Dengan langkah maju ikhwah disini, melahirkan kumpulan-kumpulan nasyid yang tidak kurang kalah mutu lagunya. Izzatul Islam, Shoutul Harakah adalah sekelumit kumpulan yang mengisi hati saya sekarang. Lagu mereka adalah lagu jihad.Mendengarnya seakan mahu terus berjuang ke medan.
Walaupun nasyid Indonesia lambat perkembangan dari Malaysia,bahkan Malaysialah guru mereka,sekarang jauh meninggalkan kita. Saya masih ingat pertama kali masuk toko-toko buku disini.Dirak kaset,terpampang kaset Nada Murni,Raihan,Hijjaz dan Rabbani. Bangga dan kagum serta-merta berselirat ditubuh.Memang indah bicara soal semalam,sekarang ia bukan lagi milik Malaysia.Masakan tidak,lihatlah daurah-daurah di Malaysia,yang dipasang adalah nasyid Indonesia.
Kenapa tidak dipasang kasih-kekasih? Jawapan yang sudah jelas bukan.
Peluang Nasyid Malaysia
Suka saya sarankan untuk jamaah di Malaysia, tidak kiralah PAS,JIM,ABIM,HALUAN atau nama apa sekali pun,ambil peluang ini. Isi kembali bekas kosong yang telah ditinggalkan. Nasyid kita gersang dari Allah,kosong dari semangat jihad,jauh dari matlamat asal. Jika Pas pernah populer dengan Shoutul Amal satu ketika dahulu,kenapa tidak sekarang? Saya yakin kita tidak ketandusan karya-karya seni bermutu yang Islamic.Tambahan pula,Renggo dari kumpulan Arrow telah masuk Pas.Gunalah kelebihan bakat mereka.
Arrow dizamannya
Buat kumpulan nasyid di UNPAD,untuk persembahan seterusnya diharap biarlah memberi impak yang maksimal pada pendengar. Persembahan bukannya tiap-tiap malam,jadi ada peluang bernasyid,bagilah lagu yang menaikkan bulu roma pendengar.Tidak salah mendendangkan Shoutul Amal-Semarak Perjuangan.
Tidak salah kita kembali belajar dengan jiran seberang.
Teringat kata-kata Abu Saif semasa berkomentar berkenaan nasyid :
Saya tidak mahu anak saya menganut Islam yang lemah gemalai ketika ummah sedang tenat. Selepas saya namakan Saifulislam,alangkah pincangnya "Saif" ku yang menyanyikan nasyid yang tidak ubah seperti Westlife".
Saya tidak akan benarkan bakal "Saif" saya dilibas dek nasyid jiwang!
Akar dan Bumi,Amuk masih menjadi pilihan berbanding Kasih-Kekasih. I'am sorry
Nota 1: Tahniah dan syabas buat Ir Nizar diatas kemenangan di Bukit Gantang. Juga ingin mengucapkan tahniah buat DS Najib menjadi PM ke-6 Malaysia.
Nota 2: Alhamdulillah sekarang saya sudah sihat.
Nota 3: Saya ada dua lagu nasyid yang ingin dikongsi. Jangan ketawa tau,senyum je...
Nota 4: Hahahahaha
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Sunday, 5 April 2009
Sakit Secara Berjamaah

Salam buat semua pembaca,saya ingin memohon maaf kerana blog ini tidak dapat di"update" beberapa hari lantaran kesihatan diri yang tidak mengizinkan.
Selain itu,Amad juga memohon jasa baik sahabat-sahabat mendoakan agar saya cepat sembuh.Kali ini bukan saya seorang yang terkena wabak ini,termasuk juga Nazi dan Farid.Doakan samanya
Berikut adalah hasil ujian darah:
Hemoglobin : 14.3 ( Normal )
Leucocyt: 4400 ( Normal)
Thrombocyt: 230000 ( Normal)
Haematorit: 45 ( Normal)
Widal Test : Salmonella typhi O: (-) ; Salmonella typhi H : (+) 1/80
Penjelasan Dr:
" Doc badan saya ada febrile dan malaise."
"Kamu ada symtom infeksi Thypoid,tetapi enggak begitu signifikan."
" Doc,enggak mau kasi antibiotic pada saya?,"tanya saya.
" Enggak perlu lagi buat masa ini,cukup makan ubat Ibuprofen (antipyretic) dan immune badan kamu."
" Doc,saya sekarang hilang selera makan,ada enggak ubat yang bisa tambah selera makan?," memohon simpati.
" Ala,kamu nikmati aja sih saat ini," jawap dengan tersenyum.
"Doc,nanti saya kurus doc kalau enggak makan," jawap saya jujur.
---Tamat--- ( Hah,jangan ketawa!)
Nota 1: Salmonella typhi H itu menunjukkan antigen flagella.Ia menunjukkan "past infection". Jika O,tandanya sekarang kita ada Thypoid.
Nota 2 : Antipyretic itu adalah ubat yang digunakan untuk menurunkan suhu badan.
Nota 3 : Sesiapa ada symtom panas badan,lemah satu badan,suhu turun dan naik,pening kepala.Disarankan pergi ke klinik untuk blood test.Kali ini serius ramai yang kena.
Nota 4 : Allah menguji hambanya dengan penyakit dengan dua tujuan. Pertamanya adalah untuk menghapus dosa.Kedua adalah untuk menaikkan darjat hambanya. Yang mana satu milik saya? Wallahualam.Yang pasti,Allah sayang saya dan kita.
Nota 5 : Doakan saya.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Tuesday, 31 March 2009
FI : Adakah Hadiah Futsal Itu "Judi"?
Apakah hukumnya masuk sesuatu pertandingan dengan membayar sejumlah wang seperti futsal,bola sepak?Adakah ini dikira seperti judi kerana menang atau kalah itu belum dapat dipastikan?Jika bukan judi,apa pertimbangan hukum disitu?
Jawapan:
salam...
Akan berlaku judi jika, duit yang dikumpulkan dr peserta @ kumpulan digunakan untuk membeli hadiah kepada pemenang....
Jika setiap kumpulan mendapatkan hadiah yang sama, seperti pertandingan yg dibuat untuk suka-suka sahaja dan tujuan untuk merapatkan persahabatan, tanpa membezakan hadiah anatara pemenang dan yang lain, dengan erti kata semua dapat hadiah yg sama....maka tidak mengapa...
Alternatif:
1. Dalam kitab-kitab feqh menyebutkan, akan menjadi halal pertandingan seperti ini dgn syarat dimasukkan satu pemain @ atau kumpulan lagi yang tidak perlu membayar apa-apa pun... Jika dia menang, akan dapat hadiah...kalau kalah, tak dapat apa-apa...
2. Cari sumber hadiah dari pihak lain....duit yang dikutip dari peserta hanya digunakan utk tujuan pengurusan sahaja...cara ini lebih fleksibel...
Wallahua'lam
Mahadi Bin Mohammad
Syariah,Universiti Mu'tah,Jordan
Nota 1: Itu gambar team futsal semasa 1st year. Athletico Cikuda dan di naik taraf kepada Cikuda D'Orange.
Nota 2: Buat sahabat-sahabat yang masuk futsal,jangan risau KUBI mahupun PKPMI telah sediamaklum hukum ini.Jadi releks sudey....
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Friday, 27 March 2009
Partai Keren Sekali
Esok adalah penamaan calon tiga tempat di Malaysia iaitu Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai. Disana ada pilihanraya,disini juga hangat dengan pemilu. Disini saya ingin berkongsi video iklan Partai Keren Sekali.
Semua sediamaklum,dengan penerbitan akhbar di pihak oposisi telah digantung. Biarkan mereka,kerana mereka tidak mahu belajar dan berubah dari sejarah yang sediada.Jadi mungkin ini adalah satu cara lain untuk menyentuh hati sanubari setiap pengundi di ketiga-tiga tempat itu. Jika TV3 tidak berminat untuk siarkan,gunalah kuasa dunia maya,Internet. Ia telah terbukti pada PRU-12 baru-baru ini.
Tidak salah untuk kita belajar dengan negara jiran kita ini...Dari dakwah dan tarbiah mahupun cara membuat iklan. Selamat berjuang buat semua di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai. Kita telah menang sebelum berjuang wahai pencinta agama sekalian,kemenangan hakiki kita adalah syurga kelak.
"Berpolitik bagi PKS itu tidak dilihat sebagai sarana balas dendam dan saling menjatuhkan,tetapi sebagai sarana untuk amar ma'ruf nahi mungkar. Oleh kerana itu PKS berkomitmen menghadirkan dan lebih mengedepankan nurani dan moral dalam berpolitik.Motivasinya bukan kekuasaan, tetapi pelayanan," Dr. H. M. Hidayat Nurwahid
Palestine Kita Sayangi
Nota 1: Seorang kader pernah berpesan "Lihat mereka sebagai madu' bukan musuh yang perlu kita perangi."
Nota 2: A picture speaks thousand words
Nota 3: Tertarik dengan satu slogan yang diubah dari peringatan amaran kotak ROKOK. Peringatan PKS: Memilih PKS dapat mengakibatkan rakyat sejahtera,Indonesia maju, musnahnya praktek korupsi dan meningkatnya martabat bangsa dan negara.(hahaha... keren)
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Semua sediamaklum,dengan penerbitan akhbar di pihak oposisi telah digantung. Biarkan mereka,kerana mereka tidak mahu belajar dan berubah dari sejarah yang sediada.Jadi mungkin ini adalah satu cara lain untuk menyentuh hati sanubari setiap pengundi di ketiga-tiga tempat itu. Jika TV3 tidak berminat untuk siarkan,gunalah kuasa dunia maya,Internet. Ia telah terbukti pada PRU-12 baru-baru ini.
Tidak salah untuk kita belajar dengan negara jiran kita ini...Dari dakwah dan tarbiah mahupun cara membuat iklan. Selamat berjuang buat semua di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai. Kita telah menang sebelum berjuang wahai pencinta agama sekalian,kemenangan hakiki kita adalah syurga kelak.
"Berpolitik bagi PKS itu tidak dilihat sebagai sarana balas dendam dan saling menjatuhkan,tetapi sebagai sarana untuk amar ma'ruf nahi mungkar. Oleh kerana itu PKS berkomitmen menghadirkan dan lebih mengedepankan nurani dan moral dalam berpolitik.Motivasinya bukan kekuasaan, tetapi pelayanan," Dr. H. M. Hidayat Nurwahid
Palestine Kita Sayangi
Nota 1: Seorang kader pernah berpesan "Lihat mereka sebagai madu' bukan musuh yang perlu kita perangi."
Nota 2: A picture speaks thousand words
Nota 3: Tertarik dengan satu slogan yang diubah dari peringatan amaran kotak ROKOK. Peringatan PKS: Memilih PKS dapat mengakibatkan rakyat sejahtera,Indonesia maju, musnahnya praktek korupsi dan meningkatnya martabat bangsa dan negara.(hahaha... keren)
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Thursday, 26 March 2009
Ar-Ruhul Jadid
"Rileks la bai, masa muda ni la kita nak cuba segala benda.Muda ini la nak enjoy...orang tua kata malam masih muda," ungkap orang muda yang menjelaskan keberadaan dia sekarang.
Ruang lingkupnya hanyalah untuk memenuhi tuntutan nafsu.Langkah sehari-hari,langkah yang hanya untuk mengisi kehidupan muda dengan gelak tawa dan berhibur.Inilah corak ukiran belia negara kita.
Pewaris bangsa,penegak agama.
Desawarsa ini, ia lebih membarah pada belia melayu muslim. Tiada nilai adat sopan melayu,terhakis identiti wahyu Ilahi.
Saat Yang Pasti Menjelang
" Ami,nanti kalau dah kerja ada duit,baik pergi buat haji awal-awal sebabnya ibu tengok orang tua buat haji,kesian. Nak pergi melontar orang kena papah,nak saie orang kene pimpin," pengalaman yang dikongsi sama oleh ibu.
Itulah zaman rambut mula memutih,mata sudah tidak seterang dahulu,lutut mula melemah,langkah mula longlai.Ia adalah zaman senja kita,zaman tua.
Dengan pelbagai keuzuran itulah zaman insan yang berusaha mendekati Allah.Si nenek menopause ,baru mahu belajar haid dan nifas.Si pula atok baru tersedar muqqadam tidak lagi khatam.Benar ia masih belum terlambat,tetapi segalanya seakan tidak kena.
Kesihatan,kudrat tenaga,daya ingat,ia menjadi satu penyesalan panjang kemudian hari.
"Dah tua-tua ini,eloklah ke masjid.Rumah pun kata pergi,kubur pun kata mari.Taubat la banyak-banyak," dialog yang sering kita dengar.Ungkapan yang ada benar sekelumit, batilnya sebaldi.
Bagaimana masa muda? Adakah masa muda untuk enjoy? Dapatkan kita pastikan usia kita sampai pada umur 70 tahun,atau pun dipinggir selekoh jalan sana sahaja?
Yang lepas tidak mampu kita dapatkan kembali, Yang akan datang belum tentu milik kita,jadi sekarang adalah milik kita.Untung rugi kita diSana,pangkalnya adalah sekarang.
Kisah Syurga,Kisah Kita
Nabi apabila ditanya oleh seorang wanita tua,bagaimana usia penghuni syurga,Baginda menjawap semua disyurga itu muda dan sihat semuanya.Mereka hidup disana riang dan gembira.
Melihat pola hidup seorang manusia yang awalnya bayi kecil yang perlukan asuhan dan didikan,tumbuh besar sebagai insan yang sihat fizikal dan mental,menurun prestasinya apabila rambut mula memutih,gigi mula hilang satu persatu,mata mula tidak kelihatan garisnya.
Dengan mengandaikan kita tiada khilaf soal ini,sudah semestinya zaman kemuncak dalam hidup seseorang itu adalah di zaman belia.Disaat rambut hitam berkilat,langkahnya kuat dan kencang,ingatannya tajam menusuk.Dizaman inilah kita dapat lihat pemuda itu maju dengan penuh semangat di medan perjuangan,dan dizaman inilah kita lihat minah berani bertenggek diatas motor membuat aksi superman.
Zaman muda adalah kemuncak prestasi seseorang insan.
Prestasi ke syurga,prestasi ke neraka.
Kerugian Yang Fatal
Melihat senario mahasiswa di Malaysia,saya sebenarnya merasa sedih dan kecewa. AUKU diperkenalkan dengan bertujuan memandulkan mahasiswa.Ia terbukti apabila dasar AUKU disalahgunakan untuk menekan mahasiswa melontarkan idea dan melahirkan pandangan masing-masing.Tanpa sedar,penguasa telah membunuh satu ciri penting orang muda iaitu IDEALISME.
"Untuk mewujudkan sebuah negara yang ada integriti tinggi,kita perlukan pimpinan yang bersih,hamba kepada rakyat dan tiada kepentingan pribadi dalam sesuatu tindakan," bersemangat seorang pemimpin muda berucap.
Lihatlah apa sahaja acaranya,yang berlandaskan agama ataupun tidak,tenaga pengeraknya adalah orang muda.Gerak kerja mereka dipandu dengan idealisme yang tinggi. Tidak menafikan sesetengah idealisme itu ada yang salah arah,pada masa ini orang yang berpengalamanlah yang boleh membetulkannya.Biasanya,orang muda memandu laju,orang tua menekan brek.
Jangan disekat,bagilah arah yang perlu mereka tuju.
Iman Dan Idealisme
" Kita perlu mengunakan segala cara untuk menarik orang muda ke konsert kita.Cuba kita bawa artis luar masuk,mesti boom punya," idea bernas tapi salah arah
Idealisme tanpa iman boleh menyebabkan orang muda bergerak merealisasikan idealisme yang songsang.Ibarat kapal yang laju berlayar,tetapi salah arah.
Package seorang pemuda yang mantap adalah yang mempunyai idealisme yang tinggi ditaut rapat oleh keimanan yang mantap.
Setiap langkah,adalah langkah pejuang.
Setiap masa,masa berjihad.
Setiap jalan,jalan menuju Allah.
Setiap helaan nafas,adalah zikir.
Selak kembali sirah Baginda dan para sahabat. Rasulullah itu menerima wahyu pada umur 25 tahun dan membangkitkan izzah Islam pada usia yang muda.Baginda dibantu oleh ramai barisan sahabat-sahabat yang muda belia.Lihatlah pahlawan Uhud, Musab bin Umair. Jejaka yang kaya raya,menjadi kegilaan ramai anak gadis,gugur dimedan Uhud dengan kain yang tidak mencukupi menutup jenazah. Maju meninggal kesenangan dunia lantaran terpesona kesenangan Syurga.Beliau mulia dipandangan Allah,beliau mulia dimata Nabi. Nilai kita?
Berpada-pada
"Abis tu kena selalu duk masjidlah,kene menadah kitab dengan ustaz jela ek, Linkin Park takleh layan,my chemical romance tak leh layan,gossip girl tak leh nengok la ek...hambar ye idup," mulut memuncung 4 inci serta merta terukir.
Ibaratnya bukan sahaja terpaksa membuang baju lama,tetapi baju itu perlu dibakar,abu dibuang ke laut,agar tiada kesan.Jahiliah katanya. Tanpa menafikan orang muda cenderung kepada aktiviti bercorak itu,saya lebih berpandangan "berpada-padalah". Bimbang banyak gelak tawa didunia akan mengakibatkan tangisan panjang di akhirat sana.
Makan 1 biji paracetamol untuk mengubat demam,insyAllah sihat. Makan 10 biji,mati keracunan jawapnya. Mahu berhibur silakan,tetapi perlu letak itu pada tempatnya. Masih memetik gitar kapok saat azan maghrib berkumandang adalah kebodohan.Saya sendiri masih suka mendengar Wings,XPDC, mahupun Amuk.Terasa lagu Akar dan Bumi itu lebih menyentuh hati dari lagu kasih-kekasih.
Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.
Gunalah masa muda ini sebaiknya kerana "Antum ar-Ruhul Jadid fi Jasadiummah"
Mars Kepanduan,Shoutul Harakah
Nota 1: Milik Siapa Gadis Ini? Sudirman dan Amy Search sama-sama best.
Nota 2: Nasyid Indonesia dan Arab lebih menarik hati mengingat Allah dari Nasyid Malaysia.Kenapa?
Nota 3: Gambar adalah sumbangan dari Ustaz Azhar, Digital Mukmin
.: Amad ingatkan just in case terlupa :.
Friday, 20 March 2009
Aku Budak SESTER
Saya ada jalan-jalan blog sesawang dan tertarik dengan satu article yang memaparkan keputusan terbaik SPM di Malaysia. Dengan ini,dengan bangga saya sebagai bekas pelajar x-Sesterian mengumumkan bahawa SESTER berapa dikolompok 10 sekolah terbaik Malaysia.
Syabas dan tahniah buat pelajar dan mak cik dewan makan kerana menyediakan makanan berkhasiat buat kami dulu,kini dan selamanya.
- MRSM Langkawi (1.4041)
- MRSM Taiping (1.5391)
- MRSM Pengkalan Chepa (1.5439)
- SASER (1.612)
- KISAS (1.68)
- MRSM Tun Ghafar Baba (1.6865)
- ASIS (1.754)
- SAMURA (1.83)
- SESTER (1.841)
- SBPI GOMBAK (1.883)
- SAINS JOHOR (1.906)
- MRSM Alor Gajah (1.9326)
Nota 1: SESTER itu singkatan bagi Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu
Nota 2: SAMURA no 8...cis bedebah Jebat!!!
Nota 3: Kelihatan top 3 adalah dari MSRM. Ayuh SBP hancurkan dominasi ini tahun depan.
Nota 4: Buat adik-adik,tahniah diatas kecemerlangan SPM. Sedikit pesanan,kita sebagai orang Islam bukan sahaja perlukan orang bijak pandai tetapi juga beriman.Jika belajar luar negara,jangan tinggal usrah tau.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Subscribe to:
Posts (Atom)




