Wednesday, 30 July 2008

Homestay IMAM 08

Pada 25.07.08 kelana saya di bumi Perak bermula.Bumi yang penuh kejutan terutama PRU 13 baru-baru ini. Bertolak malam dari Terengganu dengan hati yang 50% untuk pergi program Homestay IMAM rusia student chapter di Pos Raya,Kg Org Asli.Mungkin tiada kemantapan hati itu lantaran belum betah lagi duduk di rumah sejak balik pada 16hb baru ini.


Jumaat (25.07.08)

Lubuk 'dakwah' yang bakal kami telusuri


Saya sampai ke Perak pada pukul 7am.Disana Pak Cik Sulaiman dan Bro Abu sudah siap menunggu.Saya perlu ke cawangan pej abah dulu kerana program itu bermula pada jam 230pm.Usai solat jamak zuhur dengan asar,saya pun pergi ke Stesen bas Medan Gopeng.Setelah menunggu selama satu jam,wakil IMAM datang.Mula kenalan awal dengan Uzair,Hafiz,Luqman dan beberapa teman yang lain.Selepas menunggu beberapa teman yang lain,kami pun bertolak ke Pos Raya dengan menaiki lori ‘hantu’ JOEA.Dan sudah semestinya perkenalan dengan pegawai-pegawai JOEA menjadi kenangan indah.Selama 45minit perjalanan,kami pun sampai di Pos Raya.


Malam itu kami menerima lagi teman-teman yang baru sampai dari Sabah,berkenalan lagi dengan Roy (kaki pukul Rusia) dan Maeil Kerbau(Tough man).Kagum dengan semangat untuk menghadiri program IMAM disemenanjung.Malam itu kami dibahagikan kepada 5 kumpulan.Dan sudah semestinya berkenalan lagi dengan ahli group.Program ice-breaking dilakukan dengan ceria walaupun mata ini merota-rota nak tidur.


Sabtu (26.07.08)


Kedamaian dan keredupan Kg Pos Raya “dicemari” dengan kawat mantap dari peserta homestay.Selepas itu penerangan ringkas tentang orang asli dari ustaz JAKIM,kami memulakan aktiviti pertama kami bersama orang asli.ZIARAH…


Muslimat group 2


“Kak duduk rumah saje,nak kerja tak pandai,akak bodo” ungkap seorang ibu muda orang asli.Hati ini berbisik,sedih. Sebenarnya kak lebih pandai dan mulia.Kak menjaga dan mendidik 3orang anak dan menjadi isteri yang taat pada suami,dan diluar sana yang kononnya “hadhari”,Soal kebajikan anak-anak,suami tidak terjaga.


2 years breasfeeding,anak montel macam maskot tayar Michellin

Muslimat kena contohi ibu ini

Hati ini bertambah pilu melihat gereja tersergam indah ditengah-tengah hutan.Masih kurang dakwah kita dikalangan orang asli.Mahu sangat berkongsi ‘Nur’ ini bersama teman-teman di hutan dara ini.Kredit buat ustz JAKIM dan JAIP kerana pengorbanan anda,orang asli ini sudah mendapat hidayah.

Gereja ditengah-tengah hutan



Petang itu ada program jungle treakking dan sepetang bersama-sama anak orang asli.Saya tidak menyertainya kerana group saya perlu persiapkan makan malam.Dengan mengguna segala skill masak yang “entah hape-hape”,alhamdulillah daging masak kicap siap dimakan.Enak,sedap, dan yang penting tiada orang mengadu sakit perut.


Ahad (27.07.08)


“King Cobra” jerit team futsal saya.Saya dan Roy bersama tiga lagi anak-anak orang asli menjadi johan dalam sukaneka futsal.Macam-macam skill adik-adik orang asli buat.Sorang jadi Rooney,Cannavaro dan Giggs pun ada.


“Siapa score tepat,pak cik buat menantu” kata sorang pakcik org asli.


Kami ketawa tidak ingat dunia.Dan jika betul kata-kata pakcik itu,Jam adalah calonnnya.Kami berlajar menyumpit dan lawan menyumpit dengan “otai-otai” orang asli yang lain.Ditempat lain jugak berlangsung grand bazaar,sukaneka muslimat bersama anak-anak dan ibu-ibu orang asli.Petang itu kami pergi ke sungai dan belajar masak nasi dalam buluh dan jerat binatang. Sementara jerat mengena,Pok We 4-5kali ceduk nasi dalam buluh.Rasa katanya,walaupun jumlah sama cm makan nasi.Selepas kenyang makan nasi,aktiviti yang paling best, MANDI SUNGAI.Slot malam bersama Prof Latiff dan Dr Awisul.


“Adeh” kaki terpijak lebah dan terkena sengat.Syukur badan tidak allergic.Jadi jadi macam 2tahun sudah,kerana digigit penyengat,khifarahnya HOSPITAL satu hari.Terima kasih buat Luqman menjadi menjadi dr pribadi sekejap.


Ahad (28.07.08)


Ini hari terakhir kami di Pos Raya.Dimulakan dengan perkongsian dalam kumpulan berkenaan senario dakwah dan islam ditempat masing-masing dan juga di kg orang asli ini.


‘Akak tengok la,orang lelaki ini walaupun mantap tapi tidak mahu kedepan.Asik kami je kena push”.. luah kak sambil saya menggaru kepala yang tidak gatal.Tidak mampu saya memberi jawapan yang konkrit.Buat “spesies” saya,sama-sama kita fikir dan renungkan.



Group 2

Ziarah wida’ dilakukan.Ziarah terakhir ini sungguh berbekas.Sayu melihat ibu-ibu orang asli itu mahu melepaskan kami pergi.


“Jalan baik-baik,jaga diri baik-baik.Kalau kak masih hidup lagi,kita jumpa lagi ya” . Sebak menyesak dada. Kami terharu melihat ikhlas dan bersungguhnya orang asli memberi buat tangan walaupun tiada apa mereka hendak bagi.Dan nampak gaya kumpulan Luqman yang paling banyak bawa balik “ghanimah”.



Hingga ketemu lagi


Kami meninggalkan Kg Pos Raya dengan Segenggam pengalaman,Berulam kenangan pada jam 5ptg.


Jangan ucap selamat tinggal,tapi ucapkanlah hingga ketemu lagi.Insyallah ada rezeki dan diizin Allah.Berjumpa dan berpisah kerana Allah itu manis untuk dikenang.Jika tidak didunia yang fanaa ini kita ketemu,semoga ketemu di syurga Firdausi.


Kredit: Buat AJK IMAM rusia,teman-teman,pegawai JEOA,JAKIM,JAIP.


Rumah Mak Su, 'Mak,ada lelaki kat umah kita', jerit sepupu perempuan kecil saya.Mana tidak terkejut,saya sampai ke rumah Mak Su semua dah 'Syahid'....



Firman Allah S.W.T.: ” Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [al-Hujuraat: 13]



.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.