Wednesday 29 April 2009

Enterpreneur Day dan Kempen Derma Darah

Penat

Mengantuk

Letih

Puas

Segala macam perasaan pada malam Isnin,berbalas indah dengan melihat satu demi satu jualan kami terbeli.Lebih indah melihat kepuasan sahabat-sahabat menjamu juadah kami. Untuk sekian kalinya,IMAN telah terlibat sama dalam Interpreneur Day 09 anjuran Kelab UMNO Luar Negara cawangan Bandung (KUBI). Dan buat kali kedua berturut-turut IMAN memenangi gerai terbaik.

Syabas dan terima kasih Amad ucapkan diatas kesungguhan dan komitmen yang diberikan. Saya doakan usaha memasak dan pulang sampai jam 2 pagi diterima oleh Allah sebagai amal soleh.Amin

Tidak lupa juga yang bertungkus lumus untuk menyiapkan gerai dan pameran Perubatan Islam.

Sungguh, Demi Allah Amad sungguh sayang pada kalian.

Buat AJK derma darah,juga Amad mengucapkan tahniah diatas usaha tanpa penat lelah dalam memastikan acara itu berjalan dengan lancar. Mengikut laporan trafik, sebanyak 60 lebih bag darah yang berjaya dikumpulkan dan sebanyak 3o lebih terpaksa ditolak kerana beberapa alasan seperti underweight,anemia dan tidur lambat.

Buat pengetahuan,usai menderma darah saya sempat bersembang dengan anggota Palang Merah Indonesia,dia mengatakan dalam satu hari sebanyak 600 beg darah diperlukan dan dibekalkan kepada banyak rumah sakit (hospital) disekitar Bandung. Banyak bukan...

"Bang Amad,asal tak derma...takut ek," tanya seorang junior dengan muka penuh sarcastic. Ciskek sungguh.

"Bukan tak nak derma,tapi berat badan saya tak cukup," pueh ati aku..hehe.

Dan buat kali pertama selepas banyak kali mengelak dari menderma darah,saya akhirnya melangkah bendul...Ingat orang takut ke.

Selamat berbakti wahai Sang Darah...

Saya berdarah panas

Liputan Gambar Sekitar Hari Interpreneur dan Kempen Derma Darah


Johan Gerai Terbaik

"Guano bendo lain pulop tubik ni...guane ninggg(nada Anept)," Bos si pembekam dan Taufik si terbekam.Demo wat gapo tu Papa weh?

Ada lagi satu gambar,tapi ada orang marah letak...hehe

Nak cover nervous

Jarum yang maha besar...huhu

No camera please...( Awok-awok mat pit)

Alhamdulillah siap...(Lihat beg darah,abaikan logo berkeris tu..hehe)

Faizah,Badihah dan Big Bos kempen,Hadi

Vertebral Bone of IMAN

Nota 1
: Sekali lagi syabas dan tahniah buat semua ahli IMAN yang membantu secara langsung mahupun tidak.

Nota 2: Hari Jumaat dan Sabtu ini,Biro Agama Islam KUBI( BAIK) akan mengadakan Seminar Comparative Religion,yang akan diberikan oleh Brother Shah Kirit.Ayuh,kita cari Agama Islam. Islam Dicari vs Islam Tradisi...

Nota 3: Saya baik dengan Kelab UMNO,UMNO kah saya? ahaks

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday 24 April 2009

Bangang dan Membangangkan

Digantung kerana tegur iktiraf Israel

KULIM, 24 April: Kerana menegur aktiviti pelajar yang mengiktiraf negara haram Israel dan menggayakan pakaian sami, tujuh pensyarah dan kakitangan UniKL cawangan Kulim telah digantung tugas mereka.

Menurut sumber, pergantungan mereka berkuatkuasa 21 April hingga 4 Mei dan besar kemungkinan tiga dari mereka akan dibuang kerja.

Teguran itu mereka buat terhadap pelajar yang menyertai program menggayakan tarian keagamaan 20 negara di bawah naungan PBB.
Di antara negara yang dipilih adalah Amerika syarikat, United Kingdom, Thailand, Cambodia dan ISRAEL.

Teguran itu dibuat berdasarkan Israel adalah negara haram dan tidak diiktiraf Malaysia.

(Sumber: Akhbar Siasah)


Ini jawapannya!!!

Nota 1: Saya amat terhiris dengan perbuatan itu.Disini pelajar berdoa dan menangis melihat saudara di Palestine dibunuh,kamu mengibar bendera negara haram Israel!!! Buta perut...

Nota 2: Ya Allah,jangan Kau turunkan bala kepada kami lantaran tindakan maksiat dan mungkar segelintir dari kami.Katahuilah masih ada berdoa dan bermunajat untuk saudara Palestine kita.,

Nota 3: Tahukah,tindakan kalian yang menyerupai sami itu boleh menyebabkan aqidah terbatal? Tidak tahu,belajar!!!

Nota 4 : Apa saja alasan yang diberikan,saya hanya judge yang zahir.Yang zahir kalian mengibar bendera Israel dan memakai pakaian sami.

Nota 5: Tetiba hati menjadi PANAS

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.


Thursday 23 April 2009

Slam With Angle

Ini adalah gambar-gambar yang diambil sempena Karnival Sukan PKPMI.Diambil dari dua camera yang pertama adalah Canon Power Shot S3 IS dan dua gambar terakhir diambil dari camera pinjam Dewi,EOS 450D.


Molek-molek Gapo,cocok kang keris atas bahu...

Nyepak Ninja Turtle

Dr Radzi mahu bertukar menjadi Ninja Pink

Maskot pun bersenam

Otai-otai raksaksa pemakan Tauhu Sumedang

Awas,senjata tajam!!!


Dua gambar ini ingin dikongsi yang disnap pada Karnival Sukan baru-baru ini

Dari : EOS 450D
AV mode.

Fokus

Slam with Angle


Nota 1: Best provoke junior-junior semasa karnival.Maaf la ye,kitakan kawan.Anggap sebagai gurauan je.Tahun depan lagi best,boleh provoke 4 team.Mati...matiiiiii

Nota 2: Untuk menjadi seorang photografer yang baik,disamping keperluan camera yang bagus,skill yang amat penting adalah pandai mencari ANGLE.

Nota 3: Masih menghitung masa dan pulang ke Malaysia untuk memiliki si dia... Nikon D90. Hantaran RM 5 ribu,serba satu.Botak le ambe...

Nota 4: Terima kasih daun keladi buat Pratiwie Dewi Putri( Betul ke eja macam ni) atas cameranya..

Nota 5: Gambar lari dalam guni tiada dalam simpanan.Kalau tidak,nak upload gambar Kak Aimi.Ahaks...(Boleh cari,siapla nanti)


.: Amad ingatkab just in case kalian terlupa :.

Sunday 19 April 2009

Iman Mutiara

Mutiara Nan Indah

"Dia itu takpelah,dari keluarga baik-baik.Saya ni bukan dari keluarga yang bagus agamanya.Segan saya nak bawa title Islam,saya takut akan malukan Islam nanti," jawapan dari satu sisi.

"Anta tengoklah dia tu.Mak ayah Ustaz,pergi hantar siap sekolah agama lagi.Dulu masa sekolah bukan main dakwahnya,ketua naqib tu. Sekarang, macam haram je perangai...beza amat dengan ayah dia,"dari sisi yang lain pula


Diatas dialog-dialog yang sering kita dengar.Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang lagi berkenaan hal ini.Cukup saya tinggalkan satu lagu yang cukup memberi kesan. Dengarlah secara santai dan tumpukan pada bait-bait lirik.

Satu pesanan ringkas,kita bertanggunjawap atas diri kita sendiri.Jika mak ayah tidak mampu bawa Islam, kita anaknya yang harus berusaha membawanya.Dan jangan rasa selesa dengan title keluarga Islamic tanpa mahu untuk mencari agama.Saya lebih selesa agama yang DICARI dari agama TRADISI.

Masihkah kita ingat sirah Nabi Musa yang dibesarkan di Istana Firaun?

Masihkah kita ingat sirah Nabi Nuh yang anak dan isteri tenggelam dek air banjir?

Kerana Iman itu tidak dapat diwarisi...

Iman Mutiara

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah





Nasyid yang ada Allah dalamnya.

Nota 1: Imtihan just around the corner,yuk study.

Nota 2: Selamat berimtihan pada sahabat-sahabat yang lain.

Nota 3: Lempar kelapa,tidak kena sutey habuk botol.Salah kelapa,salah botol atau salah penganjur? Mungkin juga salah maskot.Pelempar dah ok...ahaks


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday 17 April 2009

Bahaya Aids Al Haraki Dalam IMAN


" Nasib,anta dan sahabat-sahabat lain datang,syeikh.Ana dengan sahabat kita lain mati kutu nak buat kerja dakwah kat sini," luah kelegaan seorang sahabat perjuangan.

Tidak mampu saya untuk tidak menganguk benar kata saudara saya itu. Awal menjejak kaki di bumi Bandung ini,membawa 1000 macam kejutan.

Terkejut dengan masyarakatnya bahkan banyak kali terkejut dengan tradisi dan akhlak songsang pelajar-pelajarnya. Mengeluh tanpa membuat sebarang perubahan adalah sia-sia.Buang masa dan buang air liur. Dengan ikatan iman dan mempunyai kesamaan visi,saya dan sahabat-sahabat lain merapatkan saff.

Awalnya,ia hanya dikenali sebagai biro Agama PKPMI.Sedar bahawa gerakan dakwah perlukan nafas yang segar dan muda,ia telah di "rebranding" kepada IMAN.Saya yang kiranya masih hijau dalam arena ini,banyak termotivasi dengan komitmen sahabat yang lain. Bergerak dengan satu matlamat iaitu membuat perubahan dari tradisi pelajar yang dahulu kepada yang lebih baik.

Sekali lagi,memang indah bicara soal semalam.Jika dahulu ahli IMAN kurang lebih 20 orang sekarang mencapai 60 orang lebih.

"Wah ramainya,bestlah IMAN senang nak wat program," kata teman.

Sememangnya dari kuantiti itu melambung tinggi,tetapi ada beberapa hal yang hadir merunsingkan saya lantaran semakin bertambah usia IMAN disini,semakin banyak hal yang perlu terus kita muhasabah dan baiki.

"Orang tua biasanya banyak penyakit," itu selalu kiaskan bila bicara soal gerakan Islam. Takut melihat,ia dijangkiti sama oleh IMAN yang baru mahu bertatih.Belum sempat berlari,telah tersungkur ke bumi lantaran langkah sumbang semasa menghayun kaki.

Dalam menyemak kembali peringatan demi peringatan yang ditinggalkan oleh ramai ulama haraki,saya cukup tertarik dengan mutiara kata seorang ulama terkenal di bumi Lubnan sana. Fathi Yakan. Cukup fenomenal dengan buku tulisannya Apa Ertinya Aku Menganut Islam? Manis dalam ingatan apabila saya sendiri pernah berkesempatan mendengar secara terus untaian kata beliau pada bila datang bertandang ke Terengganu.Lautan manusia mendengar!


Fathi Yakan

Apa Erti Saya Menganut Islam?


Saya tidak mahu mengupas berkenaan buku itu,tetapi ingin berkongsi sama dengan satu tulisan beliau dalam buku hzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki). Wa Zakkir !! Fa inna az-Zikra tanfa`ul mu’minin.Ini peringatan yang wajib semua aktivis dakwah.Saya akan cuba kupas dan sesuaikan dengan waqie( keadaan) disini.


Kurang Daya Tahan Jamaah



AIDS,boleh saya kata bahawa kita semua pelajar disini sedia maklum tentang syndrome ini.Tahu puncanya,faham pathopysiology dan pathogenesisnya dan juga clinical symptom kita maklum.Kurang daya tahan badan sehingga mengakibatkan badan tidak berdaya melawan jangkitan.Menjadi satu peringatan fatal berkenaan hal ini,sampai sekarang belum temui penawar.

Ustaz Fathi Yakan,memberi peringatan ini lantaran rundung hati melihat gerakan-gerakan Islam di Lubnan tumbang menyembah bumi. Banyak kali bila diselidiki,ia berpunca dari kurang daya tahan diri,Jamaah itu sendiri.


Etiology
Kemusnahan Gerakan



Persoalan yang timbul ialah bagaimana virus ini boleh berjangkit dan menjadi penyebab kehancuran kepada harakah? Dalam analisa dan tajribah Ustaz Fathi Yakan, terdapat 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi :

1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh.

Sering kita bergerak kerana dipaksa kawan,mak ayah menyuruh dan mahu kelihatan macho apabila memakai baju gerakan dakwah.Apabila sahabat pulang ke Malaysia,penyakit futur itu mudah menjangkiti.

Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.

Ingatlah peringatan Allah yang menyukai hamba-hambanya bergerak didalam satu saff yang kukuh laksana sebuah batu-bata di dinding.Jangan biarkan kerana rapuh batu-bata dipihak kita,runtuh dinding tersebut.

Ayuh buktikan,kita berdakwah bukan kerana keluarga,kawan dan sebagainya.Dan jika 1000 sahabat pergi meninggalkan kita kerana dakwah,kita tetap kokoh berdiri disini.

2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan.

Ini menjadi titik kekuatan bahkan juga titik kelemahan yang fatal buat IMAN.Gah dari segi kuantiti.Sudah pasti jika meninggalkan aspek kualiti,IMAN tiada nilai.Melangkah longlai. Bahkan boleh menjadi senjata sulit untuk menikam balik gerakan Islam itu sendiri.

Wahai ahli IMAN,adakah senjata sulit itu adalah anda???

3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemengan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan.

Dalam membuat menjalankan dakwah,ingin cepat melihat hasilnya.Seakan jika menegur seorang gadis tidak bertudung,dengan harapan wajib esok dia bertudung litup.Sungguh realiti di medan bukan seperti itu.

"Akh,Dakwah itu jalan yang panjang,"pesan seorang Murabbi.

4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.

5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.

6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik

7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangai peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan dakwah setempat berdasarkan situasi.


Treatment AIDS Haraki



Jika AIDS yang menjangkiti batang tubuh manusia,sampai sekarang belum temui penawarnya. Tetapi AIDS pada haraki,penawarnya adalah TARBIAH.

Dengan kegelinciran dari satu langkah,ia akan menyebabkan kegelinciran yang lebih besar dan membarah.

Memelihara Asholah Dakwah bererti meletakkan kepentingan kepada tarbiyah. Kerana itu, tarbiyah dalam jemaah tidak boleh dikesampingkan atau diabaikan demi memenuhi tuntutan kegiatan pribadi, publisiti bahkan jihad sekalipun. Perencanaan takhtit dan tanzim semata-mata tidak mencukupi tanpa tarbiyah untuk membina izzah harakah di mata musuh Islam.

Secret Weapon Islam adalah Usrah.Usrah merupakan tulang belakang tarbiyah dalam jamaah, yang berperanan sebagai wasilah yang mendidik ahli dan membentuk rijal. Semua anggota di manapun peringkat jamaah, samada ahli hinggalah pimpinan tertinggi wajib mengikuti peringkat-peringkat tarbiyah sehingga sampai ajalnya.

Buktikan bahawa kita adalah generasi "HALAQAHOLIC"

Halaqah

Kesimpulan



Ternyata, kewajipan itu lebih banyak dari batas waktu yang kita miliki. Kerana itu, dakwah kita tidak dibina atas dasar rukhshah (keringanan), tetapi dibangun atas dasar `azhimah dan tekad yang teguh. Jika hal ini diperhatikan dengan sewajarnya, dari peringkat ahli sehinggalah pimpinan jamaah, segala permasalahan yang sering melanda harakah dan dakwah, nescaya virus bahaya yang menular dalam tanzim binaan jamaah dapat diatasi.

Semoga kita mengambil pelajaran dan manfaat dari taushiyah yang disampaikan sejak enam belas tahun silam oleh seorang da`ie yang menjadi qudwah kepada kita, demi kebaikan dan kejayaan harakah dakwah di bumi ini.


Wahai Ahli Dakwah



Kita adalah daie yang diwajibkan berdakwah bukan kerana kita bersekolah agama,bukan kerana kita naqib usrah sekolah.Beban dakwah dan menyampaikan Islam terbeban dibahu kita usai kita awal bersyahadah.Setiap kita adalah pendakwah tidak kira seluar koyak dilutut,rambut kuning bersinar,beban itu tidak sekali-kali lepas dari bahu kita.Dan ingat ia akan dipertanggujawapkan tidak kira bagaimana rupa kita semasa hidup dibumi.

Jadi adakah masih senang kita mengungkap "Ko la pergi nasihat dia,ko kan IMAN,aku ni bukan IMAN."

Ingatlah,kesalahan para daie itu lebih membarah kesannya dari orang biasa.

Ayuh wahai jiwa perindu syahid,kita gegarkan bumi Jatinangor ini dengan ISLAM!!!


Nota 1: Article ini ditulis dan diolah dari penulisan ulama Ustaz Fathi Yakan.

Nota 2: Sesiapa yang ingin berusrah,sila sampaikan kepada ahli IMAN,insyAllah kami akan memudahkan caranya.

Nota 3: Selamat pulang ke Malaysia buat sahabat-sahabat Twinning 06 terutama buat Faris(Papa),Syahrul( Senyum menawan) ,Suhaijah( prototype Kak Ijah) dan Alia( no komen).

Nota 4: PKPMI ada membuat blog contest,jadi jom kita singgah dan baca blog-blog sahabat kita.

Nota 5: Kepada sesiapa yang ingin mengambil article dan menyesuaikan mengikut gerakan dakwah ditempat anda,saya mempersilakan.

Nota 6: Amad mengucapkan tahniah kerana dapat habis baca article panjang ini.


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Tuesday 14 April 2009

FI : Hukum Berinai Di Tangan

Gambar Hiasan

Salam...

Ana nak bertanya berkenaan hukum inai di tangan. Sekarang semakin banyak trend yang membuat inai ditangan atau ditempat-tempat lain di badan. Jika dahulu,merahnya inai di hujung jari,sekarang seakan dibuat corak-corak tertentu di badan. Apa kedudukan hukum bagi perbuatan ini?


Jawapan:

Hukum berinai....

Bagi lelaki: Haram berinai bagi lelaki kerana tidak sesuai dengan fitrah kelelakian, bahkan menyerupai wanita...Hanya dibenarkan untuk tujuan berubat, pada anggota badan seperti ibu jari kaki kerana utk rawat penyakit "cengkang kuku", adapun menginai rambut, ana dah buat artikel sebelum ini... Hukum inai rambut


Bagi wanita
: Boleh menginai jari dan tangan bagi wanita yang telah berkahwin untuk tujuan berhias bagi suami...adapun wanita yang masing bujang, tidak dibenarkan kerana tidak ada tujuan yang syarie bagi berhias...untuk ditunjuk kepada siapa? kepada org ramai.. tentu sekali haram...trend masakini yang menginai tangan dengan corak2 dan bunga2an, tidak dibenarkan kerana ia akan mendatang fitnah kepada lelaki yang bukan mahram. Bagi tujuan berubat, hukumnya harus seperti laki-laki.


Wallahu a'lam


Mahadi Bin Mohammad
Syariah, Universiti Mu'tah


Ulasan Amad: Banyak hal yang kita buat sehari-hari tanpa kita selidiki halal dan haramnya. Saya berkongsi hukum ini,kerana banyak ditanya oleh sahabat-sahabat terutama sahabat perempuan.Hati saya juga terdetik untuk bertanya berkenaan hal ini disebabkan melihat ramai gadis-gadis membuat inai di Jatos.


Bagi yang telah membuat perbuatan ini,yang berlalu biarlah berlalu. Sekarang kita sudah jelas kedudukan hal ini dalam Islam.Untuk kehadapan,saya berharap tidaklah ia berulang kembali.


Kita mahu Allah sayang kita,jadi kita ikut perintah Dia.Bila Allah sayang kita,kita pun gembira. Tegur menegur itu tanda sayang Amad pada kalian.


Nota 1
: IMAN will organize Health and Hygiene Campaign.Check it out....


Tekan untuk besarkan


Nota 2
: Kepada semua bloggers IMAN,kalian diwajibkan perpanjangkan kempen ini di blog kalian.Untuk sahabat-sahabat lain, turut serta kempen juga amat-amat dialukan.


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday 11 April 2009

Menjual "Allah" dengan Nasyid




"Anta tahu tak,antara lagu Kasih Kekasih dengan Akar dan Bumi,Amuk.Ana lebih refer dengar Amuk," melontar provokasi untuk teman berfikir.


Terkulat-kulat muka teman.


"Aik,biar betul syeikh.Takkan kot nta layan lagu rock banding lagu nasyid.Duk luar baju gamis,rupanya mat rock," dia meminta kepastian.


"Kenapa? tidak boleh ke?Kurang Islamic ke ana jika layan lagu rock kapak banding nasyid jiwang?," saya terus memancu untuk dia berfikir.


"Nta perlu selektif,syeikh. Jika nta letak nasyid jiwang dan rock kapak dalam satu pinggan yang berasingan,ana akan pilih rock kapak.Terasa diri ini tidak berpura-pura," saya cuba untuk menjelaskan.


"Berpura-pura?," dia masih bertanya.


Nasyid Zaman awal 90an


Saya umumnya dibesarkan dengan kumpulan-kumpulan nasyid yang jika disebut ramai yang tidak mengetahuinya. Keluarga saya juga adalah pengemar nasyid. Nada murni adalah salah satu kumpulan yang selalu mendapat tempat didalam kereta untuk didengar semasa pulang ke kampung. Ketepikan persoalan dari mana asal kumpulan ini,yang penting disini adalah nasyid mereka adalah nasyid perjuangan. Semangat berjuang itu berkobar-kobar selepas mendengarnya.



Disaat itu masih begitu kurang nasyid yang mengunakan alat musik moden.Yang ada hanyalah kompang dan dua tiga alat muzik yang minimum. Kualiti bunyinya tidaklah setanding sekarang.


Selepas Kerajaan mengharamkan gerakan Al-Arqam,ia memberi impak pada industri nasyid tanahair juga. Nada murni berkubur,lantas bangkit kumpulan baru dengan wajah dan penampilan yang baru.Nasyid yang begitu fenominal pada saat itu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dunia.Siapa tidak kenal Raihan.

Raihan


Rekod jualan album terbanyak adalah dari Raihan,bukan Siti Nurhaliza dan bukan juga Faizal Tahir,Felix jauh sekali.Anak-anak kecil begitu lunak dengan zikir-zikir dan lagu Raihan. Pasti atau Taska,gurunya mengunakan lagu nasyid Raihan sebagai salah satu alat bantuan belajar. Jika mahu diajar 99 nama Allah tanpa berlagu,sukar kanak-kanak untuk memberi tumpuan dan ingat.


Pecahan dari kumpulan Nada Murni juga menghasilkan Rabbani dan Hijjaz.Hadir dengan lagu ketuhanan yang masih dikira dapat mengisi halwa telinga pendengar muzik alternatif.


Komersial Faktor Utama


Melihat cerah dan berjayanya bidang nasyid,banyaklah syarikat rakaman menawar diri untuk turut sama membantu memeriahkan bidang ini.


Hadir mereka bukan diatas kapasiti dakwah dan mendidik masyarakat. Hanya menjadi penanda aras berjaya atau tidak kumpulan itu adalah bilangan album dijual bukan Islam yang berjaya diperkenalkan.


Nasyid telah ditransformasi dari nasyid jihad dan perjuangan kepada nasyid bercorak cinta dan wanita. Umpan yang ditabur,cepat dan banyak dimakan oleh masyarakat. Kumpulan nasyid bercorak ini mendapat tempat menganti nasyid-nasyid yang lama. Jika dahulu si kopiah putih senang dengan lagu Sunnah Orang Berjuang,sekarang diganti dengan Kasih-Kekasih di Winampnya.


" Ini adalah untuk mendidik masyarakat dan remaja untuk memilih cinta yang sebenarnya," ulas seorang vokalis nasyid.


Adakah itu didikan yang Islam mahukan?


Masakan tidak,jika satu lagu dalam satu album ia masih boleh ditelan.Ini dalam satu album,dua tiga lagu jiwang.Album seterusnya, berbakul-bakul lagi. Matlamat sudah tersasar,dan perkataan yang layak hanyalah PENGKHIANATAN! Memakai sesuatu yang kabur dengan baju Islam.


Menjual "Allah" dengan nasyid


Nasyid adalah satu wadah,wasilah dan jalan untuk perkenalkan Islam pada target audience. Dalam bahasa yang senang,menjual Allah.Kita dengar,kita mahu membeli Allah selepas itu.


Tetapi satu soalan kritikal untuk kita jawap,adakah Allah terjual selepas mendengar nasyid itu? Jika jawapannya Ya,itu tandanya matlamat nasyid itu tercapai.Dan jika jawapannya TIDAK,ia adalah satu jenayah diatas nama Islam. Mendengar nasyid,yang jadi adalah si jejaka lebih terawang-awang dengan lirik yang mendayu memuji wanita.


"Allah" tidak terjual,"terbang" sahaja yang dapat.


Contoh mudah,kita boleh pasang lagu Shoutul Amal dengan In-Team pada mujahiddin Palestine.Agaknya,yang mana satu yang mahu mereka dengar? Selepas dengar Kasih-kekasih?


Nasyid Luar Malaysia


Selepas nasyid negara kita dimandulkan,banyak pengemar nasyid jihad beralih kepada kumpulan-kumpulan nasyid diluar negara.Ada yang bergerak solo dan berkumpulan.Tetapi mereka dilihat lebih konsisten untuk menjaga dan memperjuangkan nasyid sebenar.

Sami Yusuf


Bagi pengemar nasyid English sebut sahaja Sami Yusuf,Zain Bhikha,Yusuf Islam,mereka adalah pelopor. Muhammmad al-Husayn pula salah seorang penasyid yang berbahasa arab,popular dengan lagu Maulai.


Di negara seberang juga tidak berkecuali. Dengan langkah maju ikhwah disini, melahirkan kumpulan-kumpulan nasyid yang tidak kurang kalah mutu lagunya. Izzatul Islam, Shoutul Harakah adalah sekelumit kumpulan yang mengisi hati saya sekarang. Lagu mereka adalah lagu jihad.Mendengarnya seakan mahu terus berjuang ke medan.


Walaupun nasyid Indonesia lambat perkembangan dari Malaysia,bahkan Malaysialah guru mereka,sekarang jauh meninggalkan kita. Saya masih ingat pertama kali masuk toko-toko buku disini.Dirak kaset,terpampang kaset Nada Murni,Raihan,Hijjaz dan Rabbani. Bangga dan kagum serta-merta berselirat ditubuh.Memang indah bicara soal semalam,sekarang ia bukan lagi milik Malaysia.Masakan tidak,lihatlah daurah-daurah di Malaysia,yang dipasang adalah nasyid Indonesia.


Kenapa tidak dipasang kasih-kekasih? Jawapan yang sudah jelas bukan.


Peluang Nasyid Malaysia



Suka saya sarankan untuk jamaah di Malaysia, tidak kiralah PAS,JIM,ABIM,HALUAN atau nama apa sekali pun,ambil peluang ini. Isi kembali bekas kosong yang telah ditinggalkan. Nasyid kita gersang dari Allah,kosong dari semangat jihad,jauh dari matlamat asal. Jika Pas pernah populer dengan Shoutul Amal satu ketika dahulu,kenapa tidak sekarang? Saya yakin kita tidak ketandusan karya-karya seni bermutu yang Islamic.Tambahan pula,Renggo dari kumpulan Arrow telah masuk Pas.Gunalah kelebihan bakat mereka.



Arrow dizamannya

Buat kumpulan nasyid di UNPAD,untuk persembahan seterusnya diharap biarlah memberi impak yang maksimal pada pendengar. Persembahan bukannya tiap-tiap malam,jadi ada peluang bernasyid,bagilah lagu yang menaikkan bulu roma pendengar.Tidak salah mendendangkan Shoutul Amal-Semarak Perjuangan.


Tidak salah kita kembali belajar dengan jiran seberang.


Teringat kata-kata Abu Saif semasa berkomentar berkenaan nasyid :
Saya tidak mahu anak saya menganut Islam yang lemah gemalai ketika ummah sedang tenat. Selepas saya namakan Saifulislam,alangkah pincangnya "Saif" ku yang menyanyikan nasyid yang tidak ubah seperti Westlife".


Saya tidak akan benarkan bakal "Saif" saya dilibas dek nasyid jiwang!


Akar dan Bumi,Amuk masih menjadi pilihan berbanding Kasih-Kekasih. I'am sorry


Nota 1: Tahniah dan syabas buat Ir Nizar diatas kemenangan di Bukit Gantang. Juga ingin mengucapkan tahniah buat DS Najib menjadi PM ke-6 Malaysia.

Nota 2: Alhamdulillah sekarang saya sudah sihat.

Nota 3: Saya ada dua lagu nasyid yang ingin dikongsi. Jangan ketawa tau,senyum je...

Nota 4: Hahahahaha








.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Sunday 5 April 2009

Sakit Secara Berjamaah



Salam buat semua pembaca,saya ingin memohon maaf kerana blog ini tidak dapat di"update" beberapa hari lantaran kesihatan diri yang tidak mengizinkan.


Selain itu,Amad juga memohon jasa baik sahabat-sahabat mendoakan agar saya cepat sembuh.Kali ini bukan saya seorang yang terkena wabak ini,termasuk juga Nazi dan Farid.Doakan samanya


Berikut adalah hasil ujian darah:

Hemoglobin : 14.3 ( Normal )
Leucocyt: 4400 ( Normal)
Thrombocyt: 230000 ( Normal)

Haematorit: 45 ( Normal)

Widal Test : Salmonella typhi O: (-) ; Salmonella typhi H : (+) 1/80


Penjelasan Dr:

" Doc badan saya ada febrile dan malaise."

"Kamu ada symtom infeksi Thypoid,tetapi enggak begitu signifikan."

" Doc,enggak mau kasi antibiotic pada saya?,"tanya saya.

" Enggak perlu lagi buat masa ini,cukup makan ubat Ibuprofen (antipyretic) dan immune badan kamu."

" Doc,saya sekarang hilang selera makan,ada enggak ubat yang bisa tambah selera makan?," memohon simpati.

" Ala,kamu nikmati aja sih saat ini," jawap dengan tersenyum.

"Doc,nanti saya kurus doc kalau enggak makan," jawap saya jujur.


---Tamat--- ( Hah,jangan ketawa!)


Nota 1
: Salmonella typhi H itu menunjukkan antigen flagella.Ia menunjukkan "past infection". Jika O,tandanya sekarang kita ada Thypoid.

Nota 2 : Antipyretic itu adalah ubat yang digunakan untuk menurunkan suhu badan.

Nota 3 : Sesiapa ada symtom panas badan,lemah satu badan,suhu turun dan naik,pening kepala.Disarankan pergi ke klinik untuk blood test.Kali ini serius ramai yang kena.

Nota 4 : Allah menguji hambanya dengan penyakit dengan dua tujuan. Pertamanya adalah untuk menghapus dosa.Kedua adalah untuk menaikkan darjat hambanya. Yang mana satu milik saya? Wallahualam.Yang pasti,Allah sayang saya dan kita.

Nota 5 : Doakan saya.


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.