Wednesday 29 July 2009

Ulangtahun Pertama Amadanaksoleh



" Syeikh, nta asik suka jalan-jalan ke blog orang. Bila lagi nak menulis dan buat blognya," tanya Ustaz Hasrizal.

" Erm...sebenarnya ustaz ada dua sebab ana tak menulis dan buat blog. Pertama kerana ana ini tak pandai menulis dan kedua malu," jawap saya.

" Ala, itu senang je. Meh ana bagi tips. Jika tidak pandai,kita belajar bukan. Nta tulis dulu article yang pendek-pendek, dan sikit-sikit cuba improvekan penulisan tu. Tak malu, ana tiada nasihat. Cukup kot, dengan menjadi insan tiada "malu" untuk blog ini sahaja," jawap ustaz dengan ketawa.

Itu sudah lama saya fikirkan, cuma mencari masa yang sesuai untuk terjun kedalam dunia bloggers ini. Ia bukan sekadar isu menulis dan menulis, tetapi yang lebih penting tanggungjawap dengan apa yang kita tulis.

Suka duka itu banyak berkaitan blog amadanaksoleh ini. Ada insan yang meraikan dan menyokong bahkan jua ada juga mencemuh dan tidak berpuashati. Menerimanya sebagai asam garam kehidupan dan mengambil dan juga belajar untuk terus perbaiki dan mantapkan lagi penulisan.

Banyak sahabat yang terjun ke dunia blogger ini dengan pelbagai matlamat mahupun tujuan. Tetapi satu pesan saya, jika setiap helaan nafas kita didunia ini akan dihisab apatah lagi setiap patah kata yang dinaqalkan. Menulislah dengan penuh rasa tanggungjawap.

"Amad bagaimana nak bagi orang suka dan minat membaca article kita?," tanya seorang sahabat.

Tiada jampi mentera khusus untuk hal ini.Cuma satu tonik mujarab yang saya kira cukup berkesan yang dikongsi oleh Ustaz Hasrizal, masukkan nilai "manusia" didalam article. Sebagai contoh, untuk menyampaikan Islam kepada seseorang tidak perlu kita lambakkan berbakul ayat Al-Quran dan Hadis. Cukup hanya membetulkan cara pandang mereka terhadap agama dan bimbing mereka cara berinteraksi dengan Al-Quran dan hadis.

Blogger, banyakkan membaca. InsyAllah itu akan membaiki dan memantapkan cara penulisan kita. Membaca dan terus membaca.

Cukup Setahun




Alhamdulillah, itulah yang paling layak diucapkan oleh saya kepada Sang Pencipta lantaran nikmat yang tidak terkira banyaknya.

Dengan nikmat itu, akhirnya hari ini tanggal 30 Julai, genap setahun usia blog amadanaksoleh. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat keluarga, sahabat-sahabat dan insan yang sudi bertandang ke blog ini.

Jika ada sebarang penambahbaikan dan sumbangsaran, boleh sampaikan kepada saya. Juga tidak lupa juga saya ingin meminta maaf atas segala salah tutur kata dan terkasar bicara dalam menulis dan berinteraksi di blog amadanaksoleh ini.

Teringin hati untuk mendengar kembali celoteh-celoteh pengunjung-pengunjung awal semasa amadanaksoleh masih "bayi" yang sepi. Jika sesekali bertandang, tinggalkanlah jejak. Kalian merajuk ek, meh saya belanja makan kepok lekor!!!

Nota 1
: Ini article pertama sejak pulang ke kampung halaman Terengganu Darul Iman yang mottonya "Islam Hadhari, Terengganu Bestari". Saya dirumah!

Nota 2
: Ingat pulang, ada banyak masa. Alih-alih berhabuk juga sikit-skit blog ini. Maaf le kalau bertandang tiada article-article terbaru. Biasalah, sibuk dengan "anak-anak"

Nota 3
: Ini no tel saya di Malaysia 0199380242. Call or sms silakan nyatakan nama.

Nota 4 : Akhirnya selepas 2 tahun asyik tidak cukup je bilangan keluarga, tahun ini semuanya lengkap. Alhamdulillah

Nota 5 : Amad sayang semua. Ini article pertama saya... DISINI . Nak tersenyum pun ada =)

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Monday 20 July 2009

[ Terkini ] Explorasi Du'at


Assalamuaikum buat semua sahabat-sahabat...

Ada khabar gembira buat anda. InsyAllah program Explorasi Du'at, kami IMAN Bandung telah membuat keputusaan untuk
membuka kepada Umum
!

Kami membawakan

Ustaz Ridwan Mohamad Nor

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Dan

Akh Ammar dan Isteri, Ukhti Anfal Saari

**Bagi yang hanya bercadang untuk mengikuti sebahagian daripada program sahaja:-
bersama pengangkutan**

  1. hari pertama: RM 25 / Rp 75.000
  2. hari kedua: RM 40 / Rp 120.000
  3. hari ketiga: RM 25 / Rp 75.000

***Pengangkutan sendiri***


  1. hari pertama: RM 20 / Rp 60.000
  2. hari kedua: RM 35 / Rp 105.000
  3. hari ketiga: RM 20 / Rp 60.000


***Untuk hari kedua, akan diadakan rombongan ke Tampin. Bagi yang tidak bercadang untuk menyertainya, bayaran adalah sebanyak RM 30


***Pendaftaran kini dibuka untuk semua sama ada dalam atau luar UNPAD. Tempat adalah TERHAD :)


***Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan pada wakil tempat tinggal masing-masing atau terus berhubung dengan mereka:


Bale Padjadjaran - Farhana Yem FK08 (087822212072)

Sukawening - Badihah binti Ali FK07 (081910331421)
Cikuda - Nurul Aiman binti Ismail FK07 (081802057313)
Maulana - Nur Afiqah binti Abdullah FK07 (081809571071)

Alpina - Ahmad Zulhazwan bin Ahmad Kasim FK06 (081809031717)


Tentatif program anda boleh lihat DISINI

*Sebarang pertanyaan anda boleh sampaikan pada komen dibawah*

Friday 17 July 2009

Resepi Lelaki Idaman : Paprik

Gambar Hiasan

" Syeikh, macamana nak buat ni?," tanya seorang teman.

"Hoh, bakpe pulop tow?," soal balas.

" Awek merajuklah...nak pujuk macamana ek?," meminta pandangan.

" Aik tanya aku pulop. Manalah aku tau. Mana pernah awek ini. Aku selalunya aweks-aweks," menjawap dalam nada bergurau.

Soal awek kurang berminat untuk saya selesaikan. Pandai menjolok sarang tebuan, pandai-pandailah selesai sendiri. Nak mintak nasihat, rasa malas nak bagi. Nak mintak sekeh, InsyAllah boleh.

Jika mahu minta tips untuk jadi suami mithali dan lelaki sejati boleh. Ini hanya buat lelaki yang sudah beristeri dan mempunyai matlamat mempunyai isteri.

Jika zaujah atau isteri anda merajuk dan mahu dipujuk. Tentu si dia bosan, selalunya pujuk melalui sms, bunga atau ajak makan popcorn. Ada satu tips yang juga boleh dikira berkesan, iaitu melalui MASAKAN.

Tips ini lebih berkesan jika si dia itu jenis pemangsa (suka makan)

Jadi hari ini, saya ingin satu resepi simple dan InsyAllah jika kena cara....SEDAP.

Ayam Masak Paprik



500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging ( optional)
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli

2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa

Cara:

1. Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan,
2. kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau,
3. kemudian masukkan garam.
4. Masukkan sos tiram dan biar sebentar.
5. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran.
6. Biarkan hingga masak.
7. Masukkan daun limau purut untuk baunya.
8. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.

Peringatan:

- Biasanya pada awal lepas kita campakkan ayam dan sayur, paprik kita akan banjir dengan air. Tidak perlu kita adjust dengan meletakkan sos tomato atau sos cili dengan banyak. Cukup biarkan sebentar. Kuah akan memekat.

- Untuk bau paprik yang lebih mengancam. Campaklah daun limau purut itu banyak sikit. Jangan lupa koyakkan daun itu terlebih dahulu.

Betapa senang dan mudah resepi ini, saya sahaja berjaya memasaknya walaupun untuk kali pertama. Jika ibu tahu, mesti tidak percaya. Anak teruna dia sudah boleh memasak (terpaksa sebenarnya).

Gambar paprik saya tidak sempat diambil dan tidak sopan diambil. Masak dengan penuh kuali dan letaknya didalam satu bekas yang besar. Bekas tidak penting, yang penting sedap. Al-maklum mahu memberi makan untuk 4 orang jin. Jin Afif, Jin Nazi, Jin Noqi, Jin pakai tocang.

Mahu jadi lelaki idaman?

Cubalah resepi ini.

Nota 1 : Hah, buat jantan-jantan yang gatai nak nikah tu. Belajor le masak. Jangan pandai nak berbini jah.

Nota 2 : Buat muslimat, jangan sahaja cari suami soleh. Pastikan bakal anda ada skill-skill yang lain. Pandai baiki paip ke, pandai panjat atap ke, pandai berkebun ke. Jangan duk cair ayat jiwang tu. Ayat jiwang tu tak dapat tolong bila atap bocor.

Nota 3
: Buat orang yang "kurang sabar" untuk bernikah, Selamat Pengantin Baru. Amad orang sabar...=P

Nota 4 : Pelajar yang belajar diluar negara, tidak pandai memasak walaupun yang simple, malu la weh!

Nota 5
: Afif, Naqi dan Nazi pandai masak. Jadi buat yang berkenaan jangan risau. Tahniah kepada anda ( Faham bagus, tak paham sudah)

Nota 6
: Sumber resepi ini dari Mesra Resepi

Nota 7 : Poyolah mamat yang kacau Nur dalam cerita Nur Kasih tuh (hahaha...kantoi tengok). Ni semua Inah Ja punya salah. Suh tengok...hihihi

.: Amad memasak kalau lapar :.

Wednesday 15 July 2009

Mereka Bukan Guru Kita


Barangkali bila disebut Umar Mukhtar untuk generasi sekarang, tidak ramai mengetahui insan ini. Nama sahaja belum pernah dengar, mahu menceritakan kisahnya. Jauh panggang dari api.

Sedikit sejarah ringkas tentang beliau. Beliau lahir di Tobruk. Semasa era penjajahan Italy, beliau adalah pemimpin utama gerakan jihad Libya yang dicengkam penjajahan regim Italy. Sebelum itu beliau hanyalah seorang guru yang mengajar Al-Quran kepada masyarakat. Oleh kerana sikap dan akhlaknya yang soleh ditambah pula dengan kemahiran peperangan di padang pasir,beliau dipilih sebagai ketua.

Pemimpin Berjiwa Besar

Memimpin Gerakan Jihad Libya

" Syeikh Umar, didalam tangan kita ada sebilangan tentera Italy yang tertawan," ujar seorang anak buahnya.

" Owh, Alhamdullillah," jawap ringkas Umar Muhktar.

" Saya cadangkan kita bunuh sahaja tentera Italy itu, wahai Syeikh Umar," satu cadangan dilontarkan.

" Kenapa kamu mahu membunuh mereka?," ditanya kembali oleh Umar Muhktar.

" Tentera Italy telah membunuh semua sahabat-sahabat kita yang tertawan semasa peperangan. Dan kita patut membalasnya," ujar anak buahnya dengan geram.

" Sejak bila Tentera Italy menjadi guru kepada kita sehingga kita mahu mengikut sama perbuatan mereka itu!?," jawapan tegas dari Umar Muhktar.

Semuanya terdiam.

Beliau semasa ditahan oleh Tentera Italy

Pada tahun 1931, beliau telah berjaya ditangkap oleh tentera Italy dan dihukum gantung dihadapan masyarakat Libya.

Umar Mukhtar Digantung

Akhirnya gugurlah seorang mujahid yang berjiwa besar. Jasa, perwatakan dan pengorbanannya meniti dari bibir ke bibir generasi terkemudian

Pantaslah perjuangan agungmu wahai Umar Mukhtar, melayakkan dirimu dipanggil Lion Of The Desert

Pengajaran

Kita sebagai seorang muslim bahkan kader gerakan Islam perlu ada akhlak dan faktor pembeza dengan golongan kuffar dan juga ahli maksiat.

Memakai baju Islam, bahkan menyalahgunakan pakaian itu untuk menghalalkan perbuatan kita adalah kecelakaan beragama. Akhirnya sikap dan akhlak kita sama seperti mereka.

Tiada beza

Ingat, mereka bukan guru kita!

Nota 1 : Sebenarnya perjuangan Umar Muhktar ini telah difilemkan dengan bertajuk Lion Of The Desert. Buat sesiapa yang mahu lihat, cuba cari di kedai CD. Jika tidak jumpa juga, meh hardisk, saya boleh bagi.

Nota 2 : Kelangsungan dari article sebelum ini.

Video Promo Untuk Program Explorasi Du'at


~~~Check it out~~~

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Tuesday 14 July 2009

PAS : Allah Sedang Berbicara Denganmu


Penamaan calon sudah

Berkempen sudah

Mengundi sudah

Keputusan sudah

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana mengizinkan satu piliharaya kecil di Manek Urai dengan lancar walaupun ada ketegangan dan pergaduhan kecil yang lazim buat satu-satu piliharaya.

Seorang peraih ikan, Mohd Fauzi Abdullah dipilih oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai calon dan berentap dengan Tuan Aziz Tuan Mat dari Barisan Nasional (BN).

Selepas bermandi keringat, bahkan ada yang sampai berdarah, keputusanya diketahuai sudah. Kemenangan diatas kertas adalah berpihak kepada PAS dengan lebihan majority undi sebanyak 65 undi.


Kenapa saya mengatakan kemenangan diatas kertas? Masih ada kemenangan lain?

Benar, masih ada kemenangan lain. Sejujurnya, kemenangan moral adalah berpihak di pihak BN. Kita sorot kembali keputusan PRU-12 baru ini untuk Dun Manik Urai. Dalam pilihanraya umum tahun lalu, calon PAS Ismail Yaakob mendapat 5,746 undi dan calon BN, Zulkepli Omar mendapat 4,394. Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi.

Satu perubahan dan pengurangan undi yang cukup signifikan buat PAS. Jika dulu adalah ribu sekarang berkurang bukan lagi kepada ratus, bahkan merosot sampai nilai nominal puluh.
Sebelum pergi lebih jauh,saya ingin berkongsi satu sirah agung junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w untuk saya jadikan benchmark penilaian untuk pilihanraya kecil MU.

Perang Hunain


Usai umat Islam menyambut kedatangan Aidilfitri, panggilan jihad berkumandang kembali pada tanggal 13 syawal,tahun 8 Hijrah. Peperangan ini berlaku di Lembah Hunain dengan bertujuan menentang pakatan Kabilah Tsaqif dan Hazawin yang bercita untuk menghapuskan kaum muslimin.

Sarung pedang dibuang

Pedang dihurus menongkah langit

Panggilan jihad berkumandang

Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammmad s.a.w dengan kekuatan dipihak Islam adalah 12 ribu dan dipihak musuh sebanyak 20 ribu terdiri dari Kabilah Hawazin, Tsaqif, Nasr dan Jasyam.

Semua ini berpunca usai Islam Berjaya membuka kota Mekah pada bulan Ramadhan 8 Hijrah dengan majority suku bangsa tunduk dibawah pemerintah Islam melainkan beberapa suku Arab jahiliah. Mereka yang diketuai oleh Malik bin Auf An-Nasri dari suku Hazawin mengumpulkan kekuatan dengan satu tujuan. Mencari nama dengan menumbangkan Islam selepas Musyrikin Quraiysh.

Nabi mendapat maklumat awal menerusi seorang perisik tentera Islam Abu Hadrad Al-Aslami. Dalam sejarah awal peperangan Islam, ini adalah bilangan teramai tentera Islam yang belum pernah dicapai sebelum-sebelum ini. Sampailah terucap dari bibir tentera Islam

“Kita tidak akan dikalahkan kerana KITA ramai”

Keyakinan ini ditambah lagi dengan beberapa siri kemenangan dalam peperangan melawan musyrikin.

Disangka cerah sampai ke petang, rupanya hujan di siang hari.

Terlebih dahulu suku Hazawin telah mengambil posisi dilembah Hunain dipagi hari. Sebaik sahaja tentera Islam memasuki lembah, mereka dikejutkan dengan serangan hendap yang hebat dengan dilontar tombak dan anak panah. Peperangan berkecamuk dan kekuatan di pihak tentera Islam berpecah dan melemah. Hampir sahaja peperangan ini mengulangi sejarah Perang Uhud.

Namun, Allah takdirkan dipihak tentera Islam ada satu manusia yang sedikit pun tidak gentar atau takut dengan semua itu. Beliau adalah Nabi Muhammad s.a.w yang kokoh bertahan di atas kenderaan dengan dikelilingi oleh para sahabat.

“ Aku benar-benar Nabi bukan pendusta. Aku adalah anak Abdul Muthalib,” laungan keras dan kuat dari Baginda.

Lantas Baginda turun dari kenderaannya lantas berdoa,

“ Ya Allah, turunkanlah bala-bantuanMu.”

Abbas diarah memanggil semula tentera-tentera Islam supaya berkumpul dan membina kembali kekuatan.

“ Kami sambut panggilanmu, kami sambut panggilanmu,” ucap tentera Islam sebagai respon kepada Abbas.

Baginda tunduk dan mengambil segenggam tanah dan dilemparkan kepada musuh. Hasil lemparan itu, Abbas berkata “ Aku lihat serangan musuh menjadi tumpul dan ramai diantara mereka melarikan diri.”

Gambar Hiasan

Akhirnya kekuatan musuh telah berjaya dipecah dan dikalahkan dengan bantuan Allah, dan bukannya kerana bilangan tentera Islam yang ramai. Allah juga menurunkan sejumlah tentera terdiri dari para malaikat (At-Taubah: 25-26)

Sejarah Mengajar Kita

Sejarah bukan sekadar diulang dan diulang dari satu generasi ke satu generasi. Sejarah mengajar kita lebih dari itu. Ia banyak menceritakan jatuh bangun satu empayar besar dunia. Hanya menunggu kita memanfaatkan kisah-kisah ini semua.

Apa kaitan perang Hunain dengan Manek Urai?

Teruskan membaca

Allah Sedang Berbicara Dengan Kita

“ Saya pun tidak tahu kepada Ustaz Nasharuddin tidak tidak datang. Mungkin dia malu mata,” seronok seorang pimpinan menambah lebih “budu” dalam nasi kerabu.

Kita tidak akan mengeluarkan poster-poster Tuan Guru Abdul Hadi melainkan hanya Tok Guru Nik Aziz. Ini bertujuan melokalisasi isu dan sebagai stratergi,” juga ulasan ‘matang’ dari pimpinan. Baki dari demam Kerajaan Perpaduan yang tidak jua kebah.

“ Tengok gambar tok guru dah dapat pahala,” fatwa dari pimpinan PAS.

“ Kita sudah menang dengan 2000 undi,” keputusan awal yang dikeluarkan juga oleh pimpinan walaupun pengundian masih rancak berlangsung.

Perlukah itu semua diucapkan?

Saya sendiri pada awal amat-amat kurang senang dengan akhlak, ucapan dan perbuatan sesetengah dari pimpinan dari parti Islam ini. Dengan kemenangan demi kemenangan yang mereka dapat seolah-olah mereka lupa satu factor yang amat dan maha penting dalam satu-satu perjuangan hatta jihad pilihanraya.

Kita lupa ALLAH !

Usah difikirkan apa yang BN telah buat. Mereka telah begitu sejak dari dulu. Wang yang menjadi taruhan, tetapi kenapa masih ada yang tidak goyah dan tetap dengan perjuangan. Apa yang kita boleh harap yang baik dari mereka. Benar mereka masih mempunyai factor penyumbang tetapi bukan itu satu-satunya factor. Mereka tetap begitu dari dulu sampai sekarang.Enak kita berbicara soal mereka sampai lupa factor lemah diri kita sendiri.

Masihkah kita ingat, disaat kerajaan PAS Kelantan diambang kejatuhan. Bagaimana pergantungan kita kepada Allah? Dengan munajat massal, tangisan dan pengharapan kepada
Allah bergema di seluruh negeri Kelantan.

Kekalahan itu ujian, begitu juga kemenangan.

Dengan keselesaan dan kemenangan ramai dari pejuang Islam enak duduk diatas. Akhlak dalam berbicara telah dibangkul sampahkan. Saya tidak kisah dan tidak mahu ambi kisah pada golongan yang menyokong kerajaan perpaduan mahupun menentang. Yang saya kisah adalah bagaimana kita menguruskan isu itu.

Pimpinan melondehkan pimpinan.

Aib sahabat dicerita oleh sahabat.

Itukah adap-adap seorang yang mengaku berjuang di platform parti Islam. Ingatlah bagaimana besar pun kita tidak setuju dengan pandangan sahabat, jagalah adap. Mereka adalah masih teman seperjuangan kita yang InsyAllah teman disyurga. Ucapan pimpinan dan ahli gerakan Islam perlu diperhalusi. Usah ditambah budu sebagai penyedap kata. Disaat Ustaz Nasha, berbaring di Hospital,enak insan bercakap. Dikeluarkan oleh media massa, dan pada pandangan saya wajib ditarik balik juga melalui media massa. Meminta maaf selepas membuat salah adalah akhlak seorang kader gerakan Islam.

Dibibir mengatakan segala isu sudah selesai, ibarat kiambang kembali bertaut. Tetapi pada hakikatnya yang dilihat masyrakat luar, ibarat endau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Tergambar dari ulasan-ulasan yang diberikan.

Tok Guru adalah pejuang, dan dia bukan satu-satunya pejuang. Jika ditakdirkan beliau meninggalkan kita, adakah kita mahu kembali kepada perangai jahiliah. Ingat kita mempertahankan kerajaan Kelantan bukan kerana sosok tubuh Tok Guru. Tetapi manhaj dan Islam yang dibawa. Usahlah mengeluarkan ucapan-ucapan yang berbau taksub.

Oleh factor inilah ada diantara anak-anak muda berfikrah Islam masih teragak-agak untuk menyumbangkan tenaga dalam gerakan Islam ini. Penyakit MEREKA ada jua pada KITA. Jadi apa bezanya? Allah telah mentarbiahkan para pejuang dengan darah dan airmata, begitu juga Allah boleh mentarbiahkan para pengerak parti Islam dengan kekalahan didalam piliharaya. Harga yang perlu dibayar adalah tinggi jika sampai ke tahap itu.

Tarbiah perlu digencarkan dengan tidak mengukur kadar pentarbiahan pada berapa banyak ceramah politik yang dihadiri dan diberi!


Muhasabahlah diri, setiap langkah perjuangan letaklah Allah dihadapan.

Dengan lebihan undi sebanyak 65 adalah tanda.

Tanda Allah sedang berbicara denganmu wahai pejuang Islam sebagaimana Allah berbicara dengan tentera Islam dilembah Hunain.

Allah sedang berbicara!

Nota 1 : Buat kawan-kawan, jangan takut untuk meninggalkan jejak dalam article ini. Ini bukan article politik PAS atau BN tetapi ini adalah article membicarakan penyakit yang lazim terkena mana-mana sekalipun gerakan Islam.

Nota 2 : Jadi tumpukan lebih kepada maksud sebenar yang ingin dibawa, tanpa perlu diulas isu-isu yang dibawa sebagai contoh.

Nota 3 : Sesungguhnya kita telah berjaya walaupun kalah. Kita berjuang dijalan Allah, syurga janjiNya. Kemenangan hakiki.

Nota 4 : Semoga maju jaya buat semua gerakan Islam.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Sunday 12 July 2009

Dunia Islam Terbakar

Semasa kita masih enak tidur dikatil empuk, tersandar kekenyangan usai menyantap lauk-pauk yang sangat lazat, terbaring dikerusi malas sambil melihat television, tenang bercuti bersama keluarga tersayang, bahagia candle light dinner dengan kekasih.

Tahukah kita disaat ini dunia Islam bergegar?

Tahukah kita disaat ini dunia Islam terbakar?

Tahukah kita disaat ini luka dunia Islam berdarah kembali?

Digegarkan dengan kisah maruah dan kehormatan muslimah diperlecehkan!

Digegarkan dengan kisah pemurtadan yang cukup tragis!

Digegarkan dengan kisah bermandi darah saudara kita nun jauh ditanah jajahan Komunis!

Tahukah kita?

Sedarkah kita?

Pedulikah kita?

Manusiakah kita?

Islamkah kita?

Nilai itu semua dengan tiga kisah ini.

Mujahidah Pejuang "Maruah" Wanita



Saya seminggu lalu telah dipelawa oleh teman untuk memasuki satu group dilaman sosial terkenal, Facebook. Group itu adalah untuk menyatakan sokongan kepada seorang muslimah dibunuh oleh jirannya yang non-muslim di German.

Itu sepintas lalu maklumat yang saya sediamaklum pada waktu itu. Tidak terdetik dihati, untuk mengetahui lebih lanjut lantaran pada pandangan saya itu sudah biasa terjadi dan mangli. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini.

Sampailah semalam, ada beberapa rakan telah berkongsi beberapa article yang disebarkan menerusi YM dan juga Yahoo Group. Terasa seperti ditampar bahkan dihempap dengan satu bebam yang berat. Betapa kita tidak pedulinya kita pada kejadian besar di dunia Islam. Longgarnya talian iman kita. Kisahnya cukup menuntun hati dan merupakan luka baru bagi dunia Islam.

Bercakap soal aurat atau lebih spesifik berkenaan tudung, sungguh tiada ucapan terbaik untuk muslimah-muslimah kita melainkan "kalian cukup bertuah". Bertuah boleh menutup aib anda tanpa sebarang halangan, bertuah boleh menutup maruah tanpa sebarang tribulasi penyeksaan, bertuah boleh menutup badan anda tanpa perlu mengorbankan nyawa bahkan darah walaupun setitik.

Wahai muslimah-muslimah yang ku cintai kerana Allah, hargailah peluang dan nikmat ini. Tutuplah, jagalah, peliharalah selagi hayat dikandung badan. Luluh hati saya kerana sering mendengar ucapan-ucapan

" Saya tidak dapat hidayah lagi"

" Baik kami macam ini, dari mereka itu yang hipokrit"

" Walaupun macam ini, hati kami baik"

"Itu dululah zaman sekolah agama. Sekarang itu semua sudah berlalu, dunia sudah maju, jalan mesti kedepan. Begitu juga dengan style dan fesyen kita"

Sebelum anda mengucapkan ungkapan-ungkapan itu semua, mari kita membaca dan renungkan bersama kisah syahidnya Marwa Al-Sherbini.

Beliau adalah seorang muslimah keturunan Mesir, isteri bagi seorang ahli akademik, ibu bagi seorang kanak lelaki dan menetap di German.


Dan hari ini, dia telah pergi mengadap ilahi dalam menyahut panggilan jihad. Darah menyimbah bumi didalam mahkamah German!

Kisah ini bermula Ogos 2008, Marwa mengfailkan dakwaan terhadap pembunuhnya, Alex, 28, seorang penganggur Russian-German apabila lelaki tersebut menggelarnya "terrorist" kerana beliau bertudung.

Sebaik sahaja hakim mendapati Alex bersalah dan dijatuhkan hukuman membayar 2,800 Euros sebagai denda, lelaki ini meluru kearah Marwa dan menikamnya dengan pisau sebanyak 18 kali tikaman. Beliau ditikam disaat mana anak lelakinya didalam pelukan beliau. Bahkan menurut berita, pada saat itu dia hamil anak kedua yang kandungannya berumur 4 bulan.

Suami yang berada disitu, cuba membantu isteri kesayangan. Apa yang dia dapat bukan sahaja tikaman sebanyak 3 kali tetapi juga peluru dari pihak polis German. Beliau telah ditembak oleh polis German! Perkembangan terkini beliau adalah kritikal.



Sungguh aneh, dipihak negara Muslim seakan "mati pucuk" dalam memperjuangkan kes ini. Kes ini bukan semata-mata kes bunuh, ia adalah kisah luka dunia Islam. Tidakkah mereka membaca sejarah seorang Khalifah Islam, Mu’tazim yang mengerahkan bala tentera Islam yang panjangnya adalah dari dua pintu gerbang dua kota! Itulah jawapan bagi perlecehan golongan kuffar pada seorang Muslimah.

Penuh Izzah

Dipihak German, yang selama ini memperjuang hak asasi manusia bahkan pejuang-pejuang wanita membisu tentang isu ini. Bahkan sedaya upaya untuk menutupnya. Bayangkan, jika yang dibunuh itu, wanita non-muslim oleh seorang pemuda Islam. Nescaya akan menyalak tanpa hentilah mereka. Kalian memilih-milih dalam isu, jadi kalian tidak layak langsung mempersoalkan keadilan hukum Islam. Hukum Islam itu memelihara maruah muslimah bahkan maruah wanita non-muslim sekalipun tanpa memilih!

Kerana maruah, Marwa sanggup bahkan sudah memenuhi janjinya untuk syahid, bagaimana pula muslimah-muslimah kita? Semoga anda ditempatkan bersama Sumaiyah dan jua Marwa.

Hargailah nikmat ini

Tragedi Natrah


Saya telah mendengar dan membaca kisah Natrah (Bertha Hertogh) ini semasa dibangku sekolah lagi. Beliau adalah seorang gadis berketurunan Belanda, yang telah diberikan kepada wanita melayu, Che Aminah yang menetap di Kemaman, Terengganu. Dibesarkan dengan didikan agama Islam yang cukup dan bahagia bersama ibu angkatnya.

Dipendekkan cerita pada tahun 1950, keluarga asal Natrah ingin menuntut kembali hak penjagaan Natrah dari Che Aminah. Ditipu dan dipedaya oleh pegawai kerajaan, Che Aminah telah membawa Natrah ke Singapura. Akhirnya disana beliau dipisah dan diasingkan dengan Natrah. Kes awalnya dari menuntut hak penjagaan telah bertukar kepada menukar agama kepada agama Kristian.

Semasa diasingkan, Natrah diletakkan dalam penjagaan pihak gereja bahkan diajar mengikuti ritual-ritual agama tersebut. Che Aminah tidak berdiam diri telah mencari sokongan orang Islam. Panggilan ini disambut oleh Professor Dr Ahmad Ibrahim (peguam Che Aminah), Cikgu Mansor Adabi ( suami Natrah), dan Dr Burhanuddin al-Helmi menerusi kalam penanya.


Keputusan Mahkamah pada masa itu yang memberikan hak penjagaan kepada keluarga asal bahkan sekaligus memurtadkan Natrah,telah banyak menghiris hati umat Islam di Tanah Melayu pada masa itu. Akhirnya, meledak rusuhan agama di Singapura yang menyebabkan 18 orang mati syahid (insyAllah) dan ratusan ditahan oleh penjajah Inggeris.

Dan pada hari ini Natrah telah pulang, kerana menderitai penyakit Leukemia.



Benar kisah ini sudah lama,tetapi ia masih meniti dari bibir ke bibir umat Islam. Melihat 18 yang syahid, ada diantara mereka berseluar pendek semasa menyahut panggilan Allah, cukup menghibakan hati. Mereka walau dalam keadaan itu, tetapi masih sensitive dengan keadaan umat bahkan sanggup mengorbankan nyawa.

Bagaimana kita?

Kita berkopiah, kita bertudung, kita belajar sekolah agama, kita ikut usrah, kita hadir ceramah agama, bahkan kita adalah MUSLIM tetapi bila disebut isu murtad masih mampu tidur lena tanpa membuat apa-apa berkenaan isu ini. Jangan sampai satu masa apabila generasi selepas kita, membaca kisah Natrah mereka akan kencing atas kubur kita kerana mandul dan tidak pedulinya kita pada isu-isu murtad disekiling kita yang membarah pada masa ini!

Sesungguhnya,

“Kita dipukul gelombang riddah, dan tiada lagi Abu Bakr untuk mendepaninya…” – Abu al-Hasan Ali al-Nadawi



Bumi Para Ulama disimbah Darah, Xinjiang


Xinjiang pada satu ketika dahulu adalah Turkistan Timur.Terdiri dari masyarakat Uighur adalah ummat Islam keturunan Turki. Mereka dijajah oleh Mancu yang juga turut menjajah China. China tidak pernah dimiliki Turkistan Timur sebelum sebelum gerakan komunis Moa Tse Tong menjajah nya.


Moa Tze Tong adalah seperti anjing yang di lepas dari tersepit kerana apabila berjaya mendapat kuasa di Beijing , tempat perlindungan semasa revolusi Kominis iaitu Turkistan Timur di takluknya pada tahun 1949.

Pada awalnya, penduduk Islam keturunan Uighur sebanyak 95%. Tetapi pada hari ini
akibat penghijrahan beramai ramai kaum Cina (keturunan Han) ke Turkistan Timur dan dasar membunuh regime komunis keatas ummat Islam Turkistan Timur melalui buruh paksaan dan pengguguran anak secara paksa. Bilangan hari ini adalah sebanyak 10 juta dari asalnya 45 juta penduduk muslim.


Hari ini, telah terjadi rusuhan besar-besaran di Xinjiang.Beribu-ribu penduduk Muslim Uighur merusuh di Urumqi kelmarin dalam ketegangan etnik paling buruk di China dalam masa beberapa dekad. Polis dituduh lepaskan tembakan membabi buta.

Rusuhan ini berpunca dari satu demonstrasi aman tetapi bertukar menjadi mimpi ngeri. Segala-galanya tercetus selepas etnik Islam Uighur di China menuntut penjelasan berhubung kematian dua pekerja kilang mainan dalam satu rusuhan di selatan negara itu bulan lalu.



Video-video yang disiarkan di Internet menunjukkan seorang wanita etnik Uighur beragama Islam dipukul sehingga mati oleh para pekerja yang majoritinya berbangsa Cina Han. Berikutan itu, negara kuasa besar Asia, China sekali lagi menjadi tumpuan media antarabangsa.

Di Urumqi, ibukota Xinjiang, sekurang-kurangnya 140 maut apabila penduduk Islam Uighur merusuh di wilayah Xinjiang dalam ketegangan etnik paling buruk di negara itu dalam masa beberapa dekad.


Dari huru hara yang mengakibat lebih 100 orang terbunuh dan lebih 1000 orang cedera, pemerintah China mengambil tindakan ketenteraan. Sampai hari ini, hari Jumaat, ummat Islam tidak dibenarkan mengerjakan solat Jumaat di Masjid-masjid di Urumqi, ibu kota Xinjiang.

Tindakan kejam China ini telah dibidas hebat oleh negara Turki bahkan mengugut untuk memulaukan barangan dari China. Manakala negara-negara OIC lain hanya mampu menyampaikan saranan lemah kepada China.

Ingat, disetiap mana kaki ummat Islam memijak bumi,itulah bumi umat Islam. Persaudaraan kita tidak dipisahkan dengan batas negara, warna kulit dan juga bangsa. Sesiapa sahaja yang bersyahadah, mereka adalah saudara kita. Kita Melayu Muslim, jangan mendabik dada bahawa Islam itu hak eksklusif bangsa kita, ketahuailah Islam itu sampai ke negara China terlebih dahulu dari Tanah Melayu. Sahabat Nabi Muhammad s.a.w, Saad Bin Abi Waqas menjejakkan kaki disana dan menyebarkan Islam disaat tok nenek moyang kita masih menyembah patung berhala!

Yang ada syurga berdasarkan takwa dan amal soleh.Disana bukan dibahagi mengikut syurga Melayu, syurga Cina, syurga India mahupun syurga Arab.

Pesan Nabi Muhammad s.a.w

Saya ingin berkongsi dua hadis nabi yang mengambarkan keadaan umat masa ini dan peringatan keras dari Baginda.

Gambaran Nabi Muhammad tentang ummat Islam akhir zaman

"Hampir seluruh umat manuasia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang sedang lapar menghadiri makanan.

Mereka bertanya:" Apakah kita sedikit pada masa itu,wahai Rasulullah?"

Jawab badinda: "malah kamu ramai, tetapi kamu laksana buih dari bah. dalam pada itu hati mereka tidak ada rasa segan terhadap kamu dan dalam hati kamu sendiri tumbuh penyakit wahan,"

Mereka bertanya:" apakah yang dimaksudkan dengan penyakit watan itu wahai Rasulullah?.
Jawab baginda;" maksudnya adalah dalam hati kamu bertakhta perasaan cinta dan takut mati."

( Hadis riwayat Al-Imam Abu Daud)

Peringatannya adalah

"Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri" ( Riwayat Bukhari & Muslim)

Tidak beriman kita wahai saudaraku apabila kita tidak peduli kisah Marwa, Natrah, Umat Islam Uighur. Ingat itu!
Tahukah kita?

Sedarkah kita!

Pedulikah kita!

Manusiakah kita!

Islamkah kita!

Nota 1 : Terduduk memikirkan hal ini

Nota 2 : Semua ini dari pelbagai sumber, kredit buat semua

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday 11 July 2009

Eksplorasi Du'at

TENTATIF PROGRAM:

14 Ogos 2009 (Jumaat)

Masa Acara

04.00 p.m Pendaftaran Peserta, solat Asar
06.00 p.m Makan malam
06.30 p.m Ice Breaking
07.30 p.m Solat Maghrib
08.00 p.m Slot 1 - 'Burning Desire'
10.00 p.m Tidur


Penceramah: Ust. Riduan Nor ( Pengarang buku tarbiyah dan dakwah, Pendakwah bebas, CEO Muslim Care dan CEO Jundi Resources)


15 Ogos 2009 (Sabtu)

Masa Acara

05.30 a.m Persiapan Diri, solat Subuh
07.30 a.m Sarapan
08.00 a.m Slot 2 – 'Shift Our Paradigm' Bahagian 1
10.00 a.m Slot 3 – 'Shift Our Paradigm' Bahagian 2
12.00 p.m Rehat, makan tengah hari, solat Zuhur
02.00 p.m Slot 4 – 'Shift Our Paradigm' Bahagian 3
04.00 p.m Bertolak ke Tampin, Negeri Sembilan, makan, solat Asar
06.00 p.m Tiba di Tampin, Negeri Sembilan, solat Maghrib
08.30 p.m Bertolak Pulang


Penceramah: Ust. Hasrizal Abdul Jamil ( Penulis buku best seller 'Aku Terima Nikahnya' dan pemilik laman blog saifulislam.com)

16 Ogos 2009 (Ahad)

Masa Acara

05.30 a.m Persiapan diri, solat Subuh
07.30 a.m Sarapan
08.00 a.m Slot 5 – 'Kembara Dakwah Kami'
10.00 a.m Majlis Penutup ( di SMI Al-Amin)
11.30 a.m Bertolak ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
12.00 p.m Tiba di Taman Tasik Titiwangsa, makan tengahari, solat Zohor
01.40 p.m Bertolak ke Rumah Titian Kaseh
02.00 p.m Tiba di Rumah Titian Kaseh
02.30 p.m Tayangan Filem ' Laskar Pelangi'
04.00 p.m Perbincangan dan Curhat
04.30 p.m Pemberian Sumbangan dan Cenderahati
05.00 p.m Acara Selesai, solat Asar

Penceramah: Akh Ammar Zain dan isterinya, Ukhti Anfal Saari

Perhatian:

Penyertaan adalah terhad kepada pelajar-pelajar Malaysia di Bandung.

Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan pada wakil tempat tinggal masing-masing:

Bale Padjadjaran - Farhana Yem FK08 (087822212072)
Sukawening - Badihah binti Ali FK07 (081910331421)
Cikuda - Nurul Aiman binti Ismail FK07 (081802057313)
Maulana - Nur Afiqah binti Abdullah FK07 (081809571071)
Alpina - Ahmad Zulhazwan bin Ahmad Kasim FK06 (081809031717)

Pengangkutan peserta dari Greenwood, Terminal Putra (LRT) dan STAR Ampang ( Bagi mereka yang datang dari Stesen Puduraya) disediakan oleh pihak penganjur.


Nota 1 : Terima kasih buat Abang Bella (Bella tak) atas hasil kerja poster yang superb =)

Nota 2 : Diharap, ahli IMAN dan BAIK semuanya dapat hadiri program ini.

Nota 3 : Untuk sahabat yang bukan dari Bandung tetapi berminat, kami untuk masa ini masih bergantung dengan kehadiran dari Bandung. Jika masih ada tempat, InsyAllah kami akan membukanya. Prinsipnya "Siapa cepat, Dia dapat"

Nota 4 : Kepada sesiapa sahaja yang ingat bertanya tentang program ini, boleh terus kepada saya.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday 10 July 2009

Bantuan Yang Membinasakan

Gambar Hiasan

Pak Abu bangun awal , rutin harian dia seperti hari-hari yang lain. Dia bangun membersihkan diri, solat dan seterusnya menyiapkan barang-barang kerjanya. Dari periksa satu persatu jaring sampailah bekal makan. Di hadapannya adalah satu lautan yang luas. Lautan yang membakti selama ini untuk dia dan keluarga. Di sebelahnya ada satu perahu kecil yang dimamah usai dan kecil untuk membelah perut lautan. Pak Abu adalah nelayan perahu kecil.

Tambahan pula, sekarang adalah bulan Disember, musim tengkujuh. Tetapi untuk mengundurkan diri, menjadi pilihan terakhir lantaran ada 10 mulut yang menanti untuk disuapkan.

Laut menggila

Tangkapan belum pasti

Risiko tergadai nyawa

Kebajikan keluarga

Nasib Si Perahu Kecil

Saya sempat meluangkan masa bersama beberapa sahabat yang boleh dikira adik-adik ataupun junior.

“ Nak tanya sikit boleh tak ,” salah seorang sahabat mencelah untu bertanya.

“Tak boleh tanya! Ala, kamu ni macam tak kenal saya. Tiada lagi yang masuk hospital pasal tanya soalan ke saya. Silakan la,” saya menjawap dalam nada bergurau.

“ Macam ini Amad. Saya nak tanya ini, sebenar-benarnya ada ke tidak bida’ah hasanah ni. Saya belajar daripada ustaz kat sekolah,dia kata ada. Tapi saya masuk university ini, ada seorang kawan tegur kata bida’ah hasanah ini tiada dalam Islam. Aahhh peningnya,” tanya dia sambil melakonkan emoticon YM yang stress sambil menarik rambut itu.

“ Sebelum saya menjawap soalan itu, saya nak bertanya. Dulu awak pernah membaca Yasin malam Jumaat?,” saya bertanya.

“Ada.”

“Sekarang apa jadi pada bacaan Yasin tu?,” history taking yang perlu saya buat sebelum membuat diagnosis.

“Orang kata itu Nabi tak buat,bida’ah. So saya stop la baca yasin. Jika dulu malam jumaat saya baca Yasin sekarang tidak ada apa-apa aktiviti saya buat,” jujur dijawapnya.

Tepat sangkaan saya, daripada bertanya soal bida’ah dan diuji dengan bacaan Yasin. Masalah yang dia alami bukan adalah presenting problem dan bukan real problem, laksana tip of iceberg.

Kecil diatas, besar dibawah.

Bahaya buat kapal besar seperti Titanic, si perahu kecil apatah lagi.

Fenominal ini telah saya amati dan sedari. Bahkan tidak segan untuk saya akui, saya juga mengalami situasi yang sama seperti sahabat tadi. Saya adalah si perahu kecil,mahu membelah lautan luas. “Dibantu” oleh teman-teman yang ingin meringankan beban.

Pak Abu “Dibantu”


Gambar Hiasan

Melihat Pak Abu mengalami kesusahan untuk mencari sesuap nasi, Pak Samad telah menawarkan pertolongan. Diambilnya paku,tukul dan kayu. Tanpa berbasa-basi dan juga tidak bertanya kepada Pak Abu di mana rosaknya sampan, Pak Samad telah menampal dan mengetuk-ngetuk sampan itu. Akhirnya siap. Niat murni untuk menolong, akhirnya mengakibatkan sampan itu compang camping dan tertebuk sana dan sini.

Pak Kamal tidak berdiam diri melihat Pak Samad seorang berbakti. Dia juga mahu menabur bakti dengan menolong Pak Samad. Dia pergi ke kedai membeli pukat tarik,dan pergi ke rumah Pak Abu dengan mengantikan jala kecilnya Pak Abu dengan pukat tarik. Tidak dimaklumkan, bimbang ikhlas itu berkurang. Akhirnya, Pak Abu mengaru kepala,bagaimana mahu ditarik pukat besar ini dengan kudrat tulang empat kerat ini.

Mana mungkin sikap tolong menolong ini hanya dibuat oleh Pak Samad dan Pak Kamal. Jamal si pekedai runcit juga tidak mahu melepaskan peluang membuat “amal”. Mahu membantu Pak Abu,dia mati kutu bagaimana. Dibantunya keluarga Pak Abu dengan menghantar barang-barang keperluan yang banyak tidak terkira. Ditolak oleh Mek Milah,I steri Pak Abu pada awalnya lantaran ketiadaan wang, tetapi dipaksa juga untuk menerimanya. Jamal kata dia tidak kisah bila pun bayarnya, yang penting “ikhlas” dalam beramal.

“Bantuan” Yang Membinasakan

Cerita tiga watak itu, mungkin tiada dalam dalam kehidupan seharian kita. Tetapi tidak extreme untuk dibawa dan diceritakan sebagai analogi permasalahan sahabat tadi.

Sahabat saya adalah perahu kecil

Saya juga adalah perahu kecil

“ Akh, setakat saya belajar dari Ustaz-ustaz lepasan dalam Negara ataupun luar seperti Mesir dan Jordan dan juga tok-tok guru, ramai mengatakan bahawa Bida’ah hasanah itu ada. Tidak silap saya, ulama’ besar kita Imam Nawawi mengatakan ini ada. InsyAllah, saya akan check balik dengan yang alim bab ini, kamu pun cuba check balik dengan ustaz-ustaz. Tetapi nanti jangan terkejut, ada orang bahkan ustaz mengatakan sebaliknya. Tiada masalah, dan kamu peganglah yang mana lebih menyakinkan dan selesa,” jawap saya seorang si perahu kecil kepada teman seperlautan.

“Tentang bacaan Yasin itu, bacalah dan amalkan. Yang kawan kamu bagitahu itu pasal dia takut kamu mengatakan itu ada dalil dan spesifik untuk malam Jumaat sahaja. Tak buat, berdosa sebagai contoh. Itu yang dia ingin banteras,dan itu ada benarnya. Mendustakan kata-kata Nabi,” jelas saya lagi

“Aik, saya tak kata wajib pun. Cuma amalan saya sahaja tiap-tiap malam Jumaat. Saya tidak sandarkan pada mana-mana dalil khusus pun,” dia memberikan komentar.

“ Jika begitu, tiada salahlah kamu nak membaca Yasin. Cuma baru ini saya belajar, ada sebenarnya dalil dan hadis yang mengatakan ada surah spesifik dalam Al-Quran yang boleh kita amalkan baca, dan yang paling penting, Rasul kita anjurkan untuk malam Jumaat tu,”saya menambah.

“Owh ada ke…surah apa tu Amad?.”

“Surah Al-Kahfi dan ada beberapa surah lain juga. Nanti ana akan check balik deh. Kalau baca dapat “dua” pahala tau. Pahala baca Al-Quran satu, satu lagi pahala ikut sunnah Rasul yang anjurkan baca surah itu pada malam Jumaat,”saya membetulkan pemahaman.

Dia dan sahabat-sahabat lain mengganguk faham. Didalam hati saya berdoa,agar bantuan yang saya berikan meredakan gelora dijiwa bukan menambahkan runsingnya hati. Agar tidak terjadi bantuan yang dihulur menjadi tragedy beragama buat mereka.

Daripada elok membaca surah Yasin dimalam Jumaat menjadi membaca sarikata filem Korea.

Daripada elok bersalaman dan wirid selepas solat menjadi tempat gossip dan bertempuk tampar diatas sejadah.

Mahu membanteras “kebatilan” digantikan dengan kebatilan.

Nasihat Buat Si Perahu Kecil

Saya pernah alami dan pernah duduk dalam “kasut” anda. Awalnya gelora dihati hampir-hampir membinasakan. Saya cuba meningkatkan self-control dan menguruskan hal itu dengan sebaiknya. Tempat rujukan terbaik saya bila runsing itu menjelma adalah orang yang arif dan alim dalam bidang agama itu sendiri.

Ustaz-ustaz kita,

Ustazah-ustazah kita,

Tok-tok guru kita


Mereka telah mengikuti disiplin ilmu agama dengan sebaiknya. Jadi menjadi pilihan terbaik apabila kita mengalami penyakit, terus kepada Doctor dari meminta pandangan Harun si penjual ubat kaki lima.

Ada tapinya, semaklah penyakit itu dengan ramai “doctor”. Dapatkan pandangan dan maklumat sebanyak mungkin,ditakuti jika hanya satu doctor dan doctor nan satu yang tidak kisah siapa pesakitnya,yang penting fulus mahu didapatkan. Doctor itu tidak sedar bahawa kita ini adalah si perahu kecil.

Lautan tetap harus dibelah, khazanahnya perlu kita gali...Tetapi berhati-hatilah.

Rescue Team

Buat Pak Samad, Pak Kamal dan Jamal berpadalah dalam menolong. Dalam memberikan pertolongan pelajari sama apa itu jiwa da’ie otak faqih. Agar bantuan yang dihulurkan tidak membinasakan. Binasa dalam kerja seharian boleh lagi diubah dan tolak tambah, binasa dalam beragama antara jurang syurga dan neraka.

Ketahuilah bahawa jika ada insan yang menolak pandangan dan hujah anda bukan kerana apa yang anda bawa. Itu murni daripada Nabi,kita muslim dan ummatnya beriman dengan itu. Tetapi penolakan mereka adalah kerana keburukan akhlak dan pendekatan anda dalam membawa “kalimah” Rasulullah s.a.w.

Jangan jadi seperti penyakit yang pernah dinaqalkan Abu Saif

“Oleh kerana alasan idea saya adalah al-Quran, maka idea saya sahih sesahih al-Quran. Oleh kerana rujukan saya adalah hadith yang sahih, maka apa yang saya faham tentang hadith itu, juga merupakan idea yang sahih”

Hulurkan pelampung kepada Pak-pak Abu

Bukan melubangkan sampan Pak-pak Abu

Itu penyakit wahai dai’e

Nota 1: Ini bukan article fiqh, jadi tidak dilambakkan dalil.

Nota 2 : Baca secara perlahan-lahan. Saya menulis mengambil masa satu jam lebih, orang yang membaca perlu lebih dari itu.

Nota 3 : Akan ditambah kemudian.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Monday 6 July 2009

Harga Sebuah Maneuver Perubahan Diri


"Salam Abang Amad, saya nak tanya sikit boleh tak?," sapa seorang adik.

"Walaikumussalam... aah,tanya la," jawap saya

" Family Abang Amad macam mana? mereka didik anak-anak macam mana ek?," soalan dilontarkan kepada saya.

" Erm, ibu abah saya didik anak-anak dengan tegas. Mereka amat menitik beratkan soal agama, akademik, akhlak dan sebagainya," terang saya. Cuba merangkumkan corak asuhan ibu dan abah.

" Ooo...patutlah Abang Amad macam ini sekarang," kesimpulan awal dia keatas saya.

Sekian ramai saya bersahabat dan berkenalan, syukur Allah telah menemukan saya sendiri dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang soleh dan solehah, ada jua yang bertindik dipusat. Syukur dalam erti kata, saya dapat mengenali dan belajar tentang manusia. Antara ciri penting insan itu berjaya membina hubungan hati dengan insan lain, dia harus pandai dan pakar dengan subjek bernama manusia.

Sejarah Diri


Saya sendiri sebelum bercakap dan berkongsi dengan adik itu, secara kasar telah mengetahui serba sedikit latar belakang beliau. Ia amat penting untuk pandu cara dan pendekatan dalam berhubungan dengan dia. Jangan sampai sebelum dibina jambatan,kita runtuhkan tapaknya sekali dek kerana jahil tentang sasaran kita.

" Saya tidak boleh nafi peranan keluarga dalam mendidik saya sampai menjadi saya sekarang. Guru pertama saya adalah ibu dan abah. Tetapi jadinya saya sekarang adalah kerana saya yang mahukan jadi begini. Islam dicari lebih kuat dan kukuh dari Islam tradisi," saya menyambung.

"Benar,saya setuju tu."

Jika mengimbau kembali sejarah dahulu, saya tidak segan mengatakan saya adalah seorang yang tidak suka usrah dan segalanya berkaitan dengan agama. Disekolah bukan seorang naqib,bahkan anggota Badar sekolah pun tidak.

Sesal?

Tidak pernah.

Ketidakterlibatan saya dalam hal itu bukan tanda saya bermasalah dalam aspek beragama. Saya masih suka hadiri ceramah-ceramah agama dan banyak bersahabat dengan insan-insan yang terpuji akhlaknya.

Islam Dicari

Tahun pertama dicampakkan ke bumi Indonesia banyak mengubah segalanya. Sebelum datang ke sini, dengan transaksi keadaan belajar dari sekolah kepada universiti memberi seakan memberi satu mindset bahawa semua keadaan dan corak hidup pelajar penuh ideal. Dari cara belajar sampailah gerakan dakwah,pada pandangan saya sudah mantap dan hanya perlu saya bersusah payah. Cuci kaki.

Tetapi

Langit bukan selalunya cerah

Bunga bukan selalunya mekar

Air bukan selalunya tenang

Keadaan disini pada awalnya bukan seindah yang disangka. Ada yang masih kuat menahan arus secara individual, dan ada jua hanyut dihempas badai gelora nafsu. Apa title yang dipegang masa sekolah seakan tidak lagi lekat dan dibawa sama. Budak sekolah agama yang dulu alim, dan budak itu juga yang raja maksiat. Tiada nada sinikal, cuma tiada yang pasti jika kita berada disini bagaimana kita harus jadi. Ia amat bergantung dengan diri sendiri.

Melihat suasana yang bagus dan soleh tidak wujud ditambah pula dengan gerakan dakwah yang mandul bahkan boleh dikira tiada, tiada lain terdetik dihati hanyalah PERUBAHAN.

Terasa manis dan lebih menghargai Islam apabila hidup dalam lingkungan yang tidak sihat. Iman lebih sihat apabila diuji ketahanannya. Untuk membawa perubahan dalam skala yang lebih besar, tidak dapat tidak patut dimula dengan skala dan unit terkecil. DIRI SENDIRI.

Ibu abah tidak membebel atau memaksa saya mengikuti usrah atau segalanya berkata dakwah dan tarbiah, ia hadir dengan kesedaran sendiri. Sedar kelemahan diri sendiri, ia menyebabkan saya cuba meningkatkan kualiti diri. Dan sejujurnya saya banyak belajar dari MANUSIA. Itu dipanggil pengalaman.

Semua itu kita akan dapat apabila wujud KEMAHUAN. Oleh kerana itu, saya tidak menerima bahkan prejudis kepada orang hanya TAHU. Betapa ramai insan yang TAHU tetapi tidak memandu mereka untuk bergerak dalam merubah suasana masyarakat yang kacau. Saya tidak mampu untuk tidak bersetuju dengan kata seorang Ikhwah

"Jika kita hanya mengharap ustaz semata dalam untuk kenal agama, nescaya kita tidak akan kenal Islam. Ada diantara mereka hanya selesai belajar, bernikah, ada anak, beli rumah kereta tanpa memberi kesan baik pada masyarakat. Islam itu harus dicari sendiri, walau apa jua keadaan kita."

Pandangan Orang Pada Kita

Kita sebenarnya tidak ketandusan aktivis dakwah,banyak bilangannya. Tetapi tidak ramai aktivis dakwah yang memasukkan nilai manusia dalam seruannya.

"Weh, ko couple...masuk nerakalah ko!."

"Aku dah bagitahu, nak terima atau tidak itu bukan aku punya pasal," ungkap aktivis selesai "menyembur" sasarannya.

"Puas hati aku...hambik ko 40 ayat quran aku bagi.Kalau tak insaf juga tak tahulah,"ungkap puas seorang naqib.

Selalu terjadi? mungkin tidak, tetapi ada.

Tidak pernah kita selidiki, renung dan evaluasi cara dan pendekatan dakwah kita kepada mereka. Dilonggok banyak dalil dan hadis, tetapi tidak berbekas sedikit pun pada jiwa mereka. Salah mereka? atau bodoh kita? Kita lupa memasukkan nilai manusia dalam pendekatan kita. Jadi tidak pelik mereka mempunyai tanggapan awal kepada kita. Nasihat dilihat bebelan

Suka menghukum

Sombong

Berlagak alim

Hipokrit

" Apa pandangan awak semua, tentang saya?," cuba mencairkan keadaan.

" Dulu saya ingat Abang Amad garang, tetapi lepas kenal sebenarnya amat berbeza sekali."

" Itulah, saya tahu kalian tidak suka orang menghukum dan judge kamu begitu jugalah saya. Jangan menilai itu dan ini sebelum kenal. So adil bukan untuk kedua-dua pihakkan,"jawap saya.

"Sebenarnya saya ini tidak garang sangat, lebih banyak suka melawak, caring dan romantic. Itulah Amad," kami ketawa.

Saya teringat satu sajak di dalam buku Chicken Soup for the Teenage Soul on Love and Friendship (Chicken Soup for the Teenage Soul)

"If I had My Child to Raise Over Again”
By Diane Lemons
(From Chicken Soup for the Soul)

If I had my child to raise all over again :
I’d build self-esteem first, and the house later.
I’d finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.

I would care to know less and know to care more.
I’d take more hikes and fly more kites.
I’d stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields & gaze at more stars.


" Saya suka pendekatan beberapa orang abang dan kakak dalam guide kami. Kami tak sangka, kalian begitu cool. Nak sangat belajar dan jadi macam abang-abang dan kakak-kakak ni," luahan tulus dari dia.

" Nak ajar boleh, tapi Pizza Paparon 4 ye.big size...hahahaha," saya mendapat kembali sentuhan 'menyakat' 4 petala langit saya yang hilang.


Wahai aktivis dakwah, bina jambatan bukan halangan.

Membayar Dengan Harga Yang Mahal

"Tapi jika saya berubah, nanti apa kata mak dan ayah saya?,"tanya beliau.

Seperti konsep domino, setiap berubah itu mesti ada yang turut sama bergerak. Respon yang diberikan kepada kita samaada baik ataupun buruk itu telah termaktub dalam sunnahtullah. Harga yang perlu dibayar diatas nama sebuah ISLAH ataupun PERUBAHAN DIRI.

Insan yang sangan responsive diatas perubahan anak-anak tentunya mak dan ayah. Jika baik dan menyokong, alhamdulillah. Bagaimana jika sebaliknya? Kita tidak dipaksa oleh Allah untuk mencintai dan saya kepada kedua ibu bapa. Kerana itu semua lahir dalam hati tanpa perlu dipaksa.

Yang dituntut adalah melakukan dan menunaikan segala hak-hak ibu bapa kita. Kita berubah, memang. Tetapi jangan kita melupakan mak ayah walau sebagaimana busuk dan buruknya mereka. Jangan dibalas "kejahatan" mereka dengan "kejahatan" kita. Sampai bila pusingan itu harus berlaku. Perlu kita sedar, satu masa nanti kita akan mempunyai anak-anak.

Melakukan dan melaksanakan tuntutan dan hak-hak ibu bapa tanpa hadirnya kasih sayang dan perasaan cinta itu menjadi beban kepada perasaan kita. Berusahalah memupuk kasih sayang dan wujudkan cinta.

Kerja menjadi ibadah, amal dilihat indah.

"Subhanallah, tidak ramai orang yang Allah bagi kesempatan macam awak ni. Keluarga awak macam itu, itu tanda Allah siapkan ladang pahala didepan mata. Tuailah pahala itu dengan berusaha membawa Islam kepada mereka ," penuh optimis.

"Tapi saya tinggal jauh dari mereka, Abang Amad," saya nadanya.

" Allah tidak bebankan seseorang dengan beban yang tidak dapat dipikulnya. Kejayaan Islam dan keberhasilan dakwah itu tetap ada walaupun ia berkurang 1% dari 100%... Jadi ceriakan diri kamu dengan Islam."

Manusia Tetap Manusia


Baru sekarang saya mengerti kata-kata Ustaz Hasrizal kepada saya satu tahun yang lepas.

"Ana letih akh...." adu ustaz.

" Takpe ustaz, letih kerana ceramah dan dakwah berbaloi," jawap saya.

" Tapi ana letih bukan kerana ceramah dan dakwah. Ana letih kerana berurusan dengan manusia yang beribu ragam," itu luahan setahun dahulu,yang baru sekarang saya dapat hayatinya.

Insan yang lain pula...

"Salam,boleh saya nak mintak nasihat dan pandangan?,"sapa seorang teman.

"Salam,boleh-boleh," saya memenuhi hasrat.

"Macam mana la cara nak fokus dalam buat kerja? Ni saya buat sikit,ada orang kata itu dan ini. Semuanya tidak puas hati. Itu menjadi beban kepada saya,"cerita dia.

" Nta tahu pun masalah nta sebenarnya. Jangan dikisah sangat apa orang kata. Nak dapat redha orang amat-amat payah, yang penting tumpu untuk dapat redha Allah," saya memberi pandangan.

"Tapi... kalau tak kisah tak boleh juga," ada pula tapinya.

" Tadi mintak pandangan, tapi bila bagi solusi banyak duk pusing-pusing pulak. Dan tahu apa silap dan kusut kat mana, ubahlah. Banyak fikir tapi tak gerak tak guna jugak," saya sudah naik angin.

Banyak yang datang meminta pandangan tetapi bila diberikan jawapan tidak mahu melaksanakanya. Tiada guna, membazir masa, keringkan tekak dan perabis ke beras. Saya boleh bertolak ansur jika benar-benar mahu berubah. Tetapi jika sekadar suka-suka, jangan cari saya.

Hari ini saya penat dengan manusia!

Sebab saya manusia

Kuda boleh dibawa ke sungai tetapi kita tidak mampu paksa meminum air.

Bahawasanya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri” ( Surah AI-Ra'ad, ayat 11)

Jika sampai satu seruan Allah kepada kita, lakukan dan amalkan. Itu lebih baik dari hanya menunggu menanti hidayah turun dari langit sambil memicit jerawat dipipi.

Kamu mampu mengubahnya

Nota 1 : Sesiapa mahu harta rampasan perang XPDC Ar-Ruhul Jadid, boleh mintak kat ketua kaum, Aiza. Pastikan folder yang benar =P

Nota 2 : Berbaki sebulan lagi tinggal di bumi bertuah ini. Adehlaa...

Nota 3 : Sekarang ramai terkena selsema yang entah datang mana puncanya. Jadi hati-hatilah

Nota 4 : Aku Terima Nikahnya sudah, sekarang saya Bercinta Sampai ke Syurga pula. Wardah pepagi ni...

Nota 5 : Doakan semoga Kak Aimi sihat

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday 3 July 2009

Pertimbangan Iman dan Nafsu


" Assalamuaikum akh, kumaha damang ( apa khabar)?,"sapa saya.

"Waalaikumusalam, alhamdulillah bil khair," senyum dan salam disambut mesra.

Hangat muhibbahnya

"Nta kumaha?," disoal balas oleh beliau.

"Pangestu (baik-baik saja) akh."

Pagi itu ujian semester tidaklah menyesakkan fikiran ditambah pula dengan bilangan soalan hanya sedikit. Melihat jam pagi masih diawal waktu,untuk pulang ke rumah seakan belum terdetik dihati. Saya mengambil keputusan untuk "meronggeng" dahulu ke kedai buku-buku agama dengan tujuan mencari buku-buku yang menarik dan juga selalunya hanya sekadar bersembang dengan ikhwah penjaga kedai buku itu.

Semasa saya masuk ke kedainya, ada juga beberapa akhwat Indonesia yang kelihatan terintai-intai majalah terbaru, Majalah Tarbawi. Bagi dikalangan aktivis dakwah kampus, membaca buku dan menghadamnya menjadi satu trend bahkan menjadi mutabaah ibadah yang wajib dipenuhi.

Untuk menjual "barang" kepada orang kita perlu ada "modal". Jika masa kita sendiri diisi dengan hal sia-sia, mana mungkin "barang jualan" kita mahu dibeli oleh madu'.

Modal sekupang, mahu untung segantang...mana mungkin

Bahkan lebih mengujakan dan termotivasi sama apabila mendengar khabar, pimpinan ikhwah disini mewajibkan dirinya khatam apa sahaja jenis buku sebanyak 3 buah satu hari.

Kita Serumpun

Sementara penjaga kedai melayan pelanggan yang mencari-cari buku, saya duduk dimeja sambil membelik-belik buku yang baru sampai. Tiada yang menarik hati saya,mungkin juga tidak terdetik lagi untuk membeli kerana dikamar sahaja masih berbaki 3 buah buku yang meronta untuk dihabiskan.

Masa memain peranan, ungkapan sesuai adalah SIBUK.

Selesai dia menguruskan pelanggan, kami bersembang dan bertukar-tukar pandangan terutama perkembangan terbaru ikhwah disini. Pemilu sudah semakin hampir, dan juga beberapa isu-isu sensitive yang memerlukan cara bincang yang harmoni dan berlapang dada.

"Akh,ana mahu tanya. Mak ana ada bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Majikannya adalah Cina. Dia nelpon ana,menangis...Majikannya enggak benarkan dia solat.Bahkan semasa solat disimbah air dingin ke badannya. Pakaian solat dirampas dan dibuang. Emak ana terpaksa mengambil alas meja untuk menutup aurat semasa solat," dia menarik nafas panjang.

Gambar Hiasan

" Bahkan untuk solat pun terpaksa curi-curi masanya. Emangnya orang Malaysia begitu?," soalan tulus dari seorang anak yang terhiris maruah seorang mak dan muslimah diijak-ijak.

Jawapan yang ditagih bukan sebarangan. Ia melibatkan maruah dan nilai diri. Ia kelihatan agak provocative kerana dipanas sama dengan isu-isu bilateral dua negara yang banyak diwayangkan oleh media yang khianat pada amanah.

"Akh, sebelum ana menjawap soalan,nta izinkan ana ceritakan tentang bibik ana."

Dia mengangguk

"Ana masih ingat semasa dia menjejak kaki kali pertama ke rumah. Didalam beg pakaiannya hanyalah dua helai baju, dan badan kurus kering. Kami sekeluarga dia berasal dari keluarga miskin. Tugas dia hanyalah menjaga neneknya saya untuk mengurus diri. Dia kerja selama dua tahun dengan kami, sampailah pulang tahun lepas ke Indonesia"

"Terus gimana dia?," dia kelihatan teruja.

"Jika datang dengan dua helai pakaian,pulangnya dia dengan 2 beg besar yang penuh dengan pakaian. Sampai terpaksa membayar lebih untuk Airasia. Jika datangnya kurus, pulangnya badan berisi. Apa yang kami makan,itulah kami makan. Bahkan ana sendiri cukup menghormati dia dengan memanggil kakak,bukan bibik," saya meneruskan cerita.

"Tentang persoalan nta tadi, ana tidak menafikan wujud majikan yang bersikap binatang yang membelakangkan hak pembantu rumah. Jika nta terasa maruah emak diijak-ijak, ketahuailah ana turut bersama nta," berbalik kepada soalan.

" Ana memegang prinsip, sebarang kebatilan dan kezaliman adalah dilarang.Dan itu diajar oleh Islam. Ana tidak double standard dan memilih-milih. Jika dia zalim, hukumlah kerana kezaliman itu perlu dihapuskan walaupun kezaliman itu terjadi pada non-muslim. Disitu letaknya Izzahnya Islam."

" Akh, jangan kita terpancing dengan emosi berkenaan hal ini. Setiap isu,kita patut adili dengan saksama melihatkan fakta dan bukti. Jangan kita lupa pesan Allah, setiap khabar dari orang munafik, kita patut selidiki...Tabayun akh."

Isu Dua Negara

Isu dua negara ini cukup memanas dengan kontroversi pernikahan bekas model dengan orang kenamaan di Malaysia dan juga tentang adu kuasa di perairan. Media disini bukan mengambil sikap air dengan menyejukkan isu, tetapi lagak seperti minyak petrol.

Api yang sedia marak,disimpah dengan minyak.

Kuat Membakar

Kedutaan bertindak dengan menasihatkan pelajar tidak menghampiri tempat-tempat panas dan dilarang mengulas tentang hal ini. Ia bagaimanapun tidak meredakan panas hati sebahagian saudara kita disini.

"Bagi ana,kita perlu berhati-hati dengan isu yang dimainkan. Ingat banyak musuh Islam yang enggak mahu lihat dua negara Islam ini berpadu. Setiap isu,kita perlu adili kepada fakta dan setiap apa jua kezaliman patut ditentang," jawapan dari murabbi yang melegakan jiwa.

Keadilan Itu Islam, Islam Itu Keadilan

Dengan terjahan pelbagai isu,kita sebagai muslim perlu amati dan selidiki dengan cermat. Amat celaka jika kesilapan kita menghukum lantaran kegopohan dan dirasuk oleh nafsu amarah. Orang dibawah bergolok berparang, orang diatas enak menghirup teh petang.

Rasulullah telah meletakkan petanda aras yang cukup-cukup tegas dalam soal ini

"Seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, niscaya telah aku potong tangannya."

Tiada terpilih dan memilih,semuanya berbalik kepada keadilan.

"Dato Seri, isu yang dibawa Pas sekarang adalah keadilan. Adakah Pas telah melupakan prinsip utama Pas, menegakkan negara Islam?," soalan perangkap wartawan pada Ir Nizar.

" Adakah menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman itu bukan dari Islam?," soal balas Ir.

Wartawan membisu, dipulang balik buah paku keras

"Jika itu pun kamu tidak tahu, kamu tidak layak untuk tanyakan soalan itu," lengkapkan bola tanggung yang diberikan dengan smach mematikan.

Saya menyokong cadangan untuk mewajibkan pembantu rumah musliam hanya diletakkan bersama keluarga muslim. Banyak kes kekejaman terjadi apabila pembantu rumah diletakkan bersama non-muslim.

Muslim mendamaikan

Kita bersaudara didunia, Insyallah jua berjiran disyurga

Nota 1 : Ulasan tentang judicium II kepada kawan-kawan. Bersabarlah... Doakan agar Allah lembutkan hati depa.

Nota 2 : Saya ingin sekali lagi mengulangi kata tokoh ulama terkenal nusantara Prof HAMKA, Jika nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya. Terimalah saranan baik walaupun dari pelajar.

Nota 3 : Alhamdulillah sem baru ini saya akan melangkah ke tahun-4

Nota 4 : Lambat lagi untuk pulang ke Malaysia. Ibu sudah merindui

Nota 5 : Bagi memenuhi permintaan Hawa dan Ketua Kaum. Tag jela...layan-layan

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.