Monday 28 December 2009

Meluruskan Islamophobia


Saya mendapat satu soalan yang menarik untuk kita sama-sama kongsi dan mengambil manfaat. Sejujurnya, walaupun ia soalan dari non-muslim, tidak mampu saya nafikan persoalan yang sama juga banyak bermain difikiran orang Islam sendiri.

Jesus said do not kill your enemy, Islam says kill an apostate.
Jesus said do not stone, Islam says stone.
In malaysia u don't practise stone right.Then does it means that u ignore your prophet.

Bukan untuk bagi tarbiyah..no need ayat2 AQ yang banyak-banyak..i think its better for him to get the concept 1st..asap. Thank you

Anonymous
( Dengan sedikit pengubahsuaian pada tatabahasa soalan)


Pertamanya jawapan ini tidaklah saya rujuk kepada mana-mana Ustaz kerana ia sekadar memerlukan logik akal...sesuai dengan apa yang dipinta. Saya akan cuba sedaya upaya untuk memberi kefahaman dan penjelasan. Tetapi sebelum saya menjelaskan lebih lanjut, wajar dan elok saya mohon kita runtuhkan halangan prejudis terhadap Islam. Kerana adanya prejudis, penjelasan saya menjadi sia-sia. Luruskan niat untuk sama-sama mengambil manfaat darinya.

Awal soalan ini, saya jawap dengan melontarkan satu soalan ringkas. Adakah benar jesus mengatakan jangan bunuh musuh? Ralitnya dan hukum alam didalam peperangan, musuh itu perlu dihapuskan dengan apa cara sekali pun...nama pun dah MUSUH. Lainlah jika ada Islam menyuruh.

"Bunuhlah kawan kamu!"

Bukan sahaja kamu, saya sendiri pun tidak bersetuju dan menentang. Prinsip asas Islam ialah musuh itu tidak pernah dicari, tetapi jika bertemu musuh, berpaling undur bukan pilihan kami. Hakikatnya,orang bukan Islam itu sendiri hak mereka dijamin oleh Islam, selagi mana mereka baik dan tidak membuat musuh kepada Islam. Mereka dipanggil kafir zimmi. Maruah mereka, harta benda mereka, jiwa mereka bahkan darah mereka Islam lindungi. Mereka bebas untuk mengamalkan agama mereka anuti. Sejarah pernah membuktikan, Jerussalem apabila Islam membuka kota itu, tiada darah ditumpahkan walaupun setitis. Penganut Kristien dan Yahudi dijaga..Tetapi sejarah juga berbicara apabila Tentera Kristien memasuki dan menakluk Jerussalem, darah ummat Islam bergenang hingga ke paras lutut...

Bukalah sejarah, bukalah minda.

Tentang apostate (murtad)...Perlu anda maklum, bahawa setiap agama itu ada peraturannya. Dan wajar untuk setiap penganut agama itu mengikuti dan patuh dengan ajaran dan peraturan yang ditetapkan oleh agama masing-masing. Islam dengan peraturannya, Kristien dengan peraturannya,Hindu dengan peraturannya, Buddha dengan peraturannya. Keadaan sama juga berlaku apabila seseorang itu memeluk Islam, dia harus taat dan menerima hukum dan peraturan yang berlaku diatasnya.

Jadi, dalam Islam setiap orang yang keluar dari Islam perlu dibunuh...dan itu peraturannya. Dan contoh, jika peraturan agama Kristien mengatakan sesiapa yang keluar dari agama Kristien itu hukumnya bunuh...Kami sebagai muslim tidak mampu berkata apa-apa. Persoalannya, agama anda ada ke peraturan seperti itu?

Jika anda tiada, kami ada

Memang hukum rejam itu ada dalam Islam...namanya hudud. Hukum Islam adalah untuk mencegah, bukan menghukum. Tetapi kita perlu jelas, hukum Islam itu tidak akan dan tidak pernah berubah. Masalahnya sekadar, ramai orang mahu melihat sesuatu isu itu dengan pakej.

"Orang Islam atau Negara Islam tidak buat, jadi hukum itu tiada dalam Islam"

Itu salah! Orang Islam mahu ikut atau tidak, satu hal yang lain. Dan itu kelebihan hukum yang ditetapkan oleh Allah. Jika hukum manusia yang cipta, ia boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian nafsu manusia.

Oleh itu, sebagai orang Islam yang beriman dengan Allah dan Rasul yang beriman dengan hari akhirat, wajib kita berusaha agar undang-undang Islam ini ditegakkan... Bagaimana caranya? terserah kepada anda.

Takut Itu Semakin Tercabut

Sejak saya balik ke Malaysia yang kira-kiranya sudah dalam 4 hari, setiap hari...paling tidak, ada ada satu laporan bunuh, satu laporan rogol, satu laporan membuang bayi, satu laporan rompak.

Kenapa itu masih terjadi, sedangkan negara kita sudah mempunyai undang-undang yang mahu menyekat semua itu? Mengikut akalnya, adanya peraturan, tiadalah pelakuan salah.

Tetapi ia tidak berlaku di Malaysia, didunia jua...

500 tahun penjara, tetapi America masih banyak dengan jenayah

Kenapa?

Kerana takut itu sudah tiada...

Manusia mencipta peraturan sebanyak manapun, hakikatnya ia masih tidak mampu menghalang. Peraturan dan gertakan, tidak lagi mampu memberi gerun dan takut kepada manusia. Jadi kita perlu hadirkan takut dan gerun itu, caranya adalah

Hanya dengan HUDUD!

Kita telah mencuba 52 tahun undang-undang yang kita sendiri reka, tetapi gagal. Kenapa tidak, untuk kita implementasikan undang-undang Allah pula. Kita mencuba pelbagai wasilah, sedangkan cegahan itu hanya datang dari Allah.



“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu cegahan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [al-Ma'edah 5: 38]

Takut itu perasaan hati.

Dan hati itu milik Allah.

Hanya hukuman Allah yang mampu menggerunkan HATI… tempat jatuh pandangan Allah.

( Ulasan ini dimurnikan dari article ini) http://saifulislam.com/?p=4870

Nota 1 : Lama sudah tidak menjawap soalan.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday 26 December 2009

PERMAI 10

Bukan tiada yang mahu dicoret, tetapi kekangan masa dan peluang. InsyAllah saya akan kembali dalam masa terdekat.

Buat kali ini saya mahu berkongsi video PERMAI 10...Jom saksikan! Menarik...






Nota 1 : Baru pulang dari Kelate...Apa yang menarik? Ialah makan nasi gulai itik sekati pepagi hari...huhu.

Nota 2 : Jejak kueh-kueh tradisional kelate, tahi itik, jala emas, bunga tanjung...Manis. Patutlah orang kelate manis-manis...Ahaks!

Monday 14 December 2009

Papan Iklan

Tekan Untuk Besarkan

Alhamdulillah, hasil kerjasama sahabat-sahabat semua. Dengan ini saya menubuhkan satu Syarikat perniagaan yang mandiri dan tidak didaftarkan secara rasmi. Saya memberi nama syarikat ini adalah ProCAD singkatan bagi (Properties of Community Da'wah).

Cara menjalankan perniagaan ini adalah dengan memberi sewa kepada SEMUA PELAJAR MALAYSIA di UNPAD. Antara peralatan yang diberi sewa dengan harga berpatutan ialah Projector (Samsung), Sound System, Canvas, Extension cabel.

Pengarah syarikat adalah saya sendiri, timbalannya adalah saya sendiri, Akauntan adalah saya sendiri, setiausaha juga adalah saya sendiri. InsyAllah jika keadaan semakin menyesak diri, akan saya umumkan penganti teraju syarikat ini.

Harga sewa peralatan ini boleh anda click pada gambar diatas.

Dan ProCAD juga menawarkan satu harga diskaun yang baik bagi sesiapa yang menyewa lebih dari 6 jam iaitu sebanyak 10%, dan 12 jam sebanyak 20%.

Tiada ucapan yang paling bermakna dan baik yang mampu saya ucapkan melainkan Alhamdulillah. Terima kasih pada sahabat-sahabat, semoga segala sumbangan dan sumbang saran, diterima oleh Allah sebagai amal baik dan menjadi asbab kita ke syurga-Nya.

Target seterusnya adalah Handycam. Mahu?

Kaya didunia, Jutawan diakhirat

Permai Menjengah

Setelah sekian lama menunggu, buat kali kedua PERMAI meledak lagi di bumi Wali Songo ini. PERMAI adalah singkatan Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia. Jika dahulu, hulunya di bumi yang sinonim dengan suku Jawa, sekarang mengalir ke bumi yang terkenal dengan adab sopannya, suku Sunda. Iaitu Bandung.


Mendatangkan khas penceramah yang tidak asing lagi dalam bidang dakwah, yang popular dikalangan orang muda iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Jika di Jogjakarta membedah 7 Habits of Effective Muslim, sekarang datang dengan satu tajuk yang lebih catchy iaitu Islam & Muslim: Dulu, Kini Dan Masa Depan.


PERMAI terbuka kepada semua pelajar yang kad pengenalanya adalah Islam. Tidak kisah apa keadaan anda, program ini terbuka. Dari berkopiah, dan bertudung labuh sehingga yang berseluar koyak rabak dan bertindik pusat. Ini adalah program KITA bersama.


Point vitalnya adalah Membentuk Cara Fikir.

Kursus Asas Jenazah

Ibubapa sekarang banyak memikirkan apa yang mahu ditinggalkan selepas mereka tiada. Mahu ditinggalkan rumah besar kepada anak, mahu ditinggalkan kereta mewah kepada saudara, mahu ditinggalkan gelang emas yang mahal kepada anak, tetapi mereka lupa.

Mereka lupa bekal untuk diri mereka sendiri disana. Apa bekalnya?

“Jikalau anak adam mati, putuslah segalanya dengan dunia, kecuali tiga hal, anak yang sholeh, amal jariyah dan ilmu yang bermanfaat” ( HR. Bukhari Muslim).

Saya pernah mendengar banyak kisah yang terjadi dikalangan masyarakat kita apabila mak dan ayah meninggal dunia. Bukan disibukkan dengan mengurus jenazah, tetapi berparang untuk merebut harta pusaka. Tidak sedikit, saudara bermasam muka, adik beradik putus saudara kerana HARTA. Kasihan kepada mak dan ayah, diimpikan anak mendoakan mereka, tetapi hakikat diatas muka bumi sebaliknya.

" Saya sayang ibu dan ayah saya"

Indah ungkapan itu, dan mudah diucapkan dimulut. Tetapi bagaimana dengan buktinya?

Salah satunya, adalah kita menjadi pemandi jenazah dan imam bagi solat jenazah ayah bagi lelaki. Dan bagi perempuan, anda seharusnya mampu dan mahu memandikan jenazah ibu anda. Itu antara bukti kasih sayang kita kepada mereka. Itu mak ayah kita, tetapi yang menguruskan mereka adalah insan lain.

"Tetapi saya tidak pandai"


Oleh dengan itu, IMAN akan mengadakan kursus pengurusan jenazah buat semua pelajar Muslim UNPAD.

Satu perkongsian yang saya boleh berikan. Bermanja dan berkasih sayanglah dengan ibubapa, selagi mereka masih hidup. Tidak hilang macho seorang lelaki tidur diriba ibunya, kerana itu adalah IBU sendiri. Tidak hilang ayu seorang anak perempuan mengucup pipi ayahnya, kerana itu adalah AYAH sendiri. Tidak sedikit anak-anak yang menyesal tidak melakukan semua itu, semasa masih hidup.

Zikr Maut!

Adakah anda yakin pasti, nafas seterusnya adalah milik anda???!!!

Nota 1 : Ingat mahu menulis article panjang, akhirnya jadi papan iklan pula. Layan jela.

Nota 2 : Setiap maklumat boleh anda dapatkan pada link yang saya sertakan.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Wednesday 9 December 2009

Studio Amad : Gambar Qurban Pesona Taqwa

Sempat snap selepas solat subuh dipagi Aidiladha

Nadia dengan Berita Hairan...hehehe

Semua terpaku

Takbir dipagi raya....sob...sob...sob

Khutbah 1Malaysia...hehe.Gurau je...sudah lama tidak dengar khutbah BERAPI!

Otai Unpad

Sampin berkeris...nanti nak cari juga satu..ahaks

Qurban pertama, pembuka majlis

Alhamdulillah,selesai satu

Releks bing...releks

Allahuakbar

Ada mengambil tempat untuk memulakan sesi "Gosip Pagi,Dapur Berasap"

Dengan bekas mantan MB Darul Sunnah

Muqabalah, muzakarah, mukokekoh

Bos dengan bekas awek dia

1st year dengan periuk belanga...sabar ye. Tahun depan, turn junior anda pula

Cikuda Guys Club

Ni gambar yang paling mahal... Cikuda Guy Club (CGC) dengan bekas tok peti

Nota 1 : Ada antara gambar ini dari camera Jijol. Kredit buat dia juga.

Nota 2 : Qurban Pesona Taqwa. Bagaimana dengan taqwa selepas program ini?

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Monday 7 December 2009

Manual Beragama : Untuk Pelajar Perubatan


"Abang Amad, apa itu wahabi? banyak orang duk sebut-sebut. Nak-nak lepas Dr Maza kene tahan. Wahabi sesat la, apa la...betul ke wahabi itu sesat ni?," tanya seorang adik junior.

Persoalan ini timbul selepas Dr Maza ditangkap oleh JAIS. Jadi berhati-hati bagi siapa yang ingin mengajar orang nazak mengucap.Dibimbangi akan ditangkap.

" Kita tidak akan mengadakan sambutan maulidur rasul. Takut ada pula orang marah kerana bi'daah," kata seorang teman. Dan pada masa yang sama sambutan "burfday diri" disambut meriah.

" Betul ke apa yang ustaz kita ajar dulu kat sekolah adalah salah? macam deme itu tak tahu hukum je. Nabi tak buat, tapi ustaz suruh buat," generasi baru pening lalat.

Persoalan itu hadir kepada saya dalam keadaan yang menuntut jawapan yang pantas dan ringkas. Tetapi mampukah saya memberi jawapan sepantas dan seringkas itu?

Kerana apa yang dipertanyakan adalah permasalahan dan perbahasan beratus tahun yang lampau dan berlarutan sehingga sekarang. Saya bimbang, sepantas dan seringkas mungkin jawapan yang saya berikan bukan menyuluh denai yang tebal, bahkan menambah maraknya api.

Tidak menyelesaikan, tetapi menambah pening.

Perkongsian Pengalaman

" Erm...apa yang kamu tahu tentang bi'daah," itulah taa'ruf pertama yang saya hadapi. Jika biasanya sesi perkenalan adalah bertanya tentang diri, tetapi tidak kali ini. Kenal pun tidak, bersua muka tobat lahum tidak sesekali, yang ditanya adalah apa itu bi'daah.

Saya terkedu. Bukan tidak tahu apa itu bi'daah tetapi kaget dengan taaruf versi baru.

" Apa hukumnya jatuh talak seribu?," tanya seorang teman didalam perjumpaan ramai-ramai.

" Bagi ana setakat ana belajarlah...jika talak satu, jatuhnya satu. Jika talak tiga, jatuhnya tiga dan jika talak seribu jatuhnya satu. Itu tidak silap ana, familiar dikalangan mazhab Imam Syafie'," jawap saya dengan nada mendatar.

" Ish...sape cakap gitu! Talak satu, tiga, seribu ke itu jatuhnya satu!," kata teman dalam nada meninggi.

" Itu apa yang aku tahu...dan ia ada didalam perbahasan khususnya bagi mazhab Imam Syafie'," jawap saya tenang.

" Aku taknak guna yang mazhab syafie',"gertus sahabat.

Saya mencari diam, kerana diam itu besar hikmahnya. Biarkan beliau dengan fikrah sebegitu walaupun saya tahu ia satu kemalangan dalam beragama.

Dr Maza Di Bandung

" Kita jangan sekali-kali taqlid. Jangan seperti masyarakat diluar itu. Nampak sikit orang beramal lain dengan apa amalan biasa, terus dicop kafir," itu kata-kata beliau semasa hadir ke Bandung.

Saya adalah anak kampung, yang majoritinya adalah selesa dan mengamalkan pandangan-pandangan dari mazhab Imam Syafie'. Dan tidak pernah sekali dalam hidup, masyarakat di kampung saya mengeluarkan dan bersikap keras seperti itu. Bah dalam skala yang lebih besari iaitu di kampung-kampung lain,juga tidak pernah.

Semua yang berbeza, akan dilabel dan dihukum sesat. Mungkin ada dan ia adalah isu terpencil. Dan isu terpencil tidak seharusnya beliau menjadikan dalil dalam ceramah beliau untuk menghentam masyarakat diluar.

Amad, Canon, dan Dr Maza

Dan Alhamdulillah saya telah menyampai langsung kepada Al-Fadhil Ustaz Asri. Dia tenang mendengar, dan jangan sesiapa pula panas telinga.

Perdebatan Di Internet


Menjadi satu kesukaan saya adalah membaca article di blog. Pada satu hari, saya terjumpa satu blog

" Ikhwanul Muslimin dan tabligh adalah sesat! Mereka termasuk dalam pecahan 73 golongan yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w," petikan dari blog ultra salaf tersebut. Kenyataan itu bukan hadir begitu sahaja. Tetapi dalil yang benar lagi sahih.

Sahihnya hadis menjadi dalil bagi mereka untuk menisbahkan pandangan mereka tentang dalil itu adalah sahih jua.

Jika Dr Maza mengatakan ada masyarakat yang fanatik pada Mazhab, menghukum orang lain kafir.

Wujud juga, segelintir dari berfikrah salaf, menghukum orang lain selain dari fikrah mereka sesat.

Saya cuba untuk mengambarkan bahawa, kedua-dua golongan yang keras ini wujud bagi kedua-dua tebing yang extreme. Dan mereka semua hanyalah mewakili segelintir dari kedua-dua fikrah. Dan tidak harus bagi kita mengambil kisah segelintir itu menjadi dalil.

Jika diambil, ia mengulangi putaran roda yang sama. Belah sini kutuk sana, belah sana terajang ini. Belah sini luku sana, belah sini tempeleng sana.

Adakah kita mahu memasuki daerah peperangan ini? ataupun sudah termasuk?

Pepatah orang tua ada berkata

"Gajah bertarung dengan gajah, pelanduk mati ditengah-tengah"

Sadis beb jika jadi pelanduk! Berat gajah tu kalau kena hempap...

Saya sahih, kerana rujukan saya sahih

Saya cukup tertarik dengan buah fikiran Abu Saif dalam hal ini. Ini kerana apa yang beliau naqalkan adalah menjadi makanan jiwa saya disini. Kejadian yang beliau ceritakan bukan lagi kes terpencil dan sering saya hadapi.

" Pandangan air mustaqmal ini adalah salah. Mereka yang mengatakan adanya air mustaqmal adalah salah kerana tiada dalil."

Hinggap kenyataan itu ditelinga saya. Dan ia betul-betul...Bukan cobaaaannnn.

Saya mengeluarkan telefon dan bertanya benarkah tiada dalil yang mengatakan air mustaqmal kepada Ustaz Mahadi, graduan jurusan Ilmu Fiqh, Jordan.

Alih-alih saya pula yang dimarahi.

" Hah, siapa yang kata air mustaqmal itu tiada dalil? suka-suka hati je. Deme tu belajar Fiqh ke?," bukan jawapan yang saya dapat, tetapi soalan balas.

Trend kembali kepada Al-Quran dan Sunnah ini banyak mencetuskan polimik pemikiran. Tenang dipermukaan setenang sahihnya kata-kata Nabi Muhammad, tetapi arus deras membunuh didasarnya. Dan tidak sedikit yang ditimpa penyakit ini.

" Erm...taklah budak belajar agama, medic sama dengan ana je akh."

" Bagitahu deme ini dalilnya," Ustaz Mahadi memberikan dalil yang lengkap, sahih lagi benar bahkan siap dengan huraian dalil.

Sebelum ke Jordan menyambung master

" Lain kali berakhlaklah. Jika tak tahu, cakap tak tahu. Ini benda ada dalil, kata tidak ada dalil. Itu perbuatan mungkar. Jika bezanya hanya sekitar taraf kuat atau tidak nas, cakaplah tentang taraf nas itu. Ini mengatakan tiada sedangkan ada, itu perbuatan biadap!," terang beliau.

Saya tidak menyalahkan mereka. Mereka cuba mencari damai dalam beragama. Tetapi bak nukilan Abu Saif

Penyakit ini menimpa golongan yang menisbahkan fikiran mereka sebagai mewakili teks yang dianggap benar. Ia bukan sahaja berlaku dalam lingkungan Muslim, malah telah wujud juga penyakit yang sama di semua agama. Masalah ini bukan masalah agama, tapi masalah sikap dan pemikiran.

Saya bertemu dengan watak ini di dalam pusingan Sejarah. Sama ada Sejarah Islam, mahu pun sejarah yang di luar komuniti Islam. Golongan yang menganggap diri mereka mewakili teks yang sahih, terlupa bahawa teks yang sahih tidak menjadikan apa yang mereka faham tentang teks itu turut sahih dan tidak boleh menerima pertikaian.

Kerana itu, kita bertemu dengan pembiakan golongan yang mengambil teks secara literal tanpa mengambil kira peraturan-peraturan untuk teks tersebut difahami.

Agenda menyelamatkan ummah dari ancaman Sekularisma hilang prioriti. Tanggungjawab menegakkan keadilan pada ekonomi, sosial dan undang-undang ditolak ke tepi. Tugas umat Islam menyelamatkan saudara-saudara mereka dari gelombang Riddah apabila manusia murtad menerusi peruntukan undang-undang dan lemahnya penguatkuasaan, sudah tidak lagi dibicarakan.


MemberiTAHU hukum dan memBERI hukum

"Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan dalam"

" Adakah kita boleh berijtihad?," itu soalan yang dilontarkan kepada Dr Maza dari seorang pelajar jurusan perubatan.

Seperti jurusan perubatan yang memerlukan pengorbanan 6 tahun untum mengalas ijazah. Dengan betapa vitalnya pelajar perubatan mengikuti seluruh aspek disiplin ilmu kedokteran, sehinggalah kita mampu diagnose penyakit itu dan ini, dan memberikan prescribe ubat itu dan ini. Begitu juga dengan ilmu agama.

Untuk sampai peringkat mampu berijtihad sendiri, agama Islam juga ada disiplin-disiplin ilmunya sama seperti jurusan kita.Perlu kuasai Bahasa Arab, Usul Fiqh, Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadith sebagai langkah awal.

" Kalian belajar medic ni bagus sampai 6 tahun. Ni ada kat luar, pi kursus tiga hari dah dapat sijil perubatan Islam. Lepas itu bagi itu dan ini. Kalian susah-susah 6 tahun, mereka tiga hari sahaja," pesanan Dr Maza yang amat saya setuju.

Dengan saya analogikan kepada pelajar perubatan

" Kalian belajar agama Islam ni dalam 4 tahun. Ni ada budak diluar, buka kitab sahih Bukhari yang terjermahan Indonesia, boleh kata itu halal,itu haram dan itu bida'ah. Nabi tak buat. Kalian susah-susah 4 tahun, mereka boleh berhukum dalam 5 minit," kata Dr Amad.

"Jadi, tidak usahlah kita belajar agama...tumpu pada perubatan sahaja la"

Siapa bilang perlu sampai begitu? Jangan kata saya bilang, aku sekeh nanti.

MemberiTAHU dan memBERI hukum itu dua benda yang berbeza. MemberiTAHU adalah kita menyampaikan apa hukum yang telah sediaada. Dan bukan dari 'ijtihad" kita, seorang pelajar perubatan. Kerana jika kita menyampaikan 'ijtihad' kita sendiri sebagai pelajar seorang pelajar perubatan, ia adalah memBERI hukum. Terbuka luas dengan cacat dan cela 'ijtihad' itu.

Agama itu tetap perlu bahkan wajib kita cari. Belajarlah ilmu agama sebanyak mana kita mampu kerana itu tuntukan agama Islam.

Senang cerita, anda boleh berijtihad jika ilmu anda setaraf dengan ulama-ulama muktabar, solat tahajut anda setanding solat tahajut 4 imam mazhab, warak anda sama seperti tok-tok guru di pondok, amal islami anda sama seperti pejuang-pejuang agama yang terkemuka. Jika mencapai itu, silakan...

Konsisten Dengan Isu Berubahan Sikap

" Orang kata Islam itu mudah. Ni makin pulak saya dengan pandangan orang itu, dan pandangan orang ini," luah seorang adik.

Ada benarnya kata mereka, kerana itulah saya dahulu. Seorang yang pening. Untuk menulis article ini saya cukup menginsafi dan berdoa agar, tidak tergolong dalam golongan yang menambah pening fikiran mereka. Saya mahu menjernihkan, mahu mereka mempunyai satu fikrah yang sejahtera. Sejahtera untuk beragama.

" Jadi macamana nak buat?."

Pertamanya, seperti Dr Maza menentang taqlid...begitu juga saya. Cara terbaik untuk seorang pelajar perubatan mengelakkan taqlid adalah dengan memperbanyakkan sumber. Belajarlah agama dengan pelbagai "jenis" ustaz dan ustazah. Harmonikan pelbagai pandangan. Jangan berguru dengan Dr Maza semata, kerana itu taqlid. Jangan berguru dengan Tok Guru Nik Aziz semata, kerana itu taqlid. Jangan berguru dengan Ustaz Azhar semata, kerana itu taqlid. Jangan berguru dengan Ustaz Hasrizal semata, kerana itu taqlid. Dan jangan taqlid pada Amad, kerana saya sekolah agama pun tidak pernah.

Keduanya, batas dan membataskan diri. Kita harus jujur dengan kemampuan diri. Jangan kita rapati perdebatan salaf-khalaf jika bekalnya hanya seciput. Jangan kita dekati perdebatan sunnah-syiah jika bahasa Arab yang lompong. Jangan kita masuk perbandingan al-quran dan bible jika membaca Al-Quran pun masih bertatih. Kerana tanpa persediaan yang cukup, anda akan diperbodohkan oleh pendusta atau dikelirukan oleh pejuang agama yang tidak pernah peduli keadaan diri anda.

Ketiga, tumpukan usaha melawan hal yang jelas-jelas mungkar. Bagaimana dengan tradisi couple masyarakat diluar, dengan berzina, dengan program-program pelajar yang masih penuh dengan acara bersalahan dengan syarak, dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan? Dimana suara lantang kita menentang, disaat kita lantang mengatakan Haram wa bida'ah bagi hal khilafiyyah zikir selepas solat?

Keempat, jangan kita selesa dengan fikrah yang ada. Kerana apabila wujud keselesaan, akan melahirkan rigid dalam beragama. Fikrah atau pemahaman, jangan sekali-kali kita tutup untuk diperbetulkan dan ditambahbaikkan. Jangan pernah kita bina halangan.

Ingat...

Jangan selepas ini ada orang kata, Allah tidak pernah berfirman, Nabi Muhammad tidak pernah bersabda, ulama tidak pernah menegur, orang-orang tua tidak pernah mengajar, dan Amad tidak pernah pesan.

Nota 1 : Untuk article kali ini saya tidak sertakan dalil atau nas kerana ini bukan article hukum.

Nota 2 : Bukan senang nak tulis article terang benderang seperti ini. Tetapi terpaksa.

Nota 3 : Perubahan sikap.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.