Friday 17 July 2009

Resepi Lelaki Idaman : Paprik

Gambar Hiasan

" Syeikh, macamana nak buat ni?," tanya seorang teman.

"Hoh, bakpe pulop tow?," soal balas.

" Awek merajuklah...nak pujuk macamana ek?," meminta pandangan.

" Aik tanya aku pulop. Manalah aku tau. Mana pernah awek ini. Aku selalunya aweks-aweks," menjawap dalam nada bergurau.

Soal awek kurang berminat untuk saya selesaikan. Pandai menjolok sarang tebuan, pandai-pandailah selesai sendiri. Nak mintak nasihat, rasa malas nak bagi. Nak mintak sekeh, InsyAllah boleh.

Jika mahu minta tips untuk jadi suami mithali dan lelaki sejati boleh. Ini hanya buat lelaki yang sudah beristeri dan mempunyai matlamat mempunyai isteri.

Jika zaujah atau isteri anda merajuk dan mahu dipujuk. Tentu si dia bosan, selalunya pujuk melalui sms, bunga atau ajak makan popcorn. Ada satu tips yang juga boleh dikira berkesan, iaitu melalui MASAKAN.

Tips ini lebih berkesan jika si dia itu jenis pemangsa (suka makan)

Jadi hari ini, saya ingin satu resepi simple dan InsyAllah jika kena cara....SEDAP.

Ayam Masak Paprik



500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging ( optional)
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli

2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa

Cara:

1. Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan,
2. kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau,
3. kemudian masukkan garam.
4. Masukkan sos tiram dan biar sebentar.
5. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran.
6. Biarkan hingga masak.
7. Masukkan daun limau purut untuk baunya.
8. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.

Peringatan:

- Biasanya pada awal lepas kita campakkan ayam dan sayur, paprik kita akan banjir dengan air. Tidak perlu kita adjust dengan meletakkan sos tomato atau sos cili dengan banyak. Cukup biarkan sebentar. Kuah akan memekat.

- Untuk bau paprik yang lebih mengancam. Campaklah daun limau purut itu banyak sikit. Jangan lupa koyakkan daun itu terlebih dahulu.

Betapa senang dan mudah resepi ini, saya sahaja berjaya memasaknya walaupun untuk kali pertama. Jika ibu tahu, mesti tidak percaya. Anak teruna dia sudah boleh memasak (terpaksa sebenarnya).

Gambar paprik saya tidak sempat diambil dan tidak sopan diambil. Masak dengan penuh kuali dan letaknya didalam satu bekas yang besar. Bekas tidak penting, yang penting sedap. Al-maklum mahu memberi makan untuk 4 orang jin. Jin Afif, Jin Nazi, Jin Noqi, Jin pakai tocang.

Mahu jadi lelaki idaman?

Cubalah resepi ini.

Nota 1 : Hah, buat jantan-jantan yang gatai nak nikah tu. Belajor le masak. Jangan pandai nak berbini jah.

Nota 2 : Buat muslimat, jangan sahaja cari suami soleh. Pastikan bakal anda ada skill-skill yang lain. Pandai baiki paip ke, pandai panjat atap ke, pandai berkebun ke. Jangan duk cair ayat jiwang tu. Ayat jiwang tu tak dapat tolong bila atap bocor.

Nota 3
: Buat orang yang "kurang sabar" untuk bernikah, Selamat Pengantin Baru. Amad orang sabar...=P

Nota 4 : Pelajar yang belajar diluar negara, tidak pandai memasak walaupun yang simple, malu la weh!

Nota 5
: Afif, Naqi dan Nazi pandai masak. Jadi buat yang berkenaan jangan risau. Tahniah kepada anda ( Faham bagus, tak paham sudah)

Nota 6
: Sumber resepi ini dari Mesra Resepi

Nota 7 : Poyolah mamat yang kacau Nur dalam cerita Nur Kasih tuh (hahaha...kantoi tengok). Ni semua Inah Ja punya salah. Suh tengok...hihihi

.: Amad memasak kalau lapar :.

24 comments:

cOkodok said...

aah.. nazi pandai masak telor rebus! die siap pnah ajaw aku bape minit nak tunggu untuk dapatkan half boiled egg and so on sbab die pnah wat experiments.. kenyanglah cik yg berkenaan~ hahahahahaha

Dr Amad said...

cokodok- ala telur rebus,ape susah... Kene telur ayam tu besar skit,mulalah jadi lain..hehe.

Silap2 kuar anak ayam..haha.

Weh, msia ape kabo? roti canai ada lg ke idak?takut time balik nnti dah abis..haha

cOkodok said...

dah abes dah roti canai aku sental sume skali... hahahha


tapik aku ade tinggalkan nasik lemak untuk ko sket lah....

hawa said...

wohoooo...abg amad pandai masak ghupenye
pahni masak jangan lupe bagi 'jiran baru' sekali deh..hahaha

Dr Amad said...

Cekodok- Roti tarak, nasi lomak pun sadap...hahaha

Anney, nasi lemak satu..

Dr Amad said...

Hawa- See the leg la..hehe

La kita berjiran rupenya...apa kata "jiran baru" setat dlu, pastu "jiran baru" lagi, pastu "jiran baru" lagi...baru berkat idup kome..

Duk umah tu, ramai. So jangan gaduh-gaduh. Ada apa2 bincang baik2..

Rafahiah Haron said...

lepas ni mkn2 group tutor, boleh la suh lelaki masak sume mknan berat2 plak. pompuan bwk air,buah dll.hehehe :p ok tak.

Dr Amad said...

Rafahiah- Haha,nyesal bgtau... ala yang tutor tu pompuan la buat...korangkan lagi power-power masak.Ktorg just power jah.

So cadangan ditolak tanpa dibenarkan membuat rayuan!

Dhoooommmm

3rdmarch said...

Salam~

nt bole la wat kls masak..
smbil2 wat kls nak jd laki mithali ngan laki sejati..

kls 3 in 1.

hohoho~

orang said...

ceh...cam promote diri nmpak...:-p

Dr Amad said...

3rdmarch- Bereh...

belajor masak harga lain

lelaki mithali harga lain

lelaki sejati harga lain

hihihi

Dr Amad said...

Orang- Xpayah promoted, sal dah terjual..hak3.

Diriku tu tanpa diskaun...

ummujannah said...

salam,
resepi paprik..suko gak make..sungguh2 kalo jiwang saja2 xreti nak bekki paip ssh gak..pelik plok wife yg nak g bekki..hehe.

kak tgk gak Nur Kasih..tapi xpehe sebab xtgk dari awal..(komen lari sedikit)

Dr Amad said...

Iman- Wslm...

Make sumo ore suko..hok dok suko yo bab basuh pingge.Hehe. Besolah kak weh,mugo ore tino neh,dey dio suko...kentut pong wangi.

Kak,try tgk dari youtube...situ ado series stat dari awal lagi.

Anonymous said...

salam
ehe..lama tak tinggal komen..memang la cik sorang ni pandai masak..nasi paprik je tu..belum lagi puding mangga kan3??yang wat sendiri lagi...aha:P

Dr Amad said...

Anoy- Wslm... siapakah gerangan insan ini ek...hehehe.

Tang puding mangga jangan sebut kat sini.Kang org suh buat...payah pulak nak kene tanam pokok mangga..hehe

Anonymous said...

bagus!!!nampaknya penyamaran saya menjadi untuk julung2 kali!!bangga...takpe..tanam menanam kan salah satu aktiviti sihat..memperbanyakkan makhluk ALLAH untuk hidup di bumi yang kian ketandusan pokok...:P..
p/s: sape2 nak makan puding mangga boleh minta dgn cik amad..hehehe..

Dr Amad said...

Anony aka MIMI- eleh,ingat org xkenal,dari stail tulis tau.

Puding habis, sape mtk siap!!!

=p

a.s.a said...

pemangsa [terase pulak :p]

Dr Amad said...

a.s.a- Opsss...tercakap.Next time tak bgtau org deh

Anonymous said...

p.cik razak y ajar m.cik smpai pandai masak . Loni masak ape pun sedap katenya. P.cik razak pesan, kl nk cari isteri kenalah y mahu ke dapur biapun xpndai tp kl blaja n mahu diajr beres...jd lbh pndai dr p.cik. Muslimah xckp dgn bgegar-gegar fikrahnya tp bla nk kahwin...syaratnya...noooo cooking.

Tak pandai blja..toltak Dr Amad...ikt resepi lelaki idaman tu..

Dr Amad said...

Anony- Inilah komen yang paling saya suka..hihihi.

Hah,dgr tu wahai muslimat seme, duk ckp berdegar-degar, nikah no cooking...ape ke hal.

Tak pandai,mcm biasalah...ikut sunnahtullah..belajar dan belajar.

"Muslimat di smack down" huhuhu i like it.

Pandai makcik duk baca yang tersirat dari article ini...

Panass...panass

hawa said...

uish...komen panasss dan panass nampaknya dari anony..haha

lepas 'jiran baru','jiran baru' lagi..lepas tu 'jiran baru' lagi
sempat seminggu abg amad gemok lah macam tu..hahaha

baiklah..insyaAllah tak ada apa2 yang nak digaduhkan
kalau ada pun gaduh2 manja jah..hehe
(tapi minta2 tak ada jugak lah)kikiki

Dr Amad said...

Hawa- Anony boleh bagi komen tu pasal dia sudah berapa dlm keadaan itu.=)

Tak jiran pun dah naik,ada jiran entah apa jadi le..haha.