Monday 29 March 2010

Nafas Baru Seruan Berzaman

Sedih

Kecewa

Marah

Terkejut

Itulah perasaan yang bercampur-baur boleh saya katakan dirasai oleh segenap masyarakat. Tidak kira warna kulit ataupun agama. Kisah tragis adik Syafiyah, kita sama berkongsi rasa. Ia tidaklah kisah pertama kali terjadi di tanah air tercinta kita. Sebelum ini, sudah berderet kisah, dan sudah berderet kita berkongsi rasa, dan berderet kita berkongsi cadangan dan jua berderet kita lena kembali.

Bak angin lalu....

Jika dilihat dari satu sisi, seakan menghadirkan harapan berbunga indah bagi masyrakat dalam mengatasi hal ini. Tembok individualisme, materislime dan ketidakpedulisme seakan runtuh menyembah bumi membawa bersama 'berhala-berhala" manusia. Nada optimis. Bagi yang pesimis, sekurang-kurangnya kes adik Syafiyah, kita satu nada. Bangun menentang dan memandang kisah itu adalah satu kepincangan cukup mengujakan.

Dari satu sini.

Tidak dapat tidak, kita jua harus meninjau dari sisi yang lain berkenaan semedikian banyak terjadinya kes seperti ini. Saya melihat, kes adik Syafiyah itu menandakan betapa pincang dan rosak sistem beragama, kemasyarakatan dan moral masyarakat kita. Jika dahulu, dipinggiran kampung. Usahkan mahu bersekedudukan, anak gadis bersembang galak dengan jantan sudah dilihat sinis masyarakat bahkan mungkin boleh ceramah percuma oleh tok imam.

Sekarang? rosaknya bukan kepalang rosak. Musnahnya bukan sedikit musnah. Membusuk dari hujung daun hingga ke akar. Sungguh menakutkan. Itu tidak lagi diungkai bab rasuah, ekonomi, moral, kemiskinan yang membarah.

Ranting rapuh,

Dahan patah,

Batang reput,

Akar membusuk.

Itulah senario masyarakat, masyarakat akhir zaman yang disebut bimbang oleh Rasulullah s.a.w. Saya tidak berminat untuk menyentuh tentang silap individu, kerana apabila mencari silap, kita akhirnya terperangkap dengan circle yang sudah terjadi sebelum-sebelum ini. Usaha perlu ditumpukan kepada proses untuk mengubahnya. Kerana proses yang baik, teliti, komprehensif dan tersusun akan melahirkan output yang baik.

Kerana

Rapuh perlu diperkukuh

Patah perlu disambung

Reput perlu diperkuat

Busuk perlu dihilangkan.

Seruan Zaman

Jika ditanya, bagaimana mahu atasi...sering kita dengar cadangan:

" Alah perbanyakkan rumah kebajikan"

"Ajar remaja pakai kondom!"

" Tambah CCTV"

Sedar tidak tidak sedar, itu hanya sekadar hanya merawat simptom bahkan kekadang boleh menjadikan keadaan lebih parah.

" Habis itu nak buat macamana?."

Jika itu ditanyakan kepada saya, saya akan menjawap

" Kembalilah kepada Islam!"

" Hah, Islam...poyolah tu."

Tidak sedikit, tidak surut, tidak berkurang insan yang sangsi bahkan ketawa mendengar seruan ini. Bahkan dari muslim sendiri bukan lagi satu yang aneh. Ya! saya bersetuju dengan anda. Itu tetap satu

Seruan yang hambar

Seruan yang lama

Seruan yang poyo

Seruan yang fatamorgana

Hanya jika kata itu hanya mainan kata dan halwa telinga, tidak menjejak dihati. Didengar tanpa jiwa, itu sia-sia. Didengar tanpa fikir, itu buta. Didengar tanpa, itu neraka.

Tetapi ketahuilah seruan zaman inilah yang banyak membangkitkan jiwa-jiwa gersang manusia menjadi perwira. Membangunkan ummah dari lena. Dunia gemilang, akhirat cemerlang.

Kisah Jatuh Bangun Seruan Zaman

Siapa tidak kenal dengan Muhammad bin Abdullah. Beliaulah insan yang pertama kali mengumandangkan seruan itu. Umat jahiliah yang menanam anak dan bertawaf bogel akhirnya menjadi umat yang cukup disegani oleh kawan dan lawan. Dan dari seruan ini, umat itu bingkas bergerak mengubah lanskap peradaban dunia.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.

Bunyi pedang bergemerincing, dan umat Islam jatuh terpuruk diasak ganas oleh tentera Salib. Lelaki muslim menjadi pondan, Islam hilang taringnya. Imaduddin Zanki dan ditompang oleh Nurudin Mahmud dan Saifudin Ghazi mengumandangkan kembali seruan ini. Hasilnya, Tentera Salib terpukul rapat kebelakang, Mesir dan Syam kembali bersatu. Jantannya ada!

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.

Monumen Salahuddin Al-Ayyubi di Kerak

Kota Al-Quds bergenang darah kembali. Kuda musuh bangga berjalan masuk kota dengan mengharungi darah manusia hingga ke lutut. Kota 1001 malam Baghdad dihancurkan oleh Tentera Mongol disaat muslim dipuncak kuasa, tetapi tinggal agamanya. Penyakit wahn. Dan itu, dihentikan oleh Sultan Baibar dan tenteranya. Hikayat agung Mongol, dihancurkan ditangan insan muslim lagi mukmin.

Mongol meratah darah diatas muslim yang hilang Tuhan

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.

Muslim diratah kembali. Algeria, Mesir, Jazirah Arab, Iraq dan sampai kepulauan Melayu, dijarah kembali. Satu demi satu tersungkur ditangan emperialisme. Imam Hassan Al-Banna menyambung kembali mata rantai Rasululullah s.a.w dengan seruan ini. Keadaan ummat ketika itu cukup tepu dan serik dengan seruan 'nasionalisme', 'sosialisme', 'sekularisme' dan isme-isme lain. Manakan tidak, berjuang atas nama bangsa dan negara, 3 negara arab terpukul musnah oleh Israel dalam masa 6 hari. Serentak! Sang Imam dan kadernya, maju bergerak bahkan sempat sampai ke jantung Israel, Tel Aviv.

Itu sejarah, itu dulu, mereka lain, kita lain.

Dan jika ada yang bertanyakan kepada saya bagaimana?

Konsisten... Kembalilah kepada Islam.

Seruan Zaman Di Zaman Iphone

Diri sendiri. Kata hukamah, jika mahu melihat Islam tertegak didunia, tegakkan Islam dalam dirimu. Bagi muslim, mengikut dan mematuhi segala apa yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Sunnah bukan lagi pilihan tetapi kemestian. Kesemuanya tanpa 'pilih kasih'. Majlis ilmu, taalim, usrah dan kawan-kawan yang mahu pada Islam, kita harus bersama. Jika aqal perlu dilatih, begitu juga iman.Kuatkan, kuatkan, kuatkan!

Full time...full time

Keluarga. Mahu melahirkan keluarga yang baik, dengan anak-anak yang soleh solehah, mulakan dengan melihat siapa bakal ayah kepada anak-anak anda, siapa bakal ibu kepada anak-anak anda? Rumah yang kukuh, perlu kepada tapak yang kuat. Pengurusan hubungan lelaki dan wanita perlu diperhatikan secara serius. Anda jawap saya, adakah anda yakin hubungan itu dapat melahirkan keluarga muslim mukmin jika sebelum nikah bebas berpeleseran aka couple? Yakin bisa?

Masyarakat. Masyarakat perlu diubah dan diperbaiki dengan hadirnya kita sebagai satu juzuk dari masyarakat. Mereka tak buat, kita harus mulakan. Perlunya masyarakat yang menjaga tepi kain orang tetapi meletakkan satu batas iaitu jangan menceroboh hal dalam kain orang. Kelas pemahaman agama, jiran jaga anak jiran, makan pakai sahabat diperhatikan. Penuh kasih sayang.

Pemerintah. Perlunya satu pemerintah yang takutkan Allah s.w.t, dan ada iman dan taqwa dalam pemerintahnya. Bila hadirnya pemerintah yang mengamalkan Islam didalamnya, dengan menitik beratkan aspek dakwah, pemahaman dan undang-undang. Keadaan ini boleh dilestarikan tanpa tempang. Dakwah tanpa undang-undang, itu penat. Undang-undang tanpa dakwah, itu sia-sia.

Mana harus dimulakan dahulu?

Semuanya bersama dan serentak dilepaskan digaris permulaan agar natijah akhirnya seimbang.

Semua itu hanya dapat kita capai dengan seruan " Kembalilah kepada Islam"

Hanya Islam mampu melahirkan singa yang berjiwa singa, bukan singa yang bernada domba!

Sudah senja, jom pulang

Wahai muslim, jom pulang kepada.......Islam!

Nota 1 : Tersenyum apabila membaca ada yang mengatakan saya 'orang kita'.

Nota 2 : Jika article 'cinta itu' berpuluh komen, jom kita tengok article 'cinta ini' pula. Berminat atau tidak. =)

Nota 3 : Kena fikir-fikir dah article apa yang perlu diberikan untuk penerbitan buku. Mek Sue dah nak kejar dengan due date tu. Huhuhu.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Thursday 18 March 2010

Manual Bercinta : Cinta Tidak Perlu Diungkap

Malam Ku Bermimpi
Ai Dengan Satu Bintang
Berkata-kataku Di Jendela
Ku Lihat Kanda Tersenyum Memandang
Asmara Bergelora Meresap Ke Dada

Malam Ku Terlihat Oh Sekuntumlah Bunga
Baunya Harum Menarik Hati
Tak Sanggup Menahan Rasa Asmara
Meresap Mendalam Menusup Di Jiwa

Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda

Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda

Gelora Asmara~ Hail Amir dan Uji Rashid

Fanaa, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta. Lihat saja lagu oldskool tersebut, antara lagu kesukaan saya selain dari lagu dara pujaan- L Ramlee. Tetiba terkongsi minat dengan Kak Sarah aka KS. Hehehe.

Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.

Selepas saya menulis beberapa article yang menyentuh serba sedikit tentang isu evergreen iaitu CINTA, membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan. Sedangkan nikah pun belum, ayat power dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan. Dan sekarang satu demi satu ada yang meminta pandangan.

Gambar Hiasan

Saya serba sedikit cuba untuk menjadi pendengar yang setia, bukan untuk memberikan satu jawapan yang tepat dan jitu. Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa. Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia. Mana mungkin saya memberikan jawapan melainkan banyak berkongsi cerita bagaimana untuk menguruskan cinta. Memberikan alat kepada mereka untuk mencari jawapan.

Hadir dalam riang.

Hadir dalam duka.

Hadir dalam keliru.

Hadir dalam blurr.

Itulah warna warni pembaca yang tampil untuk berkongsi cerita dengan saya. Sudah semestinya setiap yang hadir, saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga (aiseh...masuk bab cinta, ayat sudah wardah habis).

Cinta Diungkap, Hati Gelisah


Saya entah macamana selepas beberapa article yang menyentuh dan mengupas soal cinta, ada didatangi beberapa insan yang sebahagiannya tidak pernah saya kenal, meminta pandangan tentang masalah mereka hadapi.

" Amad, anda percaya tentang mimpi tak?," tanya seorang teman maya.

" Mimpi? hurm...nak kata tak percaya, tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. Kenapa tetiba buka bab mimpi ni," saya menjawap dan pada masa sama cuba memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.

" Macam ini, saya semenjak dua tiga hari ini, asyik bermimpi seorang lelaki ni je. Saya tak nak, tapi sering termimpi," dia bercerita. Owh, sebelum itu, kawan maya saya ini adalah wanita. Jadi pantas saja yang masuk dalam mimpinya lelaki. Lelaki mimpi lelaki...Haru. Erk!

" Special sangat ke lelaki tu sampai duk angau begitu sekali?," saya bertanya lagi. Cuba mengumpulkan sebanyak mungkin informasi dari history taking yang dijalankan.

" Macam ini sebenarnya. Saya ini ada suka seorang lelaki ini. Tapi tahu sahajalah, saya perempuan, bila suka, hanya mampu buat hanya diam je. Pendam rasa sorang-sorang. Itu ok lagi. Tetapi satu hari, sebelum lelaki itu mahu ke luar negara belajar untuk beberapa tahun dia datang jumpa dengan saya," beliau bercerita.

Orang menaruh hati memendam rasa, datang sang jejaka pujaan. Mengantuk disorok bantai beb. Indah!

"Apa yang dia cakapkan," tanya saya lagi.

Cuba mengumpul simptom.

" Dia cakap dia sukakan saya. InsyAllah dia janji selepas habis belajar nanti, dia akan datang cari saya kembali. Dan itulah masalahnya. Selepas itu hati saya tak tenang, asyik teringatkan dia. Sedangkan dia diluar negara, tanpa beri keputusan yang pasti," beliau menyambung.

Penantian satu penyeksaan. Keluar dari kes sebentar, ini terutama untuk muslimat. Jika orang hadir, bertanya soal hati, cubalah menyatakan keputusan itu secepat mungkin dengan berfikir. Jika YA, katakan dengan cepat. Jika TIDAK, katakan dengan cepat. Anda mungkin tidak perasaan dan tidak mengerti, ada lelaki yang tidak keruan hidup tanpa keputusan yang tepat dan cepat.

Jangan seksa mereka dengan penantian yang lama.

" Apa pandangan dan nasihat Amad pada saya? Saya tahu itu silap, tapi macamana nak baiki dan ubah?,"sedih bunyinya.

" Pertama, saya nak sekeh kepala mamat yang cakap sayang tu," saya menjawap.

" Hah, suka hati nak sekeh kepala orang," cepat beliau memberi respon.

" Ops, maaf terlupa pula kepala orang saya nak sekeh itu adalah cik abang," saya bergurau sebenarnya.

" Sebenarnya, orang yang membuat kesilapan paling besar adalah lelaki itu. Anda, rasa suka, rasa minat ke seseorang, untuk itu wajar-wajar saja. Tetapi tindakan lelaki itu adalah amat tidak wajar," saya bagi pandangan.

" Salah lelaki tu? Kenapa? saya tidak faham," dia soal balas.

" Silap paling besar lelaki itu adalah dia mengucapkan rasa sayang dia itu pada anda!."

Perasaan Wanita, Lelaki Harus Hormati

Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.

Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan. Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan. Mengantuk disorong bantal.

Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana. Empuk bicaranya, hakikatnya sensara.

Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sensaranya adalah penantian tidak pasti.

Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.

Anda mahu pergi jauh, pergilah. Jangan diusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama. Tetapi dalam nada yang tempang.

Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka? Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.

Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah. Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis. Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijab qabulkan dengan jejaka lain. Apa susah, cari lain! Redha dengan ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.

Jadi, habis bila mahu bagi tahu yang kita berkenan pada dia?

Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas. Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada mak ayah si gadis.

Bertemulah dengan....mak ayah si gadis

Mintalah izin dengan...mak ayah si gadis

Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".

Lawan Jangan Layan Jangan

" Dah tu, sekarang dia pun terlepas cakap. Saya pulak dah lama terseksa dengan perasaan ini. Macamana nak buang ni?," tanya beliau.

Buang jangan, manage perlu.

Bagaimana?

Cara menguruskan angau yang tidak berpijak ini adalah dengan MELUPAKANNYA.

Ustaz Hasrizal pernah berkongsi tentang hal ini.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan
menyibukkan diri

dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.

Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah s.w.t. Jangan lepas dari tidak bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawap dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.

Jika sudah masanya, silakan tetapi pastikan masukkan sekali soal lampin anak!

Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan aqal, aqal mampu sihat dengan hanya disirami iman.


Ustaz Azhar- Nikah Muda


Jika Malaysia boleh, anda juga pasti boleh kerana anda rakyat 1 Malaysia! Ahaks...

Nota 1 : Memasuki system last sebelum memasuki clinical. Pinta doa semua agar dipermudahkan.

Nota 2 : Selamat Pengantin Baru buat Kak Long. Kelmarin ada majlis hantar menantu ke rumah suami beliau di Gombak.

.: Dr Cinta ingatkan just in case kalian terlupa :. Ahaks!



Wednesday 17 March 2010

Hikmah Disebalik Gue dan Saya

Selepas article 'panas' sebelum ini, saya disapa oleh pengunjung blog ini. Dan saya tidak kenal sama sekali dengan beliau. Tetapi melihat dari gaya, beliau adalah pengunjung tetap blog tetapi hanya sekadar silent reader.

Apa yang dibincang dan disembang pelbagai, termasuklah soalan yang sudah saya jangka akan ditanya. Al-maklumlah, blog ini baru sudah pulih dari badai. Blog, bukan saya.

" Dr Amad, saya nak tanya ni. Kenapa pendekatan Dr Amad, saya tengok agak keras samaada di facebook dan juga blog, bukan ke perlu berhikmah? ," beliau memanggil saya dengan panggilan pena saya Dr Amad. Tetapi dalam perbualan biasa, nama manja (erkk) Amad lebih selesa digunakan.

" Owh, keras tang manalah saya ni? Macam perlu diperbetulkan dahulu soalan itu, baru saya boleh jawap. Tapikan saya nampak lebih kepada pendekatan romantik dan caring kot," hahaha. Ketawa kami pecah. Saya selepas itu, menerangkan beberapa pendekatan yang akan saya kupas nanti, dan juga beberapa kisah seputar persoalan hikmah.

Yang menarik perhatian saya dengan satu soalan...

" Amad, kenapa tak balas ataupun sambung je perdebatan kat bawah komen tu? bahkan ada pula dibuangnya. Tapi seronok tau saya baca orang berlawan-lawan hujah ni. Kalau lawan mesti boleh menang dengan penerangan ini," jujur pula beliau ini.

Saya pula " Adeh, ada juga orang macam ini...tapi bagus. Jujur." Monolog dalam hati.

" Saya pernah dengar satu tazkirah oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz. Beliau bagi analogi, orang tengah muntah, jangan sekali-kali kita bagi air, ubat, nasi atau apa-apa. Sebab tidak akan membantu. Bahkan akan keluar balik apa yang diberikan. Cukup kita disisi, gosok belakang dia. Bagi dia tenang," saya kongsi satu kisah dengan dia. Suka sungguh saya bercerita...hehehe.

" Dan saya sebenarnya tidak mencari MENANG."

Tok Guru adalah salah seorang idola saya, banyak terpengaruhnya saya dengan beliau dengan cara berbahasa beliau. Analogi yang diberikan sungguh tepat dan berbekas lama dalam ingatan saya. Sudah semestinya, analogi dan bahasa yang digunakan beliau, tidak berbekas bahkan mungkin mengundang pelbagai interpretation yang mengarut.

Kerana fikiran anda adalah tiang eletrik, mahu mendengar yang lurus bak tiang elektrik. Tidak mahu berfikir dua, tiga kali untuk mendapatkan maksud tersirat dibalik kata-kata itu.

Orang duk tengah muntah, jangan kita jolok dengan apa-apa, hatta ubat sekali pun. Biarkan dia muntah, sambil-sambil kita gosok belakang bagi tenang. Selepas itu barulah kita bagi ubat.

Orang duk tengah marah, kita lambaklah berbakul-bakul ayat Al-Quran dan berbesin-besin hadis, idak ye mahu ditelan. Jadi lebih baik saya cuba untuk diam, dan sudah semestinya saya sebagai pemilik blog mempunyai hak untuk memastikan suasana dan perjalanan disini on track.

Maaf, blog ini bukan saya buat untuk berkongsi kisah ayam beranak, arnab bertelur, artis tercabut bulu ketiak. Saya menulis dengan tujuan lebih besar dari itu.

"Tapi ada je marah tu?."

Anda terlalu menaruh harapan tinggi dengan menganggap saya sebagai malaikat, sedangkan masih masih seorang manusia. Ada terpanas disana sini, demi Allah saya banyak muhasabah dengan itu. Masih dilingkungan wajar ada salah dan silap. Untuk teguran itu, saya insyAllah tidak satu saya ketepikan.

Saya mengambil inisiatif dan tazkirah itulah sebagai landasan article ini. Tiada guna kita mendengar beribu tazkirah, tapi satu tidak berbekas. Dilihat sebagai angin lalu sahaja. Bagi orang yang beriman dengan Allah dan Rasul, cukuplah dengan satu ayat. Itu sahaja menompang iman, meluruskan amal.

Sebenarnya, article ini sudah saya siapkan dua hari selepas ribut di blog ini. Tetapi saya tahan dan simpan dahulu. Untuk mencapai apa itu dikatakan hikmah. Ditulis dalam hati panas, bahasa juga terpancing dek emosi. Saya cuba mengelakkan itu.

Ok, sekarang...Apa itu hikmah?

Sebelum saya menjawap apa itu hikmah, saya mahu kongsi dua kondisi (situasi) dengan pembaca. Situasi yang saya olah dengan pengalaman saya sendiri.

Mat Batu dan Siti Kapas

Situasi Pertama

Rahim adalah kipas susah mati ( diehard fan) dan meminat tegar lagu rock. Kehidupannya segalanya keras membatu, cucuk dengan jiwanya. Tengah beliau 'karok' bermain gitar dan menyanyi, terlupa suasana sudah gelap. Mahu masuk maghrib. Tidak dipedulikan, dan terus bermain. Mat Amin adalah sahabat kepada Rahim. Walaupun perwatakan Mat Amin berlainan dari Rahim, hubungan beliau dengan Rahim cukup santai, erat, penuh canda tanpa makan hati. Masa sih mat rock, ambil hati...malu persatuan mat-mat rock sedunia. Mat Amin cuba mengajak Rahim untuk berhenti dahulu dan solat maghrib.

Gambar Hiasan

Pilihan dialog Mat Amin untuk mengajak Rahim si Mat batu ke surau.

a) Hey bai, ape cer ni? Gelap dah kot. Jom ikut gua pi surau pulak. Lu mati seksok, diangkat solat ke masjid jugak. Lepas ni, boleh sambung balik karok tuh...time tu gua join lu karok sama! Tapi lepas solat semualah. Guane? b) Assalamuaikum. MasyAllah, Rahim....Dah gelap sangat ni. Awak taknak solat ke? Jom ikut saya ke masjid jom. Lepas solat, awak bolehlah sambung balik main gitar tu.

Rahim si mat rock keras membatu, ajakkan dan sapaan yang kena dengan jiwa raganya?

Walaupun kita sering khilaf bab politik dan fiqh, saya menganggap sapaan yang kena pada dengan jiwa seorang mat rock adalah dialog A. Kerana itulah lingkungan kehidupan dia. Ber "awak" ber"saya"...geli khaley!

Situasi Kedua

Siti adalah peminat tegar lagu yang berentak jazz. Sesuailah dengan jiwa dan perangai beliau yang halus dan lembut orangnya. Didikan dan persekitaran beliau, membentuk diri menjadi seperti itu. Suasana diluar sudah gelap, tetapi Siti masih ralit mendengar lagu jazz tanpa menyedari sudah mahu luput waktu maghrib. Sahabat baik Siti adalah Aishah. Aishah mahu mengajak Siti untuk solat. Aishah cukup prihatin dan faham sangat sahabat baik dia seorang ini. Siti cukup fregile orangnya, usahkan tinggi suara marah, mengunakan ganti nama aku pun tidak perlu. Kasar katanya...

Gambar Hiasan

Pilihan dialog Aishah untuk mengajak Siti untuk solat:

a) Ish ko...Dah lewat kot ni. Ko dari tadi aku tengok memanjang je duk dengar lagu, bila pulak nak solat maghribnya? Tak lari kemana lagu jazz ko tu kot. Solat weh. b) Wahai Siti ku sayang intan payung, dah lewat dah ni. Awak tu tak solat maghrib lagi. Stop sat dengar lagu, solat dan boleh sambung dengar. Jom...

Walaupun kita sering khilaf bab politik dan fiqh, saya menganggap sapaan yang kena pada dengan jiwa seorang cik siti adalah dialog A. Usahkan nak ber"ko" dan ber"aku", tengok cerita hindustan pun bercucuran air mata. Itulah Siti, persekitaran dan kehidupan membuat beliau lembut hatinya bak kapas.

Apa Itu Hikmah?

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-Mu dengan hikmah dan pengajaran yangg baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik" (Al-Nahl: 125)

Pelbagai tafsiran masyarakat awam sekitar persoalan hikmah. Tapi yang pasti, yang tiada tolak tarik adalah menegakkan haq dan membasmi kebatilan dengan hikmah adalah tuntutan dalam Islam.

" Eh, berhikmahlah sikit dalam menegur. Islam menyuruh hikmah tau!," tegur seorang rakan.

" Erm...apa itu hikmah," saya bertanya kembali.

" Owh...entahlah...tapi yang pasti apa yang ko buat ni tak berhikmahlah!."

" Oklah, dah tak tahu sangat apa itu hikmah, biasanya apa yang ko buat jika tengok kesilapan dan maksiat orang," saya mengajak dia berfikir apa yang beliau cakapkan. Guna kepala yang atas bukan kepala dilutut.

" Erm...erm...biasanya aku diam je. Hehehe," tersenyum kambing.

Itulah kisah yang pernah saya alami. Rasa lempang sahaja yang layak untuk macam ini. Berdegar-degar hikmah itu, hikmah ini, bila ada kemaksiatan kepada Allah, spesies inilah yang orang yang pertama mandul. Menyorok didalam cengkerang nifaq. Lembut pun tidak, keras pun tidak!


Ustaz Azhar Idrus




"Orang kata keras itu tak ada dalam Islam...Hoodowww, sedak ngat! Mung belajor mana? Tok guru mana royak? kitab mana tulis?."

Bagi sesiapa yang di Terengganu, nama Ustaz Azhar Idrus antara ustaz yang popular. Popular kerana pendekatan beliau, popular dengan kemahiran menghuraikan hukum fiqh dan popular dengan gambar yang diambil sangat cantik. Sekarang bukan sahaja dikalangan rakyat negeri Terengganu, beliau juga ada menyampaikan ceramah di Pahang dan Kuala Lumpur.

Canon beb!

Pandangan awal saya berkaitan dengan beliau, adalah keras. Tapi itu semua 10 tahun yang lepas. Selepas beberapa kali, mendengar ilmu yang disampaikan dengan cara yang cukup unik, hati terpaut. Sempat saya hadir ke kuliah agama beliau disekitar Kuala Terengganu, membuat saya ke satu kesimpulan.

Golongan ayah walaupun sering dikutuk, inilah antara generasi yang ramai ke kuliah itu.

Golongan muslimat yang kekadang dikatakan bodoh, bahagian muslimat penuh tidak cukup tempat duduk.

Golongan muda mat rempit yang sering dimarah, tetapi jika anda mahu melihat mat rempit memakai jubah, pakai kopiah, 'kelek' kitab semuanya kuliah Ustaz Azhar ada.

JKKK yang selalu kena diperli kerana salah platform perjuangan politiknya, mereka tetap santai memenuhi masjid mendengar.


"Anok orang Islam, mok ayoh bapak ayam ibu ayam belaka. Bapok fasik belaka. Membenarkan anak buka pakaian dikhalayak ramai.Dok berhak jadi wali.Paham! Mase mung hantor anok tuh, mung kena laknat doh"

( Bagi orang tidak biasa dengan beliau, harus mendengar sampai habis video ini)

Adakah Ustaz Azhar keras dan tidak berhikmah dalam penyampaian?

Jika keras, tidak berhikmah dan ramai orang menjadi ukuran kenapa bapa, ibu, remaja, gadis, kanak-kanak dan orang 'JKKK' memenuhi setiap ceramah agama beliau?

Saya pernah makan bersama dengan beliau. Perbualannya penuh gurauan dan orangnya cukup lembut dan santai. Yang mengubah persepsi saya kepada beliau secara total.

Tidak kenal maka tak cinta!

" Bagi ana, Ustaz Azhar...penyampaiannya jelas dan terang mengambil terus contoh masalah-masalah dari masyarakat, tetapi jika anta perhatikan, message yang disampaikan sebenarnya lembut," testimonial dari Ustaz Hasrizal semasa bersembang-sembang dengan saya.

Hikmah itu Subjektif

Ingin saya menyatakan, as long as anda menyatakan haq itu haq dan batil itu batil walauapa jua cara samaada keras, lembut, jerit, berbisik, sms, blog, perangai dan akhlak, selagi itu kita masih didalam batas menyampaikan dengan hikmah. Selesai yang itu anda boleh masuk kepada bab selanjutnya, yang mana lebih tepat.

Disinilah boleh wujud titik perbezaan antara kita. Tapi jika kita lihat secara dekat, persoalan hikmah bukan masuk kepada persoalan betul atau salah tetapi kepada persoalan siapa dan pendekatan mana yang lebih tepat dari semedikian banyak pendekatan yang tepat.

Timbang tara kita adalah tergantung kepada subjek, masa dan suasana. Boleh jadi, subjek yang sama, masa dan suasana yang tidak tepat menjadikan pendekatan kita sedikit tempang.

Boleh jadi subjek yang berbeza, pendekatan yang sama digunakan membuahkan hasil.

Oleh kerana, itu apabila dilontarkan persoalan hikmah dalam berdakwah, saya tidak mampu memberikan satu jawapan yang konklusif. Melainkan mengajak pembaca sama-sama kita berfikir apa itu hikmah dengan semedikian banyak 'alat' yang saya bekalkan ini.

A itu adalah A

B itu adalah B

Kerana, kekadang, A boleh menjadi B.

Bagi yang tidak termasuk dalam semua ini, anda tidak berhak untuk bercakap soal dakwah bahkan apa itu hikmah pun anda tidak layak bersembang. Kerana anda adalah insan yang terkeluar dari lingkungan itu. Mengomel memanjang, buatnya idak!

Kita sibuk berbincang siapa yang layak membicarakan soal ini, sedangkan yang sepatutnya adalah siapa yang tidak layak bercakap soal ini.

Anda layak?

Isu Pendekatan Di Facebook dan Blog

Ingin saya menyatakan pendirian saya yang dahulu dan komitmen untuk akan datang, saya akan cuba sedaya upaya meraikan setiap komentar yang diutarakan, tetapi dengan satu penanda aras yang cukup jelas, dengan akhlak yang terpuji. Ini tidak terpenuhi, anda tidak dialu-alukan ke blog saya kerana blog ini bukan pintu tandas boleh diconteng dengan tulisan nista. Kita boleh berbeza banyak perkara, tetapi didalam Islam tiada khilaf soal akhlak!

Tetapi sudah semestinya, prinsip saya meletakkan 'komentar' Sang Pencipta saya dihadapan sekali berbanding komentar sekalian hamba-hamba. Sudah semestinya, komentar Sang Pencipta, akan dinilai, difikir dan dimuhasabah oleh diri saya sendiri berdasarkan sangkaan dan telahan iman. Adakah tepat atau tidak, saya menyerah kepada Allah untuk tentukan.

Jangan kita terlalu mengejar redha manusia, kerana sememanya manusia tidak akan pernah redha dengan kita dan kita akan letih dalam mengejar. Tetapi cubalah mengejar redha Allah kerana redha Allah janjinya syurga yang penuh kenikmatan.

Imbau kembalilah, sirah pejuang umat terdahulu. Nabi Nuh a.s dengan dakwah ditentang majoriti kaumnya, Nabi Muhammad diawal mula perjuangan dilontar kasut hingga bergenang darah, As-syahid Imam Hassan Al-Banna hanyatnya dihujung pistol sang tirani, Sayyid Qutb ajalnya ditali gantung. Bukankah kisah itu semua bertitik tolak dari "tidak sukanya" orang kepada apa yang dibawa dan disampaikan?

Cara dakwah itu pelbagai dan subjektif. Tepat atau tidak, insan yang bertaqwa, iman akan berbicara. Mencari 'suka orang' baru dikatakan tepat dan benar cara berdakwahnya, saya dengan ini bermufaraqah dengan kenyataan itu. Ketahuailah wahai muslimat, jika anda menyampaikan agama ini dengan tujuan mencari 'suka orang', jangan terkejut ada rijal menyukai anda berdakwah tanpa pakaian! Pada saat itu, anda mahu ikuti kehendak mereka kerana alasan mereka suka?

Fikir-fikirkan.

Range yang luas dikalangan kenalan samaada di Facebook dan blog sedikit sebanyak menyukarkan pemilihan cara saya bergerak. Tetapi kesukaran itu tidaklah sehingga saya memilih untuk tidak bergerak. Jadi saya cuba sedaya upaya menvariasikan pendekatan walaupun kadang-kadang yang panas telinga.

Untuk itu kekurangan itu, saya meminta maaf dari anda.

Adakah saya sedih dengan kutukan orang?

Adakah saya bangga dengan pujian orang?

Mengapa harus kecewa dan sedih kepada orang yang suka mencela? Mengapa harus bangga kepada orang yang memuji? Kedua-duanya masih dilingkungan 'kata orang' yang boleh kita terima atau tolak. Sedangkan natijah akhir adalah kata Alla s.w.t. Mahu ke syurgakah kita? atau dicampak ke neraka!

Tepuk dada tanya sama iman. Kegelisahan itu dosa, dan hadirnya gelisah itu dari hati. Dan hati tempat jatuhnya pandangan Allah...jika hati itu bersih.


Amad masih mampu tersenyum!

Lu pikirlah sendiri (versi mat rock)

Awak fikir-fikirkanlah (versi siti awek jazz)

Nota 1 : Saya ada satu permintaan kepada pembaca, boleh tak komen yang diberikan ditulis dengan bahasa melayu atau english yang benar. Senang cerita, tanpa short form lah.

Nota 2 : Saya menulis ini dengan hati, jadi anda harus membaca dengan berhati-hati. Saya menulis berjam-jam, masa sih anda membaca dalam 5 minit.

Nota 3 : " Alah, baru saya tahu Amad macam ini. Tidaklah garang pun, banyak sakat orang adalah!," dialog yang berpuluh kali saya dengar apabila bersembang tidak kira secara terus atau maya. Saya romantik dan caring kok...


Nota 4 : Panjang sungguh article ini, padanlah kerana exam sudah selesai...Yey!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Wednesday 10 March 2010

Mereka Berjiwa Besar

" Sen, lama dah kita tidak buat MABIT ek...seingat aku lah kali terakhir, selepas selesai MABIT kita reramai pi makan kat rumah Kak Tasha. IMAN kena buat lagi ni...rindu pulak," saya membuka bicara mengusul cadangan.

" Aah...last yang kita breakfast bihun goreng dan teh tarik stokin Fathy," gurau Mohsein.

Hahaha...

Bersama Along Momo aka Mohsein

Teh ditarik dengan penapis yang macam stokin, jadi letak nama Teh Tarik Stokin Fathy.

" Satu hal je, kalau mung perasan. Mabit kita, qiam yang kita buat tu ok je sebenarnya, tapi hati ini rasa macam tak kena. Tak ada roh, rasa macam gersang je," saya membuka wacana.

" Damai tu damai dah, hening tu hening dah...tapi itulah. Kita tidak mampu manipulasi suasana untuk hadirkan ruh itu. Kena ada imam yang pandai ambil tugas ni," Mohsein menambah.

" Kena ada orang macam Ustaz Saiful Islam Mubarak, dia pakar untuk manipulate suasana. Kalau Mabit itu time saat kemenangan, ruhnya kemenangan. Jika Mabit itu bab Palestine, terbakar-bakar semangat orang duk qiamullai tu," kata saya.

MABIT adalah singkatan kepada malam bina iman dan taqwa. Jika mengikut ikhwah Indonesia, dimulai usai solat Isyak hinggalah sinar saga diufuk timur. Ia menjadi rutin bagi kader-kader dakwah disini. Jika tida halangan, seminggu sekali mereka mampu. Pengisiannya pelbagai, kekadang ada ceramah agama, ada talk, ada soal jawap dan yang pasti adalah qiamullai. Jemaah akan dikejutkan dalam dalam 1.00am dan bertahajutlah hingga ke subuh secara berjamaah.

Saya? semput...huhu. Biasanya 2/3, selepas itu mengurut kakilah jawapnya.

Insan Berjiwa Besar

Siapa Ustaz Saiful Islam Mubarak?

Ustaz Saiful Islam Mubarak

Saya secara pribadi mengenali beliau secara jauh semasa menghadiri MABIT AKBAR di PUSDAI, Bandung. Mabit itu diadakan selepas gerakan dakwah Indonesia, PKS telah berjaya menawan tampuk pemerintahan Jawa Barat. Memenangi Pilkada Gabenor Jabar ( Jawa Barat) yang jika dibandingkan dengan Malaysia, setaraf kerusi Menteri Besar.

Mereka menyambut kemenangan bukan dengan sorak teriak, tetapi dengan munajat kepada Allah.

Saya sampai di Masjid PUSDAI, kira jam 10.00pm. Didalam masjid sudah penuh dengan lautan manusia, tidak kira dibahagian muslimin atau muslimat. Tidak pernah seumur hidup saya melihat lautan manusia yang sebegitu ramai datang semata untuk munajat untuk solat tahajut.

Bila bertakbir...Bergegar masjid!


Bagaimana mereka bergerak? Jom lihat video ini

Mabit itu diimamkan oleh Ustaz Saiful Islam Mubarak, dan melihat santunnya kader bawahan kepada beliau, saya membuat kesimpulan awal, dia adalah sosok insan yang mempunyai tempat tersendiri dikalangan pengiat dakwah disini. Dan kesimpulan itu ditamatkan selepas mendengar khabar beliau menjadi salah satu calon DPR RI untuk pemilu baru-baru ini.

Tetapi tika itu saya tersentak mendengar khabar...

" Ustaz Saiful Islam Mubarak telah dipecat dari PKS. Aku ada letak link kat Facebook," Mohsein memberitahu.

" Hah...biar betik!," saya terkejut.

Selepas itu, saya membaca suratkhabar online itu, dan cuba membaca pelbagai sumber untuk mendapat pandangan dari beberapa sisi.

Dan saya mampu tersenyum.

Bukan kerana beliau dipecat, bukan kerana PKS memecat...tetapi insan-insan ini berjiwa besar!

Sejarah Ikhwanul Muslimin

Saya pening melihat sebilangan kecil dari sahabat melompat-lompat dari satu gerakan kepada satu gerakan lain diatas alasan TIDAK LENGKAP. Sedangkan jika mereka duduk sejenak, merenung, gerakan itu adalah hasil ijtihad manusia. Dan bila asalnya manusia, lemah dan silap itu fitrahnya.

Bahkan...tempat rujukan dan idealisme gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin turut dilanda badai. Saya terbaca satu article yang cukup bagus dan membuktikan Ikhwanul Muslimin itu adalah asal gerakan dari manusia bukan malaikat.

Selepas kematian As-Syahid Hassan Al-Banna, Ikhwanul Muslimin menjadi kacau. Faktor external dan internal mengasak jemaah fenominal ini. Mursyidul Am kedua dilantik didalam ribut itu. Hasan Al Hudhaibi diangkat sebagai pemimpin.

Hasan Al Hudaibi

Antara tindakan beliau adalah dengan memecat beberapa figure-figure besar yang cukup memberi pengaruh yang kuat kepada kader bawahan Ikhwanul Muslimin. Antara insan yang dipecat adalah Saleh Asymawi, Sayyid Sabiq dan Muhammad al Ghazali.

Yang menarik perhatian saya adalah bukan kenapa mereka dipecat dan apa salah mereka, tetapi adalah cara mereka menguruskan "ribut" ini. Insan ini menerima pemecatan, tanpa sedikit pun berpaling kepada musuh untuk memberikan 'peluru' untuk membunuh gerakan Islam Ikhwanul Muslimin melainkan Hasan al Baquri memasuki kerajaan Mesir. Jalan mereka pilih tetap Islam, cuma dengan cara tersendiri.

Kemucup itu harus dibuang.

Hasan al hudhaibi pernah menyatakan tentang perihal pemecatan tokoh Ikhwan tersebut; "Mereka dipecat bukan kerana kelemahan komitmen kepada agama. Boleh jadi salah seorang daripada mereka lebih baik daripada kita. Tetapi jamaah mempunyai tata tertib yang harus dijaga dan dilaksana. Oleh kerana mereka melanggar tata tertib, mereka diberhenti, agar barisan tetap lurus dan rapi’.

Cukup mendamaikan.

Melihat kembali kes Ustaz Saiful Islam Mubarak dipecat oleh PSK, saya mampu tersenyum.

Perangai 'nakal' ingin mencari apa jawapan balas antara Ustaz Saiful Islam dan alasan pemecatan yang berdarah dari PKS. Tetapi tiada. Kisah itu seakan berlalu begitu sahaja. Akhirnya sejuk ditelan masa.

Dalam perjuangan, kepentingan Islam adalah utama melebihi kepentingan pribadi. Ia telah dibuktikan pejuang dahulu dan diikuti pejuang sekarang.

Gambar yang diambil dari Facebook beliau...Mahu menitis airmata saya melihat gambar ini. Panas membahang, tanah berdebu merah dihadapi untuk Rabbi

Mereka adalah insan-insan berjiwa besar yang pernah dilahirkan dalam sejarah tamadun ummah!

Itu mereka, kita?

Nota 1 : Kepada yang berjaya didalam SPM, ingatlah kejayaan anda didukung oleh ramai insan dibelakang termasuklah makcik yang jual nasi lemak pepagi ditepi jalan. Tiada sebab untuk bangga melainkan kembalikan semua itu kepada Allah. Yang kurang bernasib baik, SPM bukan akhir hidup, ramai yang bangkit selepas itu termasuklah ramai menjadi Doctor sekarang...Kongsi sedih itu kepada Allah.

Nota 2 : Exam, mulai 15hb ini. Doakan...

Nota 3 : Nanti mahu post gambar-gambar iBest yang sengoti best!

Nota 4 : Dilamar untuk menerbitkan sebuah buku dengan beberapa lagi teman. Waduh...terasa bermimpi. Masa sih lelaki dilamar? kaw...kaw...kaw

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday 5 March 2010

Ustazah Jangan Sentuh Saya!

Assalamuaikum cikgu!

Kelas 2 Bestari bergema, apabila Cikgu Fatimah, guru sains kelas saya masuk. Dia adalah guru disiplin sekolah iaitu Sekolah Men Keb Tengku Lela Segara. Siapa yang tidak kenal dengan trademark beliau iaitu cubitan berbekas biru dan jalan itik pusing makmal.

Kelas saya seperti biasa, perjalanan kelas normal.

Satu demi satu nama dipanggil oleh cikgu Fatimah untuk menyerahkan buku laporan makmal sains. Ada dua tiga orang mendapat habuannya apabila tugas tidak diselesaikan.

Ahmad Fahmi Bin Sulaiman!

Nama saya dipanggil. Helaian demi helaian buku dilihat dan diperiksa. Dan...

Praaaaapp...

Nampak je Cikgu Fatimah macam ni, dia bekeng ooo...cikgu disiplin sekolah ni

Tangan saya berjalur merah. Dari semua tugasan yang diberikan, hanya satu muka yang saya terlepas pandang untuk menyelesaikannya. Bukan sengaja, tetapi terlepas pandang. Dan habuannya adalah rotan panjang.

Sakit ooooo...

Saya pun hanya mendiamkan diri dan menahan kesakitan. Pulang dari sekolah, ibu bertanya.

" Kenapa tidak selesaikan laporan makmal tu?."

" Ami dah buat semua dah, yang satu muka tu ami terlepas pandang nak buat. Bukannya taknak buat," jawap saya apabila ditanya oleh ibu.

Itulah kenangan saya dengan cikgu Fatimah semasa tingkatan dua. Seorang guru sains, guru disiplin dan juga merangkap IBU kepada AHMAD FAHMI BIN SULAIMAN.

Dirotan oleh ibu sendiri, dikelas, dihadapan kawan sekelas.

Itulah kenangan lampau, yang semalam saya teringat dan tersenyum kembali.

Kisah Semalam

"Ami apa khabar? sihat semua?," ibu menelefon dari jauh. Dia kebetulan tengah 'ronggeng' dengan abah di pantai Kelulut dekat dengan rumah. Indah tinggal dikampung, bosan malam-malam boleh berdating ke pantai.

" Baik je Alhamdulillah...apa cerita kat rumah? kak long, angah dan adik-adik lain apa cerita?," saya menanyakan soalan. Mahu tahu perkembangan dirumah.

Ceritanya seperti biasa. Kak Long dan Angah sibuk dengan tugas dia sebagai doktor dihospital yang sama, Hospital Besar Kuala Terengganu. Pergi kerja, balik letih dan tidur. Itulah rutin mereka berdua.

" Ibu sekarang jadi bibik! Sampai baju deme pun ibu kena gosok segala," canda ibu.

Abah dan ibu mempunyai anak seramai 7 orang, ramai. Tetapi sekarang rumah sunyi hanya tinggal Inah dan Amad Kecik. Itupun masing-masing dengan kegiatan sekolahnya.

" Hah, apa cerita Amad (kecik) kat sekolah? dah nak UPSR, dah berubah belum mamat tu? ke asyik duk main je," tanya saya. Dia adalah adik lelaki dan merangkap anak bongsu kepada keluarga Sulaiman dan Fatimah ini.

" Hah...ada satu cerita semasa disekolah. Ibu dapat laporan yang dia ada pesan ke ustazah dia," ibu mahu kongsi cerita.

" Apa budak itu pesan kat ustazah dia?," tanya saya.

" Amad (kecik) kata, Ibu pesan 'Ustazah jangan sesekali sentuh saya. Nak marah macam biasa, boleh. Sentuh tak boleh!'," cerita ibu sambil ketawa. Ibu dan Amad (kecik) sama sekolah. Ibu sebagai guru, dia sebagai pelajar sekolah rendah.

Entah bila ibu pesan macam itu. Dan menurut cerita ibu, dia mendapat laporan itu dari SB, SB dia disekolah yang juga merangkap jawatan kawan-kawan sekelas dengan Amad(kecik).

Hahaha.... Ketawa kami pecah mengenangkan 'ulah' Amad (kecik) itu.

Amad (kecik) menangis mengadu kat Ibu selepas direndam oleh abang-abangnya dalam kolam

" Lain kali ibu, ibu pesan siap-siap kat ustazah. ' Ustazah, usah ke nak sentuh, nak rendam Amad (kecik) ini dalam longkang pun takpe'. Memandai je kata ibu pesan tak leh sentuh konon," saran saya. Hehehe.

Itulah kisah adik kecik bujang saya. Busuk wangi pun, lobang hidungmu tetap menjadi pooojaan hati ku!

Nota 1 : Sebelum ini. Sebelum menulis article cukup dengan doa Bismillah, tapi nampak gaya sekarang kena tambah dengan " A'uzubillahi minasy syaithonir rojim"....^_^

Nota 2 : Abah tidak pernah telefon bertanya bila mahu balik, tetapi sekarang ada. Sudah pelik. Rupanya ada udang disebalik mee mamak. Dia mahu saya balik semata-mata saya membawa pulang sama CD cerita HOT sekarang..." My Name Is Khan"...hehe.

Nota 3 : Ada khutbah best dari Syeikh Yusuf al-Qadrawi




.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.


Tuesday 2 March 2010

Kuasa Komunikasi

Gambar Hiasan

" Amad, sibuk ke idak? akak nak minta pandangan sikit ni," tanya seorang kakak yang saya rapat dengan beliau.

" Nak kata tak ada kerja, nampak sangat berdosa. Tapi kalau kak nak tanya apa-apa boleh je...silakan lah," jawap saya.

Perbualan di YM.

Biasanya hukum alam, orang lebih dewasa menasihati adik-adik, tetapi kali ini terbalik pula.

" Dua tiga hari ini akak tension sikit. Akak ada berselisih faham dengan kawan baik," luah beliau.

" Owh...kenapa sampai jadi macam itu. Dengan kawan baik pulak tu," saya masih membiarkan dia meluahkan apa yang terjadi. Mencari punca masalah dengan menggalakkan dia terus bercakap, bukan dengan terus memberi solusi tanpa tahu hujung pangkal masalah. Ini skill jika anda mahu tahu.

" Entahlah Amad...tup tup dia diam je terus. Akak pun tak tahu kenapa, apa salahnya akak, entohle," jawap dia.

" Akak pernah cuba tanya dia atau try untuk bercakap?," saya sudah menjadi Inspektor Sahab.

" Pernah juga, tapi dingin dan banyak diam. Akak malaslah kalau orang dah macam tu," menjawap pun seperti tertuduh.

" Ginilah kak, apa kata akak buka ruang komunikasi dengan dia. Mungkin ada something yang kak tidak tahu ataupun dia yang berprasangka," saya memberi saranan.

" Tapi akak tak ada salah pun dengan dia. Bahkan akak try nak cakap kelmarin pun dia tak mau," sedih mendengarnya.

" Mungkin dia ada salah faham tentang diri akak tu...takpa, cuba dulu buka ruang perbincangan. Tapi caranya perlu betul, masanya kena tepat untuk ungkai masalah ni...nak tahu ke idak skillnya macamana?," saya mahu berkongsi tips.

" Hah...mestilah nak. Kalau berjaya, akak belanja pizza!," bersungguh dia.

" Gini, kak pergi jumpa dia time dia duk sorang-sorang. Jangan depan orang ramai, lagi tertutup lagi bagus. Lepas tu, tanya baik-baik ke dia, apa yang terjadi. Jika ada salah akak, jangan segan nak minta MAAF sebab perkataan MAAF itu dapat redakan api marah orang jika tulus niatnya. Tapi dia yang salah, dia yang prasangka, akak terangkan baik-baik. Bukan dengan nada nak menghukum dia, InsyAllah jika masing-masing niatnya dan caranya betul boleh selesai," panjang pula saya memberi tips.

" Owh...menarik juga. Nanti akak try buatlah. Tapi Amad, kalau tak jalan juga?."

" Seperti biasa, serah Allah untuk selesaikan bakinya. Dia pemilik segala hati," ringkas dijawap.

Selang sehari selepas itu...

YM saya dibuzz.

"Amad! Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Hanya salah sangka. Dia duk prasangka tanpa bertanya ke akak terus...dan sekarang akak dah terangkan," gembira nadanya.

" Macamana akak buat sampai boleh selesai tu?," saat mengorek rahsia!

" Time tu, dia duk sorang-sorang dalam bilik, akak buat sebijik macam Amad suruh tu," patuh anak muridku seorang ini.

" Alhamdulillah...Allah selamatkan akak berdua dari api neraka," terang saya.

" Hah, api neraka?."

" Yup api neraka, bukan kita tidak pernah dengar negara berperang dengan negara hanya tiada komunikasi, saudara bunuh saudara kerana masalah komunikasi, insan seagama bergaduh kerana punca dari komunikasi," jelas saya.

Ya...komunikasi!

Jauhi prasangka, kerana prasangka itu sebahagianya adalah dosa. Dengan sahabat, walau terasa hati sekali pun, dahuluilah dengan sikap bersangka baik, bukalah pintu komunikasi. Kerana itulah sahabat, sahabat yang menuntun kita ke syurga.

Dari Flickr Amad ( Gambar Hiasan)

Kuasa komunikasi mampu menyelamatkan anda dari bahang azab neraka.

Kuasa komunikasi mampu membawa anda masuk ke syurga penuh nikmat.

Kuasa ditangan anda, anda mampu mengubahnya!

Nota 1 : Take note IMAN's members, Saturday we got iBEST !

Nota 2 : Tinggal dua lagi point yang perlu saya canai menjadi dua article.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.