Friday 20 February 2009

CGC Beraksi

Cikuda Gentleman Club (CGC) telah membuka lembaran baru di arena sukan.Jika dahulu ketokohan dan kemantapan CGC hanya kuat kedengaran di arena DOTA dan PSnya,sekarang cabang baru sukan telah dibuka untuk ahlinya.Dengan keahlian yang bertambah,banyak permohonan terpaksa ditolak.Ini bagi memastikan ahlinya betul-betul gentleman.Dan dua calon yang telah melepasi tapisan ketatnya adalah Hang Jijol dan Hang Arep.


Arena terbaru itu adalah kolam renang.Dan hari ini,adalah hari pertama kami beraksi.Kolamnya tidak bergitu jauh,dengan hanya berjalan kaki 5 minit akhirnya sampai ke sana.Semestinya,kalian terkejut,wujudnya kolam renang dilereng bukit Cikuda.Ia kepunyaan Dosen UNPAD dan dibuka untuk umum.


Mungkin bagi lelaki tiada masalah untuk renang,tetapi bagaimana perempuan? Kalian segan untuk berenang ditempat umum?Kalian bertudung tetapi mahu belajar renang? Mahu pergi yang kolam tertutup,tapi jauh...macamana tu? Alhamdulillah,saya juga sudah risik-risik dan sembang dengan empunya kolam renang ini.Dia positive tentang hal ini.Kalian boleh datang malam dan tempah kolam itu hanya untuk kalian sahaja.Jadi disitu muslimat-muslimat mahu berkuak lentang,berkupu-kupu,gaya bebas atau terjun tiruk,silakan.Ayuh buktikan penampilan itu tidak menghalang kita bersukan.Sihat pun kita dapat,redha Allah pun disertakan sekali.Indah bukan...


Berfoto-fotoan


Hang Hazim terpelanting jauh akibat jurus Angin Sempoi Bahasa oleh Hang Arep



Hang Jijol mengunakan Jurus Pat-Pat Pisau Lipat dengan diperhatikan oleh Mahaguru Hang Ali



Mahaguru Ali,telah memalukan CGC.Tergelincir semasa melakukan Jurus Fly Without Wings (Westlife)


Hang Hazim tersenyum simpul melihat kelatah Hang Afif,Hang Farid dan Hang Ali



Kuak kupu-kupu bertukar menjadi kuak Raksasa.Orangnya tidak bergerak,airnya terpercik banyak...Ape daa!!!



Jangan meniru aksi ganas ini...Grrrr!!! ( Asal Hang Reza Ganjaguru tutup hidung tu? hahaha)



Budak ini telah berjaya memalukan Hang Afif...hik3



Saya bersama Hang Jijol berehat...Penat ooo



"Ajarkanlah kepada anak-anak kamu berenang dan memanah,dan hendaklah mereka dapat melompat ke atas kuda dengan satu lompatan"
- Umar Al-Khattab



Nota 1
: Saya masih teringat kata Dr semasa belajar di system Reproductive. Dia menyatakan renang ini bagus untuk wanita mengandung.Ia akan memudahkan proses melahirkan anak.


Nota 2: Presiden CGC,Hang Anept bersama beberapa lagi Hang tidak menghadirkan diri dalam aktiviti ini.Jadi saya sebagai Ketua Disiplin CGC akan merujuk kes ini kepada Badan Disiplin CGC.Jika tanpa alasan kukuh, Presiden pun mampu dipecat.Disaat itu Sultan pun tidak mampu membuat apa-apa.Keputusan adalah muktamat,sebarang SMS tidak dilayan,belanja makan OK!...Ahaks<--- Hang Reza Ganjaguru


Nota 3
: Buat muslimat yang berminat,kalian boleh berbincang dengan empunya kolam untuk aktiviti ini.Ayuh dong,jadi muslimat sihat dan kuat...


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Wednesday 18 February 2009

Kisah Tentang Manusia

Cerita Manusia 1


“A special class of cell called antigen-presenting cell (APCs) process and present exogenous antigens ,” sedang saya mentelaah buku yang berkenaan system sekarang,Immunology tiba-tiba ada panggilan masuk.


“Oh Haha (nama orang),bakpe pulop main tepon-tepon ni,”bisik dalam hati.Panggilan diangkat.


“Salam,syeikh.Boleh tak hantar aku ke klinik,perut aku sakit la,tak boleh nak tido,” lemah suaranya,dan keadaan diluar sudah larut malam.


“Owh,bereh…Dalam lima minit lagi aku sampai,” selepas itu saya pun tukar pakaian dan membawa motor dengan membonceng Haha.Dia meminta saya berhenti sebentar di kedai untuk membeli minuman isotonic.Mahu meredakan kesakitan barang kali.


Saya hanya menunggu diluar sementara Haha masuk kedalam kedai untuk membeli minuman.Kelihatan didalam kedai ada dalam 5orang.Sibuk membeli barang-barang.Pekedai itu sibuk memasukkan botol-botol minuman kedalam kotak.Banyak yang mereka beli.Jadi Haha sendiri terpaksa menunggu lama untuk membeli satu botol minuman. Sementara itu,dua orang dari yang membeli tadi keluar,mengambil udara malam.Kira-kira dalam 5 minit,seorang dari lelaki itu masuk kembali dan mengangkat kotak-kotak yang berisi minuman tadi.Mereka menaiki kereta dan berlalu pergi.


“Bakpe lama sangat boh?,” tanya saya selepas Haha selesai urusan jual beli.


“Tulah pasal,yang beli awal tadi tu banyak sangat beli airnya…berbotol-botol,” jelas Haha.


“Air nape pulop banyak sangat deme tu beli,” seakan tidak lengkap pertanyaan Haha yang menyebabkan saya masih bertanya.


“Deme tu beli arak,syeikh,” jawap Haha jujur.


Sempat saya snap,dan penjualnya makcik bertudung


Jawapan yang membuat saya termanggu-manggu dan berfikir panjang.Disini sememangnya dimana-mana kedai walaupun penjualnya berkopiah atau bertudung,arak sememangnya dijual sama.Pada awalnya apabila sampai disini agak terkejut dengan scenario ini.Saya pun menghidupkan engine motor dan bergerak ke klinik.


“Haha,mung perasan tak…geng-geng beli arak tadi tu.Aku ada perasan yang sorang tu.Ala yang angkat kotak arak tu,”memancing perbualan antara kami.


“Hah,bakpe pulop dengan orang tu,” sudah semakin maju bahasa Terengganu Haha.


“Aku perasaan orang yang angkat kotak arak tu kan,dahinya hitam dan siap berjanggut lebat pulak tu.Bukan biasanya orang yang berdahi hitam ini jenis orang yang kuat solat dan janggut yang disimpan panjang untuk mengikuti sunnah Rasulullah,” cerita saya dengan panjang lebar.


Antara membeli arak,mengangkut arak dan orang yang berdahi berbekas hitam itu amat membuat saya sendiri banyak berfikir.Besar pengajaran yang Allah berikan.Itulah manusia,dan kehidupannya.Pengajaran bagi insan yang mahu berfikir.


Kisah Manusia 2


“Allahuakbar,Allahukabar!” suara nyaring muazzin memecah sunyi malam.Itu tandanya waktu Isyak sudah masuk.Saya bergegas mengambil wuduk dan bersiap untuk solat jamaah dimasjid yang hanya bersebelahan rumah.


“Assalamuaikumwaraahmatullah,Assalamuaikumwaraahmatullah,” imam memberi salam.Makmum dibelakang mengikut sama.Selang seorang disebelah kanan saya,ada seorang insan yang menarik perhatian saya.



Rock tetapi Beriman

Dengan berambut panjang dan kelihatan cukup “rock” hadir bersolat jamaah.Saya memandang kebawah,di jarinya kelihatan banyak tattoo-tattoo kecil yang diukir.Seluar jeansnya koyak dipeha. Ketepikan dahulu soal cukup syarat atau tidak solatnya.Tetapi lihatlah bagaimana,Allah gerakkan hatinya untuk hadir bersolat jamaah disaat ada insan yang tidak langsung memperdulikan seruan itu.Orang yang rock kapak datang solat disaat ada insan masih sibuk dengan tugas masing-masing.Orang kampung dengan “chess”nya dan orang kita dengan “DOTA”nya dan CD ceritanya.


Saya sudahkan wirid dan doa...keluar dari masjid dengan senyuman.


Kisah Manusia dan Kata-Kata Allah


Ia mengingatkan saya kembali kepada pesanan Allah swt ini menerusi mukjizat terbesarnya, Al-Quran


“Dan jika kamu berpaling ( dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain,dan mereka tidak akan ( durhaka ) seperti kamu” Surah Muhammad: 38



Ramai kita sudah TAHU tetapi MAHU itu tidak hadir didalam hati.Dua peristiwa yang saya boleh kategorikan mewakili dua kelompok ekstrim.Dua scenario yang saya ceritakan ini adalah untuk saya kongsi bersama pembaca.Dan saya mohon ia tidak dibincang ditepi jalan dan dijadikan dalil untuk membuat kemungkaran.Ambillah ia sebagai pedoman dan pengajaran dalam kita meneliti dan berhubungan subjek bernama manusia.Kita tergolong digolongan yang mana? Golongan yang diganti atau yang menganti? Amad masih belajar subjek yang bernama manusia.


Sungguh manusia itu aneh…


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Sunday 15 February 2009

Memakai Kemaksiatan Dengan Baju Islam



Hening dan damai,itulah ungkapan yang selayaknya diwaktu pagi Ahad,hari libur.Dan sudah pasti pujian dan penghargaan itu kembali kepada Sang Pencipta Keheningan dan Damai itu…Rabb izzati.


“Assalamuaikum a’ak( panggilan buat orang lelaki)…Cakep sekali sih,” suara menyapa


Seterusnya disambung dengan nyanyian,itulah pengamen ( orang yang bermain muzik jalanan).Tetapi ia berbeza dengan dengan pengamen biasa.Dihadapan saya adalah pengamen yang sasa tetapi berpakaian wanita bahkan bertudung.Sungguh solehah “SI DIA” itu. Merdu suaranya,lagi merdu jika dia diam.


“Ayuh dong sayang,udah terhibur bukan.Ayuh dong seribuan aja,” waduh sungguh manja sekali.Tetapi dibalas dengan tangan menolak.Menandakan tiada upah untuk itu.Mencari rezeki itu bagus,tetapi ada caranya.


“Mung tau dok,bakpe aku dok penoh bagi duit ke pengamen muslimah ni.Kalu yang lain ok je,budak-budak kecik aku bagi.Aku takut duit aku kasi dia wat beli tudung,lipstick,baju dalam dan lain-lain yang aku dok tahu…mugo dok penoh pakai tudung..hik,hik,hik,” terang saya pada teman sambil tersenyum.


Itu di bumi wali songo…itulah pengalaman yang membuat saya terfikir sendiri.Jika itu berkaitan dengan masyarakat luar,didalam komuniti Malaysia sendiri juga berlaku.Jangan salah sangka,yang ada bukan pengamen muslimah itu tetapi disamaka dengan perbuatan yang sama.


Kebejatan dan salahguna agama juga turut melanda golongan yang tahu dan faham agama.Senario mudah kita lihat dan perasaan adalah hubungan lelaki dan wanita,muslimin dan muslimat,ikhwan dan akhwat.


“Ish,cinta ana ni tidak macam orang couple kat luar tu.Ana bercinta dengan dia dengan niat untuk berdakwah.Kami manalah ada keluar sama-sama ni.Pegang tangan lagilah tidak.Lagipun kami saling mengejut subuh dan tahajut…,” terang sahabat dengan panjang lebar tentang couple islamiknya.Indah ada insan yang mengejut subuh,ada yang peduli dengan tahajut kita.


Ibarat nasi goreng tanpa garam, cinta ini pula disuburkan lagi dengan nasyid memuja-muja wanita dan cinta jiwang.Tambahlah pasangan ini melayang ke langit,tanpa dipasak kemas dibumi.Diambil dan dibeli orang adalah jiwangnya bukan mesej Islamnya. Eee...geli khaleyy!


Bak kata seorang ustaz “ Nak kata haram pun idak,nak kata halal pun idak,senang ye HALAM!,”


Hiburan Dan Agama




Saya pulang ke Malaysia,sejujurnya jarang melihat cerita dan program-program di TV.Boleh dikatakan picisan dan tiada nilai membina.Ia berbeza dengan satu program TV ini,iaitu Mari Berdansa.Melibatka penari wanita dan lelaki,untuk menjaga diwajibkan suami isteri.Untuk melengkapkan lagi package “islamnya”,setiap pasangan itu mewakili sebuah rumah kebajikan.Ada rumah orang yatim ataupun orang tua.Ia adalah program reality TV dan satu demi satu pasangan disingkirkan.Melihat sepintas lalu,bagus dan baik.Sudahlah suami isteri,buat amal kebajikan pula tu.Jika direnung,disitu wujud satu kesalahan yang amat besar.Membalut kemungkaran dengan perlakuan pahala.


“Alhamdulillah,dengan kejayaan ini,hasil sokongan dan doa isteri,keluarga dan peminat,Insyallah hadiah kemenangaan ini akan disalurkan kepada badan kebajikan.Semoga usaha saya diterima Allah,amin,” syukur seorang artis setelah bertungkus lumus berlakon dengan penuh penghayatan dan komitmen yang tinggi dari adegan memandu motor sampailah memeluk anak gadis orang.


“Ya Allah,Ya Tuhan Kami,berkatilah majlis kami ini,lindungilah kami dari dosa dan azab Mu…Amin Ya Rabb allamin,” doa seorang sahabat.Majlis diteruskan dengan ucapan dan majlis memperkenalkan Malaysia dimata dunia.Masuklah si gadis cantik,dan mempersembahkan tarian “melayu”.Saya menepuk dahi dan terdiam.Ia bukan soal memperkenalkan Malaysia,tetapi persoalannya layakkan Allah memperkenankan majlis yang agama ditolak ketepi.Jika diminta pada Firaun yang mendakwa diri tuhan,bukan dibalas perkenaan tetapi pelempang.


“Mung dok ikut ape aku suruh,ada hati nak aku perkenaan.Base sungguh.huh @$@^%$^#%@,” gamaknya itulah kata Firaun jika dia orang Terengganu.


Salahguna Agama


Semua contoh dan scenario itu bertitik tolak dengan perasaan mahu menyertakan Allah dalam semua tindakan tidak kira semacamana rupa perbuatan itu.


Berhibur mahu sertakan Allah

Berkerja mahu sertakan Allah

Berhubungan mahu sertakan Allah

Berbakti dan amal kebajikan mahu sertakan Allah

Bercinta mahu sertakan Allah


Perkara paling utama sudah kita lepasi,kerana berhibur,membuat amal,berkerja,jatuh cinta itu tiada salah didalamnya.Tetapi apa yang perlu kita sama-sama fikir,dalam berbicara soal ini,adakah redha dan ketakwaan kita kepada Allah meningkat selepas membuat itu semua?Jika berjoget,melompat sana,melompat sini,adakah Allah yang kita dapat? Kita baca doa di majlis itu dan ini,adakah Allah mahu makbul doa kita dengan majlis seumpama itu?Kita beramal dengan nyanyian dan tarian,adakah dikira amal jua disisi Allah?Ber”couple Islamic”,adakah cukup dikira Islamic dimata Allah?


Mencari Jawapan diatas Kesamaran



Saya berfikir dan merenung kembali mutiara kata Ustaz Hasrizal,dan bersetuju bahawa Islam itu berada dan dibawa oleh penganutnya kepada satu “border line” yang samar,kelam dan kelabu.Sedangkan Islam itu jelas,halal haramnya,dosa pahalanya,hitam dan putihya. Kebingungan ini dijawab dan dirungkai lama oleh seorang insan mulia,Muhammad Rasulullah. Islam diakhir zaman itu, berdebu,samar dan kelabu dari riwayat Abu Huzaifah


Itu yang diungkap oleh Nabi Muhammad s.a.w.Persoalannya adakah kita mahu tinggal dan selesa dengan keadaan itu?Jika tidak,kembalilah dan letakkan Islam itu ke tempat yang selayaknya.Bukan diperlukan dan dipakaikan baju “Islam” itu pada kemungkaran dan kemaksiatan.Untuk mengelak ini semua,ia berbalik kepada hati.Dengan hati yang bersih berpandukan Al-Quran,insyallah keadaan samar dan kelabu ini dapat dielakkan.Hati akan tenang dengan kebaikan dan pahala dan juga gelisahnya hati dari kemaksiatan dan dosa.


Imam Al-Ghazali yang pakar didalam bahagian HATI,menegaskan


“Membuang rasa berdosa ketika melakukan dosa adalah sebesar-besar dosa!”


Ya Allah jernihkanlah hatiku,pandukan hatiku dengan panduan iman-Mu,peliharakanlah perbuatanku dari keadaan samar, dan jauhkan diriku dari fitnah akhir zaman dan azab nerakaMU.


Islam itu putih bersih,jangan disamarkan


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Sunday 8 February 2009

Bersama Sang Mujahid

“Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad s.a.w, Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya ” Al–Mathurat ditutup dan disimpan didalam laci.


Saya berbaring kembali diatas katil sambil berkira-kira untuk melayan blues kembali.


Tet….tet…


Sms hadir menerjah kedalam Inbox telefon saya.


“ Jarkom Thullaby: Ta’limat bagi semua aktivis dakwah kampus.Semua wajib hadir dalam taujih Ust Dr Abu Marzuq (Syeikh dr Palestina), Sabtu 7 Feb 2009,pkl 13WIB di Msjd Al-Asakir”


Saya diam sejenak membaca sms ini…


“Owh,biar betul ni…Dr Abu Marzuq tu.Bukan dia pimpinan tertinggi HAMAS ke,” terdetik dalam hati


Mengajak Teman


Saya bingkas bangun dari katil dan cuba mencari di Google,untuk menguatkan keyakinan bahawa betul sangkaan saya itu.Ditaip,Abu Marzuq…


“Musa Abu Marzuq,Wakil Ketua Biro Politik HAMAS,” itu yang keluar,terus saya menyampaikan pada sahabat-sahabat yang lain.Bukan senang mendapat kesempatan dan peluang berjumpa,,mendengar mutiara kata dari Sang Mujahid.


“Kak bagi tau muslimat-muslimat tu,kalu nak suami soleh,suh deme-deme tu mai program ini.Sebab lelaki yang soleh suka program-program semacam ini.Takkan nak suami soleh tapi pi cari kat Shopping Mall,” canda saya bila sms .


“Amboi,Amad tajam yeee…”saya tidak mampu menahan tawa. (Hahahahaha).


Selepas solat Zuhur,saya pun bertolak ke Masjid.Sengaja pergi lebih awal kerana sememangnya dapat mengagakkan kehadiran ikhwah-ikhwah akan pecah panggung.


Insan yang dinanti belum berkunjung tiba,majlis dimulakan dahulu dengan pengenalan dan penerangan isu yang berkaitan Palestine.Kehadiran semakin ramai dan didalam masjid mula memenuh.Ustaz yang yang memberi taalim bijak mengubah suasana,dari suasana yang tenang diubah kepada suatu majlis yang berkobar-kobar semangat Jihadnya,kuat semangat persaudaraanya,erat semangat kasih sayang insan sama aqidahnya…



“Ikhwahtifillah…Ingat! Kita dan mereka adalah bersaudara…Matlamat gerakan mereka sama ditunjangi dengan matlamat gerakan kita.Iman mereka yakini sama dengan iman yang kita yakini…




Allahu ghaayatunna (Allah adalah tujuan kami )

Ar-Rasul qudwahtunna ( Rasulullah teladan kami)

Al-Quran qusturunna ( Al-Quran adalah pedoman kami)

Al-Jihadul sabilluna ( Jihad adalah jalan juang kami)

Al-Mautu fi sabilillah,Asma amaanina ( Mati dijalan Allah,adalah cita tertinggi kami)


Jika Malaysia ada pelembagaan,jika Perak ada Undang-undang Tubuh Negeri,Jika Indonesia bangga dengan Pancasila, Kita sebagai orang islam lagi mukmin 5 perkara pokok itulah yang perlu kita pegang kuat melebihi segalanya…Agong segala agong,Kekuasaan segala kekuasaan,Kebesaran segala kebesaran, Kekuatan segala kekuatan.


Kehadiran Sang Mujahid


Usai 5 perkara pokok ini dilaung lantang oleh para ikhwan,akhirnya insan yang ditunggu-tunggu sampai.Tinggi,tegap,muda, dan muka yang sentiasa tersenyum.Kehadirannya disambut dengan kalimah yang mulia oleh seisi masjid…


Muhammad Musa Abu-Marzuq


Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar!!!


Kalimah yang agung ini memecah ketenangan masjid.Saya sebenarnya tertanya-tanya siapakan gerangan insan ini.Ini kerana apa yang saya sediamaklum Dr Musa Abu Marzuq orangnya sudah tua dalam umur 50 tahun lebih.Ini muda sekali…


“ Assalamuaikum…ana perkenalkan insan yang kita tertunggu-tunggu.Yang hadir pada hari ini adalah bukan Dr Musa Abu Marzuq,tetapi ini adalah anaknya Muhammad Musa Abu Marzuq,umurnya adalah 23 tahun,”diperkenalkan oleh Kang Indra Kusumah(Kang itu panggilan Sunda membawa maksud abang). Seisi masjid gamat kerana dengan umur sebegitu muda,insan yang dihadapan ini adalah orang yang kokoh dan tinggi semangat jihadnya melawan tentera Yahudi Laknattulah.



Kang Indra Kusumah,Muhammad dan Translator


Saya terfikir,dengan umur yang sebegitu muda,sahabat-sahabat kita usah untuk berbicara soal ummah,soal jihad,soal agama,identity diri sendiri pun masih samar tiada tepian.Si mat rempit,kalut dengan motornya,si minah ronggeng sibuk dengan alat soleknya,si “daie” pening memikirkan “couple Islamic”nya…Ok,kembali ke laptop.


Isu Palestine


Kita sering tertanya-tanya apa itu Palestine,Siapa Hamas,Siapa Fatah,Jahatkah Yahudi,Kenapa kanak-kanak berani melawan kereta kebal dan tentera Yahudi?Ini semua dijawap oleh Muhammad Musa Abu Marzuq.


1. Sesungguhnya untuk menjadikan jihad melawan Israel itu melalui proses tarbiah (didikan) yang panjang.Ibu-ibu di Palestine,bukannya menyuap anaknya dengan makanan jasadiah tetapi juga makanan imaniah.Ditanam didalam hati setiap kanak-kanak kecik dengan aqidah yang mantap,tiada tolok bandingnya.


Sempat snap sebelum pulang


2. Kami akan menyokong gerakan yang membawa aqidah yang paling benar.Jika Hamas sendiri belot pada agama,pada aqidah Islam,kami akan lawan.Dan jika Fatah berada dilandasan aqidah yang betul,itulah gerakan yang kami pilih.Sekarang,Fatah menawarkan perdamaian dan dua kerajaan.Itu telah menyalahi aqidah yang kita pegang.


3. Hamas adalah bukan gerakan militant.Ia menuntut orang Palestine dan orang Islam dikembalikan.Palestine adalah tanah umat Islam,sesiapa yang bersyahadat,mereka berhak tinggal disana.Mana mungkin,perompak merompak rumah kita,dan akhirnya kita berdamai dengan tinggal bersama-sama mereka.Itu yang ditawarkan Fatah.America keluar dari Vietnam kerana ada pelawanan,dan itu yang kami rintis sekarang.


4. Bohong jika mengatakan kami tidak sedih,tidak menangis melihat saudara kami sendiri dibunuh.Setiap titis darah yang tumpah,kami turut merasa sedihnya.Tetapi menggunakan alasan itu untuk kami berundur dari medan jihad ini,tidak sekali-kali.Lihatlah sirah Nabi,perang Uhud.Bapa saudara Nabi,dibunh dengan kejam.Tidakkah Nabi bersedih? Tidakkah Nabi menangis? Tetapi untuk berundur tidak sekali-kali.


5. Yahudi laknatullah membunuh kaum-kaum ibu dan kanak-kanak kerana meraka tau,dari sinilah lahirnya para mujahidin-mujahidin.Peranan kaum wanita jauh lebih besar dari kami,lelaki.Merekalah yang mengasuh dan menanamkan aqidah yang kental dan semangat Jihad yang tidak pernah surut.


5. Kemenangan Hamas tempoh hari melawan Yahudi Laknatullah,adalah bukan kemenangan kami.Ia adalah kemenangan seluruh kaum muslimin.Kami sedar,kalian telah banyak berdoa kepada kami,menyokong perjuangan kami dan oleh kerana itu kami merasa lebih yakin untuk menempuh jalan jihad ini.


6. Kami adalah jihad secara qital (angkat senjata),tetapi kami tidak sedikit pun memandang rendah dan meremehkan jihad fikiran.Dan di sini adalah medan kalian.Sumbangan kita pada agama adalah sama.Kalian perlu ingat bahawa,ramai mujahid-mujahid di Hamas adalah ikon dan figure semasa di Universiti dahulu.Merekalah pelajar cemerlang,dan mereka juga para mujahiddin.



Sentuhan Sang Mujahid


Selepas selesai majlis itu,para ikhwan beramai-ramai bergambar dengan Muhammad dan bersalam.Saya dikenalkan kepadanya oleh Kang Indra..


“Ini ikhwah dari Malaysia”ucap Kang Indra.


“Owh,Malaysia…Subhanallah,subhanallah,” dia kelihatan terkejut melihat diceruk bumi Indonesia ini berjumpa dengan saudara seaqidah dari Malaysia.


Saya bersalaman dan memeluknya.Mendamaikan.Hati ini hanya mampu bersyukur,Allah temukan dengan insan yang terlibat secara langsung dengan Jihad di Palestine.Mungkin ini pertemuan terakhir kita,mungkin saya dijemput dahulu atau dia yang mati syahid mendahului saya.Yang pasti,kita sama-sama usahakan agar dipertemukan di syurga kelak…


Jangan diucap selamat tinggal,ucaplah sehingga ketemu lagi



Nota 1 : Berkenaan negeri Perak,saya masih berharap Tuaku Sultan mempertimbangkan permintaan rakyat marhaen untuk membubarkan Dun selepas dirampas secara najis,jijik dan kotor oleh insan yang tidak bertanggunjawap. Hukum lompat,melompat,terlompat, dan dilompat


Nota 2 : Saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan pertengahan semester buat sahabat-sahabat batch 06.Doakan kami.


Nota 3 : Ada beberapa article yang menarik dan boleh redakan perasaan marah dan kecewa para pejuang Islam semua.Politik tanpa malu


Note 4 : Laa izzata illa bil Islam (Tiada kemuliaan tanpa Islam)...Melayu lagi-lagilah tidak dipandang.Pemerintahan Umar Al-Khattab


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.