Tuesday 7 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H


Saya, Ahmad Fahmi Bin Sulaiman, penulis blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini.

Selagi namanya manusia, sudah semestinya tidak lepas dari kesilapan, tidak betah dengan teguran, tidak kurang dari kesalahan. Justeru itu, dihari dan saat yang mulia ini, dengan kerendahan diri ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf lantaran terkasar bahasa dan terlajak tutur kata terutama pengunjung blog Amadanaksoleh, sahabat-sahabat di Facebook, kenalan di Formspring dan juga twitter. Tidak lepas juga kepada semua yang mengenali diri ini.

Yang pergi tetap pergi, yang mendatang kita rai. Saya mendoakan dengan sebulan kita berapa di Madrasah (sekolah) Ramadan, menjadikan kita insan baru yang suci (fitrah) dan mendapat tingkat TAQWA.

Saya juga mendoakan agar amalan kita sepanjang bulan berkah ini diterima oleh Allah s.w.t sebagai amal soleh dan diganjarkan syurga. Mudah-mudahan, Ramadan ini bukan Ramadan terakhir kita, semoga Allah s.w.t dengan kasih dan sayang Nya memperkenankan untuk mempertemukan kita dengan lahan pahala yang subur ini kembali.

Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…

Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…

Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…

Dr Amad
Ahmad Fahmi bin Sulaiman

Tahun ke-5 Fakultas Kedokteran UNPAD.

Sedikit Pesanan Ringkas:

1. Dipagi Syawal, eloklah kita mandi sunat Syawal. Kemas dan rapikan diri. Biar hensem-hensem.

2. Datang awal ke Masjid tapi jangan lupa alas perut sedikit, kerana katanya solat raya, solat dulu baru khutbah.

3. Jejalan raya, salam itu jaga jugak batas. Jangan rembat semua jantan betina. Kita raya nak minta ampun, ampun dari Allah, ampun dari manusia. Tak pasal manusia tak terampun, Allah pula tambah.

4. Kepada wanita, jaga dan perhatikanlah pakaian raya anda. Nipis, ketat, dan segala mak nenek, elok diperhatikan seksama.

5. Raya-raya juga, bonus puasa 6 jangan lupa kita rebut. Allah nak bagi percuma, takkan nak tolak.

6. Hari raya ke-2, singgah le kat rumah. Ada nak minta basuh pinggang mangkuk sikit...Ahaks!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.