Friday 31 October 2008

Halal Lagi Baik

Hari itu saya bercadang mahu pergi ke Pasar Cikuda.Cadangnya mahu memberi barang dapur untuk memasak nasi lemak.Cubaan pertama lantaran rindu bersanggatan pada masakan Malaysia. Seblemu ini saya tidak pandai bahkan tidak pernah memasak nasi lemak.Jadi ini percubaan pertama. Pada malamnya,Ibu tersayang menelefon dan saya memberitahu hasrat untuk memasak nasi lemak.Ibu hanya tertawa bila anak bujang dia,yang jika pulang tidak langsung menyentuh dapur untuk memasak,yang pandai hanyalah makan.


Selesai solat subuh,biasanya saya syahid kembali,tetapi tidak pada hari itu.Hasratnya mahu pergi awal ke pasar untuk membeli ayam dan kelapa parut.Saya memanaskan engine motor dan


“Salam bang Amad…Bila kita bisa ngomong pasal bisnes?,” saya tersenyum dan menjawap salam.Itu sapaan oleh adik kelas (junior) yang berasal dari Aceh.Saya cukup senang dengan dia kerana cukup sopan dan mesra bila bertemu walaupun asalnya jauh dipojok negeri sana…Serambi Mekah. Negeri yang pernah menuntun hati dan mengundang doa para insan yang masih mempunyai nilai kemanusiaan dalam jiwa.


Saya sedia maklum dia sekarang bergiat dalam satu jenis perniagaan yang mirip MLM.Saya dapat mengangak dia mahu jadikan saya sebagai prospek bisnes.


Berniaga semasa kecil


Bila sebut tentang berniaga,ia adalah satu minat yang secara tidak sedar diasuh oleh Abah tersayang pada anak-anaknya.Masih segar dalam ingatan,di tepi rumah ada ibu menanam pokok tebu.Pada ketika itu saya berumur 7 tahun dan bermulalah episode pengalaman saya sebagai seorang peniaga.Saya menjadi penjual tebu.Di dalam beg yang digalas dibelakang penuh diisi bukan dengan buku, tetapi tebu.Bukunya dipegang ditangan.Berat amat tetapi semangat bila mengenang habuan yang akan dapat kelak.


“Hah,sape nak beli?”,saya membuka beg dan dikerumuni kawan-kawan yang mahu membeli.Jualnya tidak mahal 10sen ,20sen tergantung pada panjang tebu itu.Pernah ditangkap cikgu berjualan dibawah meja ketika guru mengajar. Hasil jualan saya membeli Meggi Kari.Takut dimarah itu kerana beli makanan mengarut,saya makan dibelakang rumah….


Ampun Ami ya…Sayang ibu


MLM


“Erm,emangnya saya suka bisnes.Menjadi 2nd core income saya disini. Ermm,tapi saya boleh katakan MLM bukan bidang saya,” saya cuba menolak dengan cara yang baik sambil-sambil menunggu enjin panas.


Selepas datang kesini,saya melihat bumi Indonesia dan Bandung khususnya adalah sebagai bumi wang.Bumi dimana kita mampu menjana wang jika pandai dan bersungguh-sungguh menjalankan bisnes.Dalam bidang perniagaan saya lebih berminat dan tertumpu pada jualan langsung semacam kita membeli barang dan menjualnya kembali.Tiada kaitan dengan mana-mana syarikat dan tidak berkempen produk kerana saya tidak pandai bercakap


Bisnes sekarang


Saya disini telah menjalan pelbagai bisnes yang mensasarkan sedara dan kawan-kawan sebagai pembeli.Dari menjual cd dan buku-buku sehinggalah menjual kain sembahyang perempuan dan kain batik.Jadi saya boleh masuk bersembang dengan makcik-makcik dan kawan-kawan berkenaan pakaian wanita.Pernah saya mengeluarkan modal sebanyak RM 1000 dan untungnya subhanAllah.


Jualan IMAN pada satu acara


Tekun


Dalam keluarga bukan saya sahaja yang berniaga,dari Kak Long juga dengan pakaian dan tudung wanita,Angah dengan jual ayam dan topup di Russia dan adik juga menjual topup diasrama.


"Abis anok beranok kalu balik bercuti mari jual rumoh tok,"ulas tok bila rumahnya penuh dengan barang jualan kami.


Pernah menjual novel Tautan Hati


Sesi “Pembasuhan”


“Bang Amad,syarikat ini hasilnya jelas dan halal kok..Ia telah dapat certifikasi dari badan agama di Indonesia dan juga di Malaysia”,terang adik kelas saya.Masih tidak mengalah dan boleh dipuji sikapnya.


Dulu pernah kita digegarkan oleh Ustaz Zaharuddin berkenaan haramnya MLM. Ramai yang berpencak silat bahkan yang dilawan balik bukan hujah tetapi “Apa sijil yang dia ada?pandai-pandai kata haram,” luah seorang ustaz lantaran dia pun terlibat sama.Saya membaca penjelasan ustaz dilaman webnya dan membuat kesimpulan MLM itu bukan haram secara total tetapi ada aspek-aspek yang tidak syarie’ disisi agama.Salah satunya ada unsur “gharar”.Kesamaran punca hasil pendapatan.


“Bahannya halal,jika diperingkat bawah wang bonus diambil dari komisen barang jualan yang kita jual,” jelas dia bila diajukan pertanyaan.


“Ok,jika diperingkat bawah hasil incomenya jelas gitu,tapi gimana ahli yang diatas?,” saya memasang jerat.Dia menjelaskan jika ahli yang diperingkat tertinggi mendapat pendapatan dari hasil jualan syarikat diseluruh dunia.


“Adakah kamu dapat pastikan hasil jualan diseluruh dunia itu halal dan bersih? Mungkin di Indonesia dan Malaysia mendapat certifikasi dari badan berautoritas dalam bidang agama,gimana jualan di Amerika atau Brazil sebagai contoh..ada certifikasinya?,” soalan yang disampaikan secara tenang.Dia terdiam.


Oleh sebab itu saya lebih suka berniaga secara terus,bebas dari unsur kesamaran


Halal dan Baik


Indahnya Islam itu kerana menganjurkan umatnya mencari sumber pendapatan bukan sahaja halal tetapi baik.Mungkin pada syarikat itu kita mendapat hasil komisen dan pulangan yang banyak tetapi diatas kejahilan kita,tanpa sedar apa yang kita dapat adalah haram.


Saya tidak mahu mengulas syarikat mana yang haram dan macamana boleh haram sumbernya,tetapi nasihat saya pada dia pada hari itu


“Gini aja,kamu mahu menjalankan bisnes,itu udah bagus.Tetapi mahu memastikan ia adalah halal disisi agama mungkin dengan ilmu kita,sukar.Jadi paling senang gini aja…pastikan syarikat adalah syarikat Islam.Syarikat Islam itu menbayar zakat,jadi harta orang Islam berlegar-legar dikalangan kita,disamping menaikkan ekonomi orang Islam”, jelas saya tersenyum.Semestinya maksud syarikat Islam adalah syarikat yang betul-betul Islam bukan dari nama tetapi juga proses perniagaannya.Dia mengangguk puas.


“Erm,enginenya sudah panas,mintak diri dulunya,”saya menyambung tugasan yang belum selesai.


Tengahari itu saya menghantar SMS ke ibu

“Ibu,nasi lemak Ami jadilah…Kawan-kawan kata sedap tau dari Nasinya sampai ke sambal,seme jadi…”,saya tersenyum puas.


"Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat dibumi,dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.Sungguh,syaitan itu musuh nyata bagimu" (Al-Baqarah:168)


Sering saya ulangi dalam meeting biro ekonomi IMAN "wang itu bukan matlamat tetapi alat"


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Monday 27 October 2008

Gambar Terbaik Amad di Marang

Dibawah adalah gambar-gambar diambil semasa cuti baru ini.Awalnya untuk dijadikan article,tetapi alangkah dukacita daku kematian...kematian idea.Mau dengar cerita berkenaan Marang,nanti-nanti aja...Silalah nikmati gambar-gambar dibawah...


Penerus rezeki Ilahi


Marang sememangnya terkenal dengan pantai yang memutih dan kehidupan tenang perkampungan nelayan.Pada awal saya datang ke Indonesia,sememangnya amat payah untuk sesuaikan lidah dengan ayam,ayam,ayam lantaran laut amat jauh dari bumi bandung ini.Hasil laut amat payah untuk kita dapat,dan jika dapat mata yang sudah merah ikannya. Masa itu kangen (rindu) banget pada kampung..Ikan yang segar dan pantai yang bersinar indah.


Jambatan Pulau Kekabu

Sunyi

Dahulu Pulau ini meriah dihuni oleh nelayan-nelayan,sekarang tidak lagi.Kerajaan menjalankan projek benteng pemecah ombak,jadi rumah dan nelayan dipindah ke tempat lain.Pulaunya tidak begitu jauh,hanya dipisah oleh sungai kecil.

Sisa bot



Kelihatan diatas benteng pemecah ombak dan latar belakangnya adalah Pulau Kapas.Mau kesana? Jom...



Friday 24 October 2008

Mencari Cinta Teratas

Pertamaku melihatmu bergetar rasa hatiku
berdebar-debar jantungku mungkin ku suka padamu
ketika ku melihatnya berdetak-detak di dada
mungkin itu suatu pertanda bahwa ku suka padanya

dia atau dia, ku pilih yang mana
aku pusing untuk memilihnya


jatuh cinta lagi
lagi-lagi ku jatuh cinta
aku jatuh cinta kepada setiap wanita
jatuh cinta lagi
lagi-lagi ku jatuh cinta
harus bagaimana ku ingin memikirkannya

layaknya seorang pria ku coba untuk setia
mencintai satu wanita tetapi aku tak bisa

dia atau dia, yang harus ku cinta
aku pusing untuk memilihnya

dia atau dia, ku pilih yang mana
aku pusing untuk memilihnya

Matta - Playboy (Jatuh Cinta Lagi)


Bila berbicara soal cinta ia berkait rapat dengan perasaan.Tidak sedikit manusia menjadi aneh bahkan seakan tinggal didunia yang lain…


Tanpa insan lain,yang ada “Engkau dan Aku”…



Tanda Cinta Abah buat Ibu


Indah bukan,tetapi tidak selalu seindah yang kita fikir dan impikan.


“Aku memang tak boleh lupakan dialah,aku cuba tapi tidak mampu.Dia buatlah apa pun,ada makwe lain, marah-marah aku, tapi memang tidak boleh lupakan dan memang sayang sangat-sangat ke dia”, luahan yang membuat saya menggaru kepala.Seakan mahu menanyakan satu soalan


“Mung ni ada otak ke tidak? Macam lagi cerdik yang duk makan rumput kat kandang Pak Usman je”, tapi idak la saya bertanya soal yang demikian.Bodoh dan diperbodohkan tanpa sedar. Sadis bukan..


Perhambakan atau diperhambakan


“ Ko tidak faham,ko tidak pernah bercinta,ko tidak rasa pernah suka perempuan”, jawapan balas bila saya provoke. Dia cakap semacam saya ini bukan manusia.Tiada perasaan,tiada fitrah… Seakan pasti saya tidak pernah sukakan wanita,seakan pasti saya tidak pernah duduk ditempat dia sekarang…


"Tiap-tiap sesuatu itu Kami jadikan berpasang-pasang, mudah-mudahan kamu menerima pengajaran".
(Al-Dhariyat: 49)


Emangnya Amad pernah? Rahsia donk…


Segelintir membuatkan saya pening dan menggaru kepala yang tidak gatal bila dihadapkan soal cinta dan perasaan.Segalanya menjadi rumit dan kusut.Cinta dan sayang luah dan diungkap dengan senang dan tanpa nilai.Murah…barang murah biasa tidak bermutu.


Bukan sedikit yang mempunyai sejarah buruk berkenaan cinta tetapi ramai juga yang tidak pernah serik untuk bermain cinta lagi.Dikecewakan,menangis,berjanji tidak akan berhubungan lagi bahkan siap bertaubat tidak akan sekali-kali bercinta.Akhirnya,dipujuk dan dirayu, ‘ia’ hadir kembali. Dan circle diatas kembali berulang.Bosan bukan,bosa bagi yang mendengar luahan yang sama,orang yang sama,masalah yang sama.


Siapa yang mengawal siapa.Yang dikawal adalah hamba.Sifat seorang hamba itu bila disuruh,dia akan melakukan semua arahan tanpa mempersoalkan,membuat sesuatu bukan sekadar hanya menyelesaikan tugas bahkan yang terbaik. Kita yang kuat mampu mengawal cinta atau cinta mengawal dan menjadikan kita hamba.Cuma saya terfikir dan berharap agar sikap hamba yang ada pada diri disalurkan pada tempat yang betul.


Hamba DIA,bukan hamba si dia.


Pengurusan Cinta


“Abis tu couple tu haram ke?”


“Aku nak couple,tapi yang aku buat ni tidak macam couple-couple lain.Aku punya Islamik”


Saya bila berbicara soal ini kurang berminat untuk pergi kepada hukum kerana saya yakin jika dilambakkan dalil-dalil tentang bercouple ini,bila hati telah putuskan TIDAK,tidak akan mengubah apa-apa.Oleh itu saya lebih suka mengajak sahabat-sahabat dan saya khususnya lebih kepada menilai sendiri ,berfikir dan dapatkan fatwa hati dengan berpandukan iman.


Saya lebih merasakan cinta itu tidak haram dan ia fitrah tetapi adakan bercouple itu cinta atau sebaliknya.Disini mungkin titik berbezaan antara kita.Saya berpendapat cinta dan bercouple itu satu benda yang berbeza sama sekali dan hukum antara dua juga berbeza.


"Dan dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu : wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan disisi Allah lah tempat kembali yang baik." (QS. Al Imran ayat 14)


Kalian boleh jatuh cinta berjuta-juta kali tetapi yang menjadi persoalan semacam mana kita menguruskan cinta.Adakah dengan bercouple ? Keluar bersama-sama tanpa batas,bergaul dan bertepuk tampar tanpa batas,bonceng motor bersama tanpa batas,tinggal bersama tanpa batas semua disabitkan atas dasar cinta. Couple islamik pulak tu. Tidak malukah kalian???


“Abis tu macam mana nak urus ni?takkan nak putus kot? Sedihla macam ni ”, ini seakan ‘bola tanggung’ buat saya. Yang menjawapnya bukan kalam dan ayat Amad. Yang menjawapnya kalam Nabi Junjungan kita, Rasulullah s.a.w


Dari Ibnu Abas r.a ia berkata: “ Rasulullah s.a.w bersabda: “Kami tidak melihat jalan lain bagi dua orang yang mencintai sebagaimana baiknya pernikahan” (HR Ibnu Majah)



Mungkin untuk bernikah semasa belajar itu seakan sukar buat sesetengah sahabat.Sekurangnya berusahalah dan rancanglah kearah itu dan cuba selesaikan dalam masa terdekat.Jika apa yang diimpikan jauh dan masih lama,solusinya mungkin menyesak dada,mengundang duka,mengalirkan air mata tetapi insyAllah saya yakin berbaloi.


Tidak disini,di Akhirat sana.Janji Allah itu pasti benar...


Amad doakan kalian bahagia,doakan Amad sama…


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Thursday 23 October 2008

FI (1) : Inai Rambut

Gambar Hiasan



Perbincangan mengenai inai rambut telah lama dikupas oleh para sarjana Islam dalam tulisan mereka. Bahkan perkara ini didapati berlaku pada zaman baginda Rasulullah S.A.W. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:


Dibawa datang Abu Quhafah (ayah Saidina Abi Bakar As-Siddiq) kepada Rasulullah pada hari pembukaan kota Mekah dalam keadaan rambut dan janggut yang keputihan dengan uban. Lalu baginda Rasulullah bersabda kepada para sahabat: ubahlah uban tersebut dengan sesuatu (inai) dan jauhilah daripada warna hitam. (Sahih Muslim: 5476)


Imam Bukhari juga meriwayatkan dalam sahihnya pada bab Al-Khidhab (Inai) daripada Abi Hurairah R.A, baginda Rasulullah S.A.W bersabda:

Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak menginai rambut mereka, maka hendaklah kamu menyalahi mereka. (Sahih Bukhari: 5899)


Sejarah juga menunjukkan bahawa Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khatab dan sahabat-sahabat yang lain pernah menginaikan rambut. Bagaimana pun ada juga sebahagian sahabat tidak menginaikan uban mereka seperti Saidina Ali bin Abi Thalib, Ubai bin Kaab, Anas bin Malik dan lain-lain.


Jadi, jelaslah bahawa menginai rambut dan janggut pernah dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda. Cuma yang patut kita soalkan, apakah sebab mereka menggunakan inai?


Daripada penelitian terhadap hadis dan kisah yang menceritakan perihal inai, kita dapati penggunaan inai bertujuan:

1.Menutup keputihan uban yang memburukkan pandangan serta tidak kemas. Ini jelas daripada hadis yang menceritakan Abi Quhafah (ayah Saidina Abi Bakar), digambarkan oleh perawi hadis ubannya umpana Thaghamah (الثغامة) sejenis pokok yang putih bunga dan buahnya, menunjukkan kepada rupa yang tidak kemas.

2.Menyalahi perlakuan dan keadaan orang Yahudi dan Nasrani yang tidak menginaikan uban mereka.

3.Sebagai sejenis perubatan. Imam Tirmizi meriwayatkan daripada Ummi Rafi’:

Tidaklah mengenai Rasulullah luka atau kecederaan, melainkan baginda menyuruhku meletakkan inai di atasnya. (Al-Jami’ At-Tirmizi: 2054)

4.Sebagai perhiasan untuk wanita kepada suaminya.

5.Menggerunkan orang kafir dalam peperangan melawan mereka.


Adapun penggunaan inai yang popular di kalangan muda mudi sekarang, tidak lain hanyalah sebagai satu trend fesyen dan adaptasi budaya barat. Tidak ada nilai Islamik serta tujuan syarie seperti yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Rasulullah dan para salafussoleh.


Masyarakat perlu faham bahawa dalam kaedah fiqh, budaya dan adat perlu diambil kira dalam penentuan hukum “العادة محكمة (Adat itu diambil kira dalam menetapkan hukum). Begitu juga “Hukum berubah mengikut perubahan tempat dan masa”. Oleh itu jika penggunaan inai pada rambut dgn tujuan bergaya dan mengikut fesyen barat amat tidak sesuai dengan ruh Islam. Bahkan jika bertujuan untuk mengabur penglihatan orang yang melihatnya, menyebabkan orang menyangkanya muda dan cantik, hukumnya adalah haram. Ini boleh berlaku terutamanya bagi tujuan bertunang dan kahwin dengan mengaburi mata pasangannya. Begitu juga haram bagi wanita dengan tujuan berhias dan bercantik-cantik di depan bukan mahramnya.


Dalam masalah ini Imam Ibn Hajr Al-Asqalani berkata dlm mensyarahkan hadis Bukhari:

))فَمَنْ كَانَ فِي مِثْل حَال أَبِي قُحَافَة اُسْتُحِبَّ لَهُ الْخِضَاب لِأَنَّهُ لَا يَحْصُل بِهِ الْغُرُور لِأَحَدٍ ، وَمَنْ كَانَ بِخِلَافِهِ فَلَا يُسْتَحَبّ فِي حَقّه ، وَلَكِنَّ الْخِضَاب مُطْلَقًا أَوْلَى لِأَنَّهُ فِيهِ اِمْتِثَال الْأَمْر فِي مُخَالَفَة أَهْل الْكِتَاب ، وَفِيهِ صِيَانَة الشَّعْر عَنْ تَعَلُّق الْغُبَار وَغَيْره بِهِ ، إِلَّا إِنْ كَانَ مِنْ عَادَة أَهْل الْبَلَد تَرْك الصَّبْغ وَأَنَّ الَّذِي يَنْفَرِد بِدُونِهِمْ بِذَلِكَ يَصِير فِي مَقَام الشُّهْرَة فَالتَّرْك فِي حَقّه أَوْلَى((

= Sesiapa yang keadaannya seperti Abi Quhafah, digalakkan menginaikannya kerana ia tidak dapat menipu (mengaburi) sesiapa. Dan sesiapa yang keadaan tidak sedemikian, tidak digalakkan baginya inai. Tetapi menginai secara umumnya adalah lebih baik kerana mengikut arahan Rasulullah pada menyalahi ahli kitab. Ia juga menjaga rambut daripada berhimpun debu dan lainnya pada rambut. Kecuali jika adat sesuatu tempat itu ialah tidak menginaikan rambut, dan orang yang menginai rambutnya menjadi masyhur dan terkenal, ketika itu tidak menginai adalah lebih baik.

(Fathul Bari: 10/501, cetakan pertama Dar Misr 2001)


Begitu juga makhruh jika berinai itu dengan tujuan mengaburi mata orang ramai walaupun dengan tujuan baik seperti meniru ulamak dan orang soleh:

))نَعَمْ إنْ فَعَلَهُ تَشَبُّهًا بِالصَّالِحِينَ وَالْعُلَمَاءِ وَمُتَّبِعِي السُّنَّةِ مِنْ غَيْرِ نِيَّةٍ صَحِيحَةٍ كُرِهَ قَالَهُ فِي الْمَجْمُوعِ((

= Jika melakukannya (inai) dengan tujuan menyerupai dengan orang soleh dan ulamak dan pengikut sunnah tanpa niat yang betul, maka hukumnya makhruh, seperti yang dikatakan (Imam Nawawi) dalam kitab Majmu’. (Asna Matholib: 3/368, cetakan pertama Dar Kutub Ilmiah 2001)


Imam Ghazali juga mengatakan: Memutihkan rambut dengan seumpama beleran dengan tujuan memperlihatkan ketuaan, rupa ulamak (syeikh) dan orang soleh supaya dihormati adalah makhruh hukumnya. (Lihat Ihya’ Ulumuddin: 1/211, cetakan pertama Maktabah Iman, Mesir 1996)


Hukum menginai tangan dan kaki:


Dibenarkan bagi wanita yang telah berkahwin menginaikan tangan dan kaki dengan tujuan berhias untuk suami, bukannya untuk dipamerkan kepada orang yang bukan mahram. Manakala wanita yang belum berkahwin tidak dibenarkan kerana boleh mendatangkan fitnah kepada dirinya dan masyarakat. Lelaki pula diharamkan menginaikan tangan dan kaki kecuali bagi tujuan perubatan, kerana perbuatan tersebut menyerupai wanita dan tidak sesuai dengan fitrah lelaki. (Lihat Majmu’: 1/362 cetakan Dar Fikr, Beirut 2005)


Di samping itu, perlu diingat bahawa penggunaan inai yang dibenarkan adalah daripada bahan yang suci dan tidak meninggalkan jirim yang menutup rambut atau kulit sehingga menghalang air. Bahan yang dibenarkan adalah seperti daun inai dan lain-lain yang hanya meninggalkan kesan sahaja.


Kesimpulan:


1.Menginai rambut dan janggut yang beruban dengan warna merah atau kuning adalah sunnah dengan niat menyalahi Yahudi dan Nasrani.

2.Haram menginaikan rambut dengan warna hitam pada pendapat yang kuat di sisi Mazhab Syafie kerana hadis yang terdahulu kecuali untuk berjihad fi sabilillah. Ia dapat menggerunkan musuh apabila melihat orang Islam umpama pemuda-pemuda yang gagah melihatkan kepada rambut mereka yang hitam.

3.Menginai rambut dengan tujuan yang tidak syarie seperti meniru artis, mencari glamor, menipu pandangan orang ramai dan mengikut budaya barat yang menyalahi etika adat dan agama adalah ditegah oleh Islam. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar:

((مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ)) = Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada mereka (Abu Daud: 4026)

4.Harus bagi wanita yang berkahwin menginaikan tangan dan kaki untuk suami. Perkara tersebut diharamkan bagi wanita yang belum berkahwin dan lelaki kecuali untuk tujuan perubatan.

5.Bahan yang digunakan untuk menginai hendaklah daripada bahan yang bersih dan tidak meninggalkan jirim pada rambut atau kulit agar tidak menghalang air bagi tujuan berwuduk dan mandi.


Peringatan: Bagi sesiapa yang ingin menginaikan rambut, mereka perlu tanya hati dan iman pada diri: Adakah perbuatanku ikhlas dan sesuai dengan tuntutan agama? Atau hanya mencari populariti dan mengikut arus fesyen terkini? Jika ingin berinai, biarlah mengikut aturan syariat. Kita tidak patut mengenepikan pandangan adat budaya masyarakat kita. Janganlah menggunakan hukum agama dan pandangan ulamak sebagai lesen untuk mengikut kehendak hawa nafsu dan keinginan diri. Ketahuilah bahawa Allah taala mengetahui apa yang ada di dalam hati hambanya. Wallahu a’lam…


Mahadi bin Mohammad
Syariah, Universiti Mu'tah, Jordan

____________________________________________________________


Komen Amad: Kadang-kadang kita sering mengutamakan pandangan orang melebihi pandangan dan tuntutan Allah… Selama ini kita lihat orang yang berhidung mancung dengan rambut berwarna perang,sekarang kita dapat lihat hidung sikit nak sama dengan cawan dengan bangga mewarnakan rambut.Senario bukan sahaja dapat dilihat pada kaum wanita tetapi juga lelaki… Lelaki boleh mewarnakan rambut dengan syarat bila panggilan JIHAD berkumandang kalian kedepan ya.. Syukran Akh Mahadi..


.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Tuesday 21 October 2008

Nikmat Yang Sering Dilupakan

“Gapo meh kite turun bawah la kat rumah mung tu.Kot-kot Pok Che ada situ”,ajak saya.Petang itu kami bertiga bercadang untuk melihat lembu sempena qurban tahun ini.Seolah telah di cop “pakar lembu”, walaupun saya rasa lebih tepat dicop “anak penternak lembu” saya sekali lagi mengambil tanggungjawap untuk mencari dan membeli lembu atau lebih mesra dipanggil sapi.


Saya seterusnya berjalan mendahului Gapo untuk sampai ke rumahnya.


“Huh,siapa pulok ni duk main buluh”, berbisik dihati. Mata saya mengikori kelibat seorang wanita bermain buluh dengan kaki.Entah saya pun tidak mampu nak terangkan bagaimana ia dimainkan dan apa nama permainan ini.


Kaki Buluh barangkali…


Astaqfirullah,rupanya wanita yang ralit bermain kaki buluh itu adalah ibu RT.Saya tidak tahu nama sebenar dia,oleh kerana dia adalah isteri pak RT (macam isteri ketua kampung) jadi kami anak-anak Malaysia disini memanggil dia Ibu RT…Dalam lingkungan umur 50 tahun dengan susuk badan masih kuat,dia mampu bermain kaki buluh.


Wanita otai yang berjaya "memalukan" kami


Jika wanita di Malaysia pada umur sekian hanya duduk berehat,kami disini kagum.Tidak saya lupakan Team bola tampar pelajar lelaki Malaysia dengan senang diperbudakkan oleh team Ibu RT pimpinan dia sendiri.Kami dengan gagah perkasa semuanya,mereka terdiri dari ibu-ibu…dengan santai kalahkan kami…


Mereka kuat atau kami tidak pandai…


“Wah,otai banget ibu ya boleh main benda ni,ada acara apa-apa ke ibu”, tanya saya dengan bahasa rojak melayu campur Indon. Entah paham ke tidak dia.


“Nanti di Dipati Ukur lagi ada acara,jadi ini perlu latihan”, jawap ibu tersenyum.


“Mau cuba?”, pelawa Ibu RT. Kami tersenyum.


Eh..eh..eh…jenuh saya mencuba berjalan mengunakan buluh itu. Yang dapat adalah pengalaman…pengalaman kena gelak dek budak-budak.


Ooo...gelak,gelak.Cuba main tengok


“Ape la mung ni dok reti-reti,meh aku main”, pinta anak Perak yang saya trained sampai dapat cakap Ganu dengan fasih,Radzi.


Paku dulang paku serepih,kata ke orang,dia pun dua kali lima...


Satu langkah….dua langkah..dummm..


Hahaha..kena gelak adalah.Sedar tidak sedar telatah kami anak-anak Malaysia bermain kaki buluh itu menjadi tontonan masyarakat sini.Ramai yang datang melihat dan juga meng”gelak”…


“Eleh,mung tu lebih satu langkah dari aku je pun”, ketawa saya.Saya mampu gerakkan kaki buluh satu langkah,Radzi dua langkah,Ibu RT boleh siap menari pakai kaki buluh.Kami dimalukan untuk kali kedua..


Selepas penat bermain dan juga penat ketawa saya pergi meneruskan tugas yang berbaki dengan Gapo untuk menempah lembu.Sekarang,di sekitar Cikuda telah sampai musim menuai. Padi menguning dan masyarakat sini sibuk mengetam padi.Jika di Malaysia mengunakan Mesin tuai padi,disini masih mengunakan tulang empat kerat dan khidmat kerbau masih diperlukan untuk membajak.


Musim menuai telah tiba...Merasa beras baru


“Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?” (Surah ar-Rahman)


Menyantuni Masyarakat disini


“Apa khabar Pak Usman,gimana sihat?”, bersalaman dan tersenyum…Pak Usman adalah salah seorang penternak lembu disini.Seperti tahun sudah,saya kali ini berminat untuk membeli lembu dari dia.Dengan lembu kacukan Brahman,sememangnya besar dengan body yang panjang menjadi pilihan kami.


“Bapak kiranya berapa bapak mahu untuk lembu ini”,sesi “tarik tali” bermula. Beliau mahu seekor lembu bersamaan dengan 10 Juta,(tambah sikit lagi sama dengan harga motor saya). Saya sedia maklum harga lembu memang mahal,jauh mahal dari Malaysia. Masyarakat disini hanya mampu makan daging pada Raya Qurban itu pun sedikit.Mereka hanya mampu menjual,tetapi tiada kuasa membeli.


“Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?” (Surah ar-Rahman)


“Kami sepertinya hanya sanggup lembu ini sebanyak 9 Juta”, saya “menarik tali”. Pak Usman termenung melihat keluar tingkap.


Hening


Damai


“Gini aja,Bapak sanggup bagi 9.1 Juta,gimana Amad”, tawaran dilontar kepada saya. Saya berpaling ke Gapo dan Pok Che.Mereka mengganguk.


“Ok bapak,saya setuju”, tali bagi kedua belah pihak dilepaskan.Selepas dijamu dengan kerepek dan air,kami memohon diri pulang lantaran diluar keadaan sudah semakin gelap dan dapur dirumah belum berasap.


Sup Cendawan Sesuka Hati


Hari ini saya sekali lagi menjadi tukang masak dan mahu mencuba buat sup cendawan. Selepas di consult oleh Kak Tasha dan Tehah,walaupun cara yang berbeza,tetapi matlamat yang sama,sup.saya membulat tekat untuk medan perjuangan…Dapur.Kebetulan sebelumnya saya sempat membeli cendawan atau disini dipanggilnya Jamur.


Bawang putih diketuk sesuka hati


Bawang besar dicincang sesuka hati


Halia diracik sesuka hati


Air dicurah sesuka hati


Cendawan dicarik sesuka hati


Sup bunjut dicampak sesuka hati


Maka terhidanglah sup yang diberi nama Sup Cendawan Sesuka Hati. Nasi sudah terhidang didepan mata dengan telur dadar…sup dihirus.Sepertinya kurang sesuatu…Garam.


Dengan selamba garam diletak juga sesuka hati dalam periuk.Alhamdulillah sedap…


“Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?” (Surah ar-Rahman)


.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Wednesday 15 October 2008

MASIH 08

Article ini adalah article hutang. Bila berhutang jadi perlu dilunaskan. Alhamdulillah MASIH 08 akhirnya melabuhkan tirainya.MASIH adalah singkatan pada Majlis Haluan Siswa bagi pelajar angkatan baru. Jika sebelum ini ia dikenali sebagai MAHASI. Terlantiknya Pengarah Saudara Zulfahmi aka Gapo yang baru,Majlis haluan siswa diberi nafas baru dengan bertemakan Ikhlas,Mesra dan Maufakat.( Tidak nyambung bukan..hik3)


MASIH 08


Saya buat kali kedua bersedia untuk menyumbang bakti dalam MASIH.Jika pada tahun 07,sebagai AJK acara dibawah selian Aimi aka Kak Aimi,sekarang telah beralih profesion sebagai photographer dalam biro dokumentasi dan publisiti dibawah seorang ketua yang komited dengan tugas Aishah.


Penat


Seronok


Kekadang rasa nak Marah


Itulah saya rasa selama menjalankan tugas ini. Penat itu kerana kehulu kehilir dengan Camera dan Videocamera dan seronok itu hadir bila dapat tangkap gambar yang baik.Nak marah,biar ia menjadi rahsia…" Korang tau makan je!!!", popular bukan dialog ini yang diungkap oleh seseorang dalam rasa penuh kasih sayang..Hik3...


“Aishah,saya nak merajuk boleh.Dalam banyak-banyak pic yang ada kenapa gambar saya tidak ada,” luahan dalam nada bergurau.Itulah nasib si photographer.Snap gambar bagai nak rak dan naik muak,gambar empunya diri tiada.Nasib le…


Gambar-gambar Terbaik dari Amad


Kesibukan dan ke"tension"an sebagai Pengarah MASIH...(kereta belakang itu bukan dia punya)


Snap,snap dan terus snap sampai naik muak



Mencatat


Tekun dan penuh tumpuan mendengar "bebelan" fasilitator


Pengenalan IMAN



"Korang tau ketawa je!!!", luah seorang lembaga itu..hik3


Maaf mereka bukan kembar...Jangan salah sangka kemesraan mereka



Masukkan kerusi dalam getah...Bijak,bijak

Malam Dinner


Biro Publisiti Dan Dokumentasi


AJK MASIH 08...Kalian superb


Eee...geli khaleyy..


Sekalung tahniah kepada semua AJK MASIH dan juga terutama "new family member" angkatan 08 kerana sudi menjayakan program ini umumnya dan berkerjasama untuk memberi pose-pose menarik untuk Amad snap...Semoga ia diterima sebagai amal soleh dan diberikan pahala oleh Allah s.w.t. Amin


Insyallah segala gambar yang maha banyak dan juga video akan dikeluarkan sedikit masa lagi.Jangan lupa dapatkannya...Beli yang Ori deh...


p/s: Esok keluar hasil ujian X-ray saya.Diharap dan doakan semuanya ok...(Apa sakitnya,nantikan entry akan datang)


.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa


Friday 10 October 2008

Kemana Mahu Kita Bawa Mereka



“Mie,aku nak tanya sikit ni.Dalam Islam ada ke tidak bertunang ni.Bertunang ini sunnah atau hanya adat melayu je?”, pertanyaan tulus dari seorang sahabat kepada saya semasa chatting.


“Erm,aku sebenarnya tidak pasti tetapi aku pernah dengar Nabi Muhammad s.a.w melarang seseorang lelaki itu meminang diatas pinangan dengan bahasa mudah tidak boleh masuk line kalau sudah perempuan itu tunang orang. Jadi kalau sudah Nabi larang mesti pada zaman Nabi itu sudah ada amalan bertunang ini,” jawap saya dengan sifir yang mudah berkenaan persoalan ini. Saya sebenarnya tidak begitu yakin 100% berkenaan jawapan itu lantaran,saya bukan berautoriti menjawapnya.


“Ginilah,aku check balik la nanti dengan ustaz deh pasal bertunang ni.Kita cari hukumnya,” solusi saya dengan mengambil jalan selamat terutama berkaitan soal agama.


Saya pun cuba cari dalil-dalil berkaitan hal ini di internet.Dalam pencarian itu saya menjumpai satu hadis Rasulullah s.a.w

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


Saya pun forward hadis tersebut kepada sahabat saya itu.


“Itu hadis disahihkan oleh al-Albani,jadi aku rasa bertunang itu adalah dalam Islam ni,” komentar saya berbasa-basi.


“Ooo,ok terima kasih tau.Cuma satu lagi Nabi bertunang ke tidak?Sunnah ke tidak bertunang ni,sunnah itu kana pa yang nabi buat,” lanjutan pertanyaan sahabat saya.


Erkkk…

“Mung jelas dok lagi apa itu sunnah dan apa itu bertunang? ,” tanya saya

“Dok tahu…,”jawapan yang tulus

“Kita dok leh terus ke kesimpulan bab-bab ini. Kalu kita masing-masing pun dok jelas soal sunnah dan bertunang ini,kena belajar secara berasingan apa itu sunnah,apa itu hukum bertunang lepas paham molek-molek hok ni,baru kita boleh ke kesimpulannya,” jawap saya


Menepuk dahi


Menggeleng kepala


Kemana Mahu Membawa Madu’


Saya menceritakan pengalaman diatas bukan mahu membincangkan berkaitan hukum hakam bertunang,bukan juga untuk mengutarakan tentang fikrah Salafi tetapi article ini ditulis untuk menyampaikan apa yang saya alami,rasa dan perhatikan selama ini.


Polimik ini sudah lama berlarutan dan saya juga tidak mahu memanjangkan isu ini.Kerana itu saya tidak berminat mengulas dari segi hukum dan fikrah,cuma ingin membawa para pembaca sama-sama merenung dan memikirkan apa sebenarnya yang telah berlaku pada masyarakat dan sahabat-sahabat saya khususnya dari segi pendekatan dan sisi yang kita terlepas pandang.


“Kita patut check balik apa yang ustaz kita kata. Jangan main terima je. Entah betul,entah tidak.Balik check balik kitab-kitab hadis tu.Kang apa yang ustaz kata itu hadis daif!,” saran seorang pencinta sunnah pada seorang madu’ yang baru ‘berkenalan’ dengan Islam




Ucapan itu betul tetapi tidak jelas.


Ada sisi yang benar dan ada juga sisi yang mereka terlepas pandang.Saya sememangnya bersetuju setiap apa yang kita dengar,kita perlu periksa kesahihan dan selok belok hal tersebut. Persoalannya adakah dengan kita sekadar buka kitab hadis sendiri,sudah mampukan kita kata itu halal,itu haram,itu bidaah,itu dan ini…


Saya rasa ia bukan satu tindakan yang tepat bahkan salah dari disiplin ilmu itu sendiri. Kita tidak mampu bahkan tidak berhak kata itu halal dan haram berdasarkan buka kitab terjemahaan hadis dan terus mahu memberi hukum.


Saya sebagai pelajar perubatan perlu mengikuti 6 tahun pengajian dan terpaksa mengikuti disiplin-disiplin ilmu yang pihak universitas tetapkan.Jika hal ini diikuti secara patuh barulah saya mempunyai autoriti mengatakan itu boleh dan tidak tetapi masih dalam skop hal perubatan.


Begitu juga berkaitan agama.Ada disiplin-disiplin ilmunya untuk membolehkan kita “competence” mengeluarkan hukum tentang sesuatu. Jika hanya membuka kitab terjemahaan,baca article dua tiga terus kita berpencak silat mengeluarkan hukum,bagi saya kasihan.Kasihan pada ustaz-ustaz yang pergi belajar jauh-jauh ke Mesir,Jordan dan lain, bertalaqqi kitab-kitab dengan syeikh-syeikh sedangkan ada insan yang mampu mengeluarkan hukum dengan bertalaqqi dengan “syeikh google”. Tidak semudah itu bukan.


Saya cukup bersetuju dengan ayat Abu Saif,dalam memahami agama masukkanlah melalui pintu bukan melalui tingkap.Melalui tingkap,terjadi seperti scenario diatas.Bertanya hukum bertunang adakah sunnah tetapi apa itu sunnah masih belum kemas tapaknya.


Daie’ Oh Daie’


Kita perlu bijak dalam pendekatan dakwah.Kita menganggap huraian dalil yang kita pegang adalah sesahih dalil yang kita dengar dan pelajari.Hakikat yang kita dengar bukan maksud sebenar pengertian dalil tetapi yang dipegang adalah kalam si anu dan si anu.


Secara tidak sedar bukan!


Jangan kita menghapuskan satu kebatilan dengan mengantikan dengan kebatilan yang lain.Saya takuti kebatilan yang para daie’ secara tidak sengaja dicipta lebih buruk kesannya dari kebatilan yang cuba dihapuskan dahulu.


Yang ada Para Daie’:

Bincang dan terus bincang

Bertekak dan terus bertekak

Bergaduh dan terus bergaduh…


Sedangkan sahabat-sahabat kita diluar:

Berzina

Minum arak

Dan bermacam lagi kemungkaran


Penegakan sunnah itu penting dan wajib bahkan saya mencintai sunnah kerana ia sebagai tanda saya kita pada Rasul junjungan mulia Muhammad s.a.w.


Ambil yang paling penting dari hal yang penting-penting.Jangan madu’ tolak Islam yang Nabi wariskan ,bukan kerana Islam itu sendiri,tetapi kelojohan dan tidak bijaksananya kita menyampaikan Islam itu sendiri. Ciri daie’ tidak cukup hanya ALIM tetapi perlu dipaketkan sekali dengan HAKIM.

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pengajaran yang baik,dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.Sesungguhnya Tuhan-mu, Dia-lah lebih mengetahui siapa sesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui siapa yang dapat petunjuk.” (an-Nahl 16:125)


Paket kita sudah lengkap?


Kalam amad boleh diterima dan ditolak bahkan dikritik ,melainkan kalam Insan mulia yang jasadnya bersemadi dibawah Kubah Hijau,Masjid Nabawi, Rasullulah s.a.w.

.:Amad pesan just in case kalian terlupa:.

Friday 3 October 2008

Cerita Ceriti Hari Raya

Raya Pertama.


Pada malam raya,kami pergi ikut abah ke masjid untuk solat dan bayar zakat fitrah.


“Eh,kita patut kena bayar zakat ke?”, tanya kawan ‘bujang’ saya.

“Mung tu dok nikoh lagi,dok tanggung anak orang,lagipun biasiswa bukan dikira pendapatan,jadi dok payoh bayor la”,jawap saya dengan ‘lorat’ bahasa Ganu yang fasih.


Selepas selesai semua urusan,di pojok belakang masjid,ahli kariah tengah sibuk menjamu selera dengan juadah ketupat pulut dengan air kopi panas,tambah-tambah hujan renyai…waaa.


“Bakpe abah bayar yang harga RM 8 zakat fitrah tu?Kan ada yang 6 dan 7 RM?”,tanya Ayie.

“Nak dapat pahala banyak…”,jawap abah bersahaja.


Pagi itu saya bangun terlewat sedikit,jadi terkejar-kejar solat sunat Aidilfitri.Sempat minum air sejuk,kilas sampin pun lebih kurang je.Dan telah diserang dengan Sakit tekak(Melayu), Radang Tenggorokan(Indon),Pharygitis(Medic).


“Israel itu tidak dapat dikalahkan oleh 13 negara Islam Arab! Kerana apa? Kerana kita tiada kesefahaman,tiada persaudaraan.Izzah Islam itu dicabut dari jiwa orang Islam kerana kita tidak lagi mengamalkan Islam..”, khutbah yang bermakna dari Imam yang memetik kata-kata Syeikh Ramadan al-Bouti.Bagi saya,isi yang bagus dan mengubati kemandulan khutbah-khutbah sebelum ini.Orang sedang tangisi saudara kita di Palestine,khutbah kita berbicara dengan megah, Makanlah Buah-Buahan Tempatan. Orang Indonesia kata “Sebel”…


Usai solat,seperti tahun-tahun yang sudah,bersalaman dan bermaafan bersama ahli keluarga.Jika sebelum ini,Kak Long yang “lead” kali ini saya sebagai anak tertua menjadi galang ganti. Selesai bersalam dan bermaafan,sesi fotografi tiba.


Sakinah tiada dalam gambar


Sakinah ada,Ayie yang tiada...tarak stand cam la



Gambar di luar rumah,Sekali lagi Sakinah tiada


Amat kena 'basuh'


Kereta awakla Kak Long,tetapi telah ternoda oleh saya...hehe


Angah,nak kereta ni?Juga telah ternoda di saya

Selesai acara dirumah,kami sekeluarga pergi rumah mak sedara,Mama untuk ziarah Tok Marang.Tengah-tengah makan,ada satu keluarga datang.Di pangkuan Mak Cik itu ada baby kecil.Saya ambil dukung untuk bagi peluang pada Makcik itu makan.


“Dah ada anak berapa?”,tanya suami makcik dengan muka serius pada saya.Ya pada saya!!!


Glupp…


“Err,saya pun kahwin pun belum bang,anak ye lagi la takdok”,jawap saya terkulat-kulat.Melihat saya mesra bermain dengan baby menyebabkan soalan itu terpacul.Nasib baik tanya anak dah berapa.Kalau tanya isteri sudah berapa. Jenuh nak menjawap ye..


Selepas itu,kami pergi ke kampung belah ibu,Tok Mude.Disana seperti biasa meriah, Meriah dengan sedar-sedaranya dan juga meriah dengan juadahnya.Beraya kami sampai Asar.


Raya Kedua


“Mie,esok pergi ambil nasi dagang dengan nasi minyak yang abah tempah”,pinta abah.Pada hari raya kedua,kami membuat rumah terbuka dengan juadahnya nasi minyak,nasi dagang dan satey.Sedara semua dijemput,kawan-kawan dan paling saya terkejut pengumuman jemputan Open House dibuat oleh Imam dicorong speaker masjid selesai solat sunat raya.


“Habis la…kena serbu nanti disemua orang kampung”,itu bermain di kepala saya.Tambahan pula,sakit tekak telah bertukar kepada selsema.


Jam 8 am…Tiada orang.

Jam 9 am…Tiada orang.

Jam 10 am…Satu keluarga datang.

Jam 10.15am…Dua buah kereta sampai.

Jam 10.18am…Satu Divisi datang

Jam 10.30am…Satu battalion datang.


Natijahnya jam 11 nasi minyak,nasi dagang dan satey sudah kehabisan stok.Peluh dingin mula mengalir kerana ini baru jam 11belum tengahari lagi.Awok-awok Rhu Muda yang datang untuk beraya telah bertukar tugas.Menjadi tukang masak.Yaa…nasi minyak dimasak lagi.Walaupun dimasak untuk kali kedua,juga tidak dapat bertahan lama.Yang datang jam 2 ptg,makan karipap sahaja.Nasib kome la.


“Macamana open house?”, tanya seorang sahabat.

“Entah la,rasa bukan lagi satu kampung datang,semacam satu Ganu!”,ungkap saya yang berada dalam keadaan trauma kehabisan stok makanan yang maha hebat.


Badan ini semakin panas,mahu demam dan kepala lutut rasa mau tercabut…Capek dong…Majlis mula pagi sampailah kunjungan terakhir pada Isyak. Malam itu kami anak beranak hanya berlaukkan ikan sardin.Ibu sudah tidak berdaya memasak.Alhamdulillah sedap.Lauk open house tidak bersisa,hanya periuk belanga berselerakan didapur.


Letih tetapi amat-amat gembira apabila dapat bersilaturahim dengan sedara-sedara,sahabat-sahabat-sahabat lama…


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua terutama Kak Long dan Angah


.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.