Tuesday 27 October 2009

Saya Orang Bekeng


Dusssshh...

Saya melepaskan satu pukulan tepat ke muka musuh didepan lantaran terlampau marah dengan provokasi melampau. Pada masa itu, tiada apa yang saya ingat melainkan untuk melepaskan nafsu amarah dan memberhentikannya dari bercakap balas.

Darah mengalir dari bibir dan hidung. Pekat dan merah.

Bukan sedikit ia mengalir, melaju seperti pili air. Saya merasa berpuas hati, pada awalnya. Tetapi melihat darah berciciran keluar, saya menjadi gelabah dan serba salah. Terus berkejar mendapatkan kain dan kapas untuk mengelap darah yang keluar. Perbuatan yang tidak difikirkan apa sebab dan akibat pada awal, ia menyebabkan penyesalan pada diri.

Itulah peristiwa 15 tahun lepas, pada masa itu, saya anak muda yang amat panas baran. Pantang dicabar, darah muda cepat mendidih.

Peristiwa disekolah asrama juga tidak kurang sisi gelapnya. Saya cukup allergic dengan insan bernama wanita. Pantang mereka melakukan silap, saya tidak teragak-agak "sound" walaupun didepan orang. Oleh kerana itu, jika ditanya sahabat-sahabat perempuan sama sekolah dengan saya, mesti mereka mengatakan dahulu agak kurang selesa berurusan dengan saya.

Takut kena "sembur"

Manusia sering berkata "masa dan pengalaman diri itu akan mengubah segalanya."

Itu adalah kisah sejarah dulu yang amat saya syukuri dan banyak membentuk diri saya sekarang.

Berkenalan dan bergaul dengan ramai orang yang diluar Terengganu khususnya, banyak mengajar diri ini tentang pendekatan itu. Lain padang, lain belalang, itu pepatah orang tua kita. Kita tidak boleh "treat" semua orang dengan pendekatan yang sama. Itu point penting yang saya baru belajar apabila keluar dari Terengganu.

Jika dahulu, berkaitan dengan prinsip, saya akan mendahulukan pendekatan tegas walaupun manusia dihadapan kita boleh dibentuk dengan lembut, ia berubah sekarang. Saya agak lebih banyak "menghulurkan tali" berbanding menyentapnya.

Saya menjadi lembut dalam pendekatan.

Tetapi tergantung dengan siapa saya berhadapan.

" Dakwah itu perlu berhikmah dan berlemah lembut," tegur teman kepada saya.

Persoalannya apa itu hikmah? Dan sejauh mana kita harus secara adil kita letakkan hikmah dan lemah lembut itu?

Sosok Dua Ikon Agung Islam

" Penggal sahaja kepala tahanan ini," saranan dari Saidina Umar kepada Nabi Muhammad s.a.w selepas Baginda memanggil dan meminta pandangan dari dua insan yang amat berjasa diatas kelangsungan agama suci Islam. Peristiwa di tanah gersang yang bersimbah darah, Badar Al-Kubra.

Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar.

Dua sahabat yang Nabi Muhammad s.a.w sayangi dan mewakili dua pembawaan pribadi yang berbeza.

Dalam peperangan agung Badar Al-Kubra itu, pihak Islam mengenggam kemenangan yang amat penting dan vital untuk masa depan Islam. Bahkan tentera Islam berjaya membunuh 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain. Nabi Muhammad s.a.w tidak tahu menentukan nasib tawanan perang lantas meminta masukan pendapat dari dua sosok pejuang ini.

Jika Saidina Umar, jawapannya penggal kepala.

Saidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.

Kisah itu tidak berhenti sekadar itu, bahkan diceritakan oleh Allah didalam surah Al-Anfal: 67

"Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Saya berkongsi cerita ini bukan untuk membahaskan yang mana satu pandangan yang lebih bagus, tetapi ingin sama berkongsi apa yang tersirat didalam kisah ini. Jika kita amati secara teliti Allah s.w.t menurunkan ayat Al-Quran dengan pelbagai nada. Disitu ada ayat indah khabar gembira, disitu juga ada ayat memberi khabar buruk. Lengkap dua sisi, yang datang satu pakej. Tidak boleh terpisah.

Islam itu ada Abu Bakar, dan juga Umar.

Kenapa dibawa kisah dua sahabat ini?

Bukan niat dan taraf saya untuk menyamakan dua tokoh besar ummat ini dengan diri. Bahkan tali kasut mereka, saya tidak layak bandingkan. Siapa saya berbanding mereka yang mencetuskan satu gerakan fikrah agung yang amat fenominal di Jazirah Arab itu. Cuma tidak lain tidak bukan saya ingin mengajak sama kita renung kembali yang tersirat disebalik pribadi mereka.

Islam itu ada Abu Bakar, dan juga Umar.

Lembut dan tegas.

Saya Berubah

Baru saya benar-benar mengerti perkongsian Ustaz Hasrizal dua tiga tahun lepas.

" Ana penat...ana penat bukan dengan tugas ana dalam berdakwah dan berkhidmat untuk masyarakat. Tetapi ana penat berurusan dengan manusia, bila ana penat...ana really mean it!."

Dan sekarang barulah saya mengerti maksud sebenar kata-kata itu, kerana saya sendiri merasakan perasaan penat itu.

Penat itu menyebabkan saya mundur? Tidak sama sekali. Ia bukan pilihan saya bahkan tidak masuk dalam pilihan. Pilihan saya, diajak cara lembut tidak jalan, saya akan REMPUH.

Oleh kerana letih berurusan dengan manusia, menyebabkan kembalinya sikap panas baran saya yang dulu. Tetapi dalam dose yang berkurangan pada pandangan saya dan berbeza subjeknya.

Jika dahulu saya amat panas melihat dan berurusan dengan manusia "biasa", sekarang ia berubah. Saya begitu lembut dengan mereka. Tetapi tidak pada yang berstatus daie'.

Saya amat kecewa dan terlebih menaruh harapan kepada manusia "luar biasa" yang berstatus daie'. Mereka seolah hilang "common sense" dan tanpa sedar lupa pada tanggungjawap pada Allah, pada Agama. Kerja sambil lewa, akhlak tidak mencirikan pejuang agama melengkapkan ciri tepat tanda khianat pada jalan perjuangan suci ini. Orang tua-tua kata " Naik lemak!."

Gambar Hiasan

Kenapa saya berubah dan memilih pendekatan keras kepada daie?

Dosa disetiap pada kita berstatus daie' bukan lagi berstatus dosa pribadi, melainka turut sama meruntuhkan tanzim dan fikrah yang kita dukung ini. Masyarakat diluar tidak lagi bercakap dengan dosa si anu dan si anu, tetapi membawa sama title yang digalas.

" Eh, mamat IMAN tu keluar dengan perempuan la"

" Bukan ke tu budak IMAN, elok je bertepuk tampar"

" Cakap berdegar-degar dalam usrah, wallpaper laptop gambar awek juga"

Tidak lagi dibawa nama si pelaku, tetapi sekali jawatan disandang. Mahu salahkan mereka? Tidak boleh! Kerana mereka berhak untuk menyatakan itu. Kita yang faham patut salahkan diri sendiri.

" Ala semua orang tidak sempurna, releks la"

Sampai bila kita mahu gunakan alasan seperti ini. Tidak dinafikan sememangnya fitrah manusia itu lemah dan selalu buat silap. Tetapi kita haruslah sekurang-kurangnya berusaha dahulu untuk mengurangkan silap dan usaha mencapai tahap "sempurna" walaupun hakikatnya mustahil.

Key point adalah usaha. Barulah boleh gunakan alasan itu. Jika tiada usaha mengubah, saya memberi amaran, jangan sekali-kali gunakan alasan itu. Ia lafaz yang bersifat khianat pada agama.

Masa Yang Cukup


Saya merasa memberi cukup masa yang bukan sedikit untuk para daie' ini berubah. Saya menggunakan segala lenggok bahasa dan tindakan yang dikategorikan lembut untuk mereka, tetapi tiada respon. Di pandang sepi. Sampailah satu masa tidak mampu terbendung didalam hati ini. Dan ia adalah pilihan terbaik pada pandangan saya buat masa sekarang.

Gambar Hiasan

" Maaflah...maaf sangat-sangat. Saya tidak sedar hal ini," satu sms yang saya dapat dari seorang Muslimat. Melengkapkan laporan yang sampai kepada saya iaitu AMAD INI GARANG!

" Hah, kenapa pulak tidak sedarnya?," saya membalas sms itu.

Dia semakin tidak tentu arah. Jauh dilubuk hati saya, tidak mengharapkan maaf itu kerana ia bukan silap pada saya, tetapi maaf itu harus dipinta kepada Allah dan Ummah. Kita dibarisan depan perjuangan, membuat silap sendiri akan mengakibatkan benteng yang kita bina musnah. Tambahan pula jika masalah itu dicipta dengan sengaja.

Perubahan pendekatan ini saya cukup alert dan responsive kepada kesan sampingnya. Jika dahulu, maaf itu lunak dimulut muslimat, sekarang muslimin turut sama melafazkannya. Pada pandangan saya ia ada pro dan kontra. Bukan senang untuk melafazkan MAAF kerana ia memerlukan sikap dan momentum mujahadah yang tinggi. Tambahan pula yang melafaz itu mempunyai kromosom X Y. Bukan senang, yop!

Pada masa yang sama saya cukup menginsafi sesuatu itu haruslah berpada-pada dan meletakkan pada posisi dan tempat yang betul. Panas baran tidak tentu pasal akan menyebabkan manusia menjauh dan begitu juga rahmat Allah s.w.t.

Hikmah dalam berdakwah perlu kita letak pada tempatnya. Jika berdondang sayang sentiasa,lembut tidak bertulang,orang disekeliling tidak akan pernah hormati kita. Jika panas baran sentiasa, manusia menjauh. Jadi berpada-padalah!

Gurauan Abu Saif

"Berdasarkan apa ana perhati dan berdasarkan simptom-simptom ana lihat, enta mengalami kekurangan Vitamin K(ahwin)," gurau Ustaz Hasrizal dalam sesi bertukar-tukar pandangan itu.

" Ya Allah, itulah hal yang paling ana tidak fikir untuk sekarang," jawap saya. Terasa jauh lagi untuk diri ini.

Ada benarnya jua dalam canda ustaz,panas baran saya mungkin boleh disejukkan dengan ehem-ehem. Jadi esok saya akan pulang ke Malaysia untuk nikah. Kepada kawan-kawan maaf kerana tidak sempat menyebarkan khabar baik ini kerana nikah itu adalah....

Dr Nur Suriati Binti Sulaiman vs Mohd Ruzmi Khairi bin Hj Rusli

Bak kata Abu Saif

" Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan muslimat garang-garangkan". Jika tidak puas hati, antum pergi cari dia...bukan saya.

Nota 1 : Amad tidak garangkan...saya masih terasa diri ini caring dan romantik..keh3

Nota 2 : Nak senior yang tidak suka marah? pi ke abang senior sorang tuh. Dia bukan sahaja tidak suka marah, marah pun tak jadi..ekeke.

Nota 3 : Jangan siapa-siapa sakat saya suruh nikah. Aku sekeh nanti. Casa Pelangi, jangan kuat gosip, pi study tuh.

Nota 3 : Selamat Pengantin baru untuk Kak Long dan...ape ek nak panggil. Abang Long kot..hu3

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday 24 October 2009

Gambar Keluarga IMAN

Seperti yang dijanjikan oleh saya, berikut adalah gambar-gambar setiap ahli IMAN mengikut biro masing-masing. Dengan satu pesanan, tugas itu tanggungjawap, dan setiap tanggungjawap akan dipersoalkan depan Allah kelak. Buat kerja dengan sehabis baik.

Tanggung atas dunia,
Jawap diakhirat.

Semangat!!!








Nota 1 : Terima kasih daun keladi buat designer kita, Awang dan penyumbang idea...Dr Amad.

Nota 2 : Dalam banyak-banyak biro, Biro Ekonomi paling smart...huhu.

Nota 3 : Kepada sesiapa yang muka tidak jadi dalam gambar ini, lain kali antum kena pandai beza apa itu gambar formal, dan gambar abnormal. Tension gue!

Nota 4 : Kenapa ada biro berbunga, ada yang tidak? Awang dah malas nak buat. Tak tido malam tau nak buat ke benda ni. Siapa yang tidak puas hati, pergi kejar Awang lepas ni..ekeke

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Friday 23 October 2009

Hukum Mencukur Bulu Kening

Gambar Hiasan

Saya mendapat satu soalan berkaitan hukum yang agak bagus, kerana ada melibatkan sebilangan wanita khususnya iaitu berkaitan membuang sedikit bulu kening yang bercantum ditengah. Jom sama-sama kita telusuri hukum berkaitan hal ini.

Dr Amad : Salam Akh, ana mahu tanya satu soalan yang selalu "girl" hadapi. Berkaitan dengan bulu kening. Kisahnya, ada segelintir dari kita khususnya wanita mempunyai kening yang bersambung ditengah. Apa hukumnya dia membuang sedikit kening dibahagian tengah, diatas alasan kurang selesa dan mengelakkan aib dipandang orang?

Ustaz Mahadi : Salam, boleh tetapi dengan syarat kening yang dibuang adalah dibahagian tengah sahaja. Jangan duk "trim" yang lain pula. Hanya untuk mengembalikan kepada rupa yang asal.

Dr Amad : Sejauh mana ukuran buruk dan aib itu?

Ustaz Mahadi : Ingat, ukuran buruk atau aib itu pada mata orang ramai. Bukan pada mata sendiri. Ini perlu diingatkan kerana ramai wanita yang tidak berpuas hati dengan kecantikan mereka.

Mahadi bin Mohammad
Pelajar Master Syariah
Universiti Yarmouk, Jordan

Tambahan : Hukum mencukur bulu kening adalah haram dan perbuatan itu amat dilaknat oleh Allah swt, walauapa jua alasan sekalipun. Kita sering lihat hal ini berlaku semasa majlis persandingan berlangsung. Dilaknat Allah pada awal perkahwinan, boleh jamin rumahtangga direstui Allah hingga keseterusnnya? Mak andam kena, si terkena andam pun kena... Berhati-hati!

“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya

1. Kening tengah boleh dicukur untuk mengelakkan aib dan kadar cukur itu berpada-pada.

2. Hukum mencukur bulu kening dengan menipiskannya adalah Haram dan perbuatan itu Dilaknat Allah.

3. Orang yang dicukur dan mencukur bulu kening adalah berdosa.

Nota 1 : Pengakuan jujur Amad, perempuan yang cukur bulu kening, serius tak lawa. Allah dah buat comey manusia neh.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday 17 October 2009

Lensa Amad : Open House CGC

Salam kepada semua. Didoakan agar semua dipelihara oleh Allah IMAN. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit gambar-gambar program Open House CGC ( Cikuda Gentleman Club) yang didukung sama oleh Kelab Penyokong CGC. Bukan Pas sahaja ada kelab penyokong, kami pun ada. Hehehehe...

Haikal, Adi, Reza Ganjaguru, Izhar, Hang Hanep

Mak Ngah!!! Pengantin dah sampai

Hairina Si Penunggu Satey

Bosan sungguh dengan Bos, tak romantik. Tidak pandai buat love. Itulah time bercinta cintun dengan Mimi tak belajo buat benda-benda ni...Guane neh!! ekeke

Orang kuat makan...eh salah. Orang kuat CGC

Sayap baru CGC, Kelab Penyokong CGC (Ekekeke)

Farid naik "syeikh" sebab lapar, dan Gapo tersepit antara dua punggung

Kelab Penyokong yang obses not obes pada Komera

Allah is the One GOD; the Creator, the Initiator, the Designer. To Him belong the most beautiful names. Glorifying Him is everything in the heavens and the earth. He is the Almighty, Most Wise. [59:24]

Nota 1 : Sudah menjejak kaki ke desa Sumbersari untuk KKN dengan Hajar dan Botak. Komen? nanti yaa...

Nota 2 : Positifkan diri dan menerima seadaaya, amat membantu diri untuk BERTENANG.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Wednesday 14 October 2009

Studio Amad : Apa itu ISO?

ISO button

Kali ini saya akan kongsi sedikit sebanyak satu aspek penting dalam Camera DSLR...iaitu ISO. Tetapi lantaran kerinduan amat sangat pada kampung, saya akan kongsi dalam bahasa Ganu. Dua dalam satu, dapat belajar apa itu ISO dan juga bahasa Ganu. Siapa tahu calon suami atau isteri adalah seorang photografer dari Terengganu...

Bersedialah...

Soalang : Untok awal-awal ni, nape gok ISO neh royak gok jelah sikit...sebak orang hok orang biasa ingat bende ini supe dengan ISO yang internasional standard ape ke bende tu?

Jawapang : Berat 6 6 sungguh mung ni. ISO bukang benda alah tu. ISO ikut kitab photo adalah tahak sejauh mane komera tu sensitif ke cahaya. Bukang orang je pandai sensitif, komera jugok panda awang weh!

Soalang : Doh muge gitu, ape guna komera jadi sensitif ye...wat rohok kite noh ngejas je. Gambor saloh selih sikit, huduh sepang koooong lalu.

Jawapang : Mung ni, sapa gitu seme...kuat kekoh semut ni. Ginilah senang cite. Kite boleh ibaratkang macang sumber bantuan cahaya ke komera. Let say, aperture kamera kite doh bukok bapok, tapi shutter still rendoh. Dalang keadaan neh, kita perlu bantuang cahaya yang boleh up shutter tuh. Itu satu keadaan, tapi jika time kite nok snap tu, gelap gelemak. Jadi ISO lah dapat bantu kite dapat shot tuh.

Soalang : Doh gitu, guane kite nok gune ISO ni?

Jawapang :

1. Gune ISO yang rendoh untuk dapatkang aperture dan shutter speed yang kite nok.

2. Kita perlu tamboh ISO ni, kalu gune aperture kecik dan shutter speed laju. Hok skill ini akan bagi cahaya lebih ke imej.

3. ISO rendoh biasanya kite guna kes nok kurangkan "noise" atau "grain" di imej.

4. Contohlah, kalu bacaan dimeter komera tunjuk shutter speed yang slow macam 1/15 sec sedangkan ISO 100, imej akan gegor dan blur kalu guna hand held sebab bukaan shutter tu perlahang. Muge gitu, kita wat naik ISO tu ke 400 dan shutter akan naik jadi 1/60 sec.
Soalang : Nape hok kite kene consider kalu nok cakak sal ISO neh?

Jawapang :

1. Cahaya - Subjek dah cukup cahaya ke?

2. Grain - Nak shot yang 'grainy' ke nak gambor bersih dari 'noise'


3. Trepok - Pakai trepok ke dok?

4. Subjek - Bergerak ke pengun.

Disini saya nak kongsi satu gambar yang menggunakan ISO yang tinggi dalam keadaan gelap

Kenyir (Tekan pada gambar untuk besarkan)

EXIF Data:

Aperture- f8.0
Exposure- 1.6
ISO- 3200 ( Ini ISO yang paling tinggi)

Oleh itu, jika anda besarkan gambar ini dan hendap muka dekat skrin, anda akan menjumpai titik-titik bising (noise)

Nota 1 : KKN sudah mahu mulai...Kesibukkan melanda.

Nota 2 : Buat ahli IMAN, buat kerja bebaik time kami sibuk ini. Nak tanya apa-apa silakan, nak mintak tolong, saya malas...haha

Nota 3 : Dok pahang sutey habuk article ni? wat-wat la belakong pahang...

Nota 4 : Photography is a medium to capture memories, when memory grows into sublime, photography becomes art. -Anonymous

.: Amad pesang muge ade banyok orang dok ingat :.

Sunday 11 October 2009

Perut Kenyang, Hati Senang, Akhirat Celaka

Gambar Hiasan

Hari mengundi adalah hari dimana rakyat menjadi raja. Pada saat itu calon-calon akan merendahkan diri dimata rakyat dalam merebut apa yang dinamakan sebagai UNDI. Ia juga sinonim digelar pesta demokrasi.

Rakyat baik mewakili satu undi

Rakyat yang rosak mewakili satu undi

Orang tua mewakili satu undi

Orang muda mewakili satu undi

Setiap insan berhak menentukan siapa yang patut mereka naikkan sebagai pemimpin mereka selama satu penggal. Satu orang satu undi. Ini seterusnya dapat memberikan impak pro dan kontra bagi kedua-dua belah pihak.

Mungkin jadi ramai rakyat adalah orang yang bijak dan berintegriti, jadi calon yang rosak dan tiada integriti akan tersungkur ditangan mereka.

Tetapi tidak harus kita lupakan juga rakyat yang rosak kaki maksiat juga berhak memilih. Jika mereka majoriti, calon yang baik harus menerima hakikat bahawa batang tubuh bahkan idea mereka tidak diperlukan disana.

“Ketika para pemimpin kamu adalah orang-orang baik di antara kamu, dan orang kaya kamu adalah orang-orang dermawan di antara kamu dan urusan kamu diselesaikan secara musyawarah, maka berada di muka bumi lebih baik bagi kamu daripada di liang kubur. Tetapi bila pemimpin-pemimpin kamu orang yang jahat di antara kamu dan orang-orang kaya kamu adalah orang-orang yang bersifat kikir di kalangan kamu dan persoalan kamu tergantung penyelesaiannya kepada kaum perempuan kamu. Maka liang kubur lebih baik bagi kamu daripada tinggal di permukaan bumi.” (HR Tarmidzi).

Pemimpin yang buruk dan zalim berpunca dari rakyat yang rosak akhlaknya, buruk budi pekertinya, tiada integriti dan prinsip.

Semuanya akan dijadikan kayu bakar api neraka dari pemimpin yang zalim hinggalah kepada rakyat yang rosak. Insan yang saling bergantung harap dalam meneruskan agenda jahiliah mereka.

Materalistik, Individualistik

Saya ada melihat video yang dirakam oleh Malaysiakini sempena piliharaya kecil Bagan Pinang. Saya cukup terkejut tidak terkata mendengar seorang pakcik bertaraf HAJI memberi komen. Tentang parti mana ia pilih adalah satu hal yang berbeza yang saya kira cukuplah blog-blog lain sudah menyentuh tentang isu itu.

Ia pesta demokrasi, terserah kepada individu itu sendiri untuk memilih siapakan calon pilihan hati. Saya bersedia bersetuju untuk tidak bersetuju. Sudah namanya manusia, ada keinginan dan pilihan sendiri. Itu satu bab, tetapi apabila pakcik itu berkata



"Rasuah itu dia punya pasal..saya tahu PERUT saya kenyang, anak cucu cicitku SENANG, kereta ku SENANG pakai,"
Haji Mokhtar Sulong Kaya, seorang pengundi Bagan Pinang yang anda semua lihat diakhir video.

Ia menyentap lamunan saya melihat video itu. Adakah ini yang sepatutnya terucap dari mulut seorang muslim berstatus HAJI? Ia bukan lagi melibatkan parti itu dan ini, ia telah melibatkan agama kita, Islam. Ia bukan lagi perhitungan pribadi melainkan saya ingin mengajak para pembaca semua kembali muhasabah tentang apa khabar IMAN kita berdasarkan apa yang terucap dibibir kita.

Adakah hidup kita didunia ini sekarang memikirkan perut kenyang, senang, kenderaan, anak isteri kita sendiri. Demi nama Allah, ia adalah satu perkara mungkar yang Allah benci.

Kepada pejuang agama, kalian mempunyai tugas berat dizaman ini. Dengan segala penyakit ummat terdahulu, ia datang secara pakej dan keseluruhan berjangkit kepada umat akhir zaman ini.

Nabi Nuh dan ummatnya, kita punyai penyakit itu.

Nabi Luth dan ummatnya, kita punyai penyakit itu.

Nabi Isa dan ummatnya, kita punyai penyakit itu.

Nabi Musa dan ummatnya, kita punyai penyakit itu.

Suka saya cuba membaca contoh yang sama kepada ucapan pakcik itu dengan mengantikannya dengan satu yang setaraf dengan RASUAH, untuk kita sama-sama nilai.

" Rogol itu dia punya pasal, yang penting anak isteri saya tidak dirogol oleh dia. Dia nak rogol orang lain, dia punya pasal, ia bukan urusan saya."

" Haji pun cakap macam itu juga Amad, peliklah," kata seorang teman.

" Jepun pun lagi ramai haji...haji yang tu lagi buat kita darah tinggi," saya menjawap.

" Haji jepun? biar betul. Ada ke haji jepun? selama ini haji kat Mekah la," kata beliau.

" Hajinomoto...sekali makan, benak tak sudah," ketawa kami pecah.

Rasuah itu mungkar, begitu juga juga rogol dan segala macam lagi masalah ummah sekarang. Adakah selayakknya bagi kita hanya memikirkan diri sendiri sahaja dengan membiarkan saudara kita dan ummat Islam khususnya terus dihina?

Itu hanyalah presenting problem ummat, penyakit yang lebih parah real problem adalah KETIDAKPEDULISME

" Tidak beriman sesorang diantara kamu sehingga ia mencintai milik saudaranya (sesama muslim) seperti ia mencintai miliknya sendiri" ( HR. Bukhari dan Muslim)

Sungguh saya berlepas diri dari insan seperti itu. Hadir saya menegur kerana KASIH SAYANG bukan KEBENCIAN.

Ummah ini semakin parah penyakitnya

Kembalilah kepada Allah!

Dinegara bukan Islam,dan dinegara Islam...(saya suka gambar ini)

Nota 1 : Tahniah kepada Tan Sri Isa Samad atas kemenangan di Bagan Pinang.

Nota 2 : SIBUK itu semakin menghantui saya selepas masuk tahun ke-4. KKN yang entah ceruk mana kampung. Tetap bersemangat ya teman-teman!

Nota 3 : Kemenangan ikon rasuah menandakan umat sekarang mengalami krisis nilai. Diharap selepas ini tiada lagi insan memandang enteng usaha dakwah berbanding usaha siasah. Kedua-duanya perlu hebat. ( Menyampaikan maksud dari Abu Saif dan saya amat bersetuju!)

Nota 4 : Adakah panas baran saya kembali? saya perlukan nasihat.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Thursday 8 October 2009

Kerepek Siput H1N1 Sedap...Tunggu Dulu!

Kali ini saya mahu bercerita dan berkongsi hukum dengan pembaca blog amadanaksoleh ini. Kisah tragis ini, bukan kisah saya tetapi kisah sahabat...Hehehe. Aik, kata tragis, kenapa ketawa? Jom sambung cerita.

Petang itu, kami ada tutorial seperti biasa. Entah macamana tutor sebelah ini, lecturer mereka sungguh baik hati dengan belanja pelajar dalam tutor itu dengan kerepek Bekicot. Namanya sungguh comel bukan. Ala-ala, Beckham...

Mereka pun tanpa segan silu, mengambil kerepek itu bahkan dengan penuh kerelaan hati memuji

"Sedap dr..sedap," kata mereka. Masyarakat sering berkata, makanan yang paling sedap itu, makanan percuma.

Itu kali pertama mereka memakan kerepek yang mempunyai nama comel itu. Tetapi tidak dapat disembunyikan jua, hati yang penasaran itu. Jadi salah seorang dari mereka telah mencari di google dengan menaip "BEKICOT"

Dan hasilnya adalah


Bekicot= Siput Babi

Kisah selanjutnya boleh didapatkan dari mangsa itu sendiri. (Cerita sama, cuma ada tokok tambah dialog, untuk membuatkan cerita menjadi comel macam Bekicot)

Hukum Memakan Siput Babi

Hukum ini berlaku untuk semua jenis masakan siput babi, sama ada sup, goreng celup tepung ataupun dibikin kerepek.

Dr Amad : Salam ustaz, ana nak tanya soalan sikit ni berkenaan makanan. Ada kawan ana dibelanja oleh Dr mereka makan kerepek siput babi. Apa hukum memakan siput babi dalam Islam, dan apa dalilnya?

Ustaz Mahadi : Salam...Macamana kerepek itu? Ada kandungannya? Kalau kandungan halal, halal lah jawapnya. Tetapi jika benar dari siput babi, haram kita memakannya.

Dr Amad : Ikut dari keterangan deme, kerepek itu sahih dari siput babi. Kenapa siput babi haram dimakan pulak?

Ustaz Mahadi : Sebabnya siput babi adalah binatang yang kotor, hidup pada tempat yang kotor, makan benda yang kotor. Untuk dalilnya, anta boleh buka Al-Quran, Surah Al- A'raf : 157.

"....,dan menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka..." ( Al-A'raf : 157)

Oleh:

Mahadi bin Mohammad
Pelajar Master Syariah
Universiti Yarmouk, Jordan

Jadi kesimpulannya,

1. Memakan siput babi adalah haram. Tinggalkan yang syubhah dan haram! Kita tidak pernah dengar hukum ini sebab kita jahil, bukan kerana tiada hukum.

2. Hukum halal dan haram satu hal, manusia mahu ikut satu hal yang berbeza. Hukum tidak berubah disebabkan kebiasaan masyarakat itu. Halal itu halal, haram itu haram.

3. Bukan semuanya yang free itu enak.

4. Bagi yang termakan tu, dimaafkan dalam agama. Sebabnya bagi hal-hal yang ada "TER", memang dimaafkan.

Nota 1 : Best tak rasa siput H1N1 tu? ekeke...

Nota 2 : Kembang tekak saya dengan budak-budak ni makan menatang itu. Sup diatas...ermmm

Nota 3 : Ayam ada, kenapa makan siput babi.....hahaha

Nota 4 : Untuk article ini, saya menjadi budak nakal

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Monday 5 October 2009

Si Pendek Yang Menyusahkan

Petang itu saya bersama ibu, melihat satu rancangan National Geographic berkenaan tentang bagaimana usaha sekumpulan jurutera yang berusaha memindahkan rumah yang besar ke satu tempat lain dengan cara memisah-misahkan rumah itu kedalam bentuk kepingan dan dicantumkan kembali pada satu tapak rumah yang baru. Itu dinegara "omputih". Di kampung kita juga ada. Lagi "otai", tidak pisah tetapi angkat dengan rumah-rumah dengan kudrat manusia.

" Dulu, kat kampung masih ada tradisi pindah rumah ini. Ingat lagi orang kampung duk angkat rumah tok bersama-sama guna kayu," saya mengimbau kenangan.

" Ibu, masa kecik-kecik dulu, kalau ada orang yang pindah rumah, suasana memang meriah. Program mula dari malam lagi. Dengan masaknya, dengan riuh rendah orang kampung," ibu berkongsi.

Itu dahulu, generasi sekarang tidak lagi berkesempatan melihat antara budaya dan tradisi masyarakat kampung kita. Dengan barang yang pelbagai dan berat,mahupun majoriti rumah batu, tradisi ini tidak mungkin sama sekali diamalkan lagi.

Tidak boleh Angkat, Jangan Bergantungan.

" Kita dalam perjuangan, jika tidak mampu tolong, jangan menyusahkan. Macam orang angkat rumah untuk ke satu tapak yang lain. Jika orang pendek itu tidak mampu mengangkat rumah, jangan bergantung! Begitu juga dengan Islam. Jika tidak suka dengan orang menjuangkan Islam, jangan susahkan orang yang mahu memperjuangkan Islam. Ia amat-amat satu perbuatan mungkar !," jelas Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Inilah kalimat yang masih segar dalam ingatan selepas mendengar ceramah Ustaz Tuan Ibrahim. Satu analogi yang cukup tuntas dan tegas dalam membicarakan fenominal ini.

Oleh kerana itu, bila sahaja melihat cerita di TV itu, terus ingatan tentang kata-kata beliau itu hadir kembali. Ia amat tepat menjelaskan permasalahan ummah hari ini.

" Ingat baik sangatlah tu. Depan je baik,belakang setan!"

" Weh, tak payah la nasihat-nasihat aku. Kubur masing-masing beb!."

" Ooo..cakap pasal hudud. Siaplah ko...aku report ke Pejabat Agama."

" Baik ko tidak pergi majlis tu. Meh keluar dengan aku tengok wayang, lagi best dari dengar mereka duk membebel...pot pet pot pet."

Kata-kata yang sering kita dengar dari muslim yang takwanya tiada. Mereka Islam, tetapi hati penuh kebencian, mata berbulu melihat muslim lain bicara soal Islam, berjuang didalam Islam. Memiliki salah satu ciri orang munafik, yang akan ditempatkan dalam neraka pada tingkat yang paling dalam.

Mereka biasanya, jahil tentang agama. Kebodohan yang disengajakan lantaran dendam kesumat. Mungkin kebencian pada sesuatu tokoh agama, mereka mengambil tindakan dengan berlawan bukan sahaja dengan tokoh itu, tetapi berlawan dengan Islam. Bahkan tidak kurang dari mereka berbangga mampu menghalang dan menyusahkan insan-insan yang berusaha menegakkan agama Allah.
" Tengok cikgu tuh...kena tukar ke Sabah. Akulah yang pergi report tu."

Muslim melawan Islam, aneh bunyinya tetapi ada. Bahkan, ramai!.

Mereka tidak boleh menolong Islam,bahkan tiada keinginan mahu menolong, bagi saya tiada masalah dengan syarat duduk dipinggir diam-diam. Jangan mereka pula kedepan menghalang.

Bukan sahaja tidak mahu mengangkat, tetapi siap bergantungan menambah beban pada insan lain yang berusaha membawa "rumah".

Ia satu kecelakaan dalam bertindak, kecelakaan mengundang bala diSana.


Dan itu satu babak, ia tidak berhenti pada tahap itu. Ada lagi manusia yang lebih memedihkan hati. Mereka bukan jahil, bukan bodoh, bukan tidak tahu.

Siapa mereka?

Agamawan melawan agama

Jika mereka diatas itu jahil tentang agama, dan menjadi sebab melawan agama. Tidaklah pelik cuma menyedihkan. Tidak kurang tidak juga insan yang berstatus daie' berusaha menghapuskan Islam. Bahkan ada diantara mereka berijazah dalam bidang agama, tetapi bab melawan dan menghapuskan pejuang agama mereka kedepan.
Mereka anak tok imam

Mereka sekolah agama
Mereka ahli Badar sekolah
Mereka naqib Pusat Islam
Mereka mempunyai Ijazah Syariah

Jangan kita lupa sejarah lampau Mesir. Dizaman Anwar Saadat. Menjadi kader dan permata Ikhwanul Muslimin pada awal mudanya. Bila takhta dan kuasa dipegang, beliaulah menjadi diktator yang mendekamkan ramai alim ulama dan kader Ikhwanul Muslimin ke penjara di tengah padang pasir membahang. Tidak sedikit antara mereka menjadi syuhada dimucung senjata dan ditali gantung.



Ajal mereka...

Ditali gantung orang muslim

Dimucung senjata orang muslim

Allah boleh membolak balikkan hati manusia. Tiada siapa yang dapat pastikan bahawa akhiran hidup kita adakah masih Islam. Nauzubillah.

Mereka yang dahulu gencar bersama Islam berbalik menjadi musuh kepada Islam. Penyakit itu biasanya kena pada insanawal pembabitan dalam dakwah adalah insan yang ekstrim dalam pendekatan dan berlebihan. Bukan sedikit insan yang dia lukakan dalam menyatakan sikap. Jadi apabila membuang baju Islam, mereka berbalik melawan gerakan dakwah dengan sikap keras dan ekstrim juga.

" Ana pernah ada didalam tanzim tu. Memang teruk tarbiah dan pembawaan mereka. Pasal itu ana keluar. Ana nasihatkan nta, baik tak payahlah," racun pemikiran cuba disebar oleh seorang yang digelar "x-tanzim".

" Aku tidak boleh berperananlah. Jemaah ini lembab dan bengap," kader yang menunggu sahaja untuk disuap seperti lembu di padang ragut.

Sikap ini telah diceritakan secara jelas oleh Syeikh Fathi Yakan dalam bukunya Yang Berjatuhan di Jalan Dakwah.

Sememangnya faktor kepincangan dakwah itu berpunca dari faktor jemaah tetapi ia bukan satu-satunya faktor kehancuran dakwah, melainkan datang sama dengan pakej lengkap iaitu manusia didalamnya. Hancur dakwah kerana insan didalam dakwah itu rosak dan hancur.

" Apabila pergerakan dapat menjadi penyebab bergugurannya seseorang itu dimedan dakwah, adil kiranya apabila dikatakan bahawa sebahagian besar penyebabnya berasal dari pribadi yang berguguran itu sendiri," Fathi Yakan.

Mereka bukan sahaja tidak menolong mengangkat rumah, tetapi bergantungan bahkan juga menganggu insan yang mengangkat.

Bicara mereka, hanya bicara apa yang patut jemaah Islam itu berikan kepada mereka, bukan bicara apa yang mereka patut berikan kepada jemaah itu. Kitab ulama dihafal didalam benak otak, tetapi berbekas dihati tidak sama sekali. Melahirkan agamawan yang musuh pada Islam.

Kekadang, sikap itu lahir lantaran ada konflik pribadi antara daie'. Jadi ada diantara mereka mengambil pendekatan berusaha menghapuskan gerakan Islam yang pernah mereka perjuangkan.

"Jika mahu terasa hati, ana rasa Khalid Al-Walid lagi patut terasa hati. Dipecat oleh Umar ditengah perang berkecamuk. Tetapi jelas beliau tidak berperang kerana Umar, semuannya hanyalah untuk Allah ," saya cuba menjelaskan.

" Tapi ana bukan Khalid al-Walid, akh," jawap sahabat.

" Habis tu nta jadi Abu Jahal lah ye," cepat benar hati ini mendidih bicara dengan orang yang 'pandai'. Lagi pandai, lagi susah diajar. Hidup bertongkat langit.

Seperti orang melayu kita kata

"Cerdik tidak boleh ditumpang, bodoh tidak boleh diajar"

Ingat, tidak mahu tolong, jangan sekali-kali susahkan.

Nota 1 : Alhamdulillah, Abah dan Milah selamat sampai ke Mesir.

Nota 2 : Orang duk gempa, deme sibuk dengan ilmu kebal. Pi Padang tu, tolong sukarelawan. Dah kebal sangat.

Nota 3 : Saya sekarang kuat membebel. Hati-hati.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Membedah Pohon Tin, Mencari Rindu


Usai sudah membedah buku Rindu Bau Pohon Tin, antara karya terbaik Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dengan menghimpun kisah suka dan duka beliau semasa berkelana mencari erti kehidupan ke tempat penuh cabaran.

Dugaan itu bukan untuk insan yang lemah merintih dan patah semangat selepas menerima ujian. Islam tertegak oleh pemuda-pemuda yang sanggup menerima segala cabaran dan dugaan dengan tanpa mengalirkan air mata kesedihan melainkan airmata itu hanya menjadi hak mutlak Allah!

“Ustaz, nanti program berkenaan sejarah Islam, janganlah ustaz cakap yang indah-indah sahaja macam sesetengah penceramah. Lebih penting sentuh sisi gelap tamadun Islam, punca kehancuran tamadun Islam perlu dihebahkan menjadi tonik buat umat,” pinta saya semasa berbincang tentang PERMAI 10.

“ Amad, jika pendengar mahu dengar yang indah-indah…dengar sahaja lagu Andalusia, M. Nasir. Sisi gelap ummat pasti ana akan selak , mana mungkin boleh disapu kebawah karpet…Layu ummat!,” nada bergurau tetapi penuh ketegasan.

Rangka Awal Pembacaan

Terima kasih tidak terhingga buat Cik Hawa dan Haikal yang bantuan dan usaha mereka memungkinkan saya memiliki buku travelog tarbiah ini. Lebih manis pada jiwa, apabila mendapat tanda tangan dari sang penulis semasa beliau sudi meluangkan masa dengan ahli-ahli IMAN dalam program Eksplorasi Du’at.



Dengan kekangan masa yang amat iri pada saya, tidak mampu untuk saya habiskan membaca buku ini semasa cuti akhir sem baru-baru ini. Bahkan buk yang menunggu untuk dihabiskan buka satu, bahkan berpuluh, menuntut dibedah dan diambil mutiaranya.

Saya sudah berazam kepada diri sendiri,setiap buku yang dibeli walau sebesar mana pun, wajib untuk diri saya membacana dari kulit ke kulit. Keadah membaca saya amat perlahan kerana bukan sahaja mencari apa yang ditulis, tetapi cuba melihat cara bagaimana ia ditulis.

Menulis itu seni, seni itu halus!

“ Amad, senang sahaja nak lihat orang tu kuat membaca atau pura-pura membaca. Nta lihat dirak bukunya,jika bermacam-macam jenis buku…itulah ulat buku yang sebenar. Jika hanya dirak buku sederet kitab tebal dengan genre yang sama, ia ulat buku jadian,” kongsi pengalaman oleh Ustaz.

Membedah Buku Diawan Biru

Sudah namanya travelog tarbiah, saya memilih untuk membedah buku ini didalam kapal terbang menuju ke bumi Negara yang terkenal tarian pendet ini.

Untuk mendapatkan moodnya.

Perjalanan yang mengambil masa 2 jam cukup untuk saya berkelana didunia sendiri bersama-sama buku bergambar keldai ini. Entah kenapa, sama masih mempunyai keinginan membaca buku ini sedangkan saya sudah membaca article-article beliau diblog. Seperti disihir, jiwa terkait…

“ Jalan is you do the walking with the reason, and jalan-jalan is just a waste of time!,” dari buku Rindu Bau Pohon Tin.

Mulanya meletakkan target hanya beberapa article, tetapi diri ini tidak mampu berhenti untuk sekadar itu. Akhirnya, ia dibedah sehingga lebih dari separuh.

Dan pada hari ini, saya selesai membedah buku ini. Saya tidak bercadang untuk mengulas lanjut tentang apa isi yang ada terbentang didalam buku ini, melainkan dengan satu saranan

Dapatkan sendiri, bacalah sendiri, bedahlah sendiri, untuk manfaat diri sendiri!

Ia sesuai buat lelaki yang berjiwa mujahid, perempuan yang berazam menggoncang dunia, insan yang mencari Ilahi dengan berkelana.

Saya mahu akhiri dengan satu soalan

Jika Ustaz Hasrizal merindui bau pohon tin, mampukan aku merindui sama tauhu Sumedang? Hanya masa yang menentukan… Sekarang hati saya terguris dengan sikap mereka.

“ Tangis jiwa meratap kenangan,
Sirna janjiku pada Rabbul Aalamin,
Sirih pulang ke gagang perjuangan”

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Nota 1 : Adik sudah mahu bertolak ke Mesir. Hati-hati, itu tanah para nabi dan juga tanah tumpah darah firaun.

Nota 2 : Komen untuk Bagan Pinang. Boleh menang, tetapi moral tiada.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.