Monday 28 September 2009

Puasa 6 atau Puasa Ganti? Anda Pening


Gambar Hiasan


Selesai sahaja Ramadhan menjelma, tetapi kita sering menjadi tertanya-tanya terutama bagi wanita tentang kedudukan puasa 6 dan puasa ganti. Jadi ini sekadar perkongsian

Salam Ustaz, ana nak bertanya berkenaan puasa 6 dan puasa ganti yang sering menjadi persoalan bagi kaum wanita. Sebabnya jika buat puasa ganti, ralitnya dengan datang haid, memang tidak sempat nak habiskan juga puasa 6. Jadi yang mana satu perlu dilakukan dahulu?

Jawapan Ustaz Mahadi : Buatlah puasa 6 dahulu sebab puasa ganti boleh dibuat dibulan lain. Puasa 6 hanya boleh dilakukan dibulan Syawal sahaja”

Tapi ustaz, takut ajal datang sebelum sempat ganti puasa Ramadhan tu, sedangkan puasa 6 sudah dilakukan terlebih dahulu. Tidak berdosa ke?

Jawapan Ustaz Mahadi : Yang hal itu, kena bayar fidyah dari harta si mati. Tidak berdosa dengan syarat mesti ada niat mahu ganti. Sebab ganti puasa Ramadhan bagi perempuan haid adalah wajib “muassa” yang dilapangkan”


Berikut adalah perbincangan saya dengan Ustaz Mahadi Mohammad berkenaan puasa 6 dan puasa ganti. Tiada dalil dibawa bukan kerana tiada akan tetapi ini sekadar jawapan ringkas, cepat dan insyAllah tepat lagi pun berhubungan melalui SMS. Untuk jimat kredit terus langsung kepada solusi.

Sebenarnya, saya amat terganggu untuk memberi penjelasan itu disetiap article berkaitan hukum. Jika tidak dijelaskan, nescaya ramai yang "bersilat" di blog ini, tiada dalil apa semua. Tetapi ingin saya tegaskan, sebarang perkongsian yang diberikan adalah yang TERBAIK dapat saya kumpulkan, dan ia sekadar cetusan awal untuk kita mencari lebih TAHU. Ada dalil, saya kongsi sama,tiada masalah.

InsyAllah saya mengambil dan berkongsi dari sumber terpercaya dan bukan dari majalah lucah Malaysia seperti Mangga! Jadi ia mungkin penjelasan terakhir saya untuk article seperti ini. Boleh? mesti boleh sebab blog saya =)

Mungkin ada pandangan lain tentang hal ini. Tiada masalah, kerana Amad telah bersetuju untuk tidak bersetuju.Selamat menunaikan ibadah puasa 6 dan puasa ganti.


Yang Menjawap,
Mahadi Mohammad
Pelajar Master Syariah
Universiti Yarmouk, Jordan


Nota 1 : Perempuan duk kalut pening nak puasa 6, takkan kita lelaki duk saje...Jom puasa 6.

Nota 2 : Selamat datang kembali kepada semua. Cuti sudah selesai, raya sudah selesai, sekarang masa untuk berjuang!


Nota 3 : Blog baru PERMAI 10. Setiap pelajar Malaysia di Indonesia harus melihatnya...




: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

14 comments:

~candlesky~ said...

Btul2... Ni pandangan yang saya amalkan sjak mendengar perbincangan byk pendapat tentang puasa 6.. Kita tgk mcm mana isteri Baginda, Saidatina Aisyah menyelesaikan puasa 6 terlebih dahulu, kemudian menggantikan puasa yang ditinggalkan di bulan Ramdadhan...=)

~Moga setiap amalan kita diterimaNya..

nil said...

Didalam kes mengadha' puasa dan melakukan puasa sunat 6 hari didalam bulan Syawwal, ulama berbeza pendapat yang mana satu harus dilakukan. Beberapa ulama' berpandangan bahawa Tidak sah amalan sunat sebelum melakukan qadha'. Mereka menggunakan kaedah :

أن النافلة لا تؤدى قبل الفريضة

"Sesungguhnya amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu"

Akan tetapi, jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran. [Sharh al-Mumthi' 6/448].

Kesimpulannya, bagi puasa sunnat yang mempunyai fadhilat umum (seperti Isnin-Khamis), jika ia bersamaan dengan puasa sunnat yang mempunyai fadhilat khas (contohnya puasa sunat hari Arafah), bolehlah dilakukan niat yang khas (Puasa Arafah) bagi mendapatkan ganjaran puasa Isnin-Khamis sekali. Bagi Puasa qadha' yang dilakukan pada bulan Syawwal, dia boleh berniat qadha' dengan harapan moga2 mendapat juga fadhilat berpuasa didalam bulan Syawwal. Jika seseorang itu berniat puasa sunat, maka tuntuan qadha' masih tidak terlepas dari dirinya. WA.

sebuat Fatwa yang dikeluarkan oleh lembaga penyelidikan dan fatwa Arab Saudi yang menyentuh berkenaan dengan qadha' puasa Ramadhan dan puasa Isnin-Khamis :-


Soalan : Jika seseorang berpausa Isnin dan Khamis, adakah boleh digunakan puasa ini sebagai mengqadha' puasa Ramadhan? Atau adakah NIATnya perlu diasingkan?

Jawapan : "Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya." -[Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383].

sekadar berkongsi....

other artical..
http://www.zaharuddin.net/content/view/182/90/

Dr Amad said...

Candlesky- Jangan sampai kita duk serabut dengan banyak pandangan, alih2 semua kita tak buat.. naya-naya.

Dr Amad said...

Nil- akhirnya ada juga sahabat yang share pandangan yang lain tentang hal ini.Terima kasih.

Sebenarnya, saya sudah cari-cari juga untuk sama-sama kita menambah ilmu dan buat penilaian, tapi tidak jumpa. Terima kasih kerana kongsi yaaa.....

Fahim 'n Alin said...

kalau niat puasa qada' dsekalikan niatnya dengan puasa sunat isnin kamis,

apa bisa puasa qada' diniatkan sekali dengan sunat puasa 6?

salam kenal..

Dr Amad said...

Fahim n Alin- Itu adalah salah satu pandangan ulama, tetapi saya masih belum pernah membaca detail berkenaan hal niat disekalikan...ala-ala beli satu dapat dua.

Mungkin ada sahabat diluar ada pencerahan untuk bab ini...

Wslm kenal...=)

Max said...

Puasa 6 dulu atau Qada dulu??

Mana satu ye?

Hehe..

Yang jelas ulama' berbeza pendapat.Cuma kalau bagi diri sendiri lebih senang dengan Qada terlebih dahulu..

Selain dari perbahasan yang dibentangkan oleh nil,secara generalnya boleh dilihat pada hadis puasa 6 riwayat Muslim..

"Sesiapa berpuasa Ramadan dan kemudiannya diikuti 6 hari dari Syawal,puasanya seperti setahun penuh"

Ada frasa "berpuasa ramadan dan diikuti 6 hari dari Syawal"..

Puasa Ramadan 29@30 hari kemudian baru 6 hari Syawal..

Jadi kalo ditinggalkan beberapa hari dari Ramadan,dan kemudian berpuasa 6 dulu dari syawal seakan-akan tidak lengkap kerana Ramadan masih belum penuh ditunaikan..

Apabila tidak penuh sebulan,masakan dapat fadilat berpuasa seperti setahun penuh walaupun berpuasa 6 hari di bulan Syawal..

Wallahualam...

Tetapi,tidak dinafikan juga betul Aishah melewatkan qada.Cuma yang diketahui,ianya disebabkan kesibukan melayani Rasulullah bukan kerana Aishah berpuasa Syawal dahulu..

Terpulang lar.Asalkan sedaya upaya kita mengamalkan SUNNAH Rasulullah..

p/s:
Jangan sibuk2 nak berpuasa sunat kalau Subuh pun xsembahyang atau setiap hari jadi subuh gajah ;-P

Dr Amad said...

Max- Dek takut nak pakai mana-mana baju,kita telanjang...jangan sampai macam itu.

Dek kalut tengok banyak pandangan alih-alih puasa 6 tak buat, puasa ganti pun tak buat. Itu kemalangan dalam beragama.

Dulu dengar dan pegang yang ganti dulu jugak, tetapi sekarang rasanya mesra utk puasa 6 pula...erm, indah Islam ini...

suejana said...

usah pening2! takut nak pakai mana2 baju pn jgn...'hadis n pandangan ulama' smue dah ade, tgal nk buat je kan...

lawan nafsu mcm didikn ramadhan n segarkan sokmo2...
ooo...Dr Amad udah blk bandung yek..
apasal tak mai braya umah cikgu?...

mutiara solehah said...

Salam,

Mau tanya, bagaimana pula dengn melakukan puasa qadha' atau puasa sunat pada hari jumaat pd bkn bln Ramadhan? ada y mengatakan bahawa ia seolah-seolah meniru agama lain.

Minta pencerahan, syukrn jazilan....

Dr Amad said...

Suejana- Rasanya tak sampai pening lagi...lagipun jwpn diatas simple je. Jika ada perbezaan pandangan pada komen-komen, tetapi alhamdulillah masih terkawal.

Lani dah balik Bandung cikgu weh...dok dan nok gerok mana pun. Cuti rayo kejap jah..

Dr Amad said...

Mutiara- Tiada masalah dengan puasa itu. Agama apa yang puasanya hari Jumaat?

Nil said...

Salam... jumpa lagi.. :)
Buat Fahim 'n Alin dan yang lain2..

Bolehkah puasa qadha' digabungkan sekali dengan puasa sunat?

a) Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha'

Imam Syafi'iy (al Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) : hendaklah dibedzakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).

Imam Jalaluddin as Syuyuti (al Isybah) juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.

Pandangan Imam2 lain...


Memandangkan terdapat beberapa masalah susulan yang timbul saya(THTL) telah membuat research yang lebih detail dalam masalah ini dan merumuskan bahawa persoalan puasa qadha' (puasa hutang) dan puasa sunnat boleh digabungkan sekali; ia termasuk isu khilafiah (yang diperselisihkan para fuqaha') kerana nas hadis dalam masalah ini tidak jelas.

Pandangan pertama:

menggunakan perbahasan kawa-id feqah (Bahawa setiap amalan adalah dengan apa yang dia niatkan) tidak membenarkan digabungkan dua ibadah : wajib dan sunat digabungkan sekali ; dalam hal ini puasa qadha' mesti dibuat dahulu kemudian baru diikuti dengan puasa sunat seperti puasa syawal.

Contohnya jika seorang wanita ada 10 hari puasa qadha' Ramadhan. Apabila tiba syawal dia dikehendaki menyempurnakan puasa qadha' dahulu sebelum dibolehkan berpuasa sunat 6 hari syawal; dia tidak boleh berpuasa dibulan syawal dengan mengggabungkan dua niat dalam satu puasa (yakni puasa qadha' dan puasa sunat).

Pandangan kedua:

membolehkan puasa sunat dan qadha' digabungkan dalam satu.

Dr Wahbah azZuhaili (Fiqh Islami wa'adillatuh) menjelaskan: seseorang yang berpuasa qadha' dibulan syawal beroleh double bonus atau triple bonus yakni dia boleh pahala puasa qadha', juga pahala puasa sunat syawal sekaligus dan jika dia berpuasa pada hari isnin/khamis; dia juga mendapat pahala sunat isnin khamis.

Ini juga pandangan Imam Nawawi dan Ibn Hazm (al Muhalla): menurut Ibn Hazmin, nas yang menegah dari RasuluLlah saw tidak ada apabila baginda menyuruh kita berpuasa enam supaya kita menyempurnakan puasa qadha' terlebih dahulu.

Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha' pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha'nya di bulan-bulan lain. Ini juga satu cara.

Jadi menjawab soalan susulan di atas, apakah boleh kita puasa qadha' dan puasa sunat syawal sekali gus;

Jawapannya: boleh; jika menggunakan kaedah Ibn Hazm dan Wahbah Zuhaili; kita berniat puasa qadha' dalam bulan syawal dan sekaligus mendapat double bonus; dan jika puasa itu jatuh pada Isnin/khamis; layak mendapat triple bonus secara otomatik.

Tulisan oleh,
Ustaz Tuan Hasan Tuan Lah

Apa yang penting niatlah yang wajib dulu (puasa qadha') i.allah dapat ganjaran yang sunat...

Waallahu'alam.. Yang benar dari Allah, kalau ada salah silap dari saya sendiri..

sekadar membantu...

Dr Amad said...

Nil- Syabas Nil...satu pencerahan yang menyeluruh dengan mengambil kira banyak pandangan ulama dengan nas-nas yang menyakinkan.

Diharap,dengan perkongsian ilmu ini,lebih menjelaskan lagi pegangan kita bukan menyulitkan lagi. Jika sulit,ia telah keluar dari niat asal article ini ditulis.

Selamat berpuasa buat semua.