Tuesday, 14 April 2009

FI : Hukum Berinai Di Tangan

Gambar Hiasan

Salam...

Ana nak bertanya berkenaan hukum inai di tangan. Sekarang semakin banyak trend yang membuat inai ditangan atau ditempat-tempat lain di badan. Jika dahulu,merahnya inai di hujung jari,sekarang seakan dibuat corak-corak tertentu di badan. Apa kedudukan hukum bagi perbuatan ini?


Jawapan:

Hukum berinai....

Bagi lelaki: Haram berinai bagi lelaki kerana tidak sesuai dengan fitrah kelelakian, bahkan menyerupai wanita...Hanya dibenarkan untuk tujuan berubat, pada anggota badan seperti ibu jari kaki kerana utk rawat penyakit "cengkang kuku", adapun menginai rambut, ana dah buat artikel sebelum ini... Hukum inai rambut


Bagi wanita
: Boleh menginai jari dan tangan bagi wanita yang telah berkahwin untuk tujuan berhias bagi suami...adapun wanita yang masing bujang, tidak dibenarkan kerana tidak ada tujuan yang syarie bagi berhias...untuk ditunjuk kepada siapa? kepada org ramai.. tentu sekali haram...trend masakini yang menginai tangan dengan corak2 dan bunga2an, tidak dibenarkan kerana ia akan mendatang fitnah kepada lelaki yang bukan mahram. Bagi tujuan berubat, hukumnya harus seperti laki-laki.


Wallahu a'lam


Mahadi Bin Mohammad
Syariah, Universiti Mu'tah


Ulasan Amad: Banyak hal yang kita buat sehari-hari tanpa kita selidiki halal dan haramnya. Saya berkongsi hukum ini,kerana banyak ditanya oleh sahabat-sahabat terutama sahabat perempuan.Hati saya juga terdetik untuk bertanya berkenaan hal ini disebabkan melihat ramai gadis-gadis membuat inai di Jatos.


Bagi yang telah membuat perbuatan ini,yang berlalu biarlah berlalu. Sekarang kita sudah jelas kedudukan hal ini dalam Islam.Untuk kehadapan,saya berharap tidaklah ia berulang kembali.


Kita mahu Allah sayang kita,jadi kita ikut perintah Dia.Bila Allah sayang kita,kita pun gembira. Tegur menegur itu tanda sayang Amad pada kalian.


Nota 1
: IMAN will organize Health and Hygiene Campaign.Check it out....


Tekan untuk besarkan


Nota 2
: Kepada semua bloggers IMAN,kalian diwajibkan perpanjangkan kempen ini di blog kalian.Untuk sahabat-sahabat lain, turut serta kempen juga amat-amat dialukan.


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

31 comments:

Anonymous said...

salam..

oh, kalau yang kat kuku tu pun tak boleh yeh?alaaa...huu..

kalau yang corak2 tu memang x teringin pun, sebab macam menyerupai tatu pulak.

muniri edogawa said...

tp kan inai dia pelik...
boleh kikis lgi inai tu...
kalo ikut pengalaman pakai inai bukan tahan lama jer but inai yg diorg buat kat jatos tu kejab jer..mcner tu bro amad??adakah ia menghalang wudhuk??
plus mau tny inai tu ade kaler itam jugak eh??

p/s:nk pakai inai better cara traditonal..petik daun inai,tumbuk inai then tempek ke tgn...pakai ramai2 skali ngan pengantin..fuh nostalgia sungguh=)

Nina :) said...

slm..oo.. baru tau.. byk gak terpk aritu tp org ckp xpe.. hurmm.. xpe2..len kali kite berigt.. good post. :)

3rdmarch said...

Salam..
Sy da tgk vid Mufti Perak kbo dah haram..
Tp kat Msia xdop plok war2kan..
Kebelakangan ni ramai y pakai inai y kat jatos 2..
So,post ni dikatakan pemberitahuan..
Bagus2..
1 lg kes y slalu terjadi tp org ramai xtao..mcam kes judi hri 2..

Dr Amad said...

Anoymous- Setakat saya belajar dengan tok-tok guru,ustaz-ustaz lah kan,berkenaan dengan inai ni,mereka kata inai adalah pakaian perhiasan wanita yang mahu menikah. Dalam erti kata,inai dipakai sebagai tanda dia adalah pengantin baru. Selain dari alasan berubat,pemakaian inai adalah dilarang.

Waalahulam..

Dr Amad said...

Muniri- Jika ia menghalang wuduk,sememangnya haram.Kita nak berwuduk dan sebagainya. Tetapi inai yang dipakai ramai sahabat2 kita itu,saya kurang pasti bahan dan sampai ke idak ke kulit air.

Jikalah sampai sekali pun,hukum yang Ustaz Mahadi bgtau tu pulak mengambil tempat.

p/s: Muniri nmpk gaya cm dah xlama je...ahaks

Dr Amad said...

Nina- Ahlan diucapkan... Kita jangan membuat sesuatu dengan hanya dengar cakap-cakap orang,nak2 bila berkaitan dengan hukum.Sayang jika wat silap dlm perasangka kita wat sesuatu dibenarkan syarak.

Dalam menghayati Erti Hidup Pada Memberi,saya berkongsi ini.

Mai la bertandang lagi...Sampaikan pada sahabat-sahabat lain yaa

Dr Amad said...

3rdmarch- Tidak diwar-warkan tidak semestinya ia membuktikan tindakan itu betul. Dahulu,masyarakat kita marah si gadis dibawa kehulur kehilir oleh si laki.Sekarang,siap mak runsing,anak gadisnya tidak dibawa kemana-mana oleh si lelaki.

Jika menusia berhukum mcm itulah jadinya,tetapi jika Allah...putih dan hitam.Tiada kelabu...

Anonymous said...

aa, nak tanya out of context sket buleh?
pasal inai rambut.

katekanlah ade sorang ni, berinai rambut sebab saja2 and since dia bertudung, maksudnye x tunjuk kat sape2 la kan. and katanye dia guna garnier because the content halal.cemane tu? kalau hukumnye xbuleh, cemane dengan inai tu? kene buang serta merta or cuma discontinue pemakaian?sebab bahan garnier tu kan halal(kot) cuma hukum pemakaian tu yang tak betul.ke camne? faham tak persoalan nih?

Dr Amad said...

Anonymous- Rasanya tahu hukumnya,tapi tidak yakin untuk bagi tahu.Bimbang salah..tapi xpe,nanti saya akan refer persoalan ini pada Ustaz deh.Just leave ur email,nanti akan saya emailkan jawapan Ustaz.

Soalan jelas lagi bersuluh.

nur_aishah said...

Slm amad...time kasih pasal keluarkan post ni..kalu tak, tak sedar pon..ingtkn boleh.

sebelum ni,setiap kali cousin kawin, ngada2 nak wat juga.
jd,pasni..kenala tunggu smpai diperbolehkan..hehe..

teruskan usaha anda... wslm

Anonymous said...

salam...menjawab soalan Anonymous (14 April 2009 17:44)pasal inai rambut
1. inai yg pakai tu pastikan janganlah warna hitam, and content dia halal....
2. kalu dah pakai, biarkan sehingga dia hilang sendiri...
3. walau pun tak tunjuk kat sape2, eloknya tak perlu, maybe bawa perasaan nak tunjuk2 kat kawan2 dan bermegah2 dgn perhiasan...andaikan tidak ada perasaan tersebut, walaupun tak sampai kpd haram, tetapi tidak ada sebab syarie...;)
Wallahu a'lam...suyuthy84

Dr Amad said...

Aishah- Hehe,sampai masa tu,hantar-hantarlah kad ke Jatinangor ni deh...

Dr Amad said...

Anoymous- Syukran Ustaz Mahadi atas pencerahanya...

Dr Amad said...

Article diatas tidak sertakan dalil,buat yang ingin mengetahuai dan belajar lebih lanjut berkenaan hukum inai,boleh semak dalil di bawah:

Assalamualaikum, kerana jawapan yang diberikan terdahulu tentang hukum berinai amat ringkas, di sini dibawa beberapa dalil dan sumber rujukan untuk pembaca:

1. Sunat bagi wanita yang telah berkahwin menginaikan tangan dan kakinya dengan inai, jika si suami menyukainya. Adapun selain daripada wanita yang telah berkahwin, maka tidak disunatkan demikian itu, bahkan haram baginya menginai rambut dengan warna hitam dan menginai hujung jari, dan haram memerahkan pipi bagi wanita bujang atau dilarang oleh suami.
(Manhaj Qawim syrh Masail Ta’lim, Ibn Hajar Haitami, cetakan 2006M Darul Minhaj, Jeddah, ms:76)

2. Adapun menginaikan tangan dan kaki dgn inai, maka ianya sunat bagi perempuan yang telah berkahwin, kerana hadis yang masyhur padanya, dan haram bagi lelaki kecuali untuk tujuan perubatan dan seumpanya. Antara dalil pengharamnya bagi lelaki sabda Nabi S.A.W: Allah melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita (Hadis sahih, riwayat bukhari); dan hadis daripada Anas R.A: Bahawa Nabi S.A.W melarang lelaki memakai za’faran (bahan yg berbau wangi & berwarna kuning) (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Tentu sekali sebab pengharaman kerana warnanya, bukan bau, kerana bau-bauan digalakkan bagi lelaki. Maka inai hukumnya seperti za’faran. Dalam Sunan Abi Daud, hadis daripada Abi Hurairah: Bahawa Nabi S.A.W dibawa kepada baginda lelaki yang menyerupai wanita, tangan dan kakinya berinai , lalu berkata Rasulullah: Kenapa dengan dia ni? Lalu dijawab: Wahai Rasulullah, dia sering menyerupai wanita. Lalu baginda menyuruh dibuang daerah ke Naqi’(nama tempat berdekatan Madinah). Lalu sahabat bertanya: Kenapa tidak kita bunuh saja dia? Baginda menjawab: Sesungguhnya aku dilarang membunuh orang yang solat (masih beriman). Tetapi hadis ini sanadnya majhul “tidak diketahui” (antara sebab hadis daif).
(Majmu’ syrh Muhazzab, Imam Nawawi, 1/295, Maktabah Syamelah)

3. Disunatkan bagi wanita yang berkahwin berinai kerana ianya perhiasan dan berhias dituntut untuk suami pada setiap waktu. Dan makruh bagi selain daripada wanita yang telah berkahwin berinai tanpa sebab keuzuran, kerana bimbang membawa fitnah. Dan haram bagi khunsa dan lelaki berinai tanpa sebab keuzuran, kerana larangan menyerupai lelaki.
(Asna Matholib, Syeikh Zakaria Al-Ansari, 6/125, Maktabah Syamelah)

* Dalam masalah mengerjakan haji, sunat bagi wanita secara umum menginai seluruh tapak tangannya untuk menutup warna kulit dan mengelakkan fitnah. Ulamak menyatakan bahawa sebabnya kerana wanita yang berihram tidak boleh menutup tapak tangannya dgn sarung tangan dll, maka cara utk mengurangkan fitnah ialah dengan mewarnakan seluruh tapak tangan dengan inai.

4. Jika berinai kerana tujuan ihram, maka ia digalakkan bagi wanita samada sudah berkahwin atau belum, yang masih muda atau telah berumur. Dan apabila berinai, hendaklah berinai seluruh tapak tangan. Ada pun wanita yang berkabung (kematian suami), maka haram ke atasnya berinai. Dan khunsa seumpama lelaki pada hukum inai (haram). Dan sunat berinai bagi selain wanita yang berihram jika telah berkahwin. Jika tidak, maka makruh hukumnya (bagi perempuan yang belum berkahwin). Tidak disunatkan bagi wanita mengukir (mengcorakkan), menggunakan warna hitam, menginai hujung jari shj, dan mewarnakan pipi; bahkan haram setiap perkara tersebut bagi perempuan yang belum berkahwin dan wanita yang tidak diizinkan melakukannya oleh suami.
(I’aanah Tholibin, Syed Bakri, 2/387, Maktabah Syamelah)

5. Daripada Ummu Rafi’ khadam Rasulullah S.A.W berkata: Tidak mengenai Rasulullah luka-luka melainkan baginda menyuruhku meletakkan inai di atasnya. (Tirmizi:1979, Ibn Majah:3493)

Wallahu a’lam…


Mahadi bin Mohammad
Syariah,Universiti Mu'tah

anasolehah_7 said...

Salam

dulu pernah teringin sangat nak berinai penuh tangan, lepas itu ayah cakap macam ini;

"Harga untuk bayar upah henna (inai) tangan itu RM10, jadi babah akan bagi RM 50 kalau kakak tidak berinai"

Masa itu, pelik sangat. Cuma memang sikap ayah tidak akan menghuraikan. Biar cari sendiri. Alhamdulillah kerana ingin tahu jadi cuba mencari ilmu:D

Dr Amad said...

Anasolehah- Wslm...Amboi nak inai penuh tangan,silap-silap org ingat kayap..hehe.

Memang anak babah kak ni.Kim salam ke pakcik misai...ahaks

anasolehah_7 said...

Pakcik misai??:D

Kena kaji ADAT berinai penuh tangan ini dari mana. Bercorak-corak segala ditangan dan kaki ini integriti BUDAYA apa.

Setelah mengkaji, baru kita tahu alasannya kenapa. Sekarang kalau sebut HARAM/MAKRUH cepat benar orang melatah. Pandang dan cari alasan Ulama' atau ahli Fiqh menyimpulkan sedemikian. Wallahualam

Dr Amad said...

Anasolehah- Haish..kak ni sokmo pancing sampai keluar dari konteks article.Oklah kira saya terpancinglah ye.

Adakah adat itu semuanya bersalahan dengan Islam? Oleh kerana ia berasal dari negara India yang majoriti Hindu,ia tidak boleh diikuti?Tahukan kita rakyat di India juga Islamnya lagi awal dari kita? Adakah Adat Melayu itu semuanya kena pada mata syarak?

Hehehe...nak provoke sangat.

anasolehah_7 said...

To Dr Amad:

Aik terpancing juga?Ingat tak mo layan. (^_^)

Tidak semua adat bersalahan. Tetapi ada juga adat yang tidak kena pada syara'.

Mungkin syeikh leh kupas dari aspek Adat dan Syara'?Nak juga tahu:D

Dr Amad said...

Anasolehah- wat mai ayam golek dlu seekor..baru leh kupas mengupas.Kalu idak,maleh nak kupas...kekoh terus

nurul88 said...

kecik2 dlu..tiap kali raya je,mmg dh jadi mcm wajib utk cucu2 tok berinai...kire mlm raya pakai inai ramai2 ngn spupu..

hmm..kecik2 la..n xtau pn hukum2 ni..asal tgk jari merah je..suke...

bila dh bsr..even masa tu xtau hukumnye dah masuk dlm hukum tabarruj(berhias)..malu nak pakai sbb tkut org kata dh kawin..n bila pakai ramai org akn tegur itu ini..so,jd xnak pakai dh..;)

jd tnggu la masa yg ssuai kalo nak pakai jgk..utk kesihatan n keselamatan umat sejagat~=)

KEMPEN BERSIH & SEHAT
- x pakai inai -> bersih dari fitnah,bersih hati,bersih dari pandangan lelaki(menarik perhatian)
- x pakai inai ->bila bersih InsyaAllah sehat..peace^^v

Dr Amad said...

Nurul- Pandai amirah IMAN...anak Dumex ni..hehe

fArHaNa said...

huu. dulu pnah la skali masa kat umah, nak pakai inai kat kuku pastu mak x bagi. sbb mak ckp blum kawin lg:p

n pnah jugak g pakai inai kat jari tgn tp ujung2 je,n x buat pkat2 konon2 xnak bg obvious pdhl nmpk je..gatai sangat nk pakai.huhu-_-

tp kn, kalo pakai kt kuku kaki pn xleh ek? sbb org x nampak..hmmm..

Dr Amad said...

Farhana- Hah,nak pakai kat kaki...Erm,saya cuba kiaslah(suke2 nak kias) berdasarkan jawapan Ustaz Mahadi tu..

3)walau pun tak tunjuk kat sape2, eloknya tak perlu, maybe bawa perasaan nak tunjuk2 kat kawan2 dan bermegah2 dgn perhiasan...andaikan tidak ada perasaan tersebut, walaupun tak sampai kpd haram, tetapi tidak ada sebab syarie...;)

Komen Amad: Tiada sebab syarie kan,jadi elakkan lah.Nak pakai juga,pastikan saudari ada sakit cekam kuku.Time tu harus,bahkan saya pun support saudari pakai...hik3. Ini jawapan saya yang tidak mengikuti kuliah Syariah.Boleh lagi nak adjust kalu salah.

fArHaNa said...

Hmmm btul jugak tu. Kalau dah pakai tu mesti nak tayang kat orang kan...

Kesimpulannya lebih baik tinggalkan je trus kalau ada rasa ragu2 boleh atau tidak kan kan. Kalau nak pakai sangat.....ha kawinlah cpt2!
hahaha=p

Dr Amad said...

Farhana- Nampak gaya xlama dah tu...kepap..kepap..kebommm...kebomm.

*F.Y* said...

salam dr.amad
nk tanya n clarify balik hukum pakai inai bagi perempuan ni...sebabnya saya terjumpa hadis ini:

Diriwayatkan dari Aishah RA. Bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)

dan saya tanya pada sahabat yg lain, dia jawab pada zaman rasulullah SAW, antara cara membezakan lelaki dan perempuan yang berbaiah padanya adalah dengan melihat tangan mereka samada berinai atau tidak...

kiranya berinai ni pun dah jadi suatu kebiasaan pada zaman nabi dulu.

lagi satu sy nk tanya, bukankah asal sesuatu hukum adalah harus selagi tiada dalil yang menegahnya?

terima kasih dan selamat menjawab exam=)

(jawab lambat2 pun xpe,hehe)

*inai yang dimaksudkan adalah inai di hujung jari bukan inai lukis2 sampai pangkal lengan tu*

jzkk~

Dr Amad said...

Farhana Yem- Dalam masuk berpuluh komen, akhirnya perlu clarify lagi..huhu.

Tentang hadis, apa yang nti tau dan faham tentang hadis ni? apa peristiwa disebalik hadis ini? adakah jumpa dan kita mengambil lateral itu bertepatan dengan kehendak sebenar hadis?

Sebab, melalui pencerahan yang saya dapat tentang hadis ini.Peristiwa disebalik itu adalah perempuan itu sudah tua dan tangannya kasar. Oleh sebab itu, nabi kata, kalau perempuan itu,elok pakai inai.

Antara sebab diharamkan perempuan belum berkahwin memakai ini adalah kerana saddu zarai' dan fitnah. Nak check lagi jelas, Farhana boleh check kitab2 ini

1. (Manhaj Qawim syrh Masail Ta’lim, Ibn Hajar Haitami, cetakan 2006M Darul Minhaj, Jeddah, ms:76)

2. (Majmu’ syrh Muhazzab, Imam Nawawi, 1/295, Maktabah Syamelah)

3. (Asna Matholib, Syeikh Zakaria Al-Ansari, 6/125, Maktabah Syamelah)

4. (I’aanah Tholibin, Syed Bakri, 2/387, Maktabah Syamelah)


Berkenaan dalil- Setiap hukum itu harus, melainkan ada yang mengharamkan...Itu prinsip hukum dlm Islam.

Jadi nak tahu ada ke idak dalil yang mengharamkan, kita perlu belajar dan carilah. Tanya orang yang mengabdikan diri dengan disiplin ilmu agama, aka ustaz dan ustaz,tok2 guru. Jangan yang ditanya adalah doctor yang kitabnya adalah Moore.

Doc, nak sembang pasal medic kita boleh layan la..Ustaz pun tidak boleh ckp banyak bab medic sebab bkn bidang dia.

Btw dalam Islam, sumber hukum itu bukan semata Al-Quran dan Hadis, tetapi banyak lagi sumber yang boleh kita jadikan sandaran dan rujukan.

* Hasil perbincangan panjang dengan Ustaz Mahadi*

p/s: sejuk pagi ini, jiwa pun damai. Selamat membaca komen dengan damai...

*F.Y* said...

orait..jzkk~

tak teringin pun nak pakai inai sbenarnya, cuma aritu ada bincang2 jd teringat balik post ni.

nway yang ditanyakan tu bukanlah doktor medic tapi boleh dikatakan berilmu juga dalam agama ni, xpelah mungkin dia terlepas pandang. lagipun memang ada yang berpegang hukum ni harus pun kan..

tentang list yg enta bg, ada terbaca sikit ulasan imam an-Nawawi malam tadi, cuma nak bace pendapat lain jugak so tq atas list tersebut~
rasanya x penting pun inai ni, yg penting memelihara diri dari fitnah dan benda tu bukanlah senang~huhu

jzkk again..

Dr Amad said...

Farhana- Doctor itu,analogi sahaja. Mungkin boleh diganti dengan posmen, ataupun kerja kacau simen.

Jika harus, itu yang boleh dikongsikan disini. Sebab selama saya belajar, amat jelas hukum dinyatakan haram oleh alim ulama. Itu sahaja...jika harus, meh kongsi disini.

Fitnah..jaga2 lah..once kena bukan senang nak buang...