Friday 29 August 2008

Madrasah Ramadan

Alhamdulillah


Ucap puji dan syukur diatas rahmat Allah kita tidak lama lagi memasuki Madrasah Ramadan. Setelah setahun kita meninggalkan Madrasah ini,akhirnya ia datang menjemput kita kembali. Madrasah yang melatih penghuninya berlapar dahaga mula terbit fajar hingga terbenam matahari. Kerapkali penghuni madrasah Ramadan akan menglipatgandakan lagi amalan bukan sekadar berlapar dahaga tetapi dengan membaca buku panduan hidup( Al-Quran), bersolat sunat Tarawih,bersedekah dan macam-macam lagi.



Saya melihat ada dua jenis ragam penghuni Madrasah Ramadan.Yang girang gembira dan yang bermuram durja.


Yang girang gembira bila melangkah ke madrasah biasanya mereka sudah ada bekalan sedikit “iman”.Gembira mendengar dan melihat balasan dan imbuhan yang dijanjikan oleh Mudir Madrasah Ramadan.Ganjaran yang kita tidak akan dapat dimana-mana.DIA telah menjanjikan pada penghuni madrasah Ramadan yang menanti dan mengikut segala peraturan dengan imbuhan PAHALA dan percutian ke SYURGA.


Yang terpaksa masuk madrasah Ramadan,menerima takdir itu dengan muram dan tidak bersedia bahkan ada yang sudah berkira-kira nak “mengelat” atau melanggar peraturan madrasah. Hakikatnya,semua penghuni sedia maklum tentang hukuman yang akan dikenakan pada penghuni yang “nakal”…


Disini saya berpesan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat,ayuhlah kita menerima dengan masuknya kita ke madrasah Ramadan diterima dengan hati yang penuh syukur.Ketahuailah bahawa,ada insan yang Allah telah tarik nyawanya sebelum dia memasuki madrasah idaman kalbu ini.Bersyukurlah,kita sekali lagi diberi peluang oleh mudir madrasah ini.Berbesar hatilah wahai penghuni madrasah Ramadan,kita bakal mendapat tarbiah “direct” dari Allah.Bahkan dengan Allah telah bagi bonus dengan tidak membenarkan budak nakal masuk sama madrasah Ramadan…Si Syaitan


Allah tidak membenarkan Si syaitan memasuki sama madrasah Ramadan. Sekarang keputusan ditangan kita.Masa terus berlalu,ia bukan tanda kita semakin hampir “next burfday” tetapi semakin hampir kepada tarikh MATI…Mahu tunggu apa lagi???


Ayuh pulun Ramadan cukup-cukup!!!


Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]


Selamat Datang Bulan Ramadan,saya ingin mengucapkan kepada semua umat Islam, Selamat berpuasa dan semoga kehadiran bulan penuh barakah ini,dikira amal dan menambahkan lagi "aset" kita untuk DISANA nanti.



.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Wednesday 27 August 2008

Politik Orang Kampung

Alhamdulillah kita baru selesai mengharungi pilihanraya umum Permatang Pauh. Saya mengguna ganti nama KITA bukan pengundi Permatang Pauh sahaja kerana bagi pandangan saya pertembungan bukan sahaja antara dua parti tetapi lebih kepada pertembungan HAK dan BATIL. Jentera yang digunakan adalah parti melawan kerajaan bukan lagi parti lawan parti. Tidak jantan la bro!!!


Saban hari kita disuap oleh media massa tentang cerita liwat,sumpah,pembunuhan altantuya, kekerasan semasa kempen dan macam-macam lagi 1001 kisah. Cuma hanya tinggal pada pemdengar,pembaca dan penengok itu sendiri menilainya.Sungguh mereka tidak peka terhadap isyarat jelas yang diberikan oleh pengundi pada PRU baru-baru ini,terutama pengundi muda.


Adakah nilai diri kita seperti haiwan dipadang rumput,terima sahaja makan dari tuannya tanpa memikir kelak dijadikan lauk gulai untuk orang kahwin. Kita mewakafkan aqal fikiran untuk diprogramkan tanpa perlu dinilai dan ditapis.



Kelu


Jumud


Terkongkong


Tetapi saya tidak berminat nak kupas tentang semua itu kerana sudah banyak dikupas dan dijelaskan…


Bak kata orang ganu “Mung seme bace la diri,dok kang nok royak sutey-sutey.Nok kene orang
suak sokmo,tekang la gini”. Tidak paham?paham-pahamkan la..


Saya lebih berminat untuk menceritakan scenario diluar Permatang Pauh sebelum keluar keputusan pilihanraya umum.


Rumah.


Entah kenapa sejak balik dari Indonesia,saya perasaan tv kita banyak bebenor cerita ceriti Indonesia atau populernya sinetron Indonesia.


Geram.


Muak


Bosan


Mana idaknya,duk Indonesia hari-hari tengok cerita mereka.Balik Malaysia cerita mereka lagi.Asik duk berebut dengan adik.Dia dengan AnakKu AnakMu (Anakku bukan Anakku) dan Intan,saya pula dengan laporan berita.


Pada petangnya,abah sememangnya tiap hari beli surat khabar.Dalam satu-satu hari itu bukan satu,tetapi 3 jibik. Tetapi entah kenapa saya seakan malas dan tidak berminat membaca suratkhabar terutama suratkhabar berbahasa Melayu. Masuk bab laporan PRK laju je baca.Tidak amik pot…


Meloyakan


Tiada kredibiliti


Diperkudakan


Dengan berita yang 98% yang berat sebelah. Saya sememangnya menolak apa-apa laporan yang dibawa oleh surat khabar. Yang dibacanya kartun Mamak Cyber. Dalam berbicara tentang kredibiliti dan profesionalisme , teringat dialog pelakon Senario dalam filemnya “Dalam surat khabar mana boleh percaya.Semua bohong.Yang betul no ekor”.


Ibu dengan kisahnya sendiri.Ibu entah macamana terlepas janji mahu belanja kami semua jika Anwar menang. Jadi memang rezeki kami malam tu.


Saya memang sibuk dengan internet terutama pada hari pengundian. Internet adalah pilihan saya untuk “topup” atau dalam bahasa Indonesianya ” Isi pulsa” berkenaan perkembangan terbaru di Permatang Pauh.Laman web sesawang yang selalu saya singgah adalah Tranungkite,Malaysiakini dan Harakahdaily.


Surau


Saya pergi solat dalam jam 8:40 ke masjid.Dan seperti biasa perbincangan berkaitan politik memang menjadi pilihan tidak lepas dari omongan pakcik-pakcik disurau.Usai solat Isyak,jemaah dah gamat berbincang tentang PRK.


“Tadi TV3 royak undi dok rasmi Anwar menang”, ucap pakcik tersenyum sambil tangan mengulung rokok daun…Biasanya saya turut join mereka.Join duk sembang bukan join duk gulung rokok daun. Tapi malam itu saya tidak berminat nak join,maklumlah perut berkeroncong berdongdang sayang pinta diisi dan mahu cepat-cepat balik untuk mengetahui perkembangan terbaru


Kedai.


“Guane dik,Anwar menang dok?”, tanya seorang pakcik bila saya baru sahaja sampai.


Oleh kerana ibu terjanji untuk belanja roti canai.Ia menjadi tugas berat untuk saya kerana perlu beli dan makan.Kononnya lah


“Kalu ikut keputusang dok rasmi,Anwar menang lebih majoriti 10ribu”,jawap saya. Saya tengok pakcik itu mengurut dada dan tersenyum lebar.


Lega gamaknya.


Markaz Pas


Dalam perjalanan balik,di Markaz Pas penuh orang.Bebanding sebelum ini, markaz sekarang
sudah moden. Siap pasang Astro lagi. Saya sekali lagi tidak berminat untuk singgah kerana orang-orang dirumah belum makan lagi.


Berdebar


Tertunggu-tunggu


Penuh Pengharapan


Keputusan rasmi:
PKR:
31,195 undi
BN: 15,524 undi
AKIM: 92 undi
Jumlah keluar mengundi: 47,528
Peratus keluar mengundi: 81%
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi.
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,388


Keputusan rasmi SPR dalam jam 9:45 malam meredakan kebimbangan dan debar.Terukir senyum oeleh sebahagian besar warga Malaysia.Yang menarik sekali lagi media telah menjadi kuda tunggangan kerana tidak membuat lintas langsung pada acara SPR umumkan keputusan. Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan takbir dan tahmid bukan sahaja di sana tetapi warga Malaysia keseluruhannya.




Allahuakbar


Alhamdulillah


Kemenangan ini adalah amanah dan ujian dan bukan untuk bermegah-megah. Usaha kita hanya sedikit berbanding pertolongan Allah. Sesungguhnya mencari kemenangan itu tidak sesukar mengisi kemenangan. Saya harap dengan kemenangan Anwar ini, Islam itu diletakkan pada tempatnya.Kita sering katakan pihak belah sana tidak betul itu dan ini.Sekarang Allah sudah anugerahkan kemenangan,jadi laksanakan amanah itu sebaiknya.Kearah Malaysia Yang Lebih Baik.


(Kita bukan gila kuasa,tetapi kita mahu ambil kuasa dari orang gila)- Ustaz Ismail Kamus

Friday 15 August 2008

Selamat Hari Lahir

Salam buat semua…


Sudah lama tidak update dan muatkan article kat blog ini.Bukan kerana tiada idea,tetapi entah kenapa setiap kali taip article,last-last masuk ke draf. Jadi untuk start balik engine yang mula menyejuk,saya muatkan gambar-gambar dahulu.Biar gambar berbicara…..


Pada tanggal 14 Ogos adalah tarikh lahir insan yang paling saya sayang…Ibu


Pada tahun 2008,dia sudah berumur 49tahun.Entah apa yang terjadi pada abah kali ni.


“Selama ibu kahwin ini kali pertama abah bagi bunga”, senyum ibu. Sempena ulang tahun kelahiran kali ini abah dengan romantik memberi ibu bunga.


Jambangan Bunga Melahirkan CINTA

Abah cerita masa duk beli bunga ini kat amoi cina tu…


“Aji, ini bunga mau kasi ke siapa”,tanya amoi tu.


“Ini untuk awek la”, kata abah.


“Waa,aji dah tua-tua mau ada awek lagi kah?”, saya dan family ketawa




Awek Abah


Buat Isteri Tersayang


Buat Fatimah Chek, ami dan adik beradik lain mengucapkan Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke 49..Penat lelah dan kasih sayang tanpa syarat itu,kami tidak mampu balas dengan wang dan harta.Cuma satu yang ibu perlu tahu,Kami sayang Ibu…Semoga menjadi muslimat,isteri,ibu dan guru yang solehah dan berbakti pada DIA..


Pengajaran: Jangan sangka orang tua tidak romantik.Jangan masa muda bercinta bagai nak rak.Jiwa raga nak serah,lautan api neraka nak berenang..Bagi bunga,bagi bear,bagi kad itu dan ini.Masa dah kahwin,tarikh lahir pun tidak ingat...Biar romantic kita itu mendapat pahala.. Jangan romantik yang kita lahirkan mengundang murka Allah akhirnya.Cmna nak romatik yang dapat pahala?


Lu pikir la sindiri….


"Tahun ni abah bagi bunga,tahun depan abah bagi pokok durian pulak", gurau abah.Siapa sangka orang yang suka "merotan"anak masa kecil-kecil,lani sudah pandai bercanda...


.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Monday 4 August 2008

Bahasa Dakwah

Bahasa Amad


“Kalau amad nak tahu jawapan yang atas tu,jawapan yang bawah ni kena tolak dengan yang ada kat atas itu”, terang saya laksana cikgu yang sudah mengajar 20tahun.


“Amad paham tak?”,saya bertanya.


Amad mengeleng.


Saya pun pening.Pening mencari bahasa yang sesuai bagi subjek matematik untuk diterangkan pada amad yang berumur 8tahun.Matametik yang penuh angka dan dicacamerbakan oleh pemerintah dengan BI.Ligat dan jenuh saya fikirkan macamana nak terangkan apa yang saya paham untuk amad faham juga.Bersyukur dan berterima kasih buat semua guru yang tidak kenal penat lelah mengajar muridnya.


Sang Murabbi

Pengalaman


Ilmu


Kesabaran


Bahasa Dakwah


“Khilaf dikalangan ulama..bla..bla..bla”, terang seorang daie’ pada madu’nya. Bagi daie’ itu penerangan tetapi bagi madu’?


Bebelan barangkali.

Bahasa Dakwah=Alim dan Hikmah


We know, understand about Islam but not enough competence to explain in simple word what it is ISLAM?


Kenapa keadaan ini terjadi? Saya pasti daie’ itu didadanya penuh dengan ilmu.Tetapi kenapa dengan ilmu penuh didada itu,ilmu yang kita sampaikan tidak dapat ditelan oleh madu’?


Sebelum kita berdakwah kita telah melangkah bendul satu step.


Memahami madu’ itu sendiri.Dengan pusat bertindik,zina entah dah berapa kali,minum itu biasa.Adakah bijak pendekatan pendakwa untuk membahaskan hal-hal khilaf sebagai contoh.Terang dan dakwahlah bersesuaian dengan level madu’ kita.


Jika zaman Nabi,jawapannya pelbagai apabila ditanyakan tentang Islam. Islam itu kekeluargaan,Islam itu jihad,Islam itu perniagaan. Jawapan yang pelbagai ini muncul dengan pemahaman ‘superb’ nabi tentang kondisi dan taraf pemikiran orang didepanya.Sejauh mana kita mencontohi Sang Murabbi kita ini dalam memahami madu’.


“Dia tu dah teruk sangat.Memang dah tidak boleh diselamatkan”, simpul daie’ bila “Islam” yang disampaikan ditolak oleh madu’.Senang dan bersahaja meletakkan semua itu keatas madu’ tanpa berfikir lompong pada diri. Lebih baik madu’ itu menolak Islam kerana Islamnya bukan kerana kekurangan dan kesilapan daie’ dalam menyampaikan Islam.


Masalah para pendakwah ialah gagal memahami madu’ dan tidak menguasai bahasa madu’.Terangkan apa itu Islam dengan bahasa madu’ bukan bahasa daie’.Sanggup kita para daie' mendengar Islam kita sampaikan dianggap bebelan oleh orang ramai?



Saya tidak sanggup!!!


“Ibu payah juga ek,jadi cikgu”,ujar saya.


Ibu tersenyum.



"Dan kami tidak mengutuskan seorang rasul pun,melainkan dengan bahasa kaumnya,agar dia dapat memberi penjelasan kepada mereka.Maka Allah Menyesatkan siapa yang Dia kehendaki,dan Memberi pentunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.Dia Yang Maha Perkasa,Maha Bijaksana” [Ibrahim:4]



.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Saturday 2 August 2008

Apa Nak Jadi Daa!!!

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Isteri


Umum sedia maklum Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dituduh buat kali kedua dalam kasus liwat aka sodomi. Politik memanas dan menjadi semakin subur dengan fitnah.


Permintaan


“Mie,mung komenlah skit sal politik Malaysia.Banyak sangatla benda pelik-pelik. Aku pening le”, pinta teman.


“Papa,mama liwat itu ape ek?”, tanya si anak kecil.Garu kepala maunya papa dan mama nak terangkan apa itu liwat.Mungkin anak-anak kecil fikir liwat itu sejenis kueh.Donut?Buah gomok?Ondey-ondey?

Politik Donut


Sungguh politik kini bukan menjanjikan sesuatu yang sihat pada generasi mendatang.


Cuma coretan saya kali ini mahu mengupas kesangsian dan keraguan berkenaan filem terbaru “Liwat 2” dan sikap kita sebagai orang Islam dalam hadapi kes-kes semacam ini. Skrip yang sama bahkan lompong kekurangan makin banyak dari filem “Liwat 1”.Ini kerana sebelum kita menerima dan menolak kes seperti ini kita sebagai orang berakal bahkan beriman kena teliti dengan baik dan saksama bagi mengelakkan unsur PENGANIAYAAN dan FITNAH.


Kesangsian


1.Salinan report


Sampai saat ini Anwar tidak mendapat salinan report pertuduhan liwatnya.Pihak polis enggan beri Anwar salinan itu.Report ini sebenarnya dalam kes-kes biasa kita boleh dapatkan dengan harga RM 3 tidak silap saya.Kenapa pihak polis enggan menyerahkan salinan report itu?Macamana Anwar Ibrahim hendak persiapkan hujah-hujah mempertahankan diri.Ini penting untuk alibi.


2.DNA.







DNA seseorang itu kekal dari kecil hinggalah dah mati. (Abadan abada dalam bahasa Arab ye).So,kenapa perlu mengambil sampel darah yang baru( fresh blood) sedangkan data-data DNA yang filem pertama masih ada.Perlu diingatkan Saiful masih dibawah jagaan polis. Mungkinkah wujud usaha-usaha mereka bukti?(Dunia loni seme dah canggih,orang lelaki pun dah boleh deme wat mengandung.Inikan hal simple ini)


3.Gambar Saiful dengan pembantu Najib.


“Dia datang ke pejabat saya kerana mahu memohon biasiswa”,ujar Datuk Seri Najib.Umum sedar taraf pendidikan Saiful.Mungkinkah dengan keadaan tidak belajar( sebenarnya di drop out) mahu memohon biasiswa.Biasiswa apa?Apa kaitan Pej Najib dengan biasiswa? (orang ikut hukum alam yela ek.Nak biasiswa pegi ke MARA,JPA,Petronas.Kalu Saiful pegi Jabatan Perikanan leh telan lagi dalih tu.)


4.Umur.


Anwar adalah toki,atok,tok kepada seorang cucu.Sekarang berumur 60tahun.Saiful pula umur sekitar umur 25thn.Logik ke atok yang tua,bahkan sakit pinggang mampu meliwat seorang pemuda sasa.Kalau terajang dan karate mau tercabut pinggang Anwar itu.Tetapi kebarangkalian Anwar mampu meliwat adalah dengan bantuan orang lain.Soalnya siapa orang ketiga itu?


Sikap Orang Beriman


Islam itu indah dan lengkap.Allah secara tidak sedar telah mengajar kita tentang ilmu PENYIASATAN ala-ala CSI la gamaknya. Allah telah mengajar kita melalui Surah Yusuf.


“Dan mereka datang membawa baju( yang berlumuran) darah palsu….” (Yusuf:18)


Melihat ayat tersebut kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa bukti boleh direka.Dengan menggunakan darah kita boleh mereka bukti. Ilmu sains juga telah membuktikan bahawa darah mengandungi DNA dan darah boleh dijadikan sebagai bukti tambahan dalam sesuatu tuduhan.Allah juga mengajar kita dengan darah juga bukti boleh direka. Jadi stand kita sebelum kita menerima sesuatu bukti itu perlu berfikir dengan aqal yang waras berpandukan hidayah dari Allah.Ini penting agar unsur PENGANIAYAAN dan FITNAH tidak timbul.


“Dan mereka berlumba menuju pintu dan perempuan itu menarik baju (Yusuf) dari belakang hingga koyak dan keduanya medapati suami perempuan itu di depan pintu…” (Yusuf:25)


Dari ayat tersebut jelas menyatakan bahawa baju Yusuf koyak dibelakang.Jika kita mengambil secara lateral memang payah untuk Yusuf buktikan dia tidak bersalah.Pertama,dia adalah lelaki.Amat payah kita jumpa kes wanita rogol lelaki.Biasanya lelaki rogol wanita.Itupun kekadang ada perogol kena belasah dek wanita.Kalau wanita ada siku untuk luku perogol,dimana penumbuk si pemuda bila berhadapan atok 60 tahun jika dia tidak rela.


Rela dan Paksa


Dalam kes liwat hanya wujud 2 situasi.RELA dan PAKSA.Ok kita pergi kepada situasi rela dulu.Jika kedua-dua rela,dalam hukum Islam adalah kedua-duanya kena sebat.


Jika tidak rela,kita fikirkan mampukan atok berumur 60 mampu meliwat pemuda berumur 20 tahun lebih.Berdasarkan aqal yang waras,adalah tidak logik atok yang sakit pinggang mempunyai tenaga 30 kuasa kuda!!!


Kudaku gagah berlari


Jangan kita mewaqafkan aqal kita untuk alat-alat propaganda mengawalnya.Jika senario itu terjadi sememangnya nilai kita lebih rendah dari makhluk di padang ragut itu.Hargailah aqal yang Allah kurniakan dengan sebaiknya. Sebelum saya akhiri,mari kita merenung petikan fatwa Syeikh Taha Jabir al-Alwani. Teks penuh= (http://amkhuluklang.files.wordpress.com/2008/07/fatwa-melayu.pdf)

Imam Ibnu Qayyim dalam kitabnya Turuq al-Hikmiyah serta ramai para ulama menolak pendakwaan orang yang tidak adil dan diragui perangai dan pernyataannya. Sesiapa yang menuduh, terutama terhadap orang yang penting dalam pemerintahan dan masyarakat dihukum sebagai qazaf (pertuduhan yang mesti mengemukakan empat orang saksi dan sekiranya gagal penuduh akan dianggap sebagai fasiq dan tidak diterima kesaksiannya).


Semoga kita terselamat dari bahang api neraka fitnah.


Azab perbuatan zalim itu bukan sahaja Allah timpakan kepada si pelaku zalim,tetapi juga orang yang condong dan menyokong perbuatan zalim.


Semoga hari mendatang menjanjikan sinar indah buat anak-anak kita walapun tiada anak lagi buat sementara waktu ini.



.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

Friday 1 August 2008

Ada apa dengan Durian.

Abah


“Amboi abah,menambah nampaknya.Mentang-mentang jumpa durian D24!”, ujar saya.


Sudah lama tidak tengok abah makan dengan begitu banyak.Semalam family saya dijemput untuk hadirian majlis makan pengat durian.Secara jujur saya memang kepingin aka mengidam nak makan pengat durian.Bukan kerana saya suka sangat-sangat durian tetapi sekadar nak rasa.


Makan 2,3 ulas muak menjelma.Bukan mahu ulas berkaitan betapa sedapnya pengat durian dan juga tidak berminat ulas betapa selera abah makan pengat.


Durian = Nikmat Dunia






Itulah nikmat dunia.Apa yang kita kejar hanya untuk seketika. Tetapi seringkali kita meletakkan dunia sebagai matlamat bukan wasilah. Saya bawa analogi pengat durian tadi.Bila kita sudah lama tidak makan,nafsu ini berkata “Kalau jumpa durian abis aku kerjakan”.


Dunia itu wasilah bukan matlamat


Persoalannya bila kita sudah mendapat nikmat tadi,agak-agak berapa banyak kita makan? Satu bakul? Satu lori? Satu kontena?


Saya rasa paling-paling otai dan memang hardcore orang itu adalah dalam 2,3biji.


Habis itu apa kaitan durian dengan dunia?


Sebelum dapat sesuatu,kita akan berusaha bersungguh-sungguh.Dan bahkan amat mendukacitakan sampai ada insan yang mengorbankan iman dan islam,halal dan haram dipersetankan untuk mendapatkan kesenangan sementara. Bila sudah mendapat nikmat itu,biasanya fitrah insan memang cepat bosan.


Berapa ramai perceraian berlaku diatas alasan bosan!Puas!


Kapal selam tidak cukup,diambilnya jet Sukhoi


Seorang isteri tidak cukup,mahu cukupkan lagi 3 kuota yang berbaki. ( Sunnah katanya)


Kereta Perdana tidak cukup,mahukan Mercedes.





Nikmat ini ibarat meneguk air di lautan.Semakin banyak diminum,semakin dahaga.


Prinsip


Senario orang yang berprinsip. Segelintir manusia yang kononnya berprinsip bila tiba kesenangan sementara itu,prinsip sudah dilucutkan,maruah diperlacurkan dan agama entah disangkut kat mana-mana dahan pokok durian.Aik sudah berputar 180 darjah pula!


Kemana prinsip ? Yang selama ini berdegar-degar dilaungkan


Kemana iman?


Kemana Islam?


Soalan “Simple” tetapi belum tentu kita mampu jawap


Kapal selam dan sukhoi boleh dibawa ke kubur?


Isteri boleh dibawa ke kubur? Entah-entah dia berkahwin lain.


Kereta Mercedes boleh dibawa ke kubur?


Tepuk dada tanya iman.Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang berpenyakit “wahn”. Cintakan dunia,takutkan mati.


Carilah dunia seadanya,untuk kesenangan yang hakiki disana.


“Barangsiapa memimjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik,maka Allah akan Mengembalikannya berlipat-ganda untuknya,dan baginya pahala yang mulia” (Al-Hadid:11)


Pinjaman kita macamana?


.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.