Friday 28 May 2010

Syarah "Trend Mengurangkan Rasa Berdosa"

Satu demi satu siaran ditukar, semuanya tidak berkenan untuk ditatap dan difikirkan. Mungkin dek kerana penangan tinggal di Indonesia dan mengambil course yang sedikit sebanyak tidak memungkinkan saya duduk tercokol didepan kotak segi empat itu.

Menonton bersama teman

Nafsu menonton menurun...

Akhirnya, mata saya terpaku dan fikiran berputar ligat memerhatikan siaran langsung dilayar kaca. Ada satu pasangan seorang lelaki, seorang wanita, terkinjal-kinjal macam (sambung sendiri) didalam satu rancangan realiti TV, Sehati Berdansa.

Suami Isteri, Kebajikan dan Tarian...bercampur!

Saya tertarik dan terkedu. Terkedu bukanlah kerana rancangan begitu adalah asing pada masa sekarang, itu biasa dalam konteks umat akhir zaman. Jadi terkedu itu yang melompat-lompat itu adalah warna kulit saya dengan warna kulit saya, hidung pun kembang semangkuk. Melayu!

Saya tertarik untuk memerhatikan apa yang tersirat dari siaran itu. Pasangan yang dipilih sebagai peserta haruslah suami isteri, dan hadiah kemenangan itu diberikan kepada rumah anak yatim ataupun persatuan kebajikan lain. Suami isteri bermesra, kebajikan itu hal yang mulia, amat dianjurkan oleh agama kita, Islam.

Tetapi siapa antara boleh bersetuju bahkan berhujah bahawa program itu lulus disisi agama, dan mendapat endorsement dari Pencipta Alam dan Seisinya?

Jadi program realiti TV seperti itu dengan dicantik dan di'agama' dengan kebajikan dan ditaut dengan ilahi tanpa sedar adalah perbuatan yang amat keji dan jijik. Mana mungkin yang jelas ditolak oleh agama, boleh disalut dan disolek cantik dengan agama. Ia menghina agama.

Itu bukan hal pertama, bukan hal yang baru, bukan yang terakhir.

Jika dulu, sering benar kita dengar cerita si artis sudah penat melompat sana melompat sini, sudah penat bertepuk tampar antara dua kutub jantina, sudah merasa tebal daki kemaksiatan yang dibuat, mengambil keputusan untuk ke Mekah. Pergi untuk menyucikan jiwa dengan mencium Hajaratul Aswad dan pulang dengan abaya. Tutup penuh, tetapi tidak perlu tunggu lama, untuk abaya itu terbang dengan diganti dengan skirt minim. Itu saya boleh lihat, anda pun sedia maklum.

"Kami nampak saja macam ini, tapi hati baik," alasan yang sering diberikan.

Jika dua contoh diatas disekitar dunia artis, diperingkat golongan Al-Ma'la iaitu pemerintah tetap mengidap barah penyakit yang sama. Contoh mudah yang masih hangat dipasaran iaitu kelulusan lesen judi kepada Berjaya, Vincent Tan. Alasan yang digunakan adalah untuk menyekat judi haram, dan dana itu hanya digunakan untuk sukan. Hal yang jelas dan harga mati yang ditetap oleh Allah, boleh kita fikir, boleh kita pertimbang bahkan boleh kita luluskan. Kebobrokkan apa yang melanda ummat ini, Ya Allah Ya Tuhanku?

Menyekat judi haram? Maksudnya ada judi halal pulak sudah?


Sukan Bagus, Judi?

Tidak berhenti untuk setakat itu, ini diwaris sama oleh golongan pelajar tidak kira dalam negeri mahupun luar negeri. Perhatikanlah rata-rata majlis melibatkan pelajar samaada makan malam, samaada Malam Malaysia, Malam Seni Budaya, perhatikan. Perhatikan bagaimana majlis itu dibuka, sudah semestinya dengan DOA memohon keampunan dan rahmat dari Allah s.w.t.

Itu diawal majlis, tetapi urusan selepas itu amat berbalik belakang dari doa itu tadi. Percampuran bebas, pakaian yang tidak lulus dimata syarak, tarian yang biru haru, karaoke yang indah sedikit berbanding katak memanggil hujan.

Gambar Hiasan

Adakah semua itu diluluskan oleh Sang Pencipta? Mana mungkin rahmat Dia mahu dicurahkan kedalam majlis seperti ini? Pantaskan kita untuk mendapatkan semua itu? Mohon sayang Allah, tapi perbuatan ingkar. Bahan renungan buat kita, bahan renungan buat pemimpin pelajar, bahan renungan buat insan yang meletakkan Allah didepan sebelum pertimbangan lain. Zikir fikir.

Cukup contoh ini?

Belum, tinggal satu lagi...

"Awak, bangunlah tahajut...kita dah kejut ni. Jom kita tahajut sama-sama ya," Si gadis mengejutkan si arjuna bangkit meninggalkan kasur berangkat solat tahajut sama-sama.

"Ish, mana ada kami couple...couple itu haram...haram. Kami hanya beri mesej-mesej tazkirah saja kot. Ini dakwah la," kata si arjuna. Menisbatkan perbuatan itu dengan dakwah dan Islam. Dan subjek dakwah beliau hanya ukhti itu, ukhti itu dan ukhti itu.

Sekilas ikan diair, ku tahu jantan betinanya, dude!

Masa dibalik mee goreng tiada udang, ye idak yob!

Yang usrah, yang halaqah, yang berkopiah, yang bertudung litup pun ada dihinggap penyakit yang sama. Semuanya menjadi samar, adakah ini agama?

Pencarian Terhenti

Kecelaruan beragama dan kesilapan dalam penentuan prinsip yang konsisten menjadi subjek renungan dan pencarian saya. Kerana, banyak hal yang menyentuh halal dan haram batasnya jelas, hitam dan putihnya jelas terpisah. Lantas apakah semua ini?

Doa bagus, tapi tarian tidak bagus.

Suami isteri mesra bagus, tapi terkinja-kinjal didepan umum tidak bagus.

Dakwah itu bagus, tapi udang disebalik mee itu tidak bagus.

Pembangunan sukan negara bagus, tapi judi itu jelas-jelas tidak bagus.

Pencarian terhenti apabila saya membaca hadis dan huraian hadis di salah satu article pembangun jiwa dari sifu, Ustaz Hasrizal.

Seperti diriwayatkan oleh Huzaifah, Nabi Muhammad s.a.w bersabda Diakhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam dizaman silam adalah Islam dizaman ini adalah samar-samar, berdebu dan kabur. Tidak jelas.

Jika itulah realiti diakhir zaman, kekaburan, berdebu dan kesamaran itu hanya mampu dilihat dengan jernih oleh mata hati. Mati hati yang bersih, yang hanya ada dan dimiliki oleh insan-insan yang mengutamakan pandangan Allah.

Lihatlah dengan mata hati (gambar hiasan)

Agama itu menjadi ritual semata kerana kita hanya membataskan fungsi agama, agama hanya digunakan untuk membuka majlis, sudah berjalan majlis digantung didinding sahaja.

Agama itu menjadi ritual semata kerana kita hanya membatas fungsi agama, agama hanya dilihat dari kopiah jubah, tanpa si pemakai jubah dan si pemakai kopiah menyedari beban agama yang dibawa dengan identiti itu.

Agama itu menjadi ritual semata kerana kita hana membatas fungsi agama, agama hanya untuk dipertandingkan seperti tilawah Al-Quran, diperarakkan seperti maulidil rasul tanpa sedikit pun usaha memastikan apa yang tertulis didalam Al-Quran, yang ditinggalkan oleh Rasulullah dijadikan perlembagaan tertinggi dalam negara.

Agama itu menjadi ritual semata kerana kita hana membatas fungsi agama, agama hanya menjadi alat 'penyucian' zahir seperti menganggap semuanya hilang cukup hanya mengucup batu hitam dipenjuru Baitullah. Pulang dari 'penyucian' itu, terus terjun ke lembah nista.

Kenapa semua itu saya kaitkan dengan Allah s.w.t, dengan Nabi Muhammad s.a.w, dengan Islam, dengan syurga neraka. Semua itu saya sudah sentuh disini.

Cukuplah saya tinggalkan kata peringatan, kata penegasan, kata sayang dari Imam Al-Ghazali

"Membuang rasa berdosa ketika melakukan dosa adalah sebesar-besar dosa!"

Astaqfirullah...Astaqfirullah...Astaqfirullah...

Nota 1 : Ini adalah article 'syarah' dengan disesuaikan keadaan diri penulis dari idea Ustaz Hasrizal Abdul Jamil bagi article Trend Mengurangkan Rasa Berdosa.

Nota 2 : Ini juga article tazkirah untuk CGC Tjiekoeda untuk taalim semalam. Ada miss point mungkin, jadi ini yang full version.

Nota 3
: InsyAllah, saya dengan teman sempena cuti ini akan pergi jalan-jalan cari pasal di Pulau Jawa. Le Tour de Java : Kembara Insan Mencari Illahi. Kemana? Tunggu saja gambar-gambarnya. DSLR harus diasap kemenyan dahulu. =P

Nota 4 : Sedih memikirkan bagaimana mahu update article LifeLine4 Gaza. Mungkin sudah sampai masanya Iphone menjadi milik diri ini...jeng...jeng...

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Saturday 22 May 2010

Dunia Bukan Untuk Si Miskin

Tang...!!!

Pintu pagar rumah ditutup, dan saya berlari anak sambil menutup kepala dengan tangan. Pada saat itu hujan lebat turun membasahi bumi, membuktikan Allah memang pembawa rahmat kepada semua ummat manusia.

Saya memasuki kereta, tangan masih memegang tombol gear kereta automatik. Tidak digerakkan kepada DRIVE kerana menunggu memberi laluan sebuah motosikal yang dibawa perlahan. Lantaran hujan barangkali.

Allah...Allah...Allah

Itulah yang mampu terucap didalam hati apabila motor itu bergerak melepasi kereta saya. Entah kenapa, hati ini terasa cukup sesak dengan perasaan bercampur baur.

Motorsikal itu dipandu oleh seorang lelaki 40-an dengan membonceng sama isteri dibelakang dengan anak kecil ditengah. Mereka bertiga basah kuyup ditimpa hujan. Mahu dipercepat, motosikal bahaya. Mahu diperlambat, anak sudah mengigil sejuk. Mahu berhenti, barangkali ada urusan mendesak.

Allah...Allah...Allah

Bercampur baur disamping bertahmid syukur apabila menyedari keadaan diri Alhamdulillah cukup lengkap. Tidak perlu berhujan panas diatas motorsikal buruk.

Hari ini perasaan itu datang lagi. Selepas melihat video yang dikongsi oleh teman. Entah kenapa, semua itu begitu dekat dengan kehidupan saya sehari-hari diceruk hulu kampung di Terengganu.

Kanak-kanak yang dipotretkan oleh Ustaz Azhar hampir dengan kampung saya

Bahasa yang digunakan persis yang saya gunakan, kehidupan yang dipaparkan sama yang ada terpapar didepan mata, masalah yang diutarakan sama yang bergendang ditelinga. Dan juga, itulah rona nadi kehidupan majoriti masyarakat di negara Malaysia.

Saya masih makan cukup, boleh memandu kereta, tempat tinggal selesa, pakai cukup. Sempurna untuk menjalani hidup, jadi boleh saja saya melihat 3 beranak basah kuyup tanpa terdetik sedikit pun perasaan apa. Monotone. Tetapi, Allah yang saya imankan, Rasulullah s.a.w yang saya idolakan, Islam yang saya pegang tidak pernah sekali-kali mengajar semua itu. Tidak sekali-kali.

Oleh kerana itu saya merasa cukup panas hati dan jelak mendengar ayat-ayat, ungkapan, 'nasihat', saranan yang bagi saya amat jauh dibandingkan dengan realiti yang berlaku dihadapan ramai. Seolah-olah, yang berlaku didepan mata hanya mainan wayang semata. Untuk diketawakan, disenyapkan, dikomentarkan tanpa menjejak dihati.

Bercakap, seolah-olah dunia ini tidak akan kiamat!

"Aku lihat, harga nasi lemak RM4, teh tarik RM2...cunlah tu RM6 ringgit. Aku tiada masalah nak bayar, murah kot"

"Naik sikit saja minyaknya, 2 posen. Berapa sangatlah 20 posen tu"

"Saya, anak isteri cukup makan pakai...Orang lain nak jadi apa peduli apa saya"

"Ingat, jangan pandai mengomel sahaja. Bersyukurlah sikit. Bukan tidak pernah dengan ayat Al-Quran, jika kamu bersyukur, nescaya akan Ku tambahkan nikmat kepada mu. Jadi bersyukurlah sikit!"

"Bukan melayu mahu ambil negara kita, kita melayu harus bersatu"



Anda pernah dengar ungkapan dan nasihat ini?

Saya tidak bercadang mahu memberi jawapan kepada semua itu, melainkan izinkan saya membawa anda kepada realiti. Mengetuk-getuk minda untuk melihat satu sisi lain.

Lihat dengan hati

Nilai dengan iman


Entah kepada saya merasa sungguh dekat dengan saya

Hasil mahsyul bumi ini sebenarnya cukup untuk semua manusia. Manusia tidak perlu merempat, papa kedana, meminta sedekat kepada manusia lain kerana sayangnya Allah, mencukupkan semua itu kepada semua manusia.

Kepada masih ada orang papa kedana? orang miskin? merempat?

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Kerana hasil 'kasih sayang' Allah ini hanya dimonopoli hanya orang yang tamak haloba, sombong, hidup menongkat langit sehingga lupa kepada tanah. Tempat akhir jasad dimamah ulat!

Benarlah kata anekdot "Dunia sekarang, orang miskin dilarang sakit!"

Fikir Zikir...

Nota 1 : Ujian...SELESAI!!!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Wednesday 19 May 2010

Update Lifeline4Gaza : Warkah Cinta Bandung ke Gaza


Alhamdulillah, untuk makluman semua pelajar Malaysia di Bandung. Hasil kutipan Palestine yang dikumpulkan oleh IMAN mewakili pelajar telah selamat sampai ke Syria. Yang menguruskan hasil sumbangan kita adalah Abu Ubaidah, seorang sahabat, pelajar Malaysia di Syria yang pernah mengikuti konvoi Viva Palestine bahkan telah berjaya menjejakkan kaki di Bumi Para Pejuang, Tebing Gaza, Palestine. (baca disini)


Kutipan kali ini akan disalurkan dan diuruskan oleh satu himpunan NGO seluruh dunia yang dinaungi dan disokong oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan dibawa satu nama konvoi LifeLine4Gaza, Let's Brake the Siege!

Untuk makluman, saya akan update khabar terbaru tentang konvoi LifeLine4Gaza dari beberapa sumber:

1. Hasil kutipan pelajar Malaysia di Bandung esok, Jumaat akan dibawa ke Turki oleh Abu Ubaidah. Selepas itu akan semua itu akan dikumpulkan di Pelabuhan Antalya, Turki. Dalam pada masa yang sama, bagi menunggu beberapa kapal laut dari beberapa negara lain dan seterusnya dari pelabuhan Antalya, konvoi itu akan bergerak mengunakan jalan laut ke Tebing Gaza.

2. Berita dari Malaysia, hasil kutipan dari Malaysia sebanyak RM1.1 juta. Dan NGO Malaysia mewakili rakyat Malaysia akan menyediakan dua kapal kargo bagi membawa barang sumbangan ke Tebing Gaza.

3. Konvoi dari Malaysia, Alhamdulillah sudah sampai ke Turki. Dan dijangka bergerak ke Gaza Selasa ini.

4. Ketika ditanya apakah ada perancangan-perancangan lain sekiranya konvoi ini tidak berjaya memasuki Gaza, Presiden IHH Bulent Yildirim menjawab, “Plan A kita adalah kita akan memasuki Gaza. Plan B kita adalah kita akan memasuki Gaza. Dan Plan C kita adalah kita akan memasuki Gaza”.

5. Warkah dan pesanan buat para sahabat di Malaysia.

"Inilah kali pertama wakil-wakil NGO bergabung tenaga menyertai misi ke Palestin. Ingatlah, setiap penglibatan yang kita lakukan adalah jihad. Mudah-mudahan ia menjadi amal soleh sebagai saham kita berjumpa Allah nanti. Kami mengharapkan doa daripada anda semua. Saya teringat (mafhum) kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bahawa apabila Palestin berada di bawah kekuatan Islam, seluruh dunia akan berada di bawah kekuatan Islam," katanya Pengerusi Haluan Palestin, Noorazman Mohd Samsuddin (Baca disini)


Peserta konvoi dari Malaysia

Ramai yang menghantar mujahid-mujahid

Bangga dan sedih, itulah perasaan sang isteri

Relakanlah wahai ratuku...

6. Saya mendengar laporan harian peserta konvoi dari Malaysia, yang diberikan oleh Ketua rombongan dari Malaysia Haji Noorazman. Beliau meminta doa, sumbangan dan sokongan semua untuk konvoi jihad kemanusiaan ini. Beliau juga mengatakan bahawa sumbangan untuk konvoi kali ini masih jauh dari target yang disasarkan. Jadi mohon sumbangan semua.

“Kami tidak gentar, kami tidak akan berpatah balik. Seandainya kami syahid, maka itulah ketetapan daripada Allah SWT. Kami mengharapkan doa anda, kerana doa itu adalah senjata mustajab orang-orang mukmin. Jangan lupa solat hajat agar misi kita untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat & bumi Gaza ini akan dikabulkan akhirnya oleh Allah SWT. Seandainya kami gugur, maka maafkanlah kesilapan kami, & relakanlah pemergian kmi menemui Allah SWT"


7. Cerita seorang anak kecil berumur 4 tahun pergi dari satu rumah ke satu rumah dikawasan kejiranan sambil membawa dua kantung plastik untuk diisi gula-gula. Dan seterusnya dua plastik gula-gula itu diserahkan kepada relawan untuk diserahkan kepada anak-anak Gaza cukup menyentuh hati. Tahap kesedaran yang ditinggi dirasai bukan sahaja orang dewasa, bukan sahaja muslim bahkan anak kecil cukup mengujakan. Generasi kecil kita harus disemat dan didik dengan isu Palestine ini.

8. Kepada sahabat yang berada di Malaysia, anda boleh mendengar live report dari Turki tentang LifeLine 4 Gaza di radio IKIM.FM pada jam 10 malam. Radio online? sudah berbulan tidak diperbaiki! Tapi jangan bersedih, buat sahabat diluar dari Malaysia anda boleh memuat turun dan mendengarnya disini

9. Fatah telah menghantar surat kepada beberapa buah negara untuk mendesak negara tersebut menghalang kapal-kapal pembebasan ini dari melalui dan mengunakan laluan air tersebut. Fatah itu adalah satu pertubuhan di Palestine, tetapi bersama untuk menyembelih rakyat Palestine. Dan Fatah sudah lama terkenal sebagai duri dalam daging kepada saudara kita di Palestine. Disini

10. Peserta konvoi dari serata dunia yang berkumpul di Turki telah berlepas ke Antalya dalam masa untuk menunggu sama konvoi kapal dari Greece. Mereka semua dilepaskan dalam satu majlis sambutan yang gilang gemilang dengan ucapan wakil beberapa NGO seluruh dunia. Dan membanggakan NGO dari Malaysia yang mewakili Asia Tenggara diberi penghormatan untuk membuka gelanggang dengan ucapa yang mengegar jiwa.

“Saya berdiri di sini mewakili lebih dari 50 organisasi masyarakat besar di Malaysia dan Indonesia yang jumlah penduduknya hampir 300 juta jiwa, walaupun kami diancam regim Israel kami akan sampai walaupun kami terpaksa harus berenang ke pantai Gaza!," Noorazman Mohd Syamsuddin dari Haluan Malaysia. Disini


Wakil dari Malaysia membuka gelanggang...Bangga!

Acara sebelum berlepas
11. Peranan media regim memainkan isu yang jelek bagi mengagalkan misi kemanusiaan ini. Sedangkan seperti yang diketahui umum, misi kali ini adalah membawa keperluan-keperluan asas dan mendesak bagi membantu rakyat Gaza yang saban hari berhadapan dengan maut akibat kekejaman berterusan Zionis Israel. Antaranya adalah 2104 tan simen, 600 tan besi binaan dan 50 tan jubin seramik. Manakala Kapal “Defne Y” akan membawa lebih banyak muatan. Antaranya, kapal ini akan membawa 150 tan besi untuk binaan rakit dan kemudahan dermaga, rumah-rumah mudah-bina (precast homes), 18 penjana kuasa elektrik berkuasa lebih 35KW dan 80 penjana kuasa elektrik di bawah 5KW. Disini

Kapal konvoi yang bertolak dari Turki ke Antalya Mavi Marmar

12. Pelayaran ke Gaza sedikit terganggu dan tertangguh untuk seketika diatas beberapa faktor seperti masalah yang dihadapi oleh kapal daripada Greece yang tidak dapat tiba di perairan Cyprus seperti yang dijadualkan.

13. Sementara itu , Presiden IHH, Bulent Yildirim mengajak para peserta bersiap sedia menghadapi berbagai ancaman Israel –- termasuklah perancangan mereka untuk memaksa kapal-kapal memasuki Ashkelon di mana Israel telah menyiapkan sebuah penjara besar yang boleh memuatkan 1000 orang tahanan -– terhadap perjalanan ini dengan kesabaran dan ketaatan kepada strategi yang ditetapkan kepimpinan konvoi. Disini

14. Walaupun diancam dengan ancaman penjara dan tribulasi lain dari Regim Isreal buat konvoi ini, Recep Tayyip Erdogan telah memberi amaran kepada regim akan melindungi konvoi ini walaupun terpaksa mengerahkan tentera! Allahuakbar... Disini

"Awas, jangan sentuh kapal bantuan Gaza!"

15. Jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri membidas ugutan Isreal terhadap konvoi dan mengatakan itu adalah satu tindakan terorisme , dan mengucap selamat kepada konvoi tersebut.

“Kami menyambut semua upaya untuk mendukung masalah Palestina. Kami berharap komvoi bantuan tersebut melewati jalan darat Mesir, agar tak menemui bahaya dari Israel di Laut Tengah," Dr Sami Abu Zuhri. Disini

16. Ini antara perkembangan terbaru konvoi yang diupdate di group LifeLine4 Gaza di Facebook.

"Can you imagine; all Israelites, including the president and the prime minister; are paying a serious attention at this humanitarian mission. Do they think that we would be scared of their threats? Our ships carry about 15,000 tonnes of humanitarian aids and we don’t really get it why they want to stop us, affirmed Bulent."

"Salam, The convoy will sail to Gaza at 10.00pm (Malaysian time). Please make do'a as the Israeli navy and the Jewish radical groups will be blocking our convoy from entering Gaza,"ketua konvoi LL4G, Tuan Hj. Noorazman Mohd Samsuddin.

Singgah sementara di Antalya...hujung kanan, sahabat saya Abu Ubaidah

Memohon redha Allah s.w.t dengan menunaikan kewajiban

Tuan Hj. Noorazman Mohd Samsuddin mengimamkan peserta konvoi

Di perlabuhan untuk ke Antalya

Bergerak

Sambutan yang meriah

Pandangan dari atas

Viva Gaza Viva Palestine

"Tentera Muhammad Al-Fateh"

Diiringi oleh beberapa bot kecil

Masjid menjadi saksi diatas gerakan jihad ini



Ditanah ini bersemadinya jasad agung sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari, dan ditanah ini juga kalimah agung pernah bergema memecah tembok tirani oleh sebaik-baik raja, dan sebaik-baik tentera, Al-Fateh dan tenteranya!

17. Dari twitter di web rasmi LifeLine4 Gaza menyatakan, ada beberapa kapal mengalami masalah seperti bocor dan ada yang tidak dapat berlayar. Besar kemungkinan dari sabotaj yang sedia maklum bahawa Israel amat iri dan berusaha menghalang konvoi ini.

18. Kesemua konvoi dari Eropah seperti Greece sudah berkumpul dan bersama dengan kapal induk Mavi Marmar dari Turki. Dan sekarang pejalanan diteruskan ke Gaza.

19. “Peserta paling muda dalam kapal ini berumur kurang daripada setahun. Peserta paling tua pula berumur lebih daripada 80 tahun. Kami tidak membawa sesuatu apa senjata pun. Jadi kalau Israel ingin menggunakan kekerasan terhadap kami, mereka akan benar-benar betindak di luar akal yang waras”, kata Bulent. Disini

20. The international humanitarian aid convoy to Gaza still stuck at the middle of the Mediterranean sea near to Cyprus. Even so, the delay doesn’t affect convoy's original schedule to Gaza. Convoy still waiting for a ship Challenger I from North Cyprus which brings European parliament members (with 17 MPs). Convoy will go to Gaza soon..

Wakil Malaysia dari Haluan Palestin yang menjadi ketua konvoi dari Malaysia

Route pejalanan konvoi ini

21. Saya sekarang berada diluar kota, keluar berjaulah. Tetapi berita yang bertalu-talu masuk ke inbox membuat hati ini gundah. Jadi saya berusaha untuk menyenaraikan link-link terbaru berkenaan tindakan brutal dan diluar batas manusiawi pada konvoi LL4G.

31 Mei 2010

- Kepada sesiapa yang mempunyai internet yang bagus, boleh melihat update live disini

Video Terbaru LL4G


Mohon doa semua sahabat agar konvoi ini berjaya mencapai matlamat. Biarlah ini membuktikan bahawa rakyat Palestine itu dekat dengan hati dan juga masih saudara kita!

Let's break The Siege!

Dari Amad, live untuk anda...Check it out!

Link LifeLine4Gaza

LifeLine4Gaza Malaysia

Facebook


http://palestinkini.info/

Kispa Indonesia


Nota 1
: Saya akan update perkembangan terbaru LifeLine4Gaza diblog dan article. Jadi dapatkan khabar terbaru disini!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Sunday 16 May 2010

Vest Palestin Untuk Anda!

Tekan untuk besarkan

Vest Palestin!!!

Size : Free size

Harga : 85000 rupiah



10% keuntungan akan disalurkan kepada tabung Palestin!

Jom membeli sambil beramal... =)



Kepada yang berminat untuk mendapatkannya boleh menghubungi :


Nazmina FK'07 : 081809373036

Qalif FARMASI'07 : 087827547393

Ahmad Fahmi FK'06 : 081931766393

...................................................................................................................

Ada tawaran pribadi kepada sahabat-sahabat kesayangan yang diluar Bandung, tetapi berminat untuk dapatkan vest Palestine ini, saya sanggup untuk menguruskan pembelian dan penghantaran vest Palestine ini kepada anda semua.

Anda boleh hubungi saya di alamat email ini : fahmieman@yahoo.com

Ayuh teman, dapatkan sebelum terlambat!

Palestine adalah aqidah, kerana Palestine adalah iman, kerana Palestine adalah taqwa. Palestine adalah segala-galanya bagi insan bersyahadah!

Wednesday 12 May 2010

Musnahkan Dosa Berantai

"Wahai si polan bin si polan...melihat pada tarikh sedemikian, anda ada pergi ke kedai Sport Toto. Buat apa kamu disana, hah!?," disoal oleh Rabbul Jalil, Allah.

" Sa...saya pergi beli no ekor world cup Ya Tuhanku," lemah menjawap. Takut, gementar dan bimbang memikirkan arah mana akhir hidupnya.

"Kenapa kamu main no ekor? tahukah itu judi??," disoal kembali oleh Allah.

"Ta..tahu. Tapi tidak adil salahkan saya seorang sahaja. Saya main judi kerana ada orang yang jual Ya Tuhanku," si polan menjawap.

"Hah, bawa datang si penjual no ekor ni kedepan!," perintah Allah.

"Hah, kamu...kenapa kamu menjual no ekor kepada si polan ini? Jawap!,"Allah bertanya.

"Sa...saya hanya sebagai pekerja kedai no ekor je. Saya jual kerana bos saya yang suruh jual,"jelasnya terbata-bata percakapan. Takut dan bimbang lantaran kemaksiatan yang dibuat.

"Kamu tahu apa itu judi??!!," ditanya Allah.

"Ta...tahu. Saya tahu Ya Allah. Saya hanya kerja, orang bawahan....jadi menurut perintah majikan. Tidak adil hanya saya dipersalahkan," si pekerja menjawap. Memohon ehsan.

"Wahai malaikat, bawa si majikan itu ke sini cepat!," perintah Allah.

"Jadi kamulah yang membuka kedai judi di seluruh negara ya. Kamu tahu apa itu judi?hah!," tanya Allah dengan herdikkan.

"Ta...tahu Ya Allah. Sayalah yang membuka kedai no ekor diseluruh negara,"jawap si majikan. Tidak ada apa lagi mampu disembunyikan pada saat itu.

"Apa! Tidakkah kamu tahu betapa besarnya dosa judi? Ini siap kamu menjadi tokey! Jawap!," Sang Pencipta Segala Makhluk menunjukkan kekuasaanya.

"Ta...tahu Ya Allah. Tapi Ya Allah Ya Tuhanku, ketahuilah aku tidak dapat membuka kedai judi itu jika tiada lesen diberikan. Pada saat itu, saya mendapat kelulusan dari sang penguasa, lantas memungkinkan kedai judi dibuka. Jadi tidak adil menyalahkan saya sahaja," si majikan menjawap.

"Panggil sang penguasa kedepan!," Allah memberi perintah.

"Inilah rupa manusia yang dikurniakan kuasa, tetapi khianat dan tidak amanah! Kenapa kamu berikan kelulusan itu sedangkan kamu tahu judi itu haram. Hah, jawap!," diherdik oleh Allah.

"Be...betul Ya Allah. Saya yang memberi kelulusan. Tapi saya tidakkan bagi kelulusan ini juga saya tiada kuasa. Saya diberikan kuasa oleh rakyat, jadi tidak adil menyalahkan saya seorang sahaja Ya Tuhanku,"jelas sang pemimpin.

"Wahai malaikat, kumpulkan semua manusia yang menganggap manusia ini sebagai pemimpin!," Malaikat diperintahkan Allah.

" Ya Allah Ya Tuhan, ampunkan kami Ya Allah. Kami memilih beliau ini sebagai pemimpin kerana kami diperbodohkan sejak lahir, mula datuk nenek kami sehingga generasi selepas kami. Jadi bukan salah kami semata Ya Allah," jelas rakyat jelata.

Semuanya dikumpulkan dalam keadaan tertunduk, keluh kesah lantaran perbuatan khianat, maksiat dan mungkar diatas muka bumi. Semua menyalahkan antara satu sama lain dengan apa yang terjadi didunia.Semua itu akan diperhitungkan tanpa sedikit pun ditambah dan dikurangi. Saat keadilan diletakkan pada tempatnya, dan kezaliman terhapus sama sekali.

Hari itu, hari akhir segala hari.

Hari itu, hitungan amal diperkirakan.

Hari itu, mulut terkunci dan anggota badan lain berbicara.

Hari itu, ramai yang keluh kesah dan tenang gembira.

Hari itu, ada buku catatannya datang dari kanan dan kiri.

Hari itu, hanya ada dua destinasi akhir.

Hari itu adalah HARI AKHIRAT!

Berkasih sayang didunia, belum tentu sama diSana

Kisah Di Matrikulasi

Hari itu hari cuti, saya mengambil masa sedikit diawal pagi untuk melangsaikan hutang kelelahan badan. Ditagih-tagih sejak seminggu lalu.

"Mie...bangun mie...aku nak tunjuk something ni!," seorang teman mengoyang-goyang badan saya cuba untuk mengejutkan diri ini.

"Hah, Mr X...gapo dia? (saya suka cakap pantai timur dengan semua orang)," saya menyapa dalam keadaan malas. Penat.

Dia lantas menunjukkan telefon bimbit terbaru. Baru dibeli katanya.

"Banyak duit mung ni deh...Hp baru kot tuh!,"saya sedikit kagum.

"Biasalah beb, aku baru menang semalam," jawap beliau.

"Menang gapo dio pulop neh? cabutang bertuah ke?," tanya saya.

"Menang lumba kuda la beb...semalam main beberapa round,"tanpa segan dia memberitahu. Disambung dengan bukti-bukti love bite yang beliau dapat.

Saya?

Glupp....

Astaqfirullah...mengurut dada yang sesak. Sesak dengan kemalangan iman ummat.

"Kita akan memastikan orang Islam tidak akan dibenarkan berjudi!," itu kata keratan akhbar.

Oii...bohong!

Rantai Api


Saya sebenarnya sudah kematian akal untuk mengatakan apa lagi tentang pemberian lesen slot judi kepada Vincent Tan, berbangsa Cina yang merupakan antara orang yang terkaya di Malaysia dengan syarikatnya BERJAYA Group.

Dosa?

Lesen?

Muslim?

Islam?

Yahudi mereka tidak peduli, mahu peduli dengan judi. Usahlah yop...

Saya membuka satu buku pembangun jiwa pagi tadi. Sungguh tepat apa yang saya perhatikan sekarang.

"Banyak orang didunia, mencintai,mengasihi dan berkasih-sayang. Justeru insan inilah jua diakhirat sana akan saling menyalahkan antara satu sama lain. Kerana cinta mereka, bukan cinta diatas landasan taqwa"

Kebenaran diberikan oleh sang penguasa muslim, yang diberikan kuasa oleh majoriti muslim untuk mengadakan judi dinegeri mengaku 'negara Islam'. Saya kematian aqal apabila memerhatikan kematian iman dinegara tercinta sungguh mewabah fatal.

Saya tidak nampak, vaksin yang terbaik untuk merenggut jatuh warisan kebodohan jahiliah ini melainkan dengan mengingatkan kembali kepada panasnya api neraka!

Senario diatas, saya cuba wujudkan dengan olahan saya sendiri. Adakah itu mustahil akan berlaku diakhirat sana? Ayuh kita lihat kata peringatan dari Allah.

Dan berkata Ibrahim: "Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan KASIH SAYANG di antara kamu dalam kehidupan dunia ini kemudian di hari kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebahagian kamu melaknati sebahagian (yang lain); dan tempat kembalimu ialah neraka, dan sekali-kali tak ada bagimu para penolongpun. (Al-Ankabut: 25)

Pembeli membeli kerana ada orang menjual. Si penjual menjual kerana diarah majikan. Si majikan membuka kedai kerana diberikan kelulusan oleh pemerintah. Pemerintah menggunakan kuasa meluluskan kerana diberi kuasa oleh rakyat. Dan rakyat?

Rakyat diperbodohkan oleh sang penguasa. Sang penguasa pula membodohkan dengan sokongan moral dan material dari sang majikan. Sumbangan material yang ada pada sang majikan, didapati dari kedai-kedai bertebaran diseluruh pelusuk negara. Dan kedai-kedai itu diraikan keberadaannya oleh si kaki judi.

Diakhirat mereka saling menyalahkan antara satu sama lain, sedangkan diatas muka bumi Allah. Mereka berkasih sayang, mencintai dan mengasihi antara satu sama lain. Tetapi sayang, cinta dan kasih mereka dalam tujuan merenggut dan mengijak perintah-perintah Allah. Saling menompang dan berganding bahu dalam memastikan kalimah Laa illah illa Allah, Muhammad Rasululllah berkubur. Hidung tinggi, jalan bertongkat langit.

Mereka ibarat putaran mata rantai...mata rantai api neraka!

Satu titik muhasabah diri merenung kembali adakah kita sebahagian dari rantai itu? Jika TIDAK, alhamdulillah. Jika, Ya...ayuh kita baca dibawah solusinya.

Sudah terlanjur, ada jalan pulang? Bagaimana?

Mata rantai api neraka ini harus diputuskan.

Jangan wujudkan rakyat bodoh dan rosak aqidahnya

Jangan diangkat pemimpin yang tiada iman didalam diri

Jangan diberikan sama sekali kebenaran benda haram bertapak

Jangan dibenarkan sama sekali ada penjual menjual produk haram

Jangan dibiarkan kaki-kaki maksiat dapat mencari 'lubang neraka'

Pesimis dan Optimis

Ada sahabat yang datang bahkan meminta untuk diberikan terus kesedaran tentang hal ini, tapi ada juga datang dengan nada pesimis.

"Ko cakap judi itu, judi ini, ko ingat orang atas tu nak dengar ke?,"satu soalan cantik untuk direnung.


Bagi saya, mereka yang diatas tidak akan dengar apa yang saya cakap, sahabat-sahabat saya cakap, masyarakat cakap.

"Habis itu kenapa buat hal sia-sia?," satu lagi soalan yang cantik diberikan.

Oleh kerana ketidakmampuan untuk menerjah yang atas,tumpuan saya sekarang adalah dengan mewujudkan kesedaran diperingkat masyarakat bawahan, dan circle yang ada dilingkungan diri. Hatta dikatakan sampai ke tahap meracuni fikiran orang. Yang penting, saya meracuni fikiran manusia dengan Islam, kesedaran dan kebenaran.

Bahkan jika ditakdirkan Allah lingkungan tidak 'menelan' apa yang dilontarkan dan selesa berada didalam keadaan sekarang, cukuplah segala usaha ini menjadi saksi depan Allah Rabbul Jalil yang saya disaat dan ketika ini berusaha sedaya upaya kudrat dan peluang yang ada cuba menuntaskan amanah Islam yang saya percayai.

Satu demi satu kerosakkan yang secara jelas dizahirkan didalam masyarakat cukup menyesakkan. Jika tidak kerana janji Allah, kemenangan itu pasti! Nescaya mungkin sekarang saya lebih selesa menyendiri, main farmville dan persetankan apa yang terjadi dilingkungan. Tetapi, saya berusaha untuk tidak menjebakkan diri kedalam putaran rantai api neraka itu.

Agama itu nasihat!

Nasihat untuk yang hidup, agar sejahtera pabila mati.

Bukan seperti kata Ustaz Ismail Kamus

"Al fulus fi dunia, wal mampus fi akhirah"

Lainlah jika anda semua sudah persiapkan diri dengan ilmu kalis api!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Wednesday 5 May 2010

Tunduk Itu Manifestasi Keimanan

Hari itu, hari yang cukup istimewa buat pasangan romantik Salman dan Diana (bukan nama sebenar). Hari itu adalah ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-25. Walaupun sudah suku abad, romantik dan perasaan kasih sayang mereka berdua masih kekal dizahirkan. Masam manis, hujan panas tidak mampu merungkai ikat kasih mereka.

Ibarat tali tersimpul mati.

Jadi bagi membuktikan cinta dan menghargai ikatan kasih sayang Diana, Salman ingin membawa isteri tersayang makan disatu tempat special, Restaurant rahsia. Tempat indah, mendamaikan dan juga berprestij.

"Abang, bagi ayang, apa sahaja yang abang kenakan, cukup hensem, macho dan kacak di mata ayang. Tapi kali ini janganlah...," ayat Diana dipotong.

"Janganlah apa sayang? Abang malam ini masih tidak cukup hensemkah?," Salman bertanya.


"Bagi ayang, abang pakai apa pun ayang tidak kisah sama sekali. Tapi kita nak pergi dinner ditempat mahal, tempat ekslusif. Janganlah abang duk nak pakai baju pagoda dan kain pelikat cap gajah duduk ni!," tegur Diana, tanda prihatin kepada sang suami.

"Alah, pakai kot, ber'tie' itu semua mengarutlah. Ikut suka kitalah nak pakai apa. Kita pi sana bukannya tak bayar, bayar tahu. Hak asasi kita nak pakai apa,"jawap Salman.

Diana terdiam....

Ramalan Kejadian

Agaknya, adakah layak restaurant itu membuat peraturan sedemikian?

Agaknya, adakah Salman akan dibenarkan memasuki restoran mewah itu?

Agaknya, adakah wajar Salman memberikan alasan demikian?

Jom kita menjawap.

Umumnya, apabila disebut pemilik, ia berhak meletakkan peraturan dan undang-undang yang pada pandangan dia adalah betul. Sudah barang itu milik dia, dia yang berhak menentukan apa sahaja yang bersangkut paut tentang barangang itu. Jadi pihak pemilik restaurant berhak menetapkan apa sahaja. Dan sudah semestinya, jika restaurant yang mahal dan mewah ingin menjaga standard dan kekalkan status quo mewah. Penetapan protokol 'mahal' dan 'mewah' itu wajar.

Mereka yang tidak mengikut peraturan dan protokal yang ditetapkan, pihak pengurusan sudah semestinya tidak akan sekali-kali membenarkan mereka memasuk. Jadi buat Salman, usahkan mahu melabuhkan punggung pada kerusi empuk di meja makan, menjejakkan kaki ke restaurant itu belum tentu boleh.

Salman sendiri seharusnya mengetahui dan faham sangat dengan segala peraturan dan protokol yang ditetapkan. Itu restaurant mewah, ada hal yang harus diikuti barulah sampai kepada bolehnya tangan menyuapkan makanan ke mulut. Jadi alasan hak asasi, boleh bayar itu petanda Salman harus dikejutkan dari lena. Bagaimana? penampar jepun mungkin!.

Saya kira, jika hal banyak hal dunia dan fiqh kita boleh berbeza, tetapi untuk persoalan Salman, baju pagoda dan restaurant mewah, kita sama-sama setuju dengan jawapan itu. Semua orang sedia maklum saya kira.

Pemilik Salman dan Pemilik Segala pemilik

Kenapa saya bawa contoh Salman, Diana, Baju Pagoda, Kain Pelikat cap Gajah Duduk dan Restaurant mewah.

Semua ini, dibawa dengan dicontohkan dengan satu situasi yang mudah kita faham dan mengerti bagi meluruskan kembali permasalahan dan seni beralasan manusia dan Pencipta Manusia.


"Apalah menutup aurat, bertudung segala. Ingat, walaupun tidak bertudung, tapi hati baik tau. Sekarang zaman dah maju, tutup-tutup ini ketinggalan zaman!"

"Kenapalah perlu solat itu semua, buang masa. Baik waktu solat itu digunakan hal lain yang lebih bermanfaat"

"Malang sungguh, asyik-asyik aku je yang kena. Kenapa Allah tidak perkenankan doa aku. Huh, Allah tidak adil"

"Orang lain usaha ciput je, tapi untung berlipat. Ini aku, buat kerja bagai nak rak...tapi apa yang aku dapat"

Itu adalah contoh-contoh biasa yang kita semua dengar. Tidak dari orang lain, tanpa sedar terpancul dimulut kita. Versi dan kandungan yang berbeza, tetapi nadanya tetap sama.

Sungguh kita silap!

Pernah saya menyebut, persoalan aurat, solat, ibadah-ibadah lain, undang-undang Islam dan segala yang disuruh dan diwajibkan oleh Allah s.w.t itu bukan hanya sekadar merenung sesuai atau tidak pada diri kita.


Semua persoalan yang dibangkitkan oleh si hamba adalah manisfestasi KEIMANAN.

Apa itu iman?

Iman itu tundukan dan patuh kepada SEGALA suruhan dan meninggalkan SEGALA larangan Allah s.w.t

Pemilik restaurant itu sahaja boleh seenak hatinya mahu menetapkan apa sahaja peraturan tanpa mampu orang lain persoalkan kerana restaurant itu hak dia, inikan pula Allah s.w.t

"Restaurant ini aku yang punya, jadi ikut suka hati akulah!"

Allah adalah pemilik alam dan segala isi. Dia mahu menetapkan apa sahaja yang ada dibawah taklukan dan miliknya, Dia sememangnya berhak. Alam dan segala isi mahu tidak mahu, wajib menuruti segala apa yang diwajibkan.

"Alam dan seisinya bahkan manusia itu Aku yang ciptakan, dan Aku pemiliknya. Ikut suka hati Akulah mahu menetapkan apa sahaja!"

Mengikuti dan mematuhi arahan itu adalah persoalan aqidah. Jika kita mengakui bahawa Allah itu Tuhan yang Maha Agung, Tuhan yang Berkuasa atas Segalanya, kita harus tunduk patuh tanpa sedikit pun mengeluh dan mempersoalkan kewajaran itu dan ini.

Sifir Iman itu mudah, tunduk dan patuh sepenuhnya adalah petanda keimanan berada ditahap tertinggi. Beralasan, berdalih dan mempersoalkan adalah tanda iman tengah dilanda wabah penyakit.

Kerana orang beriman itu sikapkan "Aku dengar, aku taat". Bukan "aku dengar, aku fikir sesuai atau tidak, aku akan buat mengikut kesesuaian diri aku".

Buat planet sendiri, tinggallah disana sendiri, atur makan minum dan segalanya sendiri, barulah layak kita katakan "aku dengar, aku fikir sesuai atau tidak, aku akan buat mengikut kesesuaian diri aku." Tapi....

Mampukah?! Layakkah?!

Tunduk dan patuh itu manifestasi KEIMANAN, tetapi berapa ramai yang sedar hakikat itu?

Maha benar Allah dengan segala firman suciNya.

"Sesungguhnya Allah memberikan karunia kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia TIDAK BERSYUKUR" (Al-Baqarah:243)

Sumber Tazkirah yang dicanai

Nota 1
: Peperiksaan sudah semakin hampir, tetapi saya tidak bercadang untuk 'cuti' dari menulis. Yang perlu, mencari celah masa yang terluang untuk mencoret warkah moga-moga disediakan mahligai diSyurga sana.

Nota 2
: Doakan saya dan teman-teman disini semoga lulus cemerlang dan bergelar Doktor Muda.

Nota 3 : Nak promosi blog baru IMAN khas untuk gambar sahaja...DISINI

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

Sunday 2 May 2010

Manual Beragama : Kecelaruan Penentuan Sikap


"Jika takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai"

"Jika takut pada risiko, usah bicara soal perjuangan"

"Jika takut pada ujian, jangan mendakwa sudah beriman"

Itulah kata bidalan orang tua-tua dahulu, kata tokoh negarawan dan tiada kata yang paling agung iaitu kata Sang Khalid, Allah s.w.t. Susun katanya indah, lenggok bahasanya bersahaja tetapi membawa makna yang begitu signifikan dan tajam tetapi hanya bagi insan yang berfikir.

Bermula dari diri sendiri, saya berusaha untuk menginsafi kata-kata itu. Perkongsian saya tentang beberapa terutama menyentuh beberapa bab yang jarang manusia sentuh, sensitive dibicarakan, lebih banyak disorokkan dibawah tikar membuat beberapa sahabat panas telinga, berbulu mata, bengkek hati. Isu agama, sosial, ekonomi, keadilan manusia dan kemerdekaan jiwa manusia penyebab semua itu. Bahkan ada antara mereka mendedikasikan article khas buat saya, khas untuk 'menyembelih' saya.

"Tidak patriotik"

"Tidak melayu"

Itu menjadi dendangannya. Pengalaman menulis sudah dekat 3 tahun dan menyentuh sekian banyak hal, menjadikan diri ini begitu mangli. Sudah menjadi bukan satu masalah yang besar buat diri. Saya masih mampu untuk tidur lena, makan kenyang dan mandi basah seperti biasa. Semua itu masih boleh ditelan, dimaafkan dan dilupakan.

Semua itu mampu saya terjemahkan kerana memerhatikan mereka yang 'sayang' kepada saya dari belah tebing yang sama, kubu yang sama, cara pemikiran yang sama dan sahabat sekeliling yang sama. Jadi pengertian buat diri sendiri itu lebih. Tiada masalah.

Saya secara pribadi pun tidak berminat untuk mengulas balas, melawan article hatta untuk menyembelih kembali. Tapi buat apa semua itu? Bukan cara saya dan saya masih berpegang dengan prinsip ini. Dan apa yang mampu saya lakukan adalah dengan menyerah semua itu atas kebijaksanaan pembaca untuk menilai penulis, menilai idea, dan menilai adab dan akhlak article penulisan. Berdiam diri dan teruskan berkerja seperti biasa.

Sebagai hamba

Sebagai khalifah

Bukan Dari Tebing Itu Sahaja

"Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari"

Pilihan awal untuk tidak berkomentar kerana pada sangkaan saya, sikap ini yang dihidapi oleh satu pihak sahaja ternyata silap. Terjahan email S.O.S dari seorang sahabat seolah-olah menampar kuat pipi. Agar saya bangun menyedari realiti ummat.

Dr. Amad,

Macam mana nak ajar kawan-kawan yang attend usrah hari-hari, bagai nak gila, tapi dalam masa yang sama, naqib-naqib yang kononnya pandai semua benda memaklumkan kepada 'anak-anak' usrahnya, JANGAN TERLIBAT DENGAN POLITIK! geram ana!


Memang diakui, mereka ini di bawah penajaan, tapi janganlah sampai politik ini menjadi suatu perkara asing, menggelakkan mereka yang ingin berbicara tentang politik etc.


Apakah konsep 'membina individu muslim' menjadi perkara paling utama dalam perjuangan dakwah? Kerna ini yang dicanang-canang oleh mereka-mereka yang mengetuai usrah-usrah disini..
Apakah hujah yang sesuai bagi golongan-golongan ini??

Bantu KAMI.


Sangkaan baik saya pada peringkat pembawa risalah Allah s.w.t, penerus mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w tentang hal ini adalah selesai rupanya SILAP. Selesai dalam erti kata
mereka faham benar dan sudah campak ke laut fahaman jahiliah itu, rupanya tidak. Disaat saya membaca email ini, hanya satu yang datang dalam fikiran

"Ghuzwah Fikr!"

Saya cukup hairan, kerana Ghuzwah Fikr atau didalam bahasa melayunya adalah Perang Pemikiran adalah menjadi topik wajib untuk naqib-naqib meratahnya dan anak buah usrah menghadamnya. Timbul persoalan, apakah yang disampaikan oleh naqib ini? Adakah mereka faham betul dengan Ghuzwah Fikr?

Jika dahulu persoalan ini dilontarkan kepada saya, jujurnya saya tidak mampu menjawap dan memberikan satu contoh yang jitu dan tepat. Tetapi sekarang, sekian banyak hal yang dialami dan tempuhi, contoh diatas adalah bukti nyata dan jelas untuk kita memahami apa itu perang pemikiran. Dan sebenarnya, perang pemikiran ini lebih meletihkan dari perang batu, kayu, besi dan peluru. Percayalah!

Apa Ghuzwah Fikr?

Asalnya, setelah sedemikian banyak peperangan fizikal yang dilancarkan oleh musuh Islam dengan dendam kesumat dan nafsu duniawi yang beraja menemui kegagalan demi kegagalan, ratusan tahun. Mereka akhirnya mengubah strategi dan taktik dengan masih membiarkan muslim itu solat, muslim itu puasa, muslim itu berkopiah bertudung bahkan muslim berusrah. Tetapi muslim yang solat itu, muslim yang puasa itu, muslim yang beridentiti Islam itu mengidap penyakit KEROSAKKAN MINDA.

Agama Islam menjadi agama ritual semata.

Ayuh kita duduk sejenak, tadabbur, perhatiankan dan renungkan, dua tebing ini walaupun pandangan kasarnya terpisah jauh, tetapi hakikatnya ia terpadu dan mendekati satu titik perjuangan yang sama.

Kempen Pembodohan Manusia!

Kempen Warisan Berzaman

Ummat Islam khususnya sejak beribu tahun terpenjara dan terpasung dengan tradisi pembodohan secara terancang ini. Jika dahulu, ia dipelopori oleh musuh-musuh Islam tetapi sekarang diwariskan kepada muslim untuk menjalankan tugas mereka. Bukan lagi diperingkat mereka-mereka yang biasa-biasa, tetapi yang diiktiraf ramai sebagai alim mahir dalam selok belok agama. Sekadar TAHU.

Lihatlah email itu, anda dapat memerhatikan dengan jelas senario ini.

Isu APCO, YAHUDI dan PALESTINE menjadi saksi bisu kemalangan tragis pemikiran ini.

"Amad, APCO itu apa?"

Demi Allah, apabila saya mendengar soalan itu, hati saya cukup terhiris dan terkilan. Ia mengambarkan bahawa musnahnya sikap kepedulian kita kepada Islam dan ummat.

Adakah kerana hal ini dibangkitkan oleh seorang ahli politik bahkan dipihak pembangkang, kita menolak tepi dan membangkul sampahkan semua itu? Lihat, darah saudara Palestine kita itu mahu kita cuci dengan apa?

Adakah duit kita?

Malaysia mengunakan APCO sebagai agen untuk meningkatkan nama Malaysia dimata Amerika (diakui Menteri) yang manager board aka think tank APCO yang ramai dari bangsa babi dan kera (boleh lihat laman web). Mereka yahudi bukan sekadar yahudi, mereka adalah bekas tentera perisik Israel (boleh lihat data) yang bertanggungjawap diatas kematian syahidnya Syeikh Ahmad Yassin dan Rantissi.

"Eleh, politik je tu...yang penting tarbiah...tarbiah!."

Sedarlah ia bukan isu politik semata, tetapi harus dilihat dari kacamata yang lebih besar. Isunya Palestine, isu yang berkait rapat dengan eksistensi keimanan, aqidah, persaudaraan Islam dan pembuktian taqwa. Wahai naqib-naqib, ini anda pun tahu bukan!.

Segolongan kecil pihak di Malaysia, berpanas hujan, berpeluh keringat, berembun pagi, dari satu manusia ke satu manusia untuk mengalang dana RM10 juta untuk Lifeline4Gaza, Malaysia juga meng'infaq' RM77 juta kepada penyembelih rakyat Palestine (rujuk sidang Parlimen). Adakah nyawa mereka hanya mainan? Adakah dana RM77 juta itu mainan ahli politik semata? Yang hasil keimanan dan ketaqwaan itu adalah fatwa ' isu telur busuk lebih bernilai dari saudara seaqidah!'.

Tok Peti, lihat ini...

Lain dipinta, lain diberi.

Dimensi Baru Kerangka Pemikiran

Satu prinsip yang harus kita sepakati adalah bukan semua isu wajib diselesaikan dengan jalan politik, tetapi mengakui hakikat ada sesetengah hal hanya jalur politik ia dapat diselesaikan.

Justeru itu, diperingkat ini satu pengertian dan pemahaman politik yang baru, bersih, murni dan menyihatkan untuk generasi masa depan dituntut.

Jika anda bertanya kepada saya, masih punya harapan dan contoh politik ini, saya akan memberikan jawapan YA! masih ada.

Bandung sebagai contoh, menjadi satu senario yang unik untuk kita perhatikan. Saya kenal rapat dengan sahabat-sahabat orang besar dalam Kelab UMNO luar negara. Pelajar bagaimana pun latar belakang dan saya masih boleh duduk, bersembang, bergurau, bertukar pandangan dengan santai. Kerana kami mencari titik temu yang sama iaitu KEMATANGAN.

Bahkan kehadiran, orang besar negara ke sini, berkongsi wavelength yang sama. Saya dan beliau masih boleh berbincang dan menyampaikan hasrat dengan telus. Tiada masalah. Siap beliau menyatakan, amat gembira bercampur aneh pelajar dari 'color' apa sekali pun masih boleh duduk bersama.

Jika orang luar aneh melihat kami bersatu, dan kami aneh melihat anda sibuk bergaduh.

"Alah,kitakan scholar lagi...kang kena tarik!," satu pihak bagi amaran.

"Apa??? Kelab UMNO??? Engkau jangan mengada-ngada. Pantang nenek moyang aku," si ayah terkejut 4 petala langit.

Tidak dinafikan hal ini sudah terjadi, sedang terjadi, dan akan terjadi disesetengah tempat. Semua itu terjadi kerana...

Terlebih kuah dari sudu... Jangan labu jangan

Terlebih UMNO dari UMNO....Jangan labu jangan

Terlebih PAS dari PAS....Jangan labu jangan

Disini pengertian dan penterjemahan dimensi baru politik perlu dizahirkan secara matang. Meletakkan sikap yang betul, tepat dan benar menjadi tunjang penghapusan kempen pembodohan ini. Bagaimana apa pun anda, FIKIR dan MATANG menjadi pokoknya, indah AKHLAK menjadi buahnya.

Semua itu hanya boleh kita dapat dengan kita mengambil TAHU soal politik dan lain. Anda mahu terlibat atau tidak, itu menjadi soalan kedua. Taboonya politik harus kita buang dari dalam diri.

Anda masih 'ketegaq' mahu warisi politik lama, silakan. Tetapi satu masa anda akan menyesal. Azab Allah amatlah pedih.

Anda masih pegang mahu hanya 'tarbiyah' dengan bangkul sampah politik, silakan. Tetapi satu masa anda akan menyesal. Azab Allah amatlah pedih.

Dua Jangan

Benchmark segala itu adalah agama!

Agama mengajar kita agar terus Istiqamah. Dan Istiqamah itu mempunyai beberapa rukun. Antaranya jangan melampau dan jangan cenderung kepada orang zalim.

Gambar Hiasan

Jangan kita membenci seseorang itu, membuatkan kita hilang pertimbangan dan akhlak. Itu melampau. Jangan kita taksub seseorang itu, membuatkan kita mengiyakan, menyokong sebelum berfikir dan menilai. Ia fasad, ia mungkar, ia dosa.

Jangan kita membuat zalim, cenderung kepada orang zalim. Apa pun alasan anda, perbuatan cenderung dan berbuat zalim itu tertolak oleh Allah kerana zalim itu syirik. Mereka masih menjadi subjek dakwah, tetapi jangan sampai khayalan dakwah menjadikan kita menerima kezaliman mereka.

Hasan Al-Basri pernah menyebut,"Telah dijadikan agama itu di antara DUA JANGAN. Jangan melampau, dan jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim."

Wahai saudaraku, istiqamahlah. Walaupun ia meletihkan, kerana Rasulullah s.a.w pun naik beruban memikirkannya!

Jangan labu jangan...

Dicoret,
Ahmad Fahmi Sulaiman
Sofa empuk Gedung Eckman,
Menunggu selama 3 Jam Revisi Thesis dalam 15 sahaja,

Kesimpulan : Sudah sampai masa, generasi muda mengambil membuang sikap "TIDAKPEDULISME" dengan mengambil tahu hal sekeliling, menjadikan indahnya akhlak sebagai asas dalam menyatakan pandangan, membuang taboo aka takut dalam komentar hal politik dan sebagainya, dan pulang ke Malaysia, pergilah daftar sebagai PENGUNDI!

Nota 1 : Selamat membaca, saya menulis dengan HATI, jadi diharap pembaca membaca dengan BERHATI-HATI.

Nota 2 : Article ini sudah lama saya lakar, disimpan untuk dinilai dari beberapa sisi.

Nota 3 : Alhamdulillah, janji saya dengan beberapa sahabat sudah tertunai.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.