Saturday, 10 July 2010

Manual Bercinta : Pantang Larang Dalam Bertunang


“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pesanan ringkas Rasulullah kepada kita. Jelas dan menjurus.

Apa yang saya amati dan perhatikan didalam masyarakat, terutama dikalangan sahabat sendiri banyak tersilap langkah dalam hati ini. Bertunang dan berkahwin semasa belajar terutamanya menjadi satu trend. Satu trend yang bagus jika diperkemaskan dengan ilmu dan kefahaman awalnya.

Bahana tanpa ilmu dan kefahaman, lantas melahirkan natijah yang serong disisi mata syarak.

Jadi akhirnya, dapatlah kita lihat

Pertunangan diwar-warkan, dan dicanang satu kampung.

Tunang dibawa kehulur kehilir kerana bersangka sudah mendapat lesen besar dengan bertunang

Pergaulan tanpa batas, tanpa dihijab dengan malu.

Akhirnya, tidak aneh pada masa sekarang ramai yang 'terlajak perahu' sebelum ke jinjang pelamin.

Sembang Santai Di Facebook

Capaian sahabat saya di Facebook semakin jauh. Alhamdulillah, banyak pengajaran dan pengalaman yang boleh diambil disana.

Memerhati 'barah'nya masyarakat tentang konsep bertunang, membuat saya terasa mahu berkongsi dan berbual dengan sahabat disana. Lantas saya menulis

Rahsiakan pertunangan dan hebahkan perkahwinan" itu pesan Baginda Rasulullah s.a.w. Namun sekarang, pertunangan bukan sahaja dicanang seantero dunia tanpa ditanya, belangkas ber'couple' bagai nak rak dipapar ke dunia luar. Gambar itu, pose ini, lentok itu, gesel sini...Dosa berantai sungguh!

Dengan status itu, saya mendapat beberapa soalan yang sebenarnya banyak dipertanya ramai. Jadi saya mahu berkongsi dengan pembaca diblog ini pula.

"Saya sudah pesan bebaik kepada beberapa teman, kalau bertunang harus dirahsiakan. Tapi banyak alasannya. Macam-macam soalan ditanya, bila, bagaimana dan sebagainya. Bila diberitahu kepada budak sekolah agama, mereka jawap 'Owh...yeke tak pernah dengar pun'," satu perkongsian situasi oleh seorang kakak.

Jawapan: Sebenarnya, larangan merahsiakan pertunangan bukanlah larangan yang mutlak. Tiada dan tidak boleh sama sekali. Bukan begitu. Larangan itu adalah larangan longgar yang kita boleh so-called 'membocorkan' apabila berhadapan dengan beberapa perkara. Situasinya kita harus treat berbeza-beza dengan panduannya iman.

Ada satu masa, kita perlu memberitahu pertunangan dengan catatan SEKADARNYA. Yang jelas, sekarang semuanya dicanang. Tanpa dipinta bahkan tidak ditanya. Itu sudah menyalahi sunnah Rasulullah.

Insan mahu beragama tidak cukup hanya sekadar TAHU. Ia harus mempunyai faktor lain iaitu MAHU. Dengan MAHU dan TAHU, insyAllah tidak wujudkan pelajar sekolah agama seperti diatas.

Situasi Bocor

Jawapan saya kepada kakak itu, disambung lagi dengan satu soalan oleh seorang sahabat.

"Maksudnya, kita boleh bagitahu dengan niat bukan untuk bermegah-megah. Begitu ke? Beberapa keadaan yang boleh 'dibocorkan', boleh berikan contoh tak?."

Jawapan : Contoh mudah yang boleh saya berikan adalah

Seorang perempuan itu sudah bertunang. Didalam tempoh masa dari bertunang hingga pernikahan, ada seorang lelaki lain yang masuk line. Biasanya lelaki itu akan bertanya sudah berpunya atau belum, dan jika belum, dia mahu meminang.

Apabila keadaan itu wujud, ketika dan saat itu, si gadis boleh 'membocorkan' pertunangan kepada lelaki itu (bukan kepada umum) bahawa dirinya sudah menjadi tunang orang.


"Maaf, saya sudah bertunang" "Saya sudah berpunya"...sebagai contoh. Ini dibenarkan Islam.

Dan jika lelaki itu beriman kepada Allah dan Rasul, beliau akan mengundur diri secara baik. Tiada aib, maruah terjaga, dan insyAllah tetap mendapat pahala.

Itu antara contoh mudah, bagaimana pertunangan boleh di'bocor'kan.

Tipu Sudah Bertunang, Elak Bercinta

Selepas soalan kedua itu, saya ditanya lagi oleh sahabat lain.

"Jika kita tipu, kita kata sudah bertunang bagaimana? Untuk mengelakkan dari bercinta. Aci ke tidak?."

Jawapan: Sebelum saya pergi kepada soalan tipu pertunangan, jom kita semak kembali status tipu. Sebagai muslim lagi mukmin, kita tahu dan faham penipuan adalah satu hal yang dilarang agama.

Tetapi jangan terkejut, jika saya katakan didalam Islam ada 'tipu sunat'. Tipu yang perbolehkan dengan beberapa syarat yang ketat. Contohnya, didalam peperangan, dibenarkan membuat tipu daya bagi melawan musuh lantas memenangi peperangan. Bagi menyelamatkan nyawa, kita menipu. Islam memaafkannya. Dan ada beberapa situasi lain lagi.

Berbalik kepada persoalan hati ini, jika kita masih belum mahu melangkah ke alam sana, dengan pada masa yang sama, ramai lelaki yang bertanya dan menganggu, cukuplah dengan berkata "Saya sudah berpunya" "Mak sudah uruskan" "Sedang dalam proses".

Saya rasa alasan itu cukup ampuh untuk menghentikan lelaki-lelaki tadi. Dengan syarat, lelaki itu harus beriman dengan Allah dan Rasul. Jika tidak beriman dengan Allah dan Rasul, usahkan yang bujang, atau tunang, bini orang pun dikacau sama!

Saya tidak mengunakkan kata ganti CINTA, kerana perbezaan pemahaman definisi cinta dikalangan masyarakat kita. Adakah cinta itu dirujuk kepada cinta yang ramai orang amalkan diluar? atau adakah cinta itu dirujuk kepada cinta yang Islam anjurkan? Ada beza.

Tipu sunat atau muslihat?

Jawapan saya diatas dengan mengunakan term 'tipu sunat' dipertanyakan oleh seorang lagi rakan di Facebook.

"Tipu sunat? Ustaz kata dalam Islam mana ada 'tipu sunat', yang ada muslihat."

Jawapan: Bagi saya ia masih didalam perbahasan perbezaan istilah, tetapi merujuk kepada tindakan yang sama. ITU juga. Mahu menyebut muslihat, tafaddal. Mahu sebut 'tipu sunat', monggo (silakan dalam bahasa Jawa). InsyAllah tidak terjejas aqidah.

Fadhilat Merahsiakan Pertunangan

Disatu inbox saya, masuk satu pertanyaan tentang kewajaran merahsiakan pertunangan.

"Kenapa ya perlu rahsiakan pertunangan."

Jawapan: Pertunangan adalah ikatan yang longgar dari segi komitmen. Maksud longgar komitmen itu adalah hubungan bukan lagi seperti kenalan bukan mahram yang lain diluar, tetapi pada masa yang sama masih belum berkelakuan seperti suami isteri. Bisa saja berakhir dengan mendirikan rumahtangga, dan bisa juga berakhir tanpa rumah, tanpa tangga.

Ulama ada mencatatkan antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia diluar. Dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan dan mengawal perangai dan pergaulan tidak seperti suami isteri.

Nasihat Amad

Sering saya kongsi bersama teman-teman, marhalah kehidupan akan berubah-rubah seiring dengan pertambahan usia dan kematangan. Jika dulu, dunianya hanya sekitar Power Rangers dan Ultraman, dunia sekarang adalah bil eletrik dan lampin anak.

Jika umur panjang, mahu tidak mahu marhalah ini akan kita tempuhi. Mahu tidak mahu, ia pasti datang. Cuma nasihat saya kepada diri dan sahabat, beberapa pertimbangan harus kita fikir dan zikir.

Setiap marhalah kehidupan ada tantangan dan amanah yang kita harus selesaikan. Jika kita bujang, ada urusan yang hanya mampu diselesaikan oleh orang bujang. Begitu juga dengan apabila berumahtangga. Urusan itu hanya mampu diselesaikan oleh yang sudah ada teman, dan orang bujang tidak mampu.


Justeru itu, sebelum kita melangkah kealam sana, fikir dan zikirkan. Sudah selesai atau tidak urusan dan amanah kita semasa bujang. Jika belum, tahan dulu, dan selesaikan. Menjadi kebimbangan bila urusan tidak selesai timbullah 'adik' kita berumur 40 tahun berlagak bujang trang tang tang!

Bertunang pula, adalah marhalah yang penuh dengan mujahadah. Masa bertunang ini, masa yang cantik untuk kedua-dua belah pihak sama-sama menambah ilmu tentang rumahtangga. Syariatullah dan sunnahtullah, ilmu keduanya adalah wajib. Kerana target pembinaan keluarga muslim lagi mukmin itu bukan lagi satu pilihan melainkan kemestian. Kenapa bukan pilihan tetapi kemestian? Lihatkan masyarakat sekarang... Cukup?

Haa...sudah bersedia?

Cabut!!!



Nota 1 : Tips bercouple pula? Owh, saya melepas diri dari hal itu.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

27 comments:

cik nurul said...

apa maksud statement ni:

Menjadi kebimbangan bila urusan tidak selesai timbullah 'adik' kita berumur 40 tahun berlagak bujang trang tang tang!

mintak izin kopipes artikel ni buat perkongsian dgn sahabat. syukran :)

cik pharmacist to be said...

salam..
stuju sgt2 ngn amad..coz da smcm trend plak..bertunang heboh2 pastu beria2 bagai wat pelamin..da srupa cm org kawen da pn..pdhl bru bertunang je..haishh..bkn pe nnt kalo x jd kawen kn da malu sndri ble sume dok tnya ble nk langsng knduri kn..baik diam2 ubi berisi..dri ayam bertelur sbiji riuh sekampung..huhu..

Shahibul Afzan Wahab said...

Nice article!

Thanks dr.amad.

-azmi& jamaluddin's cousin

cik la said...

nice 1. ok dah taknak tipu.

Dr Amad said...

Cik Nurul- Statement itu merujuk insan yang merasakan diri muda walaupun umur sudah berangka 40.

Silakan...singgah-singgahlah lagi...

Dr Amad said...

Cik Effa-Tak buka cerita sekali dengan keris tanjak lagi tu...ekekeke

Dr Amad said...

Afzan-Sama-sama...

Xemi dan Jamal, dua-dua orang hebat. Xemi pernah menjadi rumet di SESTER, Jamal menjadi junior di Unpad.

Dr Amad said...

Cik la- Hehehe...macam kenal je. Ahaks!

Jelaskan, article ini. Kalau ada apa-apa yang samar, jangan segan-segan tanya. Sebab niat article ini adalah perkongsian yang praktikal untuk semua orang. Bukan sekadar teori.

=)

azira zahadi said...

Da banyak manual Dr amad hasilkn..
Good2.. =)

Kalau azmi dan jamaluddin org yang hebat, afzan tidak kurang hebatnya.. =) .. Moga2 insan2 hebat ini dapat melahirkan generasi2 hebat.. insya Allah..

Syukran ats prkongsian yang selalunye brmakna, jarang sekali kurang brmakna..
Teruskan menulis..
=)

Dr Amad said...

Azira- Sama-sama...doakan semoga terus menulis. =)

mutiara solehah said...

salam, bkenaan dngn video ustz azhar, "bertunang tnpa ibu bapa". ad seseorng brtanya kpd saya:

"kalau kedua2 pihak xtau lafaz yang mereka katakan yg ustaz azhar ckp sah dh jd tunang..so mcm mane?sah ke hkm nye kalau kedua phk lfz mrka dh mnjdikan mereka pasangan bertunang?"

minta pndangn.. tq~

Dr Amad said...

Mutiara- Saya tak berapa faham soalan...boleh jelaskan soalan sikit..huhuhu.

Sorry...

Bella Billa said...

thx for sharing!
dh lame x singgah cni..huhu

mutiara solehah said...

soalannya begini..

"bagaimana jika ada kedua-dua lelaki dan perempuan mengatakan mereka akan brkhwin, tetapi pd ms y sme mereka tidak tahu bhw jika mereka berkata begitu bermakna mereka sdh dikira bertunang. Persoalannya, adakah kedua-dua pasangan tersebut sudah dikira bertunang atau tidak?"

soalan agk berbelit.. sy mengagak berdasarkan kefahaman saya dr ceramah ustaz azhar, mereka sdh dikira bertunang..

hanya mahukan kepastian, takut tersilap...

Dr Amad said...

Mutiara- Mengikut kefahaman saya tentang kuliah ini, persetujuan lelaki dan wanita untuk mendirikan rumahtangga dikira bertunanglah.

Tetapi syarat yang wanita harus ada yang membolehkan dia mewakili diri sendiri adalah waras, baligh dan boleh membawa diri.

Disini bagi saya penafsiran kita boleh berbeza-beza.

Dan pandangan saya, wanita yang waras dan boleh membawa diri ini haruslah wanita solehah.

Sudah semestinya wanita yang jumpa lelaki ini nak nikah, then jumpa lelaki lain nak nikah, jumpa lelaki itu pula nak nikah, wanita ini terkeluar dari wanita yang boleh mewakili diri sendiri.

Itu sekadar pemahaman sayalah, wallahuallam...

Dr Amad said...

Bella Billa- Dah tahu lama tak singgah...jadi singgah-singgahlah ke sini lagi

Hezan Aurora said...

salam dr..suka sangat dengan entri ni..peringatan yang baik..boleh saya link kan dengan blog saya???

and one more thing..macam mana pulak dengan hukum "wedding of the year"?? saya lihat ramai yang berlumba-lumba nak tandingi wedding siapa yang lebeh hebat sampaikan sanggup berhabis 60K...hmm..tak tahula kalau berbelanja 60 ribu tuh normal..pada saya mahal sangat tuh...

Dr Amad said...

Hezan- Sama-sama...semoga article ini bermanfaat hendaknya.

Hukum asas kenduri itu sunat, hal baik, patut dihebahkan kepada orang ramai. Tapi mencari 'wedding of the year' itu telah keluar dari tujuan majlis itu sendiri.

Bersederhanalah...kerana sederhana itulah Islam. =)

Hezan Aurora said...

besederhanalah...itulah yang ayah selalu pesan....:)..

keep on writing Ahmad..two thumbs up..

Dr Amad said...

Hezan- Sama-sama...doakan agar Allah terus memberikan saya kemudahan untuk terus menulis.

Teruskan bersama amadanaksoleh

Anonymous said...

salam..sy ingin meminta pandangan dari sesiapa yg sudi..begini..saya seorang lelaki..sudah bertunang dan tinggal beberapa bulan lagi untuk menikah..perkenalan kami sudah 3 thn..tunang saya berada di selatan..manakala saya berada di utara..namun setiap hari kami tidak lupa menghantar sms atau menelefon..masalahnya..di tempat kerja dia ada lelaki yg minat dekat tunang saya ni sebelum kami bertunang lg. dia sering menghantar sms kepada tunang sy..kalau berkenaan hal kerja tidak mengapa..tetapi selit2kan perasaan ingitn memikat tunang saya..tunang saya ni jenis x reti marah..so perkara ini pun sy tahu lepas sy terbaca sms di hp tunang saya..ada sekali dia bg msj syg la..muah la kat tunang saya..saya pun mengamuk la..telefon mamat tu supaya jgn ganggu tunang saya..tp yg benar2 buat sy x mampu nak pergi jauh ialah tunang saya adalah setiausaha kepada mamat tu..pendek kata kalo pape kerja mesti melibatkan mamat tu..jd tunang sy tidak mahu kes ni menjadi besar disebabkan mereka perlu bersua sepanjang masa..sy tertekan..ye la nak mrh mamat tu nanti tunang sy yg kene kesannya..dah marah mamat tu tp still bt lg..so bagaimanakah saya harus lakukan agar hubungan mereka tidak lebih sebagai kwn..lelaki itu itu juga sudah berkawin. Tunang saya mmg tidak lyn ttp saya takut dia akan tertewas dengan godaan lelaki itu disebabkan mereka sering berjumpa.

Dr Amad said...

Anony-Yang paling tepat dan terjangkau untuk menyelesaikan masalah ini dengan pernikahan.

Dalam dua-tiga bulan lagi, nak walimah. InsyAllah selepas itu, akan berakhir. Dengan cara, selepas nikah, pantau perkembangan itu, jika masih ada kacau, mintak 'isteri' berhenti kerja, cari kerja lain...

wallahuallam...

baby said...

salam...
saya nak tnya pendapat,sekiranya seorang 2 da bertunang tetapi setiap hari sabtu dan ahad lelaki atau perempuan datang dan tido salah seorang rumah famly mereka,adakah 2 di benarkan oleh dalam islam?????walaupun mereka tiada ikatan suami isteri lg hanya ikatan bertunang....

Dr Amad said...

Cik Baby- Didalam Islam, ada prinsip "mencegah lebih baik dari mengubati" menerusi ayat 'jangan kamu menghampiri zina' [Isra : 32]

Berkenan bertunang dan si tunang datang tidur dirumah. Saya mengira kita tiada khilaf soal ini. Gelodak jiwa semasa bertunang itu amat-amat besar.

Jadi dibimbangi jika, trend ini kita pupuk, akan mengarah kepada hal yang dilarang.

Kita mohon agar Allah percepatkan, dan permudahkan. InsyAllah, yakinlah yang baik itu hal yang halal.

Waalahullam..

~Athirah's Aunty~ said...

perkongsian yg baik...semalam ade talk "lets get married" tp x dpt hadir sbb balik ganu. sy sedang menunggu update dr kawan yg hadirinya

sweet asfiera said...

salam...
sy nk tnye 1 soalan yg menjadi tanda tanya...
Apakah hukum jika seorang lelaki yg sudah bertunang, tetapi dia berkawan dgn perempuan lain sekaligus memberi harapan manis kepada perempuan yg bukan tunangnya? (Adakah lelaki itu dikira mempermainkan perasaan seorang perempuan (Si B) dlm masa yang sama dia mencari org yg lebih baek sedangkan dia sedang bertunang dgn Si A.

Dr Amad said...

Wslm, senang cerita lelaki itu playboy. Lelaki playboy, macamana nak buat? Masih belum nikah, masih boleh menoleh ke belakang.

Dengan nasihat, dengan putus tunang, dengan doa dan segala macam.