Wednesday, 25 May 2011

Trend Kepedulian Bermusim, Tepatkah dan Cukupkah?


Panas menyengat-nyengat kulit, namun semua itu disapu dengan cukup sempurna indahnya oleh bayu angin yang berpuput lembut dari Laut Jawa. Saya dan beberapa teman sudah pun pasrah dengan pemberitahuan perjalanan memakan masa 5 jam antara Pulau Jawa dan Pulau Karimunjawa. Feri yang boleh memuatkan truk besar menjadi 'kuda laut' kami bergerak perlahan membelah samudra biru.

Masing-masing melayan diri, membina mimpi, dan menahan gelodak perut yang berisi. Mabuk laut!

"Syeikh...syeikh...meh sini. Tengok tu!," teman saya memanggil dengan memuncungkan mulut kearah TV.

Diatas kapal feri yang super lambat itu, tetap menyediakan hiburan bagi membuang kebosanan perjalanan. Nampak dari gaya, siaran didapatkan dari satelit. Saya bingkas bangun dan terus menacapkan pandangan ke TV.

Di Jeti Jepara, Jawa Tengah sebelum bertolak ke Pulau Karimunjawa. Dibelakang ferinya.

"Innalillah...Allahuakbar...," hanya ungkapan itu yang terdetik dihati disaat mulut terkunci apabila melihat apa yang terjadi dari siaran berita di TV itu.

Pada paparan berita memperlihatkan satu persatu soldadu lengkap bersenjata turun menerusi tali dari helicopter keatas sebuah kapal besar. Kapal itu adalah kapal Mavi Marmara, berlayar dengan muatan sukarelawan dari seluruh dunia bersama barangan kemanusiaan. Mereka berlayar menuju Gaza.

Saya menerusi dunia maya mengikuti rapat perkembangan dan berkerja belakang tabir dengan berkongsi informasi kempen Lifeline4Gaza. Mulai dengan pergalangan dana hingga detik-detik akhir mereka berlepas dari Antakya, Turki menuju Gaza.

Saya masih ingat, saat itu 'circle of influance' saya terutama di Facebook masih dingin dan kelihatan lebih sudi berbicara soal SAYA berbanding KITA. Tidak peduli.

Mereka berlayar ke Gaza,
Saya berlayar ke Karimunjawa.

Dengan hati yang berat meninggalkan dunia maya dalam pada masa yang sama berdoa agar Allah memudahkan kemudahan mendapatkan informasi disana. Benarlah firman tertinggi, "Kita merancang, Allah merancang. Dan Allah lah sebaik-baik perancang." Allah menakdirkan lebih hebat dari itu. Wujudnya internet dalam bentuk wireless bahkan gratis. Rasa nak melompat!

Selepas BBQ ikan bakar hasil 'buruan' kami di samudra Jawa pada waktu siangnya. Saya menumpang kereta pick-up ke area hotspot untuk mendapatkan berita terbaru tentang Lifeline4Gaza. Sudah semestinya Facebook menjadi pilihan pertama dengan kebolehan lawan sosial ini melambakkan fakta dan maklumat.

Facebook Bertukar Wajah

Boleh dikatakan malam itu keadaan di Facebook memanas dan sarat dengan emosi kemarahan kepada Israel dan simpati yang mengunung kepada saudara di Palestine. "Tonight we are Palestine!." Berubah dari keadaan sebelumnya yang sekitar memutar persoalan perut, pacar, artis korea, malam itu solid berubah.

Yang berdoa, berdoalah...
Yang tukar gambar profile, tukarlah...
Yang kongsi link dan maklumat, kongsilah...
Yang mengutuk kejahatan Israel, kutuklah...

Tidak bagi saya. Saya menongkah arus dengan tidak membidas Israel tapi membidas mereka yang baru membidas Israel baru hanya ketika itu. Seperti yang dijangka, respon yang saya dapat adalah penentangan.

"Biarlah...setidaknya malam itu mereka peduli!."

"Sekarang saat kita boikot makanan dari Israel dan Amerika,"kata pakcik sambil menghisap rokok Marlboro.

Rupanya yang berkongsi rasa yang sama adalah Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerusi coretan tajam tentang fenominal 'panas sesaat' ini. Namun apabila tulisan itu dibaca oleh umum dengan pelbagai warna, article itu dilantun ke hulu ke hilir oleh komuniti maya dengan cara yang kurang berakhlak.

Trend Kepedulian Bermusim

Adakah salah peduli? Tidak!
Adakah salah boikot? Tidak!
Adakah salah marah? Tidak!
Adakah salah demostrasi? Tidak!

Kita boleh khilaf banyak hal, tapi tentang hal ini kita sepakat. Ia bukan lagi berstatus harus tapi wajib. Tapi saya berpendapat ia masih belum cukup untuk memberi kesan hanya sekadar melepaskan. Sunnahtullah membuktikan tindakan yang bersifat reaktif hanya bersifat sementara dan tidak kemana.

Buktinya...

Berapa orang saat ini selepas setahun isu ini masih lagi konsisten dengan isu Palestine?

Berapa orang saat ini selepas setahun isu ini akhirnya kembali menyentuh McD?

Berapa orang saat ini selepas setahun isu ini berdiam diri walaupun Yahudi menjadi penasihat Msia?

Dan jauh lebih besar isunya..

Berapa orang saat ini selepas setahun isu ini kembali kepada cara hidup 'Yahudi'?

Gambar Hiasan

Fikir itu Zikir, muhasabah buat diri dan semua.

Kepedulian Reaktif kepada Proaktif

"Ada yang lebih susah dari susah iaitu BERUBAH!," Ustaz Hasrizal.

Apapun warna yang menjadi latarbelakang kehidupan kita, saya yakin kita semua mahu diri dan masyarakat menuju kearah yang lebih baik. Namun perubahan yang kita perlukan itu bukan bersifat sementara tapi konsisten dengan nada proaktif.

Marilah kita semarakkan cara hidup Islam, sepenuhnya dan seluruhnya. Dengan itu, secara automatik 'marah, boikot, dan peduli' terangkum kesemuanya. Jangan hanya lisan membenci, tapi tindakan memuji. Justeru, membenci jangan hanya emosi tapi dengan akal dan hati!.

Islam!
Palestine!
Sikap!
BERSIH!
Kenaikan harga!
Moral dan akhlak!

Jangan menjadi insan pinggiran, mengutip laba keuntungan ketika menang, tapi meminggir disaat teman lain berjuang.

Gambar Hiasan

Ketahuilah syurga itu tiada syurga pinggiran, tidak ke syurga ke nerakalah kita. Bagi yang suka memilih berjuang dipinggiran, mengeluh sepanjang zaman, sesungguhnya syurga tidak begitu mengalu-alukan penonton pinggiran yang budiman!

.: Amad ingatkan andaikata kita terlupa :.