Amad kecik dengan Ibu
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku,dosa ibubapa ku, dan rahmatilah mereka dengan rahmat kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu ku masih kecil"
Doa yang tidak pernah saya lupakan didalam setiap munajat kepada-Nya. Senang atau sibuk tetap menjadi isi rayuan kepada Rabb,pemilik setiap jiwa.
Entah kenapa,dalam satu dua minggu ini,hati ini rasa tidak tenteram. Terasa ada sesuatu yang tidak selesai yang saya sendiri tidak tahu pokok pangkalnya. Yang pasti dalam dua minggu sudah saya tidak mendengar suara yang mendamaikan jiwa,suara yang menghilangkan lelah dijiwa,suara mengubat lara.
Suara Ibu
Suara Abah
Terasa bersalah tidak berkesempatan untuk bercakap dan bertanya khabar dengan ibu abah walaupun bagi sesetengah orang baru dua minggu.Benar tidak layak rasanya bagi seorang anak mencari alasan untuk Ibu Abah,tetapi ketahuailah ia bukan disengajakan wahai permata hatiku.
Mengubat KerinduanSemalam sedang ralit bermain futsal bersama teman-teman,seorang sahabat pergi kearah saya dan menghulurkan telefon.Tanpa sedar ia berbunyi
"Syeikh,ni abah mung call," sambil disua telefon kepada saya.
"Assalamuaikum,abah. Abah sihat?," tanpa sempat dia bertanya,saya terlebih dahulu menyapa.
Sambil itu kaki melangkah keluar untuk mencari tempat yang damai dan sunyi jauh dengan gelak ketawa sahabat bermain futsal.
"Waalaikumussalam...Alhamdulillah abah sihat. Ini abah call,sebab ibu kata dia rindu sangat ke Ami ," usai abah mengatakan itu, hati saya cukup hiba dan amat tersentuh. Kelu tanpa bicara,melainkan hanya berkata didalam hati
"Ya Allah,ampunkan dosaku lantaran sibuk dengan urusan duniawi dan membuatkan ibu abah kerinduan dirumah."
Selepas bercakap dengan abah beberapa ketika telefon diberikan kepada Ibu
"Salam Ami,bila nak balik," tanya ibu.Dan pertanyaan itu menambah berat didada. Saya kenal ibu, jarang dia bertanyakan soalan itu lantaran kekerapan saya pulang ke rumah. Jika sampai tahap itu,tandanya dia rindu pada anaknya.
"Ya Allah,ampunkan dosaku lantaran sibuk dengan urusan duniawi dan membuatkan ibu abah kerinduan dirumah."
Kesunyian Mereka,Kesibukan KitaSaya dilahirkan dalam keluarga yang boleh dikatakan sederhana besar. Adik beradik semuanya berjumlah 7 orang.Yang sulong bertugas di Hospital,yang kedua di Rusia,ketiga di Indonesia, ke empat di Perlis, dan kelima kursus persediaan ke Mesir di UPM.
Keluarga Sulaiman dan Fatimah
Jika dulu,keluarga cukup meriah dengan hirup pikuk suka dan tangis anak-anak.Sekarang, seorang demi seorang pergi berjuang meninggalkan rumah dan ibuabah di kampung. Peranan dan tanggungjawap mereka membesarkan kami tiada tara dan imbalan yang setimpal buat mereka melainkan syurga firdaus-Mu.
Sering juga saya pada waktu malam bertanya khabar,dan biasanya mereka akan berada diluar rumah.Ke pantai,ke kedai makan.Itu tandanya mereka sunyi dirumah. Kesunyian mereka tidak dapat tertampung dengan kesibukan anak-anak.
Maafkan Ami...
Peranan Ibu AbahMasih segar dalam ingatan,pada waktu itu saya tingkatan 3. Saya pulang lewat petang kerana ada kelas tambahan disekolah.Usai kelas,saya pergi ke telefon awam dan meminta ibu mengambil saya disekolah. Sebenarnya ibu pun baru sampai ke rumah,keluar ada urusan.
"Ami naiklah van sapu,ibu baru je sampai rumah," kata ibu.
"Lani dah petang ibu,van sapu rasanya tak dok doh ni.Ala ibu mari la amik Ami ini," saya cuba memujuk.
"Ada lagi tu van ye,tunggu jela sekejap," jawap ibu.
"Tak pe lah ,tak boh amik pung,ami balik sendiri la.Oklah salam," dengan muka masam saya meletakkan telefon.
Semasa itu dan sekarang,saya cukup berlainan.Dari segi perangai dan perwatakan. Abah ibu cukup paham dengan anak dia seorang ini.Mempunyai sifat panas baran. Saya sendiri dengan wanita khususnya mempunyai perwatakan keras.Berapa ramai sahabat-sahabat perempuan yang saya lukakan.Mereka kurang berurusan dengan saya lantaran sifat itu. Ego yang tinggi terhadap wanita.
Pulang ke rumah,saya tidak hanya berdiam diri dan membuat hal sendiri sahaja.Abah cepat mengesan ada pergolakan antara ibu dan anaknya ini.Lantas,pada malamnya tidak semena-mena diajak abah ke kedai makan berdua sahaja.
Didalam kereta,bermulalah sesi kaunseling.
"Abah tahu,ami marah ke ibu.Ami penat balik dari study,ibu pun sama.Abah tahu ami balik lambat tu bukan pegi main-main.Walau marah mana pun ami pada ibu,ingat dia itu masih ibu. Syurga anak dibawah tapak kaki ibu," dengan kata-kata ringkas dan padat membuatkan saya dia membatu didalam kereta.
Lepas pulang ke rumah,sebelum sempat keluar dari kereta...
"Ami pi mintak maaf ke ibu tu,tak rugi apa jika kita mintak maaf," pinta Abah.
Lantas saya masuk kerumah dan terus mencari ibu. Tangannya dipegang, maaf dipinta,airmata keluar tanpa dapat ditahan.Ibu juga serupa.Itulah satu-satunya wanita yang saya pertama meminta maaf selama hidup 15 tahun diatas muka bumi.Dan itulah titik meruntuhkan ego dan sikap panas baran saya selama ini.
Ibu tidak marah bahkan cukup tenang memaafkan silap anaknya.
Peranan abah dan sikap pemaaf ibu membuktikan cinta mereka pada anak,adalah CINTA TANPA SYARAT.
Benci Anak diatas Silap Mak Ayah"Aku malaslah balik rumah,mak aku dah tak sayang aku.Nak berleter je keje.Wat itu salah, wat ini salah...pot,pet,pot,pet!," luah gadis pada temannya.
"Alah,mak ayah aku bukan mak ayah ko.Family ko,mintaklah ape saje,semua dia bagi.Aku ni jangan haraplah nak bagi.Silap-silap kene flying kick adalah," keluarga dibanding-bandingkan.
"Aku benci ayah...sebab dia nikah lain la,keluarga jadi kacau bilau.Makan minum anak bukan dia nak jaga," sejarah yang terjadi menyemai dendam.
Satu nasihat saya,seburuk mana pun mak ayah kita,mereka tetap keluarga kita.Jika dahulu mereka silap dalam melayari kehidupan,berlapang dadalah untuk memaafkan mereka.Tanpa mereka,tiada kita didunia.
Benar, ia sukar dipadamkan.Tetapi persoalannya sampai bila kita mahu hidup dalam kebenciaan dan dendam kepada mereka.Mereka tidak termaafkan,jika sakit hati menyimpan dendam.
Lost-lost situation.
Maafkan mereka,dan bagi kita yang perjalanan masih jauh ambillah kesilapan mereka sebagai dinding agar tidak mengulangi silap mereka.
Satu ibu beranak 7 vs 7 anak ibu satu"Ibu nanti-nanti tua tak tahu la.Time tu mata dah tak nampak,ingatan dah kurang...siapalah nak jaga.Ibu boleh membesarkan anak 7 orang,tapi anak-anak yang 7 ini belum tentu dapat menjaga ibu yang seorang ini,"kata ibu yang ada benarnya apabila disamakan dengan senario keluarga muslim sekarang.
"Insyallah,anak-anak ibu akan jaga ibu abah sebaiknya,"jawap saya sayu.
Menjaga itu Insyallah tiada masalah,membalas jasa ibu abah....
Allahlah yang dapat membalasnya.
Sering saya pesan pada sahabat,jangan kita malu menunjukkan kasih sayang dan rindu kita kepada ibu abah disaat mereka hidup. Jangan sampai,saat kita mahu menunjukkan rasa sayang dan rindu dihadapan kita badan yang terbujur kaku.Airmata darah tiada guna. Dengan makwe boleh bersayang-sayang,dengan ibu beralasan dan agar dilihat orang macho...Kononnya
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)
Ya Allah sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi sewaktu ku masih kecil. Ampunlah dosaku terhadap mereka,sesungguhnya aku insan yang lemah dan zalim pada diri sendiri.
Amad mahu jadi anak soleh.
Nota 1 : Saksikan kedatangan
Abu Saif dan
Ummu Saif di Permai 2010. Alhamdulillah
Nota 2 :Sidang Dun Perak? H1N1.
Nota 3 : Persidangan ahli tingkap hari ini memutuskan speaker digantung.
Ahaks
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.