Thursday, 7 May 2009
Anak Ibu,Anak Abah
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku,dosa ibubapa ku, dan rahmatilah mereka dengan rahmat kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu ku masih kecil"
Doa yang tidak pernah saya lupakan didalam setiap munajat kepada-Nya. Senang atau sibuk tetap menjadi isi rayuan kepada Rabb,pemilik setiap jiwa.
Entah kenapa,dalam satu dua minggu ini,hati ini rasa tidak tenteram. Terasa ada sesuatu yang tidak selesai yang saya sendiri tidak tahu pokok pangkalnya. Yang pasti dalam dua minggu sudah saya tidak mendengar suara yang mendamaikan jiwa,suara yang menghilangkan lelah dijiwa,suara mengubat lara.
Suara Ibu
Suara Abah
Terasa bersalah tidak berkesempatan untuk bercakap dan bertanya khabar dengan ibu abah walaupun bagi sesetengah orang baru dua minggu.Benar tidak layak rasanya bagi seorang anak mencari alasan untuk Ibu Abah,tetapi ketahuailah ia bukan disengajakan wahai permata hatiku.
Mengubat Kerinduan
Semalam sedang ralit bermain futsal bersama teman-teman,seorang sahabat pergi kearah saya dan menghulurkan telefon.Tanpa sedar ia berbunyi
"Syeikh,ni abah mung call," sambil disua telefon kepada saya.
"Assalamuaikum,abah. Abah sihat?," tanpa sempat dia bertanya,saya terlebih dahulu menyapa.
Sambil itu kaki melangkah keluar untuk mencari tempat yang damai dan sunyi jauh dengan gelak ketawa sahabat bermain futsal.
"Waalaikumussalam...Alhamdulillah abah sihat. Ini abah call,sebab ibu kata dia rindu sangat ke Ami ," usai abah mengatakan itu, hati saya cukup hiba dan amat tersentuh. Kelu tanpa bicara,melainkan hanya berkata didalam hati
"Ya Allah,ampunkan dosaku lantaran sibuk dengan urusan duniawi dan membuatkan ibu abah kerinduan dirumah."
Selepas bercakap dengan abah beberapa ketika telefon diberikan kepada Ibu
"Salam Ami,bila nak balik," tanya ibu.Dan pertanyaan itu menambah berat didada. Saya kenal ibu, jarang dia bertanyakan soalan itu lantaran kekerapan saya pulang ke rumah. Jika sampai tahap itu,tandanya dia rindu pada anaknya.
"Ya Allah,ampunkan dosaku lantaran sibuk dengan urusan duniawi dan membuatkan ibu abah kerinduan dirumah."
Kesunyian Mereka,Kesibukan Kita
Saya dilahirkan dalam keluarga yang boleh dikatakan sederhana besar. Adik beradik semuanya berjumlah 7 orang.Yang sulong bertugas di Hospital,yang kedua di Rusia,ketiga di Indonesia, ke empat di Perlis, dan kelima kursus persediaan ke Mesir di UPM.
Jika dulu,keluarga cukup meriah dengan hirup pikuk suka dan tangis anak-anak.Sekarang, seorang demi seorang pergi berjuang meninggalkan rumah dan ibuabah di kampung. Peranan dan tanggungjawap mereka membesarkan kami tiada tara dan imbalan yang setimpal buat mereka melainkan syurga firdaus-Mu.
Sering juga saya pada waktu malam bertanya khabar,dan biasanya mereka akan berada diluar rumah.Ke pantai,ke kedai makan.Itu tandanya mereka sunyi dirumah. Kesunyian mereka tidak dapat tertampung dengan kesibukan anak-anak.
Maafkan Ami...
Peranan Ibu Abah
Masih segar dalam ingatan,pada waktu itu saya tingkatan 3. Saya pulang lewat petang kerana ada kelas tambahan disekolah.Usai kelas,saya pergi ke telefon awam dan meminta ibu mengambil saya disekolah. Sebenarnya ibu pun baru sampai ke rumah,keluar ada urusan.
"Ami naiklah van sapu,ibu baru je sampai rumah," kata ibu.
"Lani dah petang ibu,van sapu rasanya tak dok doh ni.Ala ibu mari la amik Ami ini," saya cuba memujuk.
"Ada lagi tu van ye,tunggu jela sekejap," jawap ibu.
"Tak pe lah ,tak boh amik pung,ami balik sendiri la.Oklah salam," dengan muka masam saya meletakkan telefon.
Semasa itu dan sekarang,saya cukup berlainan.Dari segi perangai dan perwatakan. Abah ibu cukup paham dengan anak dia seorang ini.Mempunyai sifat panas baran. Saya sendiri dengan wanita khususnya mempunyai perwatakan keras.Berapa ramai sahabat-sahabat perempuan yang saya lukakan.Mereka kurang berurusan dengan saya lantaran sifat itu. Ego yang tinggi terhadap wanita.
Pulang ke rumah,saya tidak hanya berdiam diri dan membuat hal sendiri sahaja.Abah cepat mengesan ada pergolakan antara ibu dan anaknya ini.Lantas,pada malamnya tidak semena-mena diajak abah ke kedai makan berdua sahaja.
Didalam kereta,bermulalah sesi kaunseling.
"Abah tahu,ami marah ke ibu.Ami penat balik dari study,ibu pun sama.Abah tahu ami balik lambat tu bukan pegi main-main.Walau marah mana pun ami pada ibu,ingat dia itu masih ibu. Syurga anak dibawah tapak kaki ibu," dengan kata-kata ringkas dan padat membuatkan saya dia membatu didalam kereta.
Lepas pulang ke rumah,sebelum sempat keluar dari kereta...
"Ami pi mintak maaf ke ibu tu,tak rugi apa jika kita mintak maaf," pinta Abah.
Lantas saya masuk kerumah dan terus mencari ibu. Tangannya dipegang, maaf dipinta,airmata keluar tanpa dapat ditahan.Ibu juga serupa.Itulah satu-satunya wanita yang saya pertama meminta maaf selama hidup 15 tahun diatas muka bumi.Dan itulah titik meruntuhkan ego dan sikap panas baran saya selama ini.
Ibu tidak marah bahkan cukup tenang memaafkan silap anaknya.
Peranan abah dan sikap pemaaf ibu membuktikan cinta mereka pada anak,adalah CINTA TANPA SYARAT.
Benci Anak diatas Silap Mak Ayah
"Aku malaslah balik rumah,mak aku dah tak sayang aku.Nak berleter je keje.Wat itu salah, wat ini salah...pot,pet,pot,pet!," luah gadis pada temannya.
"Alah,mak ayah aku bukan mak ayah ko.Family ko,mintaklah ape saje,semua dia bagi.Aku ni jangan haraplah nak bagi.Silap-silap kene flying kick adalah," keluarga dibanding-bandingkan.
"Aku benci ayah...sebab dia nikah lain la,keluarga jadi kacau bilau.Makan minum anak bukan dia nak jaga," sejarah yang terjadi menyemai dendam.
Satu nasihat saya,seburuk mana pun mak ayah kita,mereka tetap keluarga kita.Jika dahulu mereka silap dalam melayari kehidupan,berlapang dadalah untuk memaafkan mereka.Tanpa mereka,tiada kita didunia.
Benar, ia sukar dipadamkan.Tetapi persoalannya sampai bila kita mahu hidup dalam kebenciaan dan dendam kepada mereka.Mereka tidak termaafkan,jika sakit hati menyimpan dendam.
Lost-lost situation.
Maafkan mereka,dan bagi kita yang perjalanan masih jauh ambillah kesilapan mereka sebagai dinding agar tidak mengulangi silap mereka.
Satu ibu beranak 7 vs 7 anak ibu satu
"Ibu nanti-nanti tua tak tahu la.Time tu mata dah tak nampak,ingatan dah kurang...siapalah nak jaga.Ibu boleh membesarkan anak 7 orang,tapi anak-anak yang 7 ini belum tentu dapat menjaga ibu yang seorang ini,"kata ibu yang ada benarnya apabila disamakan dengan senario keluarga muslim sekarang.
"Insyallah,anak-anak ibu akan jaga ibu abah sebaiknya,"jawap saya sayu.
Menjaga itu Insyallah tiada masalah,membalas jasa ibu abah....
Allahlah yang dapat membalasnya.
Sering saya pesan pada sahabat,jangan kita malu menunjukkan kasih sayang dan rindu kita kepada ibu abah disaat mereka hidup. Jangan sampai,saat kita mahu menunjukkan rasa sayang dan rindu dihadapan kita badan yang terbujur kaku.Airmata darah tiada guna. Dengan makwe boleh bersayang-sayang,dengan ibu beralasan dan agar dilihat orang macho...Kononnya
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)
Ya Allah sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi sewaktu ku masih kecil. Ampunlah dosaku terhadap mereka,sesungguhnya aku insan yang lemah dan zalim pada diri sendiri.
Amad mahu jadi anak soleh.
Nota 1 : Saksikan kedatangan Abu Saif dan Ummu Saif di Permai 2010. Alhamdulillah
Nota 2 :Sidang Dun Perak? H1N1.
Nota 3 : Persidangan ahli tingkap hari ini memutuskan speaker digantung.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
hmm..7 org.sama2..
tp ana nye adk bradik smua dh beso..beso serentak~~
so..mmg abah umi berdua je slalu kt umah...
sama je keadaannya...
mnambah lg homesick.aish~~~~huhu
p/s toksah dok panas2 dah.cool sudey~ 8)
Post ni berjaya mencipta kerinduan yang tak terucp...
terharu dgn mereka sbb sentiasa igt ke anak2..dlm merantau ni..kekadang bila mereka call kata terigt sgt.berslh pulak sbb bukan kita pemula.patutnya kita la kan...pernah satu masa bgi msg..deme pun kata..oh bru nak sms mmg rindu sgt tapi alg dh bgi dulu..kita pula? sllu tak kita igt mak ayah kita?
then kalau kta periksa ke, kita ada interview ke, masuk competition ke..mak ayah juga la yg tak putus2 doakn kita..tapi sebenarnya..saban waktu mereka doakn kita..hingga tanpa kita tahu..mereka pula buat solah hjat utk kita..oh terharunya dan kagum dengan mereka yg bergelar ummi,ibu,mak,mama,walid,ayah,abah,papa & ect..
bila dikenang-kenangkan..bila ada masalah kita cari mereka..masalah mereka sendiri tak tertanggung sbnrnya..so selaku anak2 ringanknlah beban dan amanah di bahu mereka..jgn jadi anak derhaka dan enggar kata. Na3uzubillah, minta dijauhi..
mga smua jadi anak yg soleh dan solehah,hargailah mereka selagi mereka ada..dan rai lah mereka ketika mana kita mahu jadi penghuni syurga..
mereka tak pernah jemu kenalkan kita dgn Islam.walau iman itu sebenarnya tak dapt diwarisi, tapi mereka memikulnya utk mendidik kita.. semuanya terpulang kepada kita.. hidup mereka indah..sudah tercapai erti hidup pada memberi..daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar2 perkara..kita selaku anak sering kali meminta.. so apa yg kita ptut buat..?? takkan membatu pula :)
" Wahai manusia, bertaqwalah kepada Rabmu dan takutlah suatu hari yang mana seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat menolong bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan pula penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam mentaati Allah ".
( Surah Luqman : 33)
maka..hidup di dunia, memburu akhirat abadi, sama mengingatiNya..hablum minallah wa hablum minannas (vertical relation kita pelihara pasti horizontal relation terjaga) ya rabb bimbinglah kami ke syurga..hisablah kami dengan rahmatmu..peliharalah mereka sperti mana mereka memelihara kami..bahkan lebih lagi..
ps:: post yg menginsafkan sebenarnya...Mengingati-Nya terkenang akan dosa, tercipta air mata, mengingati 2 insan berjasa turut membalut jasad dgn jutaan rasa...
ops..pnjg pula..maaf ya..syukrn
pengorbanan mak ayah n kasih syg derang mmg tade tolok bandingnye..
mak duha pn pnah cakap camtu.."anak yang 6 ni nnt tak tau laa boleh jage ke tak ummi sorg ni"
ummi jgak slalu ckp, biarlah dia tak hidup smpai tua sgt,takut susahkan anak-anak
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
boleh lagi fikir kesenangan untuk anak2 die..hurm..
saya sayang ummi n abah saya..n tak pernah malu pun..
p/s:smlm call malaysia(ummi) dedat 10 kali tapi line busy je..derang kate malam2 mmg susa nk call malaysia..nak call skrg!
Nurul-Memang antara tujuan article ini nak bagi pembaca homesick.Jika tak homesick,itu tandanya article ini gagal..
hehe
Sinar- Ana tak tahu nak komen tang mana.Panjang dan lengkap dah ana kira komen nti tu.
Pintalah kemaafan walaupun sering mereka mengatakan sudah maafkan segalanya.
Umi sorg dapat jaga 11 anak,anak 11?
Duha- Aah ek,sy nak call kak long kat msia pun tak boleh.Ada masalah kot XL lani.
Umi duha ada 6orang anak,jadi ibu saya masih menang dengan anaknya 7..yes2
1-0
mcm best je PERMAI '10..nk join!
rindu kt mak sy jugaaaak
adik bradik 6, tp srg mninggal masa kcik, kira 7 la kan?
H1N1?
:) maaf terpnjg sgt..
homesick sgt topic ni dibuatnya..
soal maaf tu..erm..insaf dibuatnya
kena tukar tu..ummi sorang dpt jaga 8 org..anak 8? mga2 dpt la kami menjaga..
sejak bila pula jadi 11..erm..
salam.. diz article really touch my heart. Tiba2 ada air jernih mengalir di pipi..
Farhana- Berminat join?ayuh join permai..hehe.
Aah H1N1
Sinar- Owh ni salah umi la ek..aah la yg 11 orang tu,jiran sebelah umah..ahaks.
Mutiara solehah- Tersentuh,iA itu tanda masih ada iman..=)
tape..mak abg amad yg menang saye tak kesah..kalau abg amad yg menang mmg tak puas ati..huhu~
p/s:anaknye tujuh, tapi ade sorg yg nakal kat indonesia :p
Duha-Hehe...iA tradisi kemenangan akan diteruskan oleh anaknya.
Nakal tapi tak minum susu botol xpe...ada org tu tido berbuai,minum berbotol...ahaks
H1N1 tu apa? td ltak tanda soal maknenye xtau..hehe
anak md. yunus pn nakal jugak...
lalala~ :p
Farhana- Cuba taip kat goggle...itu term terbaru,nak2 tgh2 sibuk org selsema ni.Mentang2 xm,xbaca berita ek...hehe.
Farhana,welcome to club.Pak cik yunus,baik rotan je bdk nakal ni...
huahua..bru je jmpe mkne die td..
br nk delete komen td syeikh dh baca dulu=P
tau je psl swine flu tp xtaw la pulak nama die H1N1...
xpe2 tmbh ilmu baru hr ni uhuk3=p
Sebut ba alif ba ya,ramai org xleh nak terima.Rebranding dan nmpak educated skit kalau guna H1N1...hihi.
Aik,dia pun dah stat panggil syeikh...
salam..
i like ur entry..meaningful..
n yeah..i'm homesick when reading this..haha
btw,fahmi..aku adalah antara perempuan2 yg takut ngan mu time skola dulu..
sbb aku rase mu garang..huhu...tp aku tau mu baik..
Ernie- Wah,sahabat lama sudah datang bertandang.
If u homesick,this article hit d nail.Bull eye!!! hahaha.
Awat le mung seme takut ke aku.Tapi agak la ek,ada tu lepas sekolah baru tegur molek dgn aku.Siap kata lagi
"Mung dulu,aku pun dok berani nok tegor.Abis sek,elok pulop duk sembang," zaman2 jahiliah le.
salam, wah.. k ernie pun msk blog ni. I'm still remembr her. but, may be nobody y still ingt kt ana time zmn skola dulu. =) nevermind..
Mutiara solehah- Tau je,ada sahabat2 sester mai singgah,tapi banyak silent reader.Sokmo mutiara ni rendah diri.Btw,saya masih ingt muka,tp nama sy lupa dan ramai je cmtu...cpt sgt lupa nama
kite tgk je nanti cmne..
p/s:kak farhana..sape yg nakal?
report kat pak cik yunus ayah yasirah..haha
Duha- Hah sape pulop tu si pakcik yunus yasirah? royak2
sedihnya rasa..
bila baca daku dapat rasakan betapa banyaknya dosa daku terhadap mak ayah..
semoga kita dapat menjadi anak yg baik utk mereka..
Nur- Amin,nur pun anak solehah insyallah
sedih dong. dh 2, 3 hari x sekaip ngn parents. kalau sekaip mesti amek gmbar dorg. takut sgt x sempat balik jumpa dorg. :'((
Ya ALLAH, berilah keampunan kepada kami dan ibu bapa kami dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab.
Post a Comment