Monday, 30 November 2009
Amad Seorang Blogger : Suka Duka
“ Amad, ana tengok anta banyak duk mengomel dekat komen-komen blog orang. Anta tak rasa nak berblog ke?,” pertanyaan seorang teman sepergaduhan yang berbaur provokasi.
“ Dah, anti duk suruh ana buat blog. Anti ada blog ke? Paku dulang paku serepih,” saya memulangkan paku buah keras kepada dia dalam nada bercanda. Peluru untuk dia, sentiasa ada. Seteru ketat.
“Aiseh…kena balik. Idaklah, ana tengok anta ada idea dan ana tengok bagus kiranya idea-idea itu dikongsi dengan masyarakat luar,” bicaranya lunak sedikit.
“ Erm…actually ana ingin juga nak menulis, nak berblog. Tetapi pede (percaya diri) nya kurang. Rasa segan pun ada. Apa-apa pun, doakan sahaja ana terbuka hati untuk berblog,”jawap saya.
Dua tahun lepas, antara blog yang sering menjadi mangsa komen-komen provokasi saya adalah Saifulislam dan blog sahabat seperjuangan Dr Radzi. Lambat mereka post article terbaru, sampailah komen saya. Tetapi semasa itu saya tidak gunakan nama pena Dr Amad. Hanya sahabat-sahabat terdekat sahaja yang terang hatinya dapat mengesan komen itu dari siapa.
Sudah ku renung kedalam kitab,
Lagi ku tenung, berdetup detab.
Tengok dari gaya bahasa, sahabat-sahabat yang rapat sudah boleh agak….itulah Dr Amad.
Pulang dari Negeri Pasir Dua Butir
Pada cuti sem, saya telah dipaksa oleh abang untuk menganti dirinya untuk menghadiri satu program Homestay di negeri yang serba dua ini. Dua menteri besar, dua speaker, dan dua kerajaan. Negeri Perak dan sempena serba dua itu, saya namakan Negeri Pasir Dua Butir (Cerita P Ramlee, Laksamana Do Re Mi).
Sebenarnya di program itulah saya banyak termotivasi untuk membuat dan menulis di blog. Semasa akhir program, banyak boring diedar kepada peserta. Saya dapat ruangan yang perlu diisi bukan sekadar nama, no telefon dan email, tetapi wujud juga ruang mengisi nama blog masing –masing.
Ada diantara peserta mengisi ruangan tersebut, dan saya hanyalah kosong. Terdetik didalam hati untuk membuat blog dalam masa terdekat.
Menjadi kenangan juga, di sana saya dapat berjumpa dengan bloggers-bloggers yang hebat. Kak Sarah (KS) yang banyak berkongsi pengalaman hidup dan saya amat tertarik dengan cara penulisan beliau. Juga tidak lupa Umar Alfateh , sahabat seperjuangan di medan yang berbeza . Dan juga Sinar Islami yang menuntut ilmu di tanah gersang, tanah para Anbiya.
Sejujurnya, saya lebih banyak menjadi silent reader dari memberi komentar. Bahkan laman yang menjadi tempat singgahan saya bukanlah semata-mata yang berbasiskan Islamic. Tetapi saya juga suka singgah pada blog-blog yang menghargai apa itu INSAN dan AQAL. Mereka telus dalam penyampaian walaupun tidak menaqalkan sebarang ayat Al-Quran, Hadis mahupun Nas dari agama kita. Kerana saya percaya dan yakin, agama Islam tidak pernah memusuhi aqal. Meraikan dalam pada masa yang sama menjaga.
Mereka antara insan yang banyak mengubah dan mendorong diri untuk saya menulis di laman sesawang ini. Memperbanyakkan bacaan dalam pelbagai genre, menjadi cara penulisan saya menjadi pelbagai-bagai.
Nasihat Sifu
Itulah takdir Allah. Pada 2008, di Jogjakarta, saya telah dipertemukan dengan satu tokoh blogger yang amat saya segani dan sukai. Cara penulisannya seakan sama channel dengan jiwa saya. Cukup syariatik dan beliau tidak pernah lupa memasukkan nilai manusiawi didalam penulisannya. Dan itu membuatkan saya semakin hari semakin dekat dengan penulisan beliau. Terima kasih buat sahabat seperjuangan, Gapo yang berkongsi awal tentang tokoh ini.
Beliau adalah Abu Saif, aka Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
Datangnya beliau adalah sebagai speaker utama di program Himpunan Mahasiswa Islam Malaysia di Indonesia (PERMAI) yang buat pertama kalinya diadakan di Indonesia dengan memilih Jogjakarta sebagai venue utama.
Pada masa itu ,saya adalah peserta pertama yang berjumpa dengan beliau selain dari ajk program. Ini kerana ramai peserta telah keluar meronggeng (shopping) terlebih dahulu ke kota Jogja. Dan dalam kesempatan itulah, saya gunakan untuk berbincang dan mengambil hikmah dari orang yang banyak pengalaman dan banyak jalan ini.
“ Laa, anta ke Ibnu ***** tu. Alhamdulillah hari ini ketemu juga kita. Anta tak ada blog ke? Boleh ana ziarah nanti,” kata Ustaz Hasrizal kepada saya.
“ Ana belum ada blog lagi ustaz. Teringin nak buat tetapi segan dan tidak pandai dalam menulis. Ana UPSR penulisan dapat B...hehehe,” saya sempat berseloroh dengan beliau.
“ Takpe akh, anta tulis je pendek-pendek. Lepas itu improvelah sikit demi sikit. Jika silap dalam menulis tu, lumrahlah. Itu yang mematangkan kita. Ana tengok anta ada idea, rugi tidak share,” ungkap Ustaz Hasrizal. Persis dengan kata teman sepergaduhan saya.
“ InsyAllah ustaz, doakan ye. Jika sudah ada blog, ana royak ke ustaz deh,” jawap saya.
“ Yang penting akh, menulis ini tidak perlu anta lambakkan berbakul-bakul hadis dan dalil. Cukuplah dengan satu, tetapi satu itu membuatkan ramai berfikir. Yang jelas, pastikan apa yang mahu disampaikan itu terang jelas dan masukkan unsur manusiawi kedalamnya. Agar ia lebih dekat dengan manusia,” Ustaz Hasrizal berkongsi resepi menulis blog.
“ Betul ustaz, usahkan orang lain. Saya sendiri pun tidak berapa suka dan banyaknya skip article-article yang banyak sangat dalil-dalil ni. Mahu dicari containnya sahaja,” saya mengiyakan.
Petang itu kami banyak berkongsi pengalaman dan beliau sebenarnya amat dekat dengan jiwa orang muda seperti saya. Jiwa pemberontak, jiwa reformis, jiwa Islah!
Suka dan Duka
Bagi blogger, satu perasaan yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata apabila setiap article kita diberi feedback oleh pembaca. Feedback itu bias jadi satu kata sokongan ataupun teguran. Saya bersyukur dengan kata sokongan dan pada masa yang sama Cuma bersikap berlapang dada jika ada komen yang menongkah arus dari maksud article.
Disitu saya belajar untuk balancekan kedua-duanya. Semuanya saya terima jika disampaikan dengan akhlak yang terpuji.
Langit tidak selalu cerah. Bukan sedikit dari article yang yang mendapat tentangan dari insane diluar. Saya tidak ada masalah jika tidak setuju, tetapi pernah satu ketika kerana hasad ingin melihat saya dan kawan lain bergaduh, ada insan yang menanam jarum.
Saya dimarahi dan diminta untuk menarik balik article dengan pada masa yang sama si pemarah tidak pernah membaca article itu. Walaupun kawan, untuk saya menarik balik article itu tidak akan sekali-kali. Prinsip.
Insan hasad dengki tertawa dikamar melihat scenario ini,tetapi masih belum pasti mampu tertawa dikamar "kecil lagi sempit" itu nanti. Tetapi haq itu tetap yang haq. Mana mungkin kebenaran boleh disembunyikan selamanya. Sebulan selepas itu, persahabatan kami bertaut kembali. Kawan itu meminta maaf atas sikap beliau itu.
“ Baca, faham dan hadam baik-baik. Jangan mudah terima kata orang bulat-bulat,” itulah pesanan ringkas saya kepada beliau.
Pahit manis itu yang menjadi rencah kehidupan saya sebagai blogger. Jelas niat saya betulkan dari awal kenapa saya menulis dan berkongsi idea. Dan InsyAllah saya bulatkan tekad itu hanyalah
Kerana Allah dan kerana itu saya bertahan.
Rasullullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, bagaimana criteria orang yang baik itu ?”
Rasulullah menjawab, “Sebaik-baiknya manusia ialah orang bermanfaat bagi orang lain”. (HR Muslim)
"
Dan hari ini, kedatangan pengunjung ke blog amadanaksoleh ini mencecah lebih dari 30 ribu hits! Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan segala nikmat. Tidak lupa juga buat ibu abah dan adik-adik, teman-teman seperjuangan dan juga para pembaca samaada member komen mahupun silent reader.
Tanpa anda…siapalah Dr Amad.
Nota 1 : Pada bulan Januari ini, IMAN hadirkan Ustaz Hasrizal untuk meneruskan kesinambungan PERMAI. Dengan tajuk yang mengugah aqal iaitu Apa Erti Menganut Islam? Dan juga Sejarah Islam yang akan dikupas sisi indah dan sisi gelapnya. Nantikan ledakkanya!
Nota 2 : Laju pula menulis untuk article kali ini.
Nota 3 : Lama tidak guna nama pena Ibnu *****
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Gurauan Di Hari Lahir
Alhamdulillah, hari ini genap 22 tahun umur saya. Tiada apa yang mampu saya ungkapkan melainkan syukur kepada Allah diatas segala nikmat yang tidak pernah berkunjung surut. Saya ingin berkongsi sedikit kisah gurauan dihari ini dengan bapa kepada Imad. Ustaz Hasrizal.
Kebetulan tanggal lahir saya dan Imad adalah sama iaitu 30 November. Musim hujan di Terengganu..huhuhu.
Hari ini saya lihat status Facebook Ustaz Hasrizal yang mengucapkan selamat lahir kepada anaknya. Jadi saya....
" Salam ustaz, burfday ana pun sama dengan Imad. Ustaz idak pun lagi wish. Hati-hati tau nanti dia besor jadi macam ana...hahahaha," saya bergurau.
Tidak lama lepas itu, komen saya bersambut.
"Happy birthday yang ke tak cukup jari buat Amad. Setiap kali Imad buat hal, ana akan kenangkan jihad parents anta. Setiap kali anta buat perangai, ana akan jadikan panduan dalam mendidik Imad. Kwang kwang kwang...," ustaz membalas. Didalam gurauan tetap ada hikmah yang cuba dikongsi.
Pertamanya, umur saya sudah semakin bertambah. Jika dahulu saya seperti Imad yang pelbagai ragam, sekarang inilah saya. Ya, memang bertambah umur, tetapi ia tetap menjadi tazkirah buat saya iaitu semakin bertambah usia, semakin hampir kita kepada MAUT. Mati semasa kecil, tiada hisab. Matinya pada usia sekarang, semuanya akan dipertanggungjawapkan.
Kedua, saya menjadi macam ini bukanlah dengan sendiri. Semuanya berbalik kepada usaha, pahit jerih ibu dan abah membesarkan anaknya. Semestinya, setiap anak mempunyai warna warni kehidupannya tersendiri. Saya berharap, jika ada silap dengan mereka...mereka ampunkan. Jika ada kelebihan pada saya, asbab kejayaan itu berpunca dari mereka. Terima kasih abah dan ibu kerana mujahadah membesarkan saya.
Ketiga, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihan itu antara yang patut kita generasi depan kekalkan. Tetapi kekurangan itu mungkin dari segi kelemahan diri, ketidakberdayaan ibubapa untuk memantau rapat anak, jadikan sempadan.
Jadi...
Selamat Hari Lahir Buat Ahmad Fahmi bin Sulaiman.
Kwang...kwang...kwang!
Doakan saya sukses didunia dan diakhirat.
Nota 1 : Terima kasih atas semua wish...saya sayang kalian semua!
Nota 2 : Berjaya macamana pun kita, jangan sekali lupakan dua insan yang bersengkang mata membesarkan diri. Itulah ibu yang kita ada, itulah abah yang kita. Sayangi dan hormatilah mereka.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Saturday, 28 November 2009
Hari Pengorbanan, Hari Takwa, Eid Adha
Untuk kali ini saya hanya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat umumnya, dan ibu abah dan keluarga khususnya. Maaf zahir dan batin diatas salah silap dalam bergaul samaada sedar mahupun tidak sedar.
" Duhai bapaku, laksanakan apa yang diperintah kepadamu, engkau akan dapat daku InsyAllah, termasuk orang-orang yang sabar" (Ash-Shaffat: 102)
Berkorban harta, masih ramai yang bisa. Berkorban masa, masih ramai yang bisa. Berkorban tenaga, masih ramai yang bisa. Tetapi apa kata kita jika diarahkan Allah untuk mengorbankan anak kesayangan? Sungguh syurga itu tidak mudah. Berbahagialah insan yang mengabdikan diri sepenuhnya kepada-Nya. Semuanya bermula dengan takwa!
Selamat Hari Raya Aidiladha...
Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...Wa lillah ilham!
Nota 1 : Afwan baru sempat update dan mengucapkan selamat hari raya. Ini kerana internet masih tidak kebah dari 'demam'
Nota 2 : Gambar qurban tahun ini, akan diupload selepas internet kembali normal.
Nota 3 : Pengalaman baru, tahun ini saya sembelih lembu!
Nota 4 : Terima kasih kepada Allah diatas nikmat yang tidak terkira ini. I realy mean it!
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Friday, 20 November 2009
Keputusan 5D , Tapi Mahu Iphone
" Amad (bukan nama sebenar penulis), pergilah belajar tu. UPSR dak dekat sangat tu. Abah tengok Amad banyak main je...tak sampai petang lagi dah hilang dari rumah. Cuba gok duk rumah belajar, minggu depan dah trial UPSR," nasihat Abah (bukan Abah penulis).
" Erm...ok,ok. Amad belajarlah ni," jawap Amad lantas mengambil mengambil buku sifir dan membaca dihadapan TV. Dihafalnya dialog Wonderpet bukanya sifir ditangan.
Abah senang melihat Amad belajar lantas masuk ke bilik untuk solat Zuhur.
"Assalamuaikumwarahmatullah...Assalamuaikumwarahmatullah," Abah memberi salam pada akhir solat.
Diruang tamu sunyi sahaja keadaannya. Hanya yang kedengaran
" Apa yang penting, kerjasama!"
"Amad! Oh Amad!," Abah memanggil anak kesayangan beliau.
Diam tanpa sahutan. Lantas abah bingkas bangun dan menjenguk keluar bilik.
" Ish, ish...Anak bertuah betul. Baru solat sekejap, lesap sudah budak ni," abah mengeleng-geleng kepala sambil mengurut janggut. Beristiqfar.
Begitulah rutin Amad sehinggalah ke hari peperiksaan.
Hari Keputusan UPSR
" Abah...abah. Amad nak cakap satu sumting ni. Abah jangan terkejut tau," sambil Amad tersengih-sengih. Dia baru pulang dari mengambil keputusan peperiksaan UPSR disekolah.
" Apa ye? macam berita baik je," jawap abah. Kelihatan dari air muka. Tidak sabar-sabar.
" Result Amad dalam UPSR adalah... 5D. Abah gembira tak? oleh kerana Amad dapat result macam tu, abah boleh belikan Amad Iphone tak? Angah dapat 5A abah bagi Nokia 3310, Amad mesti lebih. Abah sayang Amadkan," tanpa segan silu Amad menuntu hadiah.
Zapppppppp!
Berbirat betis dirotan oleh abah.
" Abah suruh belajar, banyak main. Abah suruh hafal sifir, yang dihafal Wonderpet. Abah suruh solat, banyak alasan tangguh...Lepas tu mahu Iphone pulak! Meh sini abah nak bagi 'iphone' kat kaki," muka merah padam Abah.
Ampun abah...ampun abah...ampunnnnnnn
Tuan Dengan Hamba
" I belum sampai seru lagilah mahu pakai tudung. Lagipun bukan semua yang pakai tudung tu baik. I ni nampak je tidak pakai tudung, tapi hati baik tau"
" Ala muda lagi beb...time muda ni lah kita nak enjoy. Bab-bab taubat, time tua pun boleh beb! Releks la boy!"
" Jangan memandai-mandai nak nasihatkan wa, kubur pun masing-masing bai. Wa tak kacau hidup lu, lu jangan memandai-mandai kacau hidup wa"
Itu antara senario yang sering kita hadapi apabila berurusan dengan manusia. Jika seorang anak mendapat rotan dari sang ayah apabila tidak mendengar kata, inikan pula kita dengan Allah.
Tanpa kita sedar, kita semakin banyak mencipta alasan untuk melarikan diri dan memberikan justifikasi baik kepada perbuatan maksiat kita. Kita tidak sedar bahkan tidak mahu sedar taraf kita dengan Allah bukan lagi anak dan ayah tetapi setaraf tuan dan hamba.
Tuan adalah insan yang boleh mengarah apa sahaja kepada hambanya tanpa boleh ada bantahan dari hambanya.
Itu penyakit insan biasa, dan penyakit insan luar biasa pula
Berangkatlah kalian baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui. (Q.S. At Taubah : 41)
" Ala diluar hujan pulak. Tidak jadilah pergi halaqah hari ni. Naqib mesti faham. Hujan ni syeikh!," bisik hati Amad (bukan nama sebenar).
Alasan "baik" difikirkan walaupun belum tentu alasan itu akan ditanya kepada beliau. Hanya untuk sense of good pada hati sendiri.
" Ya Allah...berikanlah aku bidadari yang paling cantik di syurga, dan tempatkanlah aku di syurga teratas, syurga firdaus," doa Amad dalam munajatnya.
Disuruh halaqah, banyak alasan.
Diajak taalim, banyak helah.
Diajak qiam, banyak songeh.
Diajak infaq, banyak dalih.
Berjuang banyak alasan tetapi bidadari dan syurga firdaus tidak akan sekali-kali dilupa.
Persoalannya
Mahukan Allah bagi itu semua kepada hamba yang tidak pernah mahu mendengar kata dan mentaati perintahnya didunia?
Zappppppp!
Jangan pula kita dirotan oleh Allah diakhirat dek memainnya kita didunia. Abah pun berbirat inikan pula rotan Allah.
Ngeri gua, lu ngeri tak?
Nota 1 : Tahniah kepada semua pelajar UPSR negeri Terengganu kerana mengekalkan keputusan terbaik selama 9 tahun berturut-turut.
Nota 2 : Kenapa 5D, sebab rasa kejam sangat nak bagi 5E...ekekeke
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Saturday, 14 November 2009
Murabbi, Ideolouge dan Pemimpin
Satu demi satu kontrovesi dan mehnah yang diterima oleh jemaah dakwah,tarbiah dan siasah tertua negara kita, menambah keinginan saya untuk membedah satu buku berkenaan satu sosok yang amat penting disorot media massa negara kita. Buku itu telah saya beli berbulan yang lepas, tetapi tertangguh untuk membacanya kerana sibuk dengan urusan dunia.
“ Pas adalah satu jemaah yang berpaksikan dakwah, tarbiah dan siasah!,” tegas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ( TGHH) dalam satu muktamar yang terbaru.
Tiga komponen vital yang menjadi paksi pergerakan jemaah ini menjadikan satu sumpahan yang tidak berkesudahan jika ditinggalkan.
Dakwah ditinggalkan, negara hancur!
Tarbiah ditinggalkan, manusia penggerak negara tiada kekuatan iman!
Siasah ditinggalkan, negara dipandu oleh regim tirani!
Dan paksi itu dating secara pakej, dan jika ditinggal salah satu…musnah itu tepat.
Tokoh Yang Ditemui
Seperti satu kebetulan yang tidak dirancang oleh saya, perjalanan pulang dari Indonesia ke kampung halaman sering bertemu dengan tokoh-tokoh negara samada dipihak kerajaan atau oposisi. Tidak jauh, tetapi duduknya hanya sebelah seat saya. Dan bagi saya itulah peluang keemasan untuk kenal dan silaturahim.
“ Ni dengan beg besar nak kemana?,” tanya TGHH apabila ditakdirkan sama kapal terbang ke Kuala Lumpur. Yang berbeza adalah destinasi selepas itu. Beliau perlu hadiri sidang Parlimen untuk sesi perbahasan terbaru.
“ Saya nak balik ke tempat belajar, kat Bandung,” jawap saya.
“ Asal dari mana?,” soalan terus menerus. Menandakan insan dihadapan saya ini cukup ramah meraikan orang muda.
“ Rumah saya tidak jauh dari rumah ayah cik (panggilan mesra orang kampung kepada beliau). Saya anak Haji Sulaiman,” tersenyum saya menjawap.
“ Allah, anak Haji Man rupanya,” beliau cukup kenal dengan ayah. Pernah bersama didalam ABIM Terengganu dahulu. Pada saat itu TGHH memegang ketua ABIM Terengganu.
Siapa Abdul Hadi Awang?
Nama Abdul Hadi Awang cukup harum di persada dunia Islam dan adalah nama besar dalam gerakan Islam abad moden. Beliau sebaris dengan Mehdi Aqif ( Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin), Azzam Tammimi ( tokoh vokal Palestine), Qazi Husain (Pakistan), Al-Marhum Dr Fathi Yakan ( Ulama haraki profilik), Dr Abdul Majid Zindani, Racep Tayyeb Erdogan (Perdana Menteri Turki) dan Syeikh Mustafar Masyhur ( pimpinan ideologue Ikhwanul Muslimin Mesir).
Beliau antara tokoh yang murni mendapat tarbiah langsung dari tokoh-tokoh terbaik dunia Islam. Siapa tidak kenal dengan Dr Muhammad al-Wakeel dan Syeikh Said Hawa? Insan besar ini adalah mentor penting dalam mencetak dan mendidik TGHH. Mendapat tarbiah langsung.
Boleh kita lihat pendekatan dan idea-ideanya segar dari lubuk gerakan Islam yang fenominal iaitu Ikhwanul Muslimin.
Sekembalinya beliau dari tanah anbiya, TGHH melakar sejarahnya yang tersendiri. Samaada menjadi sorotan anak muda yang dahagakan minuman jiwa dan juga tidak kurang menjadi sorotan media massa.
Beliau menduduki tahap murabbi , yang mengasuh dan mencetak kader-kader dakwah melalui usrah, penulisan dan kuliah beliau.
Pada lewat 80an, “Fenomena Haji Hadi” amat membahang dijiwa pemuda-pemuda gerakan Islam. Dengan angin kebangkitan Islam yang bertiup kencang dari Mesir , Palestine dan Iran kehadiran beliau mengisi kekosongan itu.
Munculnya pelbagai gerakan harakah dakwah di Malaysia pada lewat 80-an bersandarkan kepada nafas segar kebangkitan gerakan Islam diseluruh dunia.
Pemuda berjanggut dan berkopiah di Univesiti bercambah.
Pemudi semakin selesa dengan bertudung labuh.
Halaqah dan usrah mendapat tempat mengisi masa pemuda-pemudi.
Persatuan Mahasiswa Islam menjadi gerakan dominan di bumi intelek.
Dengan adanya Anwar Ibrahim, Ustaz Fadzil Noor dan TGHH didalam ABIM. Menjadikan ABIM cukup gencar melangkah.
Langit tidak selalu cerah, kemasukan Anwar Ibrahim kedalam UMNO apabila dijemput oleh Dr Mahathir , dan Ustaz Fadzil Nor kepada Pas,menjadikan kader dakwah kebingungan. Gerakan Islam ini akhir mengalami perpecahan hebat.
Berakhlak
Kenapa saya memilih TGHH sebagai tajuk perkongsian kali ini?
Beliau adalah sosok yang paling banyak disorot oleh berjuta mata sekarang. Sebagai nakhoda sebuah kapal perang yang besar, semestinya kecacatan itu amat mudah menarik pandangan mata walaupun sedikit.
Selagi dipanggil manusia, fitrahnya adalah sering melakukan kesilapan. Menegur dan membaiki kekurangan itu amat dituntut syarie, tetapi saya melihat ramai yang melupakan satu aspek penting dalam menegur.
ADAB!
Aneh melihat orang yang mendakwa sudah ditarbiah bertahun-tahun tetapi akhlak dalam menegur dan mengkritik ZERO. Tidak senang seorang pemimpin itu membuka ruang diri untuk dikritik teman, tetapi teman kelihatan lebih suka melukakan sahabat seperjuangan dari membunuh musuh. Seburuk-buruk insan, dan sebangsat-bangsat manusia, subjek yang wajib kita kuasai adalah adab.
Sebaik dan sebagus mana nasihat dan kritikan, apabila melupakan adab, ia tertolak keseluruhannya. Jemaah ini bukan semata-mata hanya bergiat dalam bidang siasah, tetapi dakwah dan tarbiah. Terlampau suka bersilat digelanggang siasah, gelanggan dakwah dan tarbiah.
Dengan satu peringatan, tanpa dakwah dan tarbiah…Kemenangan itu tidak akan bertahan lama. Sekali jatuh, bangunnya cukup perit. Belajarlah dari sejarah gerakan-gerakan Islam yang sebelum ini.
Kader dakwah, tarbiah dan siasah…beradablah!
Sebelum orang seperti saya muak dan meluat dengan kamu.
Akhlaq itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melataAkhlaq itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesarAkar itu ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserahDahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Setelah matang, berhasillah buahAqidah, Ibadah, akhirnya Akhlaq
Itulah Syariah, agama yang Haq…
Sumber : Saifulislam.com
Kita boleh khilaf dalam pelbagai hal, tetapi tiada khilaf bab akhlak!
Nota 1 : TGHH antara tokoh yang pernah saya jumpa, tokoh negarawan lain belum pernah. Mahu juga bertemu dengan PM kita.
Nota 2 : Buat pengomen biasa di Amadanaksoleh, jangan takutlah untuk mengomen di article ini. Ini article neutral kok. Takut kerana politik? Merdekakan jiwa anda!
Nota 3 : Tulis yang berwarna biru diatas itu boleh dibaca dengan menekannya. Sangat menarik!
Nota 4 : Saya sudah berbulan tidak singgah ke Harakahdaily dan Utusan. Itu tandanya apa?
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Friday, 6 November 2009
Sibuk? Ia Baru Pemulaan
Seakan menjadi hobi baru saya apabila mendapat panggilan dari keluarga dikampung untuk menayakan tentang kehidupan Kak Long dan Angah.
" Apa cerita kak long dan angah leni ibu? Angah sudah start HO, dia tidak menangis macam Kak Long dulu ke?," pertanyaan nakal saya.
Jika dahulu, Kak Long menjadi bahan sindiran Angah apabila amat fragile selepas menjadi doktor di Hospital tempatan kita. Masakan tidak, pada masa itu beliau masih lagi grad. Perli dan ketawa sinis menjadi halwa bualan kami.
Dan sekarang beliau diposisi itu.
" Dua-dua sibuk dengan kerja. Kelmarin angah oncall, hari ini Kak Long. Macam lari 100m berganti-ganti pulak. Ibu sudah jadi tukang urut profesional. Balik orang ni minta urut kaki, balik orang tu pinggang ye sengal-sengal. Keluar tidak nampak tanah (selepas subuh) dan balik kerumah juga tidak nampak tanah (tengah malam)," kata ibu.
Itulah hakikat senario dirumah sekarang. Mereka balik kerumah hanya sekadar lepaskan lelah penat badan, dan makan. Usahkan mahu bersantai menonton TV bersama adik-adik lain, baju kerja pun digosok oleh adik.
Sibuk! Itulah perkataan yang amat sesuai pada mereka.
" Macamana kerja sekarang?," tanya saya pada Angah dalam perjalanan balik ke rumah Airport Terengganu.
Angah adalah graduan perubatan yang baru grad dan berkerja di Hospital Kerajaan tidak sampai lagi 3 bulan.
" Erm...suasana dan keadaan kita samasa belajar amat berbeza dengan alam pekerjaan," angah mulakan bicara.
Apa yang berbeza?
" Bila kerja sebagai doctor di hospital terasa duit gaji yang kita dapat tiada nilai. Kepenatan itu bersangatan. Kalau post-call, rasa macam "benggong" je. Bawa kereta nak balik ke rumah rasa macam moteng je," itulah situasi seorang doktor HO di Malaysia.
" Kerja doktor ini memang tiada masa untuk diri sendiri," luah Kak Long
Tekanan, kepenatan dan tiada kehidupan itulah makanan kehidupan mereka. Jadi saya tidak pelik dan aneh membaca satu laporan yang menyatakan setiap satu hari dua doktor HO akan jumpa psikatrik.
Kesibukan Meningkat
Tahun 4 adalah tahun yang penuh kesibukan. Ia menjadi rutin dari satu generasi ke satu generasi , dan bukan hanya pada angkatan saya sahaja. Tahun ke 4, sibuk itu sinomin.
Kesibukan itu makin terasa kerana pada tahun sebelumnya adalah tahun honeymoon.
KKN dengan hangusnya masa minggu.
Tesis dengan dateline yang mendesak.
Tugas persatuan yang menimbun.
Saya memasuki tahun ke 4 ini dengan satu pola fikir iaitu tahun ini bukan lagi tahun yang boleh kita bersenang lenang. Kesibukan dan tekanan itu adalah menjadi rutin buat saya. Saya sedaya upaya cuba untuk tidak mengeluh.
Diri sendiri agak terprovokasi dengan satu demi satu teman telah habis pengajian dan sekarang telah bekerja samaada dengan pihak kerajaaan atau swasta. Mereka telah mempunyai kehidupan sendiri tanpa bergantung lagi kepada kedua ibubapa. Dan mereka telah boleh berkira-kira untuk mendirikan rumahtangga.
Saya?
"Tiket Airasia pun mintak dengan abah!"
Adakah ini semua satu kekurangan bagi kita yang bergelar PELAJAR PERUBATAN dan Insyallah akan bergelar Doktor?
Boleh jadi, keputusan kita pilih menjadi seorang doktor perubatan adalah keputusan yang akan kita sesali sampai keakhir dan boleh jadi ia adalah profesion yang amat-amat kita syukuri keberadaan ia pada diri kita.
Doktor Buat Duit
Benarkan begitu?
Saya mulakan dengan persoalan itu kerana mahu sama mengajak kita lebih hal ini dalam kerangka yang lebih luas, dan bukan spesifik kepada isu duit. Kerana isu ini adalah isu realiti bukan fantasi yang menyesak didalam fikiran kita. Dan realiti itu sentiasa mengatasi fantasi!
Dan adakah duit itu semata-mata hanya matlamat kita?
Padankah nilai duit itu jika mahu dibanding dengan apa yang kita lakukan?
Saya tinggalkan persoalan ini dengan ungkapan Angah dan Kak Long
"Bila kerja sebagai doctor di hospital terasa duit gaji yang kita dapat tiada nilai."
"Kerja doktor ini memang tiada masa untuk diri sendiri."
Kerja Ibadat
" Kerja sebagai doktor ini, senang untuk tolong orang lain"
" Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolonagn itu nanti," Ustaz Hasrizal
Kita hanya mampu tersenyum dan berlapang dada apabila stress itu memuncak dan beban kerja menimbun apabila niat kita memasuki bidang ini adalah ingin menjadikan kerja sebagai doktor perubatan sebagai ibadat.
Imbalan ibadat itu bukan menjelma didepan mata melainkan kita yakin dengan janji Allah diakhirat sana.
" Alah, tak merasa bolehlah cakap. Kerja nanti baru tahu langit tinggi rendah!," kata teman.
Saya hanya mampu tersenyum. Kata-kata itu sememangnya ada asas, asas yang boleh dijadikan peringatan dan sempadan bagi kita yang belum melangkah ke alam sana. Agar apabila kita melangkah ke wad hospital di Malaysia, kita tidak terkena penyakit "Terkejut Berok".
Kita sibuk pada tahun ke 4 ini, tetapi kita masih mampu mengukir senyuman jika niat dan tujuan telah kita luruskan.
Saya masih mampu tersenyum. Anda?
Nota 1 : Maaf lambat update kerana internet mengalami masalah.
Nota 2 : 4 th year, senyumlah!

Thursday, 5 November 2009
Satu Menjadi Dua : Majlis Perkahwinan
Setelah dipujuk dan digesa oleh beberapa insan, akhirnya saya mengambil sedikit masa untuk memberi coretan berkenaan majlis walimah kakak sulong saya. Tahniah kepada Abah dan Ibu kerana sudah mendapat menantu pertama dalam keluarga kita.
Dari kecil didik, asuh dan jaga kak long, sampai masa sesuai dengan marhalah kehidupan. Tanggungjawap itu diserahkan kepada seorang lelaki lain yang bernama suami. Bukan senang, bukan mudah untuk melepaskan dan hanya mampu diterjemahkan oleh sebak sang Abah dan tangisan si ibu. Berat dihati, tapi itulah yang seharusnya dilakukan oleh Abah. Menyediakan seorang penjaga yang terbaik untuk anak gadisnya.
Buat Kak long, jika dahulu kita bicara tentang hal diri sendiri, sekarang telah berdua. Bukan lagi "saya" tetapi "kita". Berumahtangga bukan satu keseronokan yang hakiki apabila kita memikirkan dengan semasaknya. Ia adalah satu amanah dan tanggungjawap yang besar digalas oleh insan bernama Isteri. Setiap tindakan dan perbuatan haruslah dilakukan dalam redha suami.
Fasa pertama pernikahan adalah fasa cinta mendominasi. Setiap masalah, cinta yang menuntun untuk segera kepada penyelesaian. Mungkin jadi, mudah bagi pasangan baru untuk mencari solusi kerana masalah itu perlu diselesaikan untuk terus menyuburkan cinta.
Fasa seterusnya tanggungjawab mengambil alih tempat cinta. Pada saat ini, kekuatan mengawal diri, kematangan diri dan tawakal memandu diri dalam melayari bantera rumahtangga hingga ke destinasi. Pada masa yang sama, samaada suami dan isteri haruslah terus berusaha membakar api kasih sayang dan cinta agar ia turut sama tersulam sama tanggungjawab.
"Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang" ( Ar-Rum : 21)
Gambar Majlis Walimah

Selamat Pengantin Baru
Nota 1 : Kak long bertuah ada dua adik yang menjadi jurugambar untuk majlis dia. Jika ambil yang berbayar, RM 1000 terbang.
Nota 2 : Amarah Keras, jangan sesiapa usik saya dengan pertanyaan bila mahu nikah. Aku sibuk KKN la...tesis la..keh3.
Nota 3 : Terima kasih buat semua yang menolong secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis ini.
Nota 4 : Dibawah ada filem pendek yang diarahkan oleh Radzi dengan bantuan sahabat-sahabatnya. Saya cameraman..LOL. Terimalah Aku dan Kamu
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Nota 2 : Amarah Keras, jangan sesiapa usik saya dengan pertanyaan bila mahu nikah. Aku sibuk KKN la...tesis la..keh3.
Nota 3 : Terima kasih buat semua yang menolong secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis ini.
Nota 4 : Dibawah ada filem pendek yang diarahkan oleh Radzi dengan bantuan sahabat-sahabatnya. Saya cameraman..LOL. Terimalah Aku dan Kamu
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Subscribe to:
Posts (Atom)