Monday, 30 November 2009

Amad Seorang Blogger : Suka Duka

Teman-teman seperjuangan

“ Amad, ana tengok anta banyak duk mengomel dekat komen-komen blog orang. Anta tak rasa nak berblog ke?,” pertanyaan seorang teman sepergaduhan yang berbaur provokasi.

“ Dah, anti duk suruh ana buat blog. Anti ada blog ke? Paku dulang paku serepih,” saya memulangkan paku buah keras kepada dia dalam nada bercanda. Peluru untuk dia, sentiasa ada. Seteru ketat.

“Aiseh…kena balik. Idaklah, ana tengok anta ada idea dan ana tengok bagus kiranya idea-idea itu dikongsi dengan masyarakat luar,” bicaranya lunak sedikit.

“ Erm…actually ana ingin juga nak menulis, nak berblog. Tetapi pede (percaya diri) nya kurang. Rasa segan pun ada. Apa-apa pun, doakan sahaja ana terbuka hati untuk berblog,”jawap saya.

Dua tahun lepas, antara blog yang sering menjadi mangsa komen-komen provokasi saya adalah Saifulislam dan blog sahabat seperjuangan Dr Radzi. Lambat mereka post article terbaru, sampailah komen saya. Tetapi semasa itu saya tidak gunakan nama pena Dr Amad. Hanya sahabat-sahabat terdekat sahaja yang terang hatinya dapat mengesan komen itu dari siapa.

Sudah ku renung kedalam kitab,
Lagi ku tenung, berdetup detab.

Tengok dari gaya bahasa, sahabat-sahabat yang rapat sudah boleh agak….itulah Dr Amad.

Pulang dari Negeri Pasir Dua Butir

Pada cuti sem, saya telah dipaksa oleh abang untuk menganti dirinya untuk menghadiri satu program Homestay di negeri yang serba dua ini. Dua menteri besar, dua speaker, dan dua kerajaan. Negeri Perak dan sempena serba dua itu, saya namakan Negeri Pasir Dua Butir (Cerita P Ramlee, Laksamana Do Re Mi).

Sebenarnya di program itulah saya banyak termotivasi untuk membuat dan menulis di blog. Semasa akhir program, banyak boring diedar kepada peserta. Saya dapat ruangan yang perlu diisi bukan sekadar nama, no telefon dan email, tetapi wujud juga ruang mengisi nama blog masing –masing.

Ada diantara peserta mengisi ruangan tersebut, dan saya hanyalah kosong. Terdetik didalam hati untuk membuat blog dalam masa terdekat.

Group Homestay

Menjadi kenangan juga, di sana saya dapat berjumpa dengan bloggers-bloggers yang hebat. Kak Sarah (KS) yang banyak berkongsi pengalaman hidup dan saya amat tertarik dengan cara penulisan beliau. Juga tidak lupa Umar Alfateh , sahabat seperjuangan di medan yang berbeza . Dan juga Sinar Islami yang menuntut ilmu di tanah gersang, tanah para Anbiya.

Sejujurnya, saya lebih banyak menjadi silent reader dari memberi komentar. Bahkan laman yang menjadi tempat singgahan saya bukanlah semata-mata yang berbasiskan Islamic. Tetapi saya juga suka singgah pada blog-blog yang menghargai apa itu INSAN dan AQAL. Mereka telus dalam penyampaian walaupun tidak menaqalkan sebarang ayat Al-Quran, Hadis mahupun Nas dari agama kita. Kerana saya percaya dan yakin, agama Islam tidak pernah memusuhi aqal. Meraikan dalam pada masa yang sama menjaga.

Mereka antara insan yang banyak mengubah dan mendorong diri untuk saya menulis di laman sesawang ini. Memperbanyakkan bacaan dalam pelbagai genre, menjadi cara penulisan saya menjadi pelbagai-bagai.

Nasihat Sifu

Itulah takdir Allah. Pada 2008, di Jogjakarta, saya telah dipertemukan dengan satu tokoh blogger yang amat saya segani dan sukai. Cara penulisannya seakan sama channel dengan jiwa saya. Cukup syariatik dan beliau tidak pernah lupa memasukkan nilai manusiawi didalam penulisannya. Dan itu membuatkan saya semakin hari semakin dekat dengan penulisan beliau. Terima kasih buat sahabat seperjuangan, Gapo yang berkongsi awal tentang tokoh ini.

Beliau adalah Abu Saif, aka Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Datangnya beliau adalah sebagai speaker utama di program Himpunan Mahasiswa Islam Malaysia di Indonesia (PERMAI) yang buat pertama kalinya diadakan di Indonesia dengan memilih Jogjakarta sebagai venue utama.

Pada masa itu ,saya adalah peserta pertama yang berjumpa dengan beliau selain dari ajk program. Ini kerana ramai peserta telah keluar meronggeng (shopping) terlebih dahulu ke kota Jogja. Dan dalam kesempatan itulah, saya gunakan untuk berbincang dan mengambil hikmah dari orang yang banyak pengalaman dan banyak jalan ini.

Ibnu ***** dengan Abu Saif

“ Laa, anta ke Ibnu ***** tu. Alhamdulillah hari ini ketemu juga kita. Anta tak ada blog ke? Boleh ana ziarah nanti,” kata Ustaz Hasrizal kepada saya.

“ Ana belum ada blog lagi ustaz. Teringin nak buat tetapi segan dan tidak pandai dalam menulis. Ana UPSR penulisan dapat B...hehehe,” saya sempat berseloroh dengan beliau.

“ Takpe akh, anta tulis je pendek-pendek. Lepas itu improvelah sikit demi sikit. Jika silap dalam menulis tu, lumrahlah. Itu yang mematangkan kita. Ana tengok anta ada idea, rugi tidak share,” ungkap Ustaz Hasrizal. Persis dengan kata teman sepergaduhan saya.

“ InsyAllah ustaz, doakan ye. Jika sudah ada blog, ana royak ke ustaz deh,” jawap saya.

“ Yang penting akh, menulis ini tidak perlu anta lambakkan berbakul-bakul hadis dan dalil. Cukuplah dengan satu, tetapi satu itu membuatkan ramai berfikir. Yang jelas, pastikan apa yang mahu disampaikan itu terang jelas dan masukkan unsur manusiawi kedalamnya. Agar ia lebih dekat dengan manusia,” Ustaz Hasrizal berkongsi resepi menulis blog.

“ Betul ustaz, usahkan orang lain. Saya sendiri pun tidak berapa suka dan banyaknya skip article-article yang banyak sangat dalil-dalil ni. Mahu dicari containnya sahaja,” saya mengiyakan.

Petang itu kami banyak berkongsi pengalaman dan beliau sebenarnya amat dekat dengan jiwa orang muda seperti saya. Jiwa pemberontak, jiwa reformis, jiwa Islah!

Suka dan Duka

Bagi blogger, satu perasaan yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata apabila setiap article kita diberi feedback oleh pembaca. Feedback itu bias jadi satu kata sokongan ataupun teguran. Saya bersyukur dengan kata sokongan dan pada masa yang sama Cuma bersikap berlapang dada jika ada komen yang menongkah arus dari maksud article.

Disitu saya belajar untuk balancekan kedua-duanya. Semuanya saya terima jika disampaikan dengan akhlak yang terpuji.

Langit tidak selalu cerah. Bukan sedikit dari article yang yang mendapat tentangan dari insane diluar. Saya tidak ada masalah jika tidak setuju, tetapi pernah satu ketika kerana hasad ingin melihat saya dan kawan lain bergaduh, ada insan yang menanam jarum.

Saya dimarahi dan diminta untuk menarik balik article dengan pada masa yang sama si pemarah tidak pernah membaca article itu. Walaupun kawan, untuk saya menarik balik article itu tidak akan sekali-kali. Prinsip.

Insan hasad dengki tertawa dikamar melihat scenario ini,tetapi masih belum pasti mampu tertawa dikamar "kecil lagi sempit" itu nanti. Tetapi haq itu tetap yang haq. Mana mungkin kebenaran boleh disembunyikan selamanya. Sebulan selepas itu, persahabatan kami bertaut kembali. Kawan itu meminta maaf atas sikap beliau itu.

“ Baca, faham dan hadam baik-baik. Jangan mudah terima kata orang bulat-bulat,” itulah pesanan ringkas saya kepada beliau.

Pahit manis itu yang menjadi rencah kehidupan saya sebagai blogger. Jelas niat saya betulkan dari awal kenapa saya menulis dan berkongsi idea. Dan InsyAllah saya bulatkan tekad itu hanyalah

Kerana Allah dan kerana itu saya bertahan.

Rasullullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, bagaimana criteria orang yang baik itu ?”

Rasulullah menjawab, “Sebaik-baiknya manusia ialah orang bermanfaat bagi orang lain”. (HR Muslim)
"
Dan hari ini, kedatangan pengunjung ke blog amadanaksoleh ini mencecah lebih dari 30 ribu hits! Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan segala nikmat. Tidak lupa juga buat ibu abah dan adik-adik, teman-teman seperjuangan dan juga para pembaca samaada member komen mahupun silent reader.

Tanpa anda…siapalah Dr Amad.

Nota 1
: Pada bulan Januari ini, IMAN hadirkan Ustaz Hasrizal untuk meneruskan kesinambungan PERMAI. Dengan tajuk yang mengugah aqal iaitu Apa Erti Menganut Islam? Dan juga Sejarah Islam yang akan dikupas sisi indah dan sisi gelapnya. Nantikan ledakkanya!

Nota 2 : Laju pula menulis untuk article kali ini.

Nota 3 : Lama tidak guna nama pena Ibnu *****

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

12 comments:

Unknown said...

Semoga terus istiqamah akhi ;-)

Dr Amad said...

Gapo- InsyAllah dalam mujahadah...Teruskan berdoa. Hingga nyawa ini tercabut dari badan!

Jalan ini bukan kita mulakan, dan juga bukan yang kita akhiri- Syed Qutb

... said...

ibnu aiman!! teetttt..btol kn..

Dr Amad said...

....tet...tetttt! sila dial sekali lagi...sekarang talian lagi sibuk donk!

sinar_islami said...

Moga trs thabat dijalan ini...

"walk to Islam not using your legs but using your soul"

"our life is journey of heart"

Dr Amad said...

Sinar- Harapnya begitulah...

umar alfateh said...

Dr Amad semakin jauh melangkah, tahniah.

lama tak ketemu, rindu anta...sangat-sangat rindu, tapi bila jumpa, tak terkeluar kata..hihi..

Dr Amad , erti sebuah kecemerlangan adalah dengan membawa orang disekitar bersama-sama cemerlang ..

'' antara manusia yang hebat adalah mereka yang dapat melihat ruang keindahan disebalik kejadian terburuk yang berlaku pada dirinya''


selamat hari raya, minta maaf salah silap tidak menegur lama. :)

Dr Amad said...

Umar-Biasalah budak lelaki...kang kata rindu depan2..org cop gay pulak..keh2.

Selamat hari raya jgk

Syihabudin Ahmad said...

perjuangan itu baru dimulakan oleh mu....dengan degupan nadi seorang pemuda, namun... aku masih bermuhasabah untuk menulis....

Dr Amad said...

Shahabudin- Sejarah Islam telah membuktikan kegemilangan Islam itu meninggi ditangan orang-orang muda =)

dr.radzi said...

semoga aku dan kamu terus maju dan laju terpandu ke jalan yang satu!

jauhkan kami dari futur ya allah,amiiiin...

Dr Amad said...

Dr Radzi- Jika ada halangan, kita minta pelepasan cara baik. Jika keras kepala jugak, kita rempuh!