Wednesday, 24 February 2010

Pada Mu Ada Suri Tauladan...Ya Rasulullah


“Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t," tanya Baginda.

“Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu,” jawap Jibril a.s

“Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti," tanya lagi Baginda, Rasulullah.

Berkata Jibril a.s.: “Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.”

“Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku," kata Baginda dengan tenang.

Dan kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku.”

Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.”

Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu.

Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?”

“Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?," jawap Jibril a.s.

Apabila roh Rasulullah s.a.w telah sampai ke dada beliau, beliau mewasiat...

“Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.”

Dan disaat akhir hayat Baginda, beliau masih berkata

"Ummatku...ummatku"

Sirah Rasulullah

" Mengikut sejarah yang masyhur, perayaan maulid ini diadakan pada zaman Salahuddin Al-Ayubi dalam usaha membebaskan Palestine. Dan kita sekarang, sudah berapa tahun menyambut maulid? 10 tahun mungkin, bagaimana nasib Palestin sekarang?," fikiran dijentik halus oleh Kang Indra.

Palestine memanggil muslim pulang

" Sudah terbebaskah Palestine sedangkan kita saban tahun menyambut maulid? Ini persoalan yang kita perlu perhalusi. Gagal perayaannya atau diri kita gagal? Gagal untuk menghadirkan Rasulullah dalam segenap gerak kerja, sehingga Palestine sampai sekarang belum terbebas!," penyampaian santai tetapi membawa maksud yang penting untuk kita hadam.

Sultan Salahuddin menghadirkan maulid, Palestine bebas.

Kita saban tahu menyambut maulid, Palestine?

Ya muslimin, Allah memanggil kamu pulang. Pulang dalam erti kata muslim yang sebenar. Kata Allah " Jika kamu pulang, aku pulang"

Pulanglah kepada Islam!

The Chosen One




In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One

Nota 1 : Ini antara lagu nasyid kegemaran saya. Dengarkanlah, dan perhatikan liriknya. Mendamaikan. Rindu

Nota 2
: Tahniah dan takziah kepada Haikal dan Duha diatas tanggungjawap yang diamanahkan. Tanggung didunia, jawap diakhirat.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

4 comments:

buntu said...

terbaekkkk...tahniah..suke apa yg dismpikan tadi... :)
membuatkan saya berfikir..

da cantekk apa yg diaturkann oleh ALLAH kpd rasulullah dlm membentukk peribadi yg hebatt...bknnya hebat secara tiba2, ada perjalanann+ujiann dlm prosesss menjadi insann yg HEBATTT..

selaloonya sy hanya berpegangg x pe la sekiranya mauluud itu dgn perayaan(berarak,selawat..blabla), ye la sekurg2nya org mengingat tarikhnya,selawatt tyme berarak tu poon da dikira pahala..hari ni sendiri rasa maloo bila ditanya kembali sepanjang kite dok sambutt merayakann maulud tu, berapa byk kite berubahh mencontohi rasulullah??? sedangkann sejarah menyambut mauludd ini bertujuann membebasskan palestinn dr golongan nasrani ketika itu..hasil nya..mereka BERJAYA takluk kembali....mcm mana dgn situasi sekarang...MALU!!!

ye, suke ayatt kang indra, malaysia itu negara saya, palestinn itu negara saya, mana2 muka bumi ALLAH yg menyebut 2 kalimah syahadah adalah negara kita...ye!!! kite adalah bersaudara tp selaloo terlupa persaudaraan itu disbbkan NASIONALISME!

peace be uponn you, ya rasulullah

p/s: moga ALLAH tambahkan cinta+rindu pada rasulullah :)
gembira dgr ceramohh mlm nih..laenn.., bkn dr text semata2..dikupAss dgn baekkkk

duha said...

Alhamdulillah,
ramai yang terkesan dengan tazkirah yang boleh kata amat ringkas tapi padat oleh kang indra kelmarin..

memang kata2 kang indra membuatkan kta berfikir..apa tujuan sebenar menyambut maulidurrasul?

mungkin ada yang kata bid'ah sebab tak pernah dilakukan oleh Nabi sendiri..

tapi ada sebab kenapa ia diasaskan pada awalnya..menaikkan semangat umat islam, untuk kembali membangkitkan islam..

tapi sekarang ni, sambutan tu merely as a tradition je..Alhamdulillah kalau makin ramai mulai sedar..

mungkin boleh tingkatkan penghayatan pada sirah2 nabi, para sahabat dan para pejuang islam yang lain agar kita jadi lebih semngat..dan moga kita tergolong dlm mrk yg sama2 bergerak menaikkan islam semula..

Dr Amad said...

Buntu- Perarakan, ceramah, dan segalanya aktiviti didalam maulid tiada salah. Tetapi sekali lagi, syurga itu hanya menerima orang hebat.

Jika kita mahu buktikan agama yang kita anuti ini melepasi barrier agama ritual, tetapi agama yang maha hebat bukan semata ritual solat dsb. Tetapi mengambil ibrah disebalik "ritual" yang dilakukan.

Itulah yang dibuktikan oleh Salahuddin Al-Ayubi dan tenteranya. Maulid itu diadakan untuk mencapai matlamat yang lebih besar dari perarakan semata.

Syurga hanya tempat orang hebat, dan kita harus menjadi orang hebat untuk memasuki. Bukan lagi pilihan tetapi kemestian...

Dr Amad said...

Duha- Bidaah bagi mereka, tetapi tidak bagi kita.

Jika kita mahu tengok trend membidaah ini, ia adalah siaran ulang yang akan ada setiap tahun sejak beratus-ratus tahun dahulu.

Maulid

As-syura

dan sebagainya...

Tidak percaya, lihat maulid tahun depan, persoalan ini akan berkumandang kembali.

Macamana mahu buat orang macam ini?

Biarkan mereka...=)