Monday, 29 March 2010

Nafas Baru Seruan Berzaman

Sedih

Kecewa

Marah

Terkejut

Itulah perasaan yang bercampur-baur boleh saya katakan dirasai oleh segenap masyarakat. Tidak kira warna kulit ataupun agama. Kisah tragis adik Syafiyah, kita sama berkongsi rasa. Ia tidaklah kisah pertama kali terjadi di tanah air tercinta kita. Sebelum ini, sudah berderet kisah, dan sudah berderet kita berkongsi rasa, dan berderet kita berkongsi cadangan dan jua berderet kita lena kembali.

Bak angin lalu....

Jika dilihat dari satu sisi, seakan menghadirkan harapan berbunga indah bagi masyrakat dalam mengatasi hal ini. Tembok individualisme, materislime dan ketidakpedulisme seakan runtuh menyembah bumi membawa bersama 'berhala-berhala" manusia. Nada optimis. Bagi yang pesimis, sekurang-kurangnya kes adik Syafiyah, kita satu nada. Bangun menentang dan memandang kisah itu adalah satu kepincangan cukup mengujakan.

Dari satu sini.

Tidak dapat tidak, kita jua harus meninjau dari sisi yang lain berkenaan semedikian banyak terjadinya kes seperti ini. Saya melihat, kes adik Syafiyah itu menandakan betapa pincang dan rosak sistem beragama, kemasyarakatan dan moral masyarakat kita. Jika dahulu, dipinggiran kampung. Usahkan mahu bersekedudukan, anak gadis bersembang galak dengan jantan sudah dilihat sinis masyarakat bahkan mungkin boleh ceramah percuma oleh tok imam.

Sekarang? rosaknya bukan kepalang rosak. Musnahnya bukan sedikit musnah. Membusuk dari hujung daun hingga ke akar. Sungguh menakutkan. Itu tidak lagi diungkai bab rasuah, ekonomi, moral, kemiskinan yang membarah.

Ranting rapuh,

Dahan patah,

Batang reput,

Akar membusuk.

Itulah senario masyarakat, masyarakat akhir zaman yang disebut bimbang oleh Rasulullah s.a.w. Saya tidak berminat untuk menyentuh tentang silap individu, kerana apabila mencari silap, kita akhirnya terperangkap dengan circle yang sudah terjadi sebelum-sebelum ini. Usaha perlu ditumpukan kepada proses untuk mengubahnya. Kerana proses yang baik, teliti, komprehensif dan tersusun akan melahirkan output yang baik.

Kerana

Rapuh perlu diperkukuh

Patah perlu disambung

Reput perlu diperkuat

Busuk perlu dihilangkan.

Seruan Zaman

Jika ditanya, bagaimana mahu atasi...sering kita dengar cadangan:

" Alah perbanyakkan rumah kebajikan"

"Ajar remaja pakai kondom!"

" Tambah CCTV"

Sedar tidak tidak sedar, itu hanya sekadar hanya merawat simptom bahkan kekadang boleh menjadikan keadaan lebih parah.

" Habis itu nak buat macamana?."

Jika itu ditanyakan kepada saya, saya akan menjawap

" Kembalilah kepada Islam!"

" Hah, Islam...poyolah tu."

Tidak sedikit, tidak surut, tidak berkurang insan yang sangsi bahkan ketawa mendengar seruan ini. Bahkan dari muslim sendiri bukan lagi satu yang aneh. Ya! saya bersetuju dengan anda. Itu tetap satu

Seruan yang hambar

Seruan yang lama

Seruan yang poyo

Seruan yang fatamorgana

Hanya jika kata itu hanya mainan kata dan halwa telinga, tidak menjejak dihati. Didengar tanpa jiwa, itu sia-sia. Didengar tanpa fikir, itu buta. Didengar tanpa, itu neraka.

Tetapi ketahuilah seruan zaman inilah yang banyak membangkitkan jiwa-jiwa gersang manusia menjadi perwira. Membangunkan ummah dari lena. Dunia gemilang, akhirat cemerlang.

Kisah Jatuh Bangun Seruan Zaman

Siapa tidak kenal dengan Muhammad bin Abdullah. Beliaulah insan yang pertama kali mengumandangkan seruan itu. Umat jahiliah yang menanam anak dan bertawaf bogel akhirnya menjadi umat yang cukup disegani oleh kawan dan lawan. Dan dari seruan ini, umat itu bingkas bergerak mengubah lanskap peradaban dunia.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.

Bunyi pedang bergemerincing, dan umat Islam jatuh terpuruk diasak ganas oleh tentera Salib. Lelaki muslim menjadi pondan, Islam hilang taringnya. Imaduddin Zanki dan ditompang oleh Nurudin Mahmud dan Saifudin Ghazi mengumandangkan kembali seruan ini. Hasilnya, Tentera Salib terpukul rapat kebelakang, Mesir dan Syam kembali bersatu. Jantannya ada!

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.

Monumen Salahuddin Al-Ayyubi di Kerak

Kota Al-Quds bergenang darah kembali. Kuda musuh bangga berjalan masuk kota dengan mengharungi darah manusia hingga ke lutut. Kota 1001 malam Baghdad dihancurkan oleh Tentera Mongol disaat muslim dipuncak kuasa, tetapi tinggal agamanya. Penyakit wahn. Dan itu, dihentikan oleh Sultan Baibar dan tenteranya. Hikayat agung Mongol, dihancurkan ditangan insan muslim lagi mukmin.

Mongol meratah darah diatas muslim yang hilang Tuhan

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.

Muslim diratah kembali. Algeria, Mesir, Jazirah Arab, Iraq dan sampai kepulauan Melayu, dijarah kembali. Satu demi satu tersungkur ditangan emperialisme. Imam Hassan Al-Banna menyambung kembali mata rantai Rasululullah s.a.w dengan seruan ini. Keadaan ummat ketika itu cukup tepu dan serik dengan seruan 'nasionalisme', 'sosialisme', 'sekularisme' dan isme-isme lain. Manakan tidak, berjuang atas nama bangsa dan negara, 3 negara arab terpukul musnah oleh Israel dalam masa 6 hari. Serentak! Sang Imam dan kadernya, maju bergerak bahkan sempat sampai ke jantung Israel, Tel Aviv.

Itu sejarah, itu dulu, mereka lain, kita lain.

Dan jika ada yang bertanyakan kepada saya bagaimana?

Konsisten... Kembalilah kepada Islam.

Seruan Zaman Di Zaman Iphone

Diri sendiri. Kata hukamah, jika mahu melihat Islam tertegak didunia, tegakkan Islam dalam dirimu. Bagi muslim, mengikut dan mematuhi segala apa yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Sunnah bukan lagi pilihan tetapi kemestian. Kesemuanya tanpa 'pilih kasih'. Majlis ilmu, taalim, usrah dan kawan-kawan yang mahu pada Islam, kita harus bersama. Jika aqal perlu dilatih, begitu juga iman.Kuatkan, kuatkan, kuatkan!

Full time...full time

Keluarga. Mahu melahirkan keluarga yang baik, dengan anak-anak yang soleh solehah, mulakan dengan melihat siapa bakal ayah kepada anak-anak anda, siapa bakal ibu kepada anak-anak anda? Rumah yang kukuh, perlu kepada tapak yang kuat. Pengurusan hubungan lelaki dan wanita perlu diperhatikan secara serius. Anda jawap saya, adakah anda yakin hubungan itu dapat melahirkan keluarga muslim mukmin jika sebelum nikah bebas berpeleseran aka couple? Yakin bisa?

Masyarakat. Masyarakat perlu diubah dan diperbaiki dengan hadirnya kita sebagai satu juzuk dari masyarakat. Mereka tak buat, kita harus mulakan. Perlunya masyarakat yang menjaga tepi kain orang tetapi meletakkan satu batas iaitu jangan menceroboh hal dalam kain orang. Kelas pemahaman agama, jiran jaga anak jiran, makan pakai sahabat diperhatikan. Penuh kasih sayang.

Pemerintah. Perlunya satu pemerintah yang takutkan Allah s.w.t, dan ada iman dan taqwa dalam pemerintahnya. Bila hadirnya pemerintah yang mengamalkan Islam didalamnya, dengan menitik beratkan aspek dakwah, pemahaman dan undang-undang. Keadaan ini boleh dilestarikan tanpa tempang. Dakwah tanpa undang-undang, itu penat. Undang-undang tanpa dakwah, itu sia-sia.

Mana harus dimulakan dahulu?

Semuanya bersama dan serentak dilepaskan digaris permulaan agar natijah akhirnya seimbang.

Semua itu hanya dapat kita capai dengan seruan " Kembalilah kepada Islam"

Hanya Islam mampu melahirkan singa yang berjiwa singa, bukan singa yang bernada domba!

Sudah senja, jom pulang

Wahai muslim, jom pulang kepada.......Islam!

Nota 1 : Tersenyum apabila membaca ada yang mengatakan saya 'orang kita'.

Nota 2 : Jika article 'cinta itu' berpuluh komen, jom kita tengok article 'cinta ini' pula. Berminat atau tidak. =)

Nota 3 : Kena fikir-fikir dah article apa yang perlu diberikan untuk penerbitan buku. Mek Sue dah nak kejar dengan due date tu. Huhuhu.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

16 comments:

Abu Aiman said...

Dr Amad,
Kalaulah semua anak muda mempunyai kesedaran seperti enta, ana yakin cerah masa depan Malaysia.

Kita ni dok pulun ke pembangunan ekonomi saja, sedang syakhsiah, akhlak dan pembinaan modal insan dipandang ringan. Syok sendiri nak menuju negara maju, sedang aspek kerohanian terabai. Cinta dunia dan takut mati, jawab la di akhirat nanti.

Ah panjang pulak komen rasa nak tulis lagi, tu yg malas nak komen bab2 gini...
p/sL tak kira 'orang kita' atau 'orang depa', berjuanglah atas kapasiti tersendiri. ;-)

Dr Amad said...

Abu Aiman- Ana pun masih bertatih, masih cuba mengumpul mutiara-mutiara pengalaman dari sifu-sifu hebat macam Abu Aiman ni.

Abe sentuh bab pembangunan, teringat kata-kata pejuang kemerdekaan, pejuang agama, pejuang keadilan Indonesia. Pak Muhammad Natsir

" Jangan kita bangunkan, kita robohkan. Kita bangun gedung-gedung bangunan, tetapi kita musnahkan jiwa manusia didalamnya"

Kata itu tepat mengambarkan keadaan masyarakat sekarang yang parah krisis nilainya.

Rasa macam tak puas baca komen Abu Aiman, lain kali kena panjang lagi komen naa..

p/s: Berjuang tetap berjuang, walaupun anak berderet 12! =p

Shahzu Ichah said...

Sedikit respons..

Pokok pangkalnya kena kembali kepada diri kita sendiri jugak gamaknya. Muhasabah selalu. Tengok hati bersih ke tidak....insyAllah sejahtera. Kalau umat kita faham agama, rasanya tak susah. Tapi realiti sekarang, yang tahu and faham agama pun kadang2 boleh terpesong juga. Kenapa? tanya iman itu jawapan yang tepat agaknya.

Lagi. Nak dapat calon soleh/solehah bukan susah. Kalau elok kita eloklah dia. Usaha pun perlu kalau kena caranya...

Jazakallah.

mutiara solehah said...

salam,

"nafas baru seruan berzaman" pnh mndalam tajuknya..

Seruan berzaman: seruan ini mmng berzaman-zaman dh.. sbbnya mmmng ad segolongn umat y x leka, tapi dlm masa yang sm ramai lg y msh terlena.

Nafas baru: nafas baru mmng perlu kerana nafas baru itu pencetus semangat. tak mengapa mencetus semangat dahulu. Yang penting, langkah seterusnya adalah mencetus 'kesedaran', eleme 'rasa' ini amat penting untuk kekalkan momentum agar ianya boleh melekatlama dalam hati dan minda , bukan sekadar tempelan semangat yang boleh pergi bila-bila masa sahaja. (kata2 dr seorng kakak)

kisah adik syafiah: positifnya- membuka mata orng ramai, pemimpin akn kepincangn y berlaku dlm akhlak dan sahsiah masyarakt di tnh air.
negatifnya: jika hanya menjadi seperti "hangt2 tahi ayam" selpas itu dpndng sepi tnpa sebrng tindakan. Nauzubillah..

Allah sdh tunjukan, mau Allah tunjukkan y lbh trk lg ke? Siapa perlu bertindak? KITA semua perlu bertindak..

Skdr pndangan. Syukrn..

p/s: Mabruk, bakal terbit buku sendiri ya. syarikat pnbtn ap? dr msia or indon. sy nntikan buku krya dr amad nnti..

sinar_islami said...

Apa yang jauh dari umat manusia...
terutamanya ummat islam adalah sirah dan sejarah perjuangan...
Islam cukup menghargai keberadaan setiap nyawa di muka bumi..
Islam jugalah agama yang terawal mengangkat darjat wanita..
Melabel negara sebagai negara islam masih tidak cukup kerana masih ada yang tidak cukup... =)

Ramuan sudah lama wujud namun atas lempias nafsu orang mengenepikan ramuan kesejahteraan...
Generasi sekarang generasi ingin mencuba...
semua ingin dicuba walaupun kisah yang sama akan berulang...
sudah jatuh baru terngadah...
tertepuk2 dahi yang sememangnya tidak sakit...

Diagnosis penyakit masyarakat sudah banyak, merawat dari akar umbi itu yang perlu...Semua ini presenting problem...

The main/core problem is?
(^_^) tepuk dada tanya iman...
Tugas siapa mencegah dan merawatnya..?
(^_^) tepuk dada tanya iman...

masih ada yang tak kisah, walau wujud kes buang anak, bapa telan anak, kes rogol bersepah2...hari hari terpampang di dada akhbar...

" Bukan keluarga aku pun"

Ini juga antara persepsi yang harus dibuang...

wallahu'alam..

ps; maaf kalau ada yang salah ditafsirkan dari artikel...

Dr Amad said...

Aishah-Muhasabah dan muhasabah sampailah nyawa sampai ke halkum. =)

Tahu dan Mahu dua benda yang berbeza, tetapi boleh berkait.

Tahu tidak semestinya bergerak kearah mahu, dan itulah realiti ada depan mata.

Dr Amad said...

Mutiara- Jika mahu beriman, tidak perlu sampai keluar kucing bertanduk, tidak perlu datang gempa 40 scala richter, tidak perlu sampai sejadah solat, tidak perlu sampai langit terbelah, tidak perlu kambing berkepala 4.

Cukuplah,dengan hanya melihat sehelai daun jatuh ke bumi. Dengan syarat anda melihatnya dengan mata hati.

Terima kasih atas pandangan yang cukup bermakna itu.

p/s: Ini projek buku bersama teman-teman. Penerbit ya,juga dari kawan-kawan juga. =)

Dr Amad said...

Sinar- Resepi kejatuhan ummah,kita banyak dah rasa dan sedang merasa, apa kata kita cuba resepi kebangkitan ummat pula. Mesti sedap!

"Bukan keluarga aku pun"

Tapi bagaimana perasaan kita Rasulullah s.a.w kata

"Bukan dari kaum aku pun"

Nak duk mana kita time tu? Ke syurga, gelap gambar. Ke neraka? lu pikirlah sendiri...

ummufurqan said...

Kalau dulu katanya tahun 2020 nak jadi negara maju, sekarang ni katanya dah ada fasiliti kelas 1 tapi mentali masih di Dunia Ketiga.

Kita nak bandingkan negara kita dengan negara2 maju, yang rakyatnya berpendidikan, yang rakyatnya "berakhlak mulia", sedangkan semua kebaikan yang kita nampak pada diri mereka, semua tu ada dalam Islam. Bila diajak kembali kepada Islam, dijawab pula "Oh, sekarang zaman sudah berubah, tak sama macam dulu... Dulu zaman perang pakai pedang, sekarang mana pakai pedang lagi...."
Payah...
Kita yang nak ikut Islam atau kita nak Islam ikut kita...

Kadang2 bila jadi macamni, bila tengok betapa lemahnya ummah sekarang,rasa down je. tapi Islam tak mengajar kita menjadi lemah. Islam mengajar kita menjadi yang terbaik dan berfikiran positif.

"You are who you think you are"

Sampai bila kita nak berada pada takuk lama... Ayuh berubah. Jom kembali kepada cahaya=)

Dr Amad said...

Ummufurqan(sejak bila ada ummu ni)- Orang suka hal ini disapu kebawah karpet dari berdiskusi keatas. Sedangkan dia sedar, perbuatan itu tidak mengubah apa-apa.

Mahu dengar yang indah, pi dengar lagu andalusia M Nasir la.

Mahu dengar yang realiti, meh datang blog amad.

Sisi gelap kita harus perlihatkan bukan tujuan menjatuhkan, tetapi buat kita sama-sama renung dan mengambil iktibar dari itu. Dengan tujuan agar sejarah itu tidak berulang kembali.

Sedih itu wajar, kerana sedih kita melihat keadaan ummat. Bukan sedih pacar dirampas orang seperti insan diluar.

Tetapi berpadalah sedih, sekarang zaman bangkit, bangkit bukan sebarang bangkit, bangkit dengan Islam kerana hanya Islam menjanjikan kemenangan sebelum kemenangan.

TQ atas tambah nilainya

Syuhadah said...

assalamualaikum..
nice one dr amad..problems with solutions..fikirkan apa yg boleh atau mampu kiter buat sekrang..bantu diri sendiri n kwan2x jugak..kalau nak compare kehidupan kat bumi bandung n msia tu sendiri,banyak bezanya..semua di sini dapat menguatkan diri dan jadi bekal bila balik msia nanti..huhu..

p/s=due date is coming..huhu..selamat bekerjasama..=)

Dr Amad said...

Sue- Memang dah dekat due date ye, tapi pening nak pilih 150 article ni...=p

duha said...

assalamualaikum..

erm..td buka berita online..4 tajuk berita berturut2 pasal bayi dibuang atau bayi mati atau rumah kebajikan tak ckup etc2..

erm..
manusia selalu tak sedar diri, yang akal fikiran kita ni cetek dan tak mampu nampak apa yang bakal terjadi di masa yang jauh ke depan..bila Allah dah bantu dengan memberi solusi iaitu 'berpeganglah pada islam dan ikutlah undang2 Allah'..manusia berlagak dan buat undang2 sndr..

cuba nak atasi masalah dengan cara mereka..macamlah dunia ni manusia yang cipta..

bila disuruh kembali pada islam..dikatakan poyo dan sebagainya..bila disuruh mengikut hukum hudud..diperlekehkan..

"habislah tangan semua org kena potong"

kalau dah tau takut, jangan mencuri..kalau takde yang mencuri,sebab semua tak nak tangan dipotong, selesailah masalah..

Allah yang cipta dan memegang hati kita, dia yang tahu apa yang kita gerunkan..

mungkin buat zaman sekarang ni, hukuman berupa wang ringgit dan penjara beberapa bulan atau tahun (siap boleh ikat jamin) bukanlah hukuman yang boleh menggetarkan hati masyarakat..sebab tu jenayah berleluasa..

rasanya ramai je dah tahu..tapi still, manusia tak nak ikut arahan tuhan..

Allah dah inform kita yang manusia ni mmg bersifat tergesa2..dia nak masalah selesai cepat..jadi berusahalah bersungguh2 utk merawat symptom2 tu..sedangkan masalah akar tak diendahkan..

hati tu yang perlukan ubat!

dan jika kita kembali pada islam, iA therapy itu lengkap mendidik hati kita..

wallahua'lam

p/s:sori bebel panjang2..

Dr Amad said...

Duha- Takut itu sudah tercabut...bebel duha jangan tak bebel. Kekadang main berdongdang sayang bab-bab ini tak jadi. Kena cakap jelas dan terang...Orang sekarang buta perut, payah nak faham.

Khairul Nadzir said...

Akhirzaman..Begitulah...

Bukan meredhai kemungkaran, tapi sebagai langkah peringatan...

Mahu sahaja dipukul 'orang-orang yang terlibat' tapi bukan itu yang dikehendak oleh Yang Maha Hebat...

Pokok pangkalnya...

TERUS BERJUANG !

"Masa rehat KITA apabila kaki sudah sampai ke SYURGA!"

Dr Amad said...

Khairul Nadzir- Pukul je, tapi sama ke pukul kita dengan pukul mereka? Pastikan berbeza...kerana pukul kita kerana Allah.

Selama matahari bersinar,
Selama kita terus berjuang,
Selama kita berpadu,
Jayalah negeri jayalah!