Friday 10 December 2010

Anekdot : Marhalah Kehidupan

Saya masih ingat bagaimana 3 tahun sebelum ini, dinasihatkan oleh teman dan murabbi supaya menulis. Berubah dari menerima kepada memberi. Tetapi saat dan ketika itu, rasa inferior amat menguasai diri, belum kenal potensi diri.

"Amad, enta kena menulis kat blog. Dari banyak mengomen diblog ana, cuba enta huraikan idea dan fikrah enta dalam bentuk penulisan panjang. Bukan tidak boleh komen, tapi lebihkan pahala dengan menulis bukan saja berbentuk komen tapi karya," nasihat murabbi.

"Amboi, laju dia duk mengomen kat blog orang. Buat blog la,"sindir-sindir sayang seorang teman.

Ketika itu, kesukaan saya adalah blog jumping dengan membaca dan jika perlu komen, saya komen. Sebenar-benar komen, tidak semata-mata "bagus!" "hehehe".

"InsyAllah Ustaz, doakan ana. Ada hasrat juga nak menulis kat blog. Doakan agar saat dan ketika itu sampai," ujar saya. Memohon doa.

Saat lahirnya blog ini, beliau antara orang pertama yang saya berkongsi khabar.

"Komen ustaz, komen," pinta saya.

"Overall sudah ok, cuma tambah spacing. Macam watikah perlantikan je ana duk nengok, panjang tanpa spacing," komen murabbi. Pujian disertakan dengan kritikal santai. Saya cukup berbesar hati menerima.

Selepas itu, dibloglah antara tempat saya melepaskan apa yang terpendam, apa yang terfikir dan 'meracuni' ramai orang. Satu masa, saya mampu menulis dua article dalam satu hari, ada satu ketika blog berhabuk sampai satu bulan tidak dikemaskini. Tetapi berhenti, tiada dalam kamus kehidupan.

Saya betulkan niat diawal penubuhan blog ini. Jangan menulis kerana trend, jangan menulis kerana manusia, jangan menulis kerana nafsu. Bila saya menulis kerana semua ini, satu masa saya akan dipasung. Lihatlah blog yang banyak diupdate pada awal, dan sekarang berhabuk karat terbiar.

Berani Bermimpi

Siang berganti malam, musim berganti musim, tahun bertukar tahun, kecil beranjak dewasa, marhalah kehidupan berubah kepada marhalah baru. Dari berblog, saya punyai impian yang lebih fatamorgana.

Gambar Hiasan

"Ustaz, ana ingat nak menulis buku macam ustaz juga. Satu hari nantilah. Tapi melihat keadaan diri ana, dengan kekangan masa yang ada, macam jauh je. Impian ana tu," saya berkongsi rasa.

"Amad, laskar pelangi harus berani bermimpi dan mengejar mimpi. Itu jauh lebih baik dari tiada mimpi, seperti mati sebelum mati. Ana doakan enta," kata sang murabbi.

Laskar pelangi harus berani bermimpi dan mengejar mimpi!

Anekdot: Catatan Kehidupan

"Abang Amad, kami nak kumpul semua article dari bloggers IMAN, nak buat satu buku. Nak Abang Amad join. Boleh?," mohon seorang adik, yang menjadi tonggak lahirnya buku ini.

Bagi saya, mengantuk disorong bantal.

Dapatkannya!

6 bloggers dikumpulkan, dengan ditambah rempah dengan puisi-puisi indah dari 'otai' pemuisi IMAN, lahirlah buku pertama IMAN dan saya secara pribadi. Mengundang perasaan bercampur baur.

Sujud redha Ayahanda dan Bunda dalam sujud penuh syukur,
Penantian bermusim kini berbuah benih indah,
Tangis dan rengek hilai memecah,
Tawa riang berpadu telatah dan keletah,
Mengubat rumah syurga, menghilang rasa resah...

Anekdot: Catatan Kehidupan


Bagi diri, tiada perkataan yang paling mulia dan wajar saya ungkapkan melainkan Alhamdulillah. Kerana Dia, mentakdirkan mimpi saya itu menjadi nyata.

Hidup untuk berkongsi dan memberi!



Seeru ala barakahtillah!

Dimana sahaja anda berada, ayuh dapatkannya...

.: Amad ingatkan just incase kalian terlupa :.

8 comments:

kecilsikerikil said...

bole tau..nak dapatkan buku ni, katne?

Dr Amad said...

Cikeh- Saudari boleh sms memesan ke no ini 081390600367. InsyAllah, akan diuruskan oleh beliau pembeliannya.

Jzkk. =)

kecilsikerikil said...

ni no enpon ke?

Dr Amad said...

Cikeh- Yup...ini no Indonesia. iA akan dipos bukunya. untuk kod negara inilah no tel sebenar

+6281390600367

Dr Amad said...
This comment has been removed by the author.
kecilsikerikil said...

sbnrnya, x berapa faham cara pembelian, xde jual kat kedai ke?

Dr Amad said...

Owh...itukah muskilahnya. Buku ini untuk sekarang memang tiada dalam pasaran buku di Malaysia.

Kerana kami tidak menerbitkan menerusi syarikat buku.

Ini semua hasil usaha 100% dari IMAN (ini biro dakwah dan tarbiah di Bandung). Dari editor, designer sampailah ke penulis. Dikumpulkan semua article penulis-penulis IMAN, diedit oleh editor IMAN, didesign oleh designer IMAN, dan diterbitkan oleh IMAN sendiri.

Oleh kerana itulah, buku ini boleh didapati dengan menghubungi ahli IMAN ataupun pelajar yang belajar di Bandung.

Hasratnya, mahu diterbitkan secara formal seperti buku-buku di Malaysia, masih mencari jalurnya. Tak apa, yang itu kita mimpi terlebih dahulu, satu masa ia realiti. Biiznillah!

=)

Segan nak contact, emailkan ke saya je fahmieman@yahoo.com .Bulan januari nanti saya pulang ke Msia bercuti. Boleh saya poskan. =)

kecilsikerikil said...

syukran~