Thursday 23 December 2010

Syaitan Disalahkan, Bolehkah?

"Kenapa tidak datang program malam semalam. Best tau Ustaz itu bagi pengisian. Semangat nak ubah diri lepas dengar,"tanya seorang teman.

"Erm...malaslah. Aku bengkek dengan seorang ajk program tu. Jadi malas aku nak pergi," alasan yang diberikan.

Disatu sisi lain.

"Man, kenapalah ko macam ni. Tak elok tau. Bukan ko tak tahu yang agama kita larang hal-hal begini,"nasihat sahabat.

"Mak ayah aku tak kisah, bahkan mereka buat sama. Jadi wajar je aku jadi macam ini," Man memberikan alasan.

Disatu sudut yang lain pula.

"Sally, bilanya awak nak tutup aurat? Nak kata tak tahu, tahu. Nak kata tak maklum, sedia maklum. Nak kata kecik, dah besar. Saya rasa awak lebih cantik dengan bertudung, serius ni," ajak seorang teman kearah amar makruf.

"Belum sampai seru lagilah. Keluarga saya sendiri pun macam saya. Mereka berubah, barulah mungkin saya akan fikirkan kembali hal ni," santai sahaja alasan diberikan.

Dimedan dakwah pula.

"Ahh...aku tak nak buat dah kerja-kerja dakwah ini. Buat itu salah, buat ini salah. Masa aku sibuk buat program berpanas hujan bukan nak tolong. Masa aku kena sembur dibebudak 'hu-ha' bukannya nak backup,"getus seorang 'pejuang'.

Pencinta sejarah pula,

"Bilalah Salahuddin al-Ayubi yang baru akan lahir. Sedih aku tengok umat Islam pada masa sekarang ni,"mengeluh ketiadaan Salahuddin al-Ayubi, tanpa bercita-cita diri menjadi seperti Salahuddin.

Itulah antara alasan-alasan yang sering saya dengar dan saya cantikkan dengan membuat didalam bentuk dialog. Saya sering mendengar, dan pasti juga anda semua.

Jika kita secara berhati-hati meneliti alasan-alasan ini, ada satu hal konsisten dengan ungkapan dan sikap mereka. Walaupun situasi permasalahan berbeza, tapi sebab asbab tetap sama. Iaitu meletakkan perubahan diri pada orang lain. Kepada manusia lain yang mereka sendiri sukar mengubah titik perubahan itu.

Suiz Perubahan

Jika diibaratkan titik perubahan diri itu ada satu suiz yang kita perlu menekan untuk menjana perubahan, sudah semestinya suiz itu diletakkan pada tempat yang terjangkau ditangan sendiri. Jarang orang membuat suiz lampu di siling atap rumah apatah lagi membuat suis lampu rumah dirumah jiran sebelah.

Tindakan bodoh. Setuju?

Jika bersetuju dengan suis lampu rumah harus diletakkan pada jangkuan tangan, bukan disiling rumah apatah lagi dirumah teman. Kembali saya ingin memprovokasi minda.

Kenapa meletakkan perubahan diri sendiri pada orang lain?

Tindakan bodoh. Setuju?

"Amboi...kasarnya. Berhikmahlah sikit."

Hehehe...satu lagi yang sering saya dengar.

"Oklah aku ubah..tindakan kurang cerdik. Ke ko ada yang lagi berhikmah?."

"Mana aku tahu, jangan tanya aku." Pulak dah...

Seperti suiz dirumah yang perlu diletakkan pada tempat terjangkau ditangan, sudah semestinya untuk suiz berubahan diri kita harus letak pada tempat terjangkau dek 'tangan' kita juga. Tidak lain, tidak bukan adalah diri kita sendiri.


Meletakkan perubahan pada orang lain, sukar untuk kita mengawal dan membuat keputusan. Justeru kerana sikap itu, hanya respon yang kita mampu zahirkan adalah bersifat reaktif. Tanpa sedikit pun mampu mengubah apa-apa.

Gratis
!
Percuma
!
Sia-sia
!

Untuk itu, proaktiflah yang diperlukan oleh kita. Proaktif untuk mewujudkan titik perubahan itu pada diri sendiri. Jika itu sudah terwujud, maka mudah dan senanglah kita mengawal dan menjaga perubahan. Kunci sudah ditangan, suiz didalam genggam. Tekan saja!

"Walaupun aku tidak soleh, tapi untuk teman hidup aku nak cari isteri solehah," azam seorang brader. Tidak aneh, pengotor pun suka tempat yang bersih.

Salah Syaitan

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit.
Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.
Nasi oh nasi, mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.
Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan melimpah turun.
Hujan oh hujan, mengapa engkau turun?
Macam mana aku tak turun, katak panggil aku.
Katak oh katak kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.
Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, MEMANG MAKANAN AKU.

Diakhirat sana, Allah s.w.t mengambarkan keadaan manusia yang bakal diazab adalah saling menyalahkan antara satu sama lain. "Sebab kaulah, aku jadi begini" "Pasal kaulah, aku kena azab"

Untuk itu ingin saya naqalkan satu mutiara kata dari seorang murabbi.

"Diakhirat sana, usahkan mahu menyalahkan ibubapa, teman, orang sekeliling bahkan syaitan sendiri kita tidak boleh salahkan. "Sudah tugas aku menyesatkan, siapa suruh ikut," kata syaitan nanti. Kita adalah kita, kita sendiri yang menentukan untung nasib kita disana!."

Sudah masanya kita menukar lagu bangau.

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?

Sebab aku diet daa...ahaks!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

5 comments:

Anonymous said...

Salam,

really a nice entry and make others think! good one!

Dr Amad said...

Anon-Wslm..

Thank you, have a nice day! =)

sinar_islami said...

Akhirnya...update jga...

Lagu bangau oh bangau pun ada pengajaran...mantap!
Bila hidup memang majoriti tak suka org buzy body...
Tapi dah sampai akhirt bru terhntuk, tersembam kerana diri tidak makan nasihat.

Dr Amad said...

Sinar- Nak pengajaran, lihat daun gugur pun dapat. Mahu atau hendak fikir je.

"Belum sampai serulah."

Gunalah alasan tu di Sana, jika mampulah. =)

Abell M said...

nice entry!