Thursday 7 April 2011

Malam Malaysia, Kemana Mahu Kita Bawa?

Gambar hiasan

"Allah...!,"berpisat-pisat mata melihat pada skrin komputer. Pada skrin, terdapat rangkuman gambar keseluruhan Majlis Malam Malaysia, atau dibeberapa tempat diluar negara tempat bertumpuknya komuniti pelajar Malaysia lebih dikenali sebagai Malam Seni Budaya, dan pelbagai judul malamnya.

Saya memanggil teman yang kebetulan hadir dalam majlis itu untuk bermuhasabah diri. Saya dan dia diam seribu bahasa. Gambar dengan pakaian cukup minim dari ukuran, kecil dari dari tubuh badan dan semuanya terang benderang. Bahkan yang memakainya adalah muslimah (wanita muslim) diatas nama seni.

"Seni apakah ini,"terdetik dalam hati.

"Cindailah mana tidak berkias, jalinnya lalu rentak beribu, bagailah mana hendak berhias, cerminku retak seribu," nyanyi Fatimah, seorang pelajar perubatan. Sekali dengar macam Siti Nurhaliza. Merdu...

Lagu itu diserikan juga dengan penari latar yang kelihatan lincah menyusun rentak tari. Cukup menghiburkan. Satu kaki ke depan, dengan tangan kesamping ditambah kepala yang digoyang ke kiri dan ke kanan.

Penonton kelihatan teruja dengan semua itu, persembahan kelihatan cukup sempurna dan menghiburkan. Ada yang menjerit, ada yang bersiul mengusik, ada yang cukup semangat bertepuk tangan. Bakal doktor, bakal jurutera, insan muda belia yang menjadi generasi peneraju negara. Semua pandai menari dan menyanyi.

Namun, adakah itu sahaja imej Malaysia yang mahu dijual? Dan sudah terjualkah imej Malaysia dengan tarian dan nyanyian itu? Dan adakah Malaysia dan kehidupan rakyatnya hanya sebatas seni berbasiskan hiburan?

Begin With End In Mind

Itulah nasihat Ustaz Hasrizal kepada semua pelajar Malaysia di Indonesia yang menghadiri PERMAI 2010 , majoritinya dari pelajar dari Bandung. Tidak sukar untuk menafsirkan nasihat ini. Memikirkan apa mahu dicapai dan didapatkan sebelum mengorak langkah kearah tujuan.

Begin With End In Mind (Gambar hiasan)

Suka saya mengajak semua mahasiswa secara umum dan orang yang terlibat secara langsung dengan program sebegini merenung kembali soalan ini, kemana mahu kita bawa semua ini?

Begitu asing sangatkah masyarakat di luar dari Malaysia dengan seni tarian dan nyanyian sehingga kita saban tahun kita sajikan kepada mereka? Begitu dahaga sangatkah hiburan kepada pelajar Malaysia diluar negara sehingga setiap kali majlis itu menjadi keutamaan? Asyik-asyik menari, asyik-asyik menyanyi.

Secara proaktif, saya sendiri pernah memberi masukan kepada pimpinan untuk melihat malam Malaysia dari sudut pandang yang lebih holistik. Jika melihat kepada tujuan, saya sendiri teruja dan amat mengesankan. Memperkenalkan Malaysia kepada dunia.

Namun, bila kita menyebut Malaysia, hiburan dan nyanyian sahajakah? Dengan zapinkah/ makyongkah/ rakyat Malaysia hidup sehari-hari? Dengan nyanyian lagu melayu klasikkah masyarakat Malaysia berurusan?

Jika mahu memperkenalkan Malaysia, juallah Malaysia dari sisi yang lebih terhormat dan lebih mendekati identiti apa yang disebut sebagai Malaysia. Memperkenalkan Malaysia dari segi pemikiran dan isu yang mengulat di masyarakat itu lebih menguntungkan.

Panggillah pakar sejarah dari Malaysia untuk berkongsi 'Malaysia' dengan mereka. Jika timbul isu antara dua entiti negara, proaktif dan profesional diatas nama golongan terpelajar, kitalah yang mengusahakan. Cari berjuta titik temu, berlapang dada satu yang berbeza. Isu ekonomi dan politik yang mencengkam dan menggila di Malaysia, kitalah yang bijak dalam meresponnya. Panggil kedua-dua belah pihak, kita buka pintu wacana diatas undangan kita. Sukar? Usaha pun belum.

Besarlah, besarlah didalam pemikiran yang mendewasakan. Dan sudah tentu semua ini tidak mampu diberi dengan tarian dan nyanyian. Apatah lagi, menyemarakkan hedonisma diatas tiket seni. Saya tidak habis fikir!

Islam, Malaysia dan Seni

"Macamana Malam Malaysia?," saya menyapa sambil mengosok lembut bahu seorang adik. Beliau antara orang penting dalam menganjurkan majlis itu. Berbakat dalam seni suara dan juga seni tarian.

"Entahlah...rasa macam nak tarik diri je dari program macam tu," jawap beliau. Monotone.

"Laa, kenapa pulak macam tu. Elok-elok duk dalam, jadi orang penting pulak tu. Lani nak menarik diri," tanya saya. Cuba memecah kebuntuan perbincangan.


"Rasa hati tak tenang nak buat program-program gitu. Bila fikir-fikir balik, banyak tak lulus disisi Islam,"jawap dia berbata-bata.

Kalau sayabertindak memberi cadangan dari sisi radikal, boleh saya mengiyakan dan menyuruhkan beliau mengundurkan diri. Haram..haram..haram!

Namun, pandangan saya lebih kepada membawa islah (pembaharuan) dengan acara seperti ini.

"Akh, kalau kita boleh letakkan kemaksiatan dalam acara seperti ini adalah 100, dengan hadirnya kamu ia berkurang menjadi 98. Ia tetap dikira pahala disisi Allah. Sekarang memang berkurangnya dua, mungkin generasi selepas kita akan mengurangkan jauh lebih banyak. Itulah letaknya kejayaan dakwah kita," saya memberi pandangan dari sisi yang lain.

Beliau membulatkan mata, berfikir.

"Namun, tetap menjadi muhasabah bagi kita. Andaikata dengan hadirnya kita, 100 tidak berkurang sama sekali bahkan siap bertambah menjadi 101. Nauzubillah...Sampai ke tahap itu, saya serah kepada kamu untuk menilainya. Bak kata orang 'tepuk dada, tanya iman'. Kegelisahan itu petanda dosa," saya menambah. Cuba mengimbangi antara keterbukaan dakwah dan fiqh dan ketegasan menyatakan haq hukum.

Bahkan, jika melihat agama sebagai konteks yang dominan dalam mencorak Malaysia, kenapa tidak kita memanggil wakil agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha untuk berbicara soal Malaysia. Namun itulah manusia, apabila adanya agama dalam program hadirlah prejudis, halangan dan sinis.

Bercakap dalam konteks diri sebagai bakal doktor, dimana letaknya nilai tarian dan nyanyian dalam berurusan dengan pesakit bahkan wawasan yang lebih terkedepan adalah memimpin institusi hospital dan negara. Doktor dengan menari? Doktor dengan menyanyi? saya tidak nampak rasionalnya.

Wahai sahabat, pimpinan persatuan mahasiswa, janganlah kerana kemaruk dengan hedonisme hiburan, budaya dan seni kita jadikan tiket untuk menghalalkannya. Memenuhi nafsu serakah asyik mahu berpesta.

Bak kata sifu saya...

Gambar hiasan

Yang manakah masa depan yang lebih baik buat Malaysia?

8 comments:

Anonymous said...

so adakah anda rasa benda benda camni kene buat acara seperti berkumpul ramai ramai di bawah satu bumbung dan baca quran dan makan dalam dulang besar beramai ramai and then balik?

Dr Amad said...

Anon- Begitu panjang article ini, dengan saranan, cadangan bahkan pembuktian, begitu mudah kesimpulan yang boleh dibuat. Orang tua-tua pernah pesan kita hidup ni kalau bijak biarlah boleh ditumpang orang, kalau bodoh biarlah boleh diajar.

Asielah said...

salam. suka artikel ni.. bagus kalau slowly dpt buat msb tu berubah kepada yg lebih baik intinya n make people understand why there needs to be that change. sometimes there really are people who don't know, and they're too shy or ashamed to ask, so they resort to what they know best, which is the non-islamic ways. perlu utk kita sama2 saling mengingatkn..

Dr Amad said...

Cik Asielah-Wslm, ada manusia didunia ini lebih memilih untuk susah dari berubah.

Terima kasih cik Asielah atas tambah nilainya. Tak sangka ada belog jugak. Heee

Anonymous said...

if the comment on the FB is stated for me, it's your dosa to tanggung.

Did i mention any political party?
no.
what do you re-quote? it's Umno.

For me, what you wrote on the Fb status it's your misunderstanding and your stupidity in term of understanding.

Thanks a lot for your stupidity.

Dr Amad said...

Anon-Pandai pun tahu dosa pahala. Jadi berhati-hatilah dengan itu semua. Datang tak bersalam, nak pergi pun tidak dihalang.

Terasa telinga nipis, hati panas dengan semua ni. Simbol pangkah kat atas tu ada untuk tutup. Nak unfriend di FB pun sumpah aku tak meratap menangis mahupun menyesali. =)

Feel free...peace!

mutiara solehah said...

"kalau kita boleh letakkan kemaksiatan dalam acara seperti ini adalah 100, dengan hadirnya kamu ia berkurang menjadi 98. Ia tetap dikira pahala disisi Allah. Sekarang memang berkurangnya dua, mungkin generasi selepas kita akan mengurangkan jauh lebih banyak. Itulah letaknya kejayaan dakwah kita,"

itulah antara dilema y dihadapi. kisah ini memang bnyk y terjadi. susah untuk mengurangkan walau 2 nilai. membiasakan perkaya yang baik itu akan nampak 'luar biasa' dan pelik dibandingkan dengan membiasakan perkara maksiat.

Dan akhirnya, orng2 yang faham ini akan terus menjauh dari mendekatai program2 sebegini, kerana merasakan diri tidak mampu mengurangkan kemaksiatan yang berlaku walau sedikit. Kemaksiatan akan terus menerus menjadi-jadi dari generasi ke generasi.. nauzubillah...

skdr melihat keadaan yang berlaku di sekitar yang terdekat..

Dr Amad said...

Mutiara- Mahu menceritakan mehnah, lihat saja komen-komen diatas. Kena hentam juga saya. Tapi just do it. Natijah, serah pada Allah untuk menilai dan menentukan ketetapannya. =)