Saturday, 16 April 2011

Nasib Si Kecilku Sayang


Tutup buku dan buka buku baru, itulah rutin kehidupan diri selepas bergelar doktor muda di hospital disini. Jika sebelum ini segala urusan semuanya berkaitan dengan otak, dari sakit otak (neurology), masalah otak (psychiatry) dan mati otak (forensic). Saya sekarang beralih ke department pediatric (kanak-kanak). Bagian yang kemungkinan besar saya suka.

Walaupun pesakit bukan masih didalam tanggungjawab kami, tapi banyak tindakan yang dilakukan sesuai dengan kompetensi doktor dilapangan. Kami diajar dan diasuh seperti itu.

"Pesakit adalah guru kita, jadi layani dan hormatilah mereka dengan sebaik-baiknya"

Itulah pesan guru-guru besar kami di sekolah kedokteran ini. Andaikata tukang rumah tiada nilai tanpa penukul, guru tiada nilai tanpa murid, perindu tiada nilai tanpa sang kekasih begitu juga sebagai doktor. Kami tiada nilai tanpa pesakit. Dua sisi yang saling bersimbiosis yang secara luarbiasa.

Rutin Di Pediatric

"Perggh...banyak kot jaga kali ni,"spontan saja keluar dari mulut bila melihat jadual jaga (on-call) untuk bagian anak ini keluar. Macam papan catur, kerana senior sudah keluar untuk magang. Hanya tinggal angkatan saya sendirian menyambung perjuangan.

Doktor Muda

Dengan segala macam cerita, sudah tentu kali pertama jaga dibagian ini cukup mendebarkan. "Deg-degan cuy,"kata orang sini.

"Dik koas, siapa yang mahu ambu (memberikan pernafasan buatan) ? Ganti ama dokternya,"arahan doktor yang bertugas. Saya menawarkan diri untuk tugas itu dan bersama saya juga ada dua lagi teman yang bertugas.

"Saya aja doc," menawarkan diri. Saya membasuh tangan, dan memakai glove. Kebersihan harus ditingkat tertinggi disini kerana bayi-bayi comel ini amat mudah terdedah dengan jangkitan. Saya diamanahkan untuk menjaga bilik itu kerana keadaan pesakit bayi-bayi disitu cukup kritikal yang memerlukan pemantauan setiap jam.

Peralatan ambulation (pernafasan buatan) beralih tangan. Dihadapan saya seorang bayi kecil yang berwarna kemerahan diam tanpa tangisan dan gerak. Bahkan pernafasan dan boleh saya sebutkan nyawa bayi itu berada ditangan saya. Tidak mampu bernafas sama sekali jika tidak dibantu dari luar.

"Satu dua..tekan. Satu dua..tekan. Satu dua tekan," itulah bilangan dan irama yang harus saya lakukan untuk bantu nafas adik kecil ini. Untuk lebih bererti, diganti bilangan itu dengan zikir didalam hati. Bantuan ini penting agar pertukaran gas ke anggota tubuh tetap berjalan normal dan paling penting bagi memastikan otak terus menerus mendapat oksigennya.

"Ibu, usia anaknya ini berapa?," tanya saya sambil-sambil mengepam udara kedalam paru-paru anaknya ini.

"Baru dua minggu dok, kelmarin baru lepas tali pusatnya,"jawap ibunya.

"Terus kenapa anaknya masuk ke sini? apa yang terjadi?," tanya saya.

"Ermm..anaknya pas hajatan, sorenya ada kayak kejang gitu. Dua kali. Biasanya aktif, tapi sekarang udah enggak ada respon sama sekali,"jelas ibunya sambil mengesat airmata.

Selain bagi memastikan organ utama bayi ini berfungsi dengan baik, suhu badan anak kecil ini harus dipastikan berada dalam batas normal. Lantas dipasangnya lampu pemanas ditepi yang 'memanggang' bukan saja bayinya tapi memanaskan si doktornya iaitu saya.

Awalnya duduk, penat jadi bangun berdiri. Dari tangan kanan, letih ditukar ke tangan kiri. Mata tetap melihat pada alat pengukur kadar oksigen dalam darah dan juga detak jantungnya.

"97 bagi oksigen, heart rate pula 140...alhamdulillah masih normal dan bagus,"bisik hati saya. Saya harus memastikan bayi ini terus berada didalam keadaan ini walaupun tidak dapat bernafas sendiri.

Sebenarnya apa yang saya lakukan bukanlah tindakan yang terbaik untuk adik ini, hanya membantu buat seketika sahaja. Dia harus dirawat di Intensif Care Unit, yang pernafasannya akan diatur oleh mesin. Namun takdir Allah s.w.t mengatakan sebaliknya. Di hospital saya bertugas ICU penuh dan pilihan yang ada dengan dibawa ke hospital lain. Tapi hospital lain hanya menerima jika keluarga pesakit menyediakan duit yang lumayan banyak.

No money, no treatment...falsafah bisnes bidang perubatan.

"Mau gimana lagi doc, kami enggak punya uang. Jadi pasrah aja,"kata ibu sambil menangis. Dengan pintu pilihan untuk ke ICU tertutup rapat kerana kekurangan wang, pilihan yang ada adalah membawa pulang anaknya. Dan anaknya akan mati. Ya mati!

Selamat Tinggal Adik

Antara sedar dan tidak, saya ambu adik kecil ini selama 4 jam tanpa henti. Dari petang hingga masuk waktu Isyak. Syukur Islam itu agama yang mudah, dengan keluasan fiqh ibadah yang ada pilihan yang saya ada adalah solat jamak untuk maghrib dan Isyak.

Satu dua...tekan,
Satu dua...tekan,
Satu dua...tekan.

"Taksi ya udah ada,"kata ahli keluarga adik ini. Setelah diberi penerangan secara detail kepada keluarga, mereka memilih untuk membawa pulang sahaja adik ini. Itu sahaja pilihan yang mereka ada.

Katil ditolak keluar dengan bantuan beberapa paramedik lain, sambil tangan saya terus pam udara ke paru si kecil. "Ahmad, make him alive," pesan doktor pada saya. Pastikan hidup sementara dihospital, perjalanan pulang belum....

Orang ramai ditempat kereta memerhati dengan cermat gelagat kami. Sambil-sambil berbisik halus "Baby" "Kesian" "Sedihnya".

Semua ini mencapai kemuncak bila sampai saat yang paling memilukan. Sudah menjadi standard pelayanan, untuk semua kes sebegini yang menyebabkan kematian, tiub pernafasan itu hanya boleh dicabut oleh keluarga sendiri.

Andaikata kita ditempat mereka, tiada ibu, tiada bapa yang sanggup melihat anak mati di 'tangan sendiri'. Itulah prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang.

Gambar Hiasan

"Doc aja cabutnya...saya tidak tega,"pinta sang bapa dengan tangisan. Namun tindakan itu diluar dari kemampuan kami sebagai doktor.

Cahaya remang-remang kekuningan dari lampu taksi, lafaz bismillah dalam tangisan sedikit demi sedikit tiub pernafasan itu diangkat dari mulut bayi dan mengikut pengiraan ilmu perubatan. Bayi itu akan bertahan hanya seketika. Mungkin belum sempat sampai ke rumah, dia dijemput Allah untuk berehat dari kesibukan dunia.

"Iskk...,"tanpa sedar airmata jantan saya menitik. Anak-anak kecik adalah kesukaan dan obsesi diri saya, tapi terkadang ia mendatang rawan hati bila terjadinya hal seperti ini.

"Ini tidak akan berakhir disini!,"azam saya. Dan azam itulah menjadi landasan untuk article ini.

Dunia Tidak Cukup Untuk Manusia

Hukamah ada berkata "World is enough for everyone's need, but not enough for one man's greed!."

Indonesia ini Allah s.w.t takdirnya buminya subur dan kaya. Sebut saja hasil mahsul negara ini, dari lombong emas terbesar didunia, minyak hitam yang banyak, kekayaan hasil alam yang luarbiasa, namun masih-masih sahaja tidak cukup untuk rakyat kebanyakkan. Masih tidak cukup untuk keluarga miskin ini, masih tidak cukup untuk adik kecil ini sehingga mati adalah pilihannya.

Adik itu boleh diselamatkan dengan duit negara, duit rakyat, duit kita!Namun semua itu fatamorgana buat sang miskin.

Kerana apa?

Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Daripada Abu hurairah ra berkata: Pada suatu masa ketika Nabi saw sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang Arabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw, Bila kah terjadi hari qiamat? Maka nabi saw pun meneruskan percakapannya.

Maka sebahagian yang hadir berkata. Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi itu tidak disukainya. Sementara yang lain pula berkata, bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu. Sehingga apabila Nabi saw, selesai dari percakapannya beliau bersabda,

Dimana orang yang bertanya tentang qiamat tadi? lalu Arab Badwi itu menyahut, Ya! Saya hai Rasulullah. Maka
Nabi saw bersabda Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggu. lalu hari qiamat. Arab Badwi itu bertanya pula. Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu? Nabi saw menjawab, Apabila urusan diserah kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat." - HR Bukhari-

Dunia akhir zaman ini cukup melucukan. Yang rasuah itu, itulah ketua jabatan utama negara. Yang rasuah itu diangkat sebagai pewira. Yang rasuah itulah dilantik ketua negeri. Yang rasuah itulah bercakap soal moral dan integriti. Yang rasuah itulah menjadi 'juara agama'.

Malaysia, Indonesia, Mesir, dan puluhan negara ummat Islam, inilah senarionya.

Dunia ini melucukan...memalukan!

Gambar Hiasan

Sekarang pilihan ditangan kita, article ini tetap menjadi article sampah andaikata selepas membacanya kita tutup dan tidur berdengkur seperti biasa. Namun, article ini akan menjadi luarbiasa manfaatnya jika selepas membacanya kita bangkit dengan azam mengunung, fikrah yang jelas dan tindakan yang bijaksana dengan seluruh kekuatan kita.

Tiada pilihan lain buat kita, jangan berbasa basi bersama mereka, tiada toleransi dengan mereka. Lawan dan lawan!

"Ini tidak akan berakhir disini!," itu azam saya.

Azam anda?!

.: Amad ingatkan andaikata kita terlupa :.

8 comments:

Abu Aiman said...

syabas!

sedih dengar cerita baby tu. kuatkan semangat hadapi kematian patient...

Dr Amad said...

Abu Aiman- Terima kasih, semangat lagi berkobar-kobar untuk mengubah. =)

Hafriz Mohamad said...

Salam ziarah..
sy pn prnah posting kat wad peadiatrik semester lpas. trnyata bez.. tp sbg student, xbleh bt bnyak prosedur kpd knk2. itu yg xbrape bez ckit...huhu~

gd luck bt Dr! ^_^

sh husna said...

assalamualaikum..
boleh tau tak..
gambar2 yang kat web digital mukmin
tuh abg fahmi ker yg tangkap?
very great pic..

Dr Amad said...

Hafriz- Belajar medic kat mana? selamat datang ke amadanaksoleh. =)

Dr Amad said...

Bintu Syed- Wslm, kalau kat digital mukmin tu semua gambar Ustaz Azhar yang ambil. Kalau dekna nak tengok gambar yang saya amik, boleh tengok kat FB..ada folder flickface. Ustaz Azhar ibarat sifu dalam bab-bab kamera ni. =)

amirhailmi said...

salam dr. amad. bila baca kisah ni, saya pun tak tau apa rasa hati ni seandainya saya berhadapan ngan situasi macam ni satu hari nnti. skrang tngah belajar medik jgk. doakan semoga Allah jadikan saya doktor yang beriman macam dr. by the way, baca blog dr bagi saya semangat. saya dulu pun sekolah kat sester jgk. bangga ada senior macam dr. amad ni.

Dr Amad said...

Amir-Semoga sukses Dr Amir. Pastikan kita berbeza dengan doktor lain, kerana kita bukan juga merawat physical tapi juga jiwa. Isilah jiwa-jiwa mereka