Monday 14 November 2011

Manual Bercinta: Cinta Tidak Perlu Diungkap (Edisi Kemaskini)


Malam Ku Bermimpi
Ai Dengan Satu Bintang
Berkata-kataku Di Jendela
Ku Lihat Kanda Tersenyum Memandang
Asmara Bergelora Meresap Ke Dada

Malam Ku Terlihat Oh Sekuntumlah Bunga
Baunya Harum Menarik Hati
Tak Sanggup Menahan Rasa Asmara
Meresap Mendalam Menusup Di Jiwa

Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda

Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda

Gelora Asmara~ Hail Amir dan Uji Rashid

Fanaa, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta. Cinta yang mempunyai dua sisi cerminnya. Cinta yang boleh membangunkan, cinta juga boleh meruntuhkan. Lihat saja lagu klasik tersebut, ia antara lagu kesukaan saya selain dari lagu klasik yang berhantu iaitu Dara Pujaan- L Ramlee.

Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.

Selepas saya menulis beberapa article yang menyentuh serba sedikit tentang isu evergreen iaitu CINTA, membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan. Sedangkan nikah pun belum, ayat power dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan. Dan sekarang satu demi satu ada yang meminta pandangan. Layakkah? Kita berkongsi, ambil yang baik dan sebarkan. Yang buruk, datang ke sini bisik.

Usaha saya hanya kecil, hanya meminjamkan telinga untuk diperdengarkan cerita. Saya serba sedikit cuba untuk menjadi pendengar yang setia, bukan untuk memberikan satu jawapan yang tepat dan jitu. Apatah lagi dapat member solusi satu demi satu masalah cinta.

Kerana cinta adalah persoalan jiwa. Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia. Saranan kepada satu individu ini bukan semestinya cocok dengan individu yang lain. Jadi antara senjata yang saya berikan kepada mereka, yang kebanyakkan mereka boleh guna tanpa perlu saya jawap satu demi satu adalah bagaimana untuk menguruskan cinta.

Pujangga pernah berpesan “Berikan kail, jangan diberinya ikan.”

Hadir dalam riang.

Hadir dalam duka.

Hadir dalam keliru.

Hadir dalam blurr.

Itulah warna warni pembaca yang tampil untuk berkongsi cerita dengan saya. Sudah semestinya setiap yang hadir, saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga.

Cinta Diungkap, Hati Gelisah

Selepas beberapa article yang menyentuh dan mengupas soal cinta, ada didatangi beberapa insan yang sebahagiannya tidak pernah saya kenal, meminta pandangan tentang masalah mereka hadapi.

Gambar Hiasan

" Amad, anda percaya tentang mimpi tak?," tanya seorang teman maya.

" Mimpi? hurm...nak kata tak percaya, tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. Kenapa tetiba buka bab mimpi ni," saya menjawap dan pada masa sama cuba memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.

" Macam ini, saya semenjak dua tiga hari ini, asyik bermimpi seorang lelaki ni je. Saya tak nak, tapi sering termimpi," dia bercerita. Owh, sebelum itu, kawan dunia maya saya ini adalah seorang wanita. Jadi pantas saja yang masuk dalam mimpinya lelaki. Lelaki mimpi lelaki…dizaman seksualiti merdeka ni. Ia kes biru haru!

" Special sangat ke lelaki tu sampai duk angau begitu sekali?," saya bertanya lagi. Cuba mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat dari history taking yang dijalankan.

" Macam ini sebenarnya. Saya ini ada suka seorang lelaki ini. Tapi tahu sahajalah, saya perempuan, bila suka, hanya mampu buat hanya diam je. Pendam rasa sorang-sorang. Itu ok lagi. Tetapi satu hari, sebelum lelaki itu mahu ke luar negara belajar untuk beberapa tahun. Dia datang jumpa dengan saya," beliau bercerita.

Orang menaruh hati tengah memendam rasa, datang sang jejaka pujaan. Mengantuk disorok bantai beb. Indah!

"Apa yang dia cakapkan," tanya saya lagi.

Cuba mendapatkan symptom penyakit ini.

" Dia cakap dia sukakan saya. InsyAllah dia janji selepas habis belajar nanti, dia akan datang cari kembali saya. Dan itulah masalahnya. Selepas itu hati saya tak tenang, asyik teringatkan dia. Sedangkan dia diluar negara, seolah-olah diikat, tapi tanpa berikan keputusan yang pasti," beliau menyambung.

Penantian satu penyeksaan.

Keluar dari kes ini sebentar, ini pesanan terutama untuk muslimat. Jika orang hadir, bertanya soal hati, cubalah menyatakan keputusan itu secepat mungkin dengan berfikir. Jika YA, katakan dengan cepat. Jika TIDAK, katakan dengan cepat. Anda mungkin tidak perasaan dan tidak mengerti, ada lelaki yang tidak keruan hidup tanpa keputusan yang tepat dan cepat.

Jangan seksa mereka dengan penantian yang lama.

" Apa pandangan dan nasihat Amad pada saya? Saya tahu itu silap, tapi macamana nak baiki dan ubah?,"sedih bunyinya.

" Pertama, saya nak sekeh kepala mamat yang cakap sayang tu," saya menjawap.

" Hah, suka hati nak sekeh kepala orang," cepat beliau memberi respon.

" Ops, maaf terlupa pula kepala orang saya nak sekeh itu adalah cik abang tersayang," saya bergurau sebenarnya.

" Sebenarnya, orang yang membuat kesilapan paling besar adalah lelaki itu. Kita ni tidak kira lelaki atau perempuan, rasa suka, rasa minat ke seseorang, untuk itu wajar-wajar saja. Tetapi tindakan lelaki itu adalah amat tidak wajar," saya bagi pandangan.

" Salah lelaki tu? Kenapa? saya tidak faham," dia soal balas.

" Silap paling besar lelaki itu adalah dia mengucapkan rasa sayang dia itu pada anda!."

Sebelum bicara lebih mendalam, ayuh saya samakan persepsi agar kesimpulan pembaca jauh dari yang saya ingin sampaikan. Ini bicara soal insan yang tiada ikatan sama sekali.

Perasaan Wanita, Lelaki Harus Hormati

Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.

Hati wanita sebenarnya kompleks, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan. Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan. Mengantuk disorong bantal.

Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana. Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Bangun pagi, sakit tengkuk!

Empuknya pada mengusik hati si gadis, sensaranya adalah penantian tidak pasti. Bayangkan, yang dijatuhkan hukuman gantung. Mana lebih sensara, yang tahu tarikh pasti atau yang tarikhnya entah bila. Sensara yang mana?

Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu. Nak petiklah, nak suntinglah, nak racunlah, nak tanamlah. Mengarut!

Anda mahu pergi jauh, pergilah. Jangan diusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang mamat mana entah untuk bertepuk sama.

Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Paling tidak, senangkan hati dengan ‘alah jodoh banyak.’ Tetapi tidak bagi mereka. Ketahuilah hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.

Kita dari Marikh, deme dari Venus.

Lawan Jangan, Layan Jangan

" Dah tu, sekarang dia pun terlepas cakap. Saya pulak dah lama terseksa dengan perasaan ini. Macamana nak buang ni?," tanya beliau.

Buang jangan, manage wajib.

Bagaimana?

Cara menguruskan angau yang tidak berpijak dibumi nyata ini adalah dengan MELUPAKANNYA.

Ustaz Hasrizal pernah berkongsi tentang hal

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.

Gambar Hiasan

Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah s.w.t. Jangan lepas dari tidak bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawap dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.

Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan aqal, aqal mampu sihat dengan hanya disirami iman.

.: Amad ingatkan andaikata kita terlupa :.

9 comments:

Dr Hana said...

dr amas, ada edit ke dari yang asal? macam sama je. ?

Dr Amad said...

Ummufurqan- Edit buang yang 'hehehe' dan dua tiga lagi, dan tambah sikit penerangan tentang isu.

Secara keseluruhan, masih tetap yang dulu.

Nota: Dr Amas tu siapa? =p

Dr Hana said...

Oh, Dr AMAS tu AhMad fAhmi Sulaiman
(coverline baik punya)

:D

Sal said...

да канечно :(

Dr Amad said...

Siti Salihah- Ya Allah, lama sungguh tak dengar khabar ya. =)

sayangdisayang said...

Assalamualaikum,

Sedikit perkongsian dari saya, sebagaimana yang telah di lalui oleh pihak yang bertanya pada Dr Amad, begitu juga saya, saya juga mengalami situasi yg sama, sangat sama...seolah terbaca cerita sendiri. Memang perit nak buang, tapi betul kata Dr Amad, kena manage...jgn layan..tapi hakikatnya bukan mudah, nak proses satu rasa yang tak berkesudahan....bertahun-tahun, tak silap hampir 11 tahun memproses 'rasa'...perit, sakit, pedih, tapi bila saya cuba untuk sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti, program2 islamik, usrah dan sebagainya Alhamdulillah sedikit demi sedikit dapat menguasai kembali diri sendiri....nak kata hilang sepenuhnya....tak lah juga, tapi mungkin dah di telan zaman...:) kepada yang bertanya pada Dr Amad, pesan saya sebagai seorang wanita yang pernah melalui perkara yang sama, carilah kekuatan diri dengan mendekatkan diri pada Allah...cinta yang datang tak boleh di'rentap' sebab ianya sangatttt SAKIT tapi ubatilah ia dengan mujahadah bersungguh-sungguh dan bawalah ia pada yang lebih berhak...:)

bidadari Aesya said...

penantian suatu penyeksaan..terima kasih dr. amad krn membela perasaan Hawa...Hawa itu terlalu halus atmanya bila disentuh rasa..

Dr Amad said...

Sayangdisayang- Terima kasih atas perkongsiannya. Saya yakin ia bukan satu hal yang mudah, dan saudari telah berjaya membuktikannya. Tahniah atas tekad itu.

Bukan hal terpencilkan bab ni..kan?

=)

Dr Amad said...

BidadariAesha- Tetap tegap melihat masa depan, kerana didepan masih terbuka ladang emas pahala yang kita harus tuai. Sebanyak-banyaknya.

Yang berlalu, berlalulah dengan catatan iktibar besar buat kita.