Friday, 30 December 2011

Jemputan Perkahwinan Ahmad Fahmi & Sh. Nurul Hidayah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Firman Allah s.w.t ada menyebut,

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (jodoh) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

[Surah Ar-Rum: 21]

Justeru dengan rasa rendah diri dan penuh kesyukuran, saya Ahmad Fahmi Bin Sulaiman ingin berkongsi kegembiraan dengan keluarga, murabbi, sahabat dan kenalan untuk melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w ini pada 4 Februari 2012, 9.00 pagi dengan muslimah pilihan hati Sh. Nurul Hidayah Binti Syed Murzaki di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor (Rumah pengantin perempuan)

Majlis Walimatul Urus pihak Pengantin Perempuan, insyaallah akan berlangsung pada;

Tarikh: 4 Februari 2012, Sabtu
Tazkirah ringkas dari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: 11.00am – 12.00pm
Jamuan: 12.00 pm- 4.00 pm
Tempat: Balai Masyarakat BK2/10, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor


Bagi kami berdua, tiada yang kami dambakan melainkan doa dan restu dari kalian. Kehadiran keluarga,murabbi, sahabat dan kenalan sangatlah dialu-alukan untuk memeriahkan walimahtul urus ini.

Terbang tinggi, si burung merpati,
Hinggap di dahan di tengah hari.
Munajat hamba, tenang di hati,
Doa dipohon, redhaNya di cari.

Akhirul kalam, moga redha Allah pada kami berdua, kedua belah keluarga, majlis dan kalian juga.

Wassalamualaikum wbt.

Nota 1: Bagi yang berhajatkan jemputan dalam bentuk kad undangan pernikahan, boleh hubungi Ahmad Fahmi atau Sh. Nurul Hidayah.

Nota 2: Bagi sahabat (Ahmad Fahmi) termasuk juga sahabat (Sh. Nurul Hidayah) yang tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis dipihak perempuan, InsyAllah majlis walimah di pihak pengantin lelaki, akan diadadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti di kampung halaman, Marang, Terengganu.

Nota 3: Mohon doanya "Semoga Allah memberkatimu dan melimpahkan kerberkatan-Nya ke atasmu serta menempatkan kebaikan di antara kamu berdua" [Riwayat Abu Daud, Ahmad Ibnu Majah, Al-Hakim]

Nota 4: Siapa Sh. Nurul Hidayah yang menjadi calon isteri saya? Beliau adalah penulis blog Sinar Islami

19 comments:

suhaijah said...

Assalamualaikum,
Senyap2 je amad ye. Anyway, barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fikhair.
Semoga berbahagia sampai ke syurga.

syuhadah said...

assalamualaikum...

pernikahan 3 orang ahli iman dalam bulan yang sama..waaa...subhanallah..agak2x lepas nie ahli iman yng mne ye?hehehe..mcam yg bernama ahmad juga je..lalala~

teringin sangat nak hadiri majlis, tapi macam tak dapat..so,saya tunggu jemputan yang di terengganu..hehe..

semoga dipermudahkan segala urusan..dan berkekelan hingga ke syurga dan dapat melahirkan generasi yang bakal menyambung perjuangan dakwah..doa dari saya..

p/s : okae..saya asyik nk senyum je dengan berita nie..haha

duha said...

assalamualaikum, barakallahulakuma :) p/s: tahniah..saya gmbira buat anda dan kak sha!

Rafahiah Haron said...

Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fikhair. Tahniah :)

Semoga majlis berjalan lancar. Kalau yg kt terengganu buat time dah habis magang bolehla dtg, insyaAllah :D

~ pelayaran dalam diam ~ said...

barakallahulakuma abg amad... tahniah2... pengumuman 2 ahli IMAN yang dulu pun, xhabis lagi tumpang gembira, sekarang dapat berita walimah abg amad plak.. tahniah... :)insyaAllah, yang kat terengganu nanti, boleh la datang kalau cuti...

zatul effa said...

amboi dr amad..pas abis pi permai terus keluar jemputan ye..heheee..Barakallah lakuma wa baraka alaikuma wa jamaa bainakuma fi khair! :)

Farid Nazmi said...

Orang Mesir juga pilihan hati :)
BarakaAllahulakuma :)

Nadia Nazifah said...

dah nak kawen dr amad. hehe. semoga diberkati insyaAllah :)

Dr Ummi said...

Salam. Lamanya akak tak menyapa...Tahniah dik Amad! "Semoga Allah memberkatimu dan melimpahkan kerberkatan-Nya ke atasmu serta menempatkan kebaikan di antara kamu berdua"

Dr Amad said...

Suhaijah- Itu dipanggil diam-diam ubi berisi. Ingat tak sweet, rupanya terlebih sweet. hehe. Mari kekgi deh..

Dr Amad said...

Mek Sue- Siapa ahmad tu? jom kita gosip-gosip dibelakang. Ke Ahmad yang berani sakat Amad dengan printscreen?

Dr Amad said...

Duha- Sama-sama...Duha jaga kak sha bebaik. =p

Dr Amad said...

Yah- Yang belah Ganu tu, big boss duk tilik bintang dilangit lagi. Kemungkinan yang ada adalah raya nanti.

Dr Amad said...

Sailormoon- Terima kasih, nanti yang Ganu mari deh. Kite makang nasi gu'la kawah. =)

Dr Amad said...

Effa- Kebetulan je PERMAI tu. Kalau betul, PERMAI jogja lagi dah nikah. hehe

Dr Amad said...

Farid- Ambil semangat tumbangkan Housni Mubarak sikit...hehehe. jzkk akh!

Dr Amad said...

Nadia- Kekgi yang Ganu mari deh...bawak sekali awok-awok lain.

Dr Amad said...

Dr Ummi- Jzkk kak umi...kekgi hok ganu tu saya jemput deh. Sekali dengan Abang Lan jugop.

Dr Siti Salihah Safian said...

Congratulations amad barakallah .