Sunday, 15 February 2009

Memakai Kemaksiatan Dengan Baju Islam



Hening dan damai,itulah ungkapan yang selayaknya diwaktu pagi Ahad,hari libur.Dan sudah pasti pujian dan penghargaan itu kembali kepada Sang Pencipta Keheningan dan Damai itu…Rabb izzati.


“Assalamuaikum a’ak( panggilan buat orang lelaki)…Cakep sekali sih,” suara menyapa


Seterusnya disambung dengan nyanyian,itulah pengamen ( orang yang bermain muzik jalanan).Tetapi ia berbeza dengan dengan pengamen biasa.Dihadapan saya adalah pengamen yang sasa tetapi berpakaian wanita bahkan bertudung.Sungguh solehah “SI DIA” itu. Merdu suaranya,lagi merdu jika dia diam.


“Ayuh dong sayang,udah terhibur bukan.Ayuh dong seribuan aja,” waduh sungguh manja sekali.Tetapi dibalas dengan tangan menolak.Menandakan tiada upah untuk itu.Mencari rezeki itu bagus,tetapi ada caranya.


“Mung tau dok,bakpe aku dok penoh bagi duit ke pengamen muslimah ni.Kalu yang lain ok je,budak-budak kecik aku bagi.Aku takut duit aku kasi dia wat beli tudung,lipstick,baju dalam dan lain-lain yang aku dok tahu…mugo dok penoh pakai tudung..hik,hik,hik,” terang saya pada teman sambil tersenyum.


Itu di bumi wali songo…itulah pengalaman yang membuat saya terfikir sendiri.Jika itu berkaitan dengan masyarakat luar,didalam komuniti Malaysia sendiri juga berlaku.Jangan salah sangka,yang ada bukan pengamen muslimah itu tetapi disamaka dengan perbuatan yang sama.


Kebejatan dan salahguna agama juga turut melanda golongan yang tahu dan faham agama.Senario mudah kita lihat dan perasaan adalah hubungan lelaki dan wanita,muslimin dan muslimat,ikhwan dan akhwat.


“Ish,cinta ana ni tidak macam orang couple kat luar tu.Ana bercinta dengan dia dengan niat untuk berdakwah.Kami manalah ada keluar sama-sama ni.Pegang tangan lagilah tidak.Lagipun kami saling mengejut subuh dan tahajut…,” terang sahabat dengan panjang lebar tentang couple islamiknya.Indah ada insan yang mengejut subuh,ada yang peduli dengan tahajut kita.


Ibarat nasi goreng tanpa garam, cinta ini pula disuburkan lagi dengan nasyid memuja-muja wanita dan cinta jiwang.Tambahlah pasangan ini melayang ke langit,tanpa dipasak kemas dibumi.Diambil dan dibeli orang adalah jiwangnya bukan mesej Islamnya. Eee...geli khaleyy!


Bak kata seorang ustaz “ Nak kata haram pun idak,nak kata halal pun idak,senang ye HALAM!,”


Hiburan Dan Agama




Saya pulang ke Malaysia,sejujurnya jarang melihat cerita dan program-program di TV.Boleh dikatakan picisan dan tiada nilai membina.Ia berbeza dengan satu program TV ini,iaitu Mari Berdansa.Melibatka penari wanita dan lelaki,untuk menjaga diwajibkan suami isteri.Untuk melengkapkan lagi package “islamnya”,setiap pasangan itu mewakili sebuah rumah kebajikan.Ada rumah orang yatim ataupun orang tua.Ia adalah program reality TV dan satu demi satu pasangan disingkirkan.Melihat sepintas lalu,bagus dan baik.Sudahlah suami isteri,buat amal kebajikan pula tu.Jika direnung,disitu wujud satu kesalahan yang amat besar.Membalut kemungkaran dengan perlakuan pahala.


“Alhamdulillah,dengan kejayaan ini,hasil sokongan dan doa isteri,keluarga dan peminat,Insyallah hadiah kemenangaan ini akan disalurkan kepada badan kebajikan.Semoga usaha saya diterima Allah,amin,” syukur seorang artis setelah bertungkus lumus berlakon dengan penuh penghayatan dan komitmen yang tinggi dari adegan memandu motor sampailah memeluk anak gadis orang.


“Ya Allah,Ya Tuhan Kami,berkatilah majlis kami ini,lindungilah kami dari dosa dan azab Mu…Amin Ya Rabb allamin,” doa seorang sahabat.Majlis diteruskan dengan ucapan dan majlis memperkenalkan Malaysia dimata dunia.Masuklah si gadis cantik,dan mempersembahkan tarian “melayu”.Saya menepuk dahi dan terdiam.Ia bukan soal memperkenalkan Malaysia,tetapi persoalannya layakkan Allah memperkenankan majlis yang agama ditolak ketepi.Jika diminta pada Firaun yang mendakwa diri tuhan,bukan dibalas perkenaan tetapi pelempang.


“Mung dok ikut ape aku suruh,ada hati nak aku perkenaan.Base sungguh.huh @$@^%$^#%@,” gamaknya itulah kata Firaun jika dia orang Terengganu.


Salahguna Agama


Semua contoh dan scenario itu bertitik tolak dengan perasaan mahu menyertakan Allah dalam semua tindakan tidak kira semacamana rupa perbuatan itu.


Berhibur mahu sertakan Allah

Berkerja mahu sertakan Allah

Berhubungan mahu sertakan Allah

Berbakti dan amal kebajikan mahu sertakan Allah

Bercinta mahu sertakan Allah


Perkara paling utama sudah kita lepasi,kerana berhibur,membuat amal,berkerja,jatuh cinta itu tiada salah didalamnya.Tetapi apa yang perlu kita sama-sama fikir,dalam berbicara soal ini,adakah redha dan ketakwaan kita kepada Allah meningkat selepas membuat itu semua?Jika berjoget,melompat sana,melompat sini,adakah Allah yang kita dapat? Kita baca doa di majlis itu dan ini,adakah Allah mahu makbul doa kita dengan majlis seumpama itu?Kita beramal dengan nyanyian dan tarian,adakah dikira amal jua disisi Allah?Ber”couple Islamic”,adakah cukup dikira Islamic dimata Allah?


Mencari Jawapan diatas Kesamaran



Saya berfikir dan merenung kembali mutiara kata Ustaz Hasrizal,dan bersetuju bahawa Islam itu berada dan dibawa oleh penganutnya kepada satu “border line” yang samar,kelam dan kelabu.Sedangkan Islam itu jelas,halal haramnya,dosa pahalanya,hitam dan putihya. Kebingungan ini dijawab dan dirungkai lama oleh seorang insan mulia,Muhammad Rasulullah. Islam diakhir zaman itu, berdebu,samar dan kelabu dari riwayat Abu Huzaifah


Itu yang diungkap oleh Nabi Muhammad s.a.w.Persoalannya adakah kita mahu tinggal dan selesa dengan keadaan itu?Jika tidak,kembalilah dan letakkan Islam itu ke tempat yang selayaknya.Bukan diperlukan dan dipakaikan baju “Islam” itu pada kemungkaran dan kemaksiatan.Untuk mengelak ini semua,ia berbalik kepada hati.Dengan hati yang bersih berpandukan Al-Quran,insyallah keadaan samar dan kelabu ini dapat dielakkan.Hati akan tenang dengan kebaikan dan pahala dan juga gelisahnya hati dari kemaksiatan dan dosa.


Imam Al-Ghazali yang pakar didalam bahagian HATI,menegaskan


“Membuang rasa berdosa ketika melakukan dosa adalah sebesar-besar dosa!”


Ya Allah jernihkanlah hatiku,pandukan hatiku dengan panduan iman-Mu,peliharakanlah perbuatanku dari keadaan samar, dan jauhkan diriku dari fitnah akhir zaman dan azab nerakaMU.


Islam itu putih bersih,jangan disamarkan


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

17 comments:

Unknown said...

Matlamat xmenghalalkan cara ;-)

Dr Amad said...

Zulfahmi- So jangan melompat..ahakz!!!

muniri said...

'pengamen tu' den kenal..
time makan nasi kat pecel lele...
erk nk tersembur nasik dgr dia nyanyi..hihihi=)

Dr Amad said...

jgn tersembul nasi tu...rugi tau.Dah la bayar mahal pece lele tu..hik3

sinar_islami said...

satu pendedahan yang baik...
itulah realiti yang ada~
manusia hilang neraca dan mengalami krisis nilai~
menghalalkan mungkar ikut kepala dan nafsu sendiri..parah parah

Anonymous said...

Berhibur mahu sertakan Allah

Berkerja mahu sertakan Allah

Berhubungan mahu sertakan Allah

Berbakti dan amal kebajikan mahu sertakan Allah

Bercinta mahu sertakan Allah



About all the other article about mari berdansa & etc, I'm a bit setuju and no comment about that. But i wanna include something on that.

"Menjual makanan menggunakan ISLAM!"

I've been in the situation where I really hate people who using Islam when promoting their product. I don't want to specific to whom I concern, but it's the real situation. Imagine, in my place for example, jual air minuman yang simple pun, they include HADITH, SURAH-SURAT and macam-macam yang lain. What do you think on that?

Yup, for people who didn't have much education, for example in kampung-kampung, they maybe tertipu (not to say tertipu sangat but they can believe that) with the statement they wrote on the food. Sometimes it's true that and some of the Hadith, I know the riwayat is true. Apart from them I learnt it in the school.

But inside my heart, please don't use Islam/Allah to promoting product. I feel guilty bout that.

So I just wanna opinion from Islamic view on that. I wanna know why some people use ISLAM on their product. Why they not using the product's power or their name or their own marketing strategy to sell their product.

I'm sorry if one of my words tersinggung ke apa. May Allah forgives me.

Thanks.

Dr Amad said...

Sinar- mcm Edisi Siasat pulak...Lani neraca atau dacing org dah xguna...guna bulatan pulop.

Krisis nilai,krisis identiti,krisis dan terus berkrisis...Byk lagi kerja perlu kita buat...

Anonymous said...

salam
congratulations on new entry
kali ni tak dapat nak jadi yg 1st comment (*sigh*)
Sabda Rasulullah SAW,

"Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram..." (H.Riw Bukhari dan Muslim)

wallahualam~
(^_^)

Dr Amad said...

Mr NJ- Jika wujud 200%,insyallah sebanyak itulah yang akan saya bersetuju dengan saudara.

Walaupun dengan atas dasar perniagaan,ia masih lagi dalam ruang lingkup menyalahgunakan Agama.Dicanang serata dunia,madu itu baik bahkan ada didalam Al-Quran dan Hadis,selepas itu ditunjukkan produknya.Kita seakan dipaksa beli kerana ia dinyatakan dalam agama.

Allah menyatakan dalam Al-Quran, Nabi mengungkap berdasarkan hadisnya...tetapi itu semua berbentuk umum.Tiada spesifik pada produk tertentu.Lebih parah bila yang mencanangkan berstatus ustaz.Parah-parah...

p/s: senario ini telah ditegur oleh bekas mufti Perlis,Dr MAZA...tq kerana menambah nilai article..

Dr Amad said...

Anonymous aka anasolehah- Islam itu antara hitam dan putih.Haq dan batil..jadi ayuh menjaga diri daripada tergolong "orang kelabu"...

p/s: tempoyak...tempoyak...tempoyak

duha said...

"menutup keburukan menggunakan islam..erm..mmg skang ni, untuk mendapat sambutan ramai n hangat dr pelbagai pihak, banyak acara2 or prog2 (termasuk konsert2 amal, fashion show dalam prog islamik etc) yg diadakan, konon2nya bercorak islamik atau mempunyai tujuan yg baik tetapi cara yang salah sehingga mengaburi mata masyarakat..

actually this resembles one of perangai syaitan, iaitu dia akan membuatkan kita (manusia) nampak sesuatu dosa/keburukan itu sebagai sesuatu yg cantik..macam couple islamik tu la,nampak cantik dr pandangan ramai org (including most of my friendsss) but actually berdosa jugak,coz ia bermain dengan hati kita..aka 'zina hati'..sedangkan Allah berfirman JAUHilah zina..

maybe kita semua perlu selalu diperingatkan bahawa dunia ni hanya sekadar senda gurau n permainan but akhiratlah kehidupan sebenarnya (29:64)..baru la kita akan take thigs, esp islam more seriously..

so janganlah amek remeh pasal islam n mempergunakannya untuk kepentingan diri sendiri..'islam itu mudah, tapi jangan kita ambil mudah'

Dr Amad said...

Duha- Terang dan jelas dah duha duk explain...Itu tidak masuk lagi bertudung duk lilit sanggul dikepala.Batang leher nampak...nak pakai sangat tuh..huh

Bak kata Sudin dan Ajis dalam Nujum Pak Belalang

Ape daa untuk engkau,ape daa untuk aku...!!!

Eh banyak cantik muka engkau

Eh banyak cantik muka engkau untuk engkau,eh banyak cantik muka aku untuk aku...!

sinar_islami said...

makin menarik ana kira~

bukan apa, ramai je dah tau Islam tu indah dan punya daya tarikan mengalahkan matahari dgn planet2 sekeling tapi menafikan juga kebenaran pada bahagian yang lain>> so tak dapat tidak mereka guna la ayat2 quran sbb kalam Allah tu kan bisa melembutkn hati insan~ aih manusia manusia

tak sedar akan setiap perkataan, perbuatan kekadang menconteng arang pada Islam~sedarlah kita antara organ2 dlm satu jasad~mcm bangunan~cacat satu roboh semua :)

kekadang juga kita suka ambil Islam apabila sesuai ngan tuntutan nafsu~ini mentaliti dn sikap yang perlu kita ubah~wallahu3alam

Dr Amad said...

Sinar- Teringat satu group nasyid dahulu,dan Abu Saif, Usrah Al-Firdaus...salah satu rangkapnya

"Islam perlu memerintah,bukan diperintah-perintah"

'Abid Sakina said...

satu point kalau kita jaga..
insyaAllah selamat...
"IKHLAS DLM BERAGAMA"

Swaktu iblis b'janji kpd Allah utk menyesat,mengkafir,memusyrik n mjadikan umat Islam ahli neraka, iblis sendiri mngaku bahawa dia x leh melaksanakan janji tu kpd 1 golongan orang iaitu mereka yg ikhlas.

Firman Allah,Al-Hijr:36-40 - “Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian,berilah tempoh kpdku hingga ke hari mereka dibangkitkan (Hari Kiamat)” Allah berfirman, “Dgn prmohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yg diberi tempoh.Hingga ke hari-masa yg termaklum”.

Iblis bkata:”Wahai Tuhanku!Krn Engkau telah mnjadikan daku sesat, maka demi ssungguhnya aku akn 'MEMPERINDAH(segala jenis kemungkaran)' kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini n aku akan menyesatkan mreka semuanya, KECUALI hamba2 Mu di antara mereka yg IKHLAS"

Wallahua'lam

zaman ni..byk sgt godaan..sama2 jaga..sama2 tegur mnegur..kdg2 kita sndri x sedar si syaitan tu mnutup mata kita..mnjadikan yg dosa itu kita nmpak pahala..yg buruk kita nmpak baik..na'uzubillah. Lindungi kami ya Allah..

Dr Amad said...

Nurul- Alhamdulillah semakin improve nti ek...bagus2...

Anonymous said...

nice! salam ziarah