Friday 8 May 2009

Pabila Namanya Manusia

"Amad,apa pandangan berkaitan dengan Sidang Dun Perak hari tu?," ada sahabat bertanya meminta pandangan.



"Entah,time sidang tu saya duk kat bilik di Jatinangor ni," jawap nada bergurau dan hakikat sebenarnya bosan.Bukan bosan dengan soalan teman,tetapi bosan dengan karenah dan sikap manusia.Lagipun, sudah banyak saya kira yang berkomentar berkaitan hal ini. Ada yang menyokong tidak menjejak bumi, ada yang menolak tanpa tahu hujung pangkal.

"Bila sudah namanya manusia, itulah jadinya,"sambung saya.

"Ape kaitan dengan manusia pulak?Ish,duk berkias-kias pulak,"dia pulak tidak puas hati.

Manusia itu fitrah sikapnya adalah LEMAH.

Lemah diuji Wanita

Lemah diuji Jawatan

Lemah diuji Kekayaan

Spesies manusia ini,kebanyakan tahu kelemahan mereka tapi sering kali tidak lepas dari terjebak dengan hal ini. Mereka tahu apa itu tanggungjawap,tetapi mereka sering lupa tanggungjawap itu akan disoal oleh Sang Raja segala Raja diSana kelak.

Saat itu,disaat Sang Raja segala Raja duduk di Arasy, jangan harap spesies manusia ini dapat membuat usul untuk memecat Sang Raja segala Raja. Bahkan mahu memanggil pihak keselamatan supaya datang mengheret jatuh Sang Raja segala Raja dari Arasy yang agung, jauh panggang dari api.

Sebabnya saat itu adalah saat AKHIRAT!!!

Saat yang ada hanyalah keadilan haq, tiada sekelumit kezaliman hatta sebesar zarah. Allah yang membuat undang-undang, yang ada ialah hitam dan putih. Spesies manusia mengikut suruhan Allah,syurga tempatnya.Lakukan larangan tidak dapat tidak, Go To Hell!

Spesies manusia banyak tertawa dengan Wanita

Spesies manusia banyak tertawa dengan Takhta

Spesies manusia banyak tertawa dengan Kekayaan

Disini saya ingin berkongsi wahyu Allah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang kalamnya tiada dusta melainkan benar segalanya.

"Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)." ( Surah At-Taubah: 82)

Manusia sendiri mencipta sendiri undang-undang, manusia sendiri mengubah undang-undang, manusia sendiri menegak undang-undang dan jua manusia sendiri bisa merogol undang-undang.

Sampai masa wanita,takhta dan kekayaan ditinggalkan,berhadapan dengan Allah dengan jasad dimamah bumi.Mahu beralasan,bertapi,ber dan ber.Itupun kalaulah boleh wahai makhluk Allah yang bernama manusia


"Wahai sahabat yang ku sayangi,Pabila sudah namanya manusia."

Nota 1 : Letih berurusan dengan spesies manusia. Ya Allah,berilah kekuatan.

Nota 2 : Jika masih ada orang kedua,ketiga mahu bertanya soal Perak ini kepada saya, sila rujuk article ini. Jimat masa dan air liur.

Nota 3 : Buat sahabat-sahabat Twinning Unpad-UKM, selamat pulang ke Malaysia dan selamat berjuang disana. Khusus buat Faris(papa), Shahrul, Alia, Suhaijah, Aishah (ketua biro masa MASIH) dan kepada semua. (malas nak tulis dah)


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

14 comments:

As said...

harta wanita tahta

jika kita takleh control diri kita, pimpin diri kita, camne nak lead other people kan...

Dr Amad said...

Setiap sesuatu bermula dari unit kecil...dalam hal ini,diri sendiri. Hilang control diri,control orang lain usah diimpikan...

duha said...

sy pun dah bosan

kdg2 pemikiran mrk mengalahkan adik sy yg nk ambil PMR taun nih..

macam budak2..

macam anak kecil..

cubalah matang sket (mcm sy) :p

Dr Amad said...

Duha- Memang la mengalahkan pemikiran dak form 3...xpelik la.Kalu bwah pemikiran dak form 3 baru kene dgn article..ape daaa

duha said...

erk..mksudnye kebudak-budakan tu mengalahkan yg form 3..adoi~ salah interpretation ni..

p/s:adik sy dah ckup cam budak2 da..jangan laa pemimpin negara sy pun mcm tu!

Dr Amad said...

Duha- Hah,cucuk sikit dah melompat..erm matang2..hahahahahahaha

sinar_islami said...
This comment has been removed by the author.
sinar_islami said...

hangat sungguh isu ni..
panas ipoh dan satu malaya..

camna la anak2 muda nak contohi mereka yg sedia ada.. =)

Dr Amad said...

Sinar- Jika hangat seperti cekodok di pagi hari...wah sedap yee.Lapo lak

duha said...

asek cekodok je

sinar_islami said...

masalah hangatnya cekodok buleh dimakan hangat isu panas telinga dan hati :)makin lapar dibuatnya

me to duha: ok la lagi dari duha.. nak kek pisang aje.. aih terbawa ke sini pula..maaf ya..

Dr Amad said...

Sinar- Panas telinga dan hati kita,diatas sana wat derk diatas kepanasan kita...Dambakan pemerintahan Umar Al-Khattab.

Ishaq al Haqir said...

eeh ni bukan artikel cekodok kn??
tp cuma nak tambah sesuatu yg kamu semua mungkin susah nak tahu.. ^^
shout out senior sy dlm facebook, dia dulu berfikrah yg dulunya 'rufaqa' (global ikhwan, JATOS) - “Biarkan anjing-anjing itu bercakaran sesama sendiri. Supaya di atas kehancuran mereka kita akan bertahta kembali”
fikir-fikir dan renungkan, selamat beramal..

Dr Amad said...

Ishaq- Hehe..bukan2.Sbnrye terkeluar cekodok,sal dah mengidam nak makan sebenarnya..

Kata-kata rufaqa tu ada benarnya.Memang tersebut dalam al-quran,mereka menganggap mereka bersatu,sebenarnya hati mereka berbolak balik.

Jika Obama yang sebut dan bukan rufaqa,sy jugak tidak menolaknya.